Modul
Bahasa Melayu
Tahun 3
SENARAI KANDUNGAN
Pra Kata
Panduan Ibu bapa / Penjaga
Abstrak
Objektif Modul
Sasaran
Tempoh Pelaksanaan
PdPR Minggu 12
PdPR Minggu 13
PdPR Minggu 14
PdPR Minggu 15
PdPR Minggu 16
PdPR Minggu 17
Set Latihan / Lembaran Kerja
PRAKATA
Bissmillahirrahmanirahim….
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah
kurnia dan rahmat daripadaNya, maka saya dapat menyiapakan Modul
PdPR Bahasa Melayu Tahun 3, bagi memenuhi hasrat Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) khasnya dan Jabatan Pendidikan Negeri
Sabah amnya.
Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Guru Besar SK.
Payang Puan Hjh. Saabi Bt. Hasin, Penolong Kanan Pentadbiran
kerana memberi suntikan semangat kepada saya dalam memastikan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar walaupun
dalam keadaan pandemic covid-19 melanda. Begitu juga kepada
rakan-rakan guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada saya.
Akhir sekali, semoga sumbangan kecil ini dapat memberi manfaat
kepada semua murid dan warga pendidik Sk Payang.
Wassalam.
Suriati Shuhaibun
SK. Payang
Lahad Datu, Sabah.
MODUL PdPR BAHASA MELAYU
ABSTRAK
Modul ini mengandungi soalan-soalan latihan Bahasa Melayu Tahun 3.
Penerangan dan nota ringkas tentang setiap topik disediakan.
Para pelajar perlu diuji melalui pelbagai kaedah penilaian bagi
mengetahui sejauh mana pemahaman mereka dengan kemahiran yang
telah diajar oleh guru. Sama ada pengajaran dalam kelas sebenar ataupun
kelas-kelas dalam talian dan luar talian. Dengan memberikan lebih
banyak latihan, ini akan membiasakan para pelajar dengan pelbagai
bentuk soalan.
Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan
peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran
spesifik supaya mereka secara langsung boleh menyebut atau
memperingati semula segala maklumat apabila disuruh berbuat demikian.
Di samping itu, soalan-soalan yang disediakan adalah memenuhi
standard untuk pentaksiran murid di dalam kelas. Latihan ini juga dipilih
memenuhi Standard Kurikulum Bahasa Melayu, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
PANDUAN IBU BAPA/ PENJAGA
1. Mohon kerjasama tuan/puan/encik/cik supaya mematuhi SOP
semasa mengambil dan mengembalikan Modul Bahasa Edisi PDPR
Bahasa Melayu Tahun 3.
2. Sila tulis dan tandatangan dalam borang penerimaan dan
pemulangan modul yang disediakan.
3. Setiap murid tahun 3 akan mendapat satu set modul yang
disediakan.
4. Murid dikehendaki membuat dan menyiapkan setiap tugasan serta
latihan yang diberikan dalam modul.
5. Ibu bapa perlu membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk
menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan sepanjang di
rumah.
6. Sila tulis nama dan kelas pada ruangan yang disediakan.
7. Tuan/puan/encik/cik boleh menghubungi secara langsung di talian
0109715468 atau bertanyakan dalam kumpulan whatsApp
pembelajaran tentang tugasan dan latihan yang terdapat dalam
modul.
8. Kerjasama tuan/puan/encik/cik dalam menyiapkan tugasan dan
latihan dalam modul ini amatlah diharapkan dan hendaklah
menghantarnya mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan
dan diucapkan ribuan terima kasih.
9. Mohon kerjasama tuan/puan/encik/cik supaya mematuhi SOP
semasa mengambil dan mengembalikan Modul Bahasa Edisi PDPR
Bahasa Melayu Tahun 3.
10.Sila tulis dan tandatangan dalam borang penerimaan dan
pemulangan modul yang disediakan.
11. Setiap murid tahun 3 akan mendapat satu set modul yang
disediakan.
12.Murid dikehendaki membuat dan menyiapkan setiap tugasan serta
latihan yang diberikan dalam modul.
13.Ibu bapa perlu membimbing dan memberi tunjuk ajar untuk
menyiapkan tugasan dan latihan yang diberikan sepanjang di
rumah.
14.Sila tulis nama dan kelas pada ruangan yang disediakan.
15.Kerjasama tuan/puan/encik/cik dalam menyiapkan tugasan dan
latihan dalam modul ini amatlah diharapkan dan hendaklah
menghantarnya mengikut masa dan waktu yang telah ditetapkan
dan diucapkan ribuan terima kasih.
Nama : __________________________
Kelas : __________________________
Disediakan Oleh
SURIATI SHUHAIBUN
GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3
OBJEKTIF MODUL
1. Sebagai sokongan aktiviti dan pembelajaran murid di rumah
sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
agar tidak berlaku keciciran dalam pembelajaran.
2. Memenuhi peruntukan minima jam setahun mengikut subjek selaras
dengan Penjajaran Kurikulum( mencukupi jam kredit)
3. Membantu, menguasai , memahami perkataan, frasa dan ayat
daripada pelbagai sumber dengan betul melalui soalan-soalan sistem
bahasa yang diberikan.
4. Murid dapat mempelajari sistem bahasa yang pelbagai dengan betul.
5. Membantu menguasai kemahiran bidang yang diperuntukkan dalam
Bahasa Melayu Tahap 1.
6. Guru dapat mendapatkan gambaran tentang prestasi murid selepas
sesi pembelajaran dan membaiki kelemahan tersebut dengan segera.
SASARAN
Modul ini di sasarkan kepada semua murid tahap 1 khasnya Tahun 3.
TEMPOH PELAKSANAAN
Modul ini dicadangkan untuk digunakan sepanjang tempoh PKPB
mengikut masa yang telah dijajarkan. Tarikh modul dijalankan adalah
mengikut RPT penjajaran dan baki sukatan yang belum diajar iaitu
bermula dari minggu P12 ( 19 Oktober – 18 Disember 2020)
PDPR
MINGGU
12
Jenis Contoh
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh,
Sifat kemas, kejap, secantik, terkuat
Merah, jingga, ungu, putih, kuning
warna langsat
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam,
ukuran besar, sebesar, terpanjang, ternipis
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
bentuk Lama, lambat, lewat, segera, suntuk,
waktu lampau, lalu, silam.
Dekat, hampir, jauh
jarak Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap,
cara lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas,
Pancaindera payau
- rasa Buruk, hodoh, jelita, cantik
- pandang Bising, senyap
- dengar Busuk, wangi, hangit, hapak
- bau Kesat, kasar, lembab, halus, licin
- sentuh Takut, seram, benci, rindu, marah,
Adjektif perasaan senang, gembira.
Tip
Kata adjektif dikenali jika Kata adjektif Adjektif perasaan harus
kata berkenaan didahului
atau diikuti oleh kata menerangkan keadaan diiktui oleh kata sendi nama
penguat seperti amat,
sangat, sungguh, sekali, atau sifat sesuatu nama seperti akan, dengan,
paling, agak, benar
atau frasa nama. terhadap dan
sebagainya.
Contoh:
Saya
sangat segan dengan awak
Ahmad
amat rindu akan kekasihnya
di Indonesia
Orang kaya itu
amat malu untuk meminta
pertolongan mereka.
Hari Pertanian dan Penternakan
Tarikh Suburnya Pandan
Tema 5.1
Tajuk 5.1.3
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran - Murid dapat mengenal pasti kata
Objektif Pembelajaran adjektif jarak, kata adjektif
perasaan, kata adjektif
pancaindera.
- Murid dapat menggunakan kata
adjektif mengikut konteks.
Latihan 1
( Rujuk buku teks BM Jilid 2 halaman 48-49 )
Bina ayat menggunakan perkataan berikut.
kagum dekat indah cantik bising
suka wangi kesat hampir licin
Contoh :
1. Encik Salim kagum akan tanaman pandan di ladang kelapa sawit kepunyaan
rakannya.
2. _______________________________________________________
3. _______________________________________________________
4. _______________________________________________________
5. _______________________________________________________
6. _______________________________________________________
7. _______________________________________________________
8. _______________________________________________________
9. _______________________________________________________
10. _______________________________________________________
Latihan 2
Garis kata adjektif yang sesuai.
1.Daging itu dihiris (tebal, nipis) agar cepat empuk.
2.Saya suka makan keropok ikan kerana rasanya (sedap, hebat).
3.Udara di pergunungan memang (enak, nyaman).
4.Dia datang (lanjut, lambat) kerana rumahnya jauh dari sekolah.
5.Riana berasa (segar, penat) setelah bermain agak lama.
6.Peristiwa (ganjil, panas) yang berlaku di kawasan itu telah menggemparkan
orang ramai.
7.Para peminat bola sepak berbaris (cepat, panjang) untuk membeli
tiket perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional.
8.Fajar hanya kelihatan pada waktu (siang, subuh).
Latihan 3
Pilih jawapan yang betul.
1.Cikgu Lau menasihati murid-muridnya agar makan makanan yang ___________
dan menjaga kebersihan diri.
A.lazat
B.pahit
C.berlemak
D.berkhasiat
2.Nenek berasa sangat ___________ akan cucu-cucunya kerana sudah sebulan
mereka tidak pulang ke kampung.
A.malu
B.rindu
C.marah
D.sayang
3.Budak-budak kampung gemar mandi di sungai itu kerana airnya ___________
sahaja.
A.deras
B.cetek
C.pekat
D.dalam
4."Walaupun telah selamat menjalani pembedahan, keadaan Ali masih
___________," kata doktor itu.
A.lembik
B.lemah
C.gagah
D.layu
5.Emak menanam pokok bunga yang ___________ itu di dalam pasu.
A.renek
B.tinggi
C.besar
D.lebar
6.Bapa kelihatan sungguh ___________ apabila memakai kemeja barunya.
A.segak
B.kusut
C.lusuh
D.lawa
PDPR
MINGGU
13
Latihan 1 Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Bermain Lelayang/
Hari Enaknya Juadah
Tarikh 5.2
Tema 5.2.3
Tajuk Murid dapat menggunakan kata ganda
dalam pelbagai situasi yang betul.
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran
Latihan
Bermain Lelayang
Saiful mengajak Hanif membuat lelayang. Mereka telah menyediakan bahan-
bahan untuk membuat lelayang, iaitu dua batang buluh yang diraut sebagai
____________, benang, gam dan kertas.
Pada petangnya, mereka ke padang permainan untuk bermain lelayang yang
telah dihasilkan. Lelayang buatan mereka naik ke langit __________________.
Lelayang tersebut cantik ketika terbang di langit yang berwarna kebiru-biruan.
Rakan-rakan mereka __________________ mengejar lelayang sambil
____________________ gembira. Pengalaman menghasilkan lalayang menjadi
____________________ yang indah kepada Hanif dan Saiful.
Hanif sangat pandai mengawal ( layang ) ___________________ di langit
dengan manarik ( benang) ____________________ yang diikat pada ( gelung)
_________________.
Isi tempat kosong dengan kata ganda berentak yang sesuai.
turun-temurun mundar-mandir gopoh-gapah
lauk-pauk riuh-rendah
Enaknya Juadah Tradisional
Nabila : Wah, banyaknya juadah dijual di pasar tani ini.
Ibu: Ya, Nabila. Ibu hendak membeli kuih-muih dan ____________
tradisional.
Nabila: Saya hendak pengat pisang dan rendang tok.
Ibu; Boleh, Nabila. Pilihlah makanan yang Nabila suka. Usah
ter______________.
Nabila : Baiklah. Terima kasih, ibu.
Ibu: Walaupun pengunjung __________________ dan suasana
_____________ namun orang ramai tetap datang ke pasar hari
Nabila: ini.
Ibu : Hal ini mungkin disebabkan disini terdapat banyak juadah
tradisional.
Ya, Nabila. Juadah tradisional ini telah menjadi warisan
_____________________.
PDPR
MINGGU
14
1. Kata kerja digunakan untuk menunjukkan sesuatu perbuatan yang
dilakukan manusia , haiwan atau benda.
Contoh :
Mengelap menanam bermain menyusun
mencuci menunggang memasak bersenam belajar
2. Kata kerja terbahagi kepada 2 iaitu :
- Kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak transitif.
- Kata kerja aktif transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek sebagai
penyambut.
Contohnya: menyembur kabut, memegang mikrofon
- Kata kerja aktif tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan
objek sebagai penyambut.
Contohnya : Petugas itu baru tiba.
Keadaannya beransur pulih.
Latihan 1. Kelestarian Alam
Semburan Kabut Mesra Alam
Hari 5.1
Tarikh 5.1.2
Tema Murid dapat menggunakan kata kerja
Tajuk aktif transitif dan kata kerja aktif tak
Standard Kandungan transitif dalam membina ayat dan
Standard Pembelajaran melengkapkan ayat.
Objektif Pembelajaran
Latihan
Bina ayat menggunakan kata kerja aktif transitif dan kata kerja aktif tak
transitif.
1. berucap
___________________________________________________________________
2. menyembur
___________________________________________________________________
3. membuka
___________________________________________________________________
4. berkumpul
___________________________________________________________________
Latihan 2
Semburan Kabut Mesra Alam
Tuan-tuan dan puan-puan, semburan kabut untuk membasmi nyamuk
aedes akan kami lalkukan di kawasan perumahan ini.
Usahlah bimbang tentang keselamatan bahan yang digunakan. Kami
__________________ bahan semburan yang diperbuat daripada
minyak masak terpakai. Minyak tersebut telah kami proses dengan
kaedah bioteknologi.
Selain itu, bahan semburan tersebut tidak _______________
kesan sampingan terhadap alam sekitar. Pencemaran udara dapat
dikurangkan kerana semburan kabut tidak ___________________
bau busuk. Kesannnya, alam sekitar _________ bersih.
Para penghuni diminta _____________ dari rumah ketika
penyem;buran dijalankan. Pastikan tingkap dan pintu rumah tidak
____________. Tuan puan hanyak dibenarkan _____________ di luar
rumah sehingga keadaan _____________ pulih.
beransur mempunyai bertutup menggunakan
menjadi mengeluarkan keluar berdiri
Latihan 3
PDPR
MINGGU
15
Kata Ganti Nama
Latihan 1. Kelestarian Alam
Rezeki Selipar Hanyut
Hari 5.1
Tarikh 5.1.1
Tema Murid dapat menggunakan kata ganti
Tajuk nama mengikut konteks.
Standard Kandungan
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran
Lengkapkan dialog dengan kata ganti nama.
sana ini itu kita kalian
kami saya kamu mereka
Aliya dan rakan-rakannya sedang belajar di dalam kelas.
Cikgu Nurul : Murid-murid, pernakah __________ mendengar kisah
Rezeki Selipar Hanyut?
Murid-murid: Kami tidak pernah mendengar cerita _______. Cikgu ,
ceritakannya kepada __________.
Aliya: Ya, cikgu. ________ juga tidak sabar hendak
mendengarnya.
Murid-murid: Betul kata ________, Aliya. Mesti menarik kisah itu.
Cikgu :
Cerita ini mengisahkan penduduk yang tinggal di sepanjang
pantai di Afrika Timur. Penduduk di ___________ berasa
susah hati apabila melihat banyak selipar di pantai.
________ susah hati kerana habitat penyu boleh
terancam. Untuk mengatasi masalah, penduduk
bekerjasama untuk mengutip selipar hanyut. Mereka
menjadikan selipar han yut sebagai bahan asas untuk
menghasilkan pelbagai replika dan ukiran yang menarik.
Kemudian mereka menjualnya.
Oleh itu, _________ bolh mengambil iktibar
daripada kisah ___________.
Latihan 2
PDPR
MINGGU
16
Ayat Tunggal
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu
Predikat = sedang menembak burung.
Ayat Tunggal
Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat.
Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap
sebagai ayat dasar.
Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki itu
Predikat = sedang menembak burung .
Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal
(subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).
Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.
Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?
Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
Hari Kelestarian Alam
Tarikh Amalan Mesra Alam di Rumah
Tema 5.3
Tajuk 5.3.2
Standard Kandungan Murid dapat membina ayat tunggal dan
Standard Pembelajaran ayat majmuk.
Objektif Pembelajaran
Latihan 1
Bina ayat tunggal berdasarkan perkataan.
mencuci cermin
Puan Zaleha _____________ dengan menggunakan air sabun dan kain lap.
menggunakan semula
Encik Ismail ________________ botol plastik.
menjual semula
_________________________________________________
tidak menggunakan
______________________________________ beg plastik.
Latihan 2
Bina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberikan.
1. (a) Bioplastik mudah diperolehi. (dan)
(b) Bioplastik mesra alam.
Bioplastik mudah diperolehi dan mesra alam.
2. (a) Bioplastik sangat sesuai. ( kerana )
(b) Bioplastik tidak mencemarkan alam.
_______________________________________________________
3. (a) Bioplastik mudah terurai . ( tetapi )
(b) Plastik biasa sukar terurai.
_______________________________________________________
4. (a) Bioplastik mudah dilupuskan (serta)
(b) Bioplastik boleh menjadi baja.
_______________________________________________________
5. (a) Sebagai pengguna pilihan kita ialah bioplastik .( untuk)
(b) Bioplastik melestarikan alam.
_______________________________________________________
6. (a) Penggunaan bioplastik digalakkan. ( supaya )
(b) Alam tidak tercemar.
________________________________________________________
Latihan 3
b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawa kepada dua ayat tunggal.
Contoh:
i) Setiap orang mengharapkan kebahagiaan dan kesejahateraan.
Setiap orang mengharapkan kebahagiaan.
Setiap orang mengharapkan kesejahteraan.
ii) Penonton perlawanan bola sepak terkejut apabila mendengar letupan yang kuat.
___________________________________________________________
___________________________________________________________
iii) Ibu bapa pelajar boleh menemui pihak pentadbiran sekolah jika menghadapi masalah
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
Latihan 4:
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini dengan menggunakan
kata penghubung yang sesuai supaya menjadi satu ayat yang sempurna.
kerana ketika supaya atau lalu
Contoh :
Adi hendak mandi.
Badan Adi berasa segar.
Adi hendak mandi supaya badan Adi berasa segar.
Orang tua itu sedang tidur.
Dapur gas orang tua itu meletup.
...............................................................................................................................
Rosmah hendak makan.
Perut Rosmah terasa lapar.
....................................................................................................................................
Ibu membuka almarinya.
Ibu mengeluarkan sepasang baju kurung berwarna jingga.
....................................................................................................................................
Mereka hendak berkelah di East Coast?
Mereka hendak berkelah di Changi?
................................................................................................................................................
PDPR
MINGGU
17
Latihan Pemahaman Kelestarian Alam
Hari Tanpa Kenderaan
Hari 3.2
Tarikh 3.2.2
Tema Murid dapat menjawab soalan
Tajuk pemahaman berdasarkan gambar dan
Standard Kandungan soalan bercapah.
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran
Hari Tanpa Kenderaan
Baca petikan dan jawab soalan.
JOHOR BAHRU, 25 JUN – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
telah menganjurkan program Hari Tanpa Kenderaan di bandar raya
tersebut.
Program tersebut adalah antara cara terbaik untuk mendidik
orang ramai agar bersama-sama mengurangkan pencemaran alam
sekitar. Selain itu,orang ramai juga perlu sedar akan kepentingan
penjagaan alam sekitar.
Orang ramai turut digalakkan berjalan kaki atau berbasikal pada
hari tersebut.
Jawab soalan pemahaman berikut.
1. Berapa lamakah tempoh program tersebut dijalankan?
_________________________________________________
2. Mengapakah beberapa batang jalan raya ditutup pada hari tersebut?
__________________________________________________
3. Mengapakah program tesebut dilaksanakan ?
__________________________________________________
4. Bagaimanakah caranya untuk menyokong program itu?
__________________________________________________
5. Jika kami berpeluang untuk menyertai aktiviti ini, adakah kamu akan
menyertainya? Berikan alasan kamu.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
Latihan 2 Kelestarian Alam
Sayangi Sungai Kita
Hari 3.2
Tarikh 3.2.2
Tema Murid dapat menjawab soalan
Tajuk pemahaman berdasarkan gambar dan
Standard Kandungan soalan bercapah.
Standard Pembelajaran
Objektif Pembelajaran
Sayangi Sungai Kita
Nabila menghadiri Pameran Alam Sekitar yang diadakan di Pusat Informasi
Sungai Skudai, Johor. Banyak maklumat yang diperolehi.
Air sisa larut resap Pembuangan sisa toksik Pembuangan sisa
bengkel
berpunca dari tempat dari kawasan industri. minyak dari
pelupusan sampah kenderaan.
Selepas mendengar ceramah , Nabilah dan peserta lain telah
membersihkan kawasan Sungai Skudai, Johor. Kawasan sungai yang telah
kotor telah bersih dan indah. Mereka berjanji akan terus menyertai
kegiatan pembersihan sungai yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Jawab soalan pemahaman berikut berdasarkan teks di atas.
1. Di manakah Pameran Alam Sekitar diadakan?
__________________________________________________
2. Apakah maksud pencemaran sungai dari punca tetap?
__________________________________________________
3. Air sisa larut resap berpunca dari mana?
__________________________________________________
4. Mengapakah kawasan Sungai Skudai dibersihkan?
__________________________________________________
5. Apakah janji Nabilah dan rakan-rakan?
__________________________________________________
TARIKH/TANDATANGAN IBU TAHAP PENGUASAAN/ MARKAH
BAPA/PENJAGA
………………………………………………………………………………