MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
PENGENALAN
Modul ini disediakan adalah dengan bertujuan untuk memberikan pendidikan
asas sesni tari kepada murid peringkat sekolah menengah serta meningkatkan ilmu
pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan
masyarakat berbudaya.
OBJEKTIF
Antara objektif penyediaan modul ini disediakan adalah untuk :
Menggalak dan menarik minat murid mengenali dan mempelajari asas-asas seni
tari.
Mendedahkan murid kepada satu kaedah pembelajaran tari zapin, joget, inang,
asli dan tarian etnik/rakyat yang bersistematik.
Menggalakkan murid bergerak aktif sebagai usaha menyemarakkan seni budaya.
Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah.
SUKATAN PEMBELAJARAN
Sejarah Tarian
Menonton Video/Gambar
Pengenalan Tempo
Pergerakan Asas
Ragam Gerak
Susunan Gerak
ALAT BANTUAN MENGAJAR
Buku modul
CD lagu
CD player
Video player
1
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN – TARIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA
Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang kaum di mana terdiri
daripada tiga kaum yang utama iaitu kaum Melayu, Cina dan India. Pelbagai adat dan
budaya yang dapat dipelajari daripada masyarakat berbilang kaum ini, terutama dapat
dilihat daripada tariannya.Tarian dapat didefinisikan sebagai satu seni tari pergerakkan
badan, kaki dan tangan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Tarian yang
dipersembahkan dari setiap kaum mempunyai asal usul dan tujuan tersendiri.
SEJARAH TARIAN ZAPIN
Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini
diilhamkan oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah
menular luas dalam kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenanjung
Tanah Melayu, Borneo dan gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari
dulu hingga kini seperti di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah
mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih
tradisional sifatnya.
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha
individu. Antara peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin ialah gambus, rebana,
gendang, rebab dan marakas. Mengikut sejarah tarian Zapin, pada mulanya tarian ini
adalah sebagai tarian hiburan di istana setelah dibawa dari Hadramaut, Yaman oleh
para pedagang Arab pada awal abad ke-16. Pada masa itu negeri Johor menjadi
pengganti kepada peranan Melaka sebagai sebuah entrepot antarabangsa pada kurun
ke-16.
2
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN ZAPIN
ASAS GERAK TARI ZAPIN (LAGU : YA SALAM)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 2x8
2 Maju 2x8
3 Setempat 2x8
4 Undur 2x8
5 Setempat 2x8
6 Ragam Acah 2x8
7 Setempat 2x8
8 Ragam Melingkar 2x8
9 Setempat 2x8
10 Ragam Acah 2x8
11 Setempat 2x8
12 Ragam Melingkar 2x8
13 Setempat 2x8
14 Maju 2x8
15 Setempat 2x8
16 Undur 2x8
17 Setempat 2x8
3
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN ZAPIN
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN
1 Langkah Melingkar 1,2
a. Silang kaki kanan ke belakang kaki kiri 3,4
sambil kaki kiri diangkat sedikit ke atas.
5,6,7,8
b. Letak kaki kiri, melangkah kaki kanan (45
darjah) dan angkat kaki kiri sekali lagi 1x 8
sambil dibengkokkan.
c. Pusing, letak kaki kiri, susun kaki kanan,
susun kaki kiri dan akhirnya buka kaki
kanan ke sisi.
d. Ulang ragam yang sama sekali lagi.
2 Acah a. Melangkah maju ke hadapan kaki kanan 1, 2
dan kaki kiri.
3, 4
b. Acah ke kanan dan ke kiri. 5,6,7,8
c. Pusing, balik ke tempat asa.l 1x8
d. Ulang ragam ini sekali lagi tetapi arah yang
berbeza.
3 Wainab a. Angkat kaki kanan dan turun. 1
b. Angkat kaki kiri dan turun. 2
c. Angkat kaki kanan dan terus bertinggung. 3,4
d. Angkat kaki kanan dan turun. 5
e. Angkat kaki kiri dan turun. 6
f. Angkat kaki kanan dan terus bertingggung. 7,8
g. Angkat kaki kanan dan terus tertinggung. 1&2
4
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=juQOrIFBw2w
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=3buSTu7t12k
5
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=2P4COt0m3zs
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=Rp1o2Mi7QLk
6
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
SEJARAH TARIAN INANG
Inang memberi pengertian sebagai pengasuh. Tarian Inang memberi gambaran
tentang kelembutan dan sopan santunnya seorang wanita pengasuh. Penari lelaki
merupakan pasangan untuk menggambarkan keserasian dalam kehidupan keluarga
atau masyarakat.
Tempo pergerakan tarian inang yang sederhana ialah 2/4 diselangi dengan
paluan gong. Inang juga boleh ditarikan dengan pantas iaitu 4/4 berdasarkan irama
masri. Lengok Tari Inang yang biasa ditarikan ialah Inang Selendang, Ayam Didik,
Tari Payung, Tari Sapu Tangan, Tari Lilin dan lain-lain bergantung kepada
peralatan yang diragakan dalam tarian tersebut.
7
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN INANG
ASAS GERAK TARI INANG (LAGU : TIMANG-TIMANG ANAK)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 2x8
2 Maju 1x8
3 Setempat 1x8
4 Undur 1x8
5 Setempat 2x8
6 Ragam huruf “C” (sudi - kanan) 1X4
7 Undur 1x4
8 Ragam huruf “C” (sudi - kiri) 1x4
9 Undur 1x4
10 Ragam huruf “L” dan “C” (pusing melalui kanan) 2x8
11 Ragam huruf “L” dan “C” (pusing melalui kiri) 2x8
12 Setempat 2x8
13 Maju 1x8
14 Setempat 1x8
15 Undur 1x8
16 Setempat 1x8
8
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
9
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=YRTWLaGMCBQ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=Tsso_K1zhsY
10
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
SEJARAH TARIAN ASLI
Tarian Asli merupakan kumpulan tarian yang dicipta berasaskan lagu-lagu asli
Melayu. Tarian ini wujud daripada rentak dan irama lagu Dondang Sayang tetapi tidak
diiringi dengan adegan berbalas pantun seperti dalam Dondang Sayang. Perkembangan
seterusnya adalah kemunculan tarian-tarian asli yang dicipta daripada lagu-lagu seperti
lagu Makan Sireh, Gunung Banang, Asli Sapu Tangan, Asli Selendang, Bentan Telani,
Asli Abadi dan lain-lain. Tarian Asli boleh didapati di seluruh Malaysia terutama
Semenanjung Malaysia.
11
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN ASLI
ASAS GERAK TARI ASLI (LAGU : GURINDAM JIWA)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 1x8
2 Maju 1x8
3 Setempat 1x8
4 Undur 1x8
5 Setempat 1x8
6 Ragam Petik Bunga – kanan 1x4
7 Setempat 1x4
8 Ragam Petik Bunga – kiri 1x4
9 Setempat 1x4
10 Setempat 1x8
11 Ragam Silang Kaki ke Kanan – bertemu dan buka 1x8
tangan ke sisi
12 Ragam Silang Kaki ke Kiri – bertemu dan buka 1x8
tangan ke sisi
13 Setempat 1x8
14 Setempat 1x4
12
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
BIL RAGAM TARIAN ASLI KIRAAN
1 Petik Bunga - Kanan 1X8
SUSUNAN PERGERAKAN
a. Kaki kanan langkah ke sisi kanan
kemudian kaki kiri silang ke kaki
kanan.
b. Tangan kiri perempuan mencubit
peha kiri manakala tangan kanan
petik bunga
2 Petik Bunga - kiri a. Kaki kiri langkah ke sisi kiri 1X8
kemudian kaki kanan silang ke kaki
3 Silang Kaki ke kanan – kiri.
Bertemu dan Buka Tangan
ke Sisi b. Tangan kanan perempuan
mencubit peha kanan manakala
tangan kanan petik bunga.
a. Silang kaki kanan di depan kaki kiri 1X8
manakala tangan bertemu di
tengah dan buka ke sisi dalam
kedudukan 45 darjah.
b. Tangan kilas angin di sisi badan ke
atas
4 Silang Kaki ke Kiri - a. Kaki kiri langkah ke sisi kiri dengan 1X8
Bertemu dan Buka Tangan kiraan berganda (double)
ke Sisi kemudian kaki kiri silang ke kaki
kanan.
b. Tangan kiri wanita mencubit peha
kiri manakala tangan kanan petik
bunga.
13
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=HI-giN0C92I
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=K5zyRAzLkZQ
14
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
SEJARAH TARIAN JOGET
Tarian Joget merupakan sejenis tarian Melayu tradisional. Tarian ini
dipengaruhi oleh kebudayaan Portugis iaitu Branyo, satu cabang daripada tarian
Coridinho. Joget telah dijadikan sebagai tarian sosial serta diterima oleh berbagai-
bagai kaum di Malaysia. Tarian ini juga biasanya ditarikan secara berpasangan
lelaki dan wanita. Tarian ini, yang dipersembahkan olehpasangan penari lelaki dan
perempuan dengan gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan. Joget juga
dikenali sebagai ronggeng asal daripada “wrong geng” kerana ditarikan secara
berpasangan lelaki dan wanita.
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis lagu yang dihasilkan seperti Joget
Serampang Laut, Joget 106, Joget Johor Sport Club dan lain-lain. Joget juga
popular ditarikan secara beramai- ramai dalam pesta keramaian dan dikenali
sebagai joget lambak.
15
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN JOGET
ASAS GERAK TARI JOGET (LAGU : SERAMPANG
LAUT)
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 1x8
2 Maju 1x8
3 Setempat 1x8
4 Undur 1x8
5 Setempat 1x8
6 Ragam Kunang-kunang Mabuk (Pergi dan balik) 2x8
7 Setempat 1x8
8 Maju 1x8
9 Undur 1x8
10 Setempat 1x8
11 Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Pergi) 2x8
12 Ragam “S”, Maju, Undur & 4 Penjuru (Balik) 2x8
13 Setempat 1x8
14 Ragam Terancang Setempat 2x8
16
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
15 Ragam Terancang Lompat
16 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kanan 2x8
17 Ragam Angkat Kaki ke Sisi Kiri 1x4
18 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan 1x4
19 Ragam Angkat Kaki ke Hadapan (Undur) 1x4
1x4
17
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN JOGET
BIL RAGAM SUSUNAN PERGERAKAN KIRAAN
1 Kunang-kunang Mabuk
a. Melangkah ke hadapan dengan 1,2
kaki kanan, membuat silang
bersama kaki kiri di belakang kaki 3
kanan. 4
5,6
b. Kaki kanan dibuka ke sisi. 7,8
c. Pusing badan, membuat kaki kiri di
1x 8
sisi.
d. Silangkan kaki kanan ke belakang
kaki kiri
e. Membuka dan meletak kanan kiri
di sisi dan pusing dengan
membuka kaki kanan di sisi.
f. Ulang ragam yang sama sekali
lagi.
2 ‘S’ maju, undur dan empat a. Langkah berjuntai membuat 1,2,3,4
penjuru separuh bulatan. 5,6,7,8
1,2,3,4
b. Balas di sebelah dengan separuh 5,6,7,8
bulatan juga. 2x8
c. Langkah berjuntai maju ke
hadapan dan undur.
d. Langkah berjuntai keempat-empat
penjuru.
e. Ulang ragam yang sama sekali lagi
hingga balik ke tempat asal
3 Terancang Setempat a. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 1
4 Terancang Lompat darjah. Ibu jari kaki cecah ke lantai. 2
3
b. Silangkan kaki kanan dengan kaki 4
kiri. 5,6,7,8
c. Keluarkan kaki kanan ke arah 45 1x8
darjah sekali lagi.
d. Susunkan kaki kanan di sebelah
kaki kiri.
e. Ulangkan di sebelah kaki kiri pula
dan seterusnya hingga tamat lagu
terancang.
a. Sama dengan Terancang
Setempat tetapi kakinya
tergantung dan dilakukan dengan
melompat ke tempat
18
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=3p-Pmr-4ptk
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=_gpe5TqBP9Y
19
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
SEJARAH TARIAN SUMAZAU
Etnik Kadazan, Dusun, Penampang ialah sub etnik kumpulan Kadazan Dusun
yang tinggal di daerah Penampang luar pinggir Bandar raya Kota Kinabalu. Tarian
ini merupakan tarian suku kaum Kadazan yang paling popular wujud melalui
kepercayaan spiritual iaitu kepercayaan terhadap Bambazon (semangat padi bagi
masyarakat Kadazan-Dusun). Tarian ini pada zaman dahulu ditarikan untuk
menyambut pahlawan-pahlawan yang pulang dari medan perang yang membawa
kepala musuh. Kepala musuh yang terkorban akan digantung pada daun silat dan
dibawa menari bersama-sama supaya roh yang terkorban tidak akan mengganggu
atau menimbulkan bencana pada pahlawan dan masyarakat sekitarnya. Sumazau
juga bererti menari dengan penuh keriangan dan kejayaan.
20
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
TARIAN ETNIK
ASAS GERAK TARI SUMAZAU KIRAAN
1x8
BIL PERGERAKAN 1x8
1 Henjut setempat (henjut kedua-dua belah kaki) 1x8
2 Henjut bersilang setempat 1x8
3 Henjut bersilang maju ke hadapan 1x8
4 Henjut bersilang setempat
5 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan naik 1x8
perlahan-lahan) 1x8
6 Setempat 1x8
7 Bergerak ke sisi kanan 1x8
8 Bergerak ke sisi kiri 1x8
9 Setempat
10 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun 1x8
perlahan-lahan) 1x8
11 Henjut bersilang setempat 1x8
12 Undur 1x8
13 Henjut bersilang kaki setempat
14 Henjut bersilang kaki setempat (sambil tangan naik
perlahan-lahan)
21
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
15 Setempat
16 Pusing ke kiri 1x8
17 Balas pusing ke kanan 1x8
18 Setempat 1x8
19 Henjut sebelah kaki setempat (sambil tangan turun 1x8
1x8
perlahan-lahan)
20 Henjut bersilang setempat 1x8
22
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=4z5hZ-YHUeg
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=CbwZPSVT2Q0
23
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=j4f94bpiTQA
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=nBfL3yuuYDE
24
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
SEJARAH TARIAN NGAJAT
Ngajat juga dikenali sebagai “kajat” atau “ajat”, berasal daripada perkataan “
engkajat” yang bermaksud “lompat setempat”, merupakan satu tarian etnik kaum Iban
yang unik. Tarian ini dilakukan apabila mengadakan sesuatu majlis dan masih ditarikan
mengikut perayaan kaum Iban.
Penari lelaki dan perempuan mempunyai gaya Ngajat yang berbeza dan
melibatkan banyak pergerakan pusingan yang tepat. Ngajat untuk golongan lelaki
adalah lebih agresif dan menggambarkan seorang lelaki yang perkasa atau burung
sedang terbang. Corak Ngajat perempuan pula terdiri daripada pergerakan yang lembut
dan anggun.
Tarian Ngajat Induk dipersembahkan apabila tetamu mengunjungi rumah
panjang- untuk menyatakan rasa gembira atas kedatangan tetamu. Gadis-gadis di
rumah panjang akan berdandan dan memakai pakaian tradisional untuk menari
mengikut paluan irama gong. Tarian ini memperlihatkan kelembutan badan penari
tersebut kerana tangan dan kakinya diayun lembut dan berhati-hati.
25
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
ASAS GERAK TARI NGAJAT SMKPJ
1
2
26
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
3 SMKPJ
4
27
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
5 SMKPJ
6
28
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
7 SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=SeATrlYcvVo
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=SeATrlYcvVo&t=423s
29
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
SEJARAH TARIAN WAU BULAN
Pada musim menuai, di negeri- negeri sebelah pantai timur sering diadakan
persembahan dan permainan seperti gasing, wau, rebana ubi, rebana kertuk, rebana
kayu dan lain-lain. Bersempena dengan permaianan wau, maka satu tarian yang
diberi nama Cik Siti Wau Bulan telah dicipta dan mendapat sambutan. Dahulu
tarian ini mengisahkan cara anak muda bermain- main wau pada musim menuai.
Kegembiraan dan kemeriahan tarian ini tergambar dalam gerak geri penari-penari
yang terdiri daripada anak muda lelaki dan wanita. Tarian ini menggunakan muzik
iringan seperti serunai, rebab, gendang, gong, kesi dan lain- lain.
30
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
BIL RAGAM TARIAN WAU BULAN KIRAAN
1 Gerak Berkepak Maju 1, 3, 5, 7
SUSUNAN PERGERAKAN
2, 4, 6, 8
a. Kaki kanan langkah ke hadapan
sambil tangan kanan mengepak
(45 darjah) mengikut arah kaki
kanan.
b. Kaki kiri langkah ke hadapan
sambil tangan kiri mengepak (45
darjah) mengikut arah kaki kiri.
2 Gerak Berkepak Setempat a. Kaki kanan langkah ke hadapan 1, 2, 3, 4
dan lutut direndahkan sebelah 5, 6, 7, 8
3 kanan sambil menepuk tangan
Gerak Goyang Bahu sebelum tangan kiri mengepak ke
Depan/ Belakang Sambil atas.
Duduk
b. Kaki kiri langkah ke hadapan dan
lutut direndahkan sebelah kiri
sambil menepuk tangan sebelum
tangan kanan mengepak ke atas.
a. Kaki kanan di depan kaki kiri 1, 2, 3, 4
manakala tangan digoyangkan 5, 6, 7, 8
bahu depan sambil duduk melutut.
b. Kaki kanan di depan kaki kiri
manakala tangan digoyangkan
bahu ke belakang sambil duduk
melutut.
4 Gerak Tepis Zig-zag a. Bergerak ke sisi kanan sambil 1, 2, 3, 4
tangan bergerak tepis ke kanan. 5, 6, 7, 8
b. Bergerak ke sisi kiri sambil tangan
bergerak tepis kiri.
5 Gerak Zig-zag Sambil a. Bergerak ke kanan sambil 1, 2, 3, 4
Tepuk menepuk tangan. Kaki kiri
diangkatkan sedikit sementara
pergelangan tangan dipusing dari
arah dalam ke arah luar.
5, 6, 7, 8
31
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
b. Bergerak ke kiri sambil menepuk
tangan. Kaki kanan diangkatkan
sedikit sementara pergelangan
tangan dipusing dari arah dalam
ke arah luar.
ASAS PERGERAKAN TARIAN WAU BULAN
BIL PERGERAKAN KIRAAN
1 Setempat 1x8
2 Maju 1x8
3 Undur 1x8
4 Gerak berkepak maju (dahulukan dengan kaki 2x8
kanan)
5 Gerak berkepak setempat 2x8
6 Goyang bahu ke depan sambil duduk 1x4
7 Goyang bahu ke belakang sambil duduk 1x4
8 Susun benang 2x8
9 Tarik benang 2x8
10 Goyang bahu sambil berdiri 1x8
11 Gerak acah – kanan 1x8
12 Gerak acah – kiri 1x8
13 Setempat 1x8
14 Setempat hayun dan jingkitkan kaki 1x8
15 Setempat pusing 4 penjuru – kanan 1x8
32
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
16 Setempat pusing 4 penjuru – kiri
17 Setempat hayun dan jingkitkan kaki 1x8
18 Gerak tepis zig-zag 1x8
19 Gerak zig-zag sambil tepuk – kanan dan kiri 2x8
20 Gerak bertepuk dan lompat 2x8
1x7
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=kvz46NxhUBY
33
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SEJARAH TARIAN KIPAS SMKPJ
Tarian Kipas terkenal di Negeri Perak. Tarian ini tergolong dalam tarian
istana kerana sering ditarikan pada majlis-majlis perkahwinan diraja. Penari-
penarinya terdiri daripada wanita. Jumlah penari-penari antara 2 hingga 6 orang.
Setiap penari memegang dua buah kipas. Penari-penari biasanya memakai baju
kebaya, bersanggul dan berdandan dengan suntingan bunga yang disanggul.
Kadangkala penari akan memakai selendang panjang yang disemat pada bahu.
Namun begitu, terdapat juga tarian kipas yang memerlukan 9 orang ahli iaitu 7
orang wanita dan 2 orang lelaki.Tarian ini menunjukkan bahawa kipas cina
mempunyai erti yang sebati dalam masyarakat cina yang menunjukkan dewa-dewi
pada masa dulu sentiasa menjadikan kipas sebagai alat keperluan mereka.
Tambahan pula, angin merupakan satu tradisi masyarakat cina iaitu mempercayai
‘feng shui’. ‘Feng shui’ merupakan satu kepercayaan tentang sesuatu petanda baik
dan buruk terhadap kehidupan mereka. Oleh itu, tarian ini dimainkan supaya dapat
membawa kebaikan kepada seluruh anggota masyarakat.
34
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=Rkhek5SpVAI
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=3Vg7SyEa6h0
35
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=QT_Svq6Rz7U
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=XRHRgoz4uhM
36
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SEJARAH TARIAN BHANGRA SMKPJ
Bhangra adalah tarian rakyat tradisional dari rantau Punjab di India dan
Pakistan. Tarian ini dicirikan oleh penggunaan lirik Punjabi Boliyan, gaya penyanyi
couplet. Boliyan digunakan untuk mengekspresikan emosi terhadap situasi tertentu,
terutamanya cinta, wang, dan hubungan. Ia secara tradisi dinyanyikan oleh wanita.
Muzik Bhangra mungkin terdiri daripada pelbagai jenis instrumen, tetapi ia selalu
mengandungi drum dhol. Dhol adalah drum kayu besar.
Tarian itu sendiri secara tradisinya dilakukan dalam bulatan. Lelaki dan wanita
menari dengan irama dhol, walaupun kadang kala tarian mungkin hanya lelaki atau
wanita sahaja. Ia biasanya melibatkan banyak pergerakan lengan dan bahu dan pantas
berjalan. Bergantung pada gaya, prop seperti tongkat atau pedang juga boleh
digunakan.Bermula pada abad ke-20, bentuk tarian Bhangra secara tradisinya
dijalankan sebagai cara meraikan musim menuai.
Ia berkembang popular pada abad pertengahan abad ini dan, pada tahun 1947, ia
digunakan untuk membuka Festival Baisakhi, yang disambut pada bulan April setiap
tahun. Tarian kemudiannya menjadi sebahagian daripada majlis perkahwinan dan
perayaan Tahun Baru. Hari ini, orang ramai menikmati tarian ini di Punjab dan di
seluruh Asia Tenggara. Ia telah menjadi popular untuk perayaan, pesta, dan kelab
tarian. Gaya muzik juga telah berubah dan kini menunjukkan gabungan muzik Bhangra
tradisional dengan pop gaya Barat dan lagu-lagu filem Hindi. Kini peminat Bhangra
menikmati tiga jenis tarian, termasuk bentuk tradisional, bebas, dan moden.
37
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
ASAS GERAK TARI BHANGRA SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=NAkt3oXs60Y
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=VtYS-mzA3M0
38
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SEJARAH TARIAN BHARATANATYAM SMKPJ
Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian
klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang
memerlukan penarinya untuk menguasai tarian ini. Tarian ini perlu mengambil masa
bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus
dipelajari untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara
lengkap dan penuh dengan kegemilangan.
Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India.
Secara tradisionalnya, tarian ini dipersembahkan secara solo oleh seorang penari
wanita. Bharata Natyam dikatakan merupakan perwujudan muzik dalam bentuk visual,
upacara, dan sesuatu tindakan ketaatan. Tarian Bharata Natyam dan muzik Carnatic
tidak dapat dipisahkan dalam sesuatu persembahan kerana tarian ini adalah salah satu
dari lima gaya besar yang merangkumi Odissi iaitu unsur air, dan Mohiniattam iaitu
unsur udara. Gerakan penari Bharata Natyam yang asli menyerupai gerakan api.
Di sini, penari menampilkan kemahiran pergerakan kaki yang rumit dan gerak-
geri tubuh yang sopan), Sabdam (tarian diiringi oleh puisi atau lagu yang bersifat
kebaktian atau tema cinta kasih), Varnam (pusat bahagian persembahan, merupakan
bahagian persembahan yang paling lama dan melibatkan pergerakan yang kompleks
serta rumit.
39
MODUL KOKURIKULUM ~ SENI TARI KELAB KEBUDAYAAN
SMKPJ
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=kH3CCBSe3Vc
Link video : https://www.youtube.com/watch?v=3qmBplODYS4
40