The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jmbsaujana2, 2022-02-23 00:01:17

EGM 2022

EGM 2022

MESYUARAT AGUNG
LUAR BIASA 2022

PERBADANAN PENGURUSAN
PANGSAPURI SAUJANA

TARIKH : 26 FEBRUARI 2022
MASA : 0900 PAGI
TEMPAT : DEWAN KOMUNITI
APARTMEN SAUJANA, BLOK C

ATURCARA
MESYUARAT AGUNG

LUAR BIASA 2022

BERKHIDMAT UNTUK KESELESAAN BERSAMA

ATURCARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KEDUA (2)
PERBADANAN PENGURUSAN APARTMEN SAUJANA

Tarikh : 26hb Februari 2022
Tempat : Dewan Komuniti Apartmen Saujana, Damansara Damai

ATURCARA MAJLIS PEMBUKAAN

9.00 am – 9.30 am :Ketibaan & pendaftaran pemilik Apartmen Saujana dan
tetamu jemputan

9.30 am – 9.45 am :Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis & Bacaan Doa

ATURCARA MESYUARAT

9.45am- 1.00 pm : Mesyuarat Bermula

1.00 pm : Mesyuarat Berakhir

BERKHIDMAT UNTUK KESELESAAN BERSAMA

NOTIS PANGGILAN
MESYUARAT AGUNG

LUAR BIASA 2022

BERKHIDMAT UNTUK KESELESAAN BERSAMA

AKTA PENGURUSAN STRATA 2013

PERATURAN – PERATURAN PENGURUSAN STRATA
(PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

BORANG 14

NOTIS MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PERBADANAN PENGURUSAN

Kepada :

SEMUA PEMILIK (YANG NAMANYA TELAH DIDAFTARKAN DI DALAM HAK MILIK
STRATA) YANG MEMBENTUK PERBADANAN PENGURUSAN PANGSAPURI SAUJANA.

NOTIS INI ADALAH DIBERI BAHAWA Mesyuarat Agung Luar Biasa Perbadanan
Pengurusan Pangsapuri Saujana dipanggil bawah subseksyen 57 (3) Akta Pengurusan
Strata 2013 (“Akta”) akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 26hb Februari 2022 (Sabtu)
Masa : 09.00 am – 1.00pm
Tempat: Dewan Komuniti Blok C, Apartmen Saujana

AGENDA
1) Membentang dan Meluluskan Akaun Wang Penjelas (Sinking Fund),
2) Membentang, Membahas dan Meluluskan Kadar Petak Parkir 2022,
3) Perlantikan Ahli JawatanKuasa Baru (Jika Ada Perletakkan Jawatan),
4) Perlantikan Juruaudit Dalaman (Internal Auditor).

Sehubungan dengan itu kami mengalu-alukan kehadiran pemilik-pemilik unit
Pangsapuri Saujana yang telah memiliki hak milik strata bagi menjayakan Mesyuarat
Agung Tahunan (AGM) tersebut.

Sekian, terima kasih.

___________________________
Nor Ahmad Nazri Bin Ismail
Setiausaha,
Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Saujana.

NOTA:
1) Separuh daripada pemilik yang berhak mengundi yang hadir, sama ada
sendiri atau secara proksi, hendaklah membentuk suatu kuorum dalam
sesuatu mesyuarat agung. Jika dalam setengah jam selepas masa yang
ditetapkan bagi suatu mesyuarat agung suatu kuorum tidak hadir, pemilik
yang berhak mengundi yang hadir hendaklah membentuk suatu kuorum.
2) Apa-apa perkara yang menghendaki suatu keputusan dalam suatu mesyuarat
agung hendaklah diputuskan secara mengangkat tangan melainkan jika suatu
pengundian dituntut oleh seorang pemilik atau proksinya.
3) Setiap pemilik (yang bukan merupakan pemilik bersama) hendaklah
mempunyai satu undi berkenaan setiap petak secara mengangkat tangan,
dan dalam satu pengundian, hendaklah mempunyai bilangan undi yang
bersamaan dengan bilangan unit syer yang diuntukkan kepada petak.
4) Seorang pemilik tidak berhak untuk mengundi jika, pada hari yang ketujuh
sebelum tarikh mesyuarat, semua atau mana-mana Caj atau caruman
kepada kumpulan wang penjelas atau mana-mana wang lainyang terhutang
dan kena dibayar berkenaan petaknya, adalah tertunggak
5) Seorang proksi adalah berhak untuk mengundi secara mengangkat tangan
atau secara pengundian.

6) Seorang proksi tidak perlu merupakan seorang pemilik. Seseorang boleh
bertindak sebagai proksi hanya bagi seorang pemilik pada mana-mana satu
mesyuarat agung.

7) Suatu surat cara yang melantik seorang proksi hendaklah secara bertulis yang
ditandatangani oleh pemilik yang membuat pelantikan itu atau wakilnya. Jika
pemilik yang melantik proksi ialah suatu syarikat, badan berkanun atau
mana-mana badan lain, pelantikan proksi hendaklah dimeterai atau
ditandatangani oleh seorang pegawai atau wakilnya yang diberi kuasa
dengan sewajarnya,

8) Ketidakhadiran mana-mana pemilik yang layak mengundi dianggap bersetuju
dengan apa-apa keputusan yang diputuskan oleh mesyuarat.


Click to View FlipBook Version