NEW!! AGAMA KAUM INDIA
ETIKA DAN PERADABAN YANG ADAT RESAM
MENJADI AMALAN KAUM INDIA DI
MALAYSIA
PERAYAAN ISTIMEWA
PAKAIAN TRADISIONAL PANTANG
INDIA LARANG
KAUM INDIA
-OCTOBER 2022-
DISEDIAKAN
OLEH:
SITI NUR SYAZWANI BINTI RAMLI NURUL IZZATI NADIAH BINTI MHD MAAROF
17DKA22F1058 17DKA22F1032
SUBASINI THEVI A/P SELVANATHAN SITI AMINAH SAFURA BINTI JALALUDDIN
17DKA22F1054 11DKA22F1050
ISI KANDUNGAN 04
05
PENGHARGAAN 06
PENDAHULUAN
PERAYAAN ISTIMEWA 09
12
PAKAIAN TRADISIONAL 18
KAUM INDIA 23
ADAT RESAM PERKAHWINAN
AGAMA KAUM INDIA 27/28
29
PANTANG LARANG KAUM INDIA
KESIMPULAN
CADANGAN
RUJUKAN
PENGHARGAAN
Assalamualaikum
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia Nya dapat juga kami menyiapkan e-folio
kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Etika dan Perbadanan yang Menjadi Amalan
Kaum India di Malaysia. E-folio ini amat penting buat kami memandangkan perkara ini merupakan
sebahagian daripada tugasan kami.
Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kami sepanjang
kami menyiapkan e-folio kami ini. Pertama sekali kepada Ustaz Mohd Rusdan bin Hasan dan Cik
Rahimah binti Halim selaku pensyarah MPU21032 keran beliau telah banyak memberikan bimbingan
dan semangat.
Sekalung penghargaan untuk para pensyarah kerana memberikan tunjuk ajar kepada kami
sepanjang kami menyiapkan e-folio ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan seperjuangan
yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan masing-masing. Bantuan
kalian dari segi informasi dan gambar mengenai tugasan e-folio amat dihargai. Budi kalian yang
sanggup meluangkan masa untuk memberikan maklumat tidak akan dilupakan.
Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung atau tidak
langsung sepanjang tugasan kami dijalankan dan dibentangkan.
04
PENDAHULUAN
Kaum India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia
dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan
sebuah masyarakat majmuk di negara kita.Masyarakat India juga kaya dengan
ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini.
Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.
Kaum India juga mempunyai kepercayaan dan adat resam tersendiri.
Majoriti kaum India di Malaysia adalah penganut agama Hindu.
05
PERAYAAN ISTIMEWA
⚫️DEEPAVALI
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti
cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti Barisan. Perayaan ini disambut
pada hari ke-14 bulan Aipasi iaitu dalam calendar Tamil antara bulan
Oktober dan November.
>>Deepavali Lambang Kejayaan Kebaikan dan Melawan Kejahatan
Deepavali juga dikenali sebagai Pesta Cahaya.Ianya diraikan dengan pelita
yang dipasang adalah sebagai simbolik penganut Hindu yang
melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan berdasarkan
lagenda yang diturunkan kepada mereka mengenai Raja Narakasura dan
Dewa Krishn.
06
⚫THAIPUSAM
Perayaan ini disambut bagi menghormati Dewa
Murugan.Disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil
yang dikenali juga sebagai bulan "Thai".
Thaipusam adalah hari untuk menubus dosa dan memohon
ampun atas kesalahan yang lepas. Sebelum menyambut
Thaipusam, penganut Hindu akan berpuasa selama 48 hari untuk
tujuan membersihkan jiwa.Pada hari perayan, penganut Hindu
membawa susu yang diisi dalam belanga kerana susu dianggap
suci.Belanga akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil
hinggalah ke dalam kuil.
07
⚫THAIPONGGAL
Ponggal merupakan perayaan menuai yang
disambut selama empat hari pada bulan Thai dalam
kalendar kaum India.la merupakan sempena
berakhirnya musim menuai, di mana hasil tuaian
ditujukan kepada Suriabhagawan atau Dewa
Matahari.
Ponggal disambut pada hari pertama bulan Thai
yang merupakan bulan ke-10 dalam kalendar kaum
India.Bulan Thai juga sangat sesuai untuk
perkahwinan.
08
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA
1. SARI
Sari merupakan pakaian tradisional india yang dikenali di seluruh dunia.
Sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang dipadankan dengan
kain dalam yang seakan kain sari tersebut.
Kain sari dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam
diletakkan di atas bahu kiri, kain dalam di pakai di atas atau di bawah
pusat dan berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.Sari
diperbuat daripada pelbagai jenis, corak dan warna kain yang
sememangnya menarik dan indah.
Sari juga merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua
kalangan orang India.Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada
golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak
dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India.
09
2. PUNJABI
Pakaian Salwar Kameez atau baju Punjabi, juga
popular dikalangan
wanita di utara India. Terdiri daripada blaus
panjang yang dipadankan
dengan seluar Panjang yang longgar serta
tudung kepala yang sesuai warnanya.
Wanita India juga gemar memakai dupatta di
bahu mereka ketika memakai Salwar Kameez.
10
3. KURTA & DHOTI
Kurta merupakan pakaian tradisional bagi lelaki kaum India.Kemeja panjang
yang sampai ke lutut yang diperbuat daripada kain kapas atau linen dan sutera.
Pada kebiasaannya, kurta dipakai bersama Salwar longgar, seluar longgar atau
seluar churidar.Kurta pijama adalah kurta yang dipakai oleh pemakainya
bersama pijama yang mana kurta pijama ini kebanyakkannya dipakai Ketika
majlis - majlis rasmi.
Kurta juga boleh dipakai bersama dhoti. Dhoti ialah sejenis kain berbentuk segi
empat panjang yang dianggarkan sepanjang 5 meter yang dililit di sekitar
pinggang dan kaki.
Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada
kain yang berwarna putih. Kebanyakkan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan
pakaian tersebut.
11
ADAT RESAM PERKAHWINAN
⚫ MERISIK
Merisik atau lebih dikenali melihat bakal pengantin merupakan adat
tradisi bagi masyarakat India dan juga masyarakat lain. Bertujuan
untuk 'meninjau' keadaan bakal pengantin perempuan. Keadaan
semasa gadis berkenaan serta berkenal kenal dengan sikap dan
kemahiran yang dimiliki olehnya. Kebiasaanya diuruskan oleh pihak
ibubapa si lelaki yang lebih berpengalaman dalam menilai seseorang
untuk dijadikan pasangan hidup.
12
⚫️KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN
Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal
pengantin akan mengunjungi rumah bakal pengantin
perempuan untuk melihat sendiri paras rupa dan perawakan
calon isterinya. Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali
sebagai Thirumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih
dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.
Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk menentukan
kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan
dimanak Hindu.
13
⚫️PROSEDUR IKAT JANJI(NICCAYAM)
Dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil
lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan
yang ganjil dengan membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih
pinang, bunga-bungaan, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk
diberikan kepada wakil perempuan. Bakal pengantin lelaki seterusnya
akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan untuk
mengahwini bakal pengantin perempuan perkahwinan tersebut akan
diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua
pengantin akan menukar sirih pinang. Seterusnya perkahwinan tersebut
akan diumumkan kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua
pengantin akan menukar sirih pinang.
14
⚫️ADAT PARISAM
Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang
dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan,
manakala udan parisam adalah pemberian hadiah
yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah
pagi sebelum perkahwinan dilangsungkan.
Dalam masyarakat India, parisam umpama
sebuah majlis pertunangan. Pihak pengantin
lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran
dalam jumlah ganjil. Bagi memulakan adat
tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan
terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin
perempuan akan membawa parisam yang
mengandungi sari dan diberi kepada anaknya.
Perkahwinan akan diadakan.
15
⚫️THAALI ATAU TIRUMAANGALYAM
Lambang suci perkahwinan yang dikalungkan dan diikat oleh
pengantin lelaki pada leher pengantin perempuan. Thaali itu
diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.
Adat penyediaan Thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari
sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa
emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran
upah untuk pembuat Thaali. Ini adalah untuk memastikan
tukang Thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat
Thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, Thaali akan diambil
dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat
Thaali. Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini
dinamakan sebagai Thaalippadaiyal.
16
⚫️MUKUURTTA KAAL
Adat ini dilakukan lima firasat masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut
sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan
mukurtta kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.Adat mukuurtta kaal ini
diadakan pada hari yang baik mengikut dilangsungkan di rumah tersebut. Batang
kayu diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan yang
sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada batang kayu
tersebut dari pangkal hingga hujung.Kemudian hujung kayu diikat dengan daun
ara atau mangga menggunakan kain bewarna merah. Kayu akan dipacak sedalam
setengah meter dan bahan-bahan tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut
sebagai lambang kekayaan.Kebiasaannya adat mendirikan mukuurtta kaal
dilakukan di rumah pengantin lelaki.
17
AGAMA KAUM INDIA
Agama Hindu ialah agama yang paling
banyak dianuti oleh kaum India. Setiap
penganut Hindu perlu sentiasa
menyesuaikan diri untuk hidup demi
masyarakatnya dan berusaha memuaskan
hati nenek moyang dan tuhannya.
Sebagai balasan, Tuhan-tuhan akan
menjauhkan mereka daripada penyakit dan
sebarang bencana, memanjangkan usia dan
membantu mereka menewaskan musuh
dalam sebarang peperangan.Namun ada
juga segelintir kaum india yang menganut
agama kristian,islam,sikh dan baha'i
18
INFO TAMBAHAN
Kebanyakan kaum India Malaysia beragama Hindu dan
diikuti Kristian dan Islam. Terdapat juga komuniti Punjabi
yang beragama Sikh.Jumlah penduduk Hindu lebih
kurang 1,904,578 atau 6.93% daripada jumlah penduduk
Malaysia. Terdapat juga 132,379 Kristian, 91,273 Islam
dan 81,870 lain-lain.
19
KEPERCAYAAN KEPADA DEWA
Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu.Namun,
penjelmaan dewa menjadikan agama Hindu sering
dilihat beraliran politeisme, walaupun tidak tepat.
Konsep ketuhanan merangkumi elemen monoteisme
(satu tuhan), politeisme (banyak tuhan), henoteisme
(struktur tuhan mengikut kekuasaan), dan panteisme
(semua benda adalah tuhan)
20
KONSEP KARMA DAN KELAHIRAN SEMULA
Mereka percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu
kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam
hayat terdahulu.Keperibadian dalam hayat yang sedang dilalui
perlulah baik dan berbudi supaya mereka berada dalam kasta
yang baik dalam kehidupan yang akan datang.
Unsur yang menentukan kasta mana yang harus diduduki
selepas kelahiran semula ialah karma.Hukum hukum karma
perlu dipatuhi untuk memastikan kebahagiaan,kemakmuran dan
usia yang panjang.
21
KITAB-KITAB VEDA
>Kitab Veda ialah kitab yang menjadi
panduan dalam masyarakat pengamal
agama Hindu.Kitab-kitab ini
mengandungi riwayat hidup, amalan-
amalan politik,kebudayaan, tempat,
pakaian, minuman, dan sebagainya.Kitab-
kitab ini juga mengandungi ramalan-
ramalan tentang kedatangan seorang
nabi
22
PANTANG LARANG KAUM INDIA
• INFO: Bahasa pantang larang ini terhasil
daripada kepercayaan masyarakat dahulu kala
berdasarkan pengamatannya terhadap alam
sekitar dan kejadian alam yang bersifat 'sebab
dan akibat'. Jika bahasa pantang larang
tersebut dilanggar, seseorang individu itu
dikhuatiri akan menerima kecelakaan atau
ditimpa perkara yang buruk.
23
⚫️Pantang larang ketika berkunjung ke rumah
>Tuan rumah tidak boleh membenarkan tetamu yang pertama
kali berkunjungi ke rumah melakukan kerja seperti membasuh
pinggan kerana dipercayai membawa sial.
⚫️Pantang larang merisik
>Bakal pasangan akan saling membalas kunjungan Ketika
merisik tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan,
bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana
dianggap tidak sopan.
24
⚫️Membawa Bayi Pulang Ke Rumah (Upacara aarati) sireh
>Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang,
sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali
mengikut arah jam dan juga lawan jam.Dulang juga dilambai sebanyak tiga
kali.Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam
dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak.Setelah ibu dan anak
masuk ke dalam rumah, isi dulang aarati dibuang.
⚫️️Pantang larang kematian
>Gambar simati tidak boleh digantung secara formal tetapi terbalik.Barang
perhiasan perlu dikeluarkan dari ruang tamu
>Ahli keluarga perlu mengelilingi mayat sebanyak 3 kali lawan jam sebagai
tanda penghormatan
>Sedikit makanan berupa beras disuapkan sebagai pemberian terakhir
(vaaikkarisi)
25
⚫️Mandian selepas bersalin
>Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi
dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur
dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak
penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai
bahan utama untuk melembutkan kulit bayi.
Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat
kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk
mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap
kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari
tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi
akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan
anggota badan bayi.
26
CADANGAN
>Kaum india merupakan kaum ketiga terbesar selepas cina dan melayu.Jadinya
ketiga tiga kaum ini perlulah memperbaiki kedudukan mereka bagi
menyeimbangkan sosio ekonomi.
> Bagi mengembangkan lagi kebudayaan india, pihak atasan perlulah
menitikberatkan sejaran dan amalan setiap kaum di sekolah.Hal ini bertujuan
untuk meningkatkan lagi kefahaman tentang sejarah dan amalan kaum di
Malaysia
27
KESIMPU
LAN
>Malaysia adalah sebuah negara yang mengandungi pelbagai bangsa dan
didominasi oleh tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga
tiga rumpun bangsa ini beramal dengan budaya dan kepercayaan yang
berbeza. Kepelbagaian ini sebenarnya tidak menghalang mereka untuk
tinggal dalam sebuah negara yang sejahtera, dibawah satu kepimpinan
meskipun berbeza dalam konteks kepercayaan dan budaya yang diamalkan
>Kita harus belajar dari pengalaman dalam dekad-dekad yang lampau
untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi kaum India. Masa depan
kaum India adalah bergantung kepada masyarakat india itu sendiri. Jika
kaum india sendiri tidak menjaga kebudayaan mereka, siapa lagi akan
menerajui kebudayaan yang ditinggalkan oleh nenek moyang mereka
28
RUJUKAN
>https://pemetaanbudaya.my/culture/dis/127
>https://www.slideshare.net/fiqasaila/budaya-adat-resam-kaum-india
>https://anyflip.com/crnos/jwuw/basic
SEKIAN,TERIMA KASIH !!
29