The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aliyaa, 2021-11-15 09:05:27

BMMB 1074

BMMB 1074

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
( AMBILAN JUN 2021 SEMESTER 1 )

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
( BMMB1074 )

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA PELAJAR NUR ALIYA UMAIRAH BINTI MOHD
ANGKA GILIRAN KHAIRULAZMAIHA

2021192310015

NO KAD PENGENALAN 030131-03-0304

KUMPULAN H1 PPISMP AMBILAN JUN 2021

KOD / NAMA KURSUS SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA
MELAYU ( BMMB1074 )

NAMA PENSYARAH DR. SHAMSUL AIZUWANI BIN NAWI

TARIKH HANTAR 15 NOVEMBER 2021

TARIKH MENERIMA MAKLUM
BALAS DARIPADA PENSYARAH

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN 1

PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN 2
RUMI MENGIKUT KRONOLOGI

PERANAN DEWAN BAHASA DAN 6
PUSTAKA (DBP) DALAM

MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN
RUMI

CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA 8
KINI

KESIMPULAN 9

RUJUKAN 10

PENGENALAN
Tulisan Rumi merupakan tulisan yang paling luas digunakan di dunia pada hari ini
termasuklah Malaysia. Abjad Rumi yang berasal dari perkataan Arab, Rumiyah yang
bermaksud empayar Rom juga dipanggil sebagai abjad Latin kerana huruf latin digunakan
oleh empayar Rom pada Ketika itu. Tidak ramai mengetahui bahawa sistem tulisan dan
ejaan Rumi adalah bukan yang pertama dalam bahasa Melayu. Ejaan bahasa Melayu
sebenarnya mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada tulisan Rumi atau Jawi.
Sebelum kedatangan Islam ke kepulauan Asia Tenggara, bahasa Melayu sudah mempunyai
tradisi tulisan iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung dan Rencong yang telah digunakan oleh
masyarakat Melayu di Kepulauan Nusantara. Tulisan-tulisan tersebut menggunakan
lambang suku kata dan baris untuk membezakan bunyi dan agak maju pada ketika itu.
Namun begitu, ejaan Jawi dan Rumi dikaji secara lebih terperinci kerana kedua-dua tulisan
tersebut lebih banyak melibatkan masyarakat selepas kedatangan Arab. Sebagai contoh,
sistem ejaan Jawi di kepulauan telah diperkenalkan oleh pendakwah dan pedagang dari
Arab kemudiannya terus berkembang sebagai lingua franca yang terkenal serta dianggap
sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed Naquib Al-Attas, 1972)

1

PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI MENGIKUT KRONOLOGI
Perkembangan sistem ejaan rumi berlaku sejak sebelum zaman penjajahan lagi. Kemudian,

perkembangan diteruskan sehingga zaman selepas kemerdekaan Tanah Melayu.

SEBELUM ZAMAN PENJAJAHAN
Potensi yang ada pada bahasa Melayu ditemui oleh para sarjana Barat lalu
mereka menyusun perkataan-perkataan Melayu secara lebih praktikal. Antara
sarjana yang paling terkenal ialah seorang pelayar Itali iaitu Antonio Pigafetta yang
berjaya mengelilingi dunia bersama Ferdinand Magellan melalui pelayaran.
Hasilnya, 426 daftar kata Itali-Melayu telah disusun. Kemudiannya, para pengembara
dan orientalis Eropah cuba untuk melakukan transliterasi iaitu penukaran huruf
berdasarkan keselarasan bunyinya terhadap ejaan Jawi ke ejaan Rumi
menggunakan huruf-huruf Latin. Hal ini telah menimbulkan kerumitan dalam sejarah
sistem bahasa Melayu kerana mereka melakukannya tanpa mengetahui ejaan Jawi
yang sebenar. Hal tersebut terus berlanjutan kerana aktiviti pengkajian terhadap
bunyi sering dikelirukan dengan aktiviti pengkajian terhadap sistem ejaan atau
tulisan. Perkara tersebut dapat dibuktikan apabila tulisan orang Inggeris pada abad
ke-19 memasukkan bunyi Sanskrit, Arab, dan Parsi sebagai lambang bunyi bahasa
Melayu.

SEBELUM MERDEKA
Selepas kedatangan kuasa Barat seperti Belanda, Portugis, dan Inggeris,
sistem ejaan rumi telah disogokkan kepada masyarakat walaupun pada masa itu
penduduk sudah mempunyai sistem ejaan jawi yang lengkap. Ekoran itu, usaha
merakamkan bahasa Melayu dengan aksara latin menjadi berterusan. Kesannya,
berlaku perkembangan pada sistem ejaan bahasa Melayu sehingga leksikografi yang
mengandungi daftar kata, glosari dan kamus Melayu asing dihasilkan. Ejaan Rumi
menjadi lebih praktis berbanding sistem ejaan yang lain dengan kehadiran
kemudahan percetakan dan penerbitan. Pada tahun 1901, ejaan Rumi yang pertama
di alam Melayu yang menggunakan aksara rumi diperkenalkan oleh seorang
pentadbir Belanda iaitu Van Ophuysen. Sistem tersebut adalah berdasarkan sistem
ejaan yang digunakan dalam bahasa Belanda dan mempunyai 32 aksara.

2

Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, beberapa orang sarjana Eropah telah
menjalankan usaha menulis bahasa Melayu dengan menggunakan huruf rumi secara
perseorangan di mana mereka menjalankan kajian terhadap bahasa Melayu. Di
samping itu, usaha untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam
masyarakat dan sekolah dipelopori oleh Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan
Bahasa (PBMPB) yang ditubuhkan di Johor pada 1888, yang mana kemudiannya
diteruskan oleh Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1900).

Seterusnya, usaha diteruskan lagi dengan penubuhan Maktab Perguruan
Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim pada tahun 1922. Maktab tersebut memainkan
peranan penting dalam mengembangkan sistem ejaan bahasa Melayu. Melalui
Maktab Perguruan Sultan Idris, Za’ba telah memulakan sistem ejaan baru yang
dipanggil Sistem Ejaan Sekolah yang juga dikenali sebagai Sistem Ejaan Za’ba.
Antara buku penulisan beliau ialah Ilmu Bahasa Melayu Penggal (1926), Pelita
Bahasa Melayu Penggal (1941), dan Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi (1949).
Kemudiannya, Za'ba menjelaskan dan menggunakan Sistem Ejaan Sekolah ini
dalam buku ‘Pedoman Bahasa Melayu, Penggal i, ii dan iii’. Sistem ini digunakan di
Malaysia sehinggalah ejaan baharu diisytiharkan pada tahun 1972. Walau
bagaimanapun, sistem ini didasarkan kepada pengamatan umum sahaja dan oleh
itu, terdapat juga pengaruh huruf Arab ke huruf Rumi. Hal ini menyebabkan Sistem
Ejaan Sekolah tidak saintifik dan mengandungi beberapa kelemahan.

Rajah 1 : Za'ba Rajah 2 : Maktab Pendidikan Sultan Idris

3

Selepas penubuhan Angkatan Sasterawan '50 pada 6 Ogos 1950, para
cendekiawan ingin melihat penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa
Indonesia dan perlu dirumuskan secara fonemik. Seterusnya, diadakan Kongres
Bahasa dan Persuratan Melayu pertama di Singapura (1952), kedua di Seremban
(1954) dan ketiga di Johor Bharu (1956). Selepas Kongres ketiga, berlaku
persetujuan antara pengkaji bahasa untuk memperbaiki ejaan Za'ba dengan tujuan
menyatukannya dengan bahasa Indonesia di mana cadangan baharu tersebut
dikenali sebagai ' Ejaan Kongres '. Menerusi kongres ketiga itu juga, penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun yang sama telah dirumuskan. Dalam
kongres ini juga, masalah ejaan Rumi diberi perhatian dan peserta kongres
mencadangkan beberapa pembaharuan yang agak radikal. Perakuan-perakuan
kongres itu telah mendapat perhatian kerajaan menyebabkan sebuah Jawatankuasa
Ejaan telah dibentuk pada tahun 1957.

SELEPAS MERDEKA

Pada tahun 1959, sebuah perundingan diadakan kemudiannya berlaku
perjanjian persahabatan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan negara Republik
Indonesia di mana satu jawatankuasa telah ditubuhkan. Jawatankuasa Ejaan Rumi
Persekutuan Tanah Melayu dengan Panitia Pelaksanaan Bahasa Indonesia yang
diadakan di Jakarta pada tahun tersebut mendorong kepada penghasilan Ejaan
Malindo. Namun begitu, usaha tersebut terbantut akibat tercetusnya konfrantasi
tetapi disambung semula pada tahun 1966.

Pada bulan September 1966, delegasi kebudayaan dari Indonesia di bawah
pimpinan Kolonel Wahju Sukatjo mengunjungi Dewan Bahasa dan Pustaka dan
mengesyorkan kepada kerajaan masing-masing tentang pelaksanaan Ejaan Malindo
(1959) dan penyelarasan istilah-istilah bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Untuk
mengemukakan sistem Ejaan Malindo tersebut, suatu kertas kerja turut disediakan.
Walau bagaimanapun, sistem ejaan tersebut memerlukan pembaikan sebelum
digunakan di kedua-dua negara itu.

Beberapa perundingan yang melibatkan beberapa buah jawatankuasa terus
disusun. Kesannya, pada 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah
ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Dato Hussain Onn dengan
Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia iaitu Bapak Mahsuri bagi
membolehkan pelaksanaan ejaan baharu itu. Pengisytiharan sistem ejaan tersebut
diadakan secara rasmi serentak di kedua-dua negara pada 16 Ogos 1972. Risalah

4

‘Sistem Ejaan Rumi Bahasa Malaysia’ telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka untuk kegunaan ramai. Oleh sebab sistem ejaan ini masih mengandungi
beberapa masalah kecil, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia dibentuk dan
pertemuan diadakan dengan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia. Akhirnya,
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia terbentuk pada 29 Disember 1972. Dalam
persidangan-persidangan majlis tersebut, segala masalah mengenai ejaan baharu itu
dibincangkan. Setelah berlakunya persidangan sebanyak lima kali, Majlis
Jawatankuasa Tetap Bahasa Indonesia-Malaysia berjaya mengeluarkan pedoman
umum ejaan yang lebih lengkap iaitu ‘Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia’ yang
diterbitkan pada 5 Disember 1974.

5

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP) DALAM
MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI

Menurut Shamsul Aizuwani et. al.,(2020), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
ditubuhkan di Johor Bahru pada 22 Jun 1956 iaitu sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan lagi. Penubuhan DBP adalah hasil daripada Kongres Bahasa dan Persuratan
Melayu ke-3. Pada awal penubuhan, DBP bertaraf jabatan kerajaan namun pada tahun
1959, DBP bertukar menjadi badan berkanun apabila mendapat kelulusan Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Rajah 3 : Logo DBP

Dalam konteks sistem ejaan Rumi, DBP berperanan untuk membakukan ejaan dan
sebutan, serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Pelaksanaan dasar bahasa yang menuntut supaya bahasa Melayu dijadikan sebagai
bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan peringkat institusi pengajian
tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang didukung oleh DBP. Terdapat banyak
Jawatankuasa Istilah (JKI) yang telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi
pengajian tinggi awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar secara meluas istilah
bahasa Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini mendorong
perancangan korpus iaitu himpunan makalah bahasa Melayu mengalami perkembangan
yang cepat sekali.

Di samping itu, peranan DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang
betul dalam kalangan masyarakat secara tidak langsung memberi sumbangan kepada
sistem ejaan Rumi. Antara masalah yang dapat dikenal pasti ialah penggunaan bahasa
pasar dalam kalangan rakyat Malaysia sebagai bahasa percakapan harian mereka malah
notis-notis ataupun risalah-risalah awam yang diedarkan kebanyakannya tidak
menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun poster-poster untuk

6

konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Sekiranya terdapat kesalahan
penggunaan bahasa Melayu terutamanya kesalahan ejaan dalam perkara-perkara tersebut,
secara tidak langsung akan mendorong masyarakat untuk melakukan kesilapan yang sama
kerana mereka lebih cenderung untuk mengikuti apa-apa yang terdapat di persekitaran
mereka. Oleh itu, DBP memainkan peranan untuk mengatasi masalah tersebut dengan
mewujudkan buku-buku, risalah-risalah, dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan
memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul dalam kalangan rakyat
Malaysia. Dengan itu, masalah penyalahgunaan bahasa terutamanya dari segi ejaan dapat
dicegah dan dibendung serta keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar oleh unsur-
unsur lain seperti penggunaan bahasa rojak dan bahasa singkatan.

7

CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI

Pada zaman abad ke-21 ini terutamanya zaman era digital, masalah sistem ejaan
Rumi dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi kebimbangan para tokoh bahasa. Kini,
kebanyakan urusan sama ada sama ada pembelajaran mahupun sektor pekerjaan
menggunakan pelbagai platform digital yang melibatkan penulisan. Sebagai contoh, para
guru menggunakan platform tersebut untuk menghantar tugasan kepada murid-murid malah
ada yang melakukan perbincangan secara bertulis. Dari segi sektor pekerjaan pula, banyak
peniaga yang menggunakan media sosial untuk memasarkan produk mereka. Hal ini
menjadi kebimbangan apabila mula terlihat banyak kesalahan bahasa yang dilakukan
terutamanya dari segi ejaan Rumi.

Salah satu perkara yang menjadi cabaran kepada sistem ejaan Rumi adalah apabila
munculnya bahasa rojak dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Menurut Kamus Dewan
Edisi Empat, bahasa rojak ialah bahasa yang mencampurkan pelbagai bahasa dalam satu
pertuturan. Penggunaan bahasa ini banyak dikesan dalam percakapan dalam kalangan
remaja. Didapati paling kerap berlaku adalah di mana mereka mencampuradukkan bahasa
Melayu dengan bahasa Inggeris dalam komunikasi mereka. Ada yang menganggap perkara
ini adalah perkara biasa malah ada yang yang berpendapat bahawa penggunaan bahasa ini
menunjukkan ketinggian darjat seseorang dalam kalangan masyarakat. Hal yang paling
membimbangkan adalah apabila bahasa rojak ini turut digunakan dalam media sosial yang
melibatkan penulisan. Perkara ini secara tidak langsung akan menjejaskan sistem ejaan
Rumi di Malaysia kerana masyarakat lebih cenderung mendapat pengaruh dari media
sosial.

Di samping bahasa rojak, rata-rata masyarakat kini kerap menggunakan bahasa
singkatan dalam komunikasi mereka secara tulisan seperti mesej, notis, dan surat-surat
tidak rasmi. Bahasa singkatan ini berlaku di mana sesetengah perkataan disingkatkan dan
biasanya beberapa huruf digugurkan dalam perkataan. Tujuan bahasa singkatan ini
digunakan untuk menjimatkan masa selain ingin meringkaskan pesanan yang ingin dihantar.
Penggunaan bahasa ini digunakan secara meluas dalam kalangan masyarakat dari
peringkat kanak-kanak sehingga peringkat dewasa. Perkara yang paling membimbangkan
adalah apabila bahasa ini turut dibawa dalam penulisan terutamanya dalam kalangan
remaja. Hal ini kerana mereka terbawa-bawa dengan bahasa yang digunakan dalam
komunikasi tulisan dalam kehidupan seharian mereka. Perkara ini secara tidak langsung
mengikis kemahiran masyarakat dalam sistem ejaan Rumi kerana tidak terbiasa menulis
menggunakan ejaan yang betul.

8

KESIMPULAN
Kesimpulannya, dapat diketahui bahawa sistem ejaan Rumi bukanlah sistem tulisan
yang pertama di Tanah Melayu. Tanah Melayu sudah pun mempunyai sistem tulisannya
sendiri sebelum kewujudan sistem tulisan dan ejaan Rumi yang dibawa oleh orang Inggeris.
Apabila orang Inggeris mula menyedari potensi sistem tulisan dan ejaan Rumi, mereka mula
membuat kajian untuk melaksanakan sistem tersebut di Tanah Melayu. Sejak itu,
bermulalah perkembangan sistem ejaan Rumi dari zaman sebelum penjajahan sehingga
zaman selepas kemerdekaan. Antara bukti berlakunya perkembangan sistem tersebut ialah
pengenalan ejaan Rumi yang pertama di alam Melayu yang menggunakan aksara rumi pada
tahun 1901. Terdapat juga beberapa institusi dan pertubuhan yang menyertai
perkembangan sistem ini contohnya Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa
(PBMPB) yang ditubuhkan di Johor pada 1888, Maktab Perguruan Perempuan Melaka
(1900), dan Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC). Perkembangan sistem ini turut disokong
oleh tokoh kebangsaan iaitu Za’ba di mana beliau sendiri memperkenalkan Sistem Ejaan
Sekolah atau Sistem Ejaan Za’ba dan menulis buku-buku berkenaan tulisan Rumi.
Beberapa kongres turut diadakan bagi membincangkan sistem ini sehingga membawa
kepada kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam urusan sistem tulisan dan ejaan
Rumi. Tidak dapat dinafikan juga bahawa peranan Dewan Bahasa dan Pustaka amat
penting dalam memartabatkan bahasa begitu juga dalam mengekalkan dan
menyeragamkan sistem tulisan dan ejaan Rumi di Malaysia. Tambahan pula, kesalahan dan
kesilapan bahasa yang semakin kerap dilakukan oleh masyarakat kini menjadikan peranan
DBP amat diperlukan bagi menjaga kedaulatan bahasa Melayu. Sistem tulisan dan ejaan
Rumi kini menghadapi pelbagai masalah dan cabaran sejak kemunculan bahasa-bahasa
baharu yang tidak berpandukan bahasa Melayu yang sebenar. Oleh itu, setiap individu dari
pelbagai lapisan masyarakat perlu bekerjasama dalam usaha untuk memastikan sistem
tulisan dan ejaan Rumi dapat digunakan dengan betul dan dikekalkan dalam kalangan
masyarakat di Malaysia.

9

RUJUKAN
Dewan Bahasa dan Pustaka. (n.d.). Bahasa rojak. In Kamus Dewan Edisi Empat. Retrieved
November 14, 2021, from https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bahasa+rojak
II, P. T. (2010). Sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Cikgu Saberi:

http://cikgusaberi.blogspot.com/2010/08/sistem-ejaan-rumi-bahasa-melayu.html
Nawi, S. A., Dollah, S., & Yusoff, Z. (2020). Sejarah perkembangan bahasa Melayu. Global

Mediastreer Sdn Bhd.

Rajah 4 : Buku Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

10


Click to View FlipBook Version