The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Khaldijah Sabri, 2022-04-03 10:48:36

BMF_NUR KHALDIJAH SABRI _ TUGASAN 1

BMF_NUR KHALDIJAH SABRI _ TUGASAN 1

BMMB1104

KESUSASTERAAN DAN
KEBUDAYAAN BAHASA

MELAYU

DR. NOR ANITA BINTI MAT ISA

NAMA: NUR KHALDIJAH BINTI SABRI
NO ANGKA GILIRAN: 2021232310148

NO IC: 030511080602

ISI KANDUNGAN

NO PERKARA MUKA
BILANGAN SURAT
PENGENALAN
1) PANTUN 3
2) 1.0 SYAIR 4–7
3) 2.0 GURINDAM 8 – 11
4) 3.0 SELOKA 12 – 15
5) 4.0 PENUTUP 16 – 19
6) RUJUKAN
7) 20

21

PENGENALAN INFOGRAFIK KEPADA PUISI TRADISIONAL

❑ Infografik ialah satu reka bentuk grafik yang memberikan penjelasan menyeluruh tentang sesuatu topik melalui
gabungan visualisasi data, ilustrasi, teks dan gambar.

❑ Infografik digunakan untuk menyampaikan maklumat secara teratur dengan cara yang lebih menarik dan mudah.
❑ Puisi tradisional ialah ciptaan seni yang berbentuk mesej yang ingin disampaikan oleh seorang penulis kepada

masyarakat sama ada secara tersurat atau tersirat
❑ Puisi tradisional mengandungi nilai-nilai murni, emosi dan imaginasi yang dapat membantu pembaca atau

pendengar mendalami maksud yang cuba diketengahkan
❑ Penggunaan infografik dalam puisi tradisional meningkatkan pemahaman pembaca serta memudahkan pembaca

mendapat isi-isi yang penting.
❑ Pembaca juga lebih tertarik membaca bahan infografik kerana bersifat lebih ringkas serta penyusunan data yang

menarik dan cantik.

1.0 PANTUN

DEFINISI PANTUN JENIS PANTUN

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pantun merupakan puisi tradisional ❖ Pantun Muda
yang terdiri daripada empat baris dalam setiap rangkap. Pantun telah ❖ Pantun Nasihat
digunakan masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Berdasarkan catatan ❖ Pantun Jenaka
sejarah, pantun telah wujud sebelum masyarakat melayu tahu membaca dan ❖ Pantun Kiasan
menulis. Pantun digunakan sebagai satu medium untuk meluahkan fikiran ❖ Pantun Dagang
dan perasaan dengan cara berjenaka atau sindiran. Harun Mat Piah (1989) ❖ Pantun Adat
mendefinisikan pantun berdasarkan aspek luaran dan aspek dalaman. Aspek ❖ Pantun Teka-teki
dalaman dikaitkan menggunakan perlmbangan dan pembayang yang ❖ Pantun Agama
meliputi tema dan persoalan. ❖ Pantun Kepahlawan
❖ Pantun Anak

BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN FUNGSI PANTUN SEBAGAI WAHANA PENDIDIKAN
❑ Pantun terdiri daripada
Pantun mengandungi pelbagai nilai murni dan pengetahuan yang dapat membentuk
pembayang dan maksud sahsiah peribadi seorang masyarakat.
❑ Terdiri daripada empat rangkap Sebagai contohnya, Pantun Nasihat telah mengajak pembaca untuk melakukan banyak
❑ Terdapat pantun berbentuk dua kebaikan.
Rangkap keempat Pantun Nasihat menyuruh masyarakat agar menjaga tutur bicara agar
kerat, empat kerat, pantun enam tidak membawa padah kepada diri sendiri dan sekeliling.
kerat, pantun lapan kerat, pantun Selain itu, pantun juga menyampaikan mesej berunsur agama yang menerangkan
sepuluh kerat dan pantun 12 tentang ketuhanan, kehidupan dan kematian.
kerat. Pantun agama bertujuan melahirkan individu yang taat akan suruhan agama melalui
❑ Pantun yang melebihi pendedahan bahawa setiap perbuatan baik atau buruk akan mendapat balasan.
❑ Satu baris pantun terdiri Pantun Adat pula dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat mengenai adat-
daripada 4 – 5 patah kata adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu seperti adat pusaka, adat manusia dan
❑ Setiap baris mempunyai 8 – 12 adat perkahwinan
suku kata Sebagai contohnya, melalui pantun adat masyarakat dapat mengetahui bahawa
❑ Rima akhir pantun adalah sejajar rombongan untuk mengenali dan merisik seorang gadis perlu dibuat sekiranya
- Pantun dua kerat ialah ( a, a ) seseorang lelaki berhasrat untuk berumah tanggan.
- Pantun empat kerat ialah Pantun adat ini secara tidak langsung melahirkan masyarakat yang sentiasa
( a, b, a, b ) berpegang pada adat.

CONTOH: PANTUN
ALAM REMAJA

Elok rupanya kumbang jati, Hanyut batang berlilit kumpai, BENTUK DAN CIRI-CIRI PANTUN:
Dibawa itik pulang petang; Terdampar di ujung Tanjung Jati; ❖ Terdiri daripada tujuh rangkap
Tidak terkatakan besar hati, Bonda pulang bapa pun sampai, ❖ Setiap rangkap mempunyai
Melihat ibu sudah pulang. Kita semua berbesar hati.
empat baris
Dibawa itik pulang petang, Ramai orang bersorak-sorak, ❖ Setiap baris mengandungi 4
Dapat di rumput bilang-bilang; Menepuk gendang dengan
Melihat ibu sudah pulang, rebana; hingga 5 patah perkataan
Hati cemas menjadi hilang. Alang besarnya hati awak, ❖ Satu baris mempunyai 9 hingga
Mendapat baju dengan celana.
Ayam kinantan terbang mengekas, 10 suku kata
Hinggap di ranting bilang-bilang; Mahulah kami hendak melapun, ❖ Mengadungi pembayang dan
Melihat bonda pulang lekas, Lapun dibawa orang menjaja;
Hatiku besar bukan kepalang. Jangan marah kami berpantun, maksud
Budak kecil biasa manja. ❖ Pantun berbentuk terikat
Kita menari keluar bilik,
Sebarang tari kita tarikan;
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

2.0 SYAIR

DEFINISI SYAIR BENTUK DAN CIRI-CIRI
SYAIR
Syair merupakan sejenis puisi
melayu lama yang berlagu. 1. Bait syair terdiri daripada 4
baris
Menurut catatan sejarah, puisi
berasal dari Parsi yang 2. Terdapat 4 – 6 perkataan
bagi setiap baris
kemudiannya dibawa masuk ke
Nusantara sewaktu kedatangan 3. Setiap baris mengandungi
8 -12 suku kata
agama Islam.
4. Setiap baris syair adalah
JENIS SYAIR isi yang berbentuk cerita,
pesanan atau teguran
1.Syair Panji
2. Syair Kiasan 5. Rima akhir bagi syair ialah
3. Syair Agama a-a-a-a
4. Syair Romantis
5. Syair Sejarah

FUNGSI SYAIR SEBAGAI WAHANA
PENDIDIKAN

❑ Syair sering dijadikan sebagai hiburan dalam kegiatan keramaian, kebudayaan dan kesenian.
❑ Sebagai contohnya, syair akan dilagukan mengiringi sesuatu tarian atau persembahan seperti tarian dabus atau

tarian boria.
❑ Dalam syair yang disampaikan, terkandung cerita yang mempunyai pengajaran yang berguna kepada

msyarakat.
❑ Penggunaan nada suara yang merdu, lembut dan lunak dapat menjaga hati pendengar dari tersinggung dengan

isi penyampaian syair tersebut.
❑ Sebagai contohnya, melalui syair sejarah, masyarakat dapat meningkatkan pengetahuan mereka dengan

mengetahui tentang sejarah melayu disamping dapat mengenali tokoh – tokoh yang banyak berjasa
❑ Hal ini secara tidak langsung meningkatkan semangat patriotisme yang tinggi dalam diri masyarakat.
❑ Antara contoh syair sejarah ialah Syair Singapura Terbakar dan Syair Sultan Maulana.
❑ Selain itu, syair kiasan iaitu Syair Ikan Terubuk dinukil bagi menceritakan tentang kisah percintaan yang gagal

antara dua golongan yang berbeza status.
❑ Syair ini menyampaikan pengajaran melalui persimbolan yang digunakan iaitu ikan puyu dan ikan terubuk
❑ Melalui syair ini, masyarakat dapat menyedari bahawa kita tidak boleh memadang rendah terhadap orang lain

hanya kerana darjatnya yang rendah.

CONTOH: SYAIR BENTUK DAN CIRI-CIRI
POHON BULUH SYAIR:

Menara tinggi banyak bertingkat ➢ Terdiri daripada 4 rangkap
Di sana tiada bilik bersekat ➢ Setiap rangkap mengandungi
Tiada bertangga naik melekat
Mata-mata menjaga segenap pangkat 4 baris
➢ Setiap baris mengandungi 4
Yang ada sedia panji-panji bendera
Hingga sampai ke kemuncak menara hingga 6 patah perkataan
Banyak ada ia bersaudara ➢ Rima akhir syair ini ialah a-a-
Yang ada pula bersama gara
a-a
Selalu dipandang dilihat adanya
Tinggi rendah dijerat pangkatnya
Besar kecil ikat binanya
Terlalu kuat pula asasnya

Ikatnya licin di luar di dalam
Gelapnya di dalam seperti malam
Air tak tiris seperti kolam
Ikat tingkatnya tak nampak alam

3.0 GURINDAM

DEFINISI GURINDAM JENIS GURINDAM

Menurut Ismail Hamid (1989), gurindam o Gurindam Berangkai - Dimulakan dengan perkataan yang
merupakan satu istilah yang berasal daripada sama bagi baris yang terkandung dalam bait gurindam
bahasa Sanskrit yang bermaksud perumpamaan.
Gurindam telah berkembang dalam tradisi lisan o Gurindam Berkait - Setiap baris diakhiri dengan perkataan
Melayu sehingga terhasilnya bentuk dan kelainan yang mempunyai bunyi suku kata akhir yang sama.
daripada gurindam yang berbahasa Sanskrit.
Selain itu, gurindam didefinisikan sebagai satu BENTUK DAN CIRI – CIRI GURINDAM
bentuk puisi Melayu yang dibawa oleh orang
Hindu. Gurindam mengandungi 2 baris bagi setiap o Bait gurindam terdiri daripada 2 baris yang mengandungi
rangkap dimana baris pertama mengandungi hubungan sebab dan akibat
syarat (protatsis) dan baris kedua mengandungi
jawapan (apodotis). Za’ba pula menjelaskan o Setiap baris mengandungi 10 – 14 kata
bahawa sukatan bagi gurindam adalah tidak tetap o Baris kedua mengandungi isi dan maksud
dimana gurindam mengandungi gubahan idea o Gurindam berbentuk nasihat dan fisolofi
yang bernas ke dalam bentuk bahasa yang indah. o Rima akhir gurindam adalah terikat
o Sebagai contohnya, bait gurindam diakhiri ( a, a ) atau ( b, b )

❖ Gurindam disampaikan sebagai hiburan dan platform FUNGSI
pendidikan dalam majlis yang formal GURINDAM
SEBAGAI
❖ Unsur keimanan dan unsur moral merupakan aspek WAHANA
pendidikan yang cuba diketengah supaya dapat menjadikan PENDIDIKAN

kehidupan masyrakat lebih harmoni.

❖ Unsur moral yang disampaikan dalam gurindam terbahagi kepada tiga iaitu nilai

moral kehidupan manusia dengan diri sendiri, kehidupan manusia dengan orang

lain dan kehidupan manusia dengan tuhan.

❖ Selain itu, gurindam juga digunakan untuk memberikan gambaran secara halus

tentang cara hidup atau suasana masyarakat Melayu lama

❖ Hal ini demikian supaya masyarakat tidak akan lupa tentang asal-usul Melayu

yang dahulu

❖ Gurindam turut digunakan sebagai alat komunikasi untuk menegur atau

menyampaikan pesanan dan amanat yang tertentu.

❖ Sebagai contohnya, gurindam 12 fasal ketiga karya Raja Ali Haji menyampaikan

teguran agar masyarakat menjaga anggota badan sebaiknya.

❖ Melalui gurindam tersebut, masyarakat menyedari bahawa mata mestilah dijaga

sebaiknya agar tidak melihat perkara yang buruk dan tidak menggunakan kaki

untuk melangkah ketempat maksiat.

CONTOH: GURINDAM BENTUK DAN CIRI-CIRI
12 FASAL KETIGA GURINDAM:

Apabila terpelihara mata, ❖ Terdiri daripada tujuh rangkap
Sedikitlah cita-cita. ❖ Setiap rangkap mempunyai

Apabila terpelihara kuping, dua baris
Khabar yang jahat tiadalah damping. ❖ Setiap baris mengandungi 2

Apabila terpelihara lidah, hingga 6 patah perkataan
Nescaya dapat daripadanya faedah. ❖ Satu baris mempunyai 8

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, hingga 15 suku kata
Daripada segala berat dan ringan. ❖ Rima akhir gurindam ini ialah

Apabila perut terlalu penuh, a-a
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.

Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.

4.0 SELOKA

DEFINISI SELOKA

Seloka dikategorikan sebagai puisi tertua dalam kesusasteraan Melayu. Seloka dikatakan
bahawa telah disebarkan ke alam Melayu sewaktu perkembangan agama Hindu di Asia
Tenggara. Seloka telah ditulis dalam buku Teks Mahabarata dan Ramayana. Seloka
merupakan satu istilah yang berasala dari Bahasa Sanskrit iaitu shloka. Dalam Bahasa
Melayu, seloka membawa maksud sindiran, seloroh dan jenaka. Menurut B.Simorangkir,
seloka ialah peribahasa atau perumpaan yang mengandungi kiasan dan sampiran. Selain itu,
Hooykaas menyatakan bahawa terdapatnya kisah-kisah berunsur nasihat didala sesebuah
seloka.

FUNGSI SELOKA SEBAGAI WAHANA PENDIDIKAN

❑ Seloka berfungsi untuk menyindir dan mengkritik perlakuan dan sifat negatif
seseorang tanpa menyinggungkan perasaan mana-mana pihak

❑ Selain itu, seloka juga menyampaikan beberapa pengajaran dan panduan dengan
melahirkan sikap benci terhadap sesuatu perbuatan yang keji di mata masyarakat.

❑ Melalui seloka ini, masyarakat akan berasa malu dan sedar akan perangai buruk
mereka sekaligus bertindak untuk berubah kearah yang lebih baik

❑ Mereka dapat mengetahui bahawa sifat yang ditonjolkan oleh mereka selama ini tidak
digemari oleh masyarakat sekeliling.

❑ Sebagai contohnya, Seloka Pak Kaduk menceritakan tentang kebodohan Pak Kaduk
yang menyebabkan dia sering ditimpa nasib malang secara berterusan

❑ Melalui seloka ini, masyarakat dapat mengambil sindiran yang disampaikan iaitu itu
berfikiran rasional ketika membuat sesuatu keputusan supaya tidak mudah tertipu
dengan helah orang lain.

❑ Selain itu sikap-sikap buruk yang terdapat pada Pak Kaduk seperti suka membazir
dan menjudi mestilah dihindari agar tidak mendatangkan bebanan kepada diri suatu
ketika nanti.

CONTOH: SELOKA
SANTAP ISTIADAT

Santap beradat, santap istiadat, Santap nasi suap pertama, BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA:
Santap raja di majlis kebesaran, Berturut dengan suap kedua; ❖ Terdiri daripada 5 rangkap
Santap merai, hormat-menghormat; Dua suap, ketiga sudah, ❖ Bilangan baris:
Bukan santap hendakkan kenyang, Keempatnya basuh tangan;
Santap santun dengan aturan. Kelima halwa juadah, - Rangkap 1 : 5 baris
Keenam mengiring buah-buahan. - Rangkap 2 : 7 baris
Nasi disuap di tangan kanan, - Rangkap 3 : 6 baris
Lauk dibinjat sopan siuman, Ketujuh berkumur-kumur, - Rangkap 4 : 4 baris
Sampai ke mulut mamah perlahan, Ke delapan makan sirih; - Rangkap 5 : 2 baris
Tanda tidak gelojoh makan. Kelat jatuh ke rengkungan, ❖ Setiap baris mengandungi 7
Selesai santap nasi — Seri naik ke peroman. hingga 14 suku kata
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat ❖ Seloka ini berbentuk bebas
menghormat, mulia-memuliakan Itulah santap beradat kebesaran
Di dalam riwayat zaman yang silam.

PENUTUP Secara umumnya, dapat dijelaskan bahawa pantun, syair,
gurindam dan seloka adalah berbeza dari pelbagai aspek seperti
bentuk dan fungsi penggunaannya. Pada zaman kini,
penggunaan puisi tradisional kian dilupakan sehingga ramai anak
muda tidak tahu untuk mengalunkan puisi tradisonal ini. Hatta,
terdapat sesetengah remaja yang tidak tahu akan kewujudan
puisi tradisonal ini. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang
penting dalam mendedahkan puisi tradisional kepada anak-anak
sejak dari kecil. Hal ini demikian supaya warisan Melayu sejak
turun-temurun ini tidak akan lapuk ditelan zaman.

RUJUKAN

Mohd Fadzil, H. (2020). Pandangan Bakal Guru Awal Kanak-Kanak Terhadap
Penghasilan Infografik Kesihatan. Asia Pacific Journal of Educators and
Education, 35(1), 55–73. https://doi.org/10.21315/apjee2020.35.1.4

Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1–
13. https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227/2212

SEKIAN,
TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version