MUHAMMAD ANAS BIN NAZMI Asas Kepimpinan & Pembangunan Profesionalisme Guru MAKLUMAT
Biodata Diri NAMA: MUHAMMAD ANAS BIN NAZMI KELAS: MATEMATIK 2 PROGRAM: PISMP SEPT 2021/JUL 2026 TAHUN/SEMESTER: TAHUN 3 / SEMESTER II ANGKA GILIRAN: 2021122340337 IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia-Nya, saya berjaya menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan jayanya. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Maszuria binti A. Ghani atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk menyelesaikan tugasan ini dalam tempoh yang ditetapkan. Beliau banyak membantu dan membimbing sepanjang proses ini. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah memberikan sokongan serta mencetuskan pelbagai idea sepanjang penyediaan tugasan ini. Syukur Alhamdulillah, proses menyiapkan kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai ilmu dan pengalaman yang amat berharga. Sekian, terima kasih. Penghargaan
EDUP Isi Kandungan PENDAHULUAN 6 PERINGKAT PERKEMBANGAN GURU OLEH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT PERMULAAN: PELAKSANA (GD 9) PERINGKAT BERASPIRASI: PENGGERAK (GD 10) PERINGKAT KOMPETEN: PEMBIMBING & MENTOR (GD 12) PERINGKAT PROFISIEN: PENERAJU PERUBAHAN (GD 13) PERINGKAT STRATEGIS: PEMIKIRAN STRATEGIK (GD 14) PERINGKAT BERWAWASAN: PEMIKIRAN HOLISTIK (GRED KHAS C) PENUTUP
Lima aspirasi sistem: akses, kualiti, ekuiti, perpaduan, kecekapan. Enam aspirasi murid: pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, dwibahasa, etika, kerohanian, identiti nasional. Indikator kejayaan sistem pendidikan dalam persaingan dunia. Matlamat PPPM 2013-2025 dan Aspirasi Murid: Membentuk pembangunan modal insan untuk mencapai hasrat PPPM 2013-2025 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Penyediaan sumber tenaga produktif, efektif, berkemahiran, berteknologi, bernilai tinggi. Peranan Profesional Keguruan: Penubuhan Guru Malaysia dan Sistem Guru Malaysia (SGMy). Pemberian Sijil Guru Malaysia untuk melayakkan PPP sebagai pendidik. Guru berkualiti sebagai nadi kejayaan Dasar Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): Peka dengan kemahiran pendidikan abad ke-21 untuk mengoptimumkan keberhasilan murid. Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) sebagai asas perancangan pembangunan kendiri dan kerjaya. Peningkatan Kualiti Perkhidmatan PPP: Pendahuluan
EDUP Praktikal Kaedah Pengajaran: Mempraktikkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran yang dipelajari di Institut Pendidikan Guru (IPG). Peningkatan Ilmu dan Kemahiran: Memantapkan ilmu dan kemahiran dalam pedagogi sebagai persiapan masa hadapan. Pelan Pembangunan Diri Cari maklumat Cadangan Program: Membantu pihak sekolah dalam mengusulkan cadangan pelaksanaan program-program Sains dan Teknologi. Aktiviti STEM dan ROBOTIK: Menerapkan aktiviti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dan ROBOTIK menggunakan bahan sedia ada. Manfaat Aktiviti STEM: Memudahkan kehidupan masyarakat dan menghasilkan penciptaan baharu tanpa melupakan aspek akal budi. Pelan Pembangunan Kerjaya
MATLAMAT PELAN PELAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA KEGURUAN Membantu saya sebagai guru pelatih merancang pembangunan kerjaya secara sistematik berdasarkan enam peringkat perkembangan guru. Meningkatkan kompetensi profesionalisme, termasuk pedagogi, teknologi, dan kepimpinan selaras dengan SGM 2.0. Memastikan guru menjadi agen perubahan dalam sistem pendidikan Malaysia.
PROFIL PRESTASI PROFIL PRESTASI Peringkat Permulaan - Pelaksana (DG 9) Peringkat Beraspirasi - Penggerak (DG 10) Peringkat Kompeten - Pembimbing & Mentor (DG 12) PERINGKAT PROFISIEN: PENERAJU PERUBAHAN (GD 13) Peringkat Strategis - Pemikir Strategik (DG 14) Peringkat Berwawasan - Pemikir Holistik (Gred Khas C) Peringkat perkembangan guru kementerian pendidikan malaysia
EDUP Mengamalkan amalan komuniti pembelajaran profesional atau dikenali sebagai Profesional Learning Communities (PLC) dengan rakan sejawat saya, Persatuan Ibu Bapa (PIBG) dan komuniti luar. Pelaksana (DG41) Search Information Jadual 1 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Muhammad Anas Memaksimumkan strategi Pembelajaran Abad ke-21 Memohon untuk mendapat Guru Cemerlang semasa perkhidmatan saya di sekolah. Penggerak (DG44) Menjadi mentor kepada guru-guru baharu ke sekolah dengan memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada guru-guru dalam melaksanakan proses Pd Menghadiri kursus latihan Pementoran Guru Mentor Bagi Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) anjuran Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) Pembimbing dan Mentor (DG48)
Melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Ijaazah Sarjana Memerhati masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses Pdp Mengkaji masalah dan mencetuskan inovasi Peneraju Perubahan (DG52) Search Information Mengambil peluang untuk menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan oleh KPM Menjadi satu inspirasi kepada rakan sejawat saya untuk meningkatkan diri dalam profesional keguruan Pemikir Strategi (DG 54) Menjadi perunding cara model pembelajaran yang berkaitan dengan penggunaan strategi Pdp yang mampu menjadi inspirasi kepada murid di pelabagai prodil, peringkat umur dan pembelajaran. Mempratikkan amalan penyelidikan dalam kebitaraan Pdp. Pemikiran Holistik (JUSA) EDUP Jadual 1 Pelan Pembangunan Diri dan Kerjaya Muhammad Anas
Mereliasasikan matlamat budaya kerja kelas pertama dalam kalangan PPP Meningkatkan kualiti pencapaian murid di sekolah baharu saya. Saya di Peringkat Permulaan-Pelaksana (DG9) Saya akan mengamalkan Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional/ Profesional Learning Communities (PLC) bersama: Rakan sejawat saya, Persatuan IbuBapa-Guru (PIBG) dan komuniti luar. Mendapatkan idea dan cadangan baharu untuk melakukan sesuatu pembaharuan dalam pelaksanaan proses pengajran dan pembelajaran (Pdp) Kebaikan Search Information Guru permulaan yang masih dalam fasa penyesuaian diri dengan persekitaran sekolah dan keperluan profesion. Fokus utama adalah membina asas kukuh dalam pengajaran dan pengurusan kelas.
Oleh itu, saya wajar mengamalkan amalan berkolaboratif dalam sekolah saya kerana melalui amalan ini, saya mampu meningkatkan proses PdP yang dilaksanakan dengan menggunakan pedagogi yang terkini sekali gus dapat membuat refleksi yang kritikal terhadap proses PdP dan membuat modifikasi yang bersesuaian untuk penambahbaikan. Hord (1997) Menjelaskan bahawa amalan PLC antara komuniti warga sekolah dan luar sekolah mampu meningkatkan pencapaian murid sekali gus mampu meningkatkan ilmu baharu antara guru dalam melaksanakan proses PdP dengan sistematik dan efektif (Chong Chee Keong et. al., 2016) DuFour, R. & Marzano, R. (2011) Mengatakan bahawa amalan kolaborasi memainkan peranan yang penting di mana pemimpin sekolah atau guru yang lebih mahir mesti membantu individu guru menjadi lebih berkesan dan dapat mengelakkan sesebuah kelas menjadi kelas isolasi (Chong Chee Keong et. al., 2016). Saling bergantung, berkongsi tanggungjawab dan akauntabiliti bersama untuk meningkatkan proses PdP yang berkesan di samping membangunkan modal insan sejajar dengan realisasi FPK, Enam Aspirasi Murid dan WBK 2030 dalam strategi strategi transformasi modal insan Apa itu Budaya Kolaboratif Petikan Tokoh
Berdasarkan pada Kerangka Standard Guru Malaysia 2.0 (SKM 2.0), jelas kita dapat lihat bahawa penglibatan ekonomi merupakan elemen yang perlu diterapkan oleh seorang guru. Oleh hal yang demikian, Pelan PLC yang saya ingin bawakan jika saya berada di peringkat permulaan-penggerak sesuai dengan pembawaa yang dibawa oleh KPM sendiri.
Saya di Peringkat Beraspirasi-Penggerak (DG10) Saya akan melaksanakan proses PdP yang telah dirancang dengan memaksimumkan strategi Pembelajaran Abad ke-21 sejajar dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang telah digubal oleh KPM serta seiring dengan refleksi kritikal terhadap proses PdP pada tahap pelaksana. Dengan cara ini, murid dapat meningkatkan teknik dan kemahiran berkomunikasi yang berkesan untuk menyampaikan idea serta fakta yang berkaitan dengan topik yang dibincangkan. Pada waktu yang sama, murid juga bergiat aktif serta seronok semasa proses PdP dijalankan. Teknik PAK-21 Teknik round table, Think-Pair-Share dan Three Stray, One Stay Mengendalikan proses perbincangan dan pembentangan kumpulan dalam kelas saya. Guru mula membina keyakinan dalam pengajaran, menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan murid, serta aktif dalam aktiviti kokurikulum dan komuniti pembelajaran profesional.
Melalui pedagogi abad ke-21 ini, murid dapat Meningkatkan kemahiran interpersonal Memupuk ciri-ciri keterbukaan, empati dan sikap positif. Penggunaan teknik ini telah disokong dengan kajian Masyuniza Yunos et. al telah mencatat min yang paling tinggi iaitu 3.69 dalam elemen ' saya selalu mendengar dan menerima pandangan ahli kumpulan ' dan ' saya yakin bahawa kerja berkumpulan adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ' Pada tahap ini juga, saya juga akan memohon untuk mendapat Guru Cemerlang semasa perkhidmatan saya di sekolah. Melalui cara ini, saya mampu menginspirasikan lebih ramai rakan sejawatan saya di sekolah untuk bertindak yang terbaik untuk kemenjadian murid secara holistik seperti yang disarankan Oleh KPM dalam FPK dan Enam Aspirasi Murid. Petikan Tokoh
Berdasarkan pada Kerangka Standard Guru Malaysia 2.0 (SKM 2.0), jelas kita dapat lihat bahawa perkembangan potensi murid perlu difokuskan. Dengan mempelbagaikan kaedah mengajar, kita dapat mencungkin bakat dan potensi murid-murid agar kejayaan dapat diperoleh mereka.
Saya di Peringkat Kompeten Pembimbing dan Mentor (DG 12) Pementoran merujuk kepada guru baharu menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah. Proses pementoran penting kerana melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah guru dalam jangka masa yang ditetapkan (Zahanim Ahmad & Qurratu ' Aini Syamimi Rahman Hadzari, 2018). Saya akan mengambil cabaran untuk menjadi mentor kepada guru-guru baharu ke sekolah dengan memberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat kepada guru-guru dalam melaksanakan proses PdP. Sebagai inisiatif, saya akan menghadiri Latihan Pementoran Guru Mentor Bagi Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) anjuran Bahagian Profesionalisme Guru (BPG) bagi meningkatkan kemahiran dan melancarkan proses pementoran saya. Dengan ini, saya yakin dengan pengalaman saya yang telah mendapat gelaran sebagai Guru Cemerlang mampu membimbing guru-guru baharu di sekolah saya. Cabaran yang saya mahukan Guru berpengalaman yang berperanan sebagai pembimbing kepada guru lain dan aktif dalam komuniti pembelajaran profesional. Fokus utama adalah membangun kepakaran dan berkongsi amalan terbaik. Pelan
Saya dapat mengenal pasti, memupuk dan membangunkan kebolehan dan kepakaran yang tertentu dalam guru-guru baharu seterusnya mendorong guru-guru baharu mengembangkan bakat dan potensi dalam diri murid. Sebagai contoh, guru baharu yang mempunyai bakat dalam bidang tarian tradisional, saya akan mendorong guru tersebut untuk melatih murid-murid di sekolah untuk melibatkan diri dalam pelbagai pertandingan dan aktiviti yang dianjurkan. Melalui cara ini, murid dapat membina kemahiran dan keyakinan diri sekali gus memberi impak positif kepada kejayaan cemerlang dan bidang kokurikulum di sekolah saya. Saya dapat berbincang dan menjalankan pemerhatian terhadap guru-guru baharu di sekolah saya agar proses pelaksanaan PdP di dalam kelas mahupun di luar kelas dijalankan secara efektif dan berkesan kepada perkembangan potensi setiap murid di sekolah sekali gus mampu melahirkan murid yang berkompetensi 6K iaitu pemikiran kritis, pemikiran kreatif, kolaborasi, komunikasi, pewatakan dan kenegaraan. Pementoran
Berdasarkan pada Kerangka Standard Guru Malaysia 2.0 (SKM 2.0), jelas kita dapat lihat bahawa menjiwai amalan keguruan sangat menjadi keutamaan. Apabila kita telah menjiawai semangat keguruan tersebut, kita akan cenderung untuk membantu guru yang lain pula supaya bersama-sama meneruska legasi pendidik yang terbilang dan ikhlas ketika mengajar pelapis negara.
Maka, saya akan memerhati masalah yang dihadapi oleh murid dalam proses PdP, mengkaji masalah tersebut dan mencetuskan satu inovasi untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah tersebut sekali gus menarik minat murid-murid untuk mempelajari isi pengajaran yang diajarkan di sekolah saya semasa menjalankan kajian Ijazah Sarjana. Ini dapat dibuktikan Oleh ucapan Menteri Muda Kejahteraan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis mengatakan bahawa guru harus sentiasa berkreatif dan inovatif dalam proses PdP supaya dapat menarik minat murid-murid terhadap sesuatu mata pelajaran (Kelvin Lambai, 2019). Saya di Peringkat Profisien-Peneraju Perubahan (DG13) Saya akan melanjutkan pelajaran saya ke peringkat Ijazah Sarjana Guru yang telah mencapai tahap kepakaran tinggi dalam bidangnya dan berperanan sebagai pemimpin dalam pembangunan pendidikan. Pelan
Semasa mencetuskan inovasi untuk menyelesaikan masalah, saya juga akan menyerapkan pelbagai strategi PdP dan penilaian yang merentas kurikulum. Hal ini dikatakan demikian kerana penyerapan ini mampu memenuhi profil dan kebolehan murid berdasarkan teori Kecerdasan Pelbagai Oleh Howard Gardner (1983) di mana menyatakan bahawa setiap individu mempunyai sekurang-kurangnya lapan tahap kecerdasan yang merangkumi kecerdasan visual-linguistik, logik matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis (Ismail Saiman et. AI., 2014).
Berdasarkan pada Kerangka Standard Guru Malaysia 2.0 (SKM 2.0), jelas kita dapat lihat bahawa menerapkan gaya kepimpinan pendidik yang bersifat insaniah menjadi keutamaan. Kita sebagai pendidik akan terus ingin mengubah diri kita menjadi lebih baik dan tidak mahu ketinggalan dengan kemajuan zaman pemodenan sekarang.
Saya di Peringkat Strategis-Pemikir Strategik (DG14) Maka, saya akan mengambil peluang untuk menyertai pertandingan inovasi yang dianjurkan Oleh KPM agar kit inovasi yang telah dicetuskan dalam kajian saya dapat memberi manfaat kepada penambahbaikan dan penyelesaian masalah yang dihadapi dalam proses PdP di sekolah saya mahupun sekolahsekolah lain. Saya merupakan suri teladan dalam proses PdP kepada guru-guru baharu di sekolah saya. Mendorong rakan sejawatan saya untuk menyertai pertandingan inovasi. Guru yang berpengaruh di peringkat sekolah dan turut menyumbang kepada hala tuju dasar pendidikan di peringkat kebangsaan. Mereka Menjadi pakar rujukan dalam bidang pendidikan di peringkat nasional.
Melalui kit inovasi yang dihasilkan berdasarkan masalah yang dikaji dalam kajian saya, saya mampu membentuk strategi penilaian merentas kurikulum yang berkesan dengan mengambil kira tahap kebolehan dan profil murid yang berbeza. Kejayaan Cikgu Louis Pulong dapat dilihat melalui inovasi simulasi arkeologi yang diperkenalkannya dalam proses PdP, yang berkesan dalam membantu murid mengingati topik Zaman Prasejarah. Beliau mengaplikasikan teknik pembelajaran dan penilaian murid yang efektif, memastikan setiap profil dan kebolehan murid dipenuhi. Oleh itu, inovasi beliau diiktiraf sebagai amalan terbaik, sekali gus melayakkannya menerima Anugerah Adiwara PAK21 Peringkat Kebangsaan sempena Kempen Guru PAK21 (Sarina Mohd Som, 2020). Maka, saya akan menjadikan Cikgu Louis Pulong sebagai contoh dan inspirasi saya dalam membangunkan keterampilan dan kemenjadian murid sekali gus dapat menyumbangkan peningkatan prestasi kecemerlangan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum di sekolah saya.
Berdasarkan pada Kerangka Standard Guru Malaysia 2.0 (SKM 2.0), jelas kita dapat lihat bahawa memahami dan meluaskan pengetahuan pengajaran dan pembelajaran menjadi salah satu perkara yang diberi tumpuan. Kita sebagai pendidik seharusnya cuba sedaya upaya untuk mengubah sistem pendidikan supaya menjadi lebih baik bagi menjamin kemajuan negara kita.
Pada tahap ini, saya menjadi perunding cara model pembelajaran yang berkaitan dengan penggunaan strategi PdP yang mampu menjadi inspirasi kepada murid di pelbagai profil, peringkat umur dan pembelajaran Maka, saya akan mempratikkan amalan penyelidikan dalam kebitaraan PdP untuk menyumbang kepada pembinaan budaya dan amalan penyelidikan. Hal ini kerana melalui penyelidikan, saya dapat mengetahui masalah yang telah timbul di sekolah saya dan akan merangka strategi yang berkesan untuk mengatasi masalah yang dihadapi di sekolah saya. Misalnya, saya akan sentiasa memerhati setiap masalah yang berlaku di persekitaran sekolah saya dan berusaha untuk membuat modifikasi pembaharuan tersebut. Saya di Pemikir Holistik Gred Khas Seseorang guru merupakan pemikir holistik dan diperakui sebagai perunding cara dan ikon yang berautoriti dalam profesionnya. Guru mencapai tahap tertinggi dalam profesion keguruan dan berperanan sebagai pemikir holistik yang mencorakkan hala tuju pendidikan negara serta memberi impak di peringkat global.
Oleh itu, saya wajar mempraktikkan amalan penyelidikan dalam meningkatkan keberhasilan keprofesionalisme keguruan sekali gus mampu menyampaikan idea dan cadangan baharu melalui penulisan untuk disebarkan luas kepada rakan sejawatan di sekolah saya mahupun di sekolah-sekolah lain. Kejayaan Cikgu Sam dalam mengajar subjek Bahasa Inggeris kepada anak Orang Asli di SK Ruchang, Pahang, membuktikan kepentingan pendekatan yang berasaskan pemerhatian budaya dan keperluan murid. Melalui pemahaman mendalam terhadap cabaran yang dihadapi, beliau berjaya melaksanakan Projek Crowdfund bagi melengkapkan sekolah dengan teknologi seperti tablet dan komputer. Selain itu, beliau turut menerapkan pembelajaran Abad ke-21, membolehkan murid lebih dekat dengan kaedah pengajaran moden. Usaha gigihnya telah diiktiraf dengan penganugerahan Hadiah Guru Global (Farahani, 2020). Berdasarkan pencapaian Cikgu Sam, dapat disimpulkan bahawa amalan penyelidikan yang diterapkan bukan sahaja berupaya membentuk kemenjadian murid secara holistik merangkumi potensi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, malah turut membantu menyelesaikan pelbagai cabaran di dalam dan di luar sekolah pedalaman. Petika akhbar mengenai Cikgu Sam yang pernah bersa di titik ternedahnya sehingga mahu berhenti mengajar
Kesimpulan Kesimpulannya, Model Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) yang telah dibangunkan Oleh KPM serta menjadi domain utama kepada PPP untuk merancang pembangunan kendiri dan kerjaya berterusan pada tahap gred jawatan masing-masing. Kompetensi profesional yang perlu ditonjolkan Oleh seseorang guru pada setiap peringkat perkembangan mengikut gred adalah berasaskan enam Model Kerangka Latihan dan Pembangunan berasaskan Pertumbuhan (Khair, 2007). Dengan ini, seseorang guru mengetahui serta memahami setiap pelaksanaan tugas yang diamanahkan dan dapat melaksanakan dengan baik bagi membentuk kemenjadian modal insan seperti yang dihasratkan Oleh FPK, Enam Apsirasi Murid sekali gus strategi pembangunan modal insan dalam WBK 2030.
RUJUKAN Chong Chee Keong, Muhammad Faizal A. Ghani &Zuraidah Abdullah. (2016). Amalan Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) di Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Malaysia: sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Sarawak. Jurnal Kempimpinan Pendidikan, 3(1 ), 43-70. Farahani. (2020). Cikgu Samuel Isaiah, guru dari Malaysia menjadi Finalis Anugerah Antarabangsa. Orangkata.my. https://orangkata.my/tokoh/cikgu-samuel-isaiah-gurudarimalaysia-yang-meniadi-finalis-anugerah-antarabangsa/. Ismail Saiman, Johar Jonid, Manan Sarbini, Mohd.Jamel Hj Ismail, Mohd. Taslim Hj. Abd. Rahim, Zahidi Khamis, Zaliza Nasir & Zulkifli Yaakob. (2014). Seni dalam Pendidikan. Freemind Horizons Sdn. Bhd. Jabatan Penerangan Malaysia. (2019). Ucapan YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri sempena Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kelvin Lambai. Guru Kreatif, inovatif Iahir pelajar cemerlang. Utusan Borneo Online. https://www.utusanborneo.com.my/2019/10/15/quru-kreatif-in ovatif-lahir-pelaiarcemerlanq. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan. Kementerian Pendidikan Malaysia. Khair Mohamad Yusof. (2007). Latihan berorientasikan penumbuhan untuk pemimpin pendidikan. Institut Aminuddin Baki. Masyuniza Yunos, Zamri Mahamod, Syahida Nadia Zakaria, Noor Syazwani Roni & Vivi Norhaffizah Muhamad. (tnp tahun). Penyepaduan kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. http://www.academia.edu/14996659/PENYEPADUAN KEMAHIRAN ABAD KE21 DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU Sarina Mohd Som. (2020). Cikgu Louis buat simulasi arkeologi tarik murid minat Sejarah sehingga mereka tak sabar tunggu kelas. GPS Bestari. https://www.qpsbestari.com/artikel/personaliti/cikqu-louis-buat-simulasi-arkeoloqitarik-m urid-min at-seiarah-hingg a-m ereka-tak-sabar-tunggu -kel as-l .927828 Wong Kiet Wah, Noriati A. Rashid & Boon Pong Ying. (2018). Asas kepemimpinan dan pembangunan profesjonalisme guru. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Zahanim Ahmad & Qurratu 'Aini Syamimi Rahmaz Hadzari. (2018). Konsep mentoring dalam kalangan guru: satu penelitian awal. e-Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan (PASAK3) 2018. Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
Terima Kasih