The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rayaniti1979, 2022-06-17 04:14:13

RESENSI NILAM PUTERI WAK-WAK-1

RESENSI NILAM PUTERI WAK-WAK-1

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta, jadi izinkan saya memperkenalkan diri.

Nama saya……………………… dan saya berumur ………………..Saya belajar di Sekolah Kebangsaan
Pekan 1. Hobi saya………………………… Manakala cita-cita saya pula………………………Saya berasa
sangat gembira kerana terpilih mewakili sekolah dalam pencalonan Tokoh Nilam pada tahun
ini. Pada hari ini, saya akan kongsikan mengenai buku yang telah saya baca iaitu buku yang
bertajuk Puteri Wak-Wak. Di dalam buku ini banyak perkara yang menarik yang ingin saya
kongsikan. Jadi ayuh…..

Buku ini diceritakan semula dan ilustrasi oleh Basari Mat Yasit. Buku ini merupakan Siri
Cerita Rakyat Malaysia. Diolah dalam dwibahasa Bahasa Melayu dan Rusia. Buku ini
merupakan Cetakan Pertama 2021 dan diterbitkan oeh Gapeniaga Sdn.Bhd. Buku ini
mempunyai 17 halaman. Berharga rm 9.90 dan boleh didapati di Pusat Sumber.

Buku ini mengisahkan tentang Puteri yang tinggal di hujung kampung. Dia menghabiskan
masa lapangnya dengan memelihara berpuluh-puluh ekor burung wak-wak. Puteri menjaga
burung-burungnya bak menatang minyak yang penuh. Ini kerana, Puteri akan melepaskan
burung wak-waknya pada setiap malam untuk mencari makanan kegemaran mereka.
Menjelang subuh, barulah burung-burung itu kembali ke rumah Puteri. Pada suatu hari,
Puteri perasan bilangan burung-burungnya semakin berkurangan dan Puteri pun mencari
akal dan dia pasti ada jalan untuk menyelesaikan perkara tersebut. Pada malam itu, seperti
biasa Puteri melepaskan burung-burungnya dan dia pun mengekori dari belakang. Pada
mulanya,tiada apa pun yang berlaku. Puteri berasa sungguh lega. Tiba-tiba bak cetus api,
Puteri nampak cahaya yang sangat terang di satu kawasan lapang dengan diiringi dengan
tiupan serunai batang padi. Burung-burung mula terpesona dan tertarik dengan cahaya dan
tiupan serunai itu dan terus terbang secepat kilat meluru ke sana. Mereka tidak menyedari,
cahaya dan tiupan serunai itu adalah satu perangkap oleh manusia untuk menangkap
mereka. Puteri sungguh terkejut melihat kejadian tersebut. Barunya dia tahu inilah punca
bilangan burung-burungnya semakin berkurangan. Puteri mula memerah otak untuk
menyelamatkan burung-burungnya. Maka pada malam keesokkannya, Puteri pun
mengekori jejak burung-burungnya. Apabila sahaja cahaya dan tiupan serunai padi
kedengaran. Burung wak-wak telah bersatu hati untuk membentuk satu lembaga hitam
yang besar meluru laju ke arah perangkap. Lembaga tersebut berjaya menakutkan beberapa
orang pemuda dan mereka pun membuka langkah seribu. Sejak dari kejadian tersebut,
burung wak-wak Puteri tidak lagi menjadi tangkapan manusia kerana menganggap burung
wak-wak itu berhantu.

Terdapat 3 watak dalam cerita ini iaitu

Puteri

Burung Wak-Wak

Sekumpulan manusia
Saya suka menbaca buku cerita ini kerana terdapat banyak pengajaran.
Pertama:
Bertanggungjawab. Puteri memberi kebebasan kepada burung-burungnya untuk mencari
makanan kesukaan mereka pada setiap malam (pengajaran ini boleh didapati pada halaman
7).

Kedua:
Peka terhadap apa yang berlaku .Puteri cepat menyedari bilangan burung-burungnya
berkurangan pada halaman 8.
Ketiga:
Bijak membuat keputusan. Puteri berfikir bagaimana untuk menakutkan manusia dari terus-
menerus menangkap burung wak-wak. Pengajaran ini boleh didapati pada halaman 15.

Tipu SMS @ Menang Hadiah yang sering menjadi buah mulut masyarakat sekarang
merupakan isu yang sama tapi tak serupa dengan peristiwa cahaya dan tiupan serunai padi.
Berhati-hati ya kawan-kawan semua, pelanduk melupakan jerat tetapi jerat tidak
melupakan pelanduk.
Akhir kata, ingin saya katakan buku ini sangat bagus dari segi jalan cerita dan gaya bahasa
yang mudah difahami. Ilustrasi yang terdapat didalamnya juga sangat cantik dan unik.
Sekian, terima kasih.


Click to View FlipBook Version