PUISI MELAYU TRADISIONAL
ISI KANDUNGAN Puisi Melayu Tradisional Maksud puisi Melayu Tradisional Ciri-ciri puisi Melayu tradisional Jenis puisi Melayu tradisional Pantun Maksud pantun Betuk pantun Ciri-ciri pantun Jenis pantun Fungsi pantun Contoh pantun Seloka Maksud seloka Ciri-ciri seloka Fungsi seloka Contoh seloka Kesimpulan Rujukan Gurindam Maksud gurindam Ciri-ciri gurindam Fungsi gurindam Contoh gurindam Syair Maksud syair Ciri-ciri syair Jenis syair Contoh syair
PUISI MELAYU TRADISIONAL
Puisi Melayu tradisional merujuk kepada karya sastera puisi yang berasal dari budaya Melayu dan telah ada sejak zaman dahulu kala. Puisi Melayu tradisional mencerminkan identiti, nilai-nilai, dan pengalaman masyarakat Melayu yang telah diwariskan dari generasi ke generasi. Puisi Melayu tradisional merupakan ciptaan seni yang menakjubkan kerana mengandungi unsur-unsur emosi, imaginasi dan budi. Unsur-unsur ini telah membantu pencipta atau penyair untuk menyampaikan fikiran, perasaan, harapan, cita-cita dan mesej kepada manusia, masyarakat atau dunia sekitarnya (Rosli Saludin, 2013). Puisi Melayu tradisional mempunyai dua jenis iaitu bentuk terikat dan bentuk bebas. Puisi bentuk terikat mempunyai ciri-ciri dam hukum puisinya yang tersendiri. Puisi tersebut adalah jenis sastera terikat dengan unsur irama, matra, rima, penyusunan baris dan rangkap (Hashim Awang, 1987). Selain itu, puisi bentuk bebas pula ternyata berbeza dengan puisi bentuk terikat kerana jumlah baris, perkataan, suku kata dalam baris tidak ditentukan. MAKSUD PUISI MELAYU TRADISIONAL
Setiap bentuk puisi biasanya mempunyai peraturan yang ketat dalam hal jumlah baris, rima, dan irama. 1. 2.Banyak puisi Melayu tradisional menyampaikan pesan moral, nasihat, dan kearifan tempatan. 3. Bahasa yang kaya dengan metafora, perumpamaan, dan ungkapan-ungkapan yang mengandungi makna yang mendalam. 4. Sering kali mencerminkan kehidupan dan pengalaman masyarakat Melayu serta nilainilai yang dijunjung tinggi. 5. Sarat dengan ekspresi emosi seperti cinta, kesedihan, kegembiraan, kegelisahan atau kekecewaan. CIRI-CIRI PUISI MELAYU TRADISIONAL Ciri-ciri puisi Melayu tradisional
Jenis Puisi Melayu Tradisional JENIS PUISI MELAYU TRADISIONAL Pantun Syair Seloka Gurindam
PANTUN
Ciri-ciri Pantun Jenis Pantun Pantun mengandungi beberapa bentuk iaitu dua rangkap, empat rangkap, enam rangkap, lapan rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. PANTUN Maksud Pantun Pantun ialah kaedah rangkap yang tertua dan sememangnya asal kepunyaaan masyarakat Melayu. Pantun dicipta sebagai satu bentuk pengucapan untuk menyampaikan buah fikiran dan perasaan terhadap seseorang atau mengenai sesuatu perkara. Bentuk Pantun Setiap rangkap pantun sempurna dari segi maknanya. Pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu pembayang dan maksud Rima akhir dihujung baris adalah sejajar Pantun terdiri daripada beberapa jenis iaitu nasihat, menduga akal, jenaka, agama dan adat
Sebagai alat bagi menguji ketajaman akal seperti pantun teka-teki dan pantun peribahasa FUNGSI PANTUN Digunakan dalam aktiviti masyarakat seperti dalam kegiatan seni, keagamaan, dan adat istiadat. Sebagai alat untuk mendapatkan gambaran masyarakat terutamanya sebagai gambaran minda dan pemikiran masyarakat, pandangan hidup, harapan, daya estetik dan perspektif mereka. Sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi hati dan hajat seperti sanjungan, pemujaan dan ucapan selamat kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta gurau senda terutamanya pantun jenaka dan pantun dalam permainan.
Pantun Nasihat Bakar ayam bersama Pak Mat, Ayamnya pula dicucukkan lidi, Bingung mencium bau menyengat, Rupanya ada yang belum mandi, Pantun Jenaka Pantun Menduga Akal Pantun Agama Pantun Adat Pergi berburu sampai ke sempadan, Dapat Kancil badan berjalur, Biar carik baju di badan, Asalkan hati bersih dan jujur. Burung nuri burung dara, Terbang ke sisi taman kayangan, Cubalah teka wahai saudara, Apakah ia semakin diisi semakin ringan? Pergi ke masjid menaiki kereta, Pintu gerbangnya gaya lama, Tak peduli apa orang kata, Asalkan betul mengikut agama. CONTOH PANTUN Lebat daun bunga tanjung, Berbau harum bunga cempaka, Budaya dahulu perlu dijunjung, Baru terpelihara adat pusaka.
GURINDAM
Bentuk Gurindam ialah terikat. Terdiri daripada dua baris serangkap. Mengandungi tiga hingga enam patah perkataan Skima rima akhir gurindam ialah ‘a’, ‘a’. Suku kata gurindam dalam sebaris ialah antara 8 hinga 12 suku kata. Bahasa yang digunakan dalam gurindam ialah bernas dan serius. Isi gurindam mengandungi nasihat, pengajaran, kebenaran serta pernyataan perasaan cinta. Gurindam didefinisikan sebagai sebuah wacana yang mengandungi kalimat-kalimat yang berirama. Isinya berunsur nasihat dan bentuknya semacam bidalan. Maksud Gurindam Ciri-ciri Gurindam GURINDAM
Pendidikan Moral: Gurindam sering mengandungi ajaran moral dan nilai-nilai etika yang penting dalam kehidupan seharian. Melalui gurindam, pembaca atau pendengar dapat belajar tentang hal-hal seperti kesopanan, kejujuran, kesetiaan dan ketaatan. FUNGSI GURINDAM Pengajaran: Gurindam juga berfungsi sebagai sarana pengajaran. Dalam budaya Melayu, gurindam sering diajarkan di sekolah-sekolah untuk mengenalkan nilai-nilai tradisional kepada generasi muda. Hiburan: Walaupun gurindam memiliki moral yang mendalam, mereka juga dapat menjadi sumber hiburan. Bahasa yang indah dan gaya penyampaian yang khas membuat gurindam menarik untuk dinikmati oleh pembaca atau pendengar.
CONTOH GURINDAM
SYAIR
SYAIR Syair merupakan sejenis puisi berlagu yang dikatakan berasal dari Parsi. Syair ini dikatakan berasal daripada puisi Arab iaitu ‘sy’ir’ tetapi bentuk syair Melayu amat berbeza dengan bentuk syair dalam kesusasteraan Arab (Yusof Md. Nor & Rahman Kaeh, 1985). Menurut Hema Lattha (2015), Syair ialah jenis puisi Melayu lama yang berangkap dan setiap rangkapnya mengandungi empat baris ayat yang kesemuanya membawa makna isi dan maksud. Merupaka puisi terikat Jumlah baris serangkap tetap iaitu empat baris. Setiap baris dalam rangkp merupakan isi atau maksud cerita syair itu. Cerita dalam setiap baris dalam serangkap itu perlu bersambung dari satu rangkap ke satu rangkap untuk membawa kesatuan yang lengkap bagi keseluruhan syair tersebut. Bilangan perkataan sebaris tetap iaitu 4 hingga 5 perkataan sebaris. Bilangan suku kata sebaris juga tetap iaitu antara 8 hingga 12 bagi setiap baris. Rima akhir dalam serangkap juga tetap iaitu ‘a’, ‘a’, ‘a’, ‘a’. Maksud Syair Ciri-Ciri Syair
JENIS SYAIR 1. Syair Romantik percintaan yang terdapat dalam cerita pelipur lara, hikayat dan cerita rakyat. contohnya mengenai kehidupan, agama, cinta, persahabatan dan seumpamanya. 2. Syair Perjuangan Syair perjuangan mengisahkan tentang semangat perjuangan, pengorbanan, dan keberanian seseorang atau suatu kelompok dalam menghadapi cabaran atau penindasan. 3. Syair Sejarah puisi berdasarkan peristiwa sejarah pada masa lampau. Kebanyakan puisi sejarah mengandungi peperangan. 4. Syair Puji-pujian Jenis syair ini berfokus pada pujian terhadap seseorang, keindahan alam, atau kejadian yang membanggakan. Syair pujipujian sering kali menggambarkan kehebatan dan keindahan objek yang dipuji. 5. Syair Agama Jenis puisi agama adalah puisi yang paling penting. Dimana syair ini terbahagi kepada empat iaitu syair sufi, syair tentang sejarah islam, syair nasihat, dan syair tentang kisah nabi.
CONTOH SYAIR
SELOKA
Ciri-ciri Seloka SELOKA Istilah ‘seloka’ berasal daripada perkataan Sanskrit ‘shloka’ yang bermaksud berseloroh, berjenaka atau menyindir (Harun Mat Piah, 1989). Seloka dipercayai mula dikenali di alam Melayu semasa perkembangan agama Hindu di Asia Tenggara (Azman Rahmat et al., 2022). Seloka ini merupakan satu bentuk puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau bahasa berirama. Sejenis puisi bebas - tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris. Terdiri daripada ungkapan yang sejajar, lebih daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama dengan talibun atau prosa berirama. Isinya mengandungi unsur ejekan, sindiran dan olokan yang disampaikan secara jenaka atau serius. Di sebalik unsur-unsur sindiran dan ejekan, terselit pengajaran dan teladan yang sangat bernilai.
Seloka dapat menggambarkan masyarakat yang mementingkan keharmonian dan ketatasusilaan. Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggungkan perasaan individu sasaran. seloka juga digunakan untuk menyindir, mengejek, menempelak seseorang, melahirkan rasa benci terhadap sesuatu kelakuan manusia, memberi pengajaran dan panduan kepada seseorang dan sebagai alat kawalan sosial. FUNGSI SELOKA
CONTOH SELOKA
KESIMPULAN
KESIMPULAN Kesimpulannya, puisi Melayu tradisional merupakan warisan bangsa Melayu yang memiliki keunikannya tersendiri. Keindahan puisi ini terlihat pada gaya bahasa dan struktur cerita yang ingin disampaikan oleh penyair. Hal ini telah menggambarkan kebijaksanaan dan daya kreatif yang tinggi oleh masyarakat zaman dahulu kerana mampu mencipta karya sastera yang indah. Oleh itu, kita perlulah memelihara dan menyambung tradisi ini agar terus berkembang dan tidak ditelan zaman.
RUJUKAN
RUJUKAN
SEKIAN, TERIMA KASIH