KISAH TUKANG KASUT
DAN
BURUNG MERPATI
.
AINA NURNABILA BINTI ABDAN (282908)
Di sebuah bandar terdapat seorang
tukang kasut yang bernama Azril. Azril
mempunyai sebuah kedai kasut yang
sering dikunjungi oleh pembeli.
Azril membuat kasut untuk lelaki dan
perempuan. Ramai pengunjung
membeli kasut buatan Azril. Kasut
yang dihasilkan olehnya sangat cantik
dan selesa.
Wah Anis, cantiknya “Terima kasih siti, Anis
kasut awak! beli dekat Kedai Kasut
Boleh saya tahu awak Azril je hehe”.
beli dekat mana?
Saya pun ada beberapa pasang Anis setuju sangat dengan
kasut dari Kedai Azril, apa yang Siti cakap. Setiap
memang selesa sangat kasut minggu mesti ada reka
dia dan semua pilihan cantik - bentuk baharu.
cantik.
Azril mempunyai seekor Burung
Merpati yang cerdik dan pandai
bercakap. Azril memelihara Burung
Merpati tersebut di kedai kasutnya.
Wah, ramainya
pelanggan
membeli kasut di
kedai kita
hari ini!
Betul tu Burung Merpati,
bolehlah saya
belanja awak
makan malam
sedap hari ini.
Burung Merpati itu sangat sayang
akan tuannya, Azril. Ini kerana Azril
memeliharanya dengan baik dan
tidak pernah membiarkannya dalam
keadaan kelaparan.
Makan sampai
kenyang ya,
Burung Merpati
Semua pelanggan Kedai Kasut Azril
juga mengetahui bahawa burung
merpati itu kepunyaan Azril. Mereka
amat bersenang hati apabila burung
merpati itu selalu menyapa apabila
datang ke kedai.
Selamat datang
ke Kedai Kasut
Azril
Azril semakin sayang akan Burung
Merpatinya kerana selalu menolong
memberikan idea kepadanya untuk
membuat reka bentuk kasut baharu
yang cantik.
Kasut itu lebih sesuai
jika diwarnakan dengan
warna biru
Namun, segalanya berubah apabila
perniagaan kasut Azril semakin laris.
Azril selalu memaksa dan mengugut
Burung Merpati setiap hari untuk
memberikan idea membuat reka
bentuk kasut yang baharu.
Awak ingat Burung Merpati,
kalau awak tidak memberikan idea
reka bentuk kasut baharu,
saya akan membiarkan awak
kelaparan dan ikat kaki awak!
Burung Merpati itu tetap menolong
Azril walaupun selalu dipaksa kerana
sangat sayangkan tuannya. Walaupun
Azril berjanji tidak akan memaksanya
lagi tetapi sikap Azril tidak berubah.
Disebabkan idea - idea baharu yang
diberikan oleh Burung Merpati, Azril
dapat mengeluarkan banyak reka
bentuk kasut baharu setiap hari.
Kedai kasut Azril juga semakin laris
dan ramai pelanggan membeli kasut
di kedainya.
Wah,
cantiknya
kasut
kedai ini!
Pada suatu hari, Burung Merpati Azril
membuat keputusan untuk
menghilangkan diri bagi memberikan
kesedaran kepada tuannya atas
sikapnya itu.
Selamat Tinggal,
Azril!
Azril berasa selesa dengan hasil
perniagaannya yang semakin laris
sehingga melupakan perbuatan
kejinya melukakan perasaan Burung
Merpatinya.
Azril sangat sibuk hari ini kerana
melayan ramai pelanggan yang ingin
membeli kasut dikedainya. Dia baru
teringat bahawa dia terlupa
memberikan Burung Merpatinya
makan hari ini.
Azril mencari Burung Merpatinya di
seluruh kedai namun dia tidak jumpa.
Azril mengganggap burung
merpatinya keluar mencari makanan
sendiri disebabkan beliau terlupa
untuk memberi makanan kepadanya.
Sudah seminggu berlalu, Burung
Merpatinya masih tidak pulang. Azril
berasa gelisah kerana stok kasut
dikedainya sudah banyak yang habis
dan dia juga tidak mempunyai idea
untuk reka bentuk kasut baharu
Sejak Burung Merpati menghilang diri,
Kedai Kasut Azril semakin tiada
pelanggan dan tidak maju seperti
dahulu lagi. Oleh itu, Azril berhasrat
ingin berhenti menjadi pembuat kasut
dan tidak ingin berniaga lagi.
Dia berasa yanmg
enymeseaml aksadendgaann
tindakannya
mengugut Burung Merpati sehingga
menyebabkan burung itu terasa hati
dan menghilangkan diri.
PtaednatansugatBuurumnaglaMm
,erpAaztriinl yab.erBmurimunpgi
Merpati itu menyuruh Azril jangan
mudah berputus asa dan dia yakin
tuannya mampu menghasilkan kasut
yang cantik walaupun tanpa
bantuannya.
Azril lantas bangun daripada tidur dan
berfikir tentang mimpi itu. Dia amat
merindukan Burung Merpatinya dan
berjanji akan meneruskan perniagaan
membuat kasut.
Azril kembali membuat kasut dan dia
berjaya menghasilkan reka bentuk
kasut baharu yang cantik. Perniagaan
kasutnya juga semakin lama semakin
ramai pelanggan.
Azril berasa gembira bahawa dia
mampu menghasilkan reka bentuk
kasut yang cantik walaupun tanpa
bantuan Burung Merpatinya.
Setelah perniagaan Kedai Kasut Azril
stabil, Burung Merpati itu kembali
kepada tuannya. Azril sangat terkejut
dengan kepulangan Burung
Merpatinya. Dia berjanji tidak akan
memaksa dan mengugut lagi
Hai Azril, saya sudah Kemanakah, awak
pulang. menghilang Burung
Merpati?
Saya sangat merindukan
awak.
Burung Merpati berasa gembira
melihat perubahan Azril dan dia
gembira tindakan untuk
menghilangkan diri itu berhasil.
Saya suka sangat dengan
perubahan kamu, Azril. Ini
membuktikan
awak boleh berjaya
tanpa saya.
Saya juga berjanji tidak akan
memaksa dan mengugut
kamu lagi, Burung Merpati.
PENGAJARAN
Janganlah kita bergantung
harap pada orang lain
untuk meneruskan
hidup.
Janganlah kita berputus asa,
selagi ada usaha
seseorang
itu boleh berjaya.