The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dayanbinrahman12, 2023-10-22 14:10:58

pdf

pdf

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH MESIN PEMBAKAR LEMANG 360° NAMA NO.PENDATARAN MUHAMMAD ARIEFF SYAHIDIE BIN MOHAMMAD JAMLUS 02DKM20F1097 MUHAMMAD HAZIQ BIN ROSLI 02DKM20F1101 MUHAMMAD NAJIBMUZAMMIL BIN ZAKARIA 02DKM20F1117 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MUSA 02DKM20F1125 JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SESI I 2022/2023


POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH MESIN PEMBAKAR LEMANG 360° NAMA NO.PENDAFTRN MUHAMMAD ARIEFF SYAHIDIE BIN MOHAMMAD JAMLUS 02DKM20F1097 MUHAMMAD HAZIQ BIN ROSLI 02DKM20F1101 MUHAMMAD NAJIBMUZAMMIL BIN ZAKARIA 02DKM20F1117 MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MUSA 02DKM20F1125 Laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebagai memenuhi sebahagian syarat penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL SESI I 2022/2023


ii AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK MESIN PEMBAKAR LEMANG 360° 1. Kami, 1. Muhammad Arieff Syahidie bin Mohammad Jamlus (02DKM20F1097) 2. Muhammad Haziq bin Rosli (02DKM20F1101) 3. Muhammad Najibmuzammil bin Zakaria (02DKM20F1117) 4. Muhammad Hafizuddin bin Musa (02DKM20F1125) adalah pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, yang beralamat di Semambu, 25350 Kuantan, Pahang. (Selepas ini dirujuk sebagai ‘Politeknik tersebut’). 2. Kami mengakui bahawa ‘Projek tersebut di atas’ dan harta intelek yang ada di dalamnya adalah hasil karya / reka cipta asli saya tanpa mengambil atau meniru mana-mana harta intelek daripada pihak-pihak lain. 3. Kami bersetuju melepaskan pemilikan harta intelek ‘Projek tersebut’ kepada ‘Politeknik tersebut’ bagi memenuhi keperluan untuk penanugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal kepada kami. Diperbuat dan dengan sebenar-benarnya diakui) oleh yang tersebut; 1. MUHD ARIEFF SYAHIDIE BIN MOHD JAMLUS ) …………………………… (NO. Kad Pengenalan: 021030-06-0227) ) MUHD ARIEFF SYAHIDIE 2. MUHAMMAD HAZIQ BIN ROSLI (NO. Kad Pengenalan: 020303-06-0325) ) …………………………… ) MUHD HAZIQ BIN ROSLI 3. MUHAMMAD NAJIBMUZAMMIL BIN ZAKARIA (NO. Kad Pengenalan: 020319-11-0729) ) …………………………… ) MUHD NAJIBMUZAMMIL 4. MUHAMMAD HAFIZUDDIN BIN MUSA (NO. Kad Pengenalan: 020417-03-0095) ) …………………………… ) MUHD HAFIZUDDIN Di hadapan saya, NORAINI BINTI ABDUL AZIZ ) ……………………………. Sebagai Penyelia Projek pada Tarikh: ...……….. ) NORAINI BINTI ABDUL AZIZ


iii PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana berkat dan nikmat serta kurniaan dari- Nya, akhirnya dapat juga kami menyiapkan laporan penuh mengenai projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal ini. Di dalam menyiapkan laporan ini, terlalu banyak dugaan dan cabaran serta pengalaman yang cukup berharga kerana penat lelah kami akhirnya berbaloi apabila laporan ini berjaya disiapkan dengan sempurna. Ucapan setinggitinggi penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia kami iaitu Puan Noraini Binti Abdul Aziz kerana banyak membantu kami dalam semua segi terutamanya apabila kami hampir hilang semangat kerana buntu untuk memikirkan cara yang sepatutnya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, sekalung penghargaan untuk semua pensyarah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah kerana menyumbangkan tunjuk ajar kepada kami mengenai kajian serta projek ini. Ucapan ini ditujukan juga kepada kedua-dua ibu bapa kami kerana banyak menyokong dan membantu kami dari segi kewangan, semangat dan moral. Tidak lupa juga untuk rakanrakan sekelas kerana banyak membantu dan memberi sokongan moral semasa projek ini dijalankan.


iv ABSTRAK Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk merekabentuk mesin pembakar lemang 360 mudah alih dengan menggunakan kuasa motor dan bateri sebagai faktor utama bagi menggerakkan lemang tersebut untuk memasak batang lemang secara sekata. Dimana mesin ini memainkan peranan yang penting bagi menggantikan tenaga manusia. Projek ini menghasilkan satu alternatif lain dalam penggunaan mesin pembakar lemang yang lebih mesra alam dah mudah dibawa kemanasahaja kerana saiznya yang kecil. Masalah yang dihadapi adalah menggunakan tenaga manusia yang banyak untuk memproses lemang tersebut dan kos untuk membayar pekerja .Dengan adanya mesin ini, manusia boleh melakukan kerja lebih mudah dan menjimatkan tenaga manusia. Selain itu, mesin ini mudah dibawa kemana sahaja serta saiznya yang kecil berbanding dengan mesin pembakar lemang yang lain. Projek ini lebih mengutamakan kepada peniaga yang kecil, seperti pengusaha kecil-kecilan. Selain itu, projek dapat mengelakkan penggunaan bahan bakar dan boleh mengelakkan pencemaran berlaku.Sepanjang proses menyiapkan rekabentuk mesin pembakar lemang ini, banyak teorimekanikal dan praktikal digunakan, yang mana mengikut kesesuaian penggunanya. Projek rekabentuk ini memberi banyak peluang untuk menambahkan pengetahuan dan pengalaman kerana dapat mengaplikasi penggunaan perisian rekabentuk seperti inventor, pengiraan asas kejuruteraan, pembinaan fabrikasi, mengenalpasti serta penyelesaian permasalahan, terutamanya dalam proses pembinaan rekabentuk mesin pembakar lemang ini. Namun begitu, projek ini masih mempunyai kekurangan dan kelemahan yang masih boleh dipertingkatkan serta berpotensi untuk berkembang sejajar dengan objektif pembinaan rekabentuk ini. Secara keseluruhannya, mesin pembakar lemang ini dapat berfungsi dengan baik.


v ABSTRACT The purpose of this project is to design a portable lemang 360 burner machine by using motor power and battery as the main factor to move the lemang to cook the lemang sticks evenly. Where this machine plays an important role to replace human power. This project produces another alternative in the use of a lemang burner that is more environmentally friendly and can be easily carried anywhere due to its small size. The problem faced is using a lot of manpower to process the lemang and the cost to pay the workers. With this machine, people can do work more easily and save manpower. In addition, this machine is easy to carry anywhere and its size is small compared to other lemang burning machines. This project prioritizes small traders, such as small entrepreneurs. In addition, the project can avoid the use of fuel and can prevent pollution. Throughout the process of preparing the design of this lemang burner, many mechanical and practical theories are used, which is according to the suitability of the user. This design project provides many opportunities to increase knowledge and experience because it can apply the use of design software such as inventory, basic engineering calculations, fabrication construction, identifying and solving problems, especially in the construction process of this lemang burner design. Nevertheless, this project still has shortcomings and weaknesses that can still be improved and has the potential to grow in line with the objectives of this design construction. Overall, this lemang burner can work well.


vi SENARAI KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT AKUAN KEASLIAN DAN HAK MILIK II PENGHARGAAN III ABSTRAK IV ABSTRACT V SENARAI KANDUNGAN VI SENARAI JADUAL VIII SENARAI RAJAH IIX SENARAI SIMBOL XI SENARAI SINGKATAN XII SENARAI LAMPIRAN XIII BAB 1 PENGENALAN 1 1.1 PENDAHULUAN 1 1.2 LATAR BELAKANG PROJEK 1 1.3 PERNYATAAN MASALAH 2 1.4 OBJEKTIF KAJIAN 2 1.5 SKOP KAJIAN 3 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN 3 1.7 KESIMPULAN 3 BAB 2 KAJIAN LITERATUR 4 2.1 PENDAHULUAN 4 2.2 KAJIAN TERDAHULU 4 2.3 RUMUSAN 19 BAB 3 METHODOLOGI 20 3.1 PENGENALAN 20 3.2 CARTA ALIR 20 3.3 CARTA ALIR PROSES DAN KAEDAH PENGGUNAAN (SOP) 22 3.5 PENILAIAN BERMATRIK 26 3.6 PEMILIHAN BAHAN 27


vii 3.7 PROSES PROSES PEMBUATAN 31 BAB 4 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN 38 4.1 PENGENALAN 38 4.2 KAJIAN 38 4.3 PERBINCANGAN 39 BAB 5 KESIMPULAN 40 5.1 PENGENALAN 40 5.2 KESIMPULAN 40 5.3 KESIMPULAN 41 5.3.1 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN 41 RUJUKAN 42 LAMPIRAN 43 PENGESAHAN LAPORAN PROJEK 48


viii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT Jadual 2.1: Kajian Spesifikasi Rekabentuk 4 Jadual 3.1: Penilaian Bermatrik 24 Jadual 3.11: Jadual Anggaran Kos 37


ix SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT Rajah 2.1 Kaedah pembakar lemang tradisional 5 Rajah 2.2 Kaedah pembakar lemang modern 6 Rajah 2.3 Kaedah pembakaran menggunakan gas 7 Rajah 2.4 Kaedah pembakaran lemang menggunakan robot lemang 8 Rajah 2.5 Kaedah membakar lemang menggunakan kayu api 9 Rajah 2.6 Kaedah membakar lemang menggunakan ketuhar 10 Rajah 2.7 Mesin lemang khas aneka rasa dan pemiliknya 11 Rajah 2.8 Mesin lemang yang di cipta oleh abdul razak 12 Rajah 2.9 Dapur bakar lemang oleh encik fauzi zakaria 13 Rajah 2.10 Mesin pembakar lemang yang dicipta oleh syamsudin 14 Rajah 2.11 Mesin pembakar lemang automatik 15 Rajah 2.12 Mesin pembakar lemang elektrik oleh A,aspalila 1,H,Rosnani 16 Rajah 2.13 Ton drum pembakar lemang 17 Rajah 2.14 Oven lemang 18 Rajah 2.15 Mesin lemang air fryer 19 Rajah 3.1 Carta alir 21 Rajah 3.2 Cart alir pengunaan mesin lemang 360° 22 Rajah 3.3 Rekabentuk projek 1 23 Rajah 3.4 Lukisan isometrik 23 Rajah 3.5 Rekabentuk projek 2 24 Rajah 3.6 Rekabentuk projek 3 25 Rajah 3.7 Keluli lembut 27 Rajah 3.8 Geganggu 27 Rajah 3.9 Penggalas 28 Rajah 3.10 Rantai 28 Rajah 3.11 Tin semburan 29 Rajah 3.12 Jaring 29 Rajah 3.13 Besi plate 30


x Rajah 3.14 Besi L 30 Rajah 3.15 Lukisan ortografik 31 Rajah 3.16 Proses mengukur besi 32 Rajah 3.17 Proses memotong besi 32 Rajah 3.18 Proses mengimpal dan menaikkan rangka projek 33 Rajah 3.19 Proses mencantum body projek 33 Rajah 3.20 Proses meratakan bahagian yang di kimpal 34 Rajah 3.21 Proses mengemaskan body projek 34 Rajah 3.22 Proses membuat litar untuk meletakkan motor 35 Rajah 3.23 Proses memasukkan dan menguji litar lemang 35 Rajah 3.24 Gambarajah mesin lemang 360° 36


xi SENARAI SIMBOL Simbol Centimeter ° Darjah ° Darjah Celsius


xii SENARAI SINGKATAN POLISAS Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah MARDI Malaysia Agricultural Research And Development Institute


xiii SENARAI LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT LAMPIRAN 2 Carta Gantt FYP1 48 LAMPIRAN 3 Carta Gantt FYP2 47 LAMPIRAN 4 Anggaran Perbelanjaan 17


BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Lemang merupakan suatu makanan yang menjadi tradisi di negara kita. Ia merupakan makanan yang berasaskan pulut dan santan kelapa. Lemang menjadi unik kerana ia dimasak didalam buluh dan dimasak dengan menggunakan api. Pada Hari Raya Aidilfitri, lemang telah menjadi hidangan wajib bagi bangsa melayu.Tetapi, bukan hanya di hari raya untuk kita dapatkan lemang kerana ia telah menjadi makanan harian di negara ini.Oleh itu, lemang menjadi salah satu sumber perniagaan dalam industri di negara ini. Lemang merupakkan menu yang unik dan menarik perhatian pelanggan. Ini kerana proses untuk menghasilkan lemang sangat rumit. Oleh itu, kita memerlukan mesin untuk menghasilkan lemang yang berkualiti dengan proses yang mudah. 1.2 LATAR BELAKANG PROJEK Proses untuk menghasilkan lemang merupakan satu proses yang sangat rumit. Ia memerlukan tenaga kerja yang kuat kerana lemang perlu dijaga dengan rapi semasa proses pembakaran. Untuk membakar lemang pula, ia memerlukan suhu yang yang tinggi kerana lemang dimasak didalam buluh. Proses ini juga mengambil masa yang lama kerana lemang perlu dimasak dengan betul untuk menglakkan rasa lemang tersebut mentah. Dalam industri lemang, proses ini menjadi punca masalah kepada perniaga untuk menghasilkan produk mereka. Terdapat banyak cara yang telah perniaga keluarkan untuk memproseskan lemang dengan lebih mudah. Terdapat beberapa mesin moden yang telah dicipta untuk mengatasi masalah yang terdapat dalam industri lemang. Mesin moden yang dicipta ini telah dapat mengatasi masalah dalam proses penghasilan lemang manakala lemang yang dihasilkan tidak mempunyai


2 kualiti yang setaraf dengan cara yang digunakan sebelum ini. Berdasarkan penyataan diatas, kami menjalankan satu kajian untuk menyelesaikan masalah proses penghasilan lemang dengan hasil yang berkualiti didalam industri peniagaan lemang. 1.3 PERNYATAAN MASALAH Menggunakan kaedah membakar lemang tradisional merupakan kaedah terbaik untuk mendapatkan hasil lemang berkualiti. Tetapi, ia mempunyai beberapa kelemahan dan keburukan. Antaranya ialah : i.Keselamatan -Para pengguna mempunyai risiko terkena api dan suhu tinggi ketika memusingkan dan mengangkat lemang.Ia boleh menyebabkan kecederaan seperti melecur. ii.Kualiti -Lemang tidak dimasak dengan sekata kerana kedudukan suhu dibawah lebih tinggi berbanding di atas. iii.Tenaga kerja -Batang lemang perlu dipusingkan secara manual manakala mesin ini berpusing secara automatik dengan pusingan 360°. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Di dalam membina dan menyiapkan projek ini terdapat beberapa objektif yang ditetapkan. Antaranya: i. Mereka bentuk mesin pembakar lemang yang berpusing . ii.Membina mesin pembakar lemang yang berpusing 360° iii. Menguji mesin pembakar lemang yang dapat membakar dengan sekata


3 1.5 SKOP KAJIAN Skop kerja merupakan rujukan untuk memastikan skop kajian berlandaskan objektif yang disenaraikan.Antaranya ialah : i.Mempunyai penapis tahan haba untuk mengelakkan debu arang daripada terkena lemang ii.Dapat membakar 10 batang lemang dalam 1 masa iii.Menggunakan prinsip 2 tingkat bahan bakar dan menggunakan motor untuk memusingkan lemang. iv.Mesin bersaiz 70 cm panjang, 55 cm lebar dan 50 cm tinggi. v.Bahan api yang digunakan ialah arang api. vi.Mesin yang selamat daripada risiko kecederaan yang berpunca daripada api. 1.6 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini merupakan satu penyelesaian masalah yang terdapat dalam industri perniagaan lemang. Di akhir kajian ini. Peniaga lemang dapat satu altenatif baru untuk menghasilkan lemang dengan lebih mudah serta hasil yang berkualiti. Altenatif tersebut merupakan mesin moden yang dicipta mempunyai setiap skop dan objektif peting dalam industri lemang. 1.7 KESIMPULAN Kesimpulannya, dengan perlaksanaan projek ini akan memberi beberapa maklumat – maklumat tentang perlaksanaan projek , mengkaji komponen dan bahan yang sesuai untuk perlaksanaan projek mesin lemang 360° berdasarkan maklumat yang telah dikumpul daripada hasil kerja terdahulu dan terkini.Ini akan membantu lagi proses penghasilan projek mesin pembakar lemang 360° yang akan dilaksanakan sebagai projek tahun akhir.


BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENDAHULUAN Kami telah membuat beberapa kajian tentang bahan dan kompenan yang digunakan dan perbezaan produk sedia ada di pasaran.Sebelum memulakan kerja merekabentuk produk , kajian prmasalah yang dihadapi perlu dinilai supaya alat ciptaan dapat mengatasi masalah yang di hadapi. Mengikut pemerhatian yang dijalankan , terdapat beberapa permasalahan yang dihadapi oleh pengguna seperti pengusaha lemang yang sukar membakar lemang menggunakan kaedah tradisional dalam kuantiti yang banyak. Disini , kaji selidik mengenai kebaikan dn kelemahan tempat pembakar lemang secara tradisional dan produk sedia ada di pasaran telah dijalankan. 2.2 KAJIAN TERDAHULU Penyediaan dapur pembakar lemang terdapat beberapa aspek yang perlu dilihat seperti memerlukan Kawasan yang luas. Sumber bekalan bahan terhad pemantauan yang ketat serta pendedahan dengan haba yang tinggi menjadi risiko. Syarikat MARDI telah Berjaya menghasilkan sebuah mesin lemang mini yang menggunakan tenaga elektrik.Berdasarkan pencariaan internet ini perlu diberi pujian atas usaha MARDI kerana menjadikan proses pembakaran lemang lebih mudah serta proses bersih. Ia lebih menarik kerana tidak menggunakan kayu atau arang sebagai bahan bakar. Menarik kerana dapat dielakkan daripada asap dan suhu tinggi serta Kawasan digunakan tidak besar dan luas Mesin Lemang Mini MARDI dicipta pada tahun 2018.


5 2.2.1. Kaedah Pembakaran Lemang Tradisional. Rajah 2.1 menunjukkan kaedah pembakaran lemang tradisional Sumber : https://images.app.goo.gl/H2hhfmUuFqFZ7nbaA Untuk menyediakan lemang, kita terpaksa mencari kayu api yang banyak untuk membakar lemang dan menunggu berjam-jam untuk dimasak.Cuaca dan masa yang lama menjadi antara cabaran besar memasak lemang cara tradisional. Jika cuaca hujan, kayu api mudah basah malah dapur kayu pula dibanjiri air menyebabkan usaha membakar lemang terbantut.


6 2.2.2 Kaedah Pembakaran Lemang Moden Rajah2.2 menunjukkan kaedah pembakaran lemang modern Sumber : https://images.app.goo.gl/GtMHREiCyihJtVMEA Lemang yang dihasilkan menerusi kaedah ini juga memiliki rasa yang asli seakan lemang tradisional dan masa untuk memasak juga lebih cepat malah mereka yang terbabit juga tidak perlu bersusah payah mengawal kayu api atau membalik-balikkan buluh lemang ini.Mesin lemang ini amat sesuai digunakan oleh syarikat-syarikat katering, individu atau hotel kerana ia mudah dikendalikan dan amat pratikal


7 2.2.3 Kaedah Pembakaran Lemang Menggunakan Gas Rajah 2.3 menunjukkan kaedah pembakaran lemang menggunakan gas Sumber : https://images.app.goo.gl/CgBj4ctFk454pDnT6 Seterusnya pembakaran menggunakan api gas lebih selamat dan mudah jika dibandingkan dengan kaedah tradisional. Ini kerana pembakaran lemang tidak lagi terdedah dengan api dan suhu yang tinggi. Ia juga lebih mudah dari segi penyediaan bahan bakar dimana pembakar tidak lagi perlu mencari kayu api lalu menunggu kayu api berbara untuk meneruskan proses pembakaran. Begitu juga kaedah menggunakan sistem pemanasan ketuhar, sistem ini menggunakan likaran kuprum yang dikenakan kuasa elektrik lalu menghasilkan suhu yang tinggi bagi proses memasak. Kaedah ini lebih menjimatkan kos kerana sumber utama ialah eletrik yang lebih murah berbanding gas.


8 2.2.4 Kaedah Pembakaran Lemang Menggunakan Robot Lemang. Rajah 2.4 menunjukkan kaedah pembakaran lemang menggunakan robot lemang. Sumber : https://images.app.goo.gl/Yc2neDNG7F5d9ryy5 Mesin pembakar lemang menggunakan kaedah gas diciptakan oleh seorang penulis blog kisah kehidupan iaitu Lieynanilaz pada disember 2011. Beliau menceritakan bahawa mesin yang dicipta merupakan asas daripada kaedah pembakaran tradisional tetapi ia lebih mesra alam dan menjimatkan tenaga keria. Ia menggunakan dapur gas memasak sebagai bahan bakar dan tidak menggunakan buluh lemang sebagai perumah malah menggunakan besi yang boleh digunakan berkali-kali. Mesin ini dapat memasak 13 batang lemang yang beranggaran 6 kilogram beras pulut. Mesin ini dapat memasak lemang dengan suhu 170 c sehingga 180 c dalam masa 2 jam.


9 2.2.5 Kaedah Pembakaran Lemang Menggunakan Kayu Api Rajah 2.5 menunjukkan kaedah pembakaran lemang menggunakan kayu api. Sumber : https://images.app.goo.gl/gcbdcPdBs3bGX9Tj8 Berdasarkan daripada sumber yang diperoleh. Lemang boleh dimasak dengan menggunakan kayu api berbara. Api gas dan sistem pemanasan ketuhar. Kaedah tradisional menggunakan kayu api berbara sebagai sumber api kerana ia memberi rasa yang menarik dan hasil yang sangat memuaskan. Tetapi ia memberi risiko yang tinggi kepada lemang dan juga pembakar lemang. Lemang akan hangus jika tiada penjagaan rapi ketika membakar menggunakan kayu api berbara. Ini kerana kayu api berbara boleh membesar dengan sendiri oleh faktor angin atau pun kuantiti kayu yang berlebihan. Disamping itu ia juga boleh memberi kesan buruk kepada pembakar lemang semasa melakukan proses pembakaran. Lemang dialih atau dipusing oleh pembakar dengan menggunakan tangan. Ini akan menyebabkan tangan boleh melecur akibat terkena api atau suhu yang tinggi.


10 2.2.6. Kaedah Pembakaran Lemang Menggunakan Ketuhar Rajah 2.6 menunjukkan kaedah pembakaran lemang menggunakan ketuhar Sumber : https://images.app.goo.gl/LzLq9igNjySNz8dJ6 Mesin pembakar lemang menggunakan sistem pemanasan ketuhar diciptakan oleh syarikat MARDI pada 2018. Mesin ini lebih moden kerana tidak menggunakan api . Ia menggunakan likaran kuprum yang menggunakan kuasa elektrik. Ia juga tidak menggunakan buluh lemang sebagai perumah dan menggunakan besi yang boleh digunakan berkali kali. Besi silinder berukuran 10 cm panjang dan berdiameter 5 cm. Mesin ini boleh memasak sebanyak 7 batang dalam 1 masa. Proses memasak lemang selama 3 hingga 4 jam dengan suhu kurang dariapada 200℃.


11 2.2.7. Mesin Lemang Khas Aneka Rasa Dan Pemiliknya Rajah 2.7 menunjukkan mesin lemang khas aneka rasa dan pemiliknya Sumber : https://images.app.goo.gl/7JJFwaCF9eCLkR3G7 Mesin lemang khas aneka rasa yang dicipta oleh Che Rimi dan Norakadah yang tinggal di Setiu . Terengganu pada 2014. Mesin ini diberi nama mesin lemang khas aneka rasa kerana ia dapat membuat lemang dengan pelbagai perisa. Contohnya durian jagung dan nangka. Mesin ini dapat membakar 13 batang lemang dalam satu masa Lemang dimasak didalam besi berbentuk bulat dan dibakar dengan menggunakan dapur gas dengan kawalan suhu permanasan. Mesin ini mampu menghasilkan 3000 batang lemang dalam masa sehari. Tempoh masa pembakaran lemang dengan menggunakan mesin ini hanya 2 hingga 3 jam.


12 2.2.8. Oven Lemang Oleh Abdul Razak Ahmad Rajah 2.8 menunjukkan oven lemang oleh abdul razak ahmad Sumber : https://prebiu.com/2018/05/30/kaedah-moden-masak- lemang-siapdalam-masa-1-jam-30-minit/ Oven lemang ini berfungsi membakar lemang dengan menggunakan tenaga elektrik.Selain itu buluh lemang ini pula boleh digunakan sebanyak dua kali untuk dimasak dalam ketuhar lemang sekali gus dapat menjimatkan kos.Kelebihan nya ialah boleh dibawa kemana mana sahaja dan mudah dikendalikan.Seterusnya dapat menjimatkan kos sebagai contoh satu tong gas boleh memasak kira 200 batang lemang.Ia juga memiliki ciri keselamatan dalam mengawal suhu ketika proses memasak.Kekurangan nya ialah ia menggunkan tenaga elektrik yang akan menyukarkan peniaga tepi jalan.


13 2.2.9. Dapur Bakar Lemang Oleh Encik Fauzi Zakaria Rajah 2.9 menunjukkan dapur bakar lemang oleh encik fauzi zakaria Sumber : https://kujie2.com/percutian/mesin-pembakar-lemang- di-kud2013.html Lemang dimasak dengan menggunakan kaedah dapur gas yang dijadikan sebagai tapak untuk membakar lemang.Kelebihan nya ialah dapat membakar dalam 15-20 batang lemang.Seterusnya ia mudah untuk dibawa kemana mana.Kekurangan nya ialah tidak mempunyai ciri ciri keselamatan.Seterusnya ialah lemang tidak dimasak dengan sekata. Lemang terdedah kepada debu debu.


14 2.2.10 Mesin Pembakar Lemang Oleh Syahmudin Rajah 2.10 menunjukkan mesin pembakar lemang oleh syahmudin Sumber : https://www.melakahariini.my/cipta-mesin-lemang- rm36000- kerana-tak-menang-tangan/ Mesin berkenaan boleh disambung mengikut keluasan tapak perniagaan atau sehingga 30 meter (100 kaki) sekaligus membolehkan 4,000 lemang dibakar dalam tempoh sehari tujuh atau lapan jam.Klebihannya dapat membakar lemang dengan kuantiti yang banyak.Seterusnya ia menggunakan kaedah pembakaran yang bergerak dengan menggunakan butang kawalan.Kekurangan nya ialah susah untuk dibawa kemana mana dan ia memiliki kos yang mahal untuk dibuatnya.


15 2.2.11Mesin Pembakar Lemang Automatik Rajah 2.11 menunjukkan mesin pembakar lemang automatik Sumber : https://www.facebook.com/585273668282618/posts/alhamdulilahbakar-lemang-pakai-oven-cepat-tak-penatmesin-bakar-lemangoutomatik/1005895512887096/ Mesin bakar lemang ini menggunakan kaedah oven yang disalurkan dengan kuasa elektrik.Gas juga digunakan untuk menghasilkan bahan api untuk membakar lemang.Kelebihan nya ialah mesin ini bergerak secara automotik .Seterusnya mesin ini cepat dan tidak penat.Ia juga boleh digunakan untuk membakar ayam golek.Kekurangan ialah mengurangkan kualiti rasa lemang.Seterusnya ruang agak sempit.


16 2.2.12. Mesin Pembakar Lemang Elektrik Oleh A, Aspalila 1, H.Rosnani Rajah 2.12 menunjukkan mesin pembakar lemang elektrik oleh A,Aspalila 1,H,Rosnani Sumber:https://elibrary.msae.my/wpcontent/uploads/journal/published_paper /volume-1/issue- 1/hfqM81uJ.pdf Kaedah ini masih mengekalkan cara pembakaran dengan cara tradisional namun ianya menggunakan kuasa elektrik untuk mengawal suhu api lemang tersebut.Kelebihannya ialah mesin ini dapat mengurangkan tenaga pekerja.Seterusnya ia juga dapat menjimatkan masa pengguna dan ia juga dapat mengekalkan kualiti serta keaslian lemang.Kekurangan mesin ini ialah kualiti untuk membakar lemang dalam satu masa sedikit.Mesin yang agak kecik agak sukar untuk digunakan.


17 2.2.13. Tong Drum Pembakar Lemang. Rajah 2.13 menunjukkan tong drum pembakar lemang Sumber : https://www.carousell.com.my/p/tong-drum-pembakarlemang- 1087339874/ Mesin ini menggunakan tong drum besi bercoating yang sesuai untuk masakan yang tiada karat dan tahan lama.Menggunakan dapur gas yang disesuaikan teknik kawalan api.Sesuai digunakan dimana sahaja rumah mahupun kawasan tertutup.Tempoh masak yang singkat dan menjimatkan masa. Cara yang efektif dan ekonomi hanya perlu kawal masa untuk ketuk buluh bagi padat sahaja.Kebaikan nya ialah tidak memerlukan kayu bakar.Ia juga tidak memerlukan tapak besar.Seterusnya ia juga tidak memerlukan ramai pekerja dan tidak perlu pusing pusingkan buluh.Kekurangan nya ialah api yang kecil untuk membakar lemang dan memiliki ruang yang sempit.


18 2.2.14. Oven Lemang Moden Rajah 2.14 menunjukkan oven lemang Sumber : http://shafielemang.blogspot.com/2008/10/ Ketuhar lemang modern menggunakan pemanas elektrik (elektrik heater).Konsep membakar secara tradisi dikekalkan untuk mengekalkan keaslian lemang warisan sepanjang zaman.Kelebihannya ialah rasa seperti cara tradisional.Ia juga mudah untuk digunakan.Kekurangan nya ialah tempat pembakar yang agak kecil.


19 2.2.15. Mesin Lemang Air Fryer Rajah 2.15 menunjukkan mesin lemang air fryer Sumber : https://www.google.com/imgres?imgurl Mesin lemang air fryer yang ditunjukkan pada (Rajah 2.8) dicipta oleh Anis Affandi pada mei 2020. Mesin membakar lemang dengan kaedah pengukusan yang menggunakan air fryer sebagai alat pengukus. Mesin dapat memuatkan 10 batang lemang yang berukuran 4 ½ inci. Mesin ini memasak lemang dengan suhu 150° C selama 35 minit. Mesin ini menggunakan kos yang rendah kerana hanya memerlukan air fryer sahaja. Kelemahan ; -Rasa dan kualiti lemang kurang -Saiz lemang terlalu kecil 2.3 RUMUSAN Kesimpulannya, dengan perlaksanaan kajian ini akan memberi beberapa maklumat- maklumat tentang perlaksanaan projek, mengkaji komponen dan bahan yang sesuai untuk perlaksanaan projek Mesin Pembakar Lemang 360 berdasarkan maklumat yang telah dikumpul daripada hasil kerja terdahulu dan terkini. Ini akan membantu lagi proses penghasilan projek Mesin Pembakar Lemang 360 yang akan dilaksanakan sebagai tahun akhir sem hadapan.


BAB 3 METHODOLOGI 3.1 PENGENALAN Metodologi kajian merupakan cara dan kaedah yang digunakan untuk mencapai objektif kajian. Ia menjadikan kajian yang dijalankan lebih sistematik dan lebih terarah untuk mencapai objektif kajian. Bab ini menjelaskan metodologi kajian yang digunakan dalam kajian. Metodologi kajian dan strategi telah disusun untuk mendapatkan maklumat dan data supaya dapat mencapai objektif kajian 3.2 CARTA ALIR Carta alir reka bentuk adalah penting dalam melakukan sesebuah projek atau pengubahsuaian projek kerana memudahkan proses kerja. Oleh itu, kerja yang dilakukan dapat disiapkan dengan jayanya tanpa mengeluarkan banyak kos atas sebab kecuaian semasa melakukan sesebuah projek. Oleh itu, carta alir ini dibuat untuk melancarkan lagi perjalanan dalam melaksanakan projek. Ia juga dapat membantu menyiapkan projek dengan jayanya dengan adanya penjadualan seperti ini.


21 RAJAH 3.1 Menunjukkan carta alir pelaksanaan projek.


22 3.3 CARTA ALIR PROSES DAN KAEDAH PENGGUNAAN (SOP) Rajah 3.2 Menunjukkan Penggunaan Mesin Pembakar Lemang 360° Berdasarkan rajah 3.2 kaedah penggunaan mesin pembakar lemang 360° sangat mudah dan tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk proses menghasilkan lemang. 3.4 REKABENTUK PROJEK Terdapat beberapa reka bentuk projek yang telah kami lakukan untuk mendapat satu reka bentuk yang memenuhi skop kajian yang kami inginkan . Rekabentuk tersebut berdasarkan idea kami sekumpulan.


23 3.4.1 Lakaran Reka Bentuk 1 Rajah 3.3 Menunjukkan Rekabentuk Projek 1 Berdasarkan rajah 3.3, reka bentuk 1 merupakan idea pertama yang dapat dibina berdasarkan kajian pertama dibuat.Reka bentuk ini mempunyai ciri keselamatan yang lengkap untuk pengguna kerana ia menutupi seluruh kawasan sumber api.Tetapi ia tidak mempunyai kedudukan lemang yang tepat antara setiap lemang.Ia juga tidak boleh dipusingkan dengan sendiri dan perlu dipusingkan dengan cara manual. 3.4.2 Lakaran Rekabentuk 2 Rajah 3.4 Menunjukkan Lukisan Isometrik.


24 3.4.3 Lakaran Rekabentuk 2 Rajah 3.5 Menunjukkan Rekabentuk Projek 2. Berdasarkan Rajah 3.3, reka bentuk projek ini merupakan idea kedua yang dapat dibina berdasarkan kajian dan reka bentuk projek 1. Reka bentuk yang sama seperti reka projek 1 dengan penambahan motor sebagai tenaga untuk memusingkan lemang. Tapak lemang dilengkapi dengan bearing dan sprocket sebagai tempat lemang berpusing. Manakala motor akan menggerakan rantai yang bersambung dengan sprocket yang menyebabkan lemang berpusing dengan sendiri. Tetapi reka bentuk ini mempunyai masalah pada ruang pembakaran. Asap yang terhasil daripada pembakaran arang pada ruang pembakaran tidak dapat keluar dan boleh menyebabkan asap masuk kedalam lemang. Ia juga boleh menyebabkan suhu bertambah dengan cepat yang boleh akibatkan lemang hangit dan buluh lemang hangus.


25 3.4.3 LakaranRekabentuk 3 Rajah 3.6 Menunjukkan Rekabentuk Projek 3 Berdasarkan Rajah 3.6, reka bentuk projek ini merupakan idea ketiga yang dapat dibina berdasarkan kajian dan reka bentuk projek 1 dan 2 . Reka bentuk ini sama seperti reka bentuk projek 1 dan 2 .Reka bentuk ini mempunyai penambahan pada ruang pembakaran.Pintu ruang pembakaran direka untuk menutupi ruang pembakaran dari luar untuk mengelakkan api daripada terkena pengguna.Ia juga boleh dibuka ketika prose pembakaran dijalankan supaya asap dan suhu tidak memberi risiko kerosakan pada lemang yang sedang dibakar.


26 3.5 PENILAIAN BERMATRIK Penilaian dan pemilihan konsep dibuat secara perbandingan dengan konsep rekabentuk yang lain.Dengan cara ini dapat membezakan dari sudut kelebihan dan kekurangan yang ada pada setiap lakaran konsep.Melalui kaedah penjaualan lebih mudah untuk memahami konsep mana yang akan dipilih. Ia seperti jadual dibawah. Jadual 3.1 : Penilaian Bermatrik


27 3.6 PEMILIHAN BAHAN Rajah 3.7 Keluli lembut Diatas Menunjukkan Keluli Yang Di Gunakan Untuk Membuat Pemegang Pada Bahan Projek. Rajah3.8 Geganggu Geganggu (Sprocket) Di Gunakan Untuk Membuat Tapak Untuk Memegang Tin Yang Di Pusingkan Oleh Rantai Untuk Memusingkan Lemang.


28 Rajah 3.9 Penggalas (Bearing) Penggalas (Bearing) Berfungsi Untuk Membolehkan Sprocket Yang Gerakkan Oleh Rantai Bergerak Lebih Lancar. Rajah 3.10 Rantai Rantai ini berfungsi untuk mengerakkan sprocket yang terikat pada tin untuk memusingkan lemang .


29 Rajah 3.11 Tin Semburan Tin Semburan Suhu Tinggi Ini Digunakan Untuk Mewarna Projek Yang Telah Siap Sepenuhnya Supaya Nampak Lebih Kemas. Rajah 3.12 Jaring Ini Menunjukkan Jaring Yang Di Gunakan Untuk Memisahakan Kawasan Lemang Dan Kawasan Pembakaran Arang Supaya Habuk – Habuk Arang Tidak Masuk Ke Dalam Lemang .


30 Rajah 3.13 Besi Plates Ini Menujukan Besi Plates Yang Di Gunakan Untuk Membuat Pintu Keselamatan Dan Menuntup Bahan Projek. Rajah 3.14 Besi L Besi L Ini Di Gunakan Untuk Membuat Rangka Body Projek.


31 3.7 PROSES PROSES PEMBUATAN Rajah 3.15 Lukisan ortografik Proses yang pertama untuk membuat sebuah projek mestilah dengan membuat lakaran terdahulu .tujuan lakaran ini dibuat bagi memudahkan proses seterusnya dan secara tidak langsung dapat menterjemahkan apa yang hendak dilakukan secara lebih jelas.


32 Rajah 3.16 Proses Mengukur Besi Proses mengukur besi .proses dilakukan untuk menentukan ketinggian dan Panjang mesin projek.Antar ukuran besi yang kami gunakan ialah 12 batang besi yang berukusan 70 cm Dan 10 batang besi L berukuran 50 cm digunakan untuk membuat kerangka projek. Rajah 3.17 Proses Memotong Besi Proses ini dilalukan untuk memotong besi L yang telah siap di ukur untuk di cantumkan.


33 Rajah 3.18 Proses Untuk Mengimpal Dan Menaikkan Rangka Projek Proses di atas dilakukan untuk mencantum body projek dengan mengimpal besi . Rajah 3.19 Menunjukkan Proses Membangungkan Body Projek Mengambil Masa Yang Lama Kerana Perlu Melakukan Kerja Dengan Lebih Teliti Supaya Mendapatkan Hasil Yang Memuaskan.


34 Rajah 3.20 Proses Meratakan Bahagian Yang Di Kimpal Proses meratakan bahagian yang dikimpal adalah untuk meratakan besi supaya tidak tersangkut semasa ingin meletakan di tengah body dan juga untuk nampak lebih kemas. Rajah 3.21 Menunjukkan Proses Meratakan Bagi Menampakkan Lebih Kemas Body Projek Yang Telah Siap Dibina.


35 Rajah 3.22 Proses Membuat Litak Untuk Meletakkan Motor Gambarajah di atas menunjukkan proses memotong besi untuk dijadikan tapak untuk meletakkan moto. Besi plate ini juga digunakan untuk meletakkan sprocket untuk memusingkan lemang . Rajah 3.23 Proses Memasukkan Dan Menguji Litar Lemang Gambarajah proses memasukkan dan menguji litar lemang supaya ia berfungsi dengan baik.


36 Rajah 3.24 Gambarajah Mesin Lemang 360° Gambarajah di atas menunjukkan gambar mesin lemang 360° yang telah siap dibina dan sedia untuk di uji. 3.8 PENGUJIAN Proses pengujian perlulah dilaksaakan bertujuan untuk mengenal pasti jika berlaku masalah pada projek. Disamping itu, dengan proses pengujian ini kita juga dapat mengetahui masalah pada prjek yang perlu di ubahsuai. 3.9 PENGUBAHSUAIAN Pengubahsuaian perlulah dilakukan selepas proses pengujian untuk menambahkan lagi kecekapan mesin ini.


Click to View FlipBook Version