TUGASAN 1
PSVK3243
(E-PORTFOLIO)
BIDANG 1
MENGGAMBAR
PENGENALAN
AKTIVITI (CAPAN)
Capan merupakan salah satu teknik
bidang menggambar dalam pendidikan
seni visual. Ia menupakan teknik
penggunaan alam semula jadi untuk
membentuk sesebuah imej. Teknik
mengecap sesuatu imej atas permukaan
ini adalah mudah berbanding dengan
teknik yang lain kerana ia tidak
menggunakan blok cetakan.
KONSEP CAPAN
KONSEP/DEFINISI:
Teknik capan berkonsepkan kemahiran mengecap
seseorang individu dengan menggunakan bahan
alam atau semula jadi yang mempunyai jalinan
tertentu.
Capan adalah berbeza dengan teknik lain kerana
ia tidak perlukan disediakan blok cetakan
Imej yang dihasilkan bergantung kepada jalinan
permukaan bahan semula jadi atau bahan alam
yang digunakan. (cth: cap jari)
ALAT DAN BAHAN
AKTIVITI MENGHASILKAN KARYA CAPAN MENGGUNAKAN ALAM
SEMULA JADI
KERTAS LUKISAN POSTER COLOUR BERUS
ALAT DAN BAHAN
AKTIVITI MENGHASILKAN KARYA CAPAN MENGGUNAKAN ALAM
SEMULA JADI
PALET PISAU UTILITI/GUNTING BAHAN SEMULA JADI
TEKNIK-TEKNIK
CAPAN
1.Capan bahan alam
Teknik ini adalah menggunakan tubuh badan kita sebagai
medium utama untuk menghasilkan imej. Contohnya jari,
tapak tangan, tapak kaki. Bagi cara menghasilkannya,
warnakan cap jari atau lain tubuh badan, kemudian capkan ke
atas media yang disediakan.
2. Capan bahan semula jadi
Teknik bahan semula jadi ialah menggunakan bahan semula
jadi sebagai alat untuk menghasilkan imej. Contoh bahan
semula jadi adalah daun pelepah pisang, keratan kayu, ubi
kentang dan sebagainya. Warnakan bahan semula jadi yang
disediakan kemudian capkan ke atas media yang disediakan
PROSES
PENGHASILAN
LANGKAH 1
Bancuh warna air mengikut warna yang disukai.
LANGKAH 2
TGunakan berus dan warna pada permukaan bahan semula jadi
yang digunakan.
LANGKAH 3
Capkan bahan semula jadi yang telah diwarnakan tadi ke atas
kertas.
PROSES PENGHASILAN
LANGKAH 4
Ulangkan langkah tersebut dengan menggunakan bahan
semula jadi yang berbeza mengikut minat hati individu.
LANGKAH 5
Cap atas kertas sehinggalah terhasil sesebuah imej yang
diinginkan. Kemudiannya membuat kekemasan akhir.
CONTOH KARYA
RUMUSAN
Kesimpulannya, aktiviti
capan dapat merangsang
pemikiran murid dengan
menggalakkan berfikiran
secara kreatif dan inovatif
lalu meningkatkan kreativiti
mereka. Aktiviti ini juga
dapat membantu murid
dalam menguasai kemahiran
menyelesaikan masalah
dalam menyiapkan tugasan.
Secara tidak langsung
prestasi murid meningka
BIDANG 2
CORAK DAN REKAAN
(PUALAMAN)
PENGENALAN AKTIVITI
PUALAMAN
KONSEP/DEFINISI:
Pualaman ialah proses membuat corak di
mana cat minyak pelbagai warna
terapung-apung di permukaan kertas dan
mewujudkan corak-corak di atsa kertas
tersebut. Hasil pualaman boleh digunakan
dalam kegiatan membuat poster, grafik
atau kulit buku.
KONSEP PUALAMAN
Lukisan seni pualaman adalah
seni yang menggunakan cat
minyak pelbagai warna yang
akan dilukis di atas air yang
telah disediakan di dalam bekas.
ALAT DAN BAHAN
PUALAMAN
CAT MINYAK KERTAS A4/A LIDI
ALAT DAN BAHAN
PUALAMAN
AIR BESEN PLASTIK
TEKNIK PUALAMAN
SUMINAGASHI
Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk
menghasilkan corak daripada air dan dakwat kalIgrafi.
Secara amnya, teknik pualaman boleh dilakukan
dengan cara yang sangat mudah atau paling kompleks
bergantung kepada yang ingin menghasilkan corak.
Umur bukanlah sesuatu faktor penghad untuk
mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanak-
kanak hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni.
PROSES PENGHASILAN penerangan
Langkah
Langkah 1 Balut besen dengan plastik dan pastikan plastik itu
melendur ke dalam mangkuk besen supaya air boleh
bertakung di dalamnya.
Langkah 2 Titiskan cat minyak pelbagai warna ke dalam besen
yang berisi air
PROSES PENGHASILAN penerangan
Langkah
Langkah 3 Gunakan lidi untuk mengacau untuk menghasilkan
corak mengikut kreativiti sendiri.
Langkah 4 Tangkupkan kertas bersaiz A4/A di atas permukaan
cat/air dalam 3-5 saat sahaja dan angkat kemudian
jemur.
CONTOH KARYA PUALAMAN
RUMUSAN
Kesimpulannya, aktiviti
pualaman merupakan satu
aktiviti yang memerlukan
murid untuk berhati-hati di
dalam proses penghasilan
karya ini. Hal ini kerana
kuantiti cat yang digunakan
akan mempengaruhi hasil
akhir karya. Jika terlalu
banyak cat minyak yang
dititiskan, corak akhir karya
tersebut akan tidak
kelihatan berat.
BIDANG 3
MEMBENTUK DAN
MEMBUAT BINAAN
PENGENALAN AKTIVITI
(MEMBUAT TOPENG)
Kata topeng berasal dari kata “tup” yang
bererti tutup, kemudian kerana gejala bahasa
yang disebut formatif form (pembentukan
kata) kata “tup” ditambah dengan kata “eng”
yang kemudian menjadi “tupeng”. Tupeng
kemudian mengalami bebera perubahan
sehingga menjadi topeng. Di Bali istilah
topeng diertikan sebagai “Partapukan” yang
membawa erti suatu lapisan yang menutupi.
Misalnya seorang yang menderita kerana luka,
apabila lukanya telah sembuh maka terdapat
satu lapisan yang menutupiluka tersebut yang
kemudian akan terlepas dengan sendirinya.
KONSEP TOPENG
KONSEP/DEFINISI:
Topeng muka ialah sesuatu yang menutupi
muka yang diperbuat daripada kertas atau
kulit. Ia digunakan di dalam pementasan
drama, tarian, dan upacara pemujaan.
Terdapat 4 jenis topeng muka iaitu topeng
muka, topeng serkup, topeng 2D, topeng
3D.
ALAT DAN BAHAN
MEMBUAT TOPENG MUKA HAIWAN
PENSIL WARNA KERTAS WARNA GAM
ATAU CAT AIR
ALAT DAN BAHAN
MEMBUAT TOPENG MUKA HAIWAN
GUNTING KERTAS TEBAL SELOTAPE
ALAT DAN BAHAN
MEMBUAT TOPENG MUKA HAIWAN
PENEBUK LUBANG TALI ATAU GETAH
TEKNIK MENGHASILKAN
TOPENG
LUAKAN DAN TEBUK
UKIRAN
sesuai menggunakan
sesuai menggunakan media kulit haiwan
media kayu dan tanah
liat
TAMPALAN
sesuai mengunakan
media kertas
PROSES PENGHASILAN
Langkah penerangan
Langkah 1 Dapatkan ukuran jarak mata yang betul untuk memastikan kedudukan
mata betul pada lubang yang ditebuk. Caranya adalah dengan
menekap sekeping kertas A4 ke muka dan tanda kedudukan mata
dengan merasa kedudukannya pada kertas. Kemudian tebuk dan
tandakan bahagian tengah dengan satu garisan. Ini untuk memastikan
topeng anda tegak dan tidak senget
Lukis gambar yang anada inginkan. Dalam contoh ini, gambar
2 buah-buahan digunakan iaitu jambu air, manggis, nenas,
tembikai dan mangga.
PROSES PENGHASILAN
Langkah penerangan
3 Kemudian tampal lapisan kedua kad manila di bahagian dalam supaya
lebih keras. Gunting ikut bentuk dan tebuk lubang mata.
Tampalkan kertas keras yang dipotong seperti berikut di kiri
dan kanan lubang mata seperti di bawah.
4
PROSES PENGHASILAN
Langkah penerangan
5 Warnakan topeng menggunakan warna yang suka sama ada pensil
warna, krayon atau warna air untuk poster.
Ikat gelang getah atau tali getah di bahagian kertas keras
yang telah ditebuk lubang menggunakan tangan atau
6 penebuk lubang. Jangan terlalu longgar hingga terlondeh, dan
jangan terlalu ketat hingga menyebabkan bahagian kertas
keras terkoyak. Untuk menguatkan lagi tepeng tampalkan
salotep pada bahagian pertemuan kertas keras dan topeng.
PROSES PENGHASILAN penerangan
Langkah
7 Topeng telah siap untuk dipakai
CONTOH KARYA
RUMUSAN
Kesimpulannya, murid dapat
membezakan buah-buahan tempatan
dan buah-buahan import setelah
menghasilkan topeng tersebut. Selain
itu juga, murid akan berasa seronok
dan gembira kerana dapat
melakonkan semula watak buah-
buahan kesukaan mereka. Oleh itu,
aktiviti ini mampu merangsang
kreativiti murid.
BIDANG 4
MENGENAL KRAF
TRADISONAL
PENGENALAN AKTIVITI
ANYAMAN TIKAR
Aktiviti yang dijalankan dalam bidang ini
ialah membuat anyaman tikar mengkuang
mudah dengan menggunakan kertas
warna. Aktiviti ini dijalankan bagi mengenal
kepada murid jenis-jenis kelarai
tradisional dan menyedari bahawa setiap
kelarai mempunyai anyaman sendiri.
Sebaliknya dapat memupuk nilai
kekemasan dalam diri murid dan
memahami nilai budaya dan tradisional
yang ada di Malaysia.
KONSEP DAN DEFINISI
Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-
bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan
satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah
lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan
sebagainya. Terdapat juga pelbagai motif kelarai
yang terdiri daripada tumbuhan, nama manusia,
haiwan dan abstrak antarnya ialah jenis kelarai
Bunga Cina, kelarai Tapak Anjing , kelarai Sambas,
kelarai Cik kedah Ketapang dan sebagainya
ALAT DAN BAHAN
AKTIVITI AYAMAN TIKAR MENGKUANG MUDAH MENGGUNAKAN
KERTAS WARNA
KERTAS LUKISAN KERTAS WARNA GAM
ALAT DAN BAHAN
AKTIVITI AYAMAN TIKAR MENGKUANG MUDAH MENGGUNAKAN
KERTAS WARNA
GUNTING PEMBARIS
TEKNIK ANYAMAN
LEGANG MENGANYAM
Dikenali sebagai proses menaja. Lagang Anyaman tengah:
ialah tulang sesuatu ciptaan anyaman dan Dilakukan di tengah atau badan
ukuran panjang tikar bergantung kepada sesuatu anyaman
ukuran lagangnya. Setiap bilah daun Daun diselang seli secara menegak
berbentuk seperti huruf ’V’ di tengahnya, dan melintang dengan sehelai di
iaitu tempat anyaman bermula. atas dan sehelai lagi di bawah.
PEPEH ATAU LEPEH Mengepai: Proses mematikan tepi
anyaman tikar supaya tidak terburai.
Dikenali sebagai anyaman mati pada tepi Anyaman sudut:
tikar untuk mengakhiri kerja anyaman dan
boleh dianyam secara berasingan, Disebut juga sebagai anyaman
kemudian dijahit pada barang yang bucu.
dikehendaki. Hanya dilakukan pada anyaman
berbantuk arca atau tiga dimensi
TEKNIK ANYAMAN
SISIP KERAT
Proses mengelakkan anyaman Pisau kecil yang tajam digunakan
daripada terburai. dalam proses ini.
Alat peyisip (biasanya diperbuat Lebihan atau baki bilah anyaman
daripada buluh) digunakan. dipotong supaya hasil kelihatan lebihm
Hujung lebihan daun direncongkan kemas dan menarik.
untuk memudahkan kerja sisipan
PROSES MENGANYAM
LANGKAH 1
Lukiskan bingkai sebesar 1 kertas A4 pada kertas lukisan dan
lukiskan garisan-garisan lurus membujur setebal 1 cm pada
bingkai tersebut dan gunting garisan-garisan tersebut dengan
kemas.
LANGKAH 2
Lukis garisan lurus melintang setebal 1cm juga tanpa bingkai,
pada kertas warna dan gunting ikut garisan-garisan lurus
tersebut dengan kemas.
LANGKAH 3
Sisipkan kertas warna pada kertas lukisan (putih) sejalur demi
sejalur mengikut bentuk kelarai yang telah dipilih.
PROSES MENGANYAM
LANGKAH 4
Teruskan proses tersebut sehingga selesai. dan pastikan
sentiasa berhati-hati semasa menyisipkan jalur-jalur kertas
warna tersebut, kerana ianya mudah terkoyak.
LANGKAH 5
Gamkan pangkal dan hujung jalur kertas warna tadi pada
kertas lukisan (putih).
CONTOH KARYA
RUMUSAN
Kesimpulannya, dari segi kognitif pelajar,
dapat merangsang perkembangan
pemikiran dan kemahiran berfikir pelajar
untuk menghasilkan tikar anyaman mudah
daripada kertas warna mrngikut tema
warna harmoni yang dihasilkan. selain itu
juga, murid memperolehi pengalaman dan
bimbingan yang baharu dari segi
kefahaman tradisional bagi mengekalkan
budaya dan warisan di negara kita.
SUMBER RUJUKAN
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Tahun 6. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2021). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Pendidikan Seni Visual
Tahun 5. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum
Scribd. (n.d.). 4 Bidang PSV. Scribd. Retrieved November 1, 2022, from
https://www.scribd.com/document/45505981/4-Bidang-Psv
Scribd. (n.d.). Teknik Capan dalam pendidikan seni visual. Scribd. Retrieved November 1, 2022, from
https://www.scribd.com/doc/213158142/Teknik-Capan-dalam-Pendidikan-Seni-Visual
dianda88.norty. (2021, October 5). Teknik Pualaman - Membalik Buku Halaman 1-9: Anyflip: Dianda88.norty. AnyFlip.
Retrieved November 1, 2022, from https://anyflip.com/xjuch/abta/basic
Pualaman. Life as an Art Student. (n.d.). Retrieved November 1, 2022, from
https://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/04/pualaman.html
TERIMA KASIH