The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aqilah radhwa, 2023-05-03 10:50:17

Isu Ibadat Dalam Islam

Group 4

AUFAAIN SORFINA BINTI MOHD TAMEZI (02DLS22F002) NUR SAFINAZ BINTI AMIDEK (O2DLS22F004) NUR AINAA SYAFIQAH BINTI CHE KHAIRUL AZLI (O2DLS22F006) NUR AQILAH RADHWA BINTI MAHATHIR (02DLS22F1032)


Pengenalan Pembahagian Jenis Ibadah Isu berkaitan dengan ibadat • Kesalahan dalam azan & iqamah • Kesalahan dalam masjid • Kesalahan dalam solat sunat hari raya • Isu pengabaian solat 5 waktu oleh umat islam • Isu suntikan vaksin covd 19 Ketika puasa • Isu masalah gastrik Ketika puasa


APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN IBADAT? Ibadat adalah pengabdian diri seorang hamba secara berterusan kepada tuhan. Dari segi Bahasa, ia bermaksud tunduk dan patuh kepada Allah SWT manakala dari segi istilah pula ialah bermaksud semua perkataan dan perbuatan yang zahir atau batin yang disukai dan diredhai oleh Allah SWT. Maka, ibadat perlu dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana mencari keredhaan Allah akan diberikan ganjaran pahala. Secara keseluruhanya, ibadat adalah cara pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah mengikut segala suruhanya dan meninggalkan segala laranganya sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan ajaran Sunnah Nabi Muhammad SAW. Kepatuhan kita sebagai manusia ini dilakukan secara berterusan hingga ke akhir hayat.Ini menunjukan ketundukan dan kecintaan kepada Allah SWT.


Maksudnya: “Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu.” (AdzDzaariyaat : 56) “Wahai hambaKu, Aku tidak menjadikan kamu agar Aku terhibur dari kesepian, atau untuk membanyakkan bilangan kamu dari kekurangan, atau meminta pertolongan kamu dalam perkara yang Aku lemah, begitu juga bukan dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau menolak kemudharatan. Hanyasanya Aku menjadikan kamu untuk beribadat kepadaKu dan berzikir serta bertasbih kepadaKu setiap pagi dan petang.“ (Hadis Qudsi)


1. QAWLIYYAH-Maksud dari ibadah qowliyyah adalah setiap ibadah yang dilakukan oleh aktiviti lisan. Seperti membaca Alquran, bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir, dan lain sebagainya. 2. JISMIYYAH-Maksud dari ibadah Jismiyyah adalah setiap ibadah yang dilakukan oleh aktiviti anggota tubuh. Seperti gerakan dalam solat, melakukan puasa, haji, dan sebagainya. 3.Maliyyah-Maksud maliyah ialah ibadah yang melibatkan harta seperti memberi zakat, infak dan sedekah


4. QAWLIYYAH JISMIYYAH - Maksud qauliyah wa jismiyah ialah ibadat yang sekaligus bacaan dan gerakan badan seperti solat 5. QAWLIYYAH JISMIYAH WA MALIYYAH - maksud qauliyah jismiyah wa maliyah ialah ibadat yang sekaligus bacaan, gerakan badan dan harta seperti ibadat haji.


Satu kesalahan dalam azan dan iqamah ialah melanjutkan jual beli setelah azan. Sebahagian orang ada yang mendengar azan, akan tetapi ia tetap sibuk dengan jual beli dan bekerja tanpa mempedulikan seruan azan yang menunjukkan bahawa waktu solat telah tiba. Ini merupakan salah besar, melainkan ia harus meninggalkan kesibukan dunia yang sedang dilakukannya dan memenuhi panggilan Allah yang memiliki dunia dan akhirat.


“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”Diriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda ;“Barangsiapa yang mendengar azan dan tidak datang, maka tidak ada solat baginya kecuali kerana uzur.”Apabila kamu mendengar muazzin berkata : Allahu Akbar, Allahu Akbar, maka lepaskanlah tanganmu dari segala kesibukan dunia yang hina dan siapkanlah dirimu untuk menghadap Tuhan pencipta alam, tinggalkan apa yang paling kecil agar dapat menjumpai Yang Maha Besar.Ketahuilah bahawa apabila kamu telah mempersiapkan dirimu, dan membersihkan hatimu dihadapan Allah dengan kedatanganmu di masjid, maka Allah akan memudahkan bagimu untuk menghadap-Nya pada hari kiamat kelak, iaitu hari yang paling menakutkan.


Satu kesalahan dalam masjid ialah menghadiri solat jemaah dengan pakaian kotor. Sebahagian para pekerja industri atau perkilangan, apabila azan berkumandang, mereka akan meninggalkan tempat kerja mereka dan menuju ke masjid untuk menunaikan solat. Ini merupakan perkara yang baik, tetapi yang menjadi satu masalah ialah mereka datang ke masjid dengan pakaian kerja mereka yang terkadang itu pakaian mereka tersangatlah kotor disebabkan terkena minyak dan bau yang tidak sedap. Yang paling utama bagi mereka ialah mereka sepatutnya mengkhususkan pakaian untuk mereka pakai ketika menunaikan solat dan pakaian yg bersih serta tidak berbau. Ini kerana Nabi SAW telah melarang makan bawang putih atau bawang merah dan datang ke masjid kerana itu akan menyebabkan muncul aroma yang kurang sedap.


Antara kesalahan dalam solat jumaat ialah meninggalkan solat jumaat. Hendaklah diketahui bahawa sesiapa yang meninggalkan solat jumaat dengan sengaja ia telah melakukan dosa yang sangat besar. Selain itu Allah SWT akan menutup hatinya sehingga dia tidak lagi mengenal kebaikan dan melakukan segalan larangan Allah SWT. Di samping itu, dia juga tidak akan merasakan kenikmatan agama Islam dan tidak merasakan betapa manisnya iman.


“Kaum-kaum itu nescaya akan selesai (lenyap) apabila meninggalkan solat jumaat dan nescaya Allah akan menutup hati mereka dan menjadikan mereka orang-orang yang lalai” - Riwayat Muslim “Barangsiapa yang meninggalkan solat jumaat tiga kali tanpa uzur, maka dia adalah orang yang munafik.” - Riwayat Ibnu Khuzaimah “Barangsiapa yang meninggalkan solat jumaat secara berturut-turut, maka ia telah mencabut gelaran Islam di belakang punggungnya.” - Riwayat Ibnu Abbas RA.


Terdapat sebahagian orang muslim menunaikan solat Aidil Fitri tanpa menjamah sesuatu. Disunatkan untuk memakan beberapa buah kurma dengan bilangan yang ganjil sebelum melaksanakan solat sunat Aidil Fitri. Selain itu, perbuatan mengangkat tangan ketika takbir dalam solat hari raya tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW. Di samping itu, kebanyakan para khatib dan para dai memulakan khutbah hari raya dengan takbir walhal perbuatan ini bertentangan dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW.


“Rasulullah SAW tidak pergi melaksanakan solat sunat Aidil Fitri hingga beliau memakan beberapa buah kurma dengan bilangan yang ganjil.” - Riwayat Bukhari Imam Ibnul Qayyim berkata :“adapun kebanyakan pendapat ahli fiqh yang mengatakan bahawa membuka khutbah Istisqa’ iaitu khutbah yang dilakukan ketika solat Istisqa’ itu dengan istighfar dan khutbah dua hari raya itu dengan takbir, maka mereka tidak memiliki sedikit pun asas bahawa itu merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW.”


1) Salah faham dan salah pendapat.Antara sebabsebab mereka tidak solat adalah kerana mereka berpendapat bahawa solat dan “ibadah” yang lain yang dikerjakan adalah untuk membentuk akhlak dan budi pekerti bagi orang-orang yang tidak memiliki kecerdasan dan ilmu pengetahuan seperti orang-orang surau, penghulu, petani dan orangorang miskin. 2)Tidak mempunyai pengertian terhadap solat.Selain itu, golongan yang tiggalkan solat adalah mereka yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan tentang ibadah solat. Contohnya, mereka yang lahir, hidup dan membesar dalam masyarakat yang tidak melakukan solat. Mereka juga tidak pernah melihat orang tua dan orang sekeliling mereka melakukan solat.


3) Pengaruh Malas.Golongan yang berpengetahuan tentang solat serta mengetahui tentang kefardhuan dan kewajipannya, tetapi mereka sengaja meninggalkan solat disebabkan tabiat kemalasan yang mempengaruhi jiwa dan diri mereka. Disebabkan itu, hilanglah segala keinsafan dan kesedaran sekaligus tidak memperdulikan tentang akibat dan balasannya 4) Jiwa Remaja.Selain itu, terdapat golongan yang tidak bersolat kerana beranggapan bahawa solat itu adalah “pakaian” orang-orang tua dan pakaian yang tidak gemar kepada dunia lagi. Mereka beranggapan usia muda haruslah dipergunakan untuk mencapai segala keinginan syahwat dan nafsu semata-mata. Setelah tua barulah bertaubat dn melakukan solat.


5) Takut kepada iblis dan syaitan.Kebanyakan di antara mereka yang meninggalkan solat adalah kerana mereka takut akan diganggu iblis dan syaitan serta takut akan kehilangan sakti dan jampi yang sedang diamalkan. Perkara-perkara sebegini sering terjadi kepada mereka yang mengamalkan ilmu-ilmu sesat seperti ilmu hitam, kurafat, syirik dan sebagainya. Mereka juga tidak percaya dengan ke-Esaan dan kewujudan Allah Subhanahu wa ta’ala.


Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan kaedah pemberian suntikan vaksin Covid-19 menggunakan kaedah intramuscular iaitu suntikan ke dalam otot. Contoh situasi dalam isu ini, seseorang telah mendapat tarikh untuk suntikan vaksin pada bulan Ramadhan, jadi beliau keliru sama ada beliau harus berpuasa atau tidak pada hari suntikan tersebut. Dalam membahaskan isu ini, umumnya perkara yang boleh membatalkan puasa adalah apabila seseorang tidak mencukupi syarat-syarat atau gugur salah satu daripada rukun puasa seperti haid, nifas, memasukkan sesuatu ke dalam badan dan sebagainya. Ini sebagaimana disebut di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Hal ini menjadi pandangan yang berbeza daripada ulama-ulama yang dirumuskan terperinci oleh Syeikh Hassan al-Kaf dalam karyanya al-Taqrirat al-Sadidah.


Pandangan pertama: Batal secara mutlak kerana masuk sesuatu ke bahagian dalam otot (al-Jauf). Hukum suntikan (pada siang Ramadhan) adalah harus dalam keadaan darurat namun para ulama berbeza pandangan dalam hal batalnya puasa dalam tiga pandangan. Pandangan kedua: Tidak terbatal secara mutlak kerana masuk sesuatu ke bahagian dalam rongga (al-Jauf) tanpa melalui rongga yang terbuka. Pandangan ketiga: Perlu perincian dan ia merupakan pandangan yang paling sahih: sekiranya kandungan suntikan tersebut mengandungi nutrisi atau pemakanan maka batal puasanya.


Masalah gastrik yang dialami oleh sesetengah orang tidak seharusnya dijadikan alasan untuk tidak menunaikan ibadah puasa yang merupakan rukun Islam ketiga.Pakar pemakanan dari Pusat Pengajian Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Dr Norazmir Md Nor berkata, pesakit yang telah lama menghidap penyakit itu sepatutnya membuat persiapan tertentu bagi membolehkan mereka menjalani ibadah puasa dengan lancar. Sebelum Ramadan, biasakan diri dengan berpuasa, mungkin hari ini separuh hari, esok lusa boleh dilanjutkan lagi mengikut ketahanan perut. Secara tidak langsung, individu itu boleh menyesuaikan diri dengan keadaan enzim perut supaya perut tidak ‘terkejut’ apabila perlu berpuasa.


Gastrik berlaku disebabkan jus atau enzim gaster dalam perut dirembeskan untuk mencerna makanan pada waktu tertentu dan ketika berpuasa enzim itu tetap dikeluarkan walaupun dalam kadar yang sedikit menyebabkan perut menjadi pedih.


Makanan bergoreng Makanan di dalam tin , kerana kandungan asid yang tingg ELAKKAN !!! Minuman bergas Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka Berbuka dengan kuantiti yang banyak Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato


Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu. Kemudian makan nasi separuh pinggan, ikan stim beserta sayuran dan buahbuahan. Selesai terawikh, makan buah-buahan, biskut oat atau roti.Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur; seperti yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: إنا معاشر األنبياء أمرنا بتعجيل فطرنا وتأخير سحورنا “Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.” (Majma’ az-Zawa’id, no. 2609. Kata alHaitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)


Kita seharusnya menyedari betapa pentingnya untuk kita mengetahui serta membezakan konsep ibadah yang ditentukan olah Islam dan bukan Islam. Ibadah merupakan pengabdian diri yang berterusan kepada Allah, mengamal serta mengikuti kehidupan sebagaimana yang ditentukan olehNya sepanjang masa.Dalam melakukan ibadat, Kita tidak boleh terlalu menunujuk ke khalayak umum dan bersikap riak kerana sememangya niat yang dilakukan ke atas segala pekerjaan samada fardu kifayah atau fardu ain hanyalah semata-mata kerana Allah SWT. Akhir sekali dalam menjaga kerja-kerja kita supaya menjadi ibadah, jangan pula dalam masa menjalankan usaha-uasah itu, kita cuaikan ibadah-ibadah asas seperti sembahyang, puasa, berzakat dan haji. Janganlah terlalu sibuk bemiaga tinggalkan sembahyang, tinggal puasa di bulan Ramadhan, tidak berjamaah dengan umat Islam, tidak menutup aurat, terlibat dengan pergaulan bebas dan sebagainya.


https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/136683 https://www.mmgazette.com/sakit-gastrik-dr-ruhi-fadzlyana/ https://www.slideshare.net/mohamadsahiedan/bab-3-konsep-ibadat https://core.ac.uk/download/pdf/268876565.pdf https://www.merdeka.com/jateng/pengertian-ibadah-dan-tujuannya-dalam-islam-perludiketahui-kln.html https://id.scribd.com/presentation/361308127/201703031103548-Isu-Isu-Hukum-SemasaBab-Ibadat https://omiw.com.my/Web/2023/02/08/ibadat/


Click to View FlipBook Version