The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BENCANA ALAM : KAJIAN BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS
( DPE 2A&2B )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurhannanihafizah10, 2021-05-29 12:22:07

BENCANA ALAM: KAJIAN BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS

BENCANA ALAM : KAJIAN BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS
( DPE 2A&2B )

MPU 23052 – SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
SESI: DISEMBER 2020 (DPE 2A & 2B)

TAJUK:
BENCANA ALAM: KAJIAN BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS.

NAMA PENSYARAH
FARHA BINTI MUHAMMAD

NAMA AHLI KUMPULAN

NAMA NO PENDAFTARAN
AINUN MUSFIRAH BINTI SAUFI 33DPE20F1004
SITI NOR AFIKAH BINTI WAHID SATAR 33DPE20F1010
NURHANNANI HAFIZAH BINTI 33DPE20F1030

JAMALUDDIN 33DPE20F1060
NUR IZZAH SHAFIQAH BINTI ZAKARIA

1

ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA
SURAT
i. PENGHARGAAN
3
ii. PENGENALAN 4
5
iii. OBJEKTIF 6

iv. FENOMENA GEMPA BUMI 14
o ISTILAH GEMPA BUMI DI DALAM AL QURAN
DAN HADIS 17
o KISAH PERISTIWA GEMPA BUMI PADA ZAMAN 18
NABI-NABI

v. FENOMENA TSUNAMI
o FENOMENA TSUNAMI BERDASARKAN AL
QURAN

vi. KESIMPULAN

vii. RUJUKAN

2

PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin tuhan yang Maha Esa kerana telah diberi kekuatan
untuk menyempurnakan tugasan ini bagi mata pelajaran sains teknologi kejuruteraan islam.
Pertamanya, Kami ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pensyarah sains
teknologi kejuruteraan islam iaitu Pn. Farha Binti Muhammad kerana telah banyak memberikan

tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya disempurnakan dengan jayanya.
Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana sentiasa memberikan

dorongan dan semangat. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa,
tenaga dan kewangan amat kami hargai. Biar jasa jadi kenangan.

Ribuan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan seperjuangan yang sudi berkongsi ilmu
dan maklumat yang diperlukan sepanjang melengkapkan tugasan ini. Pengalaman dan
pengetahuan yang kami perolehi amat bermakna.
Akhir madah, terima lah pantun daripada kami buat pensyarah tercinta,
Jika ada jarum yang patah,
Jangan disimpan didalam peti,
Jika ada kata yang salah,
Jangan disimpan didalam hati,
Jika ada sumur diladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Jika ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi,
Sekian, wassalam.

3

PENGENALAN

Bencana alam sebahagian besarnya berlaku akibat dari proses semulajadi alam. Namun, dalam
keadaan tertentu, bencana alam juga boleh berlaku akibat dari campur tangan manusia. Dalam
kes-kes yang lainnya, kesan-kesan dari bencana alam meningkat intensitinya akibat tingkah-laku
manusia di dalam alam ini.

Di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang
kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang sepuluh
tahun kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas
seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi Ribut Greg di
Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi. Manakala, tragedi
hempasan ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang lalu merupakan yang pertama kali
berlaku dan tidak mungkin kita semua lupakan.

Tragedi-tragedi alam ini boleh dikaitkan dengan tingkah laku manusia di bumi ini. Ayat 41,
surah Ar-Ruum menyatakan; “Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di
laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” Ayat ini membuktikan
bahawa bencana alam yang berlaku di muka bumi ini ada kaitannya dengan perilaku manusia
yang tidak berhemah kepada alamnya.

Oleh itu, umat manusia sentiasa diingatkan supaya tidak “mencampakkan dirimu ke dalam
kebinasaan” (Surah al-Baqarah, 2: 195). Tindakan-tindakan manusia yang mengganggu dan
memusnahkan keseimbangan ekologi adalah satu tindakan yang akan membawa manusia ke arah
kemusnahan. Ini kerana, hubung kait antara manusia dan alam sangat rapat. Manusia yang
memusnahkan alam boleh diibaratkan sebagai memusnahkan kehidupannya sendiri.

4

OBJEKTIF
I. MENYATAKAN ISTILAH FENOMENA GEMPA BUMI BERDASARKAN AL

QURAN DAN HADIS.
II. MENYENARAIKAN PERKAITAN FENOMENA BENCANA ALAM

BERDASARKAN HADIS.
III. MENDALAMI PERISTIWA GEMPA BUMI PADA ZAMAN NABI-NABI.
IV. MENYATAKAN ISTILAH FENOMENA TSUNAMI BERDASARKAN AL QURAN.

5

BENCANA ALAM: FENOMENA GEMPA BUMI
APA ITU FENOMENA GEMPA BUMI?
Fenomena gempa bumi merupakan antara bencana yang mampu membawa kerosakan dan
kemusnahan terhadap hidupan di alam ini. Kehadirannya menyebabkan manusia merasa cemas
dan bimbang akan ancaman yang bakal dihadapi. Justeru, pelbagai kajian dan penelitian turut
dilakukan bagi mengenali fenomena alam ini secara lebih terperinci. Sebagai umat Islam,
pastinya sumber perundangan yang paling utama menjadi pilihan dalam memimpin pedoman
semasa melakukan kajian. Sejajar dengan kehendak syariat, ianya mampu membuktikan al-
Quran dan Hadith Nabi s.a.w amat relevan bagi semua umat pada sepanjang zaman serta
meliputi seluruh aspek kehidupan manusia.

ISTILAH GEMPA BUMI BERDASARKAN AL QURAN DAN HADIS
Melalui al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w, terdapat beberapa istilah yang merujuk kepada kejadian
fenomena alam gempa bumi. Istilah-istilah tersebut akan memberi gambaran yang lebih jelas
berhubung kejadian fenomena alam tersebut.
Terdapat empat istilah yang berkaitan bencana gempa bumi. Istilah tersebut ialah al-Zalzalah, al-
Rajfah, al-Khasaf dan alSayhah. Istilah yang merujuk kepada gempa bumi secara khususnya
ialah al-Zalzalah dan al-Rajfah. Manakala dua istilah yang lain iaitu al-Khasaf dan al-Sayhah
turut dapat dikaitkan dengan gempa bumi sungguhpun istilah-istilah tersebut mempunyai

6

pelbagai makna yang lain. Antara istilah yang merujuk kepada gempa bumi yang terdapat di
dalam al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w adalah seperti di bawah.
AL-ZALZALAH
Menurut Ibn Manzur di dalam kitabnya Lisan al-‘Arab, Zalzalah bermaksud tanah yang bergetar
dan gegaran yang menyebabkan berlakunya gempa bumi. Kalimah ini juga turut membawa
maksud pergerakan yang amat kuat. Kalimah ini turut memberi makna goncangan bumi yang
berlaku secara semula jadi yang terjadi di bawah permukaan tanah. Walaupun kebanyakan
cendekiawan Islam berpendapat Surah al-Zalzalah berkaitan gempa bumi menandakan hari
kiamat dan berakhirnya dunia namun ayat pertama Surah al-Zalzalah boleh dianggap sebagai
huraian peristiwa gempa bumi.

JADUAL 1: ISTILAH AL-ZALZALAH DI DALAM AL QURAN

JADUAL 2: ISTILAH AL- ZALZALAH DI DALAM HADITH

7

AL-RAIFFFAH
Ianya didefinisikan di dalam Lisan al-‘Arab sebagai gegaran. Kalimah ini juga dapat ditakrifkan
sebagai digoncangkan. Apabila dirujuk di dalam Mu‘jam al-‘Arabi al-Asasi pentakrifan al-
Rajfah akan menjadikan kalimah tersebut seerti dengan al-Zalzalah yang memberi maksud
goncangan. Menurut al-Maraghi, kata al-Rajfah seerti dengan al-Sayhah dan al-Sayhah pula
seerti dengan kalimah al-Sa‘iqah.

JADUAL 3: ISTILAH AL-RAIFFAH DI DALAM AL QURAN

8

JADUAL 4: ISTILAH AL-RAIFFAH DI DALAM HADITH

AL-SAYHAH
Al-Sayhah Kalimah ini merupakan masdar daripada kalimah shoha, yasihu, sayhatan. Sayhah
bermaksud azab penderitaan. Ia turut menggambarkan pelbagai makna yang lain. Antaranya
ialah tempikan, tiupan sangkakala dan serangan yang dilakukan secara mengejut. Walaupun
kalimah tersebut tidak memberi makna gegaran gempa bumi, namun situasi yang dimaksudkan
dapat dikaitkan dengan fenomena gempa secara tidak langsung.

9

JADUAL 5: ISTILAH AL-SAYHAH DI DALAM AL QURAN

JADUAL 6: ISTILAH AL-SAYHAH DI DALAM HADITH

AL-KHASAF
Kalimah ini berasal dari khasafa, yakhsifu, khasfan. Ianya bermaksud membenamkan dalam
tanah dengan apa yang ada atasnya.12 Istilah ini telah digunakan di dalam al-Quran sebagai
menunjukkan salah satu daripada empat jenis seksaan yang ditimpakan kepada orang-orang yang
derhaka kepada Allah.

JADUAL 7: ISTILAH AL-KHASAF DI DALAM AL QURAN
10

JADUAL 8: ISTILAH AL-KHAYSAF DI DALAM HADITH
11

Keseluruhan ayat-ayat al-Quran dan nas-nas hadith yang dinyatakan di atas merupakan ayat dan
nas yang hanya berkaitan dengan bencana gempa bumi dan sebaliknya ayat dan nas yang
menggunakan istilah yang sama tetapi menyatakan maksud yang berlainan tidak dinyatakan di
dalam jadual tersebut.

PERISTIWA GEMPA BUMI MENURUT SEJARAH ISLAM

Bencana gempa bumi telah tercatat kejadiannya di dalam al-Quran dan Hadith Nabi s.a.w. Selain
itu, peristiwa ini turut dapat ditelusuri melalui kisah-kisah sejarah Islam pada masa lalu. Justeru,
segala peristiwa yang telah berlaku wajar dijadikan panduan serta iktibar dalam menghadapi
bencana ini.

KISAH PERISTIWA GEMPA BUMI PADA ZAMAN NABI-NABI

Al-Quran juga turut merakamkan kisah kejadian bencana gempa bumi yang menimpa umat-umat
terdahulu seperti kisah umat Nabi Soleh, umat Nabi Lut dan umat Nabi Syu‘ib. Kisah umat Nabi
Soleh iaitu Kaum Thamud telah menerima balasan bencana berbentuk gempa bumi akibat
perbuatan kaum tersebut membunuh unta Nabi Soleh serta mendustakan ajaran yang
disampaikannya. Dikisahkan bahawa pada waktu matahari terbit, tiba-tiba suara keras datang
dari langit dan goncangan yang hebat datang dari bawah mereka. Justeru itu, Allah menurunkan
balasan berupa seksaan terhadap kaum tersebut.

Seterusnya Kaum Madyan turut mengalami bencana berbentuk gempa bumi lantaran perbuatan
mereka menipu dalam melakukan sukatan dan timbangan di samping ketidaktaatan mereka
terhadap seruan dakwah yang telah disampaikan oleh Nabi Syu‘ib. Lantaran itu pada masa
gempa bumi melanda, mereka mati dalam keadaan terduduk di atas lutut mereka di tempat
tinggal masing-masing. Bencana gempa tersebut telah dinyatakan pada ayat 37 Surah al-
‘Ankabut dan ayat 94 Surah Hud.

12

Dikisahkan juga di dalam al-Quran perihal kaum Nabi Lut yang turut ditimpa bencana gempa
bumi. Kaum Nabi Lut terkenal dengan sifat buruk mereka yang gemar melakukan hubungan
sesama jantina. Walaupun telah dilarang, namun mereka tetap juga melakukan perbuatan yang
dikeji itu. Lantaran itu, Allah mengirim bencana gempa sebagai balasan terhadap kedegilan
mereka. Peristiwa tersebut telah dirakamkan di dalam Surah al-Hijr ayat 73.
Kesemua umat-umat tersebut telah mengalami bencana gempa bumi akibat balasan yang
ditimpakan oleh Allah lantaran kedegilan serta keingkaran mereka terhadap perintah Allah. Di
samping itu, dikhabarkan juga keadaan gegaran yang bakal berlaku apabila hari kiamat tiba.
Allah turut memberi penjelasan situasi yang bakal berlaku apabila gegaran menjelang kiamat
kelak.

13

BENCANA ALAM: FENOMENA TSUNAMI
APA ITU FENOMENA TSUNAMI?
Tsunami sering kali disalahtakrifkan sebagai gelombang pasang surut (tidal wave), merupakan
satu siri ombak yang berlaku selepas gempa bumi (dalam laut), tanah runtuh, aktiviti gunung
berapi, letupan, atau hentaman meteor yang berlaku di dalam atau berhampiran
laut. Tenaga setiap tsunami adalah tetap dari segi fungsi ketinggiannya dan kelajuannya. Oleh
itu, apabila gelombang menghampiri pantai, ketinggiannya meningkat sementara kelajuannya
menurun. Gelombang tersebut bergerak pada kelajuan tinggi, hampir tidak disedari apabila
melintasi air dalam, tetapi boleh meningkat kepada ketinggian 30 meter atau lebih. Tsunami
boleh menyebabkan kerosakan teruk pada kawasan persisiran pantai dan kepulauan.

FENOMENA TSUNAMI DI DALAM AL QURAN
Pastinya bencana Tsunami mengingatkan kita kepada peristiwa taufan dan banjir besar di zaman
Nabi Allah Nuh ‘alayhi al-Salām. Dengan jumlah kematian yang begitu besar (mencecah lebih
200,000 orang), mungkin ia menyamai jumlah mereka yang ditenggelamkan oleh banjir di
zaman Nuh ‘alayhi al-Salām. Ia adalah banjir yang meliputi keseluruhan muka bumi dan
pengetahuan tentang pernahnya berlaku banjir besar itu, diiktiraf oleh semua tamadun manusia.

14

Allah SWT mengekalkan ingatan umat manusia kepada peristiwa di zaman Nabi Nuh itu supaya
ia terus menjadi peringatan, amaran dan pengajaran bagi sekalian umat manusia, mukmin dan
kafir. Firman Allah SWT di dalam surah al-Hāqqah ayat 11-12:

“Sesungguhnya ketika air banjir itu melampau-lampau limpahannya, Kami telah damparkan
kamu dengan selamat di dalam bahtera (Nabi Nuh) itu. Agar dengan itu Kami jadikan peristiwa
tersebut sebagai teladan bagi kamu. Dan untuk didengar serta diambil ingat oleh telinga orang-

orang yang mahu menerima pengajaran”
Selain itu, terdapat juga perkaitan ayat-ayat di dalam surah Hud ayat 40 – 41 berikut:

“Dan apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari
muka bumi (faara at-tannur), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua
dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah

ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang
beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan

sedikit sahaja.
Dan (ketika itu) berkatalah Nabi Nuh (kepada pengikut-pengikutnya yang beriman): Naiklah
kamu ke bahtera itu sambil berkata: Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya.

Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ”

15

Kemunculan banjir besar di zaman Nuh itu bermula dengan limpahan air dari apa yang
diistilahkan oleh al-Quran sebagai al-Tannūr. Al-Tannūr ini pada makna asalnya adalah ketuhar
atau oven yang digunakan untuk membakar roti. Ia dinamakan sedemikian rupa kerana di dalam
ketuhar tersebut api marak membakar menyala-nyala di dalamnya.
Seperti yang kita ketahui, ombak Tsunami ini dicetuskan oleh gempa bumi yang berlaku di dasar
Lautan Hindi berhampiran Sumatera. Gempa bumi ini berkait rapat dengan Lingkaran Api
Pasifik. Batu batan dan api yang membara di perut bumi ini menjadikan kawasan terbabit tidak
stabil sehingga mencetuskan gelinciran benua dan jenis-jenis gempa bumi yang lain. Dalam erti
kata yang lain, seolah-oleh ombak besar Tsunami ini datang dari ketuhar Lingkaran Api Pasifik
dinyatakan sebelum ini. Bahkan ombak besar yang melanda bencana di zaman Nabi Allah Nuh
‘alayhi al-Salām itu juga lebih hebat dari Tsunami tempoh hari. Ia digambarkan seperti gunung
oleh Surah Hud ayat 42 – 43:

“Dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-
ganang dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang

terpisah daripadanya: Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami dan janganlah engkau
tinggal dengan orang-orang yang kafir.

Anaknya menjawab: Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan
aku daripada ditenggelamkan oleh air. Nabi Nuh berkata: Hari ini tidak ada sesuatupun yang
akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani olehNya dan dengan

serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah dia (anak yang
derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. ”

16

KESIMPULAN
Bumi dan alam semesta diciptakan Allah SWT dengan sangat menarik dan cantik dipandang
mata. Tumbuh-tumbuhan menghijau dan langit biru memberikan pandangan yang menyegarkan.
Ini membuktikan kekuasaan-Nya menciptakan segala isi langit dan bumi. Namun sebahagian
manusia tidak mengambil kesempatan daripada kurniaan dan penciptaan Allah SWT ini untuk
mengabdikan diri kepada-Nya. Sekiranya kita memanfaatkan peluang itu sebaik-baiknya,
kehidupan kita akan sentiasa diberkati dan diredai Tuhan. Sebaliknya apa yang berlaku, alam
tidak dipelihara dan dijaga bersama-sama hingga Allah SWT sentiasa mengingatkan kita agar
sentiasa memelihara alam ciptaan-Nya yang mempunyai manfaat dan kebaikan kepada semua
makhluk. Peringatan yang cukup jelas diberikan Allah SWT itu berbentuk bencana alam seperti
banjir besar, tanah runtuh dan gempa bumi.
Allah SWT berfirman: “Tidak ada suatu musibah menimpa (seseorang), kecuali dengan izin
Allah dan sesiapa beriman kepada Allah, nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya.
Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (At-Taghabun: 11)
Ayat ini menyatakan setiap ujian dan musibah diturunkan kepada hamba hanya dengan ketentuan
serta kekuasaan-Nya. Ia mempunyai hikmah yang perlu difikir dan dinilai setiap Mukmin.
Justeru, segala bencana alam yang sering dilihat dan dipaparkan dalam media adalah ketetapan
Allah SWT yang memilih siapa yang akan menerima musibah itu, tempat dan waktu. Apa yang
pasti, ia mempunyai sebab tersurat dan tersirat yang perlu difikirkan oleh kita sebagai khalifah.
Oleh itu, perbanyakkan berdoa kepada Allah SWT agar ujian seperti gempa bumi, tsunami dan
ribut taufan membuka hati kita untuk terus beriman. Jangan sesekali bergantung kepada perkara
khurafat atau kepercayaan karut berkaitan bencana alam kerana ia boleh memesongkan akidah.
Sekian.
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

17

RUJUKAN
 https://saifulislam.com/2014/12/tsunami-2004-teladan-al-quran-dari-kisah-nuh-
alayhi-al-salam/
 https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Tsunami
 https://www.academia.edu/9952830/BENCANA_ALAM_MENURUT_PERSPEKTI
F_ISLAM

18


Click to View FlipBook Version