The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurwahida, 2022-06-03 09:39:32

E-FOLIO GLOBALISASI

E-FOLIO GLOBALISASI

GLOBALISASI

POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN, PAUH PUTRA,
02600 ARAU, PERLIS

JABATAN PERDAGANGAN
MPU23012

TAJUK: GLOBALISASI
TUGASAN E-FOLIO
NAMA PENSYARAH: ROSHADAH BINTI ABU BAKAR
SESI PENGAJIAN: SESI 2 2021/2022

NAMA NO MATRIK
18DPM21F1019
NUR AIN NATASHA BINTI 18DPM21F1023
MOHAMAD RIZA 18DPM21F1035
18DPM21F1037
NOOR NADIRA NAAJIAA BINTI 18DPM21F1061
ABDULLAH

NUR SYAFIQAH EDRIANA BINTI
MOHD SHAHAZNI

NURUL AFIFAH BINTI MOHAMMAD
NAZARUDDIN

NURWAHIDA BINTI RAMLI

SYAZA NURAIN BINTI BADROL 18DPM21F1068
HISHAM

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN M/S
PENGHARGAAN
4
OBJEKTIF 5
6
PENGENALAN GLOBALISASI 7

PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP 8
MASYARAKAT ISLAM 9
10
PENGARUH EKONOMI BARAT 11
12 - 13
PENGARUH POLITIK BARAT 14

PENGARUH SOSIAL BARAT 15 - 16

PENGARUH PEMIKIRAN BARAT 17 - 18

PENGARUH KESENIAN BARAT 19
20
PENGARUH PEMBANGUNAN DAN TEKNOLOGI
BARAT

KESAN-KESAN PENGARUH GLOBALISASI
TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM
KESIMPULAN

RUJUKAN

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha
Mengasihani, Alhamdulillah bersyukur kami ke hadrat ilahi
kerana dengan berkat dan keizinan dari-Nya, kami dapat
menyempurnakan tugasan e-folio yang bertajuk “Globalisasi”
dengan jayanya.

Di atas kesempatan ini, kami ingin berterima kasih kepada
Ustazah Roshadah binti Abu Bakar kerana telah memberi tugasan
ini kepada kumpulan kami untuk mengkaji dan mengupas
terhadap tajuk yang diberikan. Selain itu, kami juga ingin
berterima kasih kepada Ustazah kerana telah memberi tunjuk
ajar berkaitan cara-cara penyiapan e-folio dan mencari maklumat
dengan tepat.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak
telah membantu kami untuk menghasilkan satu e-folio dengan
jayanya. Daripada tugasan ini, kami dapat mengetahui
pengetahuan am tentang perkembangan globalisasi terhadap
masyarakat Islam. Bukan itu sahaja, kami juga mendapati
bahawa terdapat banyak kebaikan serta kekurangan
perkembangan globalisasi ini yang berkembang dari semasa ke
semasa. Semoga tugasan ini dapat memberi sedikit sebanyak
manfaat kepada kita serta melahirkan insan yang terdidik dan
cemerlang pada masa akan datang. Akhir kata, kami
mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara
langsung atau sebaliknya dalam penghasilan e-folio kami ini.

4

OBJEKTIF

1. Mencari maklumat tentang globalisasi.
2. Memahami tajuk globalisasi dengan

terperinci.
3. Mengkaji perkembangan globalisasi

yang ada di dunia ini terhadap
masyarakat Islam.
4. Mengupas pengaruh besar yang
mendominasikan globalisasi ini.
5. Mengenalpasti kesan-kesan globalisasi
terhadap masyarakat Islam.
6. Menumpukan kepada langkah-langkah
mengatasi masalah globalisasi
terhadap masyarakat Islam.

5

PENGENALAN GLOBALISASI

Globalisasi merupakan satu fenomena yang berlaku
dalam kehidupan kita hari ini. Tidak ada mana-mana masyarakat
yang bertamadun di seluruh dunia yang dapat mengelakkan diri
daripada mengalami dan merasai fenomena globalisasi.
Gelombang globalisasi yang melanda masyarakat moden hari ini
ada yang membawa kebaikan dan manfaat dan ada pula yang
membawa keburukan dan kemusnahan.

Globalisasi ditakrifkan sebagai satu proses perhubungan
yang kompleks antara masyarakat, budaya, institusi dan juga
individu di seluruh dunia.

Globalisasi merupakan penjajahan moden oleh pihak
Barat dalam bentuk perluasan idea dan pengaruh Barat dalam
bentuk penguasaan ekonomi dan sistem sosial dan politik di
rantau bukan Barat. Ia juga adalah satu usaha menjadikan
seluruh dunia seperti sebuah kampung dengan sempadan
negara-negara di dunia yang lebih terbuka. Globalisasi bertindak
dalam pelbagai kapasiti seperti pembekal dana, peneroka
peluang perniagaan baharu untuk pengusaha dan pemodal dari
Barat dan juga dijayakan melalui media massa dunia untuk
menyampaikan mesej globalisasi.

6

PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP
MASYARAKAT ISLAM

Dalam aspek budaya umpamanya, globalisasi
telah memaksakan budaya hidup masyarakat
Barat ke atas masyarakat lain. Dalam konteks
masyarakat Malaysia umpamanya, jika dahulu
masyarakat Melayu-Islam di Malaysia
mempunyai adat budaya yang tersendiri.
Namun oleh kerana pengaruh globalisasi yang
membolehkan cara hidup dan berfikir
masyarakat Barat ditonjolkan dengan
berleluasa, maka hari ini kita dapati budaya
hidup dan cara berfikir masyarakat Barat telah
mengatasi cara hidup dan berfikir masyarakat
Melayu-Islam di Malaysia.

7

PENGARUH EKONOMI BARAT

Mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis
iaitu faedah (riba) sebagai asasnya.

Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan
sosial yang cenderung ke arah pengumpulan
kekayaan oleh individu tanpa gangguan kerajaan
dan bermatlamatkan keuntungan. Takrif individu
di sini tidak semestinya merujuk kepada orang
perseorangan tetapi juga termasuk sekumpulan
individu seperti syarikat. Sistem ekonomi
kapitalis digerakkan oleh kuasa pasaran dalam
menentukan pengeluaran, kos, penetapan harga
barang dan perkhidmatan pelaburan dan
pendapatan.

8

PENGARUH POLITIK BARAT

Kuasa barat telah memperkenalkan sistem
demokrasi. Sistem ini telah bergaya
menghapuskan sistem feudal melayu zaman itu
yang mengamalkan Pemerintahan Beraja.

Demokrasi mengutamakan suara rakyat dan
rakyat berkuasa penuh dalam penentuan
pemimpin mereka. Terdapat pelbagai jenis
demokrasi yang diperkenalkan oleh barat
antaranya Demokrasi Berpalimen. Malaysia telah
mengamalkan Demokrasi Berpalimen sejak
mendapat kemerdekaan daripada British.
Demokrasi berparlimen ini diamalkan di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan.

DEMOKRASI ialah suatu

bentuk pemerintahan di

mana semua rakyat

mempunyai hak yang

sama dalam menggubal

undang-undang dan

struktur kerajaaan

9

PENGARUH SOSIAL BARAT

Masyarakat Barat mengamalkan sosial
kekeluargaan yang tidak sesuai diamalkan
oleh kita. Sebagai contoh, boleh duduk
serumah tanpa nikah serta hubungan
sejenis dan lain lain. Perkara-perkara
tersebut amat tidak sesuai sama sekali
dengan masyarakat Islam di Malaysia.

KESAN PENGARUH SOSIAL BARAT
SEKIRANYA RAKYAT MALAYSIA
MENGAMALKANNYA

1. CARA PEMAKAIAN SEMAKIN BEBAS
2. CLUBBING
3. SEKS BEBAS
4. KERUNTUHAN AKHLAK
5. PENINGKATAN GEJALA SOSIAL

10

PENGARUH PEMIKIRAN BARAT

Pemikiran Barat yang dinamakan Sekularisme iaitu suatu
fahaman falsafah yang memisahkan pemikiran dan aktiviti
kehidupan beragama dalam semua aktiviti kehidupan
bermasyarakat dan bernegara ialah fahaman induk
kepada seluruh fahaman moden.

Pelbagai fahaman yang dibawa oleh Barat:

- MODENISME
Mengajak masyarakat meninggalkan segala amalan
tradisional ke arah hidup secara moden. Maka agama juga
masti diubah supaya selan dengan pemikiran moden.

- RASIONALISME
Mengajak masyarakat berfikir secara logik dan menolak
segala yang bertentangan dengan logik akal. Lantaran
itu,kepercayaan kepada kuasa ghaib, alam, akhirat,
syurga, neraka dan sebagainya perlu ditolak.

- LIBERALISME
Mengajak masyarakat berfikiran secara bebas. Bersikap
terbuka menerima apa sahaja pemikiran dan budaya
tanpa kawalan peraturan agama dan adat tradisi.

11

PENGARUH KESENIAN BARAT

Aktiviti kumpulan BLACK METAL ini berasaskan kepada
pemujaan syaitan dan Black Metal ini diasaskan di Barat
yang terkenal dengan muzik berentak keras, bingit serta
liriknya kasar, menjerit dan tidak jelas sebutannya. Mesej
yang dibawa dalam setiap lagu ialah menolak kewujudan
Tuhan, menggalakkan seks rambang dan keganasan.
Kumpulan ini juga menggalakkan bunuh diri dan fahaman
bebas.

12

Lagu-lagunya biasanya pelik. Kadangkala hanya berbunyi
garau dan tidak jelas, bahkan ada yang tidak merdu
langsung mengikut definisi muzik. Lirik lagu pula seperti
yang dinyatakan tadi, kebanyakannya liar dan lucah.
Sebab itu ada mengatakan inilah bunyi syaitan tetapi ia
indah kepada pengikutnya. Inilah dikatakan kontemporer,
lain dari yang lain. Mereka mahu bebas dan benci
peraturan. Setiap bucu bintang itu mempunyai maksud
seperti dewa, syaitan, manusia, tuhan serta alam ghaib
dan alam nyata. Bucu bintang itu juga bermaksud api, air,
angin, tanah dan udara
Kumpulan ini juga diwajibkan menjalani upacara
pemujaan syaitan, minum darah kambing dan memakai
salib yang diterbalikkan.

13

PENGARUH PEMBANGUNAN
DAN TEKNOLOGI BARAT

Penciptaan televisyen banyak mempengaruhi
kehidupan seharian manusia. Marican dan
Mohamed (1995) menyatakan bahawa pengaruh
media massa ke atas gejala sosial remaja
sememangnya ketara. Contoh media massa ialah
surat khabar, majalah, radio, televisyen dan tayangan
video.

Majalah-majalah Barat mempamerkan gejala-gejala
negatif seperti keganasan, pornografi, dan budaya
hidup yang tidak sihat seperti "black metal", "punk",
dan sebagainya. Kesemua ini telah menjadi bahan
bacaan dan tontonan yang amat digemari oleh
remaja. Kebudayaan Barat kini melimpah-ruah di
Malaysia melalui media massa. Tidak dinafikan
tamadun negara ini diancam oleh imperialisme
budaya Amerika. Filem dan siri televisyen Amerika
mengetengahkan gaya ikutan (role model) yang
menjadi ikutan rakyat negara ini terutamanya
golongan remaja.

14

KESAN-KESAN PENGARUH GLOBALISASI
TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

KESAN TERHADAP AGAMA
Umat Islam akan dipandang hina kerana mengikuti
budaya Barat yang memakai pakaian bebas dan tidak
menutup aurat. Pakaian yang dahulunya sopan dan
menutup aurat semakin lama tidak lagi melambangkan
ciri-ciri Islam yang sebenar. Para wanita lebih cenderung
untuk memakai tudung singkat, tidak menutup dada dan
pakaian yang menjolok mata.

15

KESAN TERHADAP SOSIAL DALAM MASYARAKAT

Globalisasi memudahkan kita untuk bersosial dengan
sesiapa sahaja di setiap pelosok dunia. Terdapat pelbagai
aplikasi yang boleh digunakan dalam berkomunikasi
dengan mereka seperti Facebook, Instagram, Twitter dan
sebagainya. Tetapi malangnya, kebanyakan umat Islam
tidak tahu untuk menjaga batas-batas pergaulan mereka
antara lelaki dan perempuan.

INSTAGRAM

TWITTER

KESAN TERHADAP AKIDAH INDIVIDU MUSLIM

Teknologi perhubungan yang tiada sempadan
memudahkan ideologi-ideologi agama yang sesat dan
bukan berdasarkan al-quran atau hadis masuk ke dalam
diri umat Islam. Individu yang tidak mempunyai ilmu
agama yang mendalam akan mudah disesatkan oleh
sesiapa sahaja yang berniat jahat untuk menyesatkan
umat Islam.

16

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
MASALAH PENGARUH GLOBALISASI

TERHADAP MASYARAKAT ISLAM

KEMUDAHAN MEDIA SOSIAL

Kemudahan media sosial juga mestilah digunakan sebagai satu
medan dakwah bagi menyampaikan ajaran Islam dan
menyampaikan nilai-nilai murni kepada masyarakat seluruh
dunia. Pada zaman kini, kita dapati hanya masyarakat Barat
yang sangat aktif menggunakan kemudahan teknologi
perhubungan dan komunikasi termasuk untuk menyebarkan
cara hidup, cara berfikir dan sistem nilai mereka kepada
masyarakat lain di dunia. Hasilnya, kita dapati cara hidup Barat
semakin meluas diterima di seluruh dunia termasuk di kalangan
masyarakat Islam.

DIDIKAN AGAMA

Memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak
amat penting dalam membentuk dan mendidik mereka untuk
menjadi insan yang soleh dan solehah, ibu bapa merupakan
contoh yang paling utama dalam hal akhlak dan penghayatan
nilai islam. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak mereka sejak
kecil lagi dengan memberi didikan agama dan akhlak yang baik
supaya mereka menjadi seorang yang berguna kepada agama,
negara dan masyarakat.

17

MENINGKATKAN IMAN DAN KETAQWAAN KEPADA
ALLAH SWT

Umat Islam perlulah berusaha untuk meningkatkan
keimanan dan ketaqwaan kepada Allah dalam kehidupan
seharian kita. Hal ini demikian supaya kita terpelihara
daripada melakukan maksiat dan perkara yang tidak
diredhai oleh Allah. Dengan ini, dapat memudahkan kita
dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup yang akan
datang sama ada dalam bentuk fizikal atau rohani. Pengaruh
globalisasi yang tidak baik ini jelas akan meruntuhkan akhlak
seseorang individu seperti mengikut budaya Barat yang suka
akan muzik dan hiburan melampau.

PEMILIHAN SAHABAT

Sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan kita
selain ibu bapa atau adik beradik, yang sangat kita percayai
dalam setiap perkara. Sahabat yang baik dan beriman akan
mempraktikan ilmu agama yang dipelajarinya untuk
membimbing orang di sekelilingnya supaya menjadi insan
yang lebih baik.

18

KESIMPULAN

Kesimpulannya, tugasan ini telah menemui
objektif kajian dengan maklumat yang
dikumpul. Terdapat banyak aspek yang boleh
dikaitkan dengan perkembangan globalisasi
terhadap masyarakat islam. Globalisasi ini bukan
hanya di dominasikan oleh kuasa Barat sahaja,
malah kuasa Timur. Perkembangan globalisasi
ini terdapat banyak kebaikan dan kekurangan
terhadap masyarakat islam. Globalisasi ini
adalah satu perubahan yang berlaku di sesuatu
tempat atau dialami semua negara. Akhir sekali ,
kami berharap perkembangan globalisasi ini
berterusan tetapi tidak menjejaskan agama
Islam dan masyarakat lain.

19

RUJUKAN

1. JAMALI ZAMANI BIN JAMALUDDIN, DR. NOR HAYATI
FATMI BINTI TALIB, YUSRI BIN YUSOFF, MASTURA BINTI
MAMAT, DR. MAHNEESA BINTI A.KADIR, HASANI BINTI
GHAZALI, NORIAH BINTI NAWI, ROSMAWATI BINTI
RAZAK, NOR WAHIDA BINTI DZALIHU’ZZABIRF, 2021,
BUKU PENGAJIAN ISLAM

2.
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/globalisas
i/

3.
https://www.slideshare.net/KesumaWahida/sekularisme-
aliran-pemikiran-barat

4.
http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/58471/1/FEM%20201
5%2031IR.pdf

5. https://anyflip.com/kktrj/qhtn/basic

20


Click to View FlipBook Version