2021
KOLEKSI SOALAN REKA BENTUK
Pemadam kebakaran ialah alat yang digunakan untuk mengawal atau
memadamkan kebakaran. Anda dibekalkan dengan serbuk soda bikarbonat,
cuka, air, botol, tali, benang dan kertas tisu. Reka bentuk pemadam kebakaran
ringkas menggunakan bahan-bahan tersebut untuk memadamkan api yang
berpunca dari dapur gas dalam ruang yang disediakan di bawah. Labelkan rajah
anda.
Berdasarkan prinsip yang dinyatakan dalam 9(b)(ii), anda dikehendaki mereka
sebuah penyembur untuk menyembur cecair. Anda dibekalkan dua penyedut
minuman dan segelas air. Reka bentuk sebuah penyembur menggunakan
bahan-bahan tersebut dalam ruang yang disediakan di bawah. Labelkan rajah
anda.
Sistem hidraulik berfungsi dengan memindahkan tekanan melalui bendalir untuk
menggerakkan sesuatu objek. Anda dibekalkan air, dua batang picagari,
kadbod, batang ais krim, salur getah kecil, batang besi, pistol perekat panas dan
batang perekat. Reka bentuk model sistem pengangkut dalam ruang yang
disediakan di bawah. Labelkan rajah anda.
Kanta cembung mempunyai banyak kegunaan dalam peralatan optik. Anda
dibekalkan dua kanta cembung yang berbeza ketebalan, dua keping kertas
hitam dan pita pelekat. Lakarkan reka bentuk sebuah teleskop dengan
menggunakan bahan-bahan tersebut dalam ruang yang disediakan di bawah.
Labelkan rajah anda.
Kanta pembesar menghasilkan gambar objek yang diperbesar. Anda
dikehendaki melakarkan reka bentuk sebuah kanta pembesar dengan
menggunakan botol air, gunting dan air dalam ruang yang disediakan di bawah.
Labelkan rajah anda.
Bagi satelit yang menbuat orbit elips, terdapat dua kedudukan dalam orbit
tersebut iaitu apogi dan perigi. Anda dibekalkan dengan bola tenis, dua kotak
mancis, tali dan pita selofan. Reka bentuk satu model yang menunjukkan
kedudukan satelit dalam keadaan apogi dan perigi dalam ruang yang
disediakan di bawah. Labelkan rajah anda.
Stesen jana kuasa tenaga nuklear menjanakan tenaga elektrik daripada tenaga
nuclear melalui proses pembelahan nucleus. Pembelahan nukleus merupakan
proses pemecahan satu nukleus radioaktif yang berat kepada atau lebih nucleus
uranium-235 dengan menggunakan 4 biji bola ping pong, plastisin yang berlainan
warna dan kadbod dalam ruang yang disediakan di bawah. Labelkan rakah
anda.
Tenaga elektrik dihasilkan apabila terdapat tindak balas kimia. Anda
diberikan paku besi, kepingan zink, wayar, mentol dan sebiji lemon. Reka
bentuk satu sel ringkas untuk menyalakan mentol dengan bahan yang
diberikan pada ruangan disediakan. Labelkan rajah anda.
Upcycle merupakan satu idea pengurusan yang cekap untuk menghasilkan
produk plastik baharu.Reka bentuk satu bekas makanan burung
menggunakan botol plastik, senduk kayu dan tali. Lukis dan labelkan reka
bentuk anda.
Tenaga biojisim merujuk kepada tenaga yang dijana daripada pereputan
tumbuhan dan haiwan. Anda dikehendaki melakar sebuah loji biojisim yang
bersaiz kecil dengan menggunakan dua tong dram yang berlainan saiz, hos,
injap air, paip PVC, tinja lembu dan air dalam ruangan yang disediakan di
bawah.
Sharon suka berkebun tetapi dia tinggal di sebuah pangsapuri empat
tingkat. Dia ingin menanam sayuran di beranda di rumahnya.
Bagaimanakan Sharon dapat memanafaatkan bahan yang boleh diguna
semula di rumahnya untuk menyelesaikan masalah itu? Bantu sharon
dengan melukis lakaran berlabel di ruang yang disediakan di bawah,
bagaimanakah dia boleh menanam sayuran di balkoni rumahnya.
Dengan menggunakan belon, botol plastik, cuka dan soda bikarbonat, bina
satu model tindak balas yang menghsailkan gas karbon dioksida untuk
mengembangkan belon tersebut. Lukis dan labelkan rekaan anda dalam
ruang yangsyang disediakan di bawah.
Anda dibekalkan dengan botol plastikk kosong, bebola kapas, penapis kopi,
jag dan kekacang. Reka bentuk dan bina satu alat yang dapat
membersihkan sampel air tercemar dengan menggunakan bahan-bahan
tersebut. Lukis dan label rekaan anda dalam ruang yang disediakan.
Kerusi rawatan gigi merupakan aplikasi prinsip Pascal yang memainkan
peranan penting untuk membantu doktor pergigian gigi kepada pesakitnya.
Kerusi rawatan gigi perlulah mudah dilaraskan untuk keselesaan pesakit dan
doktor pergigian. Anda dibekalkan dengan picagari, tiub getah, batang
sate dan kadbod. Reka bentuk satu model kerusi rawatan gigi dengan
mengaplikasikan prinsip pascal dalam rauang yang disediakan di bawah.
Labelkan rajah anda.
Dalam kejadian banjir besar, bekalan makanan dan ubat-ubatan
kadangkala perlu dijatuhkan melalui udara. Sering kali bekalan tersebut
akan mengalami kerosakan disebabkan oleh halaju yang tinggi semasa
mencecah permukaan bumi. Payung terjun digunakan untuk mengurangkan
halaju.
Sisa buangan seperti botol plastik dapat dikurangkan sekiranya seseorang
individu dapat menukarkan sisa tersebut menjadi produk yang boleh diguna
semula. Anda dibekalkan dengan sebiji botol minuman plastik, pisau dan
satu span. Reka bentuk satu alat yang boleh digunakan untuk mencuci
tingkap di dalam kelas anda. Labelkan rajah anda.
Kestabilan sesuatu objek dipengaruhi oleh pusat graviti dan luas tapak objek
tersebut. Anda diminta membina model kerusi yang stabil.
Anda dibekalkan dengan bahan-bahan berikut :
• 4 batang kayu
• Kadbod
Isu sosiosaintifik berkaitan alam sekitar boleh dikurangkan dengan
mengaplikasikan Teknologi Hijau dalam pembinaan bangunan. Anda
diminta untuk membina model bangunan hijau.
Anda dibekalkan dengan bahan-bahan berikut :
• Panel solar
• Kotak
• Tumbuhan plastik
Semasa ekspidisi mendaki Bukit Beruang, Razif telah terseliuh kaki kanannya.
Dengan menggunakan bahan-bahan yang diberikan, reka dan terangkan
satu alat yang dapat membantu Razif menuruni bukit dengan selamat dan
stabil. Jawapan anda hendaklah diiringi dengan lukisan berlabel dan
penerangan ringkas.
Dalam menghadapi kemelut Pendamik Covid-19, alkohol sangat diperlukan
sebagai bahan asas untuk menghasilkan bahan pembersih tangan.
Terangkan bagaimana penghasilan alkohol dengan menggunakan alatan
dan bahan yang terdapat di rumah seperti berikut. Jawapan anda
hendaklah diiringi dengan lukisan berlabel dan penerangan ringkas.
• Cawan plastik
• Yis
• Jus nanas
• Sehelai sapu tangan
• Gelang getah