km/j
Istilah Maksud
Alat penahan Alat untuk menahan pemandu dan penumpang daripada terhumban
ke hadapan dalam perlanggaran atau semasa membrek kecemasan.
Alat perlindungan Pakaian atau peralatan yang boleh melindungi pemandu atau penumpang
daripada impak stereng atau panel kenderaan. Contoh: beg udara dan topi
keledar motosikal atau basikal.
Aliran lalu lintas Arah pergerakan trafik atau kenderaan di jalan raya.
Batas kebun Pembahagi jalan yang bertujuan untuk membahagi laluan jalan kepada
dua arah berlainan. Batas kebun boleh mempunyai objek seperti tiang
lampu, pokok atau tanaman rimbun.
Bebendul Bahagian tepi jalan raya yang merupakan kaki lima pembahagi jalan
atau bahu jalan yang bertemu dengan jalan raya. Bebendul biasanya
diperbuat daripada konkrit dan berfungsi sebagai tulang untuk perparitan
jalan raya yang baik. Bebendul juga berfungsi untuk meningkatkan
keselamatan, iaitu dengan memastikan pemandu kenderaan bermotor
memandu jauh dari bahu jalan, pembahagi jalan atau kaki lima.
Beg udara Beg daripada fabrik nilon yang nipis dan terlipat di dalam stereng atau
papan pemuka. Beg udara juga terdapat pada pintu atau tempat duduk
penumpang sebagai tambahan kepada ciri keselamatan jika dilanggar
dari arah sisi. Jika berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung
dan mengempis dalam masa kurang daripada sesaat (sekitar 0.05 saat).
Proses ini memperlahankan pergerakan ke hadapan pemandu dan
penumpang serta mengurangkan kecederaan serius.
Bonggol Alat penenang trafik berupa binaan yang agak tinggi sedikit daripada
permukaan jalan raya yang bertujuan untuk memaksa pemandu
memperlahankan kelajuan kenderaan, terutamanya di kawasan
perumahan atau sekolah.
Bulatan Jalan berbentuk lingkaran yang membolehkan trafik bergerak lancar
dalam satu arah.
Dikancingkan dan Mengancingkan dan mengetatkan tali keledar mengikut kesesuaian
dilaraskan pemakai bagi mengelakkan kecederaan sekiranya berlaku kemalangan.
Garis median Garisan berwarna putih di jalan raya yang berfungsi sebagai pembahagi
lorong.
32
Istilah Maksud
Garisan penanda Garisan berupa tanda anak panah di atas permukaan jalan yang
jalan berfungsi sebagai penunjuk arah lalu lintas.
Had laju Kadar kelajuan yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh pemandu kenderaan.
kenderaan Biasanya dipaparkan di papan tanda atau badan kenderaan berat.
Imej orang hijau Simbol berupa orang berwarna hijau yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki hanya boleh melintas apabila imej orang hijau
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala dan trafik telah berhenti.
Imej orang merah Simbol berupa orang berwarna merah yang terdapat pada lampu isyarat
pejalan kaki. Pejalan kaki dilarang melintas apabila imej orang merah
pada lampu isyarat pejalan kaki bernyala.
Isyarat tangan Gerakan tangan bagi menunjukkan isyarat tertentu oleh anggota polis
polis trafik yang bertugas mengawal lalu lintas di jalan raya.
Jaket pemantul Pakaian keselamatan yang memantulkan cahaya.
cahaya
Jalan yang terdapat dalam kawasan bandar. Jalan ini menghubungkan
Jalan bandaran bandar kecil dengan bandar kecil yang lain.
Jalan kampung Jalan yang terdapat di kawasan kampung.
Jalan negeri Jalan yang menghubungkan dua buah negeri yang dibina melalui
pembiayaan kerajaan negeri.
Jalan persekutuan Jalan raya yang menghubungkan bandar-bandar utama antara negeri.
Contoh: jalan yang menghubungkan Kuantan dengan Kota Bharu.
Jejambat Jambatan jalan raya yang dibina merentasi atau melangkaui sebatang
jalan lain.
Jejantas Jambatan untuk pejalan kaki melintas jalan, biasanya dibina di atas
jalan raya yang sibuk.
Jentera Kenderaan berat.
Jentera berantai Kenderaan berat yang beroda rantai. Contoh: kereta perisai dan jentolak.
Jentera beroda Kenderaan berat beroda besar. Contoh: jentera kaut dan traktor.
33
Istilah Maksud
Kancing Logam, kayu, tulang atau plastik, berbingkai segi empat atau lengkung
yang dipasang pada tali keledar untuk keselamatan.
Kebolehlihatan Keadaan dapat melihat sesuatu pada waktu malam atau waktu kurang
pencahayaan akibat faktor masa atau cahaya.
Kenderaan awam Kenderaan yang disediakan untuk kemudahan orang ramai.
Kenderaan berat Kenderaan bermotor yang beratnya bersamaan dengan muatan melebihi
lima tan seperti bas, lori dan sebagainya.
Kenderaan berel Kenderaan pengangkutan bergerabak yang bergerak di atas rel dengan
menggunakan kuasa elektrik atau ditarik oleh kepala gerabak. Contoh:
LRT, ERL dan kereta api.
Kenderaan darat Kenderaan yang bergerak di darat.
Kenderaan
persendirian Kenderaan yang dimiliki oleh individu atau milik sendiri.
Kesesakan trafik
Keadaan yang disebabkan oleh kenderaan yang sangat banyak di jalan
raya dan menyebabkan pergerakan trafik kurang lancar.
Ketidakbolehlihatan Kesukaran pengguna jalan raya melihat sesuatu dengan jelasnya
disebabkan faktor cuaca atau masa.
Komponen Bahagian kenderaan yang boleh menjadikan kenderaan lengkap atau
kenderaan sempurna.
Laluan kongsi Laluan yang boleh digunakan secara bersama-sama oleh penunggang
basikal dan pejalan kaki.
Laluan pejalan kaki Laluan yang disediakan khusus untuk kegunaan pejalan kaki.
Laluan sikal Laluan pada sebahagian daripada jalan raya yang dikhaskan untuk
kegunaan kenderaan beroda dua.
Lampu isyarat Alat penunjuk bagi menandakan aturan dan masa yang selamat untuk
melepasi simpang jalan, sama ada memandu terus, belok ke kanan
atau ke kiri atau membuat pusingan U.
Lampu isyarat Lampu isyarat yang mempunyai imej orang hijau dan imej orang merah
pejalan kaki yang digunakan oleh pejalan kaki sebagai isyarat melintas jalan.
34
Istilah Maksud
Lawan arah trafik Arah pergerakan pejalan kaki atau kenderaan tertentu yang berlawanan
Lebuh raya dengan pergerakan arus semasa.
Lintasan pejalan
kaki Jalan raya utama yang lebar, biasanya menghubungkan sebuah bandar
Lintasan pejalan dengan bandar lain.
kaki berisyarat
Lintasan sekolah Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat pejalan kaki melintas
Lopak dengan selamatnya.
Lintasan pejalan kaki yang mempunyai set lampu isyarat pejalan kaki.
Kawasan khas yang dicat dengan jalur belang putih atau kuning secara
melintang di atas jalan raya untuk menjadi tempat kanak-kanak sekolah
melintas dengan selamatnya. Lazimnya, lintasan ini dikawal oleh petugas
atau peronda lintasan sekolah.
Lekuk yang berair.
Momentum Daya yang mendorong pergerakan sesuatu.
Pad lutut Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian lutut.
Pad siku Pelapik yang lembut untuk melindungi bahagian siku.
Parkir Tempat yang dikhususkan untuk meletakkan kenderaan.
Pelaras tempat Sejenis tempat duduk kanak-kanak yang boleh dilaraskan mengikut
duduk kesesuaian dan saiz badan untuk keselamatan kanak-kanak di dalam
kenderaan.
Pelekat pemantul Alat yang digunakan untuk membalikkan cahaya kepada pemandu
cahaya kenderaan lain pada waktu malam.
Pembahagi jalan Ruang pemisah antara dua aliran trafik yang bertentangan di bahagian
tengah jalan raya atau lebuh raya. Pembahagi jalan terdiri daripada
tembok konkrit, rel adang ataupun ruang tanah kosong yang lapang.
Pembonceng Orang yang duduk di bahagian belakang penunggang motosikal.
Penanda jalan
Simbol-simbol trafik yang terdapat pada permukaan jalan raya yang
mesti dipatuhi untuk mengawal, memberikan amaran dan panduan
kepada pengguna jalan raya.
35
Istilah Maksud
Pencahayaan Pengenaan cahaya langsung ke arah objek yang perlu diterangi.
Pengawal trafik Orang yang bertugas mengawal selia aliran lalu lintas supaya bergerak
lancar dan selamat.
Penunggang Orang yang menunggang kenderaan beroda dua atau tiga seperti
motosikal dan basikal.
Perabot jalan raya Objek atau kelengkapan yang dipasang di jalan raya untuk tujuan
tertentu. Contoh: batas kebun, pasu bunga dan pulau pelindung.
Peraturan jalan Amalan keselamatan yang boleh meningkatkan kesedaran pengguna
raya jalan raya semasa menggunakan ataupun berada di jalan raya.
Perhentian bas Tempat yang dikhaskan untuk bas berhenti bagi mengambil atau
menurunkan penumpang.
Peronda lintasan Individu yang bertugas meronda di kawasan lintasan sekolah dengan
sekolah memakai pakaian seragam yang diluluskan oleh ketua pegawai polis
dan diberikan kuasa untuk menahan atau memberhentikan kenderaan
bagi membolehkan murid melintas.
Prasarana jalan Keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang terdapat di jalan
raya raya. Contoh: lampu jalan, terowong dan lintasan pejalan kaki.
Pulau pelindung/ Kawasan simpanan di tengah-tengah jalan raya. Lazimnya dibina
Pelindung pejalan di kawasan jalan raya yang lebar atau tiada lampu isyarat untuk
kaki membolehkan pejalan kaki berhenti sebelum melintas jalan.
Rel adang Rel keluli atau kabel keluli yang dipasang bagi mengelakkan pemandu
daripada terbabas.
Selekoh Jalan yang berkelok, berbelok atau berliku.
Sensor undur Alat pengesan untuk mengesan sebarang objek yang berdekatan
supaya pemandu berwaspada sewaktu mengundurkan kenderaan.
Simpang Jalan yang melencong, bercabang atau berpisah dari jalan yang lurus.
36
Istilah Maksud
Standard Panduan yang menggariskan ciri keselamatan yang diguna pakai untuk
keselamatan menjamin keselamatan pengguna jalan raya.
Tali pinggang Alat penahan yang terdapat di bahagian tengah tempat duduk belakang
ikatan pinggang kenderaan. Alat ini dipasang di pinggang dan boleh diketatkan atau
dilonggarkan mengikut kesesuaian dan keselesaan.
Tali pinggang Alat penahan yang dipakai oleh pemandu dan penumpang kenderaan
keledar untuk mengelakkan pergerakan yang berbahaya akibat perlanggaran
atau pemberhentian secara mengejut.
Tanda isyarat lalu Simbol atau lambang yang terdapat di jalan raya termasuklah semua
lintas isyarat, tiang isyarat amaran, tiang tunjuk arah, garisan atau peranti
lain bagi arahan atau petunjuk kepada pemandu dan pengguna jalan
raya. Tanda isyarat ini berfungsi sebagai isyarat keselamatan jalan raya
kepada pemandu dan pengguna jalan raya untuk memberikan panduan
dan peringatan agar mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya.
Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk bayi di dalam kenderaan yang
bayi berfungsi melindungi bayi daripada terhumban ke hadapan sekiranya
berlaku hentakan atau perlanggaran. Tempat duduk bayi perlu
dipasangkan dengan kemasnya di bahagian kerusi penumpang belakang.
Tempat duduk Tempat duduk yang dikhususkan untuk kanak-kanak berfungsi
kanak-kanak untuk melindungi kanak-kanak daripada terhumban ke hadapan. Alat
keselamatan berbentuk seperti kerusi ini perlu dipasangkan dengan
kemasnya di tempat duduk penumpang belakang.
Topi keledar Topi keselamatan yang dipakai oleh penunggang dan pembonceng
motosikal dan basikal.
Undang-undang Akta atau peraturan yang mewajibkan suatu perlakuan di jalan raya
jalan raya yang telah diputuskan melalui parlimen. Perlanggaran terhadap
undang-undang jalan raya boleh dikenakan saman.
Waktu puncak Waktu lalu lintas yang paling sibuk.
37
Lampiran
Aktiviti 20
39
Lampiran
Tanda Isyarat Lalu Lintas
KENDERAAN DILARANG MASUK DILARANG BERPUSING BALIK
DILARANG BELOK KE KIRI DILARANG BELOK KE KANAN
DILARANG MEMBUNYIKAN HON DILARANG BERHENTI
41
Lampiran
Tanda Isyarat Lalu Lintas
KENDERAAN MELEBIHI – METER LEBAR KENDERAAN MELEBIHI – TAN
DILARANG MASUK DILARANG MASUK
BERI LALUAN ORANG BUTA MELINTAS
KAWASAN LEMBU MELINTAS BONGGOL
42