SEKOLAH RENDAH ISLAM KIBLAH MELAKA
PERINGGIT, MELAKA
KERTAS KERJA
IHYA’ RAMADAN & IFTHAR JAMAIE
ANJURAN :
JABATAN TARBIYAH & PENGHAYATAN ISLAM
SRI KIBLAH MELAKA
1.0 PENGENALAN
Bersempena dengan kehadiran bulan ramadhan pada bulan ini,
Jabatan Tarbiyah & Penghayatan Islam merancang untuk mengadakan
Program Ihya’ Ramadhan sepanjang bulan ini dengan bertemakan
Semarakkan Bulan Ibadah. Program ini dirancang dan dilaksanakan
dengan tujuan untuk mendapatkan ganjaran pahala dari Allah, serta dapat
memberikan penghayatan dan pengajaran dalam penghayatan Ramadan.
Adalah diharapkan supaya program ini dapat berjalan dengan lancar
dan dapat membantu perkembangan murid dalam pelbagai aspek serta
mencapai objektif-objektif yang dirancang.
MATLAMAT PROGRAM
Program Ihya’ Ramadan dapat :
1. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial selaras dengan falsafah pendidikan Kebangsaan dan SRI
Kiblah.
2. Melatih murid untuk menambahkan amalan-amalan sunnah pada bulan
Ramadan.
3. Menanamkan sifat kecintaan kepada bulan Ramadan dalam diri setiap
warga SRI Kiblah.
4. Memupuk suasana iklim dini dalam institusi SRI Kiblah Melaka
5. Memupuk suasana bi’ah solehah dalam institusi keluarga warga SRI
Kiblah Melaka.
OBJEKTIF PROGRAM :
1. Menambahkan ilmu, membanyakkan amal dan mempertingkatkan iman.
2. Murid-murid dapat memahami amalan berpuasa mengikut sunnah yang
betul.
3. Membawa suasana solehah di sekolah ke rumah.
4. Merapatkan ukhwah antara pihak sekolah dan ibu bapa.
ANJURAN
Jabatan Tarbiyah & Penghayatan Islam SRI Kiblah Melaka
SASARAN
Semua warga SRI Kiblah Melaka
CADANGAN TARIKH PELAKSANAAN IHYA’ RAMADAN
Sepanjang bulan Ramadan (5 April - 29 April 2022)
CADANGAN TARIKH IFTHAR JAMAIE
22 April 2022
2.0 TEMA PROGRAM
Semarakkan Bulan Ibadah
3.0 CARTA ORGANISASI PROGRAM
Penaung : Dr Hj Ismail bin Omar
Pengarah Urusan SRI Kiblah Melaka
Pengurus : Ustaz Muhammad Alif Azizi bin Zainon
Pengurus SRI Kiblah Melaka
Penasihat : Ustazah Siti Zulaikha binti Mustapha
Guru Besar SRI Kiblah Melaka
Setiausaha : Ustazah Nadia binti Arof
Timbalan Ketua Jabatan I Tarbiyah & Penghayatan
Islam
Bendahari : Ustazah NoorAzdiana binti Azman
Timbalan Ketua Jabatan II Tarbiyah & Penghayatan
Islam
AJK Pelaksana : Semua guru SRI Kiblah Melaka
4.0 RANCANGAN AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM IHYA’
RAMADAN
Bil Aktiviti Tarikh Tindakan
1. Mutabaah Amal Sepanjang Ustazah Izzah
2. Kempen Kutipan Sumbangan Ramadan Amirah
Sepanjang Ustazah Nadia
3. Tazkirah Ramadan Ramadan & Ustazah
4. Kuiz Ramadan Azdiana
5. Ifthar Jamaie Minggu ke-2 & Semua guru
ke-3
Minggu ke-2 & Semua guru
ke-3
22 April 2022 Semua guru &
KIBG
5.0 BELANJAWAN PROGRAM
Bil Perkara Kuantiti Harga seunit Jumlah
300 RM 10 RM 3000
1. Makanan Ifthar Jamaie 10 RM 4 RM 40
2 RM 5 RM 10
2. Ais Batu 4 RM 3 RM 12
3 RM 50 RM 150
3. Kordial 2 rim RM 37.75 RM 75.5
3 RM 27 RM 80
4. Gula 1 RM 50 RM 50
5. Cenderahati VIP 1 RM 90 RM 90
6 RM 15 RM 100
6. Kad Mutabaah Amal RM 150
RM 3757.50
7. Hadiah Mutabaah Amal
8. Hadiah Penyumbang
Terbanyak
9. Banner
10. Bunting
11. Kontigensi
12. Jumlah
6.0 PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang dan dilaksanakan ini, dapat
berjalan dengan lancar dan mencapat matlamat serta objektif yang ingin
dicapai.
Disediakan Oleh, Disemak Oleh,
….……………………………… ……………………………
(Ustazah Izzah Amirah binti Taib) (Ustazah Siti Zulaikha binti
Pengarah Ihya’ Ramadan & Ifthar Mustapa)
Jamaie Guru Besar SRI Kiblah Melaka
Disahkan Oleh, Diluluskan Oleh,
….……………………………….. …………………………….
(Ustaz Muhammad Alif Azizi bin Dr. Hj. Ismail bin Omar
Zainon) Pengarah Urusan SRI Kiblah
Pengurus SRI Kiblah Melaka Melaka