#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Kerja Lapangan
KAJIAN TENTANG AMALAN TEKNOLOGI
HIJAU DI KALANGAN PENDUDUK DI SEKITAR
KAWASAN KAJIAN
PENTAKSIRAN TINGKATAN 2
MATA PELAJARAN GEOGRAFI
TAHUN 2021
BORANG PENTAKSIRAN INDIVIDU
Disediakan oleh :
Nama Sekolah : ……………………………………………………………………………
Nama Calon : ……………………………………………………………………………
Kad Pengenalan : ……………………………………………………………………………
Tingkatan : ……………………………………………………………………………
BIL KRITERIA SKOR CATATAN
1 Perancangan kerja (10 markah)
2 Proses Awal (20 markah)
3 Laporan Akhir (70 markah)
JUMLAH KESELURUHAN (20 %)
1
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
PERANCANGAN KERJA
Jadual Kerja
Bil Tarikh Aktiviti Catatan
1 4 Oktober 2021 Menghadiri taklimat yang dijalankan oleh
(ISNIN) guru mata pelajaran Geografi berkaitan dengan
penulisan tugasan Kerja Lapangan ini
menerusi Pdpr.
Membuat persediaan awal dan merancang
jadual kerja dengan teratur.
Mengenal pasti objektif kajian dan
menentukan kaedah kajian yang sesuai
Menyediakan borang soal selidik.
Mula mengumpulkan maklumat daripada
pelbagai sumber seperti internet, buku teks,
buku rujukan, majalah dan akhbar.
Mendapatkan respoden di kawasan kajian
berkaitan dengan AMALAN TEKNOLOGI
HIJAU yang boleh dilakukan.
Menganalisis maklumat yang telah diperolehi
ke dalam bentuk peta dan tafsiran dengan
bimbingan dan tunjuk ajar guru..
Mengenal pasti takrif dan konsep
TEKNOLOGI HIJAU yang dilakukan di
kawasan kajian.
Menjelaskan amalan berkonsepkan
TEKNOLOGI HIJAU dan contoh produk yang
sesuai dilakukan di kawasan kajian.
Menjelaskan tiga kepentingan AMALAN
TEKNOLOGI HIJAU dikalangan penduduk di
kawasan kajian.
Menghuraikan halangan pelaksanaan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU ini
dikalangan penduduk di kawasan kajian.
Mencadangkan strategi dan langkah-langkah
bagi menjayakan AMALAN TEKNOLOGI
2
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
HIJAU dikalangan penduduk di kawasan
kajian.
Menyediakan peta I-Think yang sesuai dan
gambar yang berkaitan.
Menyemak dan menghantar tugasan.
Senarai Kandungan
Bil Kandungan Muka surat
1 Tajuk
2 Jadual Kerja
3 Senarai Kandungan
4 Penghargaan
5 Pendahuluan
6 Objektif kajian
7 Kawasan kajian
8 Kaedah kajian
9 Hasil kajian
10 Rumusan
11 Rujukan
12 Lampiran
3
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Penghargaan
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan Geografi Tingkatan 2 yang
bertajuk KAJIAN TENTANG AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KALANGAN
PENDUDUK DI SEKITAR KAWASAN KAJIAN. Setinggi – tinggi penghargaan kepada
Pengetua SMK Seksyen 5 Wangsa Maju Kuala Lumpur, Puan Lailanie Binti Mohamad kerana
memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya iaitu Puan Taz Madiara Binti Taj
Ahmad kerana telah membantu saya dalam penyediaan laporan kerja lapangan ini. Terima kasih
juga diucapkan kepada rakan-rakan yang bernama Halimah Binti Ali dan Amnah Binti Abu
Bakar kerana sering membantu bersama dalam mencari maklumat.
saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu Aminah Binti
Amminuddin dan Johan Bin Johari kerana memberi sokongan dan semangat kepada saya.
Tidak lupa juga , ucapan terima kasih kepada responden dan orang sumber dalam membantu
proses menyiapkan kerja lapangan saya.
Pendahuluan
Saya dan rakan telah bekerjasama untuk menjalankan kerja lapangan berkaitan dengan
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU yang boleh dilakukan oleh kalangan murid di Sekolah
Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala Lumpur semasa berada di rumah
masing-masing.Saya membuat kajian tentang kepentingan amalan teknologi hijau dan
halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau yang dihadapi oleh murid di kawasan kajian.
Selain itu, saya juga memberi cadangan mengamalkan teknologi hijau ini secara mudah
walaupun berada di rumah. Antara sebab pemilihan tajuk dan kawasan kajian ini ialah mudah
memandangkan negara sedang mengalami krisis wabak penyakit COVID-19 yang memerlukan
pematuhan SOP. Saya hanya perlu berkongsi maklumat antara rakan-rakan sekolah dan jiran
secara maya sahaja.
4
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Objektif kajian
Diakhir kajian ini, saya akan dapat :
a) Mentakrif dan menghuraikan konsep teknologi hijau.
b) Menyatakan dan menjelaskan amalan berkonsepkan teknologi hijau dan contoh produk
yang sesuai dilakukan di kawasan kajian.
c) Menjelaskan kepentingan amalan teknologi hijau dalam kalangan penduduk di kawasan
kajian.
d) Menghuraikan halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau dikalangan penduduk di
kawasan kajian.
e) Mencadangkan strategi dan langkah-langkah bagi menjayakan amalan teknologi hijau
dikalangan penduduk di kawasan kajian
Kawasan Kajian
Kawasan kajian saya ialah Seksyen 5 Wangsa Maju , Kuala Lumpur. Lingkungan kawasan
kajian saya adalah lebih kurang 13.9 kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Kawasan ini juga terletak dalam Daerah
Setapak. Pandang darat fizikal kawasan ini ialah mempunyai kawasan bukit dan hutan
simpan yang mana menjadi satu tempat rekreasi penduduk sekitar. Kawasan ini dahulunya
adalah kawasan estet getah Setapak dari tahun 1900an hingga 1980an. Namun kini, kawasan ini
telah berkembang dan menjadi kawasan bandar terancang. Pandang darat budaya yang terdapat
di kawasan ini pula ialah bangunan, sekolah, taman permainan dan banyak lagi. Jarak
kawasan kajian dari bandar Wangsa Maju ialah kira-kira 10 km dalam masa 29 minit. Jika
menaiki teksi tambangnya ialah RM 20 seorang. Jumlah penduduk di kawasan kajian ini ialah
lebih kurang 52 900 ribu orang pada tahun 2000.
5
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Peta Lakar (perlu lukis)
TAJUK
PETUNJUK
SIMBOL
ARAH MATA PEMIDANG
ANGIN
6
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Kaedah Kajian
Saya akan menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang Amalan
Teknologi Hijau dalam kalangan penduduk di Seksyen 5 Wangsa Maju , Kuala Lumpur.
5.1 PEMERHATIAN
Saya telah melawat kawasan kajian saya iaitu Seksyen 5 Wangsa Maju. Saya mengumpul data
dan maklumat yang terdapat di kawasan kajian melalui pemerhatian saya.
5.2 SOAL SELIDIK
Saya membuat soal selidik terhadap 10 orang responden di Seksyen 5 Wangsa Maju untuk
mengenal pasti bilangan yang melakukan Amalan Teknologi Hijau di rumah masing-masing atau
di kawasan tempat tinggal mereka.
5.3 SUMBER RUJUKAN INTERNET DAN BUKU RUJUKAN
Saya telah melayari internet dan merujuk buku-buku untuk mencari maklumat tentang
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU di kalangan penduduk serta sebagai maklumat tambahan.
7
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Hasil Kajian
Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan pengaplikasian produk, peralatan serta
sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau
mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi hijau adalah aplikasi sains
alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semulajadi bagi menangani impak negatif
aktiviti manusia. Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam
berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita
menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk
menghasilkan sesuatu produk. Oleh yang demikian, apa-apa teknologi yang menyumbang
kepada pengurangan pelepasan Gas Rumah Hijau atau digunakan untuk membangunkan produk
dan perkhidmatan yang menghasilkan pelepasan Gas Rumah Hijau yang tinggi perlu
dikurangkan melalui kesedaran pada peringkat permulaannya dan selanjutnya melalui
penguatkuasaan.
Kriteria produk
Bil. Amalan Teknologi Hijau Bilangan responden
1 Penjimatan tenaga
2 Pengangkutan awam 2
3 Basikal/ Jalan kaki 2
4 Kereta Hibrid
5 Beg Kitar semula 3
6 Bawa bekas makanan sendiri 1
7 Kitar semula 2
8 Penjimatan air
9 Menanam pokok
8
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
9
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
TAFSIRAN
Jadual dan gambarajah ini menunjukkan tentang Amalan Teknologi Hijau yang dilakukan oleh
penduduk kawasan kajian saya iaitu Seksyen 5 Wangsa Maju, Kuala lumpur. Saya mendapat 10
orang responden yang mana sudi menjawab soal selidik yang diberikan secara atas talian iaitu
kemudahan aplikasi WhatsApp. Kebanyakan mereka mengamalkan kaedah yang mudah dan
mampu untuk dilakukan oleh kita walau berada di rumah. Terdapat 2 orang responden
mengamalkan kaedah menanam pokok di kawasan rumah. Responden yang suka menanam
pokon ini adalah di kalangan suri rumah tangga yang memang minat dengan aktiviti menanam.
Seorang responden sahaja yang mengamalkan kaedah kitar semula iaitu mengasingkan sampah
seperti botol, kertas dan tin untuk di kitar semula. Manalaka 3 responden yang mengamalkan
penggunaan beg kitar semula apabila membeli belah. Amalan penjimatan tenaga elektrik juga
turut dilakukan oleh 2 respondan lagi dan amalan penggunaan pengangkutan awam iaitu LRT
oleh 2 orang responden. Kesimpulan dapat dibuat bahawa rata-rata penduduk mempunyai
kesedaran amalan teknologi hijau dari kempen media masa.
kepentingan Amalan Teknologi Hijau
Penerapan teknologi hijau dalam kehidupan seharian adalah amat penting. Berikut merupakan
kepentingan pembangunan dan penggunaan teknologi hijau:-
Sosial
Peningkatan suhu di kawasan kajian dapat dikurangkan.
Membendung pencemaran bunyi di kawasan kajian
Kualiti udara dapat ditingkatkan di kawasan sekitar
Kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan dan lebih baik
Kemudahan infrastruktur dapat ditingkatkan
10
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Ekonomi
Produktiviti dapat ditingkatkan.
Keuntungan dapat ditingkatkan.
Kos operasi dapat dikurangkan.
Dapat menyumbang kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melalui
industri fotovolta.
Menjana tenaga
Dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui.
Dapat mempromosikan kecekapan guna tenaga negara iaitu mesra pengguna dan selamat.
Dapat menjana tenaga semula jadi seperti solar.
Memelihara dan memulihara alam sekitar
Kualiti udara dan air dapat ditingkatkan.
Sumber semula jadi dapat dilindungi.
Pelepasan gas karbon ke udara dapat dikurangkan.
Keseimbangan ekosistem dapat dilindungi.
Penggunaan bahan yang boleh dikitar semula.
Halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau
Terdapat beberapa halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau di Malaysia, antaranya ialah
Kekurangan atau ketiadaan Pembiayaan kewangan atau Masalah Kos
Tiada peruntukan dana yang khusus untuk promosi dan mewujudkan kesedaran yang
berterusan. Teknologi hijau ini memerlukan kos modal yang agak tinggi.
11
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Kurang kesedaran/kefahaman
Melihat kepada usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan Malaysia, amalan teknologi
hijau masih berada difasa awal dan masih banyak yang perlu dibuat. Oleh itu, pentingnya
penerapan amalan ini dari peringkat awal iaitu di sekolah yang mana amalan ini boleh
dikongsikan dan memberi kesedaran kepada kita semua dalam usaha menyelamatkan
generasi seterusnya.
Kurang kepakaran
Mungkin ada dikalangan penduduk di kawasan kajian yang turut mempunyai ilmu dan
kepakaran yang membolehkan pelaksanaan teknologi hijau ini diterapkan dikalangan
penduduk sekitar. Sedikit sebanyak peranan yang dimainkan oleh setiap individu mampu
untuk menggerakan matlamat dalam membentuk Negara Malaysia yang lebih lestari
melalui penggunaan teknologi hijau akan tercapai.
Tidak konsisten dalam melaksanakan program kecekapan tenaga
Kebanyakan usaha menggalakkan amalan teknologi hijau ialah secara projek dengan
tempoh masa yang terhad. Kekurangan bajet tahunan menyebabkan program dihentikan
dan tertangguh.
Kurang penguatkuasaan
Kempen tanpa plastik adalah sangat bagus bagi mengurangkan penggunaan plastik.
Walaubagaimana pun, hanya di pasar raya dan kedai-kedai besar sahaja yang
mengamalkan penggunaan beg biodigrasi manakala peniaga-peniaga kecil masih lagi
berleluasa menggunakan plastik biasa untuk membungkus makanan dan sebagainya. Ini
menunjukkan kelemahan yang terdapat dari segi penguatkuasaan yang masih lagi belum
menyeluruh dan tegas.
12
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Strategi dan langkah-langkah bagi menjayakan
amalan teknologi hijau
Kerajaan perlu memperuntukkan dana
Kerajaan seharusnya memberikan insentif untuk program teknologi hijau yang besar dan
berjangka panjang bagi memastikan program berkenaan dapat dilaksanakan dengan
berjaya. Seharusnya bajet ini dapat dimasukkan dan ditetapkan dalam perbelanjaan
tahunan negara demi kesejahteraan alam sekitar dan kualiti hidup yang lebih baik.
Kerajaan perlu jalankan program kesedaran
Mengadakan promosi dan kempen kesedaran awam berkaitan teknologi hijau. Hal ini
penting kerana boleh merubah pemikiran masyarakat. Selain itu, penyebaran maklumat
boleh dilakukan melalui kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan kesedaran
awam dalam teknologi hijau . Mungkin boleh dimulakan diperingkat kawasan
perumahan atau komuniti yang kecil di kediaman setempat. Sebagai contoh dengan
mengadakan kempen menanam pokok di kediaman masing-masing.
Melaksanakan program latihan dan pendidikan
Dengan mengadakan program latihan dan pendidikan dari dari awal seperti
memperkenalkan program teknologi hijau di dalam silibus pelajaran di sekolah akan
dapat memberikan penerapan penting untuk pelajar-pelajar amalkan. Seterusnya dapat
melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta produk bercirikan
teknologi hijau untuk penggunaan masa akan datang.
Meningkatkan keupayaan inovasi dalam penciptaan
Latihan dan bimbingan boleh diterapkan di sekolah dan juga secara terbuka. Pelbagai
program dengan melibatkan murid dan pelajar boleh dibuat dalam melahirkan bakat-
bakat muda dalam keupayaan mencipta. Sebagai contoh tawaran kelab atau latihan
secara terbuka mahupun berbayar.
13
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Kerjasama antara kerajaan dengan swasta
Bagi menerokai peluang dan dana yang lebih, kerajayaan memerlukan kerjasama
daripada syarikat-syarikat swasta yang mempunyai pengalaman. Secara tidak langsung
dapat menembusi ke peringkat antarabangsa.
Rumusan
(perlu mempunyai nilai murni dan patriotisme)
Rumusan dapat dibuat disini, sokongan masyarakat dan juga kerajaan dalam menerapkan
teknologi hijau ini perlu dilihat dari dua aspek. Pertama ialah aspek inovasi, iaitu usaha mencipta
atau membangunkan teknologi hijau. Kita tidak semestinya mencipta sesuatu yang komplikated
atau kompleks. Produk mudah yang mesra alam serta praktikal untuk negara kita boleh
dihasilkan. Adalah penting supaya pelajar-pelajar digalakkan dari peringkat sekolah lagi untuk
mencipta sesuatu. Pada peringkat yang lebih tinggi pula, para penyelidik kita boleh
menghasilkan teknologi yang dapat menghasilkan sesuatu produk tanpa membazir sumber-
sumber seperti tenaga dan air. Rekaan baru haruslah rekaan praktikal yang boleh dikomersilkan
untuk penggunaan tempatan dan untuk tujuan eksport. Keduanya ialah penggunaan atau aplikasi
teknologi hijau sama ada dalam melaksanakan proses kerja atau amalan hidup seharian. Kita
harus mengamalkan amalan hijau sebanyak yang boleh, bermula dengan perkara-perkara mudah
yang boleh kita laksanakan. Contohnya, kita boleh membawa air minum dalam bekas tanpa
keperluan membeli botol-botol air. Kalau kita membeli makanan untuk dibawa balik ke rumah,
eloklah kita menggunakan bekas makanan sendiri daripada menggunakan bekas styrofoam atau
plastik yang tidak mesra alam. Bawalah beg sendiri ketika membeli-belah. Pengguna juga harus
mengutamakan pembelian peralatan elektrik jenis cekap tenaga. Utamakan penggunaan lampu
cekap tenaga. Tindakan sedemikian akan menghasilkan penjimatan tenaga. Walaupun harga
peralatan cekap tenaga lebih mahal sedikit berbanding peralatan biasa, namun penjimatan tenaga
adalah banyak dan kurang menjejaskan alam sekitar. Yang penting adalah supaya kita mulakan
dengan langkah-langkah yang mudah dan murah dahulu. Jadikan amalan hijau budaya hidup.
Ibubapa harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka akan turut
terdorong untuk mengamalkan budaya hijau.
14
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Rujukan
1. Buku Teks Geografi Tingkatan 2
Penulis - Kang Chai Yoeng/Zulkipli B Ismail/ Rajanderan Subramaniam
IMS Books Trading Sdn. Bhd.
2. https://mampankini.com/apa-itun-teknologi-hijau-dan-dasar-teknologi-hijau-negara/
3. https://www.slideshare.net/VaayuPuttran/teknologi-hijau-16461087
15
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
Lampiran
BORANG SOAL SELIDIK
PENTAKSIRAN TINGKATAN 2 BAGI TAHUN 2021
TAJUK : KAJIAN TENTANG AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KALANGAN PENDUDUK DI
SEKITAR KAWASAN KAJIAN.
Arahan : Tandakan (√ ) pada yang berkenaan.
Nama : Yusuf Bin amran
Alamat : Seksyen 5 Wangsa Maju
Jantina : Lelaki / Perempuan
1. Apakah amalan berkonsepkan teknologi hijau dan contoh produk teknologi hijau yang sesuai dilakukan
disekitar tempat tinggal anda?
Penjimatan tenaga / Beg kitar semula /
Pengangkutan awam Bawa bekas makanan sendiri
Basikal/ Jalan kaki Kitar semula
Kereta Hibrid Penjimatan Air
Menanam pokok /
2. Dimana anda dapat mengetahui berkenaan Amalan Teknologi Hijau ini?
Media sosial / Berita Rakan-rakan
3. Apakah kepentingan mengamalkan teknologi hijau kepada penduduk sekitar?
/ Sosial Menjana Tenaga
Ekonomi / Memelihara dan memulihara alam sekitar
4. Apakah halangan pelaksanaan amalan teknologi hijau dikalangan penduduk di kawasan kajian.
Masalah Kos /
Kurang penguatkuasaan
Kurang kepakaran
Kurang kesedaran/kefahaman /
5. Mencadangkan strategi dan langkah-langkah bagi menjayakan amalan teknologi hijau dikalangan pemduduk di
kawasan kajian.
Kerajaan perlu memperuntukkan dana / Kerajaan perlu jalankan program kesedaran /
Melaksanakan program latihan dan pendidikan / Kecekapan dalam pentadbiran
Meningkatka keupayaan inovasi dalam penciptaan
Kerjasama antara kerajaan dengan swasta
16
#MANUAL KERJA LAPANGAN (TEKNOLOGI HIJAU) EDISI GURU
17