Dirasmikan oleh : USTAZ ABDUL KADIF BIN LEBAI SHAFIAI (Pengerusi Masjid Nurul Muttaqin, Kg Che OK Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kg Che OK) 17JUN2023 | SABTU | 8.30PAGI DEWAN MERDEKA S M K S Y E D A H M A D K A L I K E - 4 8 S E S I 2 0 2 3 / 2 0 2 4
Pendaftaran kehadiran ibu bapa / penjaga & guru 1 Ketibaan Tetamu Ucapan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku Nyanyian Lagu Negeri Perlis Bacaan Doa Ucapan Tuan Pengetua Ucapan YDP PIBG Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 48 Mesyuarat Agung PIBG kali ke - 48 dimulakan Bersurai
Ucapan Penasihat (Pengetua) Membentang dan menerima laporan tahunan. Membentang, menerima dan meluluskan Penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2022. Pemilihan Jawatankuasa PIBG bagi tahun 2023/2024. Pemilihan Juru Audit Dalaman (2 orang) Hal-hal lain Ucapan Penangguhan 2 Ucapan Pengerusi (YDP PIBG) Membentang dan menerima minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-47 2022. Membahaskan usul jika ada.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum dan salam sejahtera #09Educators Salam Go Above & Beyond 2023. Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpahan rahmat dan inayah-Nya, maka kita telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2023.Tahniah dan syabas diucapkan kepada PIBG SMK Syed Ahmad terutama barisan AJK PIBG 2023. PIBG SEMEKSAH perlu berganding bahu dengan pihak pengurusan sekolah bagi menjadi pemangkin untuk mencapai matlamat dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia. Namun demikian, usaha-usaha yang radikal harus sentiasa difikirkan dan dilaksanakan secara bersepadu,di samping doa yang tidak pernah putus ke hadrat Allah SWT agar kita diberikan taufik dan hidayah supaya kita mampu meletakkan diri sebaris dengan PIBG sekolahsekolah terbaik di peringkat global. Sesungguhnya, untuk memulakan perubahan itu memerlukan keazaman yang tinggi, namun saya yakin dengan iltizam yang kuat dan kerjasama semua pihak terutama PIBG dan PIBK serta niat yang ikhlas, insyaAllah usaha kita akan diberkati dan aspirasi yang dihasratkan dapat dicapai. Saya menyeru PIBG SEMEKSAH mengamalkan budaya cemerlang, sikapkebertanggungjawaban, istiqamah, berinovasi, dan bermotivasi serta mempunyai semangat mujahadah setiapdaripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Akhirul kalam saya titipkan mutiara kata cendekiawan : Kejayaan tidak boleh diukur dengan kedudukan yang dicapai seseorang tetapi melalui halangan-halangan yang ditempuhinya.Sebaliknya, kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita akan gagal. Oleh hal yang demikian, jika kita tidak dapat terbang, maka berlarilah. Jika kita tidak dapat berlari, maka berjalanlah. Jika kita tidak dapat berjalan, maka merangkaklah.Tapi ingatlah, apapun yang kita lakukan, tetaplah melangkah maju. “KEJAYAAN SEKOLAH KOMITMEN BERSAMA” Penakik pisau seraut, Ambil galah batang lintabung, Seludang jadikan nyiru, Setitik jadikan laut, Sekepal jadikan gunung, Alam terbentang jadikan guru. Sekian, terima kasih. P E N G E T U A Ismail bin Md Nor PENGETUA SMK SYED AHMAD 3
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera Alhamdulillah, segala puji-pujian dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan Inayahnya, pihak sekolah dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-48 ini dalam suasana yang harmoni. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yang telah berusaha dengan ikhlas dan dedikasi untuk meningkatkan prestasi sekolah ini. Kerjasama guru-guru dan ibu bapa amat perlu bagi menentukan sekolah ini sentiasa mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang sama ada kurikulum mahupun kokurikulum. Bidang akademik pada masa kini semakin mencabar dan ianya memerlukan pengorbanan dalam kalangan para guru dan ibubapa. Semangat bekerjasama perlu disemai dalam kalangan kita bagi mencapai hasrat melahirkan generasi yang bukan sahaja tinggi ilmunya tetapi juga berakhlak mulia. Pemupukan akhlak mulia ini sepatutnya bermula dari rumah oleh ibu bapa dan dimantapkan oleh guru-guru di sekolah. Hal ini selari dengan slogan sekolah “Kejayaan Sekolah Komitmen Bersama”. Oleh itu, para ibubapa dan guru-guru, marilah kita berganding bahu memainkan peranan mendidik generasi kita ini, menjadi insan yang berwawasan dan bersahsiah mulia. Generasi yang tidak berilmu dan kurang berkemahiran, tidak akan dapat memberikan sumbangan kepada kemajuan, keamanan dan pembangunan negara. Anak adalah harta paling bernilai maka kita lindungilah harta ini dengan akhlak dan ilmu. Sekian, Terima Kasih 4 Y D P P I B G Pn. Melisia binti Che Mat YDP PIBG SMK SYED AHMAD
5 LAPORAN TAHUNAN PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED AHMAD SESI 2022/2023. Tuan-tuan/puan-puan, Ahli PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad Bagi pihak jawatankuasa PIBG 2022/2023, saya melaporkan kegiatan-kegiatan yang telah dilaksanakan bersama pihak sekolah bagi tempoh tersebut. 1.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA DAN MESYUARAT JAWATANKUASA Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023. En. En Ismail bin Md. Nor (Penasihat) Pn. Melisia binti Che Mat (Yang Dipertua) En. Shamsudin binti Jauhari (Naib Yang DiPertua) Pn. Roshita binti Idrus (Penolong Kanan Pentadbiran) En. Rostam bin Man @ Othman (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) Pn. Zanisham binti Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum) Pn. Sharifah binti Shariff (Setiausaha) Pn. Syamsinar binti Mohamad Zapor (Bendahari) AJK Guru En. Ahmad Yatim bin Darus (Guru Kanan Kemanusiaan) En. En Alias bin Mohammad En Ahmad Faiz bin Ahmad Pn. Rozulazean binti Zulkafli. Pn. Salmah binti Saidin AJK Ibubapa Pn. Nasrah binti Man Pn. Hasnah binti Baharom Pn. Siti Khalijah binti Abu Bakar Pn. Hasliza binti Hamit Pn. Che Puteh binti Kamis En. Muzir bin Hashim Pn. Indah binti Solli
6 2.0 Mesyuarat ahli jawatankuasa telah diadakan sebanyak 4 kali . Kehadiran ahli adalah seperti berikut:- Nota : / Hadir X Tidak hadir X(B) Tidak hadir bersebab Turut hadir dalam setiap kali mesyuarat ialah Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Kokurikulum. 3.0 AKTIVITI PIBG 2022/2023 3.1 Mesyuarat AJK PIBG sebanyak 4 kali :- 3.1.1 Mesyuarat kali pertama (1 Ogos 2022) 3.1.2 Mesyuarat kali kedua (6 Februari 2023) 3.1.3 Mesyuarat kali ketiga (6 April 2023) 3.1.4 Mesyuarat kali keempat (7 Jun 2023)
7 Bulan Sains dan Matematik Kejohanan Petanque Anjuran Angkasa Kem Kecemerlangan SCAN SPM Fasa 1 Kejohanan Merentas Desa MSSPs Sambutan Maal Hijrah 1444H LADAP TS25 dan PAK 21 Simposium Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Peringkat Negeri Perlis Pertandingan e-Karnival Program Pencegahan Dadah Seminar SPM Mata Pelajaran Ekonomi Seminar SPM Mata Pelajaran Prinsip Perakaunan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Program Scan SES GENDER SPM 2022 MSSM Bola Tampar 2022 Atlet Kanu Sukma MSSM Kejohanan Olahraga 2022 Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah Sumbangan PIBG untuk murid kematian Ibu/ bapa Pertandingan Inovasi Kapal Terbang RC Jet 2022 Kem Minda Sihat PRS Peringkat Kebangsaan Pertandingan Drone Terbuka UNIMAP Program Motivasi dan Pengurusan Stress Pelajar Tingkatan 3 dan 4 Program Young Stemist Expo Program Kecemerlangan Layak Sijil SPM Program 1 Keluarga 1 Kerusi Kem Kecemerlangan SCAN II Program Wake Up Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin SPM Program Pembugaran Emosi dan Keremajaan Program bersama Kolej Komuniti Arau Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2023 Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan 1444H Program Be My Mentor Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 3.2 Aktiviti-aktiviti lain. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33.
8 4.0 USUL 4.1 Pn. Siti Khalijah binti Abu Bakar mengusulkan supaya sumbangan PIBG dikekalkan RM 100.00. 4.2 Pn. Norzalina binti Rahman mengusulkan pembinaan laluan berbumbung antara pintu masuk. 4.3 En. Ahmad Faiz bin Ahmad mengusulkan pihak PIBG memberi sedikit saguhati kepada guru-guru yang membuat kelas tambahan pada hari cuti untuk meraikan pengorbanan guru-guru tersebut. 4.4 En. Sanusi bin Zainal Abidin mengusulkan PIBG membeli sebuah van sekolah. 5.0 PENUTUP Saya bagi pihak ahli jawatankuasa PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru-guru yang hadir ke mesyuarat kali ke-48 dengan komitmen “Kejayaan Sekolah Komitmen Bersama”. Sekian, terima kasih Disediakan oleh, (SHARIFAH BINTI SHARIFF) Setiausaha PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad
9 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED AHMAD, ARAU, PERLIS KALI KE-47 TARIKH : 25 JUN 2022 (SABTU) TEMPAT : DEWAN MERDEKA SMK SYED AHMAD MASA : 8.30 PAGI. KEHADIRAN : 1. Pn. Melisia Binti Che Mat - Yang Dipertua PIBG 2. Pn. Sharifah Binti Shariff - Setiausaha PIBG 3. Pn. Syamsinar binti Mohd. Zapor - Bendahari PIBG 4. En. Ahmad Yatim bin Darus - Guru Kanan 5. Pn. Rozulazean binti Zulkafli - AJK Guru 6. Pn. Salmah binti Saidin - AJK Guru 7. En. Alias bin Mohammad - AJK Guru 8. En. Ahmad Faiz bin Ahmad - AJK Guru 9. Pn. Nasrah Binti Man - AJK Ibu Bapa 10. Pn. Hasnah Binti Baharom - AJK Ibu Bapa 11. Pn. Hasliza binti Hamit - AJK Ibu Bapa 12. Pn. Che Puteh binti Kamis - AJK Ibu Bapa 13. Pn. Siti Khalijah binti Abu Bakar - AJK Ibu Bapa 14. Pn. Indah binti Solli - AJK Ibu Bapa TIDAK HADIR Pn. Wan Haslinda binti Wan Abdullah Pn. Rohani binti Pin TURUT HADIR (EX OFFICIO): En. Ismail Md. Nor - Pengetua Pn. Roshita binti Idrus - PK Pentadbiran En. Rostam bin Man @ Othman - PK HEM Pn. Zanisham binti Abdullah - PK Ko Kurikulum Ahli : 167 orang sahaja.
10 1.0 Ucapan Penasihat (En. Ismail bin Md Nor) 1.1 Beliau mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat PIBG kali ke-47 ini. Kehadiran Ibu Bapa merupakan tanda sokongan kepada sekolah dan keprihatinan terhadap pembelajaran anak-anak 1.2 Beliau juga memaklumkan pencapaian anak pelajar dalam Sijil Pelajaran Malaysia yang baru sahaja diumumkan pada minggu lepas. GPS tahun 2021 ialah 5.67 berbanding tahun 2020 iaitu 5.80 iaitu peningkatan GPS sebanyak 0.13 dengan peratus lulus 87.4%. Sepuluh orang pelajar telah memperoleh keputusan cemerlang. 1.3 Sebanyak tujuh panitia yang telah menunjukkan peningkatan iaitu Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Pendidikan Seni Visual, Matematik Tambahan, Prinsip Perakaunan dan Kimia. Untuk tahun 2022 pula, pihak sekolah telah meletakkan target GPS 5.43, in sha Allah dengan kerjasama semua target tersebut boleh dicapai. 1.4 Pihak sekolah juga melaksanakan Program Pembangunan Akademik SMK Syed Ahmad ‘SCAN’ (Smart, Courage, Ambitious, Nurture). Antara objektif Program SCAN ialah memupuk perubahan minda pelajar ke arah kecemerlangan akademik, memupuk semangat dan keyakinan pelajar dalam pelajaran, membantu pelajar menetapkan hala tuju dalam hidup dan mengupayakan guru-guru untuk memberi bimbingan kepada pelajar dengan lebih berkesan. 1.5 Pelbagai program telah dan akan dilaksanakan untuk pelajar tingkatan 5 iaitu ‘Kelas Catch Up 5’, Kelas Speed Up Berfokus, Bengkel Format dan Teknik Menjawab, Perkampungan Elit dan lain-lain lagi. Pelajar tingkatan 1, 2, 3, dan 4 juga tidak ketinggalan. Mereka akan terlibat dengan ‘Kelas Catch Up, Kelas Master, Bengkel SCAN, Modul SCAN dan sebagainya. 1.6 Beliau juga memaklumkan setelah negara beralih kepda fasa endemik, pihak sekolah telah menyusun pelbagai program bagi memastikan sahsiah dan disiplin anak-anak pelajar turut cemerlang. Sebagai contoh program ‘Jom Solat’ yang diadakan setiap hari Isnin hingga Khamis secara bergilir-gilir mengikut tingkatan. Selain itu, pelbagai program lain dijalankan seperti bacaan Al-Quran Juzuk 30 setiap hari Selasa hingga Khamis bermula jam 7.25 hingga 7.35 pagi yang dipimpin oleh pelajar lelaki Tingkatan 5 Ibnu Kathir. Pada hari Jumaat program bacaan Yasin dan Tazkirah kepada semua pelajar. 1.7 Pelajar juga menyertai program yang dianjurkan oleh JPN Perlis. Kelab Usahawan Muda telah dianugerahkan Johan Perkhidmatan Terbaik dalam Konvensyen Online PROTUNe. Selain itu, pelajar kita telah ikut serta dalam pertandingan Mahrajan Program Pembangunan Adab dan Nilai. Dua orang pelajar telah menjadi johan dan akan mewakili Zon Selatan bertanding ke peringkat negeri Perlis dalam kategori eTarannum dan e-Mimbar Daie pada bulan Julai nanti. Manakala bagi pelajar asrama juga mereka turut bergiat aktif dengan menyertai Mahrajan Asrama dan seorang pelajar kita telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan e-hafazan. 1.8 Pihak sekolah sangat menitikberatkan bakat dan kebolehan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Kejohanan Merentas Desa dan Kejohanan Sukantara dan Olah raga peringkat sekolah telah selesai dilaksanakan. Para pelajar yang berjaya akan mewakili sekolah dalam Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Perlis. 1.9 Beliau melahirkan rasa kerisauan, terutamanya isu kehadiran dalam kalangan pelajar ke sekolah. Kehadiran pelajar bulan Mac 99.71 %. Namun bagi bulan April berlaku penurunan yang ketara iaitu hanya 82.41% pelajar yang hadir. Kehadiran pelajar terus menurun kepada 80.69 % bagi bulan Mei. Perkara ini amat membimbangkan pihak sekolah kerana ketidakhadiran ke sekolah boleh menyebabkan anak-anak akan tercicir dalam pembelajaran. Oleh itu, beliau menyeru ibu bapa penjaga yang hadir supaya lebih cakna dan ambil peduli isu kehadiran anakanak ke sekolah.
11 1.10 Beliau juga memaklumkan tentang beberapa projek yang telah diluluskan oleh Kementerian seperti memperbaiki syiling kantin, menaiktaraf longkang, menaiktaraf gelanggang permainan dan lantai dewan akan diperbaiki. . Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari tersebut. Beliau menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. 2.0 UCAPAN PENGERUSI (YDP PIBG) 2.1 Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Syed Ahmad pihak sekolah dan pengurusan PIBG serta jawatankuasa yang begitu komited untuk memastikan mesyuarat yang bakal diadakan selepas ini berlangsung dengan jayanya. 2.2 Peranan dan tanggungjawab PIBG di sesebuah sekolah memberi kesan kepada kemajuan dan pencapaian sekolah. Beliau menyeru supaya ibu bapa bersama berpadu tenaga dan menyumbang buah fikiran dalam membangunkan dan memajukan PIBG demi kecemerlangan pendidikan anak-anak murid SMK Syed Ahmad. 2.3 Pengurusan PIBG harus cekap dan berkesan bagi menghadapi perubahanperubahan semasa. PIBG boleh melaksanakan banyak aktiviti yang dirancang dan disusun mengikut keperluan sekolah. 2.4 Beliau menyatakan sumber kewangan perlu diperoleh dan diurus secara bijaksana agar program yang hendak dilaksanakan akan mendapat natijahnya ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak. 2.5 Beliau menyeru agar PIBG di sekolah ini dapat bergerak secara aktif dan terancang agar kewujudannya dapat memberi sumbangan bermakna lagi berkesan ke arah kecemerlangan yang diharapkan. 2.6 Dengan lafaz Bismilllahirahmanirahim beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad pada tahun 2022. 3.0 MEMBENTANG dan MENERIMA MINIT MESYUARAT TAHUNAN KALI KE-47 2022 3.1 Pn. Sharifah binti Shariff selaku setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke- 46. 3.2 En. Othman bin Ludin mencadangkan minit mesyuarat disahkan. 3.3 Pn. Che Intan bt Mansur menyokong minit mesyuarat yang lalu diterima dan disahkan. 4.0 MEMBENTANG DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 4.1 Pn. Sharifah binti Shariff selaku setiausaha membentangkan laporan tahunan PIBG. 4.2 Pn. Rohana binti Ramli mencadangkan laporan tahunan diterima. 4.3 Pn. Suzana bt Abdul Ghani menyokong laporan tahunan diterima. 5.0 MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2021. 5.1 Pn. Nur Syamsinar binti Mohd. Zapor (Bendahari) membentangkan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2021. 5.2 En. Othman bin Ludin mencadangkan penyata kewangan tersebut diterima dan disahkan. CABUTAN MINIT MESYUARAT BERKAITAN SUMBANGAN PIBG 5.3 Pn. Roslina binti Zainon menyokong penyata kewangan diterima dan disahkan.
12 5.4 YDP PIBG memaklumkan bahawa setiap pengeluaran wang daripada tabung PIBG adalah untuk program kecemerlangan anak-anak dan pengeluaran dibuat dalam pengetahuan beliau dengan disertakan resit pembelian dan sebagainya. 5.5 En. Othman bin Ludin – baki dalam simpanan sumbangan PIBG dilaburkan di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Islam dan sebagainya sebagai menambah dana sedia ada. 5.6 En. Ismail bin Md. Nor memaklumkan sumbangan sedia ada tidak boleh dilaburkan. Ia adalah untuk program kecemerlangan anak-anak termasuk program kecemerlangan UUM dan kelas tambahan serta untuk kegunaan program setiap tingkatan. Baki sebanyak RM80,000 adalah termasuk wang bantuan Maips dan wang peruntukan anai-anai. 6.0 MEMBAHASKAN USUL JIKA ADA. 6.1 Puan Che Putih binti Khamis mencadangkan yuran dikekalkan RM100.00 dan pembayaran dibuat tiga kali. Usul ini dipersetujui oleh semua ahli PIBG. 6.2 Sumbangan PIBG ditetapkan seperti berikut. Anak pertama RM 100.00, anak kedua dan seterusnya RM 70.00. 6.3 6.4 Pengetua memaklumkan beliau bercadang untuk selaraskan kelas iaitu setiap guru satu kelas berdasarkan penanda aras yang telah dilakukan di SMK Sanglang (Co Based Classroom). Murid-murid akan bergerak ke kelas- kelas mengikut subjek 6.5 Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui “Google Form” ada ibubapa yang mengemukakan tentang isu pulang awal. Pengetua memaklumkan sekiranya terdapat perubahan masa pulang pihak sekolah akan mengeluarkan surat makluman kepada ibu bapa. Pengetua mohon maaf atas kejadian yang telah berlaku. 6.6 Isu kantin tentang harga ayam yang berbeza harga – isunya, penjual tidak pasti dengan harga sebenar ayam. Solusinya- pihak kantin diminta menulis harga ayam agar isu yang sama tidak berulang. 7.0 PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG BAGI SESI 2022/2023. 7.1 Pn. Hasfariza binti Mohd Tajudin mencadangkan YDP PIBG dikekalkan. 7.2 Pn. Zawiyah binti Din menyokong YDP PIBG dikekalkan bagi sesi 2022/23. 7.3 Pn. Rohana binti Ramli mencadangkan supaya cadangan ditutup. Pn. Salina binti Saad menyokong cadangan ditutup. 7.4 Ahli Majlis Mesyuarat bersetuju Pn. Melisia binti Che Mat dikekalkan sebagai YDP PIBG. 7.5 En. Shamsudin bin Jauhari mencadangkan Jawatankuasa sesi 2021/2022 dikekalkan. 7.6 YDP memaklumkan Naib YDP baharu perlu dilantik bagi menggantikan Naib YDP yang lama disebabkan kekangan masa yang dihadapinya 7.7 Yang DiPertua PIBG mencadangkan Shamsudin bin Jauhari dilantik sebagai Naib YDP PIBG. 7.8 Pn. Hasliza binti Hamid menyokong cadangan tersebut. Ahli Majlis Mesyuarat sebulat suara melantik En. Shamsudin bin Jauhari sebagai NYDP.
13 7.9 En. Jafanand bin Shaari mencadangkan En. Muzir bin Hashim dilantik sebagai AJK PIBG baharu bagi menggantikan seorang AJK ibu bapa yang tidak hadir mesyuarat agung PIBG dan disokong Pn. Che Intan bt Mansur. 7.10 Senarai AJK bagi sesi 2022/2023 seperti berikut: Yang DiPertua PIBG : Pn. Melisia binti Che Mat Naib Yang DiPertua : En. Shamsudin bin Jauhari AJK Ibu Bapa : Pn. Nasrah binti Man : Pn. Hasliza binti Hamit : Pn. Hasnah binti Baharom : Pn. Siti Khalijah binti Abu Bakar : Pn. Che Puteh binti Khamis : Pn. Indah binti Solli : En. Muzir bin Hashim 8.0 PEMILIHAN JURU AUDIT DALAMAN 8.1 YDP mencadangkan En. Jafanand bin Shaari dilantik sebagai juruaudit mewakili AJK ibu bapa 8.2 Ahli Mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan lantikan tersebut 9.0 HAL-HAL LAIN 9.1 Pn. Nor Zalina bt Rahman mencadangkan bahu jalan di hadapan sekolah diturap bagi mengelakkan masalah timbul apabila hari hujan 9.2 Che Intan bt Mansur mengucapkan tahniah kepada semua AJK dan menawarkan diri untuk membantu pihak sekolah dari aspek gotong -royong membersihkan surau atau keceriaan kelas. 9.3 Pn. Safiah bt Md Isa mencadangkan aktiviti sukan dihentikan seketika pada minggu peperiksaan bagi memberi ruang kepada anak-anak untuk membuat persediaan yang rapi menghadapi peperiksaan. 9.4 En. Shamsudin bin Jauhari mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk membantu PIBG dan terima kasih kepada guru-guru atas didikan dan bimbingan kepada anaknya Muhammad Amar sehingga berjaya dengan cemerlang dalam SPM 2021. 9.5 Respon Pengetua - Pengetua berasa terharu dan berterima kasih atas respon ibu bapa dalam menyuarakan pendapat dan cadangan ke arah kecemerlangan murid dan sekolah. Beliau sangat menghargai penerimaan dan sokongan ibu bapa dalam menjayakan agenda sekolah. 9.6 Pengetua memaklumkan sekolah telah membuat permohonan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk menurap bahu jalan bagi mengatasi masalah seperti yang dinyatakan waris. 9.7 Pengetua memohon kerjasama barisan ahli jawatankuasa baharu untuk samasama memantau dan meninjau longkang tersumbat di belakang blok asrama. Pihak sekolah telah memohon sumbangan PIBG untuk membersihkan longkang belakang asrama dan longkang di sekitar kawasan sekolah yang agak kecil dan cetek yang tidak boleh menampung air sekiranya hujan turun dengan lebat. 9.8 Pengetua berasa terharu atas cadangan ibu bapa untuk membantu menceriakan kelas dan kawasan sekolah bersama-sama. Tindakan sebegini membolehkan anak-anak lebih seronok untuk belajar apabila ibu bapa terlibat sama dalam setiap aktiviti sekolah. Pengetua turut mengalu-alukan ibu bapa yang mempunyai masa terluang pada waktu pagi untuk sama-sama membantu menjaga laluan dan lalu lintas di pintu pagar sekolah yang agak sibuk dan sesak.
14 9.9 Pengetua memohon maaf atas isu sukan yang dikatakan mengganggu persediaan murid menghadapi peperiksaan kerana pada masa tersebut pihak sekolah ingin menyelesaikan dan menyempurnakan sukan sekolah terlebih dahulu sebelum memberi fokus kepada peperiksaan dan pembelajaran murid. Selepas selesai aktiviti sukan, pihak sekolah akan meneruskan semua program akademik yang memberi impak kepada pelajar seperti yang terkandung dalam takwim sekolah. 9.10 Guru pelatih kaunseling, En. Anuar Naqiuddin memberi pendapat bahawa mesyuarat PIBG pada kali inidilaksanakan dalam suasana santai dan tidak terlalu serius. Ibu bapa, guru memberi kerjasama yang baik dalam memberi dan menerima cadangan ke arah kecemerlangan murid dan sekolah. 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Beliau menzahirkan rasa gembira kepada semua ibu bapa dan guru yang telah memberi kerjasama bagi menjayakan mesyuarat pada kali ini. Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian ibu bapa dan waris yang hadir pada mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: .......………………………… ........…………………… .............…………………… (SHARIFAH BINTI SHARIFF) (ISMAIL BIN MD. NOR) (MELISIA BINTI CHE MAT) Setiausaha PIBG Pengetua YDP PIBG SMK Syed Ahmad SMK Syed Ahmad SMK Syed Ahmad
15 P I B G 2 0 2 2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED AHMAD Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2022
16
P I B G 2 0 2 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED AHMAD Penyata Penerimaan dan Pembayaran Bagi Tahun Berakhir 31 Mei 2023 Pendapatan Jumlah Perbelanjaan Jumlah 01/01/2023 Baki pada 01 Jan 2023 80495.13 11/01/2023 Kem Kecemerlangan SCAN II (Sumbangan MAIPs) 3000 06/01/2023 Bayaran Balik Pinjaman Hari Sukan Negara (Peringkat Sekolah) 3130 20/01/2023 Makanan dan Minuman Pelajar Tingkatan 5 Untuk Program Wake Up 1837.50 16/2/2023 Sumbangan MAIPs untuk Program Kelas Sisipan SPM 3000 06/02/2023 Buku 8 Surah Pilihan 720 04/04/2023 Bayaran Balik Pinjaman Pertandingan Inovasi Kapal Terbang RC Jet Tahun 2022 608 10/02/2023 Program Solat Hajat dan Bacaan Yasin SPM 1694 21/4/2023 Program 1 Keluarga 1 Kerusi 420 10/02/2023 Program Pembugaran Emosi dan Keremajaan 200 25/4/2023 Dana Pembelian Van Sekolah 1750 13/2/2023 Taklimat dan Demonstrasi Dari Kolej Komuniti Arau 250 22/5/2023 Bayaran Balik Pinjaman Panitia PVMA 200 13/2/2023 Wang Saku Peserta Kejohanan Pendedahan Bola Baling 200 13/2/2023 Hadiah Pelajar Cemerlang Peperiksaan Percubaan SPM 2023 1290 16/2/2023 Pembelian Jam Dinding Dewan Merdeka Untuk Peperiksaan SPM 300 08/03/2023 Kedai Besi OC Kiat 3000 23/3/2023 Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan 1444H 300 24/3/2023 Program Be My Mentor 10406 04/04/2023 Sumbangan PIBG Untuk Murid Kematian Ibu/ Bapa (Shahril Aidil- 4 Ibnu Majah) 100 17/4/2023 Majlis Penutup Ihya Ramadan dan Khatam alQuran 1444H (Pinjaman) 915 16/5/2023 Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 1942 16/5/2023 Pembelian Kerusi Dewan Merdeka 5090 JUMLAH PENDAPATAN 89603.13 JUMLAH PERBELANJAAN 31244.5 31/5/2023 BAKI 58358.63 17 Disediakan oleh: ………………………………………...… (NUR SYAMSINAR BINTI MOHD ZAPOR) Bendahari PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad. Disemak oleh: ……………………………………….……...… (WAN FAIZYTHAH BINTI WAN MOHAMADAN) Juruaudit 1 PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Ahmad.
BUKU PROGRAM & DIGITAL BACKDROP Pn. Zalita binti Awang Pn. Eylia binti Mustafa Pn. Nur Nadina binti Anuar Pn. Nurul Farhana binti Kasim Pn. Hanina binti Utoh Asibih PENGACARA MAJLIS Pn. Norazanim binti Ismail Pn. Paridah binti Ibrahim Pn. Sharifah Hanaa binti Syed Saffi TEKS / SLAID UCAPAN Pn. Azliza binti Aziz Pn. Siti Rogayah binti Rifin @ Mat Rifin Pn. Mizahazrin binti Azmi PENCATAT MINIT MESYUARAT Pn. Rohayu binti Abdul Hamid Pn. Misbah Hanim binti Zakaria Pn. Nor Hasliza binti Ishak : Pn. Melisia binti Che Mat : En. Ismail bin Md Nor (Pengetua SMK Syed Ahmad) : Pn. Roshita binti Idrus (Penolong Kanan Pentadbiran) : En. Rostam bin Man (Penolong Kanan HEM) : Pn. Zanisham binti Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum) : En. Mohd Hasnorizwandy bin Hashim (GKMP Sains & Matematik) : Pn. Che Ruziah binti Chek Akob (GKMP Bahasa) : En. Ahmad Yatim bin Darus (GKMP Kemanusiaan) : Pn. Najnin binti Abdul Aziz (GKMP Teknik & Vokasional) : Pn. Sharifah binti Shariff : Pn. Nur Syamsinar binti Mohd Zapor : En. Alias bin Mohammad 18 YANG DIPERTUA PENGERUSI NAIB PENGERUSI I NAIB PENGERUSI II NAIB PENGERUSI III PENYELARAS SETIAUSAHA BENDAHARI PROTOKOL PENYELARAS 1 : PN. CHE RUZIAH BINTI CHEK AKOB DOKUMENTASI Pn. Farahiyah Hanim binti Azmi Cik Rosila binti Othman Pn. Hasryyati binti Hasbullah Pn. Alfiana binti Yussoff JAMUAN TETAMU Pn. Zaliyana binti Zainon Pn. Zeeda Idayu binti Omar Pn. Salina binti Mat Safar Pn. Mariah binti Said SIARAYA & MULTIMEDIA En. Mohd Asyraf bin Rosarudin En. Wan Mohd Syakir bin Wan Nordin JAMUAN IBU BAPA & GURU Pn. Siti Rohayu binti Asri Pn. Hazirah binti Hamzah Pn. Asmaniza binti Abu Bakar Pn. Azwaniza binti Abdul Malek PERSIAPAN TEMPAT & KECERIAAN DEWAN En. Sanusi bin Zainal Abidin En. Mohd Norkhusairi bin Md Noor En. Syed Syahril Izwan bin Syed Mohamad En. Che Shahidan bin Baharom Pekerja Swasta PENYELARAS 2 : PN. NAJNIN BINTI ABDUL AZIZ
FOTOGRAFI Pn. Kaizan binti Mamat Cik Nor Fatihah binti Ahmad Cik Nor Hanisah binti Hasmadi En. Mohd Halimin bin Yaakub En. Mohamad Alif bin Mohamad Nadzeri PERSIAPAN PENTAS & BANNER En. Fauzi bin Rahim Pn. Malziana binti Mohd Kamal Pn. Roshidah binti Rosli 19 PENYELARAS 3 : EN. HASNORIZWANDY BIN HASHIM PENGIRA UNDI En. Mohd Suhaimi bin Mustafa En. Azizan bin Seman En. Mohammad Zaidi bin Sulaiman En. Saw Aik Seng En. Mohd Zahir bin Abd Rahman CENDERAHATI Pn. Azilawaty binti Ahmad Pn. Syahiran binti Ibrahim SAMBUTAN Pn. Roshita binti Idrus En. Rostam bin Man @ Othman Pn. Zanisham binti Abdullah Pn. Rozulazean binti Zulkafli Pn. Nur Nabilah Huda binti Zulkiflee Guru-Guru Kanan AJK PIBG BUKU PELAWAT & PERASMI Pn. Wan Faizythah binti Wan Mohamadan Pn. Salmah binti Saidin PENYELARAS 4 : EN. AHMAD YATIM BIN DARUS KEBERSIHAN, KECERIAAN & KESELAMATAN SEKOLAH En. Rizar Shamlan bin Man Pn. Halimatun Saadiah binti Ahmad KAWALAN LALU LINTAS & PARKIR Pn. Nor Azlina binti Azizan En. Mohd Hairun bin Morad Pengawal Keselamatan PENDAFTARAN GURU Pn. Norsuhada binti Majid Pn. Nor Azwahanin binti Abu Hassan BACAAN DOA En. Ahmad Faiz bin Ahmad En. Ahmad Muhaimin bin Abdul Satar PENDAFTARAN IBU BAPA Pn. Normawati binti Ishak Pn. Saimma binti Ahmad Pn. Sire a/p Etum Pn. Hadibah binti Mokhtar Pn. Noor Haslina binti Hamzah Pn. Aziemah binti Hasmadi Pn. Nur Farhana binti Zol Kepli
20 NUR HIDAYAH BINTI HUSAIN 7A SYAZWANI DAYANA BINTI SHAHALIM 7A MUHAMMAD AFIFI BIN ABDUL RASID 6A IRISH MUHAIMIN BIN KHAIRUL SHAMSULL 5A MUHAMMAD ASHRAF AIZAD BIN MUHAMMAD ZAINI 5A RADIN IQMAL BIN RADIN HAIRI 5A NURIN DANIA FARISAH BINTI ISMAIL 5A NURUL ADIBA BIN JAFANAD 5A MUHAMMAD AZEEM JABBAR BIN AZMAN 4A NASUHA BINTI AMIR 4A NURUL SHIFA BINTI ISHAK 4A SHAHRUL AZRI BIN MOHD RIZAN 4A MUHAMMAD SYAKIR BIN AHMAD TAJUDIN 4A 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. PELAJAR CEMERLANG SPM
21 PROGRAM KECEMERLANGAN SCAN 5 2023 CALON : 120 ORANG GPS : 5.00 % LULUS(LAYAK SIJIL) : 96.77% KELAS TAMBAHAN SUKARELA
KELAS TAMBAHAN SPEED UP 22
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK ASRAMA/LAYAK SIJIL 23 MASA : 9.00 - 10.30 MALAM
24 Program Jalinan bersama Institusi Kemahiran Akademi Pancar bagi Kursus Membaiki Telefon Bimbit yang disertai pelajar tingkatan 4 mulai Mei 2023 hingga tahun 2024 untuk melayakkan pelajar mendapat sijil SKM Tahap II dan Tahap III PROGRAM LAYAK SIJIL HUJUNG MINGGU DIALOG PRESTASI OLEH GURU KELAS, PENETAPAN TARGET DAN PENGISIAN BORANG GROW PROGRAM PERMATA SCAN SPM 2023 DI UUM PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK PROGRAM JARINGAN PINTAR BERSAMA 4 BUAH SEKOLAH
25 MAC 99.71% APRIL 82.31% MEI 80.96% JUN 80.35% JULAI 77.35% OGOS 78.62% SEPTEMBER 80.94% OKTOBER 78.48% NOVEMBER 81.76% DECEMBER 82.24% JANUARI 85.71% FEBRUARI 85.31% PURATA KEHADIRAN 2022/2023 82.81%
26 MARA LASAK PERINGKAT NEGERI (P) - JOHAN MARA LASAK PERINGKAT NEGERI (L) - TEMPAT KETIGA SUKAN 2022 BOLA TAMPAR LELAKI DAN PEREMPUAN - JOHAN MSSPs SOFTBOL LELAKI - JOHAN MSSPs BOLA BALING PEREMPUAN - NAIB JOHAN MSSPs OLAHRAGA - NAIB JOHAN MSSPs PETANQUE LELAKI DAN PEREMPUAN - NAIB JOHAN MERENTAS DESA PEREMPUAN BAWAH 15 - NAIB JOHAN MSSPs 2023 KEJOHANAN TAEKWONDO ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH ZON UTARA - EMAS DAN GANGSA 1ST MALAYSIA SCHOOL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2023 - PERAK KOKURIKULUM 2022 BAHASA PERTANDINGAN MENULIS CERPEN MENENGAH RENDAH - JOHAN PERTANDINGAN MENGARANG SAJAK MENENGAH ATAS - NAIB JOHAN PERTANDINGAN PIDATO MENENGAH ATAS - TEMPAT KETIGA KADET JPJ 1. KATEGORI VIDEO BANTU MULA LELAKI - JOHAN 2. KATEGORI BANTU MULA PEREMPUAN - NAIB JOHAN 3. KATEGORI KESELAMATAN JALANRAYA LELAKI - NAIB JOHAN 4. KATEGORI KAWAD KAKI LELAKI - NAIB JOHAN 5. KATEGORI KESELAMARAN JALAN RAYA LELAKI - TEMPAT KE 3 6. KATEGORI KAWAD KAKI PEREMPUAN - TEMPAT KE 3 7. KATEGORI WAR CRY PEREMPUAN - TEMPAT KE 3 8. DOODLE KESELAMATAN JALAN RAYA - TEMPAT KE 3 KADET POLIS 1. 2.
Penghargaan Seluruh Jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG dengan tulus ikhlas merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.