Naskhah ini menyajikan himpunan khazanah kesusasteraan Melayu yang tinggi nilainya dalam kalangan masyarakat. Antara puisi klasik yang dimuatkan di dalam naskhah ini ialah seloka, gurindam, pantun, teromba dan pelbagai lagi. Pengarang juga telah menyusun genre-genre klasik, lengkap dengan makna, penjenisan, definisi, bentuk, penggunaan dan huraiannya untuk difahami dan dihayati oleh masyarakat agar puisi klasik ini tidak pupus ditelan arus pemodenan.