The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ra, 2023-09-28 15:20:13

EDUP3093 FALSAFAH PENDIDIKAN DI MALAYSIA Presentation

DR NORYANI BINTI MD YUSUF

Hubungkait antara Perkembangan sistem pendidikan Malaysia dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam memandu dan memperkasakan hala tuju pendidikan negara bagi menghadapi cabaran IR 4.0 di Malaysia. EDUP 3093 (Falsafah dan Perkembangan Pendidikan di Malaysia) Penyelaras: Dr NORYANI BINTI MD YUSOF


Penulis NOR SAHIRA BINTI ZAINUDDIN NURUL ATHIRAH BINTI MOHAMAD ADIL 2022142440082 P22141527 NUR AINA NAJWA BINTI ZULKAFLI 2022142440084 P22141471 2022142440095 P22141508


Carta Organisasi Memberikan penerangan awal tentang sistem pendidikan di Malaysia dan pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Menghuraikan pendidikan pada masa kini Membuat hubungkait antara sistem pendidikan kini dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mengharungi cabaran IR 4.0 Ketua : Nor Sahira binti Zainuddin Menyatakan definisi IR 4.0 Menganalis dan menghuraikan sistem pendidikan sebelum Merdeka. Membuat hubungkait antara sistem pendidikan sebelum Merdeka dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mengharungi cabaran IR 4.0 Menyatakan implikasi I.R dalam bidang pendidikan. Ahli 1 : Nurul Athirah binti Mohamad Adil Menganalisis dan menghuraikan sistem pendidikan selepas Merdeka Membuat hubungkait antara sistem pendidikan sebelum Merdeka dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam mengharungi cabaran IR 4.0 Membuat rujukan. Ahli 2 : Nur Aina Najwa binti Zulkafli


Pengenalan Pendidikan merupakan satu proses yang dinamik dan progresif. Terdapat beberapa usaha yang dilakukan untuk menyusun semula kehidupan serta menambah baik sistem pendidikan sedia ada bagi memberikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan. Sistem pendidikan negara perlu dirancang dengan baik agar dapat bersedia untuk mengharungi perubahan dan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman yang semakin hari semakin canggih seiring negara maju yang lain.


Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Falsafah Pendidikan Kebangsan (FPK) ini menjadi garis panduan untuk semua aktiviti dalam sistem pendidikan di Malaysia. Kewujudan FPK secara tidak langsung melonjakkan negara Malaysia untuk bersamasama maju dengan negara membangun yang lain. FPK ini melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab serta menjadi warganegara yang baik. Terdapat beberapa elemen-elemen yang menghayati hasrat yang tersurat dan tersirat dalam FPK. Apa itu Falsafah Pendidikan Kebangsaan ?


REVOLUSI INDUSTRI 4.0 Apa itu Revolusi Industri 4.0 ? IR 4.0 memberi kesan secara langsung kepada bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyediaan tenaga kerja di masa hadapan. Warga pendidik khususnya guru terutamanya perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT serta memiliki kefahaman mengenai teknologi terkini untuk memantapkan sesi PdP di dalam bilik darjah Revolusi Industri 4.0 merupakan sebuah revolusi digital yang merujuk kepada proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri khususnya melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap yang lebih pintar dan sistematik.


Pendidikan sebelum Merdeka. PENDIDIKAN DI MALAYSIA Pendidikan selepas Merdeka. Pendidikan masa Kini.


Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia sebelum merdeka jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Tiada sekolah formal dan pendidikan berasaskan sistem pendidikan formal. Majoriti penduduk adalah buta huruf dan terdapat kadar keciciran yang sangat tinggi. Tahap pendidikan juga sangat rendah. 01 Sistem pendidikan pondok 02 Sekolah pendidikan vernakular 04 Laporan Barnes 1950 Laporan Cheeseman 1946 03 07 Penyata Razak 1956 06 Ordinan Pelajaran 1952 Laporan Fenn-Wu 1951 07 05


SISTEM PENDIDIKAN PONDOK Sistem pendidikan pondok ini merupakan institusi pendidikan tradisional Islam yang diamalkan atau digunapakai di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Ianya berkaitan pengajaran berteraskan pengajian ilmu Islam dan prosesnya berlaku secra tidak formal di mana ianya seperti yang telah dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bahawa pendidikan itu adalah suatu usaha berterusan yang bermaksud ilmu pengetahuan dapat diterima sepanjang hayat dan di mana-mana sahaja tidak kiralah sama ada di rumah mahupun sekolah. Pendidikan ini selalunya dijalankan di surau atau di pondok berdekatan tempat tinggal. pembelajaran pondok ini dijalankan berdasarkan panduan al-Quran yang mengandungi elemen tajwid, tafsir alQuran, hadis, fiqh dan tauhid di mana ianya menuju ke arah perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu kerana potensi manusia sebagai Islam ialah ditekankan dari aspek jasmani, akal dan roh sebagai bekalan mereka di dunia dalam menjalani kehidupan seharian yang menerapkan kehidupan demokrasi. Bacaan tulisan yang digunakan adalah secara tulisan jawi dalam bahasa Arab atau dikenali sebagai ‘Bahasa Syurga ’ yang dapat meningkatkan diri seseorang insan dari aspek rohani yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam yang dapat membentuk insan yang seimbang terutamanya dari aspek rohani dan sentiasa berpegang teguh kepada ajaran agama.


Selain itu, sistem pendidikan pondok juga telah menerapkan individu dalam mencintai ilmu pengetahuan terutamanya membaca dan mencari maklumat yang dapat memberikan manfaat kepada orang ramai. Ini selaras dengan FPK yang dapat memupuk sikap berakhlak mulia dalam proses menerima ilmu pengetahuan Sistem pendidikan pondok dahulu tidak mempunyai jaringan dan kemudahan teknologi ICT untuk digunakan ketika pembelajaran Ini disebabkan oleh, pendidikan pondok menfokuskan kepada pembelajaran alQuran, tajwid dan sebagainya dengan menggunakan al-Quran secara fizikal dan mempelajarinya secara bersemuka Zaman dahulu sememangnya diketahui bahawa belum wujudnya teknologi pembelajaran yang canggih. Namun pada era ini, sumber, bahan dan peralatan PdP ICT mudah didapati dan harus digunakan oleh warga guru bagi menarik minat pelajar. Sebagai contoh, guru dan pelajar boleh mengakses al-Quran secara digital yang dilengkapi maksud serta audio bacaan yang boleh menjadi panduan untuk semua. Cabaran menghadapi Revolusi Industri 4.0 Solusi


Pada ketika ini, pemerintahan Jepun telah membubarkan pendidikan tingkat menengah aliran biasa kepada pendidikan vokasional dan teknik. Bidang perikanan Perhubungan Sains samudera Pertanian Pembinaan Dilatih dengan pelbagai kemahiran Mata pelajaran sains dimasukkan dalam sukatan pembelajaran di sekolah & subjek amali dikenakan dalam Kurikulum Bahasa Inggeris Dengan adanya pelbagai kemahiran baharu ini dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dalam mempelajari sesuatu yang baharu serta membentuk individu yang berkemahiran yang dapat memberikan sumbangan dan manfaat kepada keluarga, masyarakat dan juga negara LAPORAN CHEESEMAN 1946 Ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh & bersepadu


Pada zaman tersebut, pembelajaran secara vokasional ditekankan terutamanya untuk pelajar yang mempunyai kemahiran dari pelbagai bidang yang boleh meningkatkan potensi diri sehingga dapat bersaing secara sihat dalam dunia pekerjaan Pembelajaran vokasional dan kemahiran ketika itu tidak mempunyai kemudahan peralatan canggih dan sebagainya. Mereka hanya menggunakan peralatan secara manual mahupun dibuat sendiri Jadi pada era yang serba moden ini, terdapat pelbagai jenis mesin dan robot yang canggih yang boleh menjalankan kerja seperti manusia malah ianya lebih canggih dan cekap. Jadi pelajar vokasional perlu mengambil peluang ini dengan melibatkan diri dengan lebih mendalam dalam penghasilan pelbagai produk yang berkualiti serta bermanfaat kepada orang ramai sehingga bergelar sebagai pekerja mahir sekaligus dapat bersaing di peringkat global. Cabaran menghadapi Revolusi Industri 4.0 Solusi


L. J Barnes telah ditugaskan untuk menyemak semula dan membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan terutamanya kepada bangsa Melayu. Hal ini bagi menjaga kedudukan dan warisan sebenar tanah melayu kita sebagai pengutama dalam semua aspek Laporan ini juga adalah untuk menangani dan membanteras beberapa masalah terutamanya berkaitan guru iaitu dalam meningkatkan kualiti guru,tambah baik pengurusan pedagogi pelatih di maktab serta mencadangkan kurikulum bagi latihan guru yang lebih sesuai dan berkesan. Ini jelas menunjukkan setiap pendidikan bermula daripada guru yang perlu hebat dan berpengetahuan bagi melahirkan insan atau individu yang seimbang dan bersepadu selaras FPK Penyiasatan juga dijalankan bagi mendapat maklumat tentang tahap pendidikan pelajar Melayu bagi memperbaiki ke arah yang lebih baik. Hal ini kerana, sistem pendidikan semestinya bermatlamatkan bagi melahirkan generasi muda yang berilmu pengetahuan dan berkebolehan dalam semua bidang Sekolah Melayu atau Sekolah Kebangsaan diwujudkan adalah untuk menghapus sekolah vernakular yang mengasingkan kaum. Dengan adanya Sekolah Kebangsaan dapat mewujudkan kesepaduan dan perpaduan antara kita sekaligus melahirkan anak muda yang bertanggungjawab dalam mempertahankan kemamkmuran serta menjalinkan hubungan baik sesama kita dalam mencapai kesejahteraan sejagat Kanak-kanak berumur seawal 6 tahun perlu ke sekolah dan menerima pendidikan percuma sehingga mencapai 12 tahun dan perlu meneruskan persekolahan ke peringkat menengah bagi menimba pelbagai ilmu pengetahuan. Hal ini kerana pendidikan dan ilmu pengetahuan harus seiring berjalan dan berterusan bagi memperoleh pelbagai ilmu dan kemahiran yang dapat digunakan sepanjang hayat. LAPORAN BARNES 1950


Pada ketika ini, sistem pendidikan mengalami beberapa masalah terutamanya kepada guru iaitu berkaitan kualiti pengeluaran guru, pengurusan pedagogi pembelajaran serta perancangan kurikulum sebagai panduan dalam membentuk insan atau pelajar yang seimbang dan berkebolehan. Jadi, sebagai langkah awal yang memikirkan kemajuan pendidikan Malaysia, perubahan harus dibuat segera. Sebagai contoh, era kini mementingkan penggunaan teknologi ICT yang membawa kepada perubahan yang sangat ketara terutamanya guru boleh menyediakan aktiviti PDP menggunakan aplikasi dan permainan secara atas talian. Penyusunan aktiviti juga akan lebih sistematik dan berkesan kepada pelajar. Hal ini dapat dilihat apabila negara dilanda wabak baru-baru ini dan bahawasanya penggunaan teknologi ini sangat meluas tanpa jaringan dan memudahkan pelajar dan guru mencari maklumat. Cabaran menghadapi Revolusi Industri 4.0 Solusi


Pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran bagi bahasa Cina dan Tamil disediakan bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dan penerimaan ilmu jika terdapat bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang di dalam sesebuah Penggunaan bahasa Me sekolah. layu masih dikekalkan di sekolah dan diikuti penggunaan bahasa Inggeris dilaksanakan secara berperingkat di sekolah sebagai bahasa kedua. Perkembangan intelek murid-murid meningkat apabila pada ketika ini Sekolah Cina & Tamil cuba menggunakan 3 jenis bahasa. KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU Menubuhkan sekolah jenis vokasional bagi peringkat menengah. Hal ni kerana, generasi muda yang berkemahiran dan minatnya menjurus kepada pertukangan boleh menggilapkan lagi bakat dan kemahiran mereka apabila memasuki sekolah ini. Dengan cara ini dapat mewujudkan generasi muda yang mampu berdaya saing dengan negara lain dengan kelebihan mencipta produk menggunakan teknik dan kemahiran yang handal. ORDINAN PELAJARAN 1952 Mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.


Dahulu sememangnya mata pelajaran pembelajaran di sekolah adalah sama dengan era sekarang. Namun kaedah yang digunakan oleh guru adalah sentiasa berbeza-beza mengikut kesesuaian dan peredaran zaman. Pelaksanaan PdP dahulu hanya menfokuskan kepada buku semata-mata dan melibatkan komunikasi hanya satu hala. Penggunaan teknologi ketika itu jarang dan susah digunakan kerana capaian internet tidak secekap sekarang dan guru tidak didedahkan dengan penggunaan teknologi Jadi, guru pada era kini harus mendalami dan meneroka teknologi bagi mempelbagaikan kaedah pelaksanaan PdP yang menyeronokkan dan berkesan kepada pelajar. Pembelajaran yang berasaskan eksperimen adalah sangat menyeronokkan. Hal ini bagi memberi pengalaman baharu kepada pelajar. Selain itu, bahan pembelajaran juga mudah didapati secara dalam talian terutamanya permainan berasaskan mata pelajaran yang diajar. Guru harus bertindak kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan PdP bagi menarik minat pelajar. Hal ini demikian kerana, PdP era ini adalah menggunakan pendekatan berpusatkan murid. Guru harus memberikan peluang kepada pelajar untuk meneroka dunia teknologi yang sebenar. Cabaran menghadapi Revolusi Industri 4.0 Solusi


PENDIDIKAN SUATU USAHA YANG BERTERUSAN Mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan Menggunakan sukatan pelajaran dan kurikulum yang sama Dan semua calon pelajar perlu mengambil peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (pada ketika itu) dan Sijil Pelajaran Malaysia. Merancang dan meneguhkan bahawa pelajaran menengah lanjutan dan sambilan amat diperlukan bagi meneruskan pengajian generasi muda kepada tahap yang tertinggi sehingga ke menara gading PENYATA RAZAK 1956


KE RAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN BERSEPADU Mewajibkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris di dalam kurikulum semua sekolah rendah dan menengah Pelajaran teknik dan vokasional disusun semula bagi memastikan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar adalah berguna, berkesan dan relevan dengan peredaran zaman. Aspek peralatan dan bahan juga ditingkatkan dari segi kuantiti, peruntukan, dan tenaga pengajar PENYATA RAZAK 1956


MEWUJUDKAN INSAN YANG SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK, ROHANI, EMOSI DAN JASMANI Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi Kawasan persekitaran sekolah juga sangat penting terutamanya saiz bilik darjah dan perabot serta prasarana yang disediakan. Hal ini kerana perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh persekitaran terutamanya persekitaran fizikal Suasana persekitaran sekolah akan memberi kesan kepada murid-murid dari segi emosi yang positif untuk hadir ke sekolah yang ceria dan bersih PENYATA RAZAK 1956


BERILMU PENGETAHUAN, BERKETERAMPILAN, BERAKHLAK MULIA DAN BERTANGGUNGJAWAB Menekankan dalam membentuk kemenjadian insan yang berdisiplin, terlatih, bertolenrasi, liberal dan progresif PENYATA RAZAK 1956


BERKEUPAYAAN MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI & MEMBERI SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT & NEGARA Melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu Keperluan dan kemahuan negara yang merdeka harus dipenuhi terutamanya dari aspek sistem pendidikan formal, tidak formal dan vokasional PENYATA RAZAK 1956


LAPORAN RAHMAN TALIB 1960 AKTA PENDIDIKAN 1961 LAPORAN AMINUDDIN BAKI 1964 LAPORAN JAWATANKUASA KABINET 1979 AKTA PENDIDIKAN 1996 SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA Pendidikan selepas Merdeka. Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan pemimpin dan masyarakat yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British telah memberikan kesedaran tentang betapa pentingnya sebuah sistem pendidikan kebangsaan yang boleh menggantikan sistem pendidikan penjajah dalam mencapai aspirasi negara yang maju dan bersatu. Perkembangan pendidikan juga semakin menunjukkan kemajuan selaras dengan pembangunan negara ketika itu.


Laporan Rahman Talib 1960 Laporan ini menyokong sistem pendidikan yang berasaskan penilaian dan memberi tumpuan kepada pencapaian individu. Ini selaras dengan falsafah pendidikan negara yang menekankan kepentingan memastikan semua pelajar mendapat akses kepada pendidikan berkualiti dan mereka mampu berkembang maju dalam persaingan global yang semakin kompetitif. Laporan Rahman Talib 1960 adalah laporan berkaitan cadangan pembaharuan kepada sistem pendidikan ketika itu setelah semakan semula Penyata Razak 1956. Laporan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan menjadikannya lebih mudah untuk diakses oleh semua rakyat Malaysia. Laporan ini telah memainkan peranan penting dalam membentuk pendidikan di Malaysia, dan terus relevan sehingga kini. Antara cadangan yang masih relevan sehingga kini adalah seperti berikut: Laporan ini juga menekankan kepentingan membangunkan identiti nasional dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan untuk membangunkan identiti nasional yang kukuh dan padu bagi memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Laporan ini juga menganjurkan pengajaran nilai dan akhlak Islam di sekolah, bagi menyemai nilai-nilai dalam diri pelajar. Seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga iaitu pendidikan ini adalah usaha untuk melahirkan rakyat Malaysia yang percaya dan patuh pada tuhan serta nerilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.


Akta Pendidikan 1961 Akta ini menekankan kepentingan mengembangkan potensi individu sepenuhnya. Ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada pembangunan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu agar dapat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Akta Pendidikan 1961 merupakan undang-undang pendidikan yang sebelum ini dilaksanakan di Malaysia. Undang-undang itu wujud berdasarkan cadangan yang dibuat dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Laporan ini menekankan sistem sekolah yang seragam, penggunaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, dan sistem peperiksaan yang sama. Antara perkara di dalam akta yang masih relevan sehingga kini adalah seperti berikut: Akta ini masih relevan sehingga kini kerana ia mengandungi prinsip asas Falsafah Pendidikan Kebangsaan negara. Dimana beberapa aspek utama akta itu termasuk menggalakkan perpaduan negara, pembangunan bakat individu, dan penerapan nilai moral dan kerohanian. Ini semua adalah elemen penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan Malaysia dan terus relevan hari ini.


Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 Laporan ini telah menekankan keperluan perpaduan dalam kalangan kumpulan kaum yang berbeza di Malaysia untuk mengekalkan keharmonian sosial. Begitu juga dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menunjukkan bahawa pendidikan perlu dapat menyemai semangat patriotisme dan perpaduan. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1974 ini dibentuk hasil daripada maklum balas dan laporan daripada Jawatankuasa Kabinet 1974. Laporan ini memberikan cadangan utama untuk perubahan sistem pendidikan negara. Cadangan ini cuba untuk membangunkan sistem pendidikan yang lebih baik dan berkesan. Antara cadangan yang masih relevan sehingga kini adalah seperti berikut: Laporan Kabinet 1979 mencadangkan satu sistem pendidikan yang komprehensif dan holistik, mencerminkan penekanan untuk menyediakan pendidikan yang menyeluruh bagi semua pelajar. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin mengembangkan potendi individu secara holistik dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Laporan ini menyatakan bahawa sistem pendidikan perlu menitikberatkan usaha pengukuhan kerohanian dan elemen disiplin yang tinggi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mampu mencapai kesejahteraan diri.


Akta Pendidikan 1996 Akta ini masih relevan sehingga kini kerana ia berpegang kepada prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Akta itu memperuntukkan kebebasan beragama, yang selaras dengan prinsip toleransi. Akta itu juga menggalakkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama yang selaras dengan prinsip perpaduan. Selain itu, akta tersebut menekankan pengajaran nilai moral dan agama di sekolah yang selaras dengan prinsip kerohanian. Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dengan pembaharuan daripada Akta Pelajaran 1961. Akta Pendidikan 1996 menyediakan rangka kerja yang komprehensif untuk pembangunan pendidikan di Malaysia. Akta Pendidikan 1996 merupakan satu perundangan penting yang memastikan kualiti dan standard dalam pendidikan di Malaysia. Ia adalah penting untuk pembangunan berterusan sistem pendidikan Malaysia.


Malaysia perlu memberi tumpuan kepada pendidikan teknikal dan vokasional untuk bersaing dalam ekonomi global. Revolusi Perindustrian Keempat telah mencipta peluang baharu untuk belia dan orang dewasa kita. Dengan pendidikan dan latihan yang betul, mereka akan dapat memanfaatkan peluang ini dan menyumbang kepada pembangunan negara kita. Hala tuju pendidikan dalam menghadapi cabaran IR 4.0 Pendidikan perlu membantu pelajar membangunkan kemahiran yang akan relevan pada masa hadapan. Ini termasuk kemahiran seperti pemikiran kritis, kreativiti, penyelesaian masalah dan berkerjasama. Ini adalah jenis kemahiran yang akan diperlukan dalam dunia di mana teknologi semakin memainkan peranan dalam kehidupan kita. pendidikan perlu yang mudah diakses supaya memberi peluang yang lebih besar untuk ramai orang mendapatkan pendidikan tanpa mengira tempat atau keadaan ekonomi. Ini adalah perkembangan penting dalam persediaan masa depan kerana ini bermakna lebih ramai orang akan berpeluang membina kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya. Pada masa depan, pekerja perlu terbiasa menggunakan teknologi dan boleh bekerja bersama robot atau bentuk mesin yang lain. Jadi, pelajar yang tidak selesa menggunakan teknologi mungkin sukar untuk mendapatkan pekerjaan pada masa hadapan. Oleh itu, adalah penting bagi sistem pendidikan untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran yang mereka perlukan untuk selesa menggunakan teknologi. Pendidikan bersedia untuk masa depan dengan sebaik mungkin. Seperti bersedia dengan memastikan sistem pendidikan adalah terkini dan dapat melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan. Hal ini kerana ianya penting supaya sistem pendidikan di Malaysia berkembang untuk memberi peluang kepada pelajar bersedia bagi menghadapi cabaran dan peluang era baharu ini.


PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010 PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPP2013- 2025) DASAR PENDIDIKAN DIGITAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN MASA KINI Pendidikan masa Kini. Pendidikan masa kini memerlukan pengisian pembelajaran yang sentiasa relevan dan fleksibel untuk disesuaikan dengan perubahan keperluan literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Tuntutan perubahan pada hari ini telah melahirkan kerangka baharu dalam sistem pendidikan negara kita. Impak paling jelas ialah perubahan strategi dan pendekatan pengajaran guru untuk memastikan anak muridnya mendapat pendidikan yang boleh membantu menghadapi proses sosiolisasi dalam persekitaran yang semakin mencabar.


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010 Pelan Induk Pembanguna n Pendidikan (PIPP) 2006-2010 ini termaktub dalam Rancang Malaysia kesembilan (RMK -9). Pelan ini bertujuan bagi menyediakan rakyat Malaysia ke arah satu bangsa yang bersatu padu dan saling bekerjasama disamping ianya merapatkan jurang antara golongan bandar dan golongan luar bandar. Terdapat dua misi didalam teras ini iaitu Teras 1 meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Teras 2 pula adalah untuk menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan serta membina dan produktif. PIPP ini telah mengenal pasti enam teras yang dijalankan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara iaitu :


Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006- 2010 Membina Negara Bangsa Membangun Modal Insan Memperkasa Sekolah Kebangsaan Merapatkan jurang pendidikan Memartabatkan Profesion Perguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. PIPP ini telah mengenal pasti enam teras yang dijalankan bagi memperkukuhkan sistem pendidikan negara iaitu :


Membina Negara Bangsa Memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai asas perpaduan dan bahasa ilmu. Memantapkan perpaduan dan intergrasi nasional. Memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. memupuk kefahaman yang jelas terhadap Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. PIPP ini dbina bagi memperkasakan dalam melahirkan semangat cinta akan negara, pemupukan jati diri melalui kokurikulum dan usaha melahirkan warganegara yang glokal yang mampu menghadapi ancaman globalisasi dan liberalisasi. Antara usaha-usaha kearah merealisasikan teras itu ialah :


Membangunkan Modal Insan Memperkembangkan potensi diri Melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran Membentuk ciri keperibadian dan perspektif hidup Kemahiran komunikasi berkesan Kebolehan menggunakan Teknologi Maklumat dengan berkesan Berfikir secara kritis dan kreatif Mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat Nilai yang tinggi supaya mereka berupaya menjadi pemimpin berkesan dalam keluarga dan masyarakat Teras ini adalah untuk menyediakan peluang yang luas kepada generasi muda Malaysia untuk : Teras membangunkan modal insan melengkapkan diri pelajar dengan :


Memartabatkan Proffesion Perguruan Memantapkan latihan perguruan Memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Guru perlu kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian Pdp menjadi lebih efektif, menarik dan menyeronokkan. Proffesion perguruan diangkat bagi meningkatkan kualiti, kerjaya dan kebajikan guru melalui strategi berikut :


Akses Kualiti Ekuiti Perpaduan Kecekapan Pelan Pendidikan ini mengandungi lima sistem aspirasi iaitu -Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi mencapai potensi masing-masing. -Meletakkan negara dalam kelompok satu pertiga keatas dalam pentaksiran antarabangsa. -Pengurangan jurang melibatkan penduduk luar bandar dan bandar dalam menyediakan pendidikan yang terbaik. -Satu sistem yang kukuh dan memberi peluang kepada kanak-kanak berkongsi pengalaman demi memperkukuhkan asas perpaduan rakyat. -Memaksimumkan keberhasilan murid selari dengan jumlah peruntukan dalam belanjawan semasa. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP2013 - 2025)


Gelombang 1 (2013-2015) - Peningkatan kualiti pengajaran melalui peningkatan kompetensi dan kualiti guru sedia ada Gelombang 2 (2016-2020) - Semakan semula kurikulum merupakan usaha meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai selari dengan perkembangan ekonomi dunia. Gelombang 3 (2021-2025) - Fokus kepada anjakan kecemerlangan dengan keberkesanan operasi. -Membangunkan sisitem pengekalan kemajuan kendiri bagi mencetus inovasi dan meningkatkan pencapaian. Pelan Pendidikan ini mengalami tiga gelombang : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPP2013 - 2025)


Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan Malaysia Memperkaya kandungan digital yang berkualiti Memperkukuh jalinan strategik Memperkasa kompetensi guru Usaha untuk meningkatkan penguasaan murid dalam teknologi murid. Mengupayakan infrastuktur dan infrastruktur digital. Matlamat penggubalan dasar pendidikan digital adalah untuk melahirkan generasi fasih digital yang berdaya saing diperingkat digital. Tumpuan diberikan kepada :


Cabaran : Guru -guru vateran tidak mahir dalam dunia teknologi dan mengambil masa yang lama untuk mempelajari sesuatu dalam jangka masa yang pendek. Guru - guru ini perlu menghadari kursus pemantapan penggunaan teknologi dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (pdp) Guru-guru baharu perlu membantu guruguru vateran ini dalam menggunakan teknologi. Cara penyelesaian : Cabaran menghadapi Revolusi Industri 4.0 Pendidikan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Pendidikan pada dahulunya mengamalkan secara konvensional dan ianya mengalami perubahan kepada Revolusi Teknologi 4.0. Oleh itu, pendidikan juga mengalami perubahan antaranya ialah :


Cabaran : Isu pelajar luar bandar dan pedalaman mengalami masalah jaringan internet dan ketinggalan didalam pembelajaran kerana kemudahan adalah terhad. Pihak kerajaan perlu menubuhkan lebih banyak pusat internet untuk membolehkan mereka mengakseskan pembelajaran di dalam talian. Cara penyelesaian : Cabaran menghadapi Revolusi Industri 4.0


IMPLIKASI REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM PENDIDIKAN Pihak IPT berperanan menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi bagi mengisi kekosongan tenaga kerja di masa hadapan KPM menyediakan prasarana di sekolah rendah dan menengah serta kemudahan ICT bagi melancarkan proses pembelajaran digital di sekolah. Contohnya, kemudahan smart board yang memudahkan sesi PdP yang lebih fleksibel & interaktif KPM juga bekerjasama dengan syarikat terkemuka dunia seperti Google, Microsoft bagi menyediakan platform pembelajaran digital kepada seluruh guru dan murid di Malaysia bagi pembelajaran dapat dijalankan secara berterusan tanpa had jaringan. Contohnya, penggunaan Google Classroom, Microsoft word, aplikasi Quizizz dan banyak lagi Murid juga boleh berkolaborasi dengan rakan-rakan di seluruh dunia dan membuat pencarian pelbagai bahan pembelajaran yang lebih meluas dan mendalam


Lampiran Membuat perbincangan berkaitan soalan Pentaksiran Berterusan yang telah diberikan.


Lampiran Draf daripada perbincangan yang dilakukan.


Lampiran Perbincangan mengenai pemilihan ‘template ’ yang bersesuaian.


Lampiran Penerangan mengenai perkaitan yang harus dilakukan.


Lampiran Sesi pembahagian tugas.


Rujukan Nasir, S. M., Ibrahim, M., & Idrus, A. (2022) Pengantar Pengajian Pendidikan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Said, I., Azali, J. M., Hashim, S. N. A., Isa, N. A. M., Ismail, F. S., Khory, H. H. M., Ngah, N., & Anuar, N. (2023). Isu semasa dan cabaran masa depan. Local Publications (M) Sdn Bhd. Sopah, F. M., Ghani, M. A. A., Buang, K., & Kayar, R. (2022). Falsafah dan perkembangan pendidikan di Malaysia. Local Publications (M) Sdn Bhd.


Terima kasih


Click to View FlipBook Version