The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Maimunah MOHAMED RAZALI, 2020-05-21 14:11:14

Senaman hanya 20% sahaja

Senaman hanya 20% sahaja

SENAMAN HANYA 20% SAHAJA

DID YOU WORKOUT TODAY ?

SOALAN LAZIM MENGENAI SENAMAN

1. APAKAH SENAMAN YANG SESUAI UNTUK
INDIVIDU YANG OBES?

▪ Individu yang obes mempunyai bacaan Indeks Jisim Tubuh (IJT) melebihi 30. Jika anda
obes, anda disarankan melakukan aktiviti berintensiti sederhana selama 30 minit, 3 hari
dalam seminggu seperti berjalan kaki cepat (brisk walking) atau berbasikal. Elakkan
senaman yang terlalu agresif dan berintensiti tinggi seperti senamrobik, berjoging,
berlari atau melompat tali bagi mengelakkan kecederaan pada otot. Selain bersenam,
jaga pemakanan dengan mengurangkan makanan berkalori tinggi.

2. APAKAH SENAMAN YANG SESUAI UNTUK INDIVIDU
YANG MENGALAMI SAKIT KAKI DAN LUTUT?

▪ Senaman yang sesuai dengan individu yang sakit kaki dan lutut adalah senaman
yang kurang menggunakan hentakan kaki seperti berenang.

3. ADAKAH BERENANG BOLEH MENGURANGKAN BERAT BADAN? ADAKAH
GAYA RENANG MEMPENGARUHI KADAR PENURUNAN BERAT BADAN?

▪ Berat badan boleh dikurangkan dengan melakukan senaman jenis aerobik
kerana senaman jenis ini berintensiti tinggi. Berenang pada kadar aerobikakan
membakar lebihan lemak dalam badan. Gaya renang tidak mempengaruhi
penurunan berat badan, sebaliknya intensiti semasa berenang. Jika anda
memilih untuk berenang, pastikan anda berenang tidak kurang daripada 20
minit pada kadar nadi tidak kurang daripda 130 denyutan seminit.

4. ADAKAH BERSENAM PADA WAKTU MALAM
BOLEH MEMUDARATKAN KESIHATAN?

▪ Aktiviti senaman atau sukan yang dilakukan pada waktu malam boleh mengganggu
corak tidur. Namun, sekiranya anda tidak mengalami gangguan tidur setelah
bersukan, anda boleh meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.

5. SEKIRANYA SAYA BERPUASA, BOLEHKAH SAYA BERSENAM
DAN BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK SAYA BERSENAM?

▪ Anda masih boleh
melakukan senaman
walaupun anda berpuasa.
Masa yang sesuai untuk
melakukan senaman
adalahselepas berbuka
puasa, sekurang-kurangnya
dua jam selepas makan.Ini
penting bagi menghindari
dari rasa loya, muntah dan
kekejangan perut
disebabkan makanan anda
masih lagi dalam proses
penghadaman.

6. ADAKAH BENAR BERJOGING TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN SERTA MENCEPATKAN
PROSES PENUAAN?

▪ Berjoging adalah senaman yang baik untuk anda sekiranya anda:

▪ tidak mempunyai berat badan berlebihan; atau

▪ tidak mempunyai risiko penyakit jantung; atau

▪ masalah kesihatan yang lain

▪ Berjoging juga tidak akan mencepatkan proses penuaan malah boleh membantu
mengawal stres. Berjoging atau sebarang senaman lain, jika dilakukan secara
berlebihan (iaitu melebihi kemampuan badan anda) boleh menjejaskan kesihatan.
Teruskan berjoging selagi anda mampu serta jaga pemakanan anda.

7.SAYA BERSENAM TETAPI TIDAK MENGELUARKAN
PELUH. ADAKAH KALORI SAYA TERBAKAR?

▪ Setiap individu mempunyai kadar perpeluhan yang berbeza-beza. Ada
individu yang cepat berpeluh dan ada pula yang lambat atau kurang
berpeluh. Jika anda bersenam tetapi tidak mengeluarkan peluh, kalori
akan tetap terbakar tetapi kurang. Kemungkinan anda tidak bersenam
pada intensiti yang tinggi maka kurang berpeluh. Intensiti adalah satu
cara untuk mengukur tahap kekuatan senaman yang dilakukan.
Pengeluaran peluh boleh dijadikan satu panduan untuk menentukan
intensiti senaman. Namun, satu kaedah yang tepat dan disarankan
ialah dengan mengukur kadar nadi anda. Semasa bersenam kadar
nadi yang harus dicapai ialah melebihi 120 denyutan seminit atau
banyak berpeluh.

THE 20/80 RULE IN WEIGHT MANAGEMENT

THE 80/20 RULE

▪ Kalau anda mahukan sesuatu mesti anda akan meletakkan usaha yang lebih,
sebagai contoh bersenam setiap hari tapi hasilnya masih tidak memberangsangkan.
Pertama sekali anda perlu faham, cara yang paling efektif untuk kurus sebenarnya
dengan mengamalkan dan memahami konsep Pareto prinsip dengan meletakkan
usaha hanya 20 peratus manakala hasil adalam 80 peratus.

▪ Untuk menurunkan berat dengan mudah, pakar nutrisi dan jurulatih senaman
bersetuju bahawa 80 peratus daripada usaha anda adalah mengamalkan diet yang
seimbang dan 20 peratus daripada senaman. Ini bermaksud anda perlu berhati-hati
dengan apa yang anda makan setiap hari, kuanti dan bila waktu yang anda makan.

INGAT BERAT BADAN ANDA AKAN TURUN SEKIRANYA
ANDA KAWAL DIET PEMAKANAN ANDA SETIAP HARI!
TAPI KALAU NAK KURUS JANGAN ANGGAP BAHAWA
SENAMAN TIDAK PENTING KERANA SENAMAN DAPAT
MERANGSANG PERTUMBUHAN TISU METABOLISME
DAN MENGURANGKAN BERAT BADAN MELALUI PROSES
PEMBAKARAN LEMAK YANG TERKUMPUL DI DALAM

BADAN.

KENAPA DIET NI PENTING?

DIET NI PENTING KERANA MENURUT KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH HOLLY
LOFTON SEORANG PROFESSOR DARI UNIVERSITI NEW YORK MENYATAKAN BAHAWA
SETIAP ORANG PERLU LARI 7 HINGGA 10 BATU SEHARI UNTUK MENGHILANGKAN SATU
PAUN DALAM MASA SEMINGGU. HAA, MAMPU KE NAK BUAT TU?
HASIL KAJIAN MENDAPATI SESEORANG ITU TIDAK MAMPU UNTUK LAKUKANNYA TANPA
MENINGKATKAN PENGAMBILAN KALORI MEREKA. INI BERMAKNA ANDA TIDAK PERLU
TERLALU MENGIKUT NISBAH 80/20 SECARA TEPAT UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN
YANG PENTING HANYA BERI TUMPUAN KEPADA DIET YANG SEIMBANG BAGI
MENDAPATKAN HASIL YANG LEBIH BERKESAN.
JADI KESIMPULANNYA GABUNGAN DIET DAN RUTIN SENAMAN YANG LENGKAP ADALAH
KUNCI UTAMA UNTUK ANDA MENURUNKAN BERAT BADAN DENGAN MUDAH. TANPA
PERANCANGAN, LATIHAN YANG KONSISTEN DAN BERDISPLIN DALAM DIET DIIBARATKAN
SEPERTI ‘CAKAP KOSONG’ SAHAJA. HAA LEPAS NI JANGAN PILIH-PILIH LAGI YE,
GABUNGKAN JE SEKALI CONFIRM BADAN LETOPS!



APA YANG PENTING
SELEPAS 20% SENAMAN

IALAH “RECOVERY”
UNTUK PULIHKAN OTOT-

OTOT YANG ROSAK.
PILIHAN YANG PALING
BAIK ADALAH PROTEIN

SEPERTI F1 SHAKE
HERALIFE.

CONTACT US YOUR PERSONAL WELLNESS COACH

FB COACH MAI : MAIMUNAH MOHAMED RAZALI
FB COACH JEPP : JEFFRY NICHOLAS
PAGE FB COACH JEPP & MAI

PAGE FB KELAB NUTRISI : NUTRISLIMNC
CONTACT NO : 012-4562894 (COACH MAI)/012-8122894 (COACH JEPP)

YOUR PERSONAL
WELLNESS COACHES


Click to View FlipBook Version