The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ahmadzairol74, 2021-06-19 01:32:08

imbuhan(k)

imbuhan(k)

ARAHAN: TANDAKAN JAWPAN YANG BETUL

IMBUHAN

Imbuhan Awalan juru- , maha-, dan pra-

1. Beberapa orang ( maharani / maharaja / mahaguru / mahasiswa ) kelihatan gembira selepas nenerima ijazah masing-masing.
2. Seorang ( jurutera / jururawat / juruacara / juruhebah ) radio telah dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan abang.
3. Sukari bertugas sebagai ( juruteknik / juruacara / jurupandu / jururunding ) di Syarikat Perundingan.
4. Cikgu Rabu ditugaskan sebagai (juruacara / juruteknik / jurucakap / juruhebah ) pada majlis persaraan guru besar pada pagi itu.
5. Sutini bercita-cita menjadi ( usahanita / pramugari / peragawati / olahraga ) suatu hari nanti dengan syarikat penerbangan ternama.
6. Bayi ( prasedar / pratonton / pramatang / prasekolah ) itu ditempatkan di wad ICU, Hospital Penawar.
7. Kakak sedang mengikuti kursus ( prarasa / prasekolah / prasarjana / pramatang ) di Universiti Malaya.
8. Muzium Negara mempamerkan fosil manusia zaman (prasejarah / prasekolah / prasedar / pratonton ) yang ditemui baru-baru ini di keda
9. Rancangan yang dikendalikan oleh ( juruaudit / juruacara / jurupandu / jurucakap ) itu mendapat sambutan hangat daripada penonton.
10 ( Maharani / Maharaja / Mahaguru / Mahasiswa ) ilmu persilatan yang terkenal itu sudah meninggal dunia.

Imbuhan Akhiran –i, -an, dan –kan.

1. “Jangan ( biarkan / sisihkan / abaikan / pedulikan ) gejala penagihan dadah berleluasa dalam kampung kita,” kata ketua kampung.
2. “Jangan ( abaikan / lucutkan / tamatkan / lepaskan ) peluang keemasan ini,” nasihat ibu kepada kakak.
3. “Fail itu telah saya ( berikan / letakkan / tampalkan / lepaskan ) di atas meja encik,” kata Khamis.
4. Tolong ( matikan / jauhkan / hapuskan / padamkan ) enjin kereta ketika mengisi minyak.
5. Dia menyidai pakaian basah di ( acuan / jalanan / ampaian / lapangan ) .
6. ( Ikatan / Jalinan / Tenunan / Anyaman ) songket itu sungguh menarik.
7. Bayi itu tidur di dalam ( buaian / ayuan / bulatan / kurungan ).
8. Kecantikan Nona menjadi ( lirikan / usikan / gurauan / tumpuan ) ramai lelaki.
9. Jangan ( lalui / ulangi / tangisi / hindari ) kesilapan yang sama.
10.Kawasan berlumpur itu kami ( lalui / lawati / susuli / rentasi ) untuk ke kampung Indah.
11.Warga emas haruslah kita ( jauhi / rindui / hayati / hormati ) .
12.“( Jauhi / Halusi / Turuni / Dekati ) tempat larangan itu,” kata emak kepada abang.

Imbuhan Akhiran –wan, -man, -wati

1 .Allahyarham P. Ramlee merupakan antara ( seniman / wartawan / sejarawan / budayawan ) filem Melayu yang termasyhur
2. Zubaidah telah dipilih sebagai ( usahawati / sasterawati / olahragawati / olahragawan ) peringkat kebangsaan.
3. Filem yang hebat itu dilakonkan oleh seorang ( seniwati / biduanita / sasterawati / olahragawati ) terkenal.
4. Pemergian Pak Long Sabtu amat dirasai kerana sikapnya yang ( budiman / hartawan / karyawan / usahawan ) terhadap

penduduk setempat.
5. Mangsa banjir di Kota Tinggi bersyukur kerana ada seorang ( beliawan / hartawan / wartawan / karyawan ) yang tampil untuk

meringankan beban mereka.
6. Jumaat terpilih sebagai ( seniman / wartawan / dermawan / olahragawan ) dalam temasya sukan di sekolahnya.
7. (Wartawan / Usahawan / Negarawan / Angkasawan ) dari Malaysia itu akan menjalani latihan di Moscow sebelum berlepas ke angkasa

lepas

Imbuhan Apitan meN-…….kan
1. “Dalam ( menjayakan / mendapatkan / mensyaratkan / melengkapkan ) aktiviti kokurikulum ini, kerjasama yang padu daripada semua

pihak amat penting,” kata guru besar.
2. Ayah ( menjalankan / membawakan / mendatangkan / menumpangkan ) kawan saya semasa pulang sekolah semalam.
3. Sesiapa yang ingin mengikuti perkhemahan perdana itu bolehlah ( mendirikan / menarikkan / menjalankan / mendapatkan ) borang

pendaftaran daripada guru yang bertugas.
4. Pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan STPM layak untuk ( menjadikan / melanjutkan / menjalankan / mendapatkan ) pelajaran

mereka di universiti.
5. Jamaliah bergegas ke hospital untuk ( mencarikan / menjalankan / mendapatkan / menggambarkan ) rawatan apabila diserang cirit-birit

dan muntah-muntah.
6. Cikgu Jamal ( meneyelitkan / mendapatkan / menampalkan / menggantungkan ) maklumat tentang perkhemahan itu pada papan

kenyataan.
7. Jamaluddin telah ( mentafsirkan / mendapatkan / mendengarkan / mencadangkan ) agar alat kawalan jauh itu dibaiki segera.
8. Kenderaan yang dipandu melebihi had laju akan ( meletakkan / menjadikan / menjalankan / mendatangkan ) bahaya kepada pengguna

jalan raya.
9. Puan Jamilah tidak ( menetapkan / membiarkan / mengarahkan / membenarkan ) anak tunggalnya itu menenyertai lawatan ke Kuala

Lumpur.
10.Datuk dan nenek saya akan ( menunaikan / menjalankan / meneruskan / menghadapkan ) ibadat haji di Mekah

Imbuhan Apitan meN - …….. –i

1 Azhar merupakan pesakit buah pinggang yang ( melalui / memiliki / menjalani / menjumpai ) rawatan hemodialisis di Hospital Sri Petaling.
2. Semasa di dalam hutan mereka telah ( memiliki / menyelami / menjumpai / menyelidiki ) beberapa jenis pokok yang tidak pernah

dilihat sebelum ini.
3. Pasukan bola jaring sekolah saya ( menjalani / medekati / mendatangi / mengusai ) perlawanan tersebut.
4. Sara akan ( memasuki / mendekati / menduduki / mengharungi ) peperiksaan akhir tahun pada minggu hadapan.
5. Maisarah membawa segugus anggur semasa ( menjalani / mendekati / menziarahi / menjumpai ) neneknya di hospital.
6. Guru besar mengucapkan tahniah kepada pasukan bola jaring sekolah yang ( menjuarai / menjalani / menjumpai /mendatangi )

perlawanan bola jaring peringkat negeri.
7. Wajahnya kelihatan pucat selepas ( memiliki / melepasi / menjalani / mendapati ) pembedahan itu.
8. Adik cemas apabila pemuda yang tidak dikenali itu ( memiliki / melepasi / mendekati / mendapati ) nya.
9. Ayah berpesan kepada kami agar tidak ( menjalani / memusuhi / menjumpai / mendalami ) keluarga sendiri.
10.Pengerusi majlis itu ( menjalani / menjejaki / mendekati / mendahului ) ucapannya dengan serangkap pantun.

Imbuhan Apitan ke…….. –kan

1. ( Kelajuan / Kehabisan / Kelancaran / Kesudahan ) filem itu amat menyedihkan kami sekeluarga.
2. Ramai anak muda terpesona dengan ( kebaikan / keindahan / kecekapan / kecantikan ) gadis itu.
3. ( Kecacatan / Kehilangan / Kepupusan / Kebodohan ) yang dialami oleh Majid tidak menghalangnya untuk melanjutkan pelajaran

ke universiti.
4. ( Kelebihan / Kepadatan / Kesesuaian / Kesenangan ) hidup yang dikecapi oleh Diana sekeluarga tidak pernah menjadikan mereka

sombong.
5. Pisang yang masak itu berwarna ( kebiru-biruan / kehijau-hijauan / kemerah-merahan / kekuning-kuningan).
6. Safura memohon maaf kepada Safar kerana ( kebetulan / kecepatan / kederasan / keterlanjuran ) percakapannya.
7. Ramai pelancong terpegun dengan ( kebaikan / keindahan / kemolekan / kecanggihan ) Pulau Tioman.
8. Setiap rakyat mesti menghormati ( ketinggian / kedaulatan / kecanggihan / kemakmuran ) raja.
9. Kemalangan itu berlaku akibat ( kelalaian / kealpaan / kekerasan / kekejangan ) pemandu lori.
10.Kaki Peah ( keletihan / kekakuan / kekerasan / kekejangan ) setelah berlari sejauh lima kilometer.

Imbuhan Apitan di-……. –kan

1. Erra Fazira cuba menepis beberapa soalan panas yang (diajukan / dikenalkan / dikhaskan / disasarkan ) oleh wartawan kepadanya.
2. Encik Faizal gembira kerana telah ( diberikan / dihulurkan / disampaikan / dianugerahkan ) pingat kebesaran oleh Sultan Johor yang

membawa gekaran “Datuk”.
3. Denda akan ( dihadkan / diberikan / dikenakan / dilaksanakan ) kepada sesiapa yang melanggar peraturan sekolah.
4. Dalam kebakaran itu, api berjaya ( diluputkan / dihapuskan / dilenyapakan / dipadamkan ) oleh pihak bomba dan penyelamat

dengan cepat.
5. Keputusan pengadil telah ( ditamatkan / dipertikaikan / dipersalahkan / diperbesarkan ) oleh pihak yang tidak berpuas hati.
6. Mona Lisa menangis apabila ( dihalusi / dihayati / dikhianati / dimarahi ) oleh ibunya tadi.
7. Fesyen pakaian era 80-an kembali ( dihayati / diminati / dipunyai / disenangi ) oleh golongan muda.
8. Kawasan kampung saya telah ( disaluti / dibaluti / diselubungi / ditenggelami ) air pagi tadi.


Click to View FlipBook Version