INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL 21030 KUALA NERUS TERENGGANU PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA (PPISMP) AMBILAN JUN 2023 TUGASAN 2 – E-PORTFOLIO NAMA : AQIL DANISH BIN ZAIROL ‘AZIM ANGKA GILIRAN : 2023092310055 NO. KAD PENGENALAN : 041101-06-0063 UNIT : BAHASA MELAYU 3 KOD DAN NAMA KURSUS : BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU NAMA PENSYARAH : DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN TARIKH HANTAR : 17 SEPTEMBER 2023 NO. TEL : 013-4488315 Ulasan/ Komen/ Maklum Balas Pemeriksa/ Pensyarah: Tanda Tangan Pemeriksa/ Pensyarah : Tarikh : Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh Pensyarah telah saya rujuki dan saya fahami. Tanda Tangan Pelajar : Tarikh : 17 Sept 2023
SENARAI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT PENGHARGAAN…………………………………………………………………………………1 1.0 PENGENALAN………………………………………………………………………………2 2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN…………………………………………………….2-3 2.1 SISTEM EJAAN SEBELUM MERDEKA 2.1.1 SISTEM EJAAN R.J. WILKINSON…………………………………………………….3 2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA…………………………….…………………………………3-4 2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA………………………………………………………….4 2.1.4 SISTEM EJAAN RUMI KONGRES…………………………………………………….4 2.2 EJAAN RUMI SELEPAS PERANG DUNIA KE-2 2.2.1 SISTEM EJAAN SOEWANDI…………………………………………………………..5 2.3 SELEPAS MERDEKA 2.3.1 SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM)………………………………………………………5 2.3.2 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA (SISTEM EJAAN MALINDON)…….…………………………………………………5-6 2.3.3 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972………………………………………..5 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI………………………………………………6 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI MASA KINI…………….……………………………...7 5.0 KESIMPULAN………………….………………………………………………………………8 6.0 RUJUKAN………………………………………………………………………………………9
PENGHARGAAN Assalammualaikum. Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang telah memberikan kita udara untuk terus hidup dan kesempatan untuk menyelesaikan kerja kursus yang telah diamanahkan oleh DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN kepada saya ini mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pada kesempatan ini juga, saya dengan rendah hati ingin meluahkan rasa ribuan terima kasih kepada penyelaras kerja kursus ini iaitu DR. MOHD FADZIL BIN BAHARUDIN yang telah membantu saya dengan memberikan tunjuk ajar, bimbingan dan kerjasama sepanjang khusus ini dijalankan. Segala penat lelah beliau menolong saya dengan berkongsi ilmu, pengalaman dan nasihat beliau akan saya ambilnya menjadi pedoman dalam hidup saya. Tidak lupa juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang PISMP 2023/2028 yang bertungkus lumus membantu saya mencari maklumat dan banyak tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya bagi menyelesaikan kerja kursus ini dengan jayanya. Akhir sekali, sudah pasti orang yang menjaga saya sejak kecil hingga ke titik ini iaitu ibu bapa saya. Jutaan terima kasih kepada mereka kerana telah memberi dorongan dan sokongan kepada saya sepanjang saya membuat kerja kursus ini. Terdapat berberapa ketika saya ingin berputus asa, namun ibu bapa lah yang memberikan semangat baru untuk menghabiskan perjuangan saya ini hingga ke penamat. Terima kasih juga kepada hambahamba Allah yang mulia meskipun saya tidak mengenalinya, namun mereka tetap menolong saya untuk menyelesaikan kerja kursus ini. Sekian dari saya, terima kasih. 1
1.0 PENGENALAN Semua orang Melayu pasti akan tahu ap aitu ejaan rumi. Tahukah kita bahawa sejarah perkembangan sistem ejaan rumi ini bukanlah bermula dari perkembangan bahasa Melayu. Namun sebaliknya, sistem ejaan ini berkembang mengikut tahap kehadiran atau bawaan pengaruh-pengaruh asing dari luar ke dalam bahasa. Hal ini menyebabkan bahasa diubah dan seterusnya diperkemas mengikut perkembangan tamadun orang-orang Melayu. Secara tidak langsung, perkara sebegini memberi imej yang khusus kepada Bangsa Melayu kita kerana mempunyai bahasa rasmi tersendiri. Pada awalnya, seperti mana yang kita ketahui bahawa bahasa Melayu ini banyak dipengaruhi oleh bahasa luar iaitu bahasa Sanskrit dan bahasa Arab. Pada ketika itu, bahasa-bahasa ini menyerap masuk dalam bahasa Melayu klasik. Sehubungan dengan itu, semasa Tanah Melayu dijajah oleh penjajah, sistem ejaan rumi ini perlahan-lahan berkembang biak. Maka dengan perkembangan sistem tersebut, muncullah sistem ejaan Wilkinson, sistem ejaan Fajar Asia, sistem ejaan Za’ba dan sistem ejaan Kongres. Apabila tanggal 31 Oktober 1957 iaitu Tarikh yang dimana Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, inesiatif untuk memperkembangkan lagi sistem ejaan rumi dapat dijalankan dengan lebih efisien. Hal ini dikatakan demikian kerana, terbukti dengan jelas bahawa masyarakat pada masa kini masih menggunakan sistem ejaan rumi ini di papan-papan tanda, di sekolah (sekolah agama khususnya) dan dalam penulisan kitab-kitab agama. 2.0 PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI Ketika kurun ke-20 wujud lah sebuah sistem ejaan yang berkembang secara perlahanlahan. Semasa di bawah jajahan pemerintah Inggeris iaitu R.J. Wilkinson (British) pegawai pemerintah Inggeris ketika itu, sistem ejaan rumi ini mula diperlihatkan. Justeru itu, tidak lama kemudian seorang tokoh tanah melayu iaitu Zainal Abidin bin Ahmad atau dikenali Za’ba telah memperbaharui sistem ejaan yang dibuat oleh Wilkinson. Kemudian, pada tahun 1943 muncul pula sebuah ejaan baru iaitu sistem ejaan Fajar Asia. Sistem ejaan Fajar Asia ini diperkenalkan menerusi majalah-majalah yang dikeluarkan oleh kerajaan Jepun semasa mereka menjadi penjajah. Walau bagaimapun, sistem ejaan ini tidaklah 2
melakukan penginovasian yang besar. Sistem ejaan terakhir yang muncul ialah sistem ejaan Kongres.Tujuan utama sistem ejaan ini muncul adalah untuk menyeragamkan ejaan rumi.. Selepas kita memperoleh kemerdekaan, sistem ejaan rumi ini masih lagi dalam usaha untuk diseragamkan dengan cadangan daripada Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Walau bagaimanapun, disebabkan desakan daripada pihak-pihak tertentu sistem ejaan terus diperhalusi semasa perbincangan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Baru Persekutuan dan sebuah jawatankuasa Ejaan Indonesia. Oleh itu, wujud sistem ejaan MALINDO. Namun , usaha ini tidak bertahan lama kerana berlaku kesalah fahaman antara Malaysia dan Indonesia. Meskipun begitu, usaha ini tetap diteruskan pada tahun 1966 dan terciptalah sistem ejaan Bahasa Melayu 1972. 2.1 SISTEM EJAAN SEBELUM KEMERDEKAAN 2.1.1 SISTEM EJAAN WILKINSON (1903) Pada zaman dahulu, terdapat seorang pegawai pemerintah inggeris yang terkenal iaitu R.J. WILKINSON. Beliau berperanan sebagai memperbaiki sistem yang sedia ada di persekolahan Tanah Melayu. Pada tahun 1895 beliau telah menambah baik dan Menyusun semula sebuah kamus yang bertajuk “Malay-English Dictionary”. Kamus ini mempunyai sebanyak 1300 halaman yang dicetak. Hal ini dilakukan oleh beliau untuk kepentingan dalam sistem persekolahan Melayu di negeri-negeri Melayu Bersekutu. Walau bagaimanapun, penyusunan yang dilakukan oleh beliau telah mendapat gelaran sebagai sistem ejaan Wilkinson. Penyusunan yang telah diperbaharui oleh beliau adalah beliau hanya menambah baik sisem ejaan sebelum ini. Sebelum sistem ejaan Wilkinson, terdapat satu sistem ejaan yang diguna pakai dalam kamus Marwell. Kamus Marwell ini banyak menerapkan ejaan rumi Shellabar dan kaedah tulisan rumi Melayu-Belanda. Seperti mana yang kita pelajari huruf vocal a,e (taling), e (pepet), i, o, u dan huruf konsonan, ini adalah hasil daripada perubahan yang telah diterapkan oleh Wilkinson. 2.1.2 SISTEM EJAAN ZA’BA Tan Sri (Dr.) Zainal Abidin bin Ahmad juga dikenali sebagai Za’ba merupakan pakar bahasa yang disanjung tinggi di dalam dunia. Hal ini kerana beliau mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam dan luas akan bahasa. Beliau seringkali menjadi bahan 3
rujukan kepada ahli-ahli bahasa lain untuk mendapat keterangan yang lebih tentang bahasa. Za’ba telah menulis berberapa buah karya seperti Pelita Bahasa Melayu I, II, dan III. Karya Pelita Bahasa Melayu II dan III menggambarkan focus yang sama dalam sistem ejaan rumi dan jawi. Beliau menjelaskan istilah-istilah dalam penulisannya antaranya nama dan ganti-nya. Za’ba membahagikan istilah ini kepada berberapa bahagian seperti nama benar, nama khas, nama am, ganti nama diri, dan sebagainya. Kemudian beliau memecahkan lagi istilah perbuatan seperti perbuatan melampau, perbuatan bangun membuat dan sebagainya. Akhir sekali beliau juga mengetengahkan istilah sifat, sendi dan seruan. 2.1.3 SISTEM EJAAN FAJAR ASIA Sistem ejaan ini telah dibawa oleh Jepun menerusi sebuah majalah yang diterbitkan oleh mereka iaitu majalah Fajar Asia. Majalah ini diedarkan pada tahun 1943. Kaedah yang digunakan dalam majalah ini adalah kaedah yang diambil daripada sistem ejaan Wilkinsin dan Za’ba. Malayan Military Administration (MMA) telah menjadikan majalah ini sebagai alat penyebaran propaganda di seluruh kawasa Tanah Melayu. Majalah ini kebanyakkan menggunakan tulisan jawi dan terdapat sebilangan kecil sahaja yang menggunakan tulisan rumi. Pada ketika itu majalah ini menjadi kegilaan orang ramai kerana isi kandungan yang menarik seperti keberanian perjuangan tokoh. 2.1.4 SISTEM EJAAN KONGRES Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu telah mempersetujui sistem ejaan kongres yang menggunakan sistem ejaan rumi pada tahun 1956. Pada tahun 1950 sehingga1956 telah berlaku pergolakan untuk membahagikan jenis tulisan bahasa Melayu yang rasmi yang akan digunakan di Tanah Melayu. Sebagai contoh Tulisan rumi ataupun tulisan jawi. Kongres juga hendak menyeragamkan ejaan Malaya dan Indonesia. Hal ini kerana Kongress ingin sistem ejaan rumi dapat diseragamkan. Selepas perang dunia ke-2 sistem ejaan Kongres ini mendapat kelulusan setelah perbincangan oleh Angkatan Sasterawan Lima Puluh bersama Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya di Kongres Persuratan dan Bahasa Melayu Malaya. Kongres II memutuskan menerima ejaan Rumi sebagai ejaan rasmi bahasa Melayu setelah diadakan satu kajian yang panjang semenjak keputusan Kongres I pada tahun 1952. Apabila perbincangan Kongres II bersetuju dengan perbentangan tersebut, maka usaha untuk menyeragamkan sistem ejaan telah dibahas didalam Kongres III. 4
2.2 EJAAN RUMI SELEPAS PERANG DUNIA KE-2 2.2.1 SISTEM EJAAN SOEWANDI Pada zaman perang dunia ke-2 terdapat sebuah sistem ejaan yang dikenali sebagai sistem ejaan Soewandi atau gelaran yang terkenal pada ketika itu ialah ejaan Republik. Sistem Republik ini telah digunapakai dan dikuatkuasakan pada 19 Mac 1947. Sistem ini berubah daripada sistem ejaan Ophusyen kepada sistem ejaan Soewandi. Hal ini sangat lah bertepatan dengan perancangan yang dibuat oleh Kongres Bahasa Indonesia (1938). Mereka melakukan begini kerana mereka menginginkan bahasa Indonesia diperkembang luas ke peringkat internasional. Menurut S. Takdir Alisjahbana (1949), FJaan Soewandi atau FJaan Republik ini tidak banyak bezanya dengan ejaan Ophnysen malahan ejaan Republik dapat kita anggap usaha mempersahajakan ejaan Ophuysen. 2.3 SELEPAS KEMERDEKAAN 2.3.1 SISTEM EJAAN RUMI PERSEKUTUAN BAHASA MELAYU UNIVERSITI MALAYA (PBMUM) Sistem ejaan rumi Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) adalah sistem ejaan rumi yang dipakai dalam jurnal Bahasa dan telah diterbitkan pada tahun 1959. Sistem ejaan ini adalah secara rasmi digunakan. Hal ini adalah satu inisiatif untuk menyatukan ejaan rumi bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia. PBMUM pernah mengusulkan tentang sistem ejaan PBMUM semasa kongres. Antara perkara yang dibangkitkan oleh PBMUM ialah penolakan huruf-huruf kembar atau rangkap konsonan. Selain itu PBMUM juga memfokuskan agar ejaan “pun” dipisahkan yang beerti juga dan sebaliknya. Akhir sekali, PBMUM juga menyatakan bahawa fonem “ain” dan “hamzah” tiada berlaku sebarang perubahan kerana ejaan rumi boleh diolah sedikit daripada tulisan jawi. 2.3.2 SISTEM EJAAN BAHASA MALAYSIA-INDONESIA Meskipun telah berlakunya perbincangan antara sistem ejaan Kongres dan sistem ejaan PBMUM, matlamat untuk menyeragamkan tulisan rumi ini tetap tidak berjaya. Hal ini kerana wujudnya sifat yang terlalu idealistik sehingga sistem ejaanKongres gagal dilaksanakan. 5
Namun , usaha ini tetap diteruskan dengan perjanjian persahabatan yang telah ditandatangani pada tahun 1959. Pertemuan ini diantara Jawatankuasa Persekutuan Ejaan Rumi Tanah Melayu dan Panitia Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia. Setelah perjanjian ini wujud lah sebuah gagasan iaitu sistem ejaan MALINDO. Sistem ini membincangkan tentang fonem vokal, kaedah penulisan, penyebutan abjad dan banyak lagi. 2.3.3 SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU 1972 Sistem ejaan rumi Bahasa Melayu 1972 ini mempunyai persamaan dengan sistem ejaan MALINDO. Namun, sayangnya perkara ini tidak dapat diteruskan kerana berlakunya salah faham antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1996. Maka, sejak itu wujudlah sebuah ejaan yang terhasil daripada kerjasama yang terjalin, yang dikenali sebagai Sistem Ejaan Rumi yang disempurnakan oleh Indonesia. Sistem ini menumpukan kepada keselarasan huruf-huruf vocal yang mempunyai pengejaan kata jati daripada bahasa Melayu dan pengejaan kata pinjam bahasa asing. Sistem ejaan ini menjadi lebih konkrit apabila melibatkan berberapa aspek pengejaan yang lebih baik dalam sistem ejaan rumi. Hal ini berlaku melalui usaha yang dilaksanakan secara bersama dan berterusan dalam merancang pembinaan bahasa dalam jangka masa yang lama dan Panjang. Akhir sekali, bahan-bahan ejaan rumi yang berkaitan dengan bahasa dan sastera akan dikumpul dan dipertingkatkan. Bukan itu sahaja, sistem ini juga menyelaraskan istilah yang sedia ada untuk kegunaan pada masa akan datang. 3.0 PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA DALAM MENYERAGAMKAN SISTEM EJAAN RUMI Pada Tarikh 22 jun 1956 iaitu setahun sebelum hari kemerdekaan, wujudnya sebuah pertubuhan iaitu pertubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). DBP ini diwujudkan setelah mendapat keputusan rasmi oleh Kongres Bahasa dan surat Melayu ke-3 dan diubah kepada Badan Berkanun setelah menerima kelulusan. Matlamat DBP ini ialah untuk memperkayakan lagi bahasa kebangsaan kita dalam semua aspek termasuk sains dan teknologi. Selain itu, usaha lain ialah DBP boleh memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bidang bahasa dan kebangsaan. Hal ini kerana terdapat ramai remaja pada masa kini semakin pudar sistem ejaan rumi didalam diri mereka. Sebagai contoh DBP boleh 6
mengorganisasikan program Minggu Penulis Remaja. Hal ini bertujuan untuk melahirkan anak bangsa yang penuh dengan ilmu kesusasteraan. DBP juga boleh memberi penghargaan kepada remaja-remaja yang menyertai program sebegini agar ramai lagi remaja lain tertarik untuk sertainya. Kemudian, peranan DBP untuk menyeragamkan sistem ejaan rumi ini ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua aspek. Hal ini kerana untuk menjadikan sesebuah negara itu maju, negara tersebut perlulah memartabatkan bahasanya sendiri. Sebagai contoh, DBP mewajibkan penggunaan bahasa Melayu di seluruh urusan pentadbiran tertinggi dan majlis tertinggi. Hal ini kerana pada suatu ketika dahulu bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca. 4.0 CABARAN SISTEM EJAAN RUMI PADA MASA KINI Antara cabaran sistem ejaan rumi yang dapat dilihat pada masa kini ialah penggunaan bahasaa rojak. Hal ini dapat kita perhatikan sejak di sekolah menengah sehinggalah ke peringkat tertinggi. Penggunaan bahas rojak ini berpuca daripada pengaruh media sosial dan kawasan setempat. Sebagai contoh, seperti mana yang kita lihat penggunaan bahasa rojak oleh masyarakat bandar lebih banyak berbanding masyarakat luar bandar. Ini disebabkan masyarakat bandar lebih terdedah dengan orang pengaruh asing dan pengaruh media sosial yang kuat. Selain itu, cabaran yang dihadapi ialah pendedahan awal bahasa melalui ejaan rumi dalam kalangan kanak-kanak masih belum berhasil. Hal ini kerana kanak-kanak pada masa kini lebih terdedah dengan media sosial yang memaparkan grafik-grafik yang menarik. Sebagai contoh grafik karton dari luar negara. Hal ini menyebabkan mereka terikut dengan penggunaan bahasa asing terebut sehingga bahasa sendiri tenggelam dalam diri. Kesan buruknya adalah terdapat sebilangan besar pada masa kini masih tidak pandai untuk menulis jawi dan membaca jawi di peringkat menengah. Akhir sekali, cabaran besar yang dihadapi ialah sikap masyarakat itu sendiri yang tidak berbangga dengan bahasa Melayu. Hal ini dikatakan kerana mereka beranggapan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa yang tidak maju kerana tidak diguna pakai sehingga ke peringkat internasional seperti mana bahasa inggeris. Terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam komuikasi kerana mereka beranggapan bahawa bertutur dalam bahas melayu tidak kelihatan seperti orang yang maju dan orang kaya. 7
5.0 KESIMPULAN Akhir kalam, berdasarkan apa yang telah saya pelajari mengenai sistem ejaan rumi ini, saya dapati bahawa sistem ejaan rumi ini sangat penting dalam memastikan bahasa melayu yang digunakan pada masa kini kekal dimasa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana sekiranya bangsa Melayu kita sendiri yang tidak memartabatkan sistem ejaan rumi ini, siapa lagi yang sudi memartabatkannya? Oleh itu, marilah kita sebagai anak bangsa Melayu bersama-sama berganding bahu dalam memartabatkan bahasa melayu ini dengan menggunakan bahasa melayu sepenuhnya dalam penulisan dan pertuturan agar bahasa Melayu tersebar ke seluruh dunia. Selain itu didalam sistem pentadbiran khusus yang di peringkat tertinggi, penggunaan bahasa melayu perlulah wajib digunakan apabila berbincang. Hal ini akan menarik pandangan pihak-pihak luar negara mengenai penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya dalam perbincangan sesebuah negara. 8
RUJUKAN Faizah Dato Othman (2023), Sejarah Dan Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, https://www.slideshare.net/izzahzahh/sejarah-dan-perkembangan-sistem-ejaan-rumibahasa-melayu Syahir Harith (2011), Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Di Malaysia, Pahang, Malaysia https://bolehsayatahu.blogspot.com/2011/01/sejarah-perkembangan-sisten-ejaan-rumi.html Muhammad Al Afzan Ali Hussin (2018), Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranandewan-bahasa-dan-pustaka.html Zurina Abdullah & Adi Yasran Abdul Azis (2020), Peminggiran tulisan jawi sebagai lambang jaati diri Melayu: Jurnal Sultan Alaudin Sulaiman Shah https://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/152 Khairul Najwa Abdul Halim (2022), Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi, https://fliphtml5.com/alhro/gjsf/basic Fuadi Abdul Razak (2022) Cabaran Tulisan Jawi Dalam Revolusi Industri, IPG KAMPUS SULTAN MIZAN https://www.researchgate.net/publication/365489181_Prosiding_Kolokium_STREM_PdPc_Tah un_2022_ISSNE_XXXXXXXXXXXXXXX_CABARAN_TULISAN_JAWI_DALAM_REVOL USI_INDUSTRI_40_Fuadi_bin_Abdul_Razak_1 9
10