The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by danianatasya.muhamadnoh, 2023-04-09 23:42:03

PENGEMBARAAN SI BUDAK IJAT

PENGEMBARAAN SI BUDAK IJAT

KHAT


ilustrasi: BM Penulis: BMMB 2 PPISMP Jun 2022 B 2 PPISMP Jun 2022 Safia Zahidah binti Mohd Mohlis Nur Dania Natasya binti Muhamad Noh Muhammad Ezzad bin Azhari Nadzirah binti Nazaruddin Nour Alyea binti Mazman INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR


Buku ini dimiliki oleh: ..............................


Alkisah sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Seri Aman. Sepasang suami isteri yang dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ijat. Ijat merupakan seorang anak yang keras kepala dan tidak bersyukur. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Aman Makmur. Pada suatu hari, ketika dia pulang dari sekolah dia terlihat rakan sekelasnya membeli makanan yang enak di kantin.


Dalam keadaan kelaparan dia segera pulang ke rumah dengan harapan ibunya telah siap menghidangkan makanan tengah hari yang sedap. Apabila tiba di rumah, dia hairan makanan yang sama disajikan. Hanya nasi dan telur di atas meja makan. “ Ishhh, tiada makan lain ke! Asyik telur, telur, telur!. Katanya dengan nada marah. “Ini sahaja yang ada nak.” Ujar ibunya dengan perasaan sedih. Lalu, Ijat memberontak sehingga ibunya kecewa dengan sikap anaknya. Dengan nada tegas, ibunya berkata, “ Pergilah kau sendiri mencari apa yang kau mahu agar kau tahu betapa susahnya mencari rezeki.”


Ijat membuat keputusan untuk memancing sendiri dengan menggunakan joran ayahnya. Memandangkan ayahnya sekarang berada di luar kota, Ijat mengambil joran itu tanpa izin. Tidak lama selepas itu Ijat segera menuju ke jeti laut yang terletak jauh dari rumahnya. Setibanya di jeti, dia melihat keadaan laut yang bergelora sehingga mengakibatkan joran patah. ‘Haih, malang sungguh nasib aku hari ini!’ bisiknya dalam hati. Dengan menggunakan kemahiran yang dimiliki, Ijat membuat joran yang baharu menggunakan dahan pokok.


Semasa menunggu ikan terkena umpan, dia bagaikan ditarik ke dalam laut secara tiba-tiba. Akibat tarikan yang kuat Ijat langsung tidak sedarkan diri. Selang beberapa minit, dia tersedar daripada pengsan dan terasa berada di suatu tempat yang asing. Rupa-rupanya, dia sudah berada di sebuah kepulauan ikan.


“ Mesti kau punca anak aku hilang. Di mana anak aku? ” Soal ibu ikan. Dalam keadaan terpinga-pinga, Ijat bertanya dia berada di mana kepada ibu ikan itu. “ Sebenarnya, kau berada di kawasan aku. Tujuan aku membawa kau ke sini adalah untuk mencari anak aku yang sudah hilang. Kaulah penyebab anak aku hilang.” jawab ibu ikan. “ Kenapa aku? Aku tidak tahu apa-apa mengenai anak mu.” balas Ijat.


Sebenarnya ibu ikan sudah berharihari mencari anaknya di sekitar pulau itu. Anaknya telah hilang ketika keluar bermain. Sudah beberapa hari ibu ikan meminta bantuan daripada ikan-ikan yang lain tetapi dia masih tidak menjumpainya lagi. “Sekarang ini aku ingin meminta bantuan kau untuk mencari anakku.” ujar ibu ikan dalam keadaan sedih. “Kalau begitu, baiklah aku akan tolong sehingga kau menjumpai anak kau semula.” kata Ijat. Lalu, Ijat dan ibu ikan pun mencari anaknya itu di sekitar pulau tersebut. Setelah seharian penat mencari, mereka berehat seketika.


Secara tiba-tiba, anaknya muncul. Ibu ikan terkejut lalu mengucapkan terima kasih kepada Ijat kerana sudi membantunya. Apabila Ijat melihat ibu dan anak ikan bertemu kembali, dia mulai sedar atas kesilapan yang dilakukan dan perasaan ingin pulang membuak-buak dalam dirinya. Seperti yang dijanjikan, ibu ikan membawa Ijat pulang ke darat.


‘Boom!’ Ijat tersedar daripada pengsan. Rupa-rupanya, dia tersadung ketika cuba membaiki joran. Semua yang dilalui olehnya itu sekadar mimpi. Lalu, Ijat bergegas pulang ke rumahnya untuk meminta maaf kerana meninggikan suaranya. “Maafkan Ijat, ibu.” ujar Ijat. “Tidak mengapa Ijat. Ibu maafkan kamu. Lain kali kamu kena bersyukur dengan rezeki yang diberi.” balas Ibu Ijat. Akhirnya, Ijat berubah menjadi anak yang lebih mendengar kata, membantu ibu bapa dan sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.


Soalan Pengukuhan Soalan Pengukuhan


Apakah nama anak lelaki sepasang suami isteri itu? 1. 2. Mengapakah Ijat memberontak selepas melihat makanan yang telah dihidang? 3. Bagaimanakah cara ibu Ijat menunjukkan rasa kecewa terhadap sikap anaknya itu? 4. Bezakan sikap anak yang tahu bersyukur dengan anak yang tidak bersyukur terhadap rezeki yang diperoleh. 5. Sejauh manakah anda bersetuju bahawa Ijat merupakan anak yang degil dan tidak tahu beruntung? 6. Cadangkan makanan yang digemari oleh anak muda pada masa kini.


SINOPSIS PPENGEMBARAAN SI BUDAK IJAT mengisahkan seorang budak lelaki yang degil dan tidak bersyukur terperangkap di dunia kepulauan ikan ketika percubaan beliau memancing ikan di tepi jeti. Adakah beliau berjaya keluar dari pulau tersebut? Adakah susana di kepulauan ikan dapat mengubah sikapnya? GRENADE


Click to View FlipBook Version