KAUM SABAH DAN
SARAWAK
KAUM
MELAYU
KAUM KAUM
CINA INDIA
INTEGRASI BUDAYA
DALAM PERAYAAN
DUA 6022 : KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN ISLAM
NAMA AHLI KUMPULAN :
➢ NUR FALIHIN BT MANSOR ( 01DKA18F1062 )
➢ NURUL NABILA BT SAAD ( 01DKA18F1079 )
➢ RUSYDA ULFAH BT RUSLAN ( 01DKA18F1092 )
➢ NUR FARIESHA NAJWA BT ISHAK ( 01DKA18F1104 )
➢ NURFARAHNAJIEHA BT MOHD FAUZI
(01DKA18F1161)
NAMA PENSYARAH : EN AMIR FARIZ
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN ( m/s 1 – 4 )
KAUM MELAYU ( m/s 5 – 8 )
KAUM INDIA ( m/s 9 – 15 )
KAUM CINA ( m/s 16 – 20 )
KAUM SABAH DAN SARAWAK ( m/s 21 – 30 )
Kesimpulan ( m/s 31 )
PENGENALAN
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a. yang bermaksud:
“Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba
daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar
pada hari peperangan Bu’ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar
berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari
raya aidilfitri. Rasulullah bersabda, wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari
rayanya dan ini adalah hari raya kita.”
Sebuah kisah yang telah diriwayatkan berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW boleh dijadikan
teladan mengenai penyebaran fitnah.
Perbualan antara Rasulullah SAW dengan seorng sahabat, Rasulullah SAW ditanya, “Wahai
Rasululluh, apakah itu ghibah?” Lalu jawab Baginda , “menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh
saudaramu di berlakngnya!” Kemudian Baginda ditanya lagi, “bagaimana sekiranya apa yang
disebut itu benar?” jawab Baginda, “ Kalau sekiranya apa yang disebut benar, maka itulah ghibah,
tetapi jika perkara itu tidak benar, maka engkau telah melakukan buhtan (pembohongan besar)”
(Muslim, Abu Daud dan At-Tarmizi)
Malaysia ialah sebuah Negara yang dihuni oleh pelbagai kaum, budaya dan cara hidup yang
berbeza. Menurut Abdul Aziz (2000), kebudayaan ialah himpunan kekayaan jasmaniah dan
rohaniah yang dicipta oleh manusia sebagai cara hidup. Menurut Che Bakar (2007) antara
perkara asas iaitu kemesraan komunikasi. Komunikasi terhasil melalui ucapan salam, bertegur
sapa, memberi senyuman, sifat lemah lembut, penyayang dan memberikan sepenuh perhatian
ketika bercakap.
1
Budaya ziarah- menziarahi atau kunjung- mengunjungi dapat menwujudkan hubungan yang
mesra antara kaum atau bangsa. Namun begitu, beberapa perkara harus diberikan perhatian
seperti mendapat keizinan daripada salam, rumah kawan yang hendak diziarahi, mendapat
keizinan daripada tuan rumah dan setiap kehadiran ke rumah tidak ada mendapatkan kesulitan
bagi mereka.
Budaya mengambil tahu sesama masyarakat adalah sesuatu yang dituntut oleh Islam. Amalan
tolong- menolong adalah contoh terbaik dalam budaya mengambil tahu apabila
bermasyarakatan.
Budaya saling menghormati merupakan amalan yang perlu dilaksanakan tanpa mengira agama,
bangsa serta status seseorang. Al- Quran dengan jelas menggesa supaya mengamalkan perkara
ini seperti di dalam surah al- Isna’ ayat ke-70. Apabila menghormati diri terbentuk budaya saling
menghormati serta masyarakat dapat bersatu-padu dan harmoni.
Budaya mahabbah atau saling berkasih sayang menyebabkan seseorang itu berusaha
memelihara diri keluarga dan masyarakat daripada ditimpa bencana atau mala petaka. Kasih
sayang menurut islam boleh menghilangkan perasaan seperti benci, hasad dengki dan
permusuhan sehingga membentuk perpaduaan dalam kalangan masyarakat.
2
Sama ada baik atau buruk, hakikatnya Malaysia sudah menjadi pilihan destinasi warga asing;
pilihan yang perlu dilalui dalam proses globalisasi dan pergerakan manusia sejagat.
Kepelbagaian yang wujud di negara ini merupakan satu kelebihan yang masih menjadi satu
tradisi kesinambungan dalam kalangan rakyatnya. Keyakinan terbina kerana adanya ruang untuk
menerokai limpahan sumber terhad dan yang membuka ruang ini adalah kesepaduan kestabilan
yang lahir dari perpaduan dalam kepelbagaian.
Kepelbagaian bukan sahaja dari kepercayaan, keturunan, agama, etnik dan warna kulit mahupun
sebarang latar belakang tetapi kebudayaan yang bermacam-macam juga menjadikan Malaysia
seringkali dicemburui dan diiktiraf sebagai yang kompleks, rencam dan majmuk.
Dalam kebanyakan negara, ia menjadi satu liabiliti dengan permusuhan yang berlarutan sehingga
membawa konflik dan peperangan sedangkan di Malaysia kepelbagaian adalah kekuatan dan ia
juga dimuatkan dengan usaha berterusan berinteraksi, integrasi memupuk semangat
persahabatan dan ukhuwah; ia berlaku di istana, Seri Perdana, rumah pembesar negeri dan
rumah sendiri.
Nilai kebudayaan ini termasuk menyambut perayaan yang pelbagai seperti Hari Raya Aidilfitri,
Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi. Uniknya ia menjadi sambutan
semua menandakan semaraknya nilai kemuafakatan, perpaduan dan keharmonian; simbol
integrasi.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini banyak memuatkan mesej bertemakan 'perpaduan'.
Malahan dalam khutbah raya di Masjid Negara, elemen ini turut diberikan keutamaan. Hari Raya
Aidilfitri memberi gambaran bagaimana perpaduan dalam perayaan memberi impak kepada
semangat hubungan antara etnik negara ini. Di setiap pelosok negara, setiap rumah terbuka
dibanjiri dengan masyarakat pelbagai peribadi dan personaliti. Beratur panjang yang barangkali
mengambil masa yang lamanya bukan satu rungutan tetapi kesyukuran bertemu dengan
pemimpin dan sahabat serta personaliti profil tinggi memberikan satu kepuasan.
Perayaan dapat terus disambut sebegini kerana adanya kestabilan dan asas sebenar kepada
hubungan antara etnik adalah kestabilan dalam negara yang membolehkan masyarakat hidup
muhibbah dan rukun walaupun berhadapan dengan beberapa cabaran terutama dalam konteks
mempertahankan apa yang sudah kita miliki selama ini. Dalam masa sekarang ada negara yang
bergelut mencari keamanan, malah Malaysia boleh mengamalkan konsep 'ziarah' dan 'kunjung'
serta 'lawat'.
3
Keamanan datang dari kestabilan. Tanpa ada kepimpinan yang mempertahankan nilai
keamanan, maka Malaysia juga akan mempunyai kecenderungan menjadi 'padang jarak, padang
tekukur' akibat manipulasi nilai keamanan, perpaduan dan muhibbah yang adakalanya ramai
terlepas pandang mengapa ia perlu terus dipertahankan dari sebarang anasir yang mahu melihat
Malaysia sebagaimana negara lain yang berhadapan dengan konflik. Musibah ini mesti dielak
atas prinsip kebergantungan antara satu sama lain; hubungan ini dapat dikekalkan dengan nilai
hormat, faham dan menerima di antara satu sama lain.
Sambutan perayaan di Malaysia mewarnai kepelbagaian yang selama ini sememangnya menjadi
asas hubungan antara etnik. Menyemai nilai ini secara berterusan dengan aktiviti dan program
'muafakat' perlu diteruskan walau zaman silih berganti terutama dalam kalangan generasi muda
yang berkemungkinan tidak melihat kepentingan malah diteruskan dengan semakin terhakisnya
sifat perkampungan dan pulang ke kampung. Walau hadir di persekitaran berbeza, amalan
integrasi melalui perayaan mesti dipertahankan oleh keseluruhan rakyat Malaysia.
Perpaduan memerlukan nilai holistik dalam diri setiap warga Malaysia. Andainya perayaan ini
boleh dikongsi bersama dan merasakan ada tanggungjawab untuk memainkan peranan dan
memberikan makna kepadanya, perayaan sebagai kunci perpaduan tidak perlu dipersoalkan
kerana ia juga berjiwa patriotisme dan nasionalis dengan sendirinya berpandukan prinsip dalam
Rukun Negara dan Perlembagaan yang mempertahankan nilai ini dalam dokumen kebal negara.
4
BUDAYA KAUM MELAYU
Di Malaysia, kebanyakan kaum melayu merupakan umat islam dan mereka akan menyambut
hari perayaan yang besar iaitu Hari Raya Aidilfitri Dan Hari Raya Aidiladha. Ketika perayaan
tersebut, masyarakat melayu akan berkumpul dan menyambutnya dengan orang yang
tersayang. Walaupun kini zaman moden, tradisi melayu tidak pernah dilupakan atau
ditinggalkan kerana tradisilah ia menampakkan uniknya kaum melayu.
ADAT DI HARI RAYA AIDILFITRI
Hari Raya Aidilfitri dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan Hari Lebaran yang
disambut pada 1 Syawal tahun hijrah di mana ia merupakan hari yang menandakan berakhirnya
bulan Ramadhan yang mana umat islam telah berpuasa selama sebulan. Hari Raya Aidilfitri
sentiasa disambut dengan meriah pada setiap tahun. Menjelang kedatangan 1 Syawal, mereka
akan menyediakan pakaian baru kepada keluarga, menghias rumah, dan membuat pelbagai jenis
kuih untuk dihidangkan kepada para tetamu.
Selain itu, Masyarakat melayu biasanya akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut
hari raya bersama-sama dengan keluarga tersayang. Walaupun mereka terpaksa melalui jalan
yang sesak namun mereka sanggup meredahnya demi keluarga. Sambutan hari raya ditentukan
harinya apabila anak bulan kelihatan pada penghujung bulan Ramadhan. Kebiasaannya, pada
malam 1 Syawal, Umat islam akan beramai-ramai bertakbir hari raya di rumah atau di masjid.
Selain itu, malam raya juga kebanyakan masyarakat melayu akan menyiapkan masakan atau
melakukan persiapan untuk sambutan hari esok.
5
Sebagai contoh membakar lemang, menggaul dodol, menganyam ketupat dan memasang
lampu perhiasan. Selalunya mereka akan melakukan bersama-sama agar mereka dapat
menyiapkan persiapan dan makanan tersebut dengan cepat dan mudah. Pada malam raya juga,
kanak-kanak termasuklah orang dewasa akan bermain bunga api. Yang menariknya, hampir
kesemua jiran tetangga turut keluar rumah untuk bermain bersama mereka sehingga berasap
keliling rumah
Pada pagi hari raya Aidilfitri, masyarakat melayu akan bangun awal pagi dan berpakaian yang
cantik ,kemas dan sopan. kaum lelaki kebanyakan memakai baju melayu yang disertakan
songkok dan lilitan kain songket manakala kaum wanita pula akan dipakaikan baju-baju yang
sopan seperti baju kurung atau baju kebaya dan disertakan tudung yang sedondon warna dengan
bajunya. Baju melayu dan baju kurung merupakan pakaian tradisional di Malaysia, namun, pada
zaman ini, pelbagai fesyen yang dilakukan untuk menambah keunikan baju tradisional melayu.
Selain itu, adat orang melayu juga merekan akan memasang pelita di keliling rumah atau di
depan rumah agar rumah mereka menampakkan kemeriahan. Pada pagi raya pertama,
masyarakat melayu akan mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada ibu bapa, suami
isteri dan orang muda terhadap orang tua. Selepas itu, tradisi melayu dilakukan iaitu tradisi
kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai untuk mengeratkan hubungan
silaturrahim. Mereka akan berkunjung sambil menikmati hidangan yang disediakan.
Selain itu, makanan tradisi yang sering dihidangkan ketika hari raya ialah ketupat, lemang,
dodol, nasi himpit dan lain-lain untuk tetamu yang berkunjung dan beraya di rumah mereka. Bagi
mereka, tanpa makanan tradisi, tidaklah sempurna hari raya tersebut. Kuih-muih juga apa
kurangnya sudah terhidang cantik di atas meja dengan pelbagai jenis bentuk, rupa dan rasa.
6
Seterusnya, amalan memberi duit raya merupakan salah satu tradisi yang disukai oleh kanak-
kanak. Di mana kanak-kanak akan mendapat duit raya daripada orang yang lebih tua. Selain itu
juga, hari raya juga mereka akan mengambil kesempatan untuk menziarah kubur ahli keluarga
dan saudara-mara. Mereka akan sedekahkan bacaan surah Yassin dan Al-Fatihah terhadap
jenazah tersebut. Di samping itu, budaya masyarakat melayu akan memberi kad-kad raya untuk
diberi kepada orang tersayang. Kad raya yang mempunyai pelbagai warna dan bentuk, di isi
dengan ucapan selamat hari raya.
Di samping itu, konsep rumah terbuka juga sering diadakan untuk kongsikan kemeriahan hari
raya dengan kaum lain samada kaum cina dan india. Konsep rumah terbuka diadakan untuk
menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai kaum untuk bersama-sama
menyambut perayaan ini dengan rasa gembira dan harmoni. Disini la mereka kan berkenalan
antara satu sama lain dan dapat mengetahui adat-adat orang melayu yang menarik.
ADAT HARI RAYA AIDILADHA
Hari Raya Aidiladha dikenali sebagai hari raya
korban atau hari raya haji merupakan perayaan
yang disambut oleh umat islam di seluruh dunia
selepas perayaan Aidilfitri. Aidiladha akan disambut
pada hari ke 10 bulan Zulhijjah pada setiap tahun.
Perkataan “Aidiladha” merupakan perkataan dari
bahasa Arab yang bermaksud hari penyembelihan
korban. Di mana untuk memperingati kisah Nabi
Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah untuk
menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail.
7
Namun disebabkan kerana kepatuhan mereka, Allah s.w.t menggantikan Nabi Ismail dengan
seekor kibas. Hari Aidiladha juga menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di
mekkah iaitu sehari selepas jemaah haji mengerjakan wukuf di arafah.
Adat Aidiladha hampir sama dengan adat Aidilfitri namun mereka ada perbezaannya.
Kebiasaannya masyarakat melayu akan bertakbir pada malam zulhijjah dan keesokannya
mereka akan menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah di masjid. Kemudian disusuli
dengan bacaan khutbah yang berkisarkan tentang perjuangan Nabi Ibrahim. Pada hari raya
tersebut, kaum melayu akan memakai baju tradisional yang bersih dan kemas serta mengenakan
wangi-wangian.
Kemudian, upacara korban akan dimulakan. Dimana lembu, kambing dan biri-biri yang
dikorbankan atau disembelih secara ramai-ramai di kawasan masjid atau persekitaran kampung
Orang ramai akan menyaksikan
penyembelihan ternakan korban secara terang-
terangan. Selepas itu, daging korban akan
dibahagi-bahagi kan terutama kepada fakir
miskin. Kemudian, mereka akan mengambil
kesempatan berkunjung ke rumah sanak-saudara
untuk mengeratkan silaturrahim sambil menjamu selera dengan juadah istimewa. Juadah yang
sering dihidangkan ketika raya korban rendang daging dan gulai daging.
8
BUDAYA PERAYAAN INDIA
DEEPAVALI
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah
mengetahui bahawa Malaysia adalah Negara yang mempunyai pelbagai kaum yang berbilang
seperti yang kita ketahui Melayu, India, Cina dan Sabah Sarawak. Pada realitinya, memang tidak
dapat dinafikan bahawa budaya dalam perayaan yang disampaikan setiap kaum mempunyai
keunikan yang berbeda. Oleh yang demikian, kaum India juga merupakan kaum yang memberi
impak yang berlainan ini disebabkan kaum ini mempunyai budaya perayaan yang menarik untuk
kita ketahui. Kaum india mempunyai Sembilan perayaan, salah satunya adalah perayaan
Deepavali. Pada masa kini, perayaan Deepavali merupakan perayaan yang sangat terkenal
kerana perayaan ini perayaan yang boleh di sambut dengan pelbagai kaum yang lain di Malaysia.
Perayaan Deepavali juga dikenali sebagai Diwali, Depawali, Dewali, Dipodsavi dan Dipapratipad.
Perayaan Deepavali merupakan sebuah perayaan berwarna-warni yang dirayakan oleh
masyakat India yang beragama Hindu di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan
daripada perkataan ‘Dipa’ yang bererti cahaya dan perkataan “Gavali” pula yang memberi erti
barisan. Untuk perayaan ini, disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara
bulan Oktober dan November). Dalam pada itu, perayaan Deepavali dikenali juga sebagai pesta
Cahaya dan bermaksud ‘sebarisan pelita’. Perayaan ini ialah suatu perayaan dalam kalangan
penganut agama Hindu menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa
kejahatan. Maksud tersiratnya yang lebih mendalam ialah menyemai nilai-nilai positif dalam diri
kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-nilai negatif dalam diri kita
untuk perkembangan rohani bagi seseorang individu. Natijahnya, perayaan Deepavali
mempunyai budaya perayaan yang dilakukan sebelum dan seasa menyambut Deepavali ini.
9
Sudah terang lagikan bersuluh, budaya yang dilakukan sebelum menyambut perayaan
Deepavali adalah pada malam perayaan Deepavali, seluruh ahli keluarga akan berkumpul untuk
menyalakan lilin atau cahaya. Upacara ini di panggil sebagai upacara memasang lampu “vilakku”.
Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Memasang lampu
memberikan aura positif rumah itu dan keseluruhan keluarga. Sementara itu, payaan Deepavali
juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Pada zaman era ini, lampu-
lampu moden di hiasi bagi memudahkan dan menambahkan lagi suasana menjadi lebih ceria
dan warna warni. Bagi penganut agama Hindu, mereka percaya akan Dewa kekayaan dan
kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu.
Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.
Selain daripada itu juga, upacara yang dinamakan ‘Rangoli’ iaitu upacara menyusun beras
atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara
ini sangat terkenal dalam kalangan semua kaum yang lain, disebabkan warna warni beras dan
corak keratif yang akan di buat di lantai. Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan
‘kolam ‘atau ‘Rangoli’ iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum
tertib matahari. Mereka kan mempersiapkan hiasan ‘Rangoli’ itu sebelum menyambut perayaan
Deepavali di pagi itu.
Biasanya ‘kolam ‘ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya
setiap isi rumah mendapat kesejahteraan. Kemahiran membuat ‘kolam’ ini biasanya diwarisi
secara turun-temurun. Bahkan nampak susah untuk dilakukan, tetapi penganut Hindu boleh
membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan
kerana tumbuhan memberi maksud yang baik dan mempunyai nilai yang positif.
10
Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh
penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia kerana bagi kepervayaan mereka, semua yang
hidup didunia boleh menyambut perayaan Deepavali ini. Disamping itu, hiasan ‘kolam’ ini
merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayan yang dipercayai hanya akan
mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan ‘kolam’ di pintu masuk rumah mereka.
Seterusnya, budaya yang dilakukan di pagi perayaan Deepavali lebih kurang sama dengan
perayaan Aidilfitri iaitu seluruh keluarga akan bangun sebelum matahari terbit. Mereka akan
bersalaman dan meminta ampun dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Selepas
itu, upacara mandi minyak bijan turut dilakukan pada awal pagi sebelum matahari terbit. Upacara
mandi minyak bijan bertujuan untuk penyucian badan dan semangat jahat. Minyak bijan ini akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
Mandian minyak bijan ini mempunyai kebaikkan iaitu ibarat mandi di Sungai Ganges yang suci.
Selepas mandi dimestikan memakai pakaian dan perhiasan serba baru pada pagi justeru itu
kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk
tujuan menghias diri. Mengenai pakaian yang sering dikenakan oleh kaum India semasa
perayaan Deepavali adalah “Sari” untuk kaum wanita dan “Dhoti” untuk kaum lelaki.
11
Selepas daripada mandi, mereka akan memakan manisan. Manisan merupakan juadah yang
utama dinikmati oleh kaum india. Manisan memberi indentiti kepada semua kaum india kerana
pembuka sebelum memulakan sesuatu majlis, acara atau hari perayaan. Bagi kaum india
memakan makanan yang manis akan memberi kegembiraan kepada diri kita, keseronokan, nilai
positif dan kesejahteraan yang berpanjangan. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis
dan sedap dianggap lebih baik dan dialu-alukan. Sebagai tamsilannya, juadah tradisional kaum
india yang terkenal seperti halwa dan laddu. Kuih muih yang sangat terkenal dalam semua
kalangan kaum adalah maruku dan adivasam dan payasam. Muruku, Neiurundai dan Atherasam
adalah merupakan kuih-muih tradisional orang India.
Akhir sekali, adalah upacara sembahyang. Upacara ini
adalah upacara wajib yang dilakukan bagi perayaan
Deepavali. Bagi penganut Hindu, mereka akan mengunjungi
kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara
penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung
Dewa Hindu dengan kalungan bunga. Tujuan pengalungan
Bungan yang telah meninggal dunia. Selepas daripada
sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai
manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke
rumah masing-masing ini adalah untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta
memperingati ahli keluarga
12
PERAYAAN THAIPUSAM
Alam terbentang menjadi saksi bahawasanya perayaan Thaipusam merupakan perayaan
agama yang sangat porpular dalam kalangan orang india di Malaysia. Hari Thaipusam
merupakan Hari perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama hindu di Malaysia.
Perayaan ini adalah merupakan perayaan untuk menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau
juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam di rayakan pada hari malam bulan
purnama iaitu bulan yang dipanggil bulan ‘Thai’. ‘Thai’ bulan yang jatuh pada bulan kesepuluh
dalam kalendar Tamil. Pada hari Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang. Tujuan
sebenar hari Thaipusam adalah hari menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon
ampun atas dosa-dosa yang telah dilakukan sepanjang tahun yang lepas. Bukan semua
penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon hajat kepada Dewa Murugan
dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
Misalnya, meminta hajat bagi wanita yang belum mempunyai anak untuk mengandung, selain itu
meminta nazar untuk memberi kesihatan yang baik dan memohon rezeki yang baik. Natijahnya
bahawa perayaan Thaipusam merupakan perayaan yang sangat memberi impak yang besar bagi
kalangan kaum india, oleh sebab itu perayaan Thaipusam mempunyai adat dan budaya yang di
lakukan sebelum dan semasa perayaan Thaipusam.
Fokus utama topik kita ialah budaya dalam perayaan Thaipusam yang di lakukan oleh
kaum Hindu india di Malaysia. Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan
berpuasa selama sebulan. Tujuan berpuasa selama sebulan iaitu 48 hari ini adalah untuk
membersihkan jiwa mereka. Konsep ‘puasa’ dalam agama Hindu berbeza dengan apa yang kita
ketahui dalam agama Islam. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan hanya makan
sayur sehari sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Tetapi dalam dua puluh empat jam sebelum
menyambut Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya. Selain itu juga semasa
mereka berpuasa mereka perlu memikirkan tentang tuhan mereka. Kuil perlu di kungjung untuk
terus berdoa untuk membuktikan mereka ingin menunaikan nazar dan bertaubat. Masyarakat
agama hindu india biasanya akan menyambut hari Thaipusam ini di Kuil Sri Subramaniyar, Batu
Caves, Selangor. Kuil di Batu Caves merupakan sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di
Malaysia.
13
Pada waktu yang sama, budaya dalam perayaan Thaipusam yang sering berlaku adalah
berarak membawa susu dalam belanga ke kuil. Pada hari Thaipusam mereka akan membawa
susu yang diisi dalam belanga yang berwarna putih kerana susu itu dianggap paling suci. Susu
ini diisikan dalam belanga tembikar atau pada masa kini dalam belanga aluminium telah wujud.
Belanga akan diisi penuh sebelum berarak ke Kuil Sri Murugan, Batu Caves, Selangor sebagai
tanda membayar nazar pada tahun yang lepas. Sementara itu, belanga berisi susu ini pula akan
dihias dengan pelbagai sebagai contoh menghiasnya dengan corak, warna, daun dan benang.
Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil hinggalah ke dalam kuil. Dalam pada itu,
bukan semua penganut Hindu membawa belanga berisi susu ini. Hal ini demikian kerana
pembawaan belanga bukanlah kewajipan dalam meraikan kebesaran Tuhan Murugan. Tetapi
walau bagaimana pun berarak membawa susu dalam belanga ke kuil merupakan satu budaya
yang di buat bagi sesetengah kaum india yang beragama hindu.
Seterusnya adalah membawa kavadi. Kavadi dilakukan untuk memohon keampunan daripada
dosa-dosa mereka. Mereka inilah yang membawa kavadi yang dijunjung di atas bahu dan kepala
mereka. Jawatan pemegang-pemegang kavadi perlu melalui perkara rumit sebagai proses
membersihkan diri dan menganggap ianya menyembah kepada Dewa Murugan. Pemegang
jawatan kavadi perlu memakan makanan yang sihat, baik sekali sehari dan sentiasa memikirkan
Tuhan. Kavadi ini diperbuat daripada beberapa rod besi atau kayu yang di atasnya terletak patung
dewa Murugan dengan pelbagai saiz dan bentuk. Sebagai contohnya, sebuah kerangka besi
yang dihiasi dengan bunga-bunga, kertas berwarna-warni yang cantik, bulu merak dan buah-
buahan segar yang dijunjung di atas bahu. Manakala, pembawa kavadi ini lazimnya terdiri
daripada lelaki, perempuan, tua, muda dan kanak-kanak. Berat dan saiz kavadi ini bergantung
kepada kemampuan seseorang. Disamping itu, kavadi biasanya akan menusuk menembusi
anggota badan contohnya seperti lidah, telinga dan hidung dengan rod besi. Biasanya, pembawa
'kavadi' ini berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.
14
Malahan ada yang diiringi dengan kumpulan muzik yang memberi irama kavadi, mangkuk
perasap kemenyan dan lain-lain juga.
Lain daripada itu, bagi yang berjantina lelaki, selalunya mereka akan mencukur rambut dan
menyapu campuran serbuk cendana atau kunyit serta air di atas kepala untuk membayar balik
nazar mereka. Ini merupakan budaya yang di lakukan semasa perayaan Thaipusam.
Lantarannya, untuk perkhidmatan menggunting rambut ini telah ada disediakan di luar kuil
dengan bayaran tertentu. Mereka akan di botakkan sehingga licin. Budaya ini merupakan satu
bentuk melepaskan atau membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa yang sedih dan
menanti hari-hari yang baik yang bakal menjelma. Budaya ini memang dilakukan untuk jantina
lelaki. Walaubagaimanapun, pada zaman sekarang umum mengetahui bahawasanya
kebanyakkan yang mencukur rambut adalah kanak-kanak. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, kanak-kanak adalah orang yang sering dikatakan melakukan dosa tanpa sedar.
Keseluruhannya bahawa kaum india merupa agama yang memberi budaya yang menarik dalam
pembersihan diri, dan meminta keampunan atas kesalahan yang dilakukan.
15
BUDAYA PERAYAAN CINA
Tahun Baru Cina (Chun Jie)
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting bagi kaum cina yang menganut agama buddha
bagi menyambut tahun baru dalam kalender qamari cina yang terbahagi kepada 12 dan
berbentuk kitaran, setiap satunya dinamakan semperna nama haiwan iaitu tikus (zi), lembu
(chou), harimau (yin), arnab (mao), naga (chen), ular (si), kuda (wu), kambing (wei), monyet
(shen), ayam (you), anjing (xu) dan khinzir (hai). Tahun Baru Cina melambangkan titik permulaan
sesebuah nasib dan kehidupan seseorang. Tahun Baru Cina akan diraikan dengan jamuan yee
sang dan kuih bakul. Masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut dan limau
mandarin akan dimakan bersama ahli keluarga. Lima belas hari selepas perayaan tahun baru
cina akan ditamatkan dengan perayaan Cap Goh Mei manakala sebelum Tahun Baru Cina rumah
mereka akan dicuci dan segala hutang-piutang akan dikutip dan dibayar. Selain itu, sanak
saudara akan balik berkumpul da pada malam harinya mercun akan dibakar menandakan
bermulanya Tahun Baru Cina yang dapat menghalau nasib malang.
Sambutan perayaan Tahun Baru Cina
Sama seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan lain-lain, Tahun Baru Cina juga disambut dengan
ziarah menziarahi ahli keluarga, saudara-mara dan jiran tetangga tetapi budaya cina mereka akan
mengenakan busana yang berwarna merah yang dipercayai dapat menakutkan roh jahat dan
nasib malang dan pemakaian pakaian baru dari kepala hingga ke kaki pula melambangkan
permulaan baru bagi tahun baru. Tapi kenapa Tahun Baru Cina mereka mesti mengunakan
warna merah? Kepercayaan orang cina bunyi bising dari gendang dan gong yang kuat yang
diiringi tarian singa, letupan bunga api dan penggunaan warna merah dapat mengusir raksaksa
Nian iaitu raksaksa yang tinggal di dasar laut dan akan meyerang manusia didaratan pada musim
bunga.
16
15 hari perayaan Tahun Baru Cina?
Sebelum tahun baru
Keluarga akan bersama-sama membersihkan rumah secara menyeluruh bagi menghalau nasib
malang pada tahun lalu dan menjemput nasib yang akan datang. Mereka juga mempercayai bagi
menghindari nasib baik daripada keluar daripada rumah mereka akan menyimpan penyapu dan
penyodok sampah pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan hari pertama. Selain itu, mereka
menghiasi rumah mereka dengan warna merah dan kertas ucapan yang merujuk kepada
kebahagiaan dan kemakmuran.
Seterusnya, acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina adalah makan besar bersama ahli
keluarga yang menghidangkan ikan bagi tujuan paparan semperna jamuan manakala di China
utara adat memakan ladu pula adalah melambangkan kemewahan kerana bentuknya seakan
jongkong emas cina.
17
Hari pertama perayaan adalah hari bagi mengundang dewa dan dewi dari kayangan dan bumi.
Oleh itu, meraka tidak memakan makanan berasaskan daging kerana meraka mempercayai
bahawa ianya dapat memanjangkan usia. Tarian singa juga diundang bagi menghalau nasib
malang dan menyambut tahun baru. Hari pertama juga mereka akan menziarahi orang yang lebih
tua dalam ahli keluarga mereka bagi menunjukan rasa hormat. Angpau berwarna merah akan
disediakan oleh orang yang telah berkhawin dan diberi kepada orang yang belum berkhawin
denganjumlah tertentu.
Hari kedua ialah hari membuka tahun dimana anak perempuan yang telah berkhawin akan
menziarahi ibu bapa kandung mereka kerana menurut tradisi anak perempuan tiada peluang
untuk menziarahi ibu bapa mereka semasa bergelar isteri.
18
Hari ketiga dikenali sebagai “mulut merah” yang bermaksud menyebabkan pergaduhan maka
tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara. Hari ketiga juga merupakan hari menziarahi kubur
dan keluarga yang mengalami kematian dalam tempoh tiga tahun tidak akan menziarahi mana-
mana rumah sebagai tanda penghormatan.
Hari ketujuh iaitu yan yat disebut hari pertambahan usia setahun menurut kalender qamari cina.
Di rantau Asia Tenggara seperti Malaysia dan Singapura, hari tersebut mereka akan merayakan
dengan memakan salad ikan metah lambung dan yee sang bersama keluarga untuk melambung
salad yang berwarna-warni disertakan hajat bagi menambah kekayaan dan kemakmuran.
19
Hari kesembilan, kaum cina akan menyembah Maharaja Jed. Suku Hokkian di Malaysia akan
meraikannya dengan meriah melebihi hari pertama perayaan kerana kisah penduduk hokkian
yang diserang lanun bersembunyi di kebun tebu pada hari jadi Maharaja Jed lalu mereka
menganggap Maharaja Jed yang menyelamatkan mereka dari dibunuh. Ahli keluarga yang paling
tua akan memulakan upacara dan diteruskan dengan berperingkat.
Hari kelima belas, Chap Goh Mei adalah hari terakhir perayaan dimana persembahan
kedudayaan cina seperti perarakan tangalong, tarian naga dan singa, opera cina dan lain-lain
pada waktu malam. Selain itu, para gadis akan memakai pakaian yang cantik bagi mencari
pasangan dan mengunjungi wat untuk berdoa. Pesta Chap Goh Mei akan disambut secara besar-
besaran seperti upacara sembahyang, pembakaran colok dan bunga api, makan bersama
keluarga serta acara pelepasan tangalong.
Bolehkah orang Islam menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina? Jawapannya boleh selagi
tidak melanggar ajaran Islam dan betulkan niat serta tujuan. Di Malaysia, rumah terbuka akan
dihadiri pelbagai kaum untuk menyaksikan pelbagai tradisi dan kebudayaan masyarakat cina
yang bakal dipersembahkan seperti tarian singa, tarian naga dan lain-lain lagi. Perdana Menteri
dan Mentri-menteri juga akan menghadiri sambutan tersebut untuk menyerikan lagi majlis rumah
terbuka dengan menggaul yee sang bersama-sama kaum cina disitu contohnya Perdana Menteri
Tun Mahathir Mohamad dan isteri beliau menghadiri majlis rumah terbuka di Menara PGRM.
20
Dengan adanya majlis ini perpaduan kaum akan terjalin kerana majlis tersebut dihadiri oleh orang
beragama Islam, Hindu, Buddha dan lain-lain untuk menyerikan rumah terbuka tersebut. Selain
itu, nyayian lagu Negaraku akan berkumandang bagi membangkitkan semangat patriotik dan
menuntut supaya rakyat hidup bersatu padu agar negara aman dan makmur. Budaya kunjung-
mengunjung dan saling menziarahi akan mengeratkan lagi hubungan siratulrahim antara kaum
agar generasi seterusnya dapat menikmati suasana yang aman walaupun di negara ini
mempunyai pelbagai bangsa dan agama.
Dalam menghadiri majlis rumah terbuka, umat Islam dilarang mengikuti budaya-budaya yang
bertentangan dengan syarak seperti cara pemakaian yang tidak menutup aurat, makan makanan
yang haram atau memabukan dan lain-lain lagi. Oleh itu, sebagai umat Islam kita haruslah
berwaspada dalam melakukan sesuatu perkara agar tidak bertentangan dengan Islam. Riwayat
Imam Abu Dawud “Barang siapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dalam golongan
mereka” kerana Allah telah jadikan kelompok-kelompok yang ingkar kepada perintah-Nya lalu
penglibatan orang-orang Islam dalam upacara mereka yang menyekutukan Allah telah
menjadikan orang Islam tersebut termasuk dalam golongan mereka. Dalam surah Ghaafir ayat
75 telah dijelaskan azab yang pedih yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang berpesta
dipenuhi dengan perkara yang berunsurkan maksiat dan terlarang, juga terdapat dalam surah Al-
Baqoroh ayat 120 “Dan jika engkau mengikuti hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu
ilmu, maka Allah tidak akan menjadi wali dan penolongmu”. Kesimpulannya, sebagai seorang
muslim kita wajib mentaati perintah Allah dengan menjauhi perkara-perkara yang dilarang oleh-
Nya.
21
BUDAYA PERAYAAN SABAH DAN SARAWAK.
Malaysia seringkali dilihat sebagai sebuah negara yang bersatu padu tanpa mengira kaum.
Namun begitu, jika ditinjau hubungan perpaduan rakyatnya terutamanya di Semenanjung,
mereka sebenarnya masih belum mencapai tahap perpaduan yang tinggi jika ingin dibandingkan
dengan Sabah dan Sarawak.Sabah dan Sarawak dijadikan sebagai negeri-negeri contoh
perpaduan kerana meskipun terdapat jurang perbezaan dari segi etnik, bangsa dan agama,
rakyat Sabah dan Sarawak masih hidup bertoleransi dan saling memahami antara satu sama
lain. Ia mungkin kerana masyarakat Sabah dan Sarawak lebih liberal dan terbuka berbanding di
Semenanjung, maka konsep sekularisme tidak menjadi masalah di sana. Hal ini berbeza di
Semenanjung di mana rakyat di sini lebih sensitif terutamanya apabila menyentuh perihal isu
agama. Ia kerana penghayatan mereka terhadap agama Islam adalah lebih kuat maka konsep
sekularisme sukar diterima. Begitu juga dengan perayaan-perayaan yang disambut oleh
mereka.Masyarakat di Sabah dan Sarawak menyambut pelbagai jenis perayaan ekoran daripada
pelbagai jenis kaum dan kepercayaan yang dianuti oleh masyarakat di sana seperti kaum
iban,melanau,kadazandusun,bidayuh,bajau dan banyak lagi.Walaupun mereka hidup pelbagai
kaum tetapi perpaduan antara mereka sangat baik dan saling menghormati sensitiviti sesama
kaum.Hal ini perlu dijadikan contoh kepada warga Semenanjung kerana di Semenanjung hanya
22
mempunyai tiga kaum utama yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Justeru itu, warga
Semenanjung seharusnya lebih bersatu padu dan hidup dengan harmoni untuk mengekalkan
perpaduan di Malaysia.
Keunikan di Sarawak.
Sarawak mempunyai kepelbagaian budaya dan seni yang harus dipertontonkan kepada umum
membabitkan tarian, teater serta nyanyian. Kebudayaan dan kesenian inilah yang menjadi antara
tarikan pelancong ke Sarawak selain pengunjung datang untuk menghayati alam semula jadi,
aktiviti lasak dan makanan. Selain itu, kebanyakkan penduduk di Sarawak mengamalkan
perkahwinan campur antara kaum. MenurutTimbalan Dekan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti
Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Jayum A Jawan, kebanyakan penduduk Sarawak mengamalkan
perkahwinan campur di mana mereka menyambut hari raya Aidilfitri serta Krismas di dalam
sebuah rumah yang sama.
Keunikan di Sabah.
23
Rakyat Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Sebuah negeri yang kaya dengan tarian
kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah
Fest, orang ramai akan disajikan dengan pelbagai tarian kebudayaan. Salah satunya ialah pesta
kaamatan. Pesta Kaamatan merupakan simbolik keharmonian dan semangat muhibah
masyarakat di negeri Sabah untuk hidup dengan harmoni meskipun terdiri daripada pelbagai
kaum, agama dan kepercayaan. Perayaan ini memberi peluang untuk lebih mengenali,
memahami dan menghormati adat dan budaya suku kaum KadazanDusun kerana etnik lain juga
turut bersama-sama menyambut pesta ini. Penghargaan dalam budaya ini menunjukkan rakyat
Sabah akan sentiasa dan terus melindungi serta mengukuhkan perpaduan yang telah dipupuk
selama ini.
Perayaan di Sarawak- Perayaan Gawai Dayak
Hari Gawai Dayak merupakan pesta tahunan yang disambut oleh orang Dayak di Sarawak,
Malaysia dan Kalimantan Barat, Indonesia pada 31 Mei dan 1 Jun. Pesta ini merupakan cuti
umum di Sarawak dan majlis keagamaan dan sosial yang diiktiraf sejak 1957.Kumpulan etnik
juga meraikan perayaan mereka sendiri. Tradisi rumah terbuka membolehkan kumpulan etnik
lain untuk menyertai. Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia untuk mengisytiharkan
perayaan Gawai Dayak sebagai cuti umum.
Persediaan untuk menyambut Hari Gawai Dayak.
Persediaan ini bermula bila tibanya bulan Mei dengan penapaian tuak iaitu sejenis minuman
tradisional komuniti Dayak. Ia mengambil masa selama sebulan. Pada akhir bulan Mei, proses
24
penapaian air tuak telah siap dan boleh diminum. Meminum tuak melambangkan kekuatan
tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi. Setelah selesai membuat tuak, kaum wanita
akan membuat kuih-muih tradisi prang Dayak yang dipanggil kuih sarang semut, acuan dan kuih
sepit. Kuih-kuih ini akan disimpan di dalam tempayan atau tin supaya tahan beberapa minggu
tanpa basi sementara menunggu tibanya hari gawai. Sebelum berakhirnya bulan Mei, gotong-
royong membersihkan dan menghias rumah panjang akan dijalankan. Setelah itu, acara
pembersihan kubur selalunya akan diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan bagi
orang-orang yang telah meninggal seperti nenak-moyang, ahli-ahli keluarga, sahabat handai and
masyarakat setempat. Rumah panjang atau kampung seterusnya akan bermesyuarat untuk
menubuhkan sebuah jawatankuasa atau komiti bagi mengatur acara sambutan gawai pada 31hb
Mei dan 1hb Jun. Acara-acara tradisi termasuklah meminum air panjang umur, perarakan
menyambut Tuhan, pertandingan ratu cantik seperti pekit Kumang dan Keling bagi kaum Iban,
pendirian pokok "ranyai", bermain muzik tradisi, menari tarian asal seperti ngajat dan datun jalut,
persembahan seni mempertahankan diri dan menyanyikan puisi rakyat. Peraturan-peraturan
khas untuk dipatuhi oleh orang ramai juga akan ditentukan untuk menjaga suasana gawai yang
meriah tanpa pergaduhan dan gangguan yang lain. Bagi kaum Iban, peraturan ini dipanggil
"begeliga".
PERAYAAN PADA HARI PERTAMA HARI GAWAI.
25
Bila tibanya pagi 31hb Mei, orang ramai akan turun mencari bahan makanan dari hutan atau
kebun terutamanya umbut yang sedap dimasak sup dengan daging haiwan. Ikan, haiwan liar dan
sayuran hutan juga dicari untuk lauk-pauk sebelum gawai. Selepas itu, orang ramai akan
menyembelih haiwan ternakan sebagai lauk utama gawai.Nasi pulut "pansoh" (lemang) akan
dimasak dalam ruas buluh supaya ada aroma istimewa daripada buluh tersebut yang tidak
diperolehi jika dimasak dalam periuk. Nasi pulut inin adalah dianggap hidangan istimewa kerana
kelekitannya melambangkan perpaduan di kalangan komuniti itu yang menjamahnya. Nasi pulut
juga digunakan untuk membuat nasi manis dan tuak, sebagai salah satu sajian kepada para dewa
dan membaling tiang chandi sewaktu gawai burung atau kenyalang. Selain itu masakan seperti
ayam pansuh turut disediakan.
Sementara itu, tikar-tikar anyaman tradisi dengan rekaan bunga-bungaan yang cantik dan
berwarna terang akan dibentangkan di sepanjang ruai rumah. Jenis-jenis tikar tradisi termasuklah
tikar bemban, tikar rotan dan tikar kulit kayu. Kain-kain tenunan atau ikatan tradisi yang dipanggil
"pua kumbu" pula digantung di dinding-dinding sebagai perhiasan. Barangan kraft tangan yang
lain seperti bakul dan topi besar boleh juga digantung di dinding-dinding bilik. Pelantar istimewa
dan tilam kapas empuk akan dibuat terutamanya di ruai Ketua Rumah atau Gawai sebagai tempat
singgah-sana para tetamu khas yang dijemput hadir semasa upacara duduk berbaris mengikut
kedudukan sosial masing-masing nanti.
26
Selepas semua persediaan ini siap, orang ramai mulalah mandi, berpakaian kemas dan bersedia
untuk acara malam menyambut gawai pada 31hb Mei.
PERAYAAN SEMASA MALAM PERTAMA HARI GAWAI.
Kira-kira jam 6 petang 31hb Mei, gong akan dipukul untuk mengumumkan permulaan upacara
sambutan Gawai Dayak kepada semua orang.Acara ringkas membuang roh hantu pembaziran
yang dipanggil "Antu Rua" oleh kaum Iban akan dilakukan dengan mengheret sebuah penampi
oleh dua orang budak atau lelaki supaya setiap keluarga boleh membuang sesuatu barang yang
tidak berguna lagi untuk roh itu supaya ia tidak mengganggu perjalanan perayaan pesta gawai
seterusnya selepas barang-barang itu dipersembahkan untuknya.Seterusnya akan dilakukan
upacara sajian dan penyembahan, yang dipanggil "miring" atau "bedara" oleh kaum Iban, di
setiap bilik keluarga secara bergilir-gilir dari bilik ke bilik sepanjang rumah panjang atau kampung.
Upacara ini bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon
panjang umur, kesihatan dan rezeki pada tahun akan datang.
Pada keesokan harinya, setiap bilik dalam sesebuah rumah panjang atau kampung akan
bersedia untuk acara rumah terbuka kepada orang ramai dengan menghidangkan makanan dan
minuman di bilik atau di ruai mereka. Orang Dayak akan terus berpesta sambil bersukaria sesama
27
sendiri. Pada masyarakat Dayak, adalah menjadi tradisi semua hadirin termasuk jemputan dan
tuan rumah makan bersama-sama serentak. Sebagai tanda kemesraan dan hormat, adalah adat
asal kaum Dayak menghidangkan makanan secara langsung kepada para tetamu berbanding
cara layan diri atau "bufet" yang lazim sekarang ini. Para hadirin akan diminta duduk berbaris
dalam deretan sepanjang ruai rumah panjang untuk majlis makan.
PENUTUPAN HARI GAWAI.
Pada akhir bulan Jun, majlis penutupan Gawai Dayak akan diadakan dengan acara simbolik
menggulung tikar yang dipanggil ngiling bidai oleh kaum Iban. Acara ini merupakan maljis kecil
atau sederhana di mana jamuan diadakan, pokok ranyai yang lebih kecil boleh didirikan, diikuti
tarian ngajat dan tuak peruk mungkin dihidangkan. Tuak peruk disediakan daripada hampas nasi
pulut yang tinggal dalam tempayan setelah air tuaknya hampir habis diminum. Jadi, tuak peruk
selalunya berwarna putih. Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil bidai akan digulung untuk
menandakan berakhirnya perayaan Gawai Dayak.
PAKAIAN SEMASA HARI GAWAI.
Ngepan digunakan semasa perayaan seperti "Hari Gawai". Cara pemakaian Ngepan Indu Iban
ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang dikenakan
28
Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh memberi kesan yang
negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban dan juga cara permakaian yang salah
boleh menyebabkan pemakainya dipandang serong. Secara keseluruhannya, pengekalan
pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan hadapan dapat mengetahui
budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya pakaian tradisional perempuan kaum Iban
di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian
budaya sebagai pakaian kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.
PERAYAAN DI SABAH-TADAU KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau nama lain iaitu (Tadau Kaamatan) atau di dalam bahasa Kadazan
"Magavau" merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu untuk
menghormati semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi Kaum Kadazan
Dusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai
menuai padi. Pesta Kaamatan yang dirayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis Undangan
Kerajaan Koloni sebagai cuti umum Sabah sejak tahun 1960 lagi, oleh Tun Haji Mohamad Fuad
Stephens, Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Antara sambutan menarik yang diadakan ialah persembahan dan pertandingan tarian Sumazau.
Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai
pakaian tradisional mereka. Tarian ini dengan iringan paluan gong. Tarian ini ditarikan dengan
kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung,
mengikut alunan rentak yang dimainkan. Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat
Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku
kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan
selain Tadau Kaamatan. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan
perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik
29
menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta
talipinggang (hinogot) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars) dan set tangkong
yang diperbuat daripada tembaga. Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping
pakaian serba hitam serta menyangkutkan dipinggang daun silad kering sebagai pengganti padi.
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis
arak tradisional. Tapai merupakan minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras
(nasi) atau ubi kayu. Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama
seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai dicampur
dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa" kepada tapai tersebut. Makanan
tradisional turut disediakan sempena hari tersebut. Mereka menggunakan sebatang buluh kecil
yang dipanggil "Sumbiling" untuk menyedut air tapai ini dari dalam tempayan besar. Biasanya
sumbiling digunakan untuk meminum air tapai yang diperbuat daripada ubi kayu. Selain itu,
mereka juga menggunakan gelas khas dinamakan "Singgarung" yang diperbuat daripada buluh.
30
KESIMPULAN
Di Malaysia terdapat pelbagai perayaan untuk berbilang kaum. Perayaan adalah satu simbolik
bagaimana kita boleh mengetepikan perbezaan sesama manusia untuk dijadikan landasan
perpaduan. Sambutan perayaan di Malaysia mewarnai kepelbagaian yang selama ini
sememangnya menjadi asas hubungan antara etnik. Andainya perayaan ini boleh dikongsi
bersama dan merasakan ada tanggungjawab untuk memainkan peranan dan memberikan makna
kepadanya, perayaan sebagai kunci perpaduan.
31