The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by inur00102, 2021-12-01 03:03:12

TRAGEDI DI 13 MEI 1969

TRAGEDI DI 13 MEI 1969

TRAGEDI DI 13 MEI 1969
YANG MENHILANGKAN KESEPAKATAN NASIONAL
MALAYSIA

TRAGEDI DI 13 MEI

kelas = dat1b s2

ISI KANDUNGAN

❖ Muka depan
❖ Ahli kumpulan
❖ Pengenalan
❖ Peristiwa 13 Mei 1969
❖ Punca yang membawa kepada berlakunya peristiwa 13 Mei
❖ Pengajaran daripada peristiwa 13 Mei
❖ Kesimpulan
❖ Rujukan
❖ Lampiran

Pengenalan

Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah
pertelingkahan kaum yang telah menggariskan sempadan - sempadan yang
harus diteliti dan dipelihara . Peristiwa ini turut mencetuskan satu detik hitam
dalam lipatan sejarah negara kerana pergaduhan kaum yang berlaku telah
mengakibatkan negara kehilangan banyak nyawa dan kerugian harta benda.

Para pemimpin terdahulu cuba untuk memadamkan sejarah tersebut agar
generasi akan datang tidak pernah tahu apa yang berlaku pada 13 Mei 1969 di
Kuala Lumpur tetapi msyarakat hari ini lupa bahawa kita boleh melupakan
sejarah tetapi sejarah tidak pernah melupakan kita. Hari ini, kita seakan
mengabaikan hubungan antara kaum dan setiap kaum pula saling tuduh
menuduh, fitnah memfitnah, malah sudah wujud riak-riak perbalahan
melibatkan kaum. Cuma riak itu belum menjadi gelombang.

Andaikata petanda- petanda yang diperolehi itu gagal dimanfaatkan sudah
tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan
memakmurkan menjadi bayangan sahaja.

PERISTIWA 13 MEI

❖ Selepas sahaja terjadinya Pilihan raya 1969 di mana parti-parti pembangkang terutama
Parti Tindakan Rakyat (DAP) dan Gerakan kemenangan yang memberangsangkan.
Walaubagaimanapun Parti perikatan masih boleh dalam membina kerajaan, namun
kemenangan mereka jatuh berbanding dengan pilihan raya sebelumnya. Peristiwa ini
telah pun bermula dengan kempen pilihan raya, apabila diteruskan ia menjadi semakin
hangat sehingga perbincangan ini tertumpu kepada isu-isu perkauman dan termaasuk
kepada peribadi individu-individu tertentu. DAP dan Gerakan ini telah mengadakan
perarakan secara besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969.

❖ Antara perarakan yang dilakukan pada hari tersebut ialah perarakan jenaza yang
dilakukan oelh Parti Buruh pada 9 Mei 1969 terhadap seorang pemuda Cina yang
terbunuh dalam pertempuran dengan pihak polis sebelum pilihan raya. UMNO bersa
tercabar turut mengadakan perarakan atas kejayaan mereka yang telah menubuhkan
kerajaan selepas pilihan raya tersebut terjadi. Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar
Selangor mengetui perarakan tersebut.

❖ Tambahan pula pergaduhan dan rusuhan ini telah tercetus dan bantuan tentera terpaksa
dipanggil apabila polis gagal mengawal keadaan. Rusuhan kaum ini berlaku di Kawasan
yang tertentu dan jangka masa yang terjadi juga sangatlah terhad. Rusuhan ini tercetus
di Kawasan Kuala Lumpur dan sekeliling Selangor sahaja.

❖ Yang lebih menyedihkan lagi jumlah kematian dalam tempoh darurat di Selangor
seramai 172 sehingga mencecah 196 orang. Jumlah ini kemungkinan lebih ramai lagi
apabila ada sesetengah mereka tidak merekodkan kecederaan mereka. Para pemimpin
mula memikirkan cara yang dapat menghentikan rusuhan ini agar rusuhan ini dapat
dielakkan daripada berlaku lagi.

❖ Antara tindak balas yang diambil ialah penagkapan tokoh-tokoh yang mendokongi
rusuhan , perintah berkurung, mengawal berita-berita, radio dan televisyen, menapis
penerbitan akhbar, mengahramkan jurnal yang telah diterbitkan oleh parti-parti politik,
dan turut mengharamkan kempen pilihan raya dimana Ketika ini Sabah dan Sarawak
belum melaksanakan pilihan raya peringkat negeri

Anggota Pasukan Simpanan Rumah dan kedai hangus dibakar
Persekutuan sedang mengawal oleh penunjuk perasaan semasa

rusuhan peristiwa 13 Mei

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan
sewaktu peristiwa 13 Mei 1969

PUNCA YANG MEMBAWA KEPADA PERISTIWA 13
MEI

➢ Layanan berat sebelah oleh Tentere Jepun

Ketika Jepun menjajah Tanah Melayu, Masyarakat Tanah Melayu dilayan secara berbeza-beza.
Antaranya Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentere Jepun
berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini terjadikan kerana Jepun pernah berperang
dengan China sebelum ini telah menyebabkan perasaan saling dengki antara satu sama yang lain
masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemat perasaan permusuhan antara
orang-orang Melayu dan Cina.
➢ Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi negara

Bahasa ini juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei.
Ketika perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah
dibentukkan antara yang lainnya ialah menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara. Selepas sepuluh tahun, merdeka kerajaan
akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk mengugurkannya
daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang akan diiktirafkan sebagai bahasa
rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan
bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari
Bahasa Kebangsaan, Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan. Pelaksanaan
penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim
oleh Syed Nasir bin Ismail.

➢ Perbezaan agama dan budaya

Kaum melayu sebahagian besarnya beragama islam manakala Kaum cina beragama Buddha,
Lao-Tza, Taoisme dan Conficius manakala kaum india beragama hindu. Di samping itu,
terdapat juga yang beragama kristian. Setiap kaum juga mempunyai kebudayaanya yang
tersendiri. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama lain tetapi ia
diakibatkan oleh adanya sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang
dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Ini juga adalah
salah satu punca yang telah mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969.

➢ Masalah ekonomi

Kegiatan ekonomi yang berbeza telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza antara
kaum sehingga telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak
sihat. Ketidakseimbangan ini telah menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama
lain. Orang melayu mencemburui kemewahan dan kejayaan orang cina manakala orang
cina dan india mencemburui kelebihan orang melayu yang mendapat peluang perkhidmatan
dalam sektor pentadbiran.

➢ Persatuan – persatuan etnik

Struktur masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia telah melahirkan banyak persatuan
politik, sosial dan ekonomi yang memperjuangkan kaum masing-masing tanpa
menghiraukan kaum-kaum yang lain. Menurut Nik Anuar Nik Mahmud (2007) Rusuhan
kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia.
Perkara ini hampir membawa kepada kemusnahan negara.

➢ Persaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu

PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai
hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan. Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain
telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan. Isu sebenar yang
mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang
Melayu. Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
dibawah berbanding dengan kaum Cina. Pendek kata apa yang didakwa oleh orang- orang
Cina adalah mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai
alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan
sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh
majoroti Cina dari Singapura ini, Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa
Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 .

Namun keadaan ini malah tidak memutuskan semangat PAP untuk mencuba dalam
membela nasib orang Cina di Tanah Melayu. Berikutan itu sebuah parti baru telah
ditubuhkan di Malaysia bagi mengambil alih fungsi PAP sebelum ini. Parti baru itu diberi
nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kini menjelanglah pilihanraya 1969 parti DAP
dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu yang begitu sensitif dan isu
perkauman dimasukkan dan membangkitkan soal-soal ketidakadilan yang menyebabkan
perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah .
Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk
mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan
sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.

➢ Latar belakang pendidikan yang berbeza

Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa
kepada meletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud
di Tanah Melayu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran yang mengikut kaum iaitu
sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum
yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira
hanya sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan
India pula masing- masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan
guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India. Keadaan ini telah
mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris
pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar
sahaja.

➢ Dasar pecah dan perintah penjajah inggeris

Kejadian ini disebabkan oleh dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British yang mengaitkannya dengan
beberapa faktor. Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan
yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga
polarisasi kaum. Umpamanya orang Cina yang tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di
kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi
masyarakat Malaysia. Sementara orang Melayu pula tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum
India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang. Pada hakikatnya kegiatan ekonomi
orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri. Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan sangat ketinggalan kebelakang.

➢ Pergaduhan Parti Politik

Dalam pilihan raya pada 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya
tesebut . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP
telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa
beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, maka PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan
telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula
membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu
turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah
dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan
Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. Perkara ini telah
membangkitkan lagi perasaan ketidakpuasan hati dikalangan kaum di Malaysia.

PENGAJARAN YANG DAPAT DIAMBIL
DARI PERISTIWA 13 MEI

Keadilan ekonomi

Tragedi 13 Mei juga menunjukan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar
dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar
majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan
ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukkan bahawa majoriti
penduduk bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan
rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadiisu di dalam masyarakat
Malaysia, khususnya masyarakat bumiputra Untuk mencapai keharmonian hidup
adalah sukar. Oleh itu selepas peristiwa 13 Mei berlaku, satu dasar pragmatic iaitu
dasar ekonomi baharu (DEB) telah digubalkan oleh kerajaan. Dasar ini merupakan
satu dasar jangka Panjang yang mempunyai dua objektif utama iaitu membasmi
kemiskinan tanpa mengira kaum dan Menyusun semula masyarakat.

Perpaduan Nasional

❑ Tragedi peristiwa 13 Mei 1969 ini telah memberi pelajaran kepada kita dan kerajaan yang telah
mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat disekeliling untuk menjadikan
panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman
sentiasa bersifat bersangka baik antara satu sama lain.kesedaran ini penting di kalangan rakyat
bahawa dengan adanya sikap hormat-menghormati ,bertolak-ansur,bertoleransi dan menjauhi
sifat-sifat yang terkeji seperti dengki,beriri hati dan menanam sifat curiga diantara kaum.Dengan
terdapat pelbagai jenis kaum,agama,budaya dan pegangan agama di Malaysia mak peristiwa 13
Mei 1969 inipasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitifyang timbul seperti
hak kedudukan istimewa kaum melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini.

Keuntungan kepada musuh-musuh negara

❑ Peristiwa 13 Mei 1969 ini malah lebih menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang
sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah belahkan rakyat dan ingin
menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya. Pengalaman yang perlu diteladani
daripada peristiwa ini ialah keadaan Negara yang menjadi tidak aman,huru-hara dan rakyat yang
berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuas hati dengan isu-isu yang
sensitif terutama isu perkauman antara kaum dan segala aktiviti masyarakat tersekat.

Kehilangan nyawa dan harta benda

❑ Seperti yang kita tahu tragedi ini telah membawa kepada mimpi ngeri bagi sesiapa yang
hidup pada masa itu, dimana bilangan kematian mencapai angka 100 lebih dan
kebanyakan orang kehilanggan harta benda yang berharga.Peristiwa 13 Mei 1969 ini
sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan
perbalahan yang telah berlaku di antara kaum melayu dan kaum cina yang mengakibatkan
kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang telah
terkorban akibat kejadian seperti ini yang meninggalkan kesan dan pengajaran yang pahit
dan getir kepada saudara-mara dan kaum keluarga yang terlibat dalam tragedi 13 Mei
1969.

Perintah berkurung

❑ Selepas sahaja berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.Kerajaan terpaksa mengeluarkan
perintah berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecah belah antara kaum. Ini
bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara
Ketika itu.Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan persekitaran
dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang
bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan ,susah
berinteraksi dan saling berhubungan.

KESIMPULAN

Dalam sejarah Malaysia Moden peristiwa berdarah 13 Mei telah mencatat satu titik hitam
yang tak dapat dilupakan oleh setiap rakyat di negara ini. Pertumpahan darah dan kacau
bilau yang amat dahsyat yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu hampir menghancurkan negara.
Kenapa berlakunya peristiwa 13 Mei ? Tunku Abdul Rahman telah menyalahkan komunis
dan anasir-anasir kogsi gelap lain yang dikatakan bertanggungjawab berlakunya peristiwa
tersebut . Walaubagaimanapun, Tun Dr. Ismail Menteri Dalam Negeri Ketika itu menyatakan
behawa demokrasi telah mati di negara ini.

Demokrasi mati di tangan parti-parti politik
pembangkang yang telah mendorongkan meletusnya
keganasan ini. Laporan Majlis Keselamatan Negara
pada 9 Okt. 1969 berpendapat bahawa peristiwa ini
terjadi akibat peranan yang di mainkan oleh Parti
Komunis Malaya dan kongsi-kongsi gelap Cina di
samping beberapa faktor yang lain.

Walau apa pun begitu, peristiwa 13 Mei merupakan
satu krisis perkauman yang terbesar di negara ini,
yang melibatkan tiga kaum terbesar iaitu kaum
Melayu, Cina dan India. Pertelingkahan itu telah
memakan korban yang besar seramai 196 orang
mati dan 149 orang cedera. Walau bagaimanapun
pihak polis dengan bantuan tentera berjaya
mengawal keadaan daripada terus berpanjangan.

RUJUKAN

❖ Buku Pengajian Malaysia versi Politeknik Malaysia
❖ https://www.scribd.com/doc/155501463/Peristiwa-13-Mei-1969
❖ https://en.wikipedia.org/wiki/13_May_incident
❖ https://www.sinarharian.com.my/article/27800/BERITA/Nasional/P

eristiwa-13-Mei-Pengajaran-perlunya-masyarakat-bersatu-padu

LAMPIRAN

Mungkin sudah tiba masanya kita menyambut setiap kali 13 Mei dengan satu
acara yang membolehkan seluruh rakyat negara ini mengingatinya dengan
harapan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh berulangnya

peristiwa hitam itu. 13 Mei merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang
tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat
perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah
mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang

tidak ada tolok bandingnya


Click to View FlipBook Version
Previous Book
พระบาทสมเด็จพระมหาภูมิพลอดุลยเดชมหาราช บรมนาถบพิตร
Next Book
הצעה לשינוי תקנון הקיבוץ