The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 811-19-aina, 2022-05-12 11:30:31

ANALISIS KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH

SLIDE PENULISAN PAKK1094

KURIKULUM TASKA &
KURIKULUM
PRASEKOLAH

PAKK1094
EN. ROZMAN BIN ROSELY

NURUL AINA BINTI MOHD AZHAR

PENGENALAN

Pengenalan

Kurikulum adalah perancangan dan kerangka pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran di sesebuah institusi pendidikan yang
dibentuk sebagai panduan atau dalam erti kata yang lebih mudah
adalah manual penggunaan.

Untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti, peranan
pendidikan sangat penting.

Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan adalah
bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu pergetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mampu memberi
sumbangan kepada keluarga, masyarakat serta negara.

Menurut Affizal Ahmad (2008) mengatakan bahawa pendidikan
mempunyai impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan
untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.

Pengenalan

• Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan
penggunaan kurikulum bagi taska dan prasekolah.

• Hal ini bertujuan untuk mewujudkan kesegaraman dalam bidang
pengajian pendidikan awal kanak-kanak.

• Bagi TASKA, kurikulum yang digunakan ialah kurikulum
PERMATA.

• Bagi prasekolah pula, kurikulum yang digunakan adalah
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK.

ANALISIS KURIKULUM
TASKA DAN
PRASEKOLAH

Matlamat

Matlamat kurikulum KSPK adalah bertujuan
untuk memperkembangkan potensi murid
berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial
(JERIS) agar mereka lebih bersedia untuk

menghadapi cabaran dan mengikuti
pembelajarannya seterusnya.

Matlamat kurikulum PERMATA pula ialah untuk
menyediakan program asuhan dan didikan

awal untuk kanak-kanak yang berumur kosong
hingga empat tahun.

Matlamat

• kurikulum PERMATA lebih fokus kepada pendidikan sahsiah,
pembentukan personaliti dan perkembangan awal kanak-kanak
berumur satu hingga empat tahun manakala KSPK pula berfokus
kepada proses pembentukan ‘kemenjadian manusia’.

• Sebagai contoh, dalam pengubalan KSPK, antara perkara yang diberi
penekanan ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

• Tahap pemikiran dalam penilaian KBAT pula terbahagi kepada empat
iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Keupayaan
tahap pemikiran seseorang murid dinilai berdasarkan tahap
penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran seperti bahasa Melayu,
bahasa Inggeris, Matematik Awal dan lain-lain.

Matlamat

• Manakala berdasarkan kurikulum PERMATA, kanak-kanak
dinilai berdasarkan pemerhatian dan penaksiran
perkembangan mereka.

• Kurikulum ini boleh dilihat sebagai pendedahan awal kepada
kanak-kanak berumur kosong hingga empat tahun mengenai
dunia persekitaran mereka berbanding kurikulum KSPK yang
lebih kepada mengikut sukatan pelajaran.

• Contohnya dapat dilihat didalam enam bidang pembelajaran
PERMATA, seperti perkembangan bahasa, komunikasi dan
literasi awal, perkembangan fizikal dan psikomotor,
perkembangan kreativiti estetika dan lain-lain.

OBJEKTIF

Objektif

Objektif ketiga dalam kurikulum PERMATA iaitu membimbing kanak-kanak

menguasai kemahiran awal berbahasa, berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa

01 Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris, ianya mempunyai kesinambungan
dengan objektif KSPK yang pertama iaitu murid dapat menggunakan bahasa untuk

berkomunikasi dengan berkesan

Misalnya, kanak-kanak di Taska diajar mengenal bahasa melalui aktiviti membaca,

02 menyanyi, bercerita dan sebagainya agar kanak-kanak mengingati perkataan-
perkataan tersebut manakala di prasekolah pula murid-murid perlu mempelajari

disiplin ilmu bahasa yang menekankan kepada kemahiran berbahasa secara lisan

dan bukan lisan semasa berinteraksi

03 Contoh lain ialah objetif yang kelima dalam kurikulum PERMATA, iaitu melatih
kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan

boleh membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri.

Objektif

Jika ditelusuri dengan teliti, objektif tersebut juga mempunyai kaitan dengan

04 objektif kurikulum KSPK yang keenam iaitu memperkembangkan konsep

kendiri yang positif dan keyakinan diri

05 Kanak-kanak mampu melatih diri sendiri dengan bimbingan yang minimum
daripada orang dewasa. Kanak-kanak yang biasa berdikari dalam proses

pembelajaran akan terus belajar dengan cara demikian apabila dewasa kelak.

06 Kebolehan kanak-kanak menguruskan diri sendiri semasa di Taska
melahirkan rasa keyakinan diri yang tinggi apabila mereka memasuki fasa

prasekolah.

PERSAMAAN
ANTARA KURIKULUM
TASKA DAN
PRASEKOLAH

Strategi Pengajaran & Pembelajaran

• Terdapat juga ciri-ciri persamaan antara kurikulum PERMATA dan
kurikulum KSPK. Antaranya ialah dari segi persekitaran
pembelajaran dan juga strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah.

• Keduanya-duanya mempunyai kepentingan terhadap kanak-
kanak contohnya dari aspek suasana bilik darjah, keperluan
kemudahan pembelajaran, belajar melalui bermain seperti konsep
3E dan juga pembelajaran berpusatkan murid.

• Umumya, usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kadar celik
huruf didalam negara dan juga memenuhi hak asasi kanak-kanak
yang ditandatangani oleh negara Malaysia pada tahun 1995.

KESIMPULAN

Kesimpulan

Kurikulum prasekolah mahupun taska bertujuan
untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
sebagai persediaan awal kanak-kanak sebelum

memasuki alam pendidikan secara formal. Oleh itu,
persamaan yang ada di dalam kurikulum prasekoah

dan taska membolehkan kanak-kanak dinilai taha
pebelajaran mereka mereka sekaligus dapat memberi

ruang untuk guru atau pendidik awal kanak-kanak
membuat tindaan sususlan dalam mempertingkatkan

perkembangan mereka dan seterusnya dapat
mencapai matlamat sistem pendidikan kebangsaan.

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version