The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 811-19-aina, 2022-05-12 00:56:36

TUGASAN 2 PENULISAN PAKK1094

PENGENALAN

Kurikulum adalah perancangan dan kerangka pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di
sesebuah institusi pendidikan yang dibentuk sebagai panduan atau dalam erti kata yang lebih
mudah adalah manual penggunaan. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan
adalah bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu pergetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan mampu memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat serta
negara. Untuk membina sebuah kehidupan yang berkualiti, peranan pendidikan sangat
penting. Affizal Ahmad (2008) melaporkan bahawa pendidikan mempunyai impak yang besar
ke atas pelbagai peluang kehidupan untuk memperolehi dan mengekalkan kualiti kehidupan.
Menurutnya lagi, peningkatan kualiti dalam hidup seseorang dapat diperbaiki melalui
pelaburan dalam pendidikan yang bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat
pendidikan tertinggi. Malah didalam agama Islam juga umatnya dituntut menimba ilmu dan
menyebarkannya kepada orang lain demi kemaslahatan manusia itu sendiri. Dalam konteks
pendidikan awal kanak-kanak, tahap pendidikan terbahagi kepada dua iaitu peringkat taska,
bermula dari umur kosong hingga empat tahun dan juga peringkat prasekolah, lima dan enam
tahun.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan penggunaan kurikulum bagi
kedua-kedua institusi tersebut. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan kesegaraman dalam
bidang pengajian pendidikan awal kanak-kanak. Selain itu, ia juga boleh dikatakan sebagai
penunjuk arah kepada pendidik untuk pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)
kepada kanak-kanak. Bagi TASKA, kurikulum yang digunakan ialah kurikulum PERMATA.
Kurikulum tersebut digubal dengan menjadikan model Pen Green sebagai contoh amalan
terbaik dan kemudiannya disesuaikan dengan budaya dan masyarakat setempat serta
Falsafah Pendidikan Negara bagi memantapkan lagi isi kandungannya. Bagi prasekolah pula,
kurikulum yang digunakan adalah Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).
Kurikulum ini digubal berdasarkan prinsip amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-
kanak dan teori pembelajaran kanak-kanak. Mengikut sejarah, KPM mengeluarkan garis
panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia bermula pada tahun 1993. Kemudian,
kurikulum tersebut sentiasa disemak semula untuk memastikan kurikulum yang holistik, tidak
terlalu akademik dan tidak terlalu membebankan, mengikut keperluan semasa serta ada
kesinambungan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Pada masa kini, KSPK yang
digunakan adalah KSPK Semakan 2017.

2

ANALISIS DI ANTARA KURIKULUM TASKA DAN PRASEKOLAH

Berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat beberapa persamaan dan perbandingan
yang dikenalpasti. Antaranya ialah matlamat kurikulum KSPK adalah bertujuan untuk
memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh
dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sosial (JERIS) agar
mereka lebih bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajarannya
seterusnya. Manakala matlamat kurikulum PERMATA pula ialah untuk menyediakan program
asuhan dan didikan awal untuk kanak-kanak yang berumur kosong hingga empat tahun.
Kurikulum PERMATA menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat
pengalaman pembelajaran awal yang berkualiti. Melalui analisis saya, kurikulum PERMATA
lebih fokus kepada pendidikan sahsiah, pembentukan personaliti dan perkembangan awal
kanak-kanak berumur satu hingga empat tahun manakala KSPK pula berfokus kepada proses
pembentukan ‘kemenjadian manusia’. Sebagai contoh, dalam pengubalan KSPK, antara
perkara yang diberi penekanan ialah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tahap pemikiran
dalam penilaian KBAT pula terbahagi kepada empat iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai
dan mencipta. Keupayaan tahap pemikiran seseorang murid dinilai berdasarkan tahap
penguasaan dalam sesuatu mata pelajaran seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris,
Matematik Awal dan lain-lain. Manakala berdasarkan kurikulum PERMATA, kanak-kanak
dinilai berdasarkan pemerhatian dan penaksiran perkembangan mereka. Kurikulum ini boleh
dilihat sebagai pendedahan awal kepada kanak-kanak berumur kosong hingga empat tahun
mengenai dunia persekitaran mereka berbanding kurikulum KSPK yang lebih kepada
mengikut sukatan pelajaran. Contohnya dapat dilihat didalam enam bidang pembelajaran
PERMATA, seperti perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal, perkembangan
fizikal dan psikomotor, perkembangan kreativiti estetika dan lain-lain.

Seterusnya, dari segi objektif. Terdapat sembilan objektif yang terkandung dalam
kurikulum PERMATA dan kurikulum KSPK. Mengikut objektif ketiga dalam kurikulum
PERMATA iaitu membimbing kanak-kanak menguasai kemahiran awal berbahasa,
berkomunikasi dan literasi dalam Bahasa Melayu, bahasa ibunda dan Bahasa Inggeris, ianya
mempunyai kesinambungan dengan objektif KSPK yang pertama iaitu murid dapat
menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan berkesan. Misalnya, kanak-kanak di
Taska diajar mengenal bahasa melalui aktiviti membaca, menyanyi, bercerita dan sebagainya
agar kanak-kanak mengingati perkataan-perkataan tersebut manakala di prasekolah pula
murid-murid perlu mempelajari disiplin ilmu bahasa yang menekankan kepada kemahiran
berbahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Perkara ini jelas menunjukkan
penggubalan kedua-kedua kurikulum tersebut mempunyai fungsinya yang tersendiri yang
memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada kanak-kanak mengikut kesesuaian

3

peringkat umur. Contoh lain ialah objetif yang kelima dalam kurikulum PERMATA, iaitu melatih
kanak-kanak mengurus diri sendiri sehingga mereka yakin, mampu berdikari dan boleh
membuat keputusan berdasarkan kebolehan diri. Jika ditelusuri dengan teliti, objektif tersebut
juga mempunyai kaitan dengan objektif kurikulum KSPK yang keenam iaitu
memperkembangkan konsep kendiri yang positif dan keyakinan diri. Kanak-kanak mampu
melatih diri sendiri dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa. Kanak-kanak
yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar dengan cara demikian
apabila dewasa kelak. Kebolehan kanak-kanak menguruskan diri sendiri semasa di Taska
melahirkan rasa keyakinan diri yang tinggi apabila mereka memasuki fasa prasekolah.

Selain itu, terdapat juga ciri-ciri persamaan antara kurikulum PERMATA dan kurikulum
KSPK. Antaranya ialah dari segi persekitaran pembelajaran dan juga strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Keduanya-duanya mempunyai kepentingan terhadap kanak-
kanak contohnya dari aspek suasana bilik darjah, keperluan kemudahan pembelajaran,
belajar melalui bermain seperti konsep 3E dan juga pembelajaran berpusatkan murid.
Umumya, usaha ini bertujuan untuk meningkatkan kadar celik huruf didalam negara dan juga
memenuhi hak asasi kanak-kanak yang ditandatangani oleh negara Malaysia pada tahun
1995. Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk mendapat pendidikan yang
berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan perlindungan daripada ibu
bapa atau penjaga dan sebagainya.

KESIMPULAN
Melalui penulisan ini, dapatlah saya rumuskan bahawa kurikulum prasekolah mahupun taska
bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan sebagai persediaan awal kanak-
kanak sebelum memasuki alam pendidikan secara formal. Oleh itu, persamaan yang ada di
dalam kurikulum prasekoah dan taska membolehkan kanak-kanak dinilai taha pebelajaran
mereka mereka sekaligus dapat memberi ruang untuk guru atau pendidik awal kanak-kanak
membuat tindaan sususlan dalam mempertingkatkan perkembangan mereka dan seterusnya
dapat mencapai matlamat sistem pendidikan kebangsaan.

4

RUJUKAN

Ahmad, A. (2008). Kepentingan pendidikan dalam penbentukan kualiti hidup sejahtera. Malaysian
Education Dean’s Council Journal, 2, 1-8.
https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/35388868/1._KEPENTINGAN_PENDIDIKAN_DALAM_PENBEN
TUKAN_KUALITI_HIDUP-with-cover-page-
v2.pdf?Expires=1652288323&Signature=BrgSdUVYLfrLL9KOeIAZYjPIkQezDI6WQI5GRdlEoESBGI
Gp234REC8oNW0sOWzGee0XvIlh7DwwHpYMFuDO4ZJkpTcIs8zkeRydzRL2N-
ddpxXeicDhBXycZBVPAHI7Y7GPZws3OAvgdxlaYKqIXMapRaAih7LHmNH0XHloxnSicykTJy2nC9Aw
KPzEe5-
YJUXr0pqBWvPC4NAIVIlfqICE9gwADg1pLJZ2Ubx5M2s8X0CoJOcJIsiScYbOO6UG1FWaALQuvXQ
Bj0f9B4AfjPosLyZ07O4poLDpDTNJcTbVLeR4oY8mi5jkOUSzSC4dcqqHxDwr8uW2X9unYtcGgw__&
Key-Pair-Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA
Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidikan Prasekolah, Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran terbitan 2016. Kementerian Pendidikan Malaysia
Razali, S. (t.t) Kurikulum PERMATA Negara. https://pdfslide.tips/documents/kurikulum-permata.html

5


Click to View FlipBook Version