The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 2 PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliyaa, 2022-04-01 11:05:05

CERPEN : KAIN SULAM DAHLIA

TUGASAN 2 PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1144 KESANTUNAN BERBAHASA

Kain Dahlia
Sulam
Dahlia

“Dahlia, cepat sebelum Kakak tinggalkan kamu!” gesa Cempaka kepada

adiknya yang berumur 7 tahun itu. Walaupun beza umur mereka adalah tiga

tahun, namun mereka amat akrab sehingga ada penduduk kampung yang

menganggap bahawa mereka ialah kembar. Mendengar si kakak mula

memanggil namanya, Dahlia tergesa-gesa ke muka pintu rumah sambil berkata,

“Sekejap Kakak, dah nak siap ni!” jerit Dahlia. Setibanya di hadapan pintu,

dia memberikan senyuman sehingga menunjukkan barisan gigi susunya yang

putih dan sepasang lesung pipit di pipinya. Cempaka yang sudah duduk di atas

“Okey, dah siap.basikal tersenyum melihat gelagat adiknya yang comel itu.
Jom ke sekolah!” jerit Dahlia kegirangan sambil menaiki bahagian

pembonceng basikal. “Nenek, kami pergi dulu ye, Assalamualaikum,” kata

Cempaka meminta izin nenek mereka untuk ke sekolah.

Ketika Cempaka ingin memulakan kayuhan basikalnya, tiba-tiba nenek mereka

memanggil nama mereka dari dalam rumah, “Cempaka, Dahlia, sekejap!” Setibanya

nenek mereka di hadapan pintu, dia berkata sambil menunjukkan sebuah bekas makanan

yang berwarna merah jambu, “Dahlia, tengok ni apa yang kamu tertinggal.”
”Eh, maafkan Dahlia, Nek. Dahlia lupa.”
“Ada satu lagi barang yang kamu lupa,” kata nenek sambil mengecilkan matanya.

Dahlia tertanya-tanya sambil mengerutkan dahinya.

“Ini dia,” kata nenek sambil menghulurkan sehelai sapu tangan yang terdapat sulaman

nama Dahlia pada bahagian tengah sapu tangan tersebut.

“Terima kasih, Nek,”Dahlia terkejut sambil tersenyum lalu menepuk dahinya. kata

Dahlia sambil mengambil sapu tangan tersebut dari tangan neneknya lalu meletakkan

sapu tangan tersebut di dadanya.

“Kami pergiKemudian, Cempaka meminta izin daripada nenek mereka dan berkata,
dulu ye Nek, Assalamualaikum.”
“Hati-hati naik basikal tu, jangan sampai jatuh,” pesan nenek mereka kepada

kedua-dua cucunya sambil melambaikan tangan.

Dahlia memang amat sayang akan sapu tangannya itu. Sekiranya pergi ke mana-
mana, dia sentiasa membawa sapu tangan itu bersamanya. Dia menjaga sapu
tangan itu dengan sangat baik sehingga tidak mahu ada kekotoran atau
sebarang kerosakan pada sapu tangannya itu. Manakan tidak, sapu tangan
tersebut diberikan oleh arwah ibunya yang meninggal dunia dua tahun lalu
disebabkan kemalangan semasa ingin ke kerja. Tambahan pula, sulaman nama
pada sapu tangan tersebut dibuat khas untuk Dahlia oleh ibunya sendiri. Sejak
kemalangan itu, Dahlia dan Cempaka tinggal bersama-sama nenek mereka di

kampung kerana ayah mereka hilang sejak tiga tahun yang lalu. Bagi Dahlia, sapu
tangan itulah yang menjadi pengubat rindunya kepada arwah ibunya.

Setibanya di sekolah, Cempaka melihat jam tangannya yang menunjukkan pukul

“Nasib baik kita7.20 pagi. Dia mengeluh sambil berkata kepada adiknya,
sempat sampai sebelum pukul 7.30 pagi. Kalau tak, pasti nama kita sudah
ditulis dalam buku rekod kerana lewat hadir ke sekolah.”

“Maafkan Dahlia, Kakak. Dahlia janji tak buat lagi. Nanti kalau Kakak
kejutkan, pasti Dahlia akan terus bangun,” kata Dahlia sambil tersenyum

menunjukkan giginya kepada kakaknya itu.

“Baik, Kakak simpan janji kamu itu. Kalau kamu tak tepati, siaplah kamu
nanti. Kakak akan bagi ‘hadiah’ kepada kamu,” kata Cempaka kepada

adiknya dengan nada mengugut lalu tertawa kecil.

“Terima kasih, Cikgu!” kata sekumpulan murid di kelas 1 Bestari. Jam di kelas

tersebut menunjukkan pukul 9.30 pagi yang menandakan bermulanya waktu rehat.
Murid-murid di kelas itu mula bergerak ke kantin untuk membeli makanan namun
Dahlia tetap di kelasnya kerana dia sudah membawa bekal makanan. Walaupun

diajak oleh rakan baiknya untuk ke kantin, Dahlia tetap ingin makan di dalam kelas.
Dia pun mengeluarkan bekas makanannya yang berwarna merah jambu itu dari

dalam begnya lalu meletakkan bekas tersebut dia atas meja. Dia juga meletakkan
sebotol air dan sapu tangan kesayangannya bersebelahan dengan bekas
makanannya. Dia sentiasa meletakkan sapu tangan tersebut di atas meja

bersebelahan dengannya kerana dia akan merasa lebih semangat kerana dapat
merasakan kehadiran ibunya di sebelahnya.

Ketika Dahlia sedang asyik makan nasi goreng yang dibekalkan oleh neneknya, datang
beberapa orang budak lelaki ke dalam kelasnya. Mereka sedang membawa makanan
bersama mereka. Dahlia tidak menghiraukan mereka kerana dia beranggapan bahawa
mereka ingin makan bersama-sama rakan mereka yang merupakan rakan sekelasnya.

Tiba-tiba, seorang budak lelaki secara tidak sengaja menjatuhkan makanannya di atas meja
Dahlia. Kedua-dua mereka terkejut dengan apa yang berlaku. Dahlia terpaku seketika kerana

apa yang paling mengejutkannya ialah makanan tersebut jatuh di atas sapu tangan
kesayangannya menyebabkan sapu tangannya itu kotor. Melihat Dahlia seakan-akan marah dan

sedih pada masa yang sama, budak lelaki itu pun berkata, ”Minta maaf, saya tak sengaja.”

Dahlia menganggukkan kepalanya tanda memaafkan budak lelaki itu lalu bergegas ke tandas
untuk mencuci kotoran pada sapu tangannya itu. Setibanya di tandas, Dahlia terus ke sinki dan
mencapai sabun yang telah disediakan dan mencuci sapu tangan kesayangannya itu sehingga

bersih. “Nasib baik kotorannya tertanggal,” kata Dahlia sambil mengeluh kesyukuran. Setelah

mencuci sapu tangannya sehingga betul-betul bersih, Dahlia bergegas ke kelasnya kerana
waktu rehat sudah hampir tamat. Setibanya di kelas, Dahlia meletakkan sapu tangannya yang

basah itu di pagar koridor kelas. “Harap-haraplah cepat kering,” kata Dahlia dengan penuh

harapan sambil menggenggam kedua-dua tangan di dadanya. Lalu Dahlia masuk ke dalam
kelasnya untuk mencuci dan mengemaskan mejanya. Tidak lama selepas itu, loceng berbunyi

menandakan tamatnya waktu rehat.

“Dahlia, kenapa kamu asyik toleh ke arah luar? Apa yang kamu tengok?” kata Cikgu Siti

kepada Dahlia apabila dia mendapati bahawa Dahlia tidak fokus di dalam kelas dan asyik

memandang ke arah luar kelas. “Tak ada apa-apa, Cikgu. Maafkan saya, Cikgu,” balas

Dahlia dalam keadaan yang terkejut. Cikgu Siti merupakan Guru Kelas 1 Bestari sekaligus
mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas itu. Sewaktu sesi pembelajaran selepas waktu rehat

pada hari itu, Dahlia tidak fokus di dalam kelas kerana dia risau akan sapu tangan
kesayangannya yang dijemur di atas pagar koridor di luar kelasnya.

Selepas tamat sesi kelas Bahasa Melayu, Dahlia bergegas ke luar kelas untuk memeriksa
keadaan sapu tangannya itu. Dia terkejut apabila mendapati bahawa sapu tangannya tiada di
tempat dia menjemurnya. Dia panik kerana sapu tangan kesayangannya itu hilang. Dia melihat

di sekitar tempat tersebut berharap agar dia dapat menemui sapu tangannya itu namun dia
tidak melihat sebarang benda pun di sekitar koridor kelasnya. Dia tidak dapat melihat ke tingkat

bawah kerana pagar koridor yang tinggi menghalang badannya yang kecil dan pendek.

Tanpa disedari, air mata mula bergenang di mata Dahlia. Dia mula teringat akan
ibunya kerana dia telah menghilangkan kenangan ibunya yang paling berharga. Tanpa
berfikir panjang, dia terus menuju ke tingkat bawah untuk mencari sapu tangannya itu.

Dia mencari di pelbagai tempat dan sudut, iaitu di dalam longkang, di kaki lima,
bahkan di dalam semak namun dia gagal menemuinya. Pencariannya menjadi lebih
sukar kerana angin bertiup kencang ketika itu dan hari sudah mendung menandakan
hujan mulai turun. Perasaannya ketika itu bagai kaca terhempas ke batu. Dia kecewa
akan dirinya kerana telah menghilangkan kenangan bermakna peninggalan arwah

ibunya itu. Dahlia menangis sambil mencari-cari 'hartanya' itu walaupun dia
mengetahui bahawa dia gagal untuk menemuinya.

Loceng tamat waktu persekolahan berbunyi dan kelihatan murid-murid Sekolah
Kebangsaan Mawar mula berlari-lari menuju ke pagar sekolah untuk pulang.

Cempaka yang menuntun basikalnya menuju ke pondok pengawal berasa hairan
kerana adiknya sudah berada di situ. Biasanya, dia yang perlu menunggu

“Wah,adiknya itu untuk pulang namun hari ini adiknya pula yang menunggunya.
awal kamu keluar hari ini! Kamu tak sihat?” kata Cempaka kepada Dahlia

sambil tertawa kecil. Dia menjangkakan sebarang balasan daripada adiknya itu
namun Dahlia tidak berkata apa-apa dan menunjukkan riak wajah yang sedih

dan kecewa. “Eh, peliknya kamu hari ini! Kenapa dengan kamu?” Selepas

tidak mendapat sebarang balasan daripada adiknya itu, dia mengeluh lalu mula
membonceng adiknya pulang ke rumah.

Setibanya di rumah, nenek mereka menyambut Dahlia dan Cempaka pulang dari

sekolah. “Macam mana sekolah hari ini? Apa yang kamu belajar di sekolah
hari ini?” tanya nenek mereka kepada Dahlia. Namun, Dahlia tetap berdiam diri

dan terus masuk ke dalam biliknya. Nenek mereka mengerutkan dahinya kerana

biasanya sebelum sempat nenek mereka bertanya, Dahlia akan terus bercerita

tentang pembelajarannya di sekolah apabila pulang ke rumah. Namun, hari ini

dia amat berbeza daripada biasa membuatkan nenek mereka bertanya kepada

Cempaka, “Mengapa dengan adik kamu itu? Ada apa-apa yang berlaku di
sekolah?” Cempaka mengangkat kedua-dua bahunya sambil berkata,

“Entahlah, Nek. Cempaka pun tak tahu kenapa dia tiba-tiba jadi macam
tu.”

Jam di dinding menunjukkan pukul 9.30 malam. Cempaka dan neneknya sedang

menonton televisyen di ruang tamu. Dahlia masih tidak keluar dari biliknya sejak

makan malam tadi. Tiba-tiba, Dahlia datang ke ruang tamu dan duduk di

sebelah neneknya lalu memeluk lengan kanan neneknya itu. Cempaka dan

neneknya memandang antara satu sama lain sambil mengerutkan dahi mereka.

Lalu, kedengaran Dahlia teresak-esak seakan-akan dia hendak menangis.

“Kenapa Dahlia?Cempaka dan neneknya terkejut melihat keadaan Dahlia.
Siapa yang buat kepada cucu Nenek ini? Cuba cerita kepada Nenek dan
Kakak kamu.” tanya nenek mereka kepada Dahlia sejurus melihat cucunya itu

menangis.

Sambil teresak-esak, Dahlia berkata, “Nen—nenek, kain ibu hilang.” Cempaka

dan neneknya terkejut kerana mereka mengetahui bahawa sapu tangan

tersebut tidak pernah hilang kerana Dahlia menjaganya dengan sangat baik.

“Macam mana boleh hilang?” tanya Cempaka kepada adiknya. Lalu Dahlia

menceritakan apa yang berlaku kepadanya di sekolah pada pagi tadi.

Setelah mendengar perkara yang berlaku kepada Dahlia, Cempaka berkata

“Tidak mengapa,sambil mengusap kepala adiknya itu untuk menenangkannya,
Dahlia. Besok kita cari sama-sama ye.”

Keesokan harinya, pada waktu rehat di sekolah, Cempaka mencari-cari sesuatu di kawasan

sekitar Kelas 1 Bestari iaitu kelas Dahlia, di mana tempat sapu tangan adiknya itu hilang.

Tiba-tiba, Cempaka dikejutkan dengan suara seseorang dari arah belakangnya,

“Cempaka, kamu sedang cari apa tu?”
Cempaka terkejut lalu membalas, “Eh, Cikgu Siti. Tak ada apa-apa, Cikgu. Saya pergi

dulu ye, Cikgu,”
“Sekejap, saya nak tanya kamu. Mengapa adik kamu tak datang sekolah hari ini?
Dia ada masalah apa-apa ke? Sebab semalam pun saya dapati dia tak fokus dalam

kelas. Boleh saya tahu kenapa?” tanya Cikgu Siti kepada Cempaka.
“Dahlia tak datang sekolah hari ini sebab dia demam, Cikgu. Dia tak fokus dalam

kelas semalam sebab sesuatu terjadi kepada dia semalam,” beritahu Cempaka

kepada Cikgu Siti.

“Mengapa? Apa yang berlaku kepadanya semalam? Boleh kamu ceritakan kepada
Cikgu?“ tanya Cikgu Siti kepada Cempaka tentang keadaan adiknya itu.

Cempaka menganggukkan kepalanya lalu Cikgu Siti menyuruh Cempaka mengikutnya ke

biliknya.

Di bilik Cikgu Siti, Cempaka menceritakan apa yang berlaku kepada Dahlia sehari

sebelumnya. Dia juga memberitahu bahawa Dahlia terlalu sedih kerana kehilangan barang

kesayangannya itu sehingga menyebabkan dia demam. Cikgu Siti juga mula mengetahui

bahawa sapu tangan tersebut merupakan hadiah daripada arwah ibu mereka. Ketika

Cempaka mula bercerita tentang arwah ibu mereka, Cikgu Siti menyedari bahawa air mata

Cempaka mula bergenang. Lalu Cikgu Siti mengusap belakang Cempaka sambil berkata,

“Cikgu faham situasi kamu. Cikgu pasti bahawa arwah ibu kamu amat sayang akan
kamu berdua.” Cempaka hanya menganggukkan kepalanya sambil mengelap air mata
yang telah jatuh ke pipinya. “Nah, ambil nasi lemak ini dan pergi makan. Cikgu tahu

kamu belum makan lagi kerana kamu asyik mencari sapu tangan adik kamu itu sejak
waktu rehat bermula lagi. Kamu jangan risau tentang sapu tangan itu. Cikgu akan
tolong kamu untuk mencarinya.” Kata Cikgu Siti sambil menghulurkan sebungkus nasi

lemak kepada Cempaka. “Baiklah, terima kasih, Cikgu,” kata Cempaka sambil tersenyum

lalu keluar dari bilik Cikgu Siti.

Dua hari berlalu. Walaupun Dahlia sudah semakin sembuh daripada demamnya namun

dia masih lagi tidak ceria kerana teringat akan sapu tangan kesayangannya yang hilang

itu. “Hei, termenung apa tu? Birthday girl mana boleh sedih-sedih! Jom ke dapur,
Nenek dah panggil tu.” kata Cempaka kepada Dahlia yang sedang termenung di atas

sofa ruang tamu. Hari tersebut merupakan hari lahir Dahlia yang ketujuh sekaligus

merupakan hari hujung minggu. Seperti biasa, Dahlia menyambut hari lahirnya bersama-

sama kakak dan neneknya. Namun, tahun ini Dahlia tidak ceria berbanding tahun-tahun

sebelumnya. “Kenapa sedih ni? Kamu tak suka ke sambut hari lahir kamu dengan
Kakak dan Nenek?” tanya Cempaka kepada Dahlia sambil menunjukkan muka merajuk.

“Bukan macam tu, Kakak, Dahlia gembira sangat dapat sambut dengan Kakak
dan Nenek tapi tahun ni Dahlia rasa macam tak sempurna sebab—” Belum sempat

Dahlia menghabiskan ayatnya, mereka terdengar bunyi ketukan pintu rumah mereka.

“Sekejap ye Nek, biar Cempaka bukakkan pintu.” Beberapa minit selepas itu, tiba-

tiba Cempaka masuk ke dapur bersama-sama Cikgu Siti yang sedang membawa

sebuah kotak.

Lalu Cempaka memperkenalkan Cikgu Siti kepada neneknya. Selepas menyapa nenek
mereka, Cikgu Siti berkata kepada Dahlia yang masih lagi dalam keadaan terkejut dan

bingung, “Selamat hari lahir, Dahlia. Ini hadiah kamu.” Dahlia mengerutkan dahinya lalu

tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Siti. Dia membuka kotak
pemberian Cikgu Siti dan terkejut sejurus melihat apa yang terdapat di dalam kotak
tersebut. Dia memandang nenek dan kakaknya lalu memandang Cikgu Siti dengan mata

yang berkaca. “Ka—kain ibu. Terima kasih, Cikgu,” kata Dahlia dengan suara yang sebak

sambil meletakkan sapu tangan kesayangannya itu di dadanya. Pada ketika itu, air mata
mula jatuh ke pipi Dahlia diikuti Cempaka yang turut mengalirkan air matanya. Air mata
tersebut bukanlah air mata kesedihan namun air mata kegembiraan dan kelegaan kerana
dia dapat memegang kembali satu-satunya kenangan arwah ibunya. Besarnya kasih sayang

dan kerinduan Dahlia dan Cempaka kepada ibunya sebagaimana pantun,



Pagi-pagi menjemur gelama,
Gelama disimpan di dalam raga,

Kasih saudara semasa berada,
Kasih ibubapa hingga ke syurga.

-Tamat-


Click to View FlipBook Version