The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Tugasan 3 Individu
UL00602 PENGURUSAN BERORGANISASI (SEKSYEN 2) [2-2021/2022]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amirah.sooyoung, 2022-06-13 00:49:16

Diari sebagai Pekerja

Tugasan 3 Individu
UL00602 PENGURUSAN BERORGANISASI (SEKSYEN 2) [2-2021/2022]

Keywords: EBOOK

DIARI
PEKERJASEBAGAI

NUR AMIRAH BINTI MD ZAIRI

BA21110622
(SECTION 2)

ISI KANDUNGAN

BAB 1

(Mengimbau masa lalu)









BAB 2

(Shift Malam)









BAB 3

(Perjuangan yang Diteruskan)

Cerita ini cuma rekaan semata-mata.
Semoga mereka yang membaca hasil karya ini
dimurahkan rezeki, dilapangkan dada dan dipermudahkan urusan

dunia juga akhirat. Aamiin.



Yang Benar,
Nur Amirah

BAB 1 - MENGIMBAU MASA YANG LALU

"Mira! Jom bergambar!"

Ya, itulah aku. Nama aku Nur Amirah, umur 27 tahun. Aku

berasal dari kawasan luar bandar di daerah Keningau, Sabah

dan tempat adalah dirahsiakan bagi menjamin keselamatan

diri. Manatahu ada peminat aku yang ingin 'mencuri' hatiku.

Ok merapu sudah.

Maryam iaitu sahabat aku, memanggil aku dari jauh untuk

mengambil gambar bersama-sama sebagai tanda mata atau

kenangan. Aku dan Maryam sekarang berada di negara

impian percutian kami sejak dahulu iaitu New Zealand! Namun

begitu, percutian kami ini bukan hanya bermula dari

menabung lalu bercuti, apatah lagi berhutang. Tidak sama

sekali. Percutian kami pada hari ini terjadi kerana hasil usaha

kami. Hasil usaha dan perjuangan yang telah kami lakukan

sejak dahulu lagi. Lalu bagaimana ia boleh terjadi? 'Diari

sebagai Pekerja' akan menceritakan seribu satu kisah yang

akan membuka mata para pembaca tentang perjuangan

seorang insan yang biasa menuju ke arah yang luar biasa.

Pada tahun 2019, aku baru sahaja selesai menamatkan ijazah

sarjana muda. Selang seminggu setelah keberadaanku di

rumah milik ibu dan ayah ku, terjadinya sebuah peristiwa yang
telah mendorong ku untuk keluar daripada ruang

keselesaanku. Ibu dan ayah ku telah kekurangan sumber

kewangan untuk menyara kehidupan kami, senang cerita,

ibuku ialah seorang suri rumah sepenuh masa dan ayahku

baru sahaja diberhentikan dari kerjanya atas sebab-sebab

yang tertentu.

Peristiwa ini secara tidak langsung menggigit akan fikiran ku

dengan memikirkan 'Apa yang akan terjadi kepada kami?',

'Adik-adik ku masih bersekolah dan bagaimana dengan

perbelanjaan sekolah mereka?', 'Bagaimana dengan

makanan keperluan?' dan pelbagai persoalan lagi.

Dua hari telah berlalu, khabar berita tentang ayahku yang

telah berusaha untuk mencari kerja baharu tidak ada

khabarnya lagi. Pada hari ini, aku nekad untuk pergi ke

bandar, mencari peluang pekerjaan bagi membantu ayahku

dalam menyara kehidupan keluarga kami. Awalnya, ibu dan

ayahku melarangku untuk ke bandar dan bekerja kerana

mereka mengarahkan ku untuk berehat selama sebulan di

rumah setelah berjuang bertahun-tahun dalam mendapatkan

segulung ijazah. Akan tetapi, untuk kebaikan kami sekeluarga

aku memujuk ibu dan ayahku sehabis mungkin agar mereka

mempercayaiku dan membenarkanku untuk berbakti kepada

keluarga.

Pada akhirnya, ibu dan ayahku membenarkan ku ke bandar

untuk mencari pekerjaan dan wang suku berjumlah RM200

diberikan kepada ku sebagai tambang dan keperluan yang

lain semasa di bandar. Dengan berbekalkan RM200 di

dompet ku, aku pun bergegas mengemas barang-barang

milikku dan segera ke bandar dengan menaiki bas awam

besar.

Setelah lebih kurang dua atau tiga jam lebih, aku pun telah

tiba ke stesen bas awam di Kota Kinabalu. Agak seram, takut

dan risau. Ya itulah perasaan yang mampu untukku

gambarkan pada masa ini. Hatiku bermonolog, 'Aku akan

tidur di mana pada malam ni?' 'Kalau tidak ada tempat tidur?

aku harus tidur di tepi jalan?'. Agak menjengkelkan, tapi

itulah aku. 'Overthinking' di waktu yang salah. Bukan apa, aku

pernah diberi nasihat oleh seorang pensyarah sewaktu aku di

Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada masa lalu, beliau

mengatakan 'Kadangkala adalah lebih baik untuk kita meng

'expect' kan benda yang tidak baik agar kita lebih bersedia

menghadapi situasi yang tidak baik di masa hadapan'.

Mungkin sesetangah orang agak pelik dengan kata-kata ini,

namun bagi aku, kata yang diberikan ini sangat bermakna
buat diriku agar tidak terlalu mengharapkan benda atau

perkara yang baik setiap masa.

Di stesen bas, Inanam, Kota Kinabalu. Aku mengeluarkan

telefon android milikku dan segera mencari rumah sewa yang

murah sebagai tempat penginapan ku malam ini. Sementara

hari masih muda lah katakan. Setelah sejam lebih mencari,

masih tidak ada rumah sewa murah yang dapat ku temui.

Yang ada hanyalah RM400 lebih untuk sebulan. Tanpa

membuang masa, aku pun bergegas ke pusat bandar Kota

Kinabalu untuk mencari pekerjaan. Agak lama juga ya untuk

mencari, bukan semua perkara yang kita inginkan dapat

begitu sahaja.

Menjelangnya waktu petang aku berjaya mendapatkan

pekerjaan sebagai seorang pelayan di sebuah restoran

mamak. Pelayan? Jangan fikir bukan-bukan ya. Pelayan yang

dimaksudkan adalah tukang mengambil pesanan pelanggan

dan mengemas meja-meja. Gaji yang diberikan pula dalam

lingkungan RM1 ribu lebih untuk sebulan. 'Budak lepasan

degree kerja restoran?' ha, apa aku kesah. Di benak fikiran ku

pada masa ini, hanya ingin bertahan buat sementara waktu

sebelum mendapatkan pekerjaan yang aku ingini. Tapi

sebenarnya, ku tidak mempunyai sebarang cita-cita yang

ingin digapai. Orang bilang 'asal ada bikin isi dompet' la

katakan.

Kembali semula ke cerita asal, setelah mendapatkan

pekerjaan yang sementara, aku segera ke sebuah hotel

murah yang telah ku temui melalui telefon milikku.

Hotel ini berjumlah RM80 untuk satu malam. Aku sendiri

berasa ragu-ragu untuk tidur dihotel ini memandangkan

nilainya yang murah, akan tetapi tidak mengapa. Aku

berdoa agar tidak ada perkara pelik yang berlaku.

Setelah sampai dan mendaftar masuk di hotel tersebut, aku

melabuhkan tubuh kecil ku di tilam hotel dan segera

mengeluarkan telefon ku sekali lagi. Masa itu emas teman-

teman sekalian. Segera ku mencari rumah sewa murah yang

mampu ku tempati untuk tempoh masa sepanjang ku

mengembara ini. Pelbagai media sosial telahku gunakan

untuk mencarinya seperti Facebook, Twitter, Instagram dan

Tiktok. Tepat pada jam 7 malam, aku berjaya menemukan

rumah sewa di kawasan pinggir bandar yang berjumlah

RM250 sebulan. Mungkin ianya berkat doa ibu bapa ku di

desa. Tanpa membuang masa, aku pun segera menghubungi

pemilik rumah sewa tersebut dan akhirnya berjaya.

Sebelum tidur, aku mengeluarkan bekal yang telah

disediakan ibuku pada waktu pagi tadi dan menjamu selera.

Jujurku rindu dengan keluarga ku. Pada malam itu, syukur

alhamdulillah aku dapat tidur dengan nyenyaknya tanpa

sebarang gangguan.

BAB 2 - SHIFT MALAM

Sebulan telah berlalu. Bekerja di restoran cukup mencabar,

hal ini kerana kerja sebagai pelayan restoran perlu

berhadapan dengan pelbagai jenis tingkah laku dan

perwatakan pelanggan. Kadang kala perlu berhadapan

dengan mereka yang jenis pemarah dan kurang penyabar

seperti neraka, serta kadang kala ada pelanggan yang baik-

baik sahaja seperti syurga. Mahu tidak mahu, sebagai

seorang pelayan harus menghadapi satu per satu.

Tentang rumah sewaku pula, baik-baik sahaja. Pemilik

rumahnya yang ku kenali sebagai pak Yunho juga baik-baik

sahaja. Yunho? ya itulah nama beliau. Beliau mempunyai

keturunan dari Korea Selatan, maka tidak hairanlah dengan

nama beliau. hehe.

Namun begitu, secara tiba-tibanya aku diarahkan untuk

berhenti kerja di restoran mamak tersebut. Pelbagai

persoalan telah muncul difikiranku 'mengapa?' 'bagaimana?

dan 'apa?'. Syazwani yang merupakan rakan sekerja ku

memberi tahu bahawa dia juga telah diberhentikan kerja di

restoran tersebut. Dia turut memberitahuku bahawa restoran

tersebut telah membuang sebahagian pekerjanya kerana

ketidak sanggupannya untuk memberi gaji kepada kesemua

pekerja. Patutlah gaji yang dimasukkan dalam akaun bank

milikku hanya dalam RM800.

Kecewa? ya, siapa yang tidak kecewa. Namun apakan daya.

Tanpa membuang masa, aku segera membawa resume

milikku dan segera mencari kerja yang baharu dan selang

beberapa jam ku berjaya menemukan pekerjaan yang baharu

iaitu sebagai pekerja di 7Eleven. Sekali lagi, ini semua berkat

dari ibubapa ku yang sentiasa mengingatkan ku agar tidak

pernah putus untuk berdoa dan solat. Oleh itu, bagi

pembaca yang beragama Islam, sekecewa manapun kita

dengan kehidupan dan ujian yang Allah berikan, jangan

pernah mengalah dan berhenti berusaha. Allah s.w.t telah

berfirman dalam surah al-Baqarah:ayat 286 yang bermaksud

"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan dengan

kesanggupannya". Dengan ini, beringatlah bahawa setiap
ujian dan dugaan tentunya ada jalan penyelesaian yang

akan Allah berikan. Asalkan kita perlu berusaha untuk

menyelesaikannya.

Namun begitu, kerja yang baru sahaja ku dapatkan ini

malangnya adalah 'shift' malam. Maksudnya, aku perlu

bekerja pada waktu malam iaitu dari jam 6 petang sehingga

1 pagi. Kalau tolak, nanti tidak ada kerja pula. Dengan itu,

akupun memujuk diriku sendiri sehingga mampu menelan

kenyataan tentang kehidupan yang begitu pahit untuk

ditelan.

Oh ya, alhamdulillah RM300 telah ku berikan kepada

keluargaku di desa. Ayahku juga telah dikhabarkan berjaya

mendapatkan pekerjaan sebagai seorang pengawal

keselamatan di sebuah bangunan kerajaan. Namun begitu,

tetap sahaja aku perlu meneruskan perjuanganku di

perantauan agar mampu meringankan beban ayahku.

Kerja di 7Eleven ini cukup baik sahaja pada awalnya,

sehinggalah suatu hariku bertemu dengan seorang

perempuan yang bernama Ain. Ain juga merupakan pekerja

di 7Eleven, namun dia adalah pekerja 'shift' pagi. Mengapa

dengan kehadiran Ain? Kehadiran Ain dalam kehidupanku

amat menyakitkan hati. Dia banyak kali telah menyusahkan

kerja ku dengan tidak membersihkan kedai sebelum

berakhirnya 'shift', barang-barang juga tidak teratur dan ada

pada satu tahap dia telah melaporkanku kepada manager

tentang kecuaian-kecuaian kecil yang ku lakukan dan

memberi tuduhan terhadapku. Aku sendiri tidak memahami
kenapa dia berbuat demikian. Sehinggalah pada akhirnya,
Nazwa yang merupakan rakan sekerja Ain pada waktu pagi
memberitahuku bahawa Ain berbuat demikian kerana dia
cemburu denganku. Namun tentang apa? sebenarnya Ain
menyukai rakan sekerja ku pada waktu malam iaitu Kyungsoo.
Setelah itu, baru ku memahami tentang kenapa Ain berbuat
demikian.

Kyungsoo sungguh rapat denganku. Akan tetapi aku cuma
menganggap dia sebagai kawan rapat dan bukanlah seperti
yang difikirkan oleh Ain. Bercinta? huh, sungguh ku tidak
berminat dengannya. Bagiku, keluarga dan diriku adalah
keutamaan buat diriku pada masa ini. Pada masa itu, aku
baru perasan yang sebenarnya aku tengah berhadapan
dengan situasi tempat kerja yang 'toxic'. Maka dengan ini ku
berusaha untuk meguatkan mentalku untuk berhadapan
dengannya. Seperti drama di televisyen, pelik tapi benar.

Pada suatu hari, aku terpaksa bekerja malam seorang diri
kerana Kyungsoo telah mengambil cuti kecemasan selama
tiga hari disebabkan neneknya yang baru sahaja meninggal
dunia. Dia bergegas pulang ke kampung untuk menghadiri
upacara pengebumian tersebut. Turut berduka dengan
peristiwa yang dialaminya.

Ketika baru sahaja pertukaran 'shift' berlaku, manager telah
memarahi dan menengking ku di atas pertuduhan yang baru
sahaja berlaku. Sebelum ini, Kyungsoo lah yang sentiasa
memberi sokongan terhadap diriku dengan menafikan
tuduhan yang diberikanku dihadapan manager. Namun kali
ini tidak ada yang mampu menyokongku. Ain yang berada di
hujung kedai tersenyum sinis melihat kejadian tersebut.
Manakala Nazwa pula hanya terdiam. Dia tidak berani untuk

bersuara apapun. Dengan keterpaksaannya aku perlu

berdiam diri dan menelan dengan pahit makian daripada

manager tersebut. Setelah setengah jam, Nazwa dan Ain

telah pulang ke rumah. Begitu juga dengan manager

tersebut. Aku berlari ke bilik stor dan air mata yang aku telah

tahan sejak dari tadi jatuh juga bergelinangan. Aku

mengambil masa lima minit untuk menenangkan diriku

terlebih dahulu. Pintu kedai juga telah ku kunci buat

sementara waktu. Inginku menelefon Kyungsoo lalu

menceritakan apa yang terjadi memandangkan hanya dia

seorang sahaja kawan rapat yang kumiliki, namun melihat

kepada situasinya maka kukuburkan sahaja hasratku buat

sementara waktu. Lima minit pun berlalu, ku teruskan kerja ku

seperti biasa dan berharap bahawa akan ada pelangi

selepas turunnya hujan.

Jam menunjukkan tepat 12 tengah malam dan ku masih

bersendirian. 'La ya kan, aku kan sendiri ja 3 hari ni' monolog

hatiku. Tiba-tiba kedengaran bunyi lonceng pintu hadapan

kedai 7Eleven tersebut 'Ting Tong'. Segera ku alihkan

pandangan ku ke pintu hadapan. Seorang lelaki berbaju

lengkap berwarna hitam dari kepala hingga kasut, bergerak

lemah longlai ke arah kaunter tempat ku berdiri. Ya, lelaki

tersebut dalam keadaan mabuk. 'Nama kamu Amirah kan?'

lelaki itu berkata. Lantas riak wajah terkejut muncul di

wajahku dan ku cuba untuk mengawal ia, lalu menjawab

'E..err... bukan encik. Boleh saya tahu encik ingin beli apa?'.
Dengan pantasnya lelaki tersebut menarik lenganku dan

menolak ku ke lantai. Ketika itu, aku baru perasan bahawa

lelaki tersebut memegang sebilah pisau ditangan kanannya

dan...

Belum sempat lelaki tersebut menusuk tubuh kecilku,

seseorang individu telah menumbuk wajah lelaki tersebut

kuat menyebabkan lelaki itu berlari keluar dari kedai. Ku

dongakkan wajah ku untuk melihat individu tersebut dan

ianya... seorang perempuan?! Aku terkesima dengan

kekuatannya.

Perempuan itu melihatku dan berkata "Kamu ok ka? Mana

rakan kerja kau yang lain? Kenapa kau saturang ja di sini
malam-malam?". Kata-katanya seperti layaknya seorang guru

berbicara di hadapan kelas. Dengan perlahan ku berdiri

dengan bantuannya dan menjawab "Te...Teri..Terima kasih

banyak-banyak" sambil membongkokkan badanku 90 darjah

seperti alah-alah orang Korea. Cewahh. Secara tidak

sengajanya air mata aku turut terjatuh. Emosi aku pada masa

ini bercampur baur. Dia menggaru perlahan kepalanya dan

berkata "Eh tidak apa ba. Kebetulan saya mahu beli

makanan di sini. Tapi serius kenapa kamu tiada kawan ni

malam-malam, sudahlah kamu perempuan".

Aku masih mendiamkan diri, tidak tahu ingin menjawab apa.

Fikiran dan jiwaku ibarat sekeping kertas yang baru selesai di

proses. Lalu perempuan tersebut berkata lagi "Tidak apalah,

lupakan sahaja. Saya mahu bayar ni ya". Dengan pantasnya

aku pun berlari ke arah kaunter dan segera mengurus.

Setelah sejam lebih, jam menunjukkan jam 1.20 pagi. Lampu

kedai dan pintu kedai segera ku tutup. Seterusnya, aku pergi

ke bilik rehat pekerja untuk mengambil beg sandang ku dan

ya. Checkmate. Terdapat makanan buruk di dalam beg

sandangku, siapa lagi kalau bukan Ain. Hairan dan pelik

kenapa Ain sanggup berbuat demikian semata-mata

'jealous'. Secara tiba-tiba, hati aku terdetik untuk berhenti

kerja di kedai 7Eleven dan aku pun mengisi surat berhenti

kerja, lalu meletakkan ia di meja milik manager.

Pada waktu ini, minda dan tubuhku terasa penat yang amat.

Entah apa yang merasukiku pada malam itu, aku mengemas

barang-barang milikku di rumah sewa tersebut lalu bergegas

keluar dari rumah tersebut dan menuju ke stesen bas yang

kunjungi sebelum ini. Benar, pada malam itu aku juga nekad

untuk pulang semula ke desa. Setelah berbulan-bulan aku

menghadap suatu situasi tempat kerja yang sungguh 'toxic'

dan aku ingin lari dari situasi tersebut.

Jam menunjukkan 3 pagi. Aku duduk di kerusi awam yang

terdapat di stesen bas tersebut untuk menunggu kaunter
pembelian tiket bas buka pada jam 6 pagi.

"Hei 7Eleven!" seseorang memanggilku.
Rupa-rupanya, dia adalah perempuan yang telah

menyelamatkan ku tadi. Dia duduk disebelahku sambil

memperkenalkan dirinya "Nama saya Maryam Saffa. Boleh

panggil Maryam sahaja. Nama kamu siapa?" katanya, aku

pun menjawab dengan memperkenalkan diriku. Masa

bergerak begitu sahaja, setelah sejam lebih berbual dan

meluahkan perasaan tentang situasi yang ku alami, dia pun

dengan pantasnya mengajakku untuk tinggal serumah

dengannya dengan syarat bayaran rumah sewa tersebut

dibahagikan kepada dua. Dia juga cuba menolongku dengan

membantuku untuk bekerja di syarikat yang sama dengannya.

Entah kenapa dengan mudahnya aku mempercayai orang

yang belum ku kenali lama. Pada waktu ini, ku serahkan

sepenuhnya kepada Allah. Semoga apa yang datang pada

masa hadapan adalah yang terbaik buat diriku.

BAB 3 - PERJUANGAN YANG DITERUSKAN

Setahun setelah peristiwa yang malang bagiku, kini aku
menjadi pekerja sebagai guru tadika di sebuah tadika pasti
Kota Kinabalu. Sebelum bekerja sebagai guru tadika, aku
sebenarnya bekerja sebagai promoter Parkson di pusat
membeli belah Imago, Sabah bersama-sama Maryam yang
telah mengubah kehidupanku. Perjumpaan kami yang tidak
terancang telah membawa kebahagiaan buat diriku. Maryam
merupakan sahabat aku yang sentiasa ada bersama
denganku dikala gembira dan duka. Kyungsoo pula, kawan
rapat aku ketika bekerja di 7Eleven masih berhubung
denganku dan kadang kala dia membawa ku berjalan-jalan
untuk menenangkan fikiran katanya.

Pekerjaan ku bukan sahaja terhenti sebagai seorang guru,
malah seorang ahli bisnes. Aku telah memulakan bisnes
menjual produk-produk kecantikan seperti Wawa Zainal dan
pelbagai lagi serta bisnes makanan juga telah ku laksanakan
seperti kek dan makanan dessert khas untuk sambutan hari
jadi. Keuntungan yang ku dapat melalui hasil usaha ku ini
sudah cukup dapat membantu sumber kewangan keluargaku
di desa. Pelbagai kemudahan seperti kenderaan sendiri juga
telah mampu ku miliki. Namun perjalananku menjadi seorang
yang berjaya seperti sekarang bukanlah perkara yang
mudah. Berbagai liku perjalanan yang telah ku hadapi seperti
dalam bab 1, bab 2 dan juga bisnes yang tidak menarik minat
orang atau tidak laku dalam tempoh masa yang lama.

Kehidupan yang ku miliki pada masa kini, amat bahagia buat
diriku. Kyungsoo juga telah selamat menjadi tunangku pada
sebulan yang lalu (hehe).

"Mira! Jom bergambar !", Maryam sahabatku memanggil ku
dari jauh. Aku dan Maryam bersama-sama melakukan
percutian ke negara New Zealand yang penuh dengan

keindahan ciptaanNya. Bukit bukau hijau muda yang

diselaputi salji berwarna putih dapat ku gambarkan

menggunakan dua buah mataku.

"Diari sebagai Pekerja" ini jelas dapat membuktikan dan

menceritakan tentang perjuangan seorang insan yang biasa

bernama Amirah mencuba sedaya upaya dalam memikul

berat tanggungjawab sebagai anak sulung dalam sebuah

keluarga.

Sejauhmanapun ujian yang kita menimpa kita, tetaplah

bersyukur dan berdoa kepadaNya kerana orang (hamba)

yang bersabar akan ujian akan mendapat nikmatNya. Seperti

mana yang telah dinyatakan Allah dalam surah al-Imran ayat

139: "Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula

kamu bersedih hati, padahal kamulah orang orang yang

paling tinggi darjatnya jika kamu beriman."

Di samping itu, untuk mendapatkan persekitaran hidup yang

baik haruslah mencari bulatan ikatan yang baik-baik dan

positif agar hidup kita lebih berkualiti. Seperti Amirah yang

mempunyai Kyungsoo dan Maryam yang sentiasa memberi

sokongan, membantu dan bersamanya dikala sedih atau

gembira. Jangan pernah takut untuk keluar dari satu bulatan

yang tidak baik atau penuh dengan aura negatif, kerana

kelak ia akan memudaratkan kehidupan kita. Jika kita tidak

mampu untuk bertemu dengan mereka yang baik dan positif,

kita boleh menjadi salah satunya. Terus yakin terhadap diri

sendiri.

Tamat

SINOPSIS

Buku ini menceritakan kisah ringkas tentang

perjalanan hidup Nur Amirah. Pernah merasa

berada dititik kehidupan yang paling lemah?

Pernah berada dalam persekitaran kerja yang

'toxic'? Pernah jatuh? Pernah dibuang kerja

secara tiba-tiba? Begitulah kehidupan seorang


yang bernama Amirah. Mungkin cerita ini

bukanlah cerita yang sungguh menarik, akan

tetapi saya yakin ianya mengandungi pelbagai


unsur nasihat dan peringatan tentang

kehidupan kita, manusia samada ia nasihat

berunsur sindiran mahupun secara terus.


Click to View FlipBook Version