The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sukan Mendayung Di Malaysia SOFIYA & WINDYLIA (ELEKB).pdf

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zettynatasha20, 2022-09-04 20:58:26

Sukan Mendayung Di Malaysia SOFIYA & WINDYLIA (ELEKB).pdf

Sukan Mendayung Di Malaysia SOFIYA & WINDYLIA (ELEKB).pdf

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN SELANGOR

KAMPUS PUNCAK PERDANA

IMR604 - PENDOKUMENTASIAN LISAN

KERTAS CADANGAN PROJEK SEJARAH LISAN
TAJUK: SUKAN MENDAYUNG DI MALAYSIA

(DR. MOHD ZULFADLI BIN ROZALI & ENCIK AHMAD HUZAIFAH BIN
AHMAD IZUDDIN)

DISEDIAKAN OLEH:
1) NUR AININ SOFIYA BINTI NOR AZMAN (2020980253) IM249
2) WINDYLIA WINNIE ANAK ALI (2020996533) IM245
DISEDIAKAN UNTUK: ENCIK MOHD NAZIR BIN AHMAD
KUMPULAN: ELEK B
TARIKH: 23 JUN 2021

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN..........................................................................................................i
1.0 PENGENALAN.................................................................................................1
2.0 PERNYATAAN MASALAH...........................................................................2-3
3.0 PERSOALAN KAJIAN.....................................................................................4
4.0 OBJEKTIF KAJIAN..........................................................................................4
5.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN...........................................5-6
6.0 KAJIAN LITERATUR.....................................................................................7-13
7.0 KAEDAH KAJIAN.........................................................................................13-16
8.0 KESIMPULAN..................................................................................................16
9.0 RUJUKAN.......................................................................................................17-19

PENGHARGAAN

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terlebih dahulu ingin
mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan
kurniaNya, maka dapatlah kami menyiapkan kajian ini dengan jayanya walaupun menempuhi
pelbagai dugaan dan rintangan. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan jutaan terima
kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohd Nazir Bin Ahmad, selaku penyarah kami di
atas kesabaran, sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu kepada
kejayaan dalam penghasilan kajian ini. Segala bantuan, semangat, strategi dan kebijaksanaan
beliau telah banyak mengajar kami untuk menjadi seorang penyelidik yang baik. Tidak
dilupakan kepada tokoh dalam “Sukan Mendayung di Malaysia” yang menjadi sumber utama
kami dalam menjayakan penyelidikan ini, Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali dan Encik Ahmad
Huzaifah Bin Ahmad Izuddin yang sudi berkongsi pengalaman sepanjang proses penghasilan
projek ini. Segala pengalaman yang dilalui pasti tidak dapat dilupakan. Sesungguhnya segala
pengorbanan yang telah dilakukan amatlah kami sanjungi dan diingati sepanjang hayat ini.
Akhir kata, ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam memberikan sumbangan cadangan dan bantuan dalam menyiapkan kajian ini.
Semoga penyelidikan berkenaan pendokumentasian sejarah lisan ini dapat dijadikan wadah
ilmu yang berguna untuk tatapan generasi akan datang.

i

1.0 PENGENALAN
Sukan air merupakan salah satu kategori sukan yang tidak asing lagi untuk diperkatakan

dan sudahpun terkenal ke seluruh pelosok dunia yang juga pada waktu yang sama telah menjadi
antara tonggak kejayaan negara. Berbeza dengan sukan berkanu atau berkayak, menurut
McNeely (2012), sukan mendayung telah wujud sejak zaman Mesir Purba yang melibatkan
aktiviti mendorong kapal di atas air menggunakan dayung dengan kekuatan yang dihasilkan.
Memetik petikan daripada kajiannya, beliau menyatakan bahawa sukan mendayung atau
“rowing” memerlukan latihan dan ketegangan fizikal badan yang sangat tinggi untuk menjadi
pendayung yang berjaya bagi mempersiapkan diri ke perlumbaan yang sengit. Keseimbangan
dari segi kesihatan mental dan tubuh badan seorang atlet pendayung merupakan sebuah kunci
kejayaan. Artikel sejarah mendayung di Sukan Olimpik (2017) telah membuktikan bahawa
sukan ini merupakan salah satu sukan tertua di Sukan Olimpik. Dayung moden sebagai sukan
yang kompetitif dapat dikesan pada awal abad ke-17 ketika perlumbaan diadakan antara
profesional tukang air pada Sungai Thames dalam London, United Kingdom.

Di Malaysia, pada tahun 1990 satu Mesyuarat Jemaah kabinet telah memutuskan sukan
mendayung akan diperkenalkan dan diperkembangkan di negara ini. Kerajaan berkeyakinan
sukan ini boleh mendidik rakyat untuk lebih bersemangat waja, bekerja keras dan semangat
berpasukan di dalam mencapai sesuatu yang dicita-citakan. Terdapat Persatuan Mendayung
Malaysia (PERDAMA) yang merupakan badan sukan induk rasmi bagi sukan mendayung di
negara ini. Ianya ditubuhkan pada tahun 2014 dengan moto yang dipegang teguh iaitu “Maju
PERDAMA, Maju sukan rowing”. Tidak dapat disangkal lagi bahawa sukan mendayung ini
bukan sahaja sukan yang menarik kerana terdiri daripada pelbagai jenis bentuk mendayung,
kategori perlumbaan, peralatan, pertandingan bahkan juga terdapat maklumat khas berkenaan
kedudukan krew mendayung di atas kapal. Garrett, William E. Dan Kirkendall, Donald T.
(2000) melalui kajian yang telah dijalankan, terminologi sukan mendayung hendaklah lebih
giat diperjalankan dengan mengadakan lebih banyak pertandingan untuk berlumba antara
kelab, sekolah dan universiti di setiap negara seluruh dunia agar sukan ini tidak lapuk ditelan
dek zaman. Antara atlet mendayung yang telah membawa nama Malaysia ke mata dunia dan
membawa pulang pingat buat negara yang tiada tolok bandingnya ialah Ahmad Huzaifah,
Mohd Zulfadli yang telah terlibat di dalam penyelidikan ini bagi berkongsi dengan lebih lanjut
berkenaan sukan mendayung di Malaysia.

1

2.0 PERNYATAAN MASALAH
Dalam meniti arus permodenan dan teknologi masa kini yang berbagai, beraneka jenis

sukan telah diwujudkan bagi melahirkan rakyat yang sihat tubuh badan dan cerdas akal
fikirannya. Menteri Belia dan Sukan (2016) menyatakan bahawa hanya 40 peratus jumlah
penduduk negara ini yang mengamalkan gaya hidup sihat dan membudayakan sukan dalam
kehidupan mereka di mana secara puratanya tidak ramai di kalangan masyarakat kita
yang mempunyai pengetahuan atau mengikuti maklumat semasa berkenaan sukan air
seperti sukan mendayung. Hal ini kerana ianya tidaklah begitu popular jika hendak
dibandingkan dengan sukan lain seperti bola sepak, badminton dan bola tampar yang tidak
dapat disangkal lagi merupakan antara sukan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia
sehingga pada ketika ini. Dapat dilihat si sini iaitu bidang sukan tidaklah begitu dititik beratkan
oleh masyarakat negara kita. Lebih-lebih bidang sukan mendayung yang tidaklah selalu diwar-
warkan di akhbar harian mahupun media sosial dengan kerap. Perkara ini dapat dipertegaskan
lagi di mana dengan tercetusnya pandemik Covid-19 di dunia dan terutamanya di Malaysia,
sukan mendayung boleh dikatakan kurang dipergiatkan kerana sukan ini memerlukan ruangan
terbuka dan juga agak mustahil untuk menjaga jarak di antara krew pendayung di atas kapal
berdasarkan Garis Panduan dan Operasi Standard (SOP) negara kita kerana kedudukan dan
jarak antara atlet mendayung yang agak rapat antara satu sama lain.

Seterusnya, kajian lokal yang dijalankan oleh penyelidik di negara ini berkenaan
sukan mendayung amatlah membimbangkan dimana tidak terlalu banyak kertas-kertas
penyelidikan atau artikel di laman sesawang berkenaan bidang sukan ini yang
diterbitkan. Kajian literatur menunjukkan bahawa aspek sukan yang dijalankan adalah lebih
tertumpu kepada sukan air yang lain dan juga tidak terkini seperti Sejarah Sukan Kanu
Malaysia oleh Md Amin (2010) dan Sejarah Perkembangan Kayak di Malaysia oleh Ignatius
John (2011). Sebagai bukti, kajian berkenaan sukan mendayung telah banyak dilakukan oleh
negara luar seperti Indonesia, China dan negara barat seperti Canada dan Amerika Syarikat.
Antaranya ialah Rhildan Rahman, Imas Damayanti dan Yati Ruhayati (2019) dengan hasil
karya mereka berkenaan hubungan pola makanan dan status zat dengan tingkat kecergasan atlet
dayung dan juga Romain Labbe (2019) yang menerbitkan hasil kajian bertajuk “Physics of
rowing oars” iaitu fizik dayung mendayung. Dengan tercetusnya permasalahan ini, semakin
sukar untuk golongan yang berminat untuk mempelajari dan menerokai sukan ini diakibatkan
oleh sumber yang terhad dan keterbatasan dari segi bahasa. Namun yang demikian, terdapat
juga medium yang meyalurkan maklumat terkini berkenaan sukan mendayung di negara kita

2

seperti ML Studios di laman video YouTube, laman web rasmi sukan mendayung di Malaysia
iaitu Malaysian Rowing Website dan laman web Stadium Astro yang masih lagi kerap
mengemaskini informasi dan berita terkini berkenaan sukan mendayung melibatkan negara kita
di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Melalui hasil pencarian penyelidik, peribahasa Melayu iaitu seperti katak di bawah
tempurung dapat diperlihatkan di mana terdapat juga ramai di kalangan kita yang masih lagi
tidak peka berkenaan apakah sukan mendayung ini sebenarnya. Hal ini yang demikian kerana
majoriti masyarakat masih lagi keliru dengan beraneka macam jenis sukan air dan
menganggap sukan-sukan tersebut adalah sama. Beberapa kajian lalu telah dilakukan
dengan penghasilan lebih banyak artikel ilmiah untuk memberikan maklumat saintifik yang
lebih jelas berkenaan perbezaan sukan mendayung dengan sukan air yang lain. Frost Valley
(2000), George (2018) dan Tamoghni; Snehunsu (2018) adalah antara penyelidik yang telah
menjalankan kajian dan mengeluarkan artikel berkenaan perbandingan sukan mendayung
dengan sukan air yang lain seperti sukan kayak dan kanu melalui faedah kesihatan, otot yang
terlibat, ciri-ciri tubuh badan atlet, peralatan dan cara-cara sukan tersebut dijalankan.
Penyelidikan ini dijalankan untuk menerangkan kepada masyarakat tentang perbezaan sukan
mendayung dan berkayak yang amatlah berbeza dari pelbagai sudut.

Berdasarkan pencarian yang dijalankan, kenyataan ataupun kajian lokal banyak
dilakukan oleh universiti-universiti di Malaysia seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang ada diantaranya hanya boleh diakses
oleh pegawai dan pelajar institut berkenaan sahaja. Kajian lisan berkenaan sukan
mendayung yang spesifik dilakukan di Malaysia ataupun oleh penyelidik dari negara kita
juga boleh dikatakan tidak pernah dijalankan atau tidak diterbitkan secara umum.
Perkara ini menjadi salah satu asbab kenapa kami memilih untuk melakukan
pendokumentasian lisan bertopikkan “Sukan Mendayung di Malaysia” kerana ianya bukan
sahaja dapat mendedahkan dengan lebih meluas berkenaan kewujudan sukan ini kepada orang
ramai tetapi juga menjadikannya sedikit sebanyak lebih dikenali dan terkenal semula di
kalangan masyarakat khususnya di Malaysia kerana kami percaya ia juga merupakan impian
para atlet mendayung negara kita. Menurut Persatuan Mendayung Malaysia, pada satu ketika
dahulu, sukan rowing hanya giat diceburi oleh golongan professional dan golongan atasan
sebagai satu jenis rekreasi tetapi kini telah menjadi satu kegiatan sukan yang digemari dan
disertai oleh semua orang di serata dunia. Fakta ini menjadi pokok pangkal mengapa sukan ini
harus diperjuangkan di negara kita khususnya.

3

3.0 PERSOALAN KAJIAN
Penyelidik telah membuat kajian berkaitan dengan bidang sukan mendayung dengan lebih
terperinci dan mendalam serta diselitkan sedikit pengalaman seorang tokoh menyertai bidang
sukan mendayung ini ketika mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa. Dimana bidang
sukan mendayung ini telah membawa nama Malaysia ke persada dunia dari segi bidang sukan
yang lain. Penyelidik telah pun menanyakan beberapa soalan kepada tokoh yang bernama Dr.
Mohd Zulfadli Bin Rozali dan Encik Ahmad Huzaifah Bin Ahmad Izuddin berkaitan bidang
sukan mendayung. Oleh sebab itu, fokus utama akan diarahkan kepada persoalan yang berikut;

1. Bagaimanakah latar belakang dan sejarah awal sukan mendayung?
2. Apakah jenis-jenis sukan mendayung?
3. Apakah kemenangan atau kejayaan terbesar Malaysia dalam sukan mendayung?
Berdasarkan kepada soalan-soalan yang telah dirangka seperti diatas, ianya bertujuan untuk
membantu mencapai matlamat sebenar kajian ini dalam menganalisa dan memperolehi
maklumat lebih mendalam tentang bidang sukan mendayung serta sketsa penyertaan,
pengalaman dan pengetahuan Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali serta Encik Ahmad Huzaifah Bin
Ahmad Izuddin melibatkan diri dalam sukan mendayung itu sendiri bagi mewakili Malaysia.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang ingin dicapai dalam penyelidikan ini adalah:

1. Untuk mengetahui latar belakang dan sejarah awal sukan mendayung.
2. Untuk menerokai jenis-jenis mendayung, penglibatan atlet, prosedur, latihan,
peralatan dan pertandingan mengenai sukan mendayung dengan lebih terperinci.
3. Untuk menghuraikan kejayaan sukan mendayung serta merungkai impak,
sumbangan dan pencapaian yang menjadi kebanggaan negara di persada antarabangsa.

4

5.0 KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN KAJIAN
Perbincangan mengenai kepentingan kajian dapat dihuraikan kan atas dasar;

5.1 Aspek Ilmu Pengetahuan
Kajian yang dijalankan ini boleh dijadikan sebagai satu komplemen ilmu bagi

sesetengah orang terutamanya penyelidik. Dimana kedua-dua belah pihak sama ada penyelidik
dan tokoh dapat berbagi ilmu pengetahuan yang baru berkenaan sukan mendayung khususnya
di negara Malaysia. Kajian mengenai sejarah sukan boleh mengajar kita tentang perubahan
sosial dan mengenai sifat sukan itu sendiri, kerana sukan nampaknya terlibat dalam
pengembangan kemahiran asas manusia. Seiring dengan perkembangan sejarah, bukti yang
semakin berkurang menjadikan teori mengenai asal-usul dan tujuan sukan semakin sukar untuk
disokong. Bertitik tolak dengan kenyataan tersebut, diharapkan ianya dapat menongkat kepada
sesetengah perkara iaitu;

Analisis ini dijalankan agar dapat dijadikan sebagai mata rujukan sejarah lisan oleh
penyelidik yang seterusnya di masa akan datang tatkala memperoleh informasi berkaitan
dengan sukan mendayung sebagaimana yang diceritakan oleh Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali
ketika sesi temu bual. Disingkapkan, maklumat mengenai sukan mendayung kurang diuar-
uarkan oleh para penyelidik di Malaysia dimana kurangnya biografi berkenaan sukan
mendayung yang diadaptasikan ke format ilmiah. Dalam pada itu, penyelidik juga mengalami
kesulitan untuk mendapatkan sumber rujukan ilmiah yang mungkin terdapat di pustaka ilmu,
majalah tempatan dan antarabangsa, jurnal-jurnal penyelidikan, dan juga sumber internet yang
kurang memuaskan.

Walau bagaimanapun, diharapkan melalui kajian ini, ianya dapat merangkum segala
aspek berkaitan dengan sukan mendayung agar dapat diketengahkan dan dipergiatkan lagi oleh
generasi akan datang. Pencoretan terhadap kajian ini perlu dikemukakan bagi mengiktikadkan
kontinuitas penerus sukan mendayung bukan hanya semata-mata bersifat fizikal sahaja tetapi
haruslah disemat dalam diri masing-masing sebagai rasa bangga dan hormat kita kepada tokoh
yang telah membawa nama Malaysia ke mata dunia melalui sukan mendayung ini. Kajian
tentang aspek ini adalah penting agar sejarah perjalanan beliau di dalam bidang sukan
mendayung ini yang mengandungi mutiara berharga dan bermaslahat tidak pudar begitu
sahaja.

5

5.2 Masyarakat
Tuntutan daripada itu, kepentingan kajian juga bertujuan untuk memperoleh segala

sokongan daripada masyarakat seperti mereka menyokong sukan yang lain contohnya sukan
bola sepak yang diadakan setiap tahun. Maka dengan itu, dengan adanya pendokumentasian
berkaitan sukan mendayung ini dapat mempergiatkan lagi sukan ini dimata masyarakat
setempat. Penyelidik juga berharap agar konteks kajian ini bermakna dan menjadi ikhtiar
kepada masyarakat untuk mengekalkan dan mengangkat sukan mendayung ini melalui sejarah
lisan dan pendokumentasian ini. Akhir kata, kajian ini turut dapat memperbaiki tanggapan
masyarakat terhadap ikhtiar mulia atlet-atlet negara dalam mempertahankan bidang sukan
mendayung di negara kita.

5.3 Negara
Lanjutan daripada itu, berkait rapat dengan temu bual sejarah lisan bersama Dr. Mohd

Zulfadli Bin Rozali sudah tentunya pengetahuan dan pendapat serta pengalaman yang beliau
sebutkan tentang bidang sukan mendayung mampu mengangkat martabat negara ke mercu
yang lebih tinggi agar setanding dengan negara-negara maju yang lain. Seperti yang kita tahu,
pencapaian dalam bidang sukan juga menyebabkan nama Malaysia terukir di persada
antarabangsa. Misalnya, Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali sendiri dalam bidang sukan mendayung
serta rakannya yang turut ditemu bual juga iaitu Encik Ahmad Huzaifah Bin Ahmad Izuddin
dan sebahagian daripada 40 orang atlet sukan mendayung yang mewakili Malaysia ke Sukan
SEA iaitu pada tahun 2011 di negara jiran (Indonesia).

6

6.0 KAJIAN LITERATUR
6.1 Latar Belakang Sejarah Awal Sukan Mendayung

Sejarah lalu telah banyak mengajar kita tentang peradaban awal manusia tidak kiralah
dari segi perkembangan sahsiah, aktiviti harian dan juga pembentukan keperibadian seseorang.
Percaya atau tidak sukan mendayung sebenarnya merupakan satu jenis sukan antara yang tertua
dalam sejarah manusia iaitu dari zaman Greek purba lagi. Di awal pengenalannya, mendayung
ini adalah pengangkutan yang digunakan oleh manusia. Menurut laman web rasmi Persatuan
Mendayung Malaysia (2003), pada awal pemodenan mendayung dalam sejarah dunia, ia mula
berkembang di England pada abad ke lapan belas, di mana pendayung-pendayung bot
penambang mula berlumba antara satu sama lain dalam satu-satu perlumbaan yang dianjurkan.
Adam Augustyn (2008) menyatakan bahawa rowing sebagai aktiviti sukan diperkenalkan pada
tahun 1830 kemudiannya diteruskan ke tahun 60-an di Australia dan Kanada yang pada waktu
yang sama sukan mendayung ini sudah mula popular di seluruh negara Eropah dan Amerika
Syarikat. Buktinya, Universiti Harvard dan Universiti Yale adalah universiti pertama yang
menganjurkan perlumbaan sukan mendayung pada tahun 1851 manakala “regatta” terbuka
pertama untuk amatur diadakan pada tahun 1872.

Pusat Pengajian Olimpik (2015) turut menterbitkan maklumat menarik berkenaan
sejarah awal sukan mendayung di mana sukan ini dikategorikan sebagai sukan wajib pada
setiap kali Sukan Olimpik Musim Panas diadakan. Namun yang demikian, perlumbaan pertama
untuk Sukan Olimpik yang pertama di Athens pada tahun 1896 terpaksa dibatalkan akibat
cuaca buruk. Pada ketika itu, sukan mendayung ini hanyalah disertai oleh lelaki sahaja dan buat
julung kalinya Sukan Olimpik kali ke-21 menjadi tarikh bersejarah di mana kaum wanita
menjadi krew pendayung di Montreal pada tahun 1976. Berikutan dengan peristiwa itu, sukan
mendayung semakin giat dianjurkan di serata dunia termasuk negara-negara Asia. Pengenalan
sukan mendayung di Malaysia bukan sahaja telah menarik perhatian masyarakat pada ketika
itu bahkan pertubuhan persatuan atau kelab mendayung di peringkat universiti juga telah
ditubuhkan.

Persatuan Mendayung Malaysia (2003) mengesahkan bahawa sukan mendayung di
negara ini bermula pada tahun 1990 dan kemudiannya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
sendiri telah mengeluarkan pernyataan dimana beliau mengesyorkan sukan mendayung
sebagai permulaannya diperkenalkan kepada penuntut pengajian tinggi di Malaysia. Hal ini
demikian kerana beliau kuat berpendapat bahawa kerana mahasiswa dan mahasiswi adalah
bakal penyambung pimpinan dan korporat negara di masa akan datang. Kementerian Belia Dan
Sukan Malaysia mula merancang dan melaksanakan beberapa program sukan mendayung

7

khususnya untuk mahasiswa dan mahasiswi universiti-universiti tempatan dengan mengadakan
beberapa siri kursus kejurulatihan dan kepegawaian serta Kursus Asas Sukan Mendayung telah
diadakan di sekitar Ibukota Kuala Lumpur. Seramai 2,000 orang mahasiswa dan mahasiswi
dari semua universiti telah mengikuti program-rogram yang telah dilaksanakan sejak tahun
1990 dengan harapan sukan mendayung akan dikembangkan kepada segenap lapisan rakyat
negara ini.

Sesungguhnya malang tidak berbau, rancangan pembinaan Pusat Rekreasi Sukan Air
Kebangsaan (PURSAK) di Empangan Batu, Gombak, Selangor Darul Ehsan yang sepatutnya
siap pada tahun 1995 sehinga kini masih tiada apa-apa perkembangan telah dibuat. Dengan
keazaman yang utuh dan semangat juang yang tinggi, Persatuan Mendayung Malaysia tetap
berusaha melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk membangunkan sukan mendayung
di negara ini. Impian persatuan ini tercapai apabila sempena dengan penganjuran Sukan SEA
XXI, Kuala Lumpur 2001 yang telah diadakan, kemudahan di Empangan Batu dapat dinaik
taraf dan akhirnya kini persatuan ini telah memiliki lapangan pertandingan "Albano System"
serta 32 unit Bot Pertandingan peringkat antarabangsa.

Rajah 1: Sukan mendayung sewaktu di awal pengenalan
Sumber: Portal rasmi Persatuan Mendayung Malaysia

6.2 Maklumat Asas Berserta Penglibatan Atlet Dalam Sukan Mendayung
Bidang sukan mendayung mengandungi pelbagai maklumat umum yang seharusnya

diketahui oleh setiap lapisan masyarakat dek kerana kepentingan dan kebaikannya terhadap
kesihatan, tubuh badan serta personaliti seseorang. Jurnal Fisiologi Mendayung Asas (2006)
menyatakan bahawa sukan mendayung bukan sahaja memerlukan keseimbangan teras yang

8

kuat, kekuatan fizikal dan kelenturan pendayung malah turut menitik beratkan daya tahan
kardiovaskular. Secara umumnya, tatacara sukan mendayung ini dimulakan dengan gerakan
semasa mendayung di mana atlet yang dikehendaki duduk di perahu perlulah menghadap ke
arah hala tuju perlumbaan dengan penuh fokus sambil menggunakan dayung. “Oarlock” pula
berfungsi untuk mendorong kapal ke hadapan. Sukan mendayung juga amatlah sesuai
dilakukan di terusan, empangan, tasik, laut atau perairan besar lainnya bagi memastikan
peredaran air yang lancar dan mengelakkan kecederaan pada para atlet.

Garrett, William E. dan Kirkendall, Donald T. (2000) menjelaskan bahawa terdapat
banyak jenis pertandingan yang merangkumi perlumbaan daya tahan, ujian masa, perlumbaan
beralun dan format sampingan yang digunakan dalam Sukan Olimpik untuk sukan mendayung.
Dua bentuk mendayung yang dinyatakan di dalam kertas penyelidikan mereka ialah
mendayung secara sapu dan mendayung secara mencerca. Pertama sekali, di dalam bentuk sapu
atau sapu-dayung mendayung, setiap pendayung mempunyai satu dayung dan perlulah
dipegang dengan kedua tangan serta terdapat bilangan pendayung yang khas untuk kategori ini
iaitu genap dua, empat atau lapan. Manakala, dalam mendayung bentuk mencerca, setiap
pendayung mempunyai dua dayung iaitu satu di setiap kedua-dua belah tangan. Kaedah ini
biasanya dilakukan tanpa “coxswain” dalam paha depan, berganda atau perseorangan.

Menurut artikel yang dikarang oleh Mohamad Kurnia Jaya dan Dede Rohmat (2019),
menyatakan di dalam artikelnya adanya latihan Plyometric Jump to Box dan Knee Tuck Jump
terhadap peningkatan kekuatan otot pada atlet dayung ataupun rowing. Namun demikian,
penulis mengatakan bahawa terdapat perbedaan antara dua latihan yang disebutkan sebentar
tadi. Dimana penulis telah menyimpulkan bahawasanya dampak edukasi Knee Tuck Jump
mampu mempengaruhi berbanding Plyometric Jump to Box terhadap kekuatan otot kaki iaitu
sebanyak 20% perbezaan yang dinyatakan dalam artikel tersebut.

Seterusnya, berdasarkan Sidik (2008, hlm. 15) mengatakan bahawa selain keadaan
fizikal yang perlu dititikberatkan bagi setiap ahli sukan seperti kekuatan (Strength), kelentukan
(Flexibility), kecepatan (Speed), dan daya tahan (Endurance). Nurjaya (2002, hlm. 17) turut
berkata seperti yang dinyatakan oleh penulis di dalam artikel tersebut terdapat sudut fizikal
yang perlu diketengahkan oleh ahli sukan atlet mendayung iaitu “daya tahan, kecepatan dan
daya tahan kecepatan, maksimal kekuatan, daya tahan otot, penyelarasan, kelentukan, dan
kekebalan”.

Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa keistimewaan yang perlu ada pada seorang
atlet sukan mendayung adalah “kemampuan aerobic dan anaerobic yang tinggi, koordinasi
yang baik, konsentrasi yang lama, tinggi, besar, tungkai, lengan, dan badan yang panjang, serta

9

tahan terhadap kelelahan dan stress”. Tuntasnya, segala aspek yang berkait rapat dengan fizikal
seseorang yang mengikut bidang sukan mendayung ini perlu lah diambil kira kerana semasa
berlakunya pertandingan ianya melibatkan hal yang sangat rumit seperti yang kita sedia
maklum bahawa sukan mendayung ini adalah aktiviti sukan tahan lasak dimana durasi acara di
atas air adalah sangat lama dan menempuh jarak sepanjang 2000 meter.

6.3 Impak Dan Kejayaan Sukan Mendayung Malaysia
Melalui sukan mendayung terutamanya, ianya dapat menyumbang kepada impak dan

kejayaan yang besar kepada negara Malaysia, masyarakat dan diri sendiri.. Tidak kiralah dari
sudut pandangan positif dan negatif. Dalam meniti arus kemodenan ini, bidang sukan
mendayung salah satu jalan untuk mengeratkan silaturahim antara sesama manusia seperti yang
telah dikemukakan di dalam artikel oleh Farhawahidah Ahmad Puad (2019). Selain itu, beliau
turut berkata bahawa melalui sukan mendayung ini juga telah melahirkan seorang usahawan
dimana pada tahun 2019, mereka telah menjemput seorang alumni sukan UTHM yang bernama
Puan Siti Hawa yang kini merupakan seorang usahawan akibat daripada penglibatan beliau
dalam sukan sofbol di UTHM pada ketika itu.. Hal ini tercetus apabila beliau hanya berniaga
secara kecil-kecilan untuk memperoleh dana pasukan dan lama kelamaan beliau terus
memandang serius untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya hingga ke hari ini.

Menurut Farhawahidah Ahmad Puad (2019) lagi, usahawan tersebut mengatakan
bahawa segala aktiviti-aktiviti jualan, penganjuran dan penyertaan kejohanan juga dapat
menambahkan perbelanjaan seharian pelajar. Selain itu, sukan mendayung juga dapat
meningkatkan kemahiran insaniah seorang pelajar seperti yang dinyatakan oleh Farhawahidah
Ahmad Puad (2019). Hal ini demikian kerana, penganjuran sesuatu sukan adalah tidak seperti
dalam bidang akademik yang hanya berdasarkan dari sudut membaca dan menulis sahaja.
Selain itu, menurut keratan akhabar yang dirangka oleh saudari Mohd Azrone Sarabatin (2011)
menyatakan bahawa berdasarkan pemilihan atlet sukan mendayung ini mampu meyakinkan
pihak atasan terutamanya kerajaan bahawa sebuah Universiti tempatan dapat menciptakan
insan yang berkarisma untuk mengibarkan jalur gemilang Malaysia ke persada dunia.

Disamping itu, Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin dan Jabil Mapjabil (2010)
mengatakan bahawa kegiatan sukan seperti mendayung juga menjadi salah satu asbab bagi
kegiatan pelancongan di seluruh negara dimana suatu negara akan menjadi tuan rumah setiap
kali perlawanan dianjurkan. Hal ini demikian kerana, sesuatu sukan akan menjadi daya tarikan
bagi orang ramai untuk datang ke negara tersebut bagi menyaksikan perlawanan acara sukan

10

tersebut secara fizikal. Sekaligus, ianya membuka ekonomi serta pendapatan negara agar lebih
mencanak naik dari masa ke masa akibat daripada pertukaran mata wang antara benua.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, penulis juga turut memaparkan statistik seperti kejayaan
penganjuran Sukan Komanwel 98‟ yang melibatkan 6,000 orang atlet dan pegawai, 2,500 buah
syarikat media cetak dan 500 juta orang penonton siaran langsung menerusi televisyen di
seluruh dunia. Perlumbaan Piala Monsun di Pulau Duyung, Terengganu pula merekodkan
ketibaan pelancong seramai 81,000 orang pada tahun 2007 dengan nilai media kasar mencecah
RM 217.6 juta.

Sebagai seorang penyelidik, kami amat berbangga akan kejayaan atlet dari UiTM
sendiri kerana telah meraih pingat emas dalam acara sukan mendayung ini dimana mereka
muncul sebagai juara keseluruhan bagi kategori mendayung lelaki pada tahun 2013 seperti
yang dinyatakan dalam akhbar Berita Harian (2013). Tidak hanya UiTM, terdapat kategori
wanita yang berjaya meraih dua pingat emas dan satu perak yang diwakili oleh pasukan UTHM
pada ketika itu. Pencapaian tersebut merupakan satu kebanggan bagi dua belah pihak kerana
telah mengharumkan nama universiti masing-masing dan mereka berjaya bersaing secara sihat
melalui sukan mendayung.

Rajah 2: Saingan acara mendayung, kayak MASUM 2012
Sumber: Berita Harian

11

6.4 Kajian-kajian Lepas Berkenaan Sukan Mendayung
Terdapat kajian berkenaan sukan mendayung yang dapat penyelidik ungkapkan dari segi
pelbagai sudut, antaranya adalah atas dasar;
6.4.1 Hubungan Antara Pola Makan Dan Status Gizi Dengan Tingkat Kesihatan Atlet
Dayung

Menurut Rhildan Rahman Muharam, Imas Damayanti dan Yati Ruhayati (2019),
menyatakan bahawa aktiviti sukan mendayung di negara mereka Indonesia semakin hari
semakin berkembang dan menunjukkan peratus peningkatan yang baik terhadap sukan
mendayung ini. Pengarang mengatakan bahawa seorang atlet seharusnya mempunyai kesihatan
yang baik dari segi pola makanan dan zat pemakanan yang seimbang. Berdasarkan kajian,
mereka juga telah menghasilkan sebuah jadual pemakanan yang digelar “Food Recall 24 Jam”
untuk diaplikasikan oleh setiap atlet mendayung untuk memastikan keadaan tubuh badan
mereka sentiasa di tahap yang terbaik untuk bertanding. Guyton (1971) memaparkan bahawa
atlet akan memerlukan jumlah tenaga (kalori) yang besar untuk menyokong aktivitinya. Dalam
hal pemenuhan tenaga tersebut, seorang atlet sukan mendayung secara umumnya dinasihatkan
agar memenuhi keperluannya dengan 55-65% melalui makanan yang mempunyai karbohidrat,
20-35% lemak serta 12-15% protein.

Rajah 3: Jadual pemakanan yang perlu diisi oleh atlet mendayung
Sumber: Journal of Sport Science and Education

6.4.2 Pemikiran Terhadap Kehidupan Dan Kematian Dalam Sukan
Berdasarkan artikel yang bertajuk “Shipwreck In The Rowing Community In 1902:

Reflections On Life And Death In Sport” yang dikarang oleh Carolina Fernandes Da Silva,
Irena Martínková dan Janice Zarpellon Mazo (2016) mengatakan bahawa manusia sering

12

memikirkan tentang kematian apabila berhadapan dengan musibah khususnya dalam konteks
sukan. Hal ini demikian kerana, menurut laporan penulis terdapat kematian mengenai empat
orang pendayung ketika mengikuti latihan setelah kembali dari lawatan ke sebuah pulau
berhampiran dengan Porto Alegre, ibu kota Rio Grande do Sul, tempat mereka tinggal. Pada
pandangan penyelidik, hal tersebut sememangnya perkara yang penting dan menyedihkan
terutamanya bagi pihak keluarga. Akan tetapi, sebagai umat manusia kita juga haruslah sedar
bahawa kematian adalah perkara yang sukar ditebak kerana kematian boleh berlaku dimana-
mana sahaja dan tidak kira masa. Oleh itu, menurut artikel tersebut, ianya boleh menyedarkan
masyarakat bahawa sesuatu yang berlaku ada sebabnya dan dari kejadian tersebut lah kita
mengambil iktibar bahawa sebelum mengambil keputusan untuk mengikuti sesuatu sukan
haruslah memikirkan diri sendiri dahulu supaya tidak menyesal dikemudian hari dan elakkan
daripada mengamalkan latihan fizikal secara berlebihan.

7.0 KAEDAH KAJIAN
Menurut Seow Han Lin (2020), sejarah lisan amatlah penting dan merupakan salah satu

perkara yang diperlukan dalam menjayakan sesebuah penyelidikan serta penulisan sejarah
terutamanya di Malaysia. Berdasarkan kajiannya, beliau menyatakan bahawa sejarah lisan
ialah suatu proses teknikal dalam mencatat jawapan secara informal serta selanjutnya ia
hendaklah direkodkan ke dalam mesin pita dan transkrip. Perkara ini membuktikan tidak
hairanlah jika proses temu bual dijalankan untuk mendapatkan sebilangan fakta atau
pengalaman seseorang individu itu kerana ianya mempunyai nilai tertentu dan juga unik untuk
dipelopori. Hal ini bersangkut-paut dengan apa yang diterangkan oleh Siti Roudhah (2012) di
dalam penulisannya iaitu usaha merakamkan sumber-sumber lisan adalah sangat penting
kerana dokumen sejarah akan terus kekal selama-lamanya, tetapi mereka yang mengalami
peristiwa sejarah tidak akan kekal selama-lamanya. Terdapat juga universiti-universiti di
Malaysia yang telah menjadikan subjek Pendokumentasian Lisan sebagai subjek teras dan
subjek elektif sepertimana yang telah diaplikasikan oleh Fakulti Pengurusan Maklumat,
Universiti Teknologi MARA (UiTM), di bawah program Pengurusan Rekod sehingga kini.
Dengan melakukan projek pendokumentasian lisan, para pelajar bukan sahaja dapat
fmempelajari ilmu baharu dan mendedahkan diri dengan kepentingan penyimpanan rekod
berharga malahan dapat mengasah kemahiran dan bakat dalam berinteraksi dengan tokoh yang
terdiri daripada pelbagai latar belakang dan perbezaan usia yang ketara.

13

Kewujudan beraneka jenis sukan di negara ini boleh dikatakan sebagai persaingan yang
sihat disebabkan oleh perbandingan kategori sukan dimana ada yang terkenal dan ada juga
sebahagian daripadanya yang tidak mendapat sambutan yang sewajarnya. Setelah diteliti
dengan lebih meluas, tidak terlalu banyak kajian pendokumentasian lisan berkenaan sukan air
di Malaysia yang telah dijalankan. Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh sumber yang
terhad ataupun topik ini dianggap tidak menarik oleh sesetengah individu. Isu yang berbangkit
ini hendaklah ditegah dengan sekaras-kerasnya kerana pembangunan sukan air mampu menjadi
senjata baharu pelancongan dan juga memperkukuhkan pasukan sukan air negara untuk
memperoleh kejayaan dan pencapaian yang lebih tinggi di persada antarabangsa (Laman Blog
Sukan Air, 2012). Datuk Seri Anwar Ibrahim (2018) turut mendukung wawasan kemajuan
sukan air di Malaysia dengan mengeluarkan pernyataan bahawasanya sukan air mempunyai
potensi yang besar untuk dikembangkan di negara ini dan setiap pihak perlu memberi galakan
dan bantuan supaya hasrat itu dapat dicapai. Perkara ini telah menarik perhatian kami untuk
memilih sukan mendayung di Malaysia sebagai topik pendokumentasian lisan yang sedikit
sebanyak mampu memberikan pendedahan kepada umum berkenaan kewujudan sukan ini di
negara kita. Ia juga bertujuan untuk membuka mata semua pihak akan keutamaan sukan ini
agar sukan ini dapat dimajukan dalam memacu arus pembangunan negara tanpa sebarang
prejudis.

Setiap pengorbanan, titik peluh dan pencapaian yang diperolehi oleh atlet mendayung
negara seperti Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali dan Encik Ahmad Huzaifah , dua orang tokoh
yang mempunyai ilmu mendalam dan pengalaman dalam bidang sukan mendayung ini
hendaklah direkodkan dan disimpan rapi. Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali telah melibatkan diri
dalam bidang ini sejak di peringkat awal universiti lagi iaitu bermula di Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia (UTHM). Beliau juga pernah memenangi beberapa pingat sepanjang
penglibatannya di dalam sukan mendayung yang seterusnya menjadikan beliau seorang yang
amat sesuai dan tepat untuk ditemu bual bagi topik yang ingin diselidik. Dr. Mohd Zulfadi Bin
Rozali juga masih lagi giat dalam aktiviti dan perkembangan semasa berkenaan sukan
mendayung di Malaysia serta pada waktu yang sama berkhidmat sebagai pensyarah di UTHM.

Begitu juga dengan Encik Ahmad Huzaifah Bin Ahmad Izuddin yang merupakan atlet
mendayung professional dan juga pemenang pingat yang pertama buat Malaysia. Beliau
merupkan salah seorang jurucakap si sebuah saluran aplikasi YouTube iaitu ML Studios yang
sudah mempunyai berjuta pengikut. Melalui saluran ini, beliau banyak menceritakan berkenaan
sukan mendayung dan pengalaman beliau dalam format video interaktif di saluran ini. Beliau

14

telah melibatkan diri secara aktif dalam sukan mendayung sejak bergelar pelajar di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) lagi. Kajian topikal yang dijalankan adalah hasil
daripada persetujuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka untuk bersama-sama
berkongsi pengetahuan berkenaan sukan mendayung. Tambahan pula, penyelidik buat pertama
kalinya mengetahui berkenaan sukan mendayung ini melalui saluran media sosial dan lantas
terdetik untuk mengkaji berkenaannya dengan lebih meluas dan spesifik.

Kajian ini telah dijalankan melalui sesi wawancara iaitu kaedah kajian kualitatif
berpandukan garis panduan yang telah diberikan oleh pensyarah yang bertanggungjawab bagi
kursus ini. Segala apa yang disebutkan ketika sesi temu bual akan menjadi bukti bagi
keutamaan penulisan. Berikutan dengan itu, dialog dan maklum balas antara penyelidik dengan
tokoh juga hendaklah dicatitkan ayat demi ayat. Terdapat dua sesi wawancara yang berbeza
berkenaan sukan mendayung di Malaysia ini. Justeru itu, telah menjadi tanggungjawab
penyelidik untuk menghubungi tokoh terbabit terlebih dahulu bagi mendapatkan persetujuan
serta merancang hari, masa dan tempat yang sesuai tanpa memberi apa-apa kesukaran untuk
kedua-dua pihak. Proses mendapatkan maklumat ini diteruskan dengan sesi pra-temubual
bersama tokoh melalui aplikasi persidangan video Zoom Meeting untuk memperolehi sedikit
informasi berkenaan tokoh dan perihal topik yang ingin diterokai. Penyelidik turut
memberitahu tentang tujuan dan hala tuju hasil kajian topikal yang akan dijalankan secara
dalam talian atas sebab pandemik Covid-19 yang telah tercetus.

Pada 20 Mei 2021, tokoh yang berkenaan telah menandatangani surat perjanjian dan
bersetuju untuk melakukan sesi temu bual menggunakan aplikasi persidangan video Zoom
kerana ia merupakan medium komunikasi yang terbaik untuk digunakan setelah pemerhatian
dilakukan. Tarikh temu bual sesi pertama yang dipersetujui ialah pada 27 Mei 2021 iaitu hari
Khamis di mana sesi berlangsung pada pukul 2.00 petang sehingga jam 4.00 petang. Lebih
kurang durasi selama 2 jam telah dimanfaatkan dengan jayanya dan segalanya berjalan lancar
bersama Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali. Manakala sesi temubual kedua iaitu bersama Encik
Ahmad Huzaifah Bin Ahmad Izuddin dijalankan pada 28 Mei 2021 iaiti hari Jumaat pada pukul
10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Kira-kira 2 jam durasi wawancara yang telah
berlangsung. Keseluruhan isi kandungan yang telah dirakam hasil daripada sesi tersebut akan
dijadikan sebagai bukti dan diikuti dengan penghasilan transkrip dari kajian tersebut.

Lanjutan daripada itu, peringkat akhir kajian iaitu proses dimana penyelidik
memulakan penyalinan semula kata demi kata keseluruhan sesi wawancara termasuk
penambahbaikan. Penyelidik juga dikehendaki untuk membuat sekurang-kurangnya 2 salinan

15

bagi hasil rakaman yang telah dijalankan dalam bentuk transkrip bagi mengelakkan sebarang
kebarangkalian yang tidak diingini berlaku. Tahap fokus yang sangat tinggi diperlukan
terhadap kemahiran mendengar rakaman video temubual dengan tepat dan memastikan setiap
baris ayat ditulis dengan teliti serta betul. Bukan sahaja itu, malah penyelidik juga sewajarnya
berterusan menghubungi tokoh bagi mendapatkan salinan gambar berkaitan topik untuk
dilampirkan bersama hasil kajian untuk menarik minat bakal pembaca. Tidak dapat dinafikan
lagi bahawa penyelidik juga harus menyemak dan membetulkan sebarang kesalahan perkataan
atau fakta yang muncul ketika temu bual sejarah lisan dilaksanakan di samping menggunakan
setiap ilmu dan maklumat yang diperolehi dengan baik bagi memastikan kejayaan hasil tulisan
kajian yang dilakukan.

8.0 KESIMPULAN
Intihanya, kajian berkenaan sukan mendayung ataupun rowing ini diharapkan oleh

penyelidik supaya mencapai segala objektif yang telah diutarakan di dalam laporan ini. Secara
rasminya, penyelidik juga berharap melalui sejarah lisan pendokumentasian ini dapatlah kita
bersama-sama memajukan lagi serta mengangkat bidang sukan mendayung bukan hanya dari
segi sudut pertandingan yang dianjurkan malah turut diolah kepada sebuah buku-buku ilmiah ,
journal dan sebagainya. Penyelidik juga turut berhasrat supaya segala keringat dan kemahiran
yang dikongsikan oleh Dr. Mohd Zulfadli Bin Rozali dan Encik Ahmad Huzaifah Bin Ahmad
Izuddin dapat diingati, dijadikan sebagai ilham serta sebagai pedoman hidup kepada atlet-atlet
negara khususnya atlet sukan mendayung di negara Malaysia.

Bukan hanya penyelidik, malah bagi umat manusia sendiri sukan ini mampu mengubah
status sosial seseorang supaya mengamalkan sukan yang sihat seperti sukan mendayung ini.
Malah, negara Malaysia juga turut mengambil inisiatif yang positif dimana segala aspek dapat
dimajukan seperti sektor pelancongan, kewangan, kesukanan, serta politik negara. Dimana jika
pertandingan bertaraf antaranbangsa dianjurkan di sesebuah negara sudah pasti setiap negara
akan menghantar wakil dan mereka akan saling membantu menjana pendapatan negara dari
seluruh benua. Sebelum mengakhiri wacana ini, melalui pendokumentasian sejarah lisan ini
ianya mampu membuka mata dunia serta masyarakat tidak kira dari darjat diraja mahupun
rakyat marhen untuk terus mengenali serta mendalami ilmu serta kemahiran dalam sukan
mendayung ini dan penyelidik juga berhajat bahawa atlet negara mampu mempergiatkan dan
menurunkan kemahiran sukan mendayung ini dalam diri mereka ke generasi yang akan datang.

16

9.0 RUJUKAN

Adam, A. (2008). Rowing boat propulsion and sport. Encyclopedia Britannica.
https://www.britannica.com/topic/rowing-boat-propulsion-and-sport

Ahmad Nazrin Syahmi Mohamad Arif. (2018). Sukan Asia 2018 prestasi terbaik Malaysia.
Malaysia Kini. Diambil pada 11 Jun 2021 daripada
https://www.malaysiakini.com/sukan/441377

Berita Harian. (2011). 9 atlet mendayung UTHM ke Sukan SEA. UTHM PTTA Digital
Collection. Diambil pada 20 Jun 2021
http://digitalcollection.uthm.edu.my/handle/123456789/12086

Berita Harian (2013). Saingan Acara Mendayung, Kayak MASUM 2013. (Keratan Akhbar).
Unit Komunikasi Korporat. Muka surat (V16). Diambil pada 10 Jun 2021 daripada
http://ir.unimas.my/id/eprint/15234

Bernama. (2011). Atlet Mendayung Sukan SEA Berlatih Di Empangan Batu. MStar Urban
Versatil. Diambil pada 10 Jun 2021 daripada
https://www.mstar.com.my/sukan/2011/06/21/atlet-mendayung-sukan-sea-berlatih-di-
empangan-batu

Bernama. (2018). Sukan air ada potensi besar untuk dikembangkan: Anwar.
Astro Awani. Diambil pada 17 Jun 2021 daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sukan-air-ada-potensi-besar-untuk-
dikembangkan-anwar-190754

Da silva. (2016). Shipwreck In The Rowing Community In 1902: Reflections On Life And
Death In Sport. Acta Universitatis Carolinae Kinanthropologica. Jilid. 52, 1. 85–97.
Diambil pada 10 Jun 2021 daripada
https://www.academia.edu/download/49556046/AUC_Kinanthrophologica_4787_da_
silva_85-97.pdf

Farhawahidah Ahmad Puad. (2019). PSU UTHM terus memperkasa legasi sukan. Pusat Sukan
Universiti, UTHM. Diambil pada 11 June 2021 daripada
https://news.uthm.edu.my/ms/2019/12/psu-uthm-terus-memperkasa-legasi-sukan/

Frost Valley (2000). Physical activity: paddling & rowing sports. 1-9.
http://frostvalley.org/wp-content/uploads/2015/05/Physical-Activity-Paddling-and-
Rowing-Sports-REV-1.13.2017.pdf

Garrett, William E.; Kirkendall, Donald T. (2000). Latihan dan Sains Sukan. Lippincott
Williams & Wilkins. ISBN 978-0-683-03421-9.

George, S. (2018). The differences between rowing and paddling. Tripsavvy.
https://www.tripsavvy.com/differences-between-rowing-and-paddling-2555860

Hosea, Timothy M .; Hannafin, Jo A. (26 April 2012). Kecederaan Mendayung. Kesihatan
Sukan: Pendekatan Multidisiplin. 4 (3): 236–245.

17

Ignatius, J. (2019). Sejarah Perkembangan Kayak di Malaysia. Ignatius John’s Blog.
https://ignatiusjohn.wordpress.com/2011/09/19/sejarah-perkembangan-kayak-di-
malaysia/

"Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa - Sejarah mendayung di Sukan Olimpik" (PDF).
Diarkibkan (PDF) dari yang asal pada 8 September 2015. Diperoleh 6 Jun 2017.

Ku Muhammad Hussaini Ku Shabudin (2010). Sukan Sebagai Tarikan Pelancongan Di
Malaysia: Potensi Dan Prospek (PDF). Prosiding Perkem V, Jilid 2 (2010) 300 – 310.
ISSN: 2231-962x. Diambil pada 10 Jun 2021 daripada
https://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemV/PERKEM2010-2-30.pdf

McNeely, Scott (2012-09-14). Buku Sukan Terunggul: Koleksi Peraturan, Statistik, dan
Trivia Penting untuk Lebih dari 250 Sukan. Buku Kronik. ISBN 978-1-4521-2187-1.

Md Amin Md Taff. (2010). Sejarah sukan kanu Malaysia. Manual Pendidikan Kanu
Kebangsaan, 1-6.
https://www.researchgate.net/publication/301717717_SEJARAH_SUKAN_KANU_
MALAYSIA

Mohamad Kurnia Jaya. (2019). Perbandingan Latihan Plyometric Jump to Box dan Knee Tuck
Jump terhadap Peningkatan Muscle Power pada Atlet Dayung Rowing. Jurnal
Kepelatihan Olahraga, Universitas Pendidikan Indonesia. Jilid, 11. No, 1. Maret 2019.
p-ISSN: 2086-339X. 68-76. Diambil pada 10 Jun 2021 daripada
https://ejournal.upi.edu/index.php/JKO/article/viewFile/16828/9383

Mstar. (2016). Hanya 40 Peratus Rakyat Amal Budaya Sukan. Mstar Urban Versatil. Diambil
pada 19 Jun 2021 daripada https://www.mstar.com.my/sukan/2016/08/29/40-peratus-
budaya-sukan

"Pengenalan" (PDF). Fisiologi Mendayung Asas. Diarkibkan daripada asal (PDF) pada 2006-
11-10. Diperoleh 2007-01-02.

PERDAMA (2003). Laman web rasmi Persatuan Mendayung Malaysia.
https://www.rowing.org.my/mra/

Pusat Pengajian Olimpik. (2015). Mendayung: sejarah sukan mendayung di Sukan Olimpik.
International Olympic Committee, 1-4.
https://stillmed.olympic.org/AssetsDocs/OSC%20Section/pdf/QR_sports_summer/Sp
orts_olympiques_aviron%20_eng.pdf

Rhildan Rahman Muharam, Imas Damayanti & Yati Ruhayati. (2019). Hubungan antara pola
makan dan status gizi dengan tingkat kebugaran atlet dayung. Journal of Sport
Science and Education, 4(1), 1-7.
http://journal.unesa.ac.id/index.php/jossae/index

Romain, L., Jean-Philippe, B., Chistopher, C. & M. Benzaquen. (2019). Physics of
rowing oars. New Journal of Physics, 21, 1-13. https://doi.org/10.1088/1367-
2630/ab4226

18

Seow, H. L. (2020). Sejauhmanakah sejarah lisan penting dan diperlukan dalam penyelidikan
dan penulisan sejarah?. Sejarah Lisan, 1-15.
https://www.researchgate.net/publication/342923894_Sejauhmanakah_Sejarah_Lisan
_penting_dan_diperlukan_dalam_penyelidikan_dan_penulisan_sejarah

Siti Roudhah Mohamad Saad, et al., “Penukilan Ilmu Baharu Melalui Sejarah Lisan”,
Jurnal PPM, Vol. 16, Oktober 2012.

Sukan Air. (2012). Pengenalan sukan air. Laman Blog Sukan Air.
http://sukanairhs20.blogspot.com/

Tamoghni Manna & Snehunsu Adhikari. (2018). A comparative study of anthropometric and
physical profiles of male junior rowers, kayakers and canoers. Journal of the Romanian
Sports Medicine Society, 14(2), 3028-3036.
https://www.researchgate.net/publication/329964023_A_comparative_study_of_anthr
opometric_and_physical_profiles_of_male_junior_rowers_kayakers_and_canoers

19


Click to View FlipBook Version