The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BENDERA MALAYSIA LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA (new edit)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by darwisyahfatin84, 2021-12-15 15:40:23

BENDERA MALAYSIA LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA

BENDERA MALAYSIA LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA (new edit)

MPU 21032
PENGHAYATAN ETIKA

DAN PERADABAN

BENDERA MALAYSIA LAMBANG
PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA

PENSYARAH:PUAN NOR WAHIDA BINTI DZALIHU’ZZABIR

SESI 1:2021/2022

FATIN NUR DARWISYAH BINTI SAMSUDIN
(23DEM19F1048)

JEYAVANAN A/L JEYAKUMAR
(23DEM19F1075)

SHATISH A/L GOBINATHAN
(23DEM19F1065)

MOHD KHAIR BIN MUSA
(23DEM19F1049)

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN 3

PENGENALAN 4

MAKSUD REKABENTUK BENDERA MALAYSIA 5

LATAR BELAKANG JALUR GEMILANG 6
MAKSUD ‘JALUR’ ‘GEMILANG’ 7

SEJARAH JALUR GEMILANG 8-9

WARNA DAN BENTUK JALUR GEMILANG 10

LAGU JALUR GEMILANG 11

LATAR BELAKANG LAGU JALUR GEMILANG 12

FAKTOR BENDERA MALAYSIA MENJADI 13-14
LAMBANG PERPADUAN BANGSA DAN NEGARA

MANFAAT MENGHORMATI BENDERA KEBANGSAAN 15

RUMUSAN 16

PENUTUP 17

RUJUKAN 18

2

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirrahim
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi

kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana
dengan izin kurnianya dapat juga kami

menyempurnakan tugasan bagi kursus Penghayatan
Etika Dan Peradaban MPU 21032 ini dengan
jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat
berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima

kasih kepada Puan Nor Wahida Binti
Dzalihu’zzabir,selaku Pensyarah kami kerana telah

meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada
kami untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam

usaha membantu menyempurnakan tugasan ini
terutamanya kepada pensyarah saya Puan Nor
Wahida Binti Dzalihu’zzabir atas budi bicara beliau
dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan
ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah
banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi
merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini

dengan jayanya.

3

PENGENALAN

Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara
yang berkait rapat dengan semangat patriotik dalam
mempertahankan maruah, bangsa, agama dan ibu
pertiwi. Bendera juga merupakan lambang
kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan
kewarganegaraan bagi sesebuah negara.

Setiap negara dalam dunia mempunyai simbol atau
lambang bagi mempamerkan kewujudannya serta
kedaulatannya di pentas dunia. Malaysia juga tidak
terkecuali untuk memiliki simbol kebanggaannya
iaitu melalui kewujudan bendera Malaysia yang
bernama Jalur Gemilang. Jalur Gemilang adalah
simbol dan identiti penting Persekutuan Malaysia. Ia
mempunyai nilai dan darjat yang melambangkan
kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan negara kita.
Sehingga kini, Jalur Gemilang kekal menjadi simbol
kebanggaan negara ini serta setiap warganegaranya
tanpa mengira di mana mereka berada. Saat bendera
kita dikibarkan serta diiringi dengan lagu Negaraku
membawa kepada satu perasaan kasih dan sayang
setiap warganegara terhadap Malaysia.

4

MAKSUD REKABENTUK
BENDERA MALAYSIA

 Bendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang,
mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang
sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas
dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda
keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah
negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah,
Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau
Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan
Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

 Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri
membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima
itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru
tua itu mengandungi anak bulan tanda Agama Islam -
agama rasmi bagi Persekutuan (Malaysia seperti yang
telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia).

 Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan
Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan
dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang
Maha Mulia Raja-raja.

5

LATAR BELAKANG JALUR GEMILANG

Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia, pada kemerdekaan ke-
40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama
diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti,
Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan pihak tertentu
ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya, Malaysia Raya,
N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.

Pada malam 31 Ogos 1997 bersempena dengan Hari
Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri pada ketika itu
iaitu Tun M telah mengisytiharkan nama bendera Malaysia
sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris telah
mencadangkan bendera Malaysia diberikan sebuah nama rasmi
seperti bendera kebangsaan negara lain contohnya Indonesia
(Sang Saka Merah Putih), United Kingdom (Union Jack), Amerika
Syarikat (Star Spangled Banner) dan Perancis (Tricolor).

Pada masa itu, Datuk Hashim telah meberikan cadangan agar
bendera Malaysia dinamakan sebagai “Si Tuah” bersempena
dengan nama Hang Tuah. Cadangan tersebut kemudiannya telah
diusulkan kepada Tun M. Pada 11 Julai 1995, Tun M telah
bersetuju untuk mengadakan satu peraduan bagi memilih nama
yang sesuai untuk bendera Malaysia. Oleh itu, satu Jawatankuasa
Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia akhirnya
ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut telah dipengurusikan oleh
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan
dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi
yang berkenaan.

6

MAKSUD ‘JALUR’ ‘GEMILANG’

JALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang
mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu,
lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan
satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah
yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari
Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan
bangsa dan negara.

GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang-
benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian
Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian
bahawa jalur atau bendera itu melambangkan
kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia
dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun
sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan,
kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan
imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk
dan pedoman yang terang lagi jelas.

7

SEJARAH JALUR GEMILANG

Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-
Raja Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan satu
Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta
membuat perakuan berkenaan dengan Bendera
Persekutuan Tanah Melayu.

Satu pertandingan merekacipta bendera Persekutuan
Tanah Melayu telah diadakan oleh Majlis Perundangan
Persekutuan dalam tahun 1949. 373 orang telah
mengambil bahagian didalam pertandingan ini dan tiga
rekabentuk bendera telah dipilih ke peringkat akhir:
 Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di

tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang
pecah lima.
 Reka bentuk kedua hampir serupa dengan
rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima
itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris
Bersilang tersebut.
 Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan
Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

8

 Sebelum memilih rekabentuk bendera yang menjadi juara,
Majlis Perundangan Persekutuan telah menjemput orang
ramai untuk memberi pendapat masing-masing tentang
rekebentuk yang disukai oleh mereka. Pendapat umum ini
telah disiarkan oleh The Malay Mail.

 Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat
berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka
bentuk ketiga yang dicipta oleh seorang Arkitek Kerajaan
di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

 Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja
telah bersetuju dengan Reka bentuk bendera tersebut
dengan beberapa pindaan.

 Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah
meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua
Setiausaha Negara seperti berikut:

 Rekabentuk tersebut diubah dengan menukar warna putih
pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk
melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan
juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil
kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah
Melayu.

9

WARNA DAN BENTUK JALUR GEMILANG

 Warna biru tua pada jalur gemilang melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ,Bersatu
padu dan berusaha dalam memajukan pembangunan
ekonomi negara.

 Warna kuning pada jalur gemilang melambangkan
kedaulatan Raja-Raja Melayu Berperlembagaan serta
mendokong dan menghormati luna-lunas perlembagaan dan
falsafah Rukun Negara.

 Warna merah pada jalur gemilang bermaksud gagah berani
dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan dan
cabaran dalam usaha meletakkan Malaysia sebagai sebuah
negara maju.

 Warna putih pada jalur gemilang bererti kesucian,keikhlasan
dan kesungguhan bagi mempertingkatkan ketahanan rakyat
yang beradab dan berkeperibadian Malaysia.

 14 Jalur merah dan putih melintang yang sama lebar pada
jalur gemilang menandakan keanggotaan yang sama dalam
persekutuan bagi 13 buah negeri anggota(iaitu
Kedah,Pahang,Kelantan,Johor,Perak,Perlis,Selangor,Negeri
Sembilan,Terengganu,Sarawak,Pulau
Pinang,Sabah,Melaka)dan Wilayah Persekutuan (WP Kuala
Lumpur ,WP Putrajaya dan WP Labuan).

 Bulan Sabit pada jalur gemilang melambangkan Islam
sebagai agama rasmi persekutuan dan negara.

 Bintang 14 bucu pada jalur gemilang melambangkan
perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

10

LAGU JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti

Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia

Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang… di bawah naunganmu
Jalur gemilang… kami semua Bersatu

Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang… megah kami terasa
Jalur gemilang… kibarkanlah wawasan

Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

11

LATAR BELAKANG LAGU JALUR GEMILANG

 Lirik lagu Jalur Gemilang dicipta khas untuk bendera Malaysia yang
mengandungi nilai patriotik yang tinggi. Lirik lagu ini mengandungi
identiti bendera yang menyeru masyarakat untuk menghayati dan
mengibarkannegara bendera Malaysia dengan penuh kemegahan dan
cintakan negara.

 Lagu Jalur Gemilang selalu diputarkan di televisyen dan radio bahkan
dinyanyikan untuk majlis-majlis rasmi yang berunsurkan patritok
seperti dalam sambutan Hari Kebangsaan Malaysia mahupun Hari
Malaysia.

 Lirik dan lagu Jalur Gemilang ini telah di lancarkan secara rasminya
pada 9 Ogos 2003 untuk sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-
46. Sejak daripada itu, ia terus dinyanyikan sebagai satu indentiti dan
kemegahan negara yang menyeru rakyat agar berbangga dengan lagu
patriotik negara ini.

 Lirik dan lagu ini juga berkisarkan tentang gambaran dan maksud
bendera Malaysia yang boleh difahami melalui nyanyian. Ini secara
tidak langsung dapat membangkitkan semangat kecintaan negara
dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
dan bangsa di Malaysia.
Pencipta : Pak Ngah Suhaimi
Senikata : Siso
Gubahan : Pak Ngah
Penyanyi : Swara
Terbitan : Pak Ngah
Production

12

Faktor bendera malaysia menjadi
lambang perpaduan bangsa dan

negara

 Bendera adalah ialah simbol kekuatan dan kemerdekaan
sesebuah negara.Jalur Gemilang adalah simbol dan identiti
penting Persekutuan Malaysia. Ia mempunyai nilai dan darjat
yang melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan
negara kita. Sehingga kini, Jalur Gemilang kekal menjadi
simbol kebanggaan negara serta setiap warganegaranya
berbangga memiliki bendera Malaysia tanpa mengira di mana
mereka berada.

 Semangat patriotisme yang tinggi saat bendera kita
dikibarkan serta diiringi dengan lagu Negaraku membawa
kepada satu perasaan kasih dan sayang setiap warganegara
terhadap Malaysia. Setiap rakyat yang sayangkan negara
sudah pasti akan mengibarkan bendera negara tanpa rasa
segan silu. Malangnya, terdapat segelintir pihak yang
sanggup merosakkan simbol berkenaan hanya untuk
memenuhi hasrat atau fahaman peribadi mereka. Justeru,
Jalur Gemilang bukan satu barang permainan. Sekiranya
bendera dipermainkan ia bermaksud satu percubaan
merosakkan keharmonian di Malaysia.Maka, bendera
Malaysia mendatangkan sifat cintakan negara dan sanggup
berkorban demi negara.

13

 Maksud yang mendalam bagi warna bendera
Malaysia

•Biru
Menggambarkan perpaduan rakyat yang terdiri
daripada berbilang kaum di negara ini seperti
Melayu, Cina, India haruslah sentiasa
menghormati dan Kerjasama dalam satu negara.

•Merah
Warna merah menunjukkan keberanian dan
kesediaan dalam mengharungi segala jenis
cabaran demi negara yang tercinta. Walaupun
negara kita mempunyai pelbagai agama, bangsa
dan budaya ini tidak menjadi penghalang untuk
mereka bekerjasama dalam mempertahankan
keamanan negara.

•Putih
Melambangkan kesucian dan keluhuran hati
rakyat dalam mengangkat nama negara ke
persada dunia

•Kuning
Warna kuning melambangkan warna Diraja,
secara khususnya menggambarkan kedaulatan
Raja-Raja Melayu yang Berperlembagaan. Ini
membuktikan negara kita sangat berlainan dan
istimewa berbanding dengan negara lain.

14

MANFAAT MENGHORMATI BENDERA
KEBANGSAAN

 Memupuk semangat cinta akan negara supaya
dapat melahirkan masyarakat yang memiliki
cinta terhadap tanah air.

 Melahirkan masyarakat yang memiliki sifat
perpaduan.

 Melambangkan kemegahan negara Malaysia
 Mencetuskan semangat jati diri yang tinggi

terhadap tanah air.
 Melambangkan kedaulatan negara Malaysia

15

RUMUSAN

Bendera adalah sebahagian daripada identiti dan lambang
kedaulatan negara.Rakyat Malaysia sewajarnya menyemai

semangat cinta akan negara dalam diri .Oleh itu,usaha-
usaha untuk memupuk semangat cinta akan negara

perlulah dilaksanakan dengan berterusan.Justeru,inilah
masanya untuk rakyat Malaysia yang berbilang bangsa
memaparkan semangat patriotik terhadap negara dengan
cara mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di rumah,di

premis perniagaan,di kenderaan,di sekolah,institusi
pengajian tinggi dan di taman-taman perumahan
sehinggalah ke desa-desa seluruh pelosok tanah
air.Sekiranya, semangat patriotik tidak dapat dipupuk
dalam kalangan masyarakat,mereka tidak akan
mempunyai jati diri yang kukuh.Dengan Kerjasama semua
lapisan masyarakat menjayakan usaha ini,semangat cinta
akan Jalur Gemilang dapat dipupuk dalam kalangan
generasi masa kini dan generasi yang akan datang.

16

PENUTUP

Kesimpulannya, pembinaan Negara adalah bertujuan bagi
menyemarakkan kasih sayang terhadap bendera Negara iaitu Jalur
Gemilang. Jalur Gemilang mencerminkan kemegahan dan patriotisme
sesebuah negara. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia mestilah
berbangga dengan Jalur Gemilang kerana hal ini secara tidak langsung
telah menguatkan lagi proses pembinaan Negara kita yang terdiri
daripada pelbagai kaum, budaya dan agama telah membawa nama
Negara di persada dunia. Terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa
cinta terhadap Negara, bukan sahaja mengibar Jalur Gemilang semata –
mata. Rakyat Malaysia boleh menyemai semangat patriotik mereka
dalam kehidupan seharian contohnya dalam pemikiran, percakapan dan
tindakan bagi mempertahankan Negara. Rakyat Malaysia juga boleh
menyumbangkan pendapat mereka yang baik dan sihat demi kepentingan
Negara. Dengan menyatukan perasaan melalui saluran yang betul
merupakan salah satu hak yang seharusnya diamalkan oleh semua rakyat
Malaysia yang patriotik yang cintakan Negara serta inginkan Negara
yang terbaik. Penyelidik mengharapkan secara patriotisme akan terus
digalakkan di dalam kalangan rakyat Malaysia bukan sekadar musim
perayaan sahaja. Semangat patriotisme wajib dihayati kerana ia adalah
teras pertahanan Negara. Oleh itu, jiwa patriotik yang semakin hilang
dalam kalangan masyarakat perlulah dikuatkan semula. Semoga bangsa
Malaysia akan berjaya pada masa hadapan dengan semangat cinta akan
Negara yang kukuh.

17

RUJUKAN

SUMBER INTERNET

 https://www.jpnin.gov.my/sites/default/files/Kajian
%20Kes%20-
%20PERPADUAN%20Melaka%20FINAL.pdf

 http://aboutmsia-
sab.blogspot.com/2013/06/bendera-malaysia-jalur-
gemilang-ciri.html

 https://orangkata.my/sejarah/sempena-hari-
kemerdekaan-mari-pelajari-asal-usul-jalur-
gemilang/

 https://www.malaysiancoin.com/2013/09/sejarah-
bendera-malaysia-jalur-gemilang.html

 https://www.malaysiatercinta.com/2018/08/maksud
-warna-lambang-bendera-malaysia.html

 http://www.mbpj.gov.my/sites/default/files/lirik_lag
u_jalur_gemilang.pdf

 https://ligtyips.blogspot.com/2021/06/kepentingan-
menghormati-bendera.html

18


Click to View FlipBook Version