Pelancaran Pelancaran Penyayang Guru 25 MAC 2024 | ISNIN Dewan Berjaya, SMK TAMAN SEA #sea on track (7.20 Pagi & 12.30 Tengah hari)
P e n g e n a l a n O b j e k tif Pelaksanaan amalan Guru Penyayang bertujuan agar setiap guru membudayakan sikap kasih sayang di sekolah. Guru Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang guru yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap murid-murid dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru Penyayang seharusnya menjiwai bahawa murid adalah aset yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat. Memberi galakan kepada murid-murid untuk datang awal ke sekolah. Menjiwai amalan penyayang sebagai budaya guru. Menunjukkan keprihatinan guru-guru SMK Taman SEA terhadap murid-murid yang hadir ke sekolah. Memupuk perasaan seronok dalam kalangan murid apabila berada dalam suasana persekolahan yang meraikan mereka.
Pengerusi : Pn. Mona Asifah binti Abdullah (Pengetua) Naib Pengerusi 1 : Pn. Nor Anim binti Wahab (PK HEM) Naib Pengerusi 2 : Pn. Nor Azah binti Zulkaply (PK Petang) Setiausaha : Pn. Siti Noorseha Binti Pairit (GBKSM) AJK : 1. Cik Siti Zaleha Binti Mustofa @ Mohd Zain (GBKSM) 2. Pn. Nor Asmida Binti Azhar (GBKSM) 2. Semua Penyelaras Tingkatan 1 - 5 4. Semua Guru Mata Pelajaran Pendidikan Islam dan Moral J awa t a n k u a s a
Tentatif(Sesi Pagi) : Guru dan Murid berkumpul : Nyanyian Lagu Sekolah, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor : Bacaan Doa : Ikrar Murid : Ucapan Pengetua/ Pk.Pentadbiran : Perasmian Program Guru Penyayang : Bersurai 07:20 pagi 07:40 pagi 07:50 pagi 07:55 pagi 08:05 pagi 08:15 pagi 08:30 pagi 25 Mac 2024 | ISNIN Tentatif(Sesi Petang) : Guru dan Murid berkumpul : Nyanyian Lagu Sekolah, Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Selangor : Bacaan Doa : Ikrar Murid : Ucapan PK.Petang : Perasmian Program Guru Penyayang : Bersurai 12.30 tengah hari 12.40 tengah hari 12:50 tengah hari 12:55 tengah hari 1:05 tengah hari 1.15 tengah hari 1:30 tengah hari
Perancangan Program 2024 Perancangan Program 2024 Penghargaan Diharap dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memartabatkan profesion perguruan di samping dapat membudayakan sikap penyayang bagi membentuk peribadi mulia dalam membentuk peribadi anak bangsa. Terima kasih
Cuit Bahasa Seorang Guru yang baik akan tetap baik walau di manamana sahaja dia berada. Tak kiralah dia dihantar ke hujung dunia atau dicampak ke tengah bandar raya. Dia akan mencuba menyesuaikan diri secepat yang mungkin dengan persekitaran. Guru yang baik “Tak Hidup Dek Puj i , Tak Hina Dek Kej i ” . Dia akan terus berusaha membantu murid, rakan sekerja dan sesiapa sahaja untuk sama-sama mencipta KECEMERLANGAN. Guru Yang Baik