The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PSS SETIA ONLINE BOOKCASES, 2021-08-09 03:41:51

SMK TAMAN SETIAWANGSA.CERPEN JANJI FATIMAH- NUR LIWANI BINTI NORISMI

NUR LIWANI BINTI NORISMI

PERTANDINGAN PENULISAN CERPEN
PERINGKAT NEGERI

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

NAMA :
NUR LIWANI BINTI NORISMI

NAMA SEKOLAH :
SMK TAMAN SETIAWANGSA,

KUALA LUMPUR.

TAJUK CERPEN:
JANJI FATIMAH

JANJI FATIMAH

"Kok kok kok kok !" kedengaran kokokan ayam memecah keheningan pagi.
Fatimah lantas bangun dari tidur sebaik sahaja mendengar kokokan ayam itu.
"Abah, mana baju sekolah Mah? Mah taruk di sini semalam." Tanya Fatimah
sambil memisat-misat matanya. Ayahnya yang sedang sibuk membungkus
cendol segera melihat ke arah anaknya yang baru bangun dari tidur itu. "Cuba
kamu lihat di dalam almari baju kamu, mana tahu ada di situ." Kata ayahnya
lalu dia terus mengalihkan perhatiannya kembali ke bungkusan-bungkusan
cendol yang telah dibungkusnya tadi.

Begitulah kehidupan Fatimah dan ayahnya setelah pemergian ibunya
pada tiga tahun yang lepas ketika Fatimah berusia 14 tahun. Fatimah juga
merupakan anak tunggal dalam keluarga tersebut. Dia pernah berharap untuk
memiliki adik tetapi siapalah dia untuk menidakkan takdir Allah SWT yang
telah mengambil nyawa ibu kesayangannya itu.

Tahun ini merupakan tahun terpenting baginya kerana dia akan
menduduki ujian yang terbesar di peringkat sekolah iaitu Sijil Pelajaran
Malaysia atau lebih dikenali sebagai SPM. Dia bertekad untuk belajar
bersunguh-sungguh agar memperoleh keputusan yang cemerlang dalam
ujian tersebut. Dia juga ingin membayar balik jasa ayahnya yang selalu
berkerja keras mencari rezeki demi menanggung dirinya dan Fatimah sendiri.

Basikal yang tersandar pada papan rumah terus diambil oleh Encik
Abu. Setiap hari, Fatimah pergi ke sekolah dengan menaiki basikal yang
dikayuh oleh ayahnya. Dalam perjalanan, ramai murid memerhatikannya.
"Biarlah mereka nak cakap apa pun, janji aku tak ganggu mereka." Detik
Fatimah dalam hati.

Ya, ramai orang memandang rendah pada Fatimah hanya kerana dia
merupakan anak seorang penjual cendol. Walau bagaimanapun Fatimah
tidak sedikit pun terasa hati dengan kata kata orang lain. Baginya dia amat
bersyukur kerana dikurniakan seorang ayah yang sentiasa bekerja keras dan
baik hati. Dia amat kagum dengan ketabahan ayahnya itu. Walaupun
kehilangan isteri, dia masih mampu tersenyum. "Abah, Mah janji yang Mah
akan bawa abah naik atas pentas." Katanya dalam hati.

Di sekolah, Fatimah merupakan seorang murid yang sangat pintar dan
petah berkata-kata. Sebut sahaja nama "Fatimah", satu sekolah tahu.
Manakan tidaknya, Fatimah sering mendapat keputusan yang baik dalam
semua peperiksaan. Bukan itu sahaja, dia juga sangat aktif dalam sukan.
Setiap tahun, dia sering terpilih untuk mewakili sekolahnya dalam acara
olahraga kategori larian balapan. "Ya, aku buat semua ni untuk abah. Hanya
untuk abah." Bagi Fatimah, itulah ayat pembakar semangatnya agar terus
maju ke hadapan.

"Kringggggg !" loceng sekolah berbunyi menandakan masa untuk
warga sekolah pulang ke rumah masing masing. Selepas memberi salam
kepada gurunya, Fatimah melangkah laju keluar dari kelas. Dia tidak mahu
membuatkan ayahnya menunggu terlalu lama di luar sekolah.

Sampai sahaja di rumah, Encik Abu meminta Fatimah untuk menutup
kedua-dua belah matanya. Fatimah mengerutkan wajahnya. Tanpa
membuang masa dia segera menutup kedua-dua belah matanya itu dengan
tangan. Beberapa saat kemudian, Encik Abu menyuruh Fatimah untuk
membuka matanya.

Alangkah terkejutnya Fatimah apabila dia melihat set buku rujukan
bagi setiap mata pelajaran dah juga set alat tulis yang baru di hadapannya itu.
"Abah..tentu mahal kan semua ni? Satu buku pun dah cecah harga berbelas
ringgit inikan pula untuk semua subjek. Siap ada alat tulis baru lagi.." "Mah,
abah belikan semua ni sebab abah tahu yang Mah tiada buku rujukan untuk
dibaca. Tentu Mah sukar untuk membuat ulang kaji nanti. Ni, set alat tulis ni.
Mah ambil lah. Abah beli semua ni dengan ikhlas tahu?" Kata Encik Abu
sambil tersenyum.

Dia cuma mahukan yang terbaik untuk anak perempuannya itu. Biarlah
dia kehabisan wang sekalipun, janji dia dapat lihat anaknya gembira. "Terima
kasih, abah." Rasa sebak mula menggunung di dada. Fatimah yang gagal
menahan air matanya segera memeluk erat ayah kesayangannya itu. Melihat
perbuatan ayahnya itu, membuatkan kesungguhannya untuk mendapatkan
keputusan cemerlang dalam SPM semakin berkobar-kobar.

Hari ini merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh Fatimah.Bukan
sahaja bg Fatimah tetapi juga rakan-rakan satu sekolah dengannya. Ya SPM.
Tiga abjad itu sahaja sudah cukup untuk membuatkannnya berdebar-debar.
Sebelum tidur malam tadi, fikiran Fatimah sarat dengan pertanyaan demi
pertanyaan yang bermain di mindanya. Mampukah dia membuatkan ayahnya
dengan keputusan SPMnya nanti?

Setelah bersalaman sengan ayahnya itu, dia menggerakkan langkah
kakinya menuju ke pagar sekolah. Fatimah memberhentikan langkahnya
seketika lalu menoleh ke arah ayahnya sambil tersenyum. Kemudian, dia
segera memandang ke hadapan lalu berkata "Abah, Mah akan buktikan pada
abah yang Mah akan dapat 'straight A's dan bawa abah naik atas pentas.
Mah janji."

TAMAT


Click to View FlipBook Version