3.2 Kebersihan Bayi dan Kanak-kanak
Kebersihan adalah penting terutamanya kepada bayi dan kanak-kanak. Kesihatan yang baik akan dapat
menghindarkan mereka daripada penyakit berjangkit. Kebersihan membolehkan kanak-kanak memiliki
perkembangan yang sempurna dari segi jasmani dan rohani.
Kepentingan Penjagaan Kebersihan Bayi dan Kanak-kanak
Kepentingan penjagaan kebersihan Standard Pembelajaran
Bebas daripada sebarang jangkitan penyakit dan 3.2.1 Menerangkan kepentingan
kekotoran penjagaan kebersihan bayi
Merasa selesa dan selamat dan kanak-kanak di TASKA.
Meningkatkan suasana tenang dan harmoni
3.2.2 Menjelaskan prosedur
Rajah 3.2 Kepentingan penjagaan kebersihan bayi dan kanak-kanak yang betul:
Prosedur yang Betul untuk Penjagaan Kebersihan (i) Memandikan bayi
Bayi dan Kanak-kanak (ii) Menukar lampin bayi
(iii) Sebelum dan
selepas makan
(iv) Sebelum dan
selepas tidur
(v) Selepas bermain
Memandikan Bayi 3
Persiapan sebelum mandi: IMBAS DI SINI
a. Air Imbas kod QR untuk mengetahui
b. Tempat yang beralas dan selesa untuk meletak bayi tentang cara-cara memandikan
c. Tuala kecil yang lembut bayi yang berumur 0 hingga 6
d. Tuala besar bulan.
e. Sabun dan syampu
f. Kapas
g. Bedak, lampin, baju, seluar dan pin penyemat
h. Besen besar
i. Besen kecil untuk membasuh rambut
45
Cara-cara Memandikan Bayi 4 Rambut bayi dijirus dengan air bersih. Gunakan
Berikut merupakan cara-cara memandikan bayi: sabun yang khusus untuk bayi kemudian bilas
perlahan dengan air
Sediakan air mandian dalam tab mandi dengan
5 Bersihkan kepala bayi dengan syampu dan bilas
1 suhu sekitar 30°C - 32°C dan jumlah yang cukup dengan air bersih
untuk bayi
Bayi diletakkan di dalam tab mandi. Basuh tubuhnya
2 secara perlahan dan bersihkan bahagian tubuh
seperti kepala, telinga, wajah dan lipatan tubuhnya
dengan menggunakan kapas lembut
3 Digalakkan bercakap dengan bayi semasa 6 Setelah selesai, bayi diangkat dan dilapkan dengan
memandikannya menggunakan tuala yang lembut dan bersih
Rajah 3.3 Cara-cara memandikan bayi
Menukar Lampin Bayi
1Cara-cara Menukar Lampin Kain 2 3
3
Sediakan lampin yang bersih Letakkan lampin di bawah Lipat bahagian tepi sebelah kiri
untuk dipakaikan kepada bayi. punggung bayi dan angkat kaki bayi. selepas menutup bahagian tengah
kain lampin. Pegang lipatan
4 5 sementara melipat bahagian kanan
lampin itu ke atas.
6
Letakkan satu jari di antara lampin Pinkan secara mendatar. Lampin Pakaikan seluar plastik selepas
dengan perut bayi supaya pin fabrik akan sentiasa longgar pemakaian lampin.
tidak terkena pada bayi. apabila bayi bergerak.
Rajah 3.4 Cara-cara menukar lampin kain
IMBAS DI SINI
Imbas kod QR untuk mengenal
pasti cara memakaikan lampin
pakai buang.
46
Sebelum dan Selepas Makan
Penyediaan Makanan
• Makanan yang diberikan kepada kanak-kanak
perlulah seimbang dan berkhasiat.
• Pastikan makanan yang telah dimasak, dimakan
dalam tempoh dua jam.
• Penyediaan makanan mengikut peraturan
kebersihan yang telah ditetapkan.
• Makanan atau menu yang dirancang mestilah sesuai
dengan kanak-kanak yang mempunyai alahan.
• Elakkan penggunaan garam dan gula yang
berlebihan dalam penyediaan makanan.
Sebelum 3
• Beratur mengikut kumpulan umur.
• Mencuci tangan.
• Mengambil makanan yang telah disediakan.
• Duduk dengan sopan di meja makan.
• Membaca doa sebelum makan.
Selepas
• Menggalakkan kanak-kanak membersihkan sisa
makanan di atas meja.
• Minta kanak-kanak mengasingkan pinggan, sudu
dan cawan ke dalam bekas yang telah disediakan.
• Pastikan kanak-kanak mencuci tangan dan mulut.
• Pastikan kanak-kanak membaca doa selepas makan.
• Pastikan kanak-kanak menggosok gigi.
47
Sebelum dan Selepas Tidur
Sebelum
• Asingkan kanak-kanak mengikut jantina dan umur.
• Kanak-kanak berpakaian bersih dan selesa.
• Kanak-kanak membaca doa tidur.
• Memperdengarkan alunan yang menenangkan
atau membacakan buku cerita (bedtime story).
• Reka dan berikan aktiviti yang senyap dan tidak
mengganggu rakan lain.
Selepas
• Kanak-kanak membaca doa selepas bangun tidur.
• Menggalakkan kanak-kanak mengemas tempat
tidur masing-masing.
• Kanak-kanak bersedia untuk mandi.
3
Selepas Bermain • Menggalakkan kanak-kanak membasuh
tangan dan kaki menggunakan sabun.
48
• Minta kanak-kanak menanggalkan
pakaian dan mandi jika perlu.
• Menggalakkan kanak-kanak mengemas
atau menyimpan alat permainan dan
membersihkan kawasan tempat bermain.
• Kanak-kanak diminta mencuci tangan
dan kaki selepas bermain.
IMBAS DI SINI
Imbas kod QR untuk mengetahui 7
langkah membasuh tangan.
Rumusan
Bayi dan kanak-kanak ialah golongan yang mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Oleh itu, amalan
kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan setiap masa terutamanya di TASKA. Pengusaha dan
kakitangan perlulah peka dengan persekitaran dan perlu mengamalkan amalan kebersihan yang baik.
AKTIVITI Standard Pembelajaran
1. Anda diminta menjemput jururawat dari Klinik Kesihatan berhampiran 3.2.3 Menghuraikan
tempat anda untuk membuat: tanggungjawab pendidik
atau pengasuh dalam
(a) Demonstrasi penjagaan kebersihan dan kesihatan bayi penjagaan kebersihan bayi
dan kanak-kanak.
(b) Demonstrasi memandikan bayi
2. Bincangkan prosedur yang betul dalam pengurusan kebersihan diri bayi dan kanak-kanak melalui simulasi
bersama rakan. Kemudian buat penilaian terhadap aktiviti yang dijalankan.
3. Bahagikan kepada beberapa kumpulan. Bincang dan huraikan tentang tanggungjawab pendidik atau
pengasuh dalam penjagaan kebersihan bayi dan kanak-kanak di TASKA. Gunakan kaedah Team Statements.
LATIHAN
1. Nyatakan kepentingan penjagaan kebersihan bayi dan kanak-kanak di TASKA. 3
2. Huraikan tanggungjawab pendidik atau pengasuh dalam penjagaan kebersihan bayi dan kanak-kanak.
3. Berpandukan gambar, huraikan prosedur yang betul dalam pengurusan kebersihan diri kanak-kanak selepas
menjalankan aktiviti tersebut.
49
3.3 Penjagaan Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak
Memastikan kanak-kanak sentiasa sihat dan ceria adalah penting. Standard Pembelajaran
Kanak-kanak sangat mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit 3.3.1 Menyenaraikan ciri-ciri bayi
yang akan mempengaruhi aktiviti harian kanak-kanak tersebut.
dan kanak-kanak yang sihat
dan tidak sihat.
Ikut arahan pendidik Bersosial
Fizikal cergas dan sihat Ciri-ciri Makan ikut
Kanak-kanak jadual
Sihat
Aktif Wajah ceria
3 Rajah 3.5 Ciri-ciri kanak-kanak sihat
Ciri-ciri
Kanak-kanak
Tidak Sihat
Rajah 3.6 Ciri-ciri kanak-kanak tidak sihat
IMBAS DI SINI
Imbas kod QR untuk mengenal
pasti jenis-jenis penyakit yang biasa
dihidapi oleh kanak-kanak di TASKA.
50