The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nur Amilia binti Razman
Nursabrina binti Fauzi
Syifa' Auni binti Abdul Hadi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 340-13-amilia, 2022-04-21 10:21:53

MANUAL KIT PEMBELAJARAN: PAYUNG BAHASA

Nur Amilia binti Razman
Nursabrina binti Fauzi
Syifa' Auni binti Abdul Hadi

Manual penggunaan kit pembelajaran.

Idea asal:
1. Nur Amilia binti Razman
2. Nursabrina binti Fauzi
3. Syifa’ Auni binti Abdul Hadi

Pengenalan

Kit pembelajaran kumpulan kami bertemakan warisan seni 'tarian payung' dan
mengkhususkan payung. Tarian payung ini dapat memberi pendedahan kepada
murid-murid tentang tarian warisan dan penggunaan payung serta asal usul
tarian tersebut iaitu dari kelompok Baba Nyonya. Oleh itu, kit pembelajaran
kumpulan kami terdiri daripada tiga komponen iaitu:

Animasi digital- Kisah
Aira dan payung.

Payung misteri.

Uji Minda- Siapa saya?

Gabungan antara ketiga komponen ini yang melibatkan penggunaan payung dan
menerapkan kemahiran berbahasa serta elemen seni dalam pendidikan bertujuan
untuk mencapai beberapa objektif tertentu seperti murid dapat:

1)Mengetahui fungsi-fungsi payung dalam kehidupan seharian.
2) Meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi mereka.
3) Meningkatkan ilmu pengetahuan sambil bermain.
4)Mengetahui tentang warisan seni tarian payung.

Jenis kit

40% digital
• Video animasi digital

60% fizikal
• Payung Misteri
• Uji minda: Siapa Saya?

Ciri-ciri keselamatan

• Video animasi digital telah dimuatnaik secara atas
talian membuktikan kit digital ini sukar untuk
dimusnahkan.

• Kit Payung Misteri diperbuat dari bahan-bahan yang
selamat dan tidak tajam.

• Puzzle uji minda: Siapa Saya? Dibalut dengan plastik
agar tahan lama dan selamat jika kanak-kanak lasak
menggunakannya.

Manual
Penggunaan

Video
Animasi

Oleh:
Nur Amilia binti Razman
PISMP PAKK Jun 2021

Kisah Aira
dan Payung.

Video animasi Kisah Aira dan Payung menceritakan tentang
kisah seorang budak perempuan yang suka pergi ke sekolah.
Sebelum Aira pergi ke sekolah, abangnya sering
mengingatkan Aira untuk membawa payung agar Aira dapat
pulang ke rumah jika hujan turun. Nak tahu lebih lanjut?
Kawan-kawan boleh imbas QR Code atau pergi ke link yang
diselitkan di dalam buku ini tau!

Cara penggunaan:

01 Guru mengimbas QR code atau membuka link video
yang disediakan di dalam buku Aira dan payung.

02 Guru menggunakan bahan TMK terkini seperti LCD atau
televisyen dan pembesar suara.

03 Guru menayangkan video animasi tersebut semasa
sesi pdp bersama murid-murid.

04 Pada hujung video animasi , terdapat bahagian
nyanyian. Guru boleh menyuruh kanak-kanak berdiri
dan menyanyi bersama-sama berdasarkan lirik lagu di
dalam video.

Elemen seni:

Visual- Penerapan visual dalam keseluruhan animasi Aira dan
payung.

Irama- Irama lagu “Intan Payung” dalam animasi.

Ruang- Pergerakan bebas ketika lagu “Intan Payung”
dimainkan.

Justifikasi video
animasi Kisah

Aira dan Payung

• Kemahiran mendengar yang
Kanak-kanak mendengar cerita
disampaikan dalam kisah Aira.

Justifikasi video
animasi Kisah

Aira dan Payung

• Kemahiran bertutur
Kanak-kanak menyanyi lagu dalam video
tersebut bertajuk 'Intan Payung' bersama-
sama dengan guru.

Justifikasi video
animasi Kisah

Aira dan Payung

• Kemahiran membaca
Kanak-kanak membaca suku kata warna-
warna yang terdapat pada payung dalam
animasi tersebut.

Manual
Penggunaan

Payung
Misteri

Oleh:
Nursabrina binti Fauzi
PISMP PAKK Jun 2021

Cara penggunaan:

01 Guru meminta murid berdiri di tempat masing-masing.
02
03 Guru memainkan permainan music box dengan
04 menggunakan payung kecil sebagai objek dan
diiringi lagu “Intan Payung”. Murid menyanyi sambil
menari bebas ketika bermain permainan.

Apabila lagu dihentikan, murid terakhir yang
memegang payung kecil perlu ke hadapan dan bermain
payung misteri untuk menjawab soalan berdasarkan
animasi Kisah Aira dan payung.

Guru meletakkan guli di laluan yang telah disediakan
agar murid dapat menggerakkan atau menggolekkannya.

05 Murid menggunakan sebatang pen untuk menolak guli
tersebut supaya guli bergerak.

06 Apabila guli berhenti, lihat nombor pada payung di
0076 tempat guli tersebut berhenti. Guru akan membacakan
soalan yang telah tergantung pada nombor payung
tersebut.

Murid akan menjawab soalan tersebut. Soalan adalah
berdasarkan penceritaan animasi Kisah Aira dan payung
sahaja.

08 Ulang langkah 1 hingga 7 sehingga semua murid selesai
menjawab soalan dalam kit payung misteri.

Elemen seni dalam kit
payung misteri

Visual: Pengunaan pelbagai warna pada bahagian atas payung
misteri.

Irama: Penggunaan irama lagu bagi permainan music box sebelum
murid menjawab soalan yang bergantung pada kit payung misteri.

Ruang: Pergerakan murid-murid iaitu menari bebas ketika pass music box.

Nota tambahan:

Kit payung misteri juga turut menerapkan elemen STREAM.

Justifikasi
permainan
Payung Misteri

• Kemahiran mendengar
Kanak-kanak mendengar arahan dan soalan
yang diajukan semasa bermain permainan
tersebut.

Justifikasi
permainan
Payung Misteri

• Kemahiran bertutur
Kanak-kanak akan menjawab soalan yang
diajukan berdasarkan soalan yang tergantung
di tempat guli berhenti. .

Manual
Penggunaan

Uji Minda:
Siapa Saya?

Oleh:
Syifa’ Auni binti Abdul Hadi

PISMP PAKK Jun 2021

Cara penggunaan:

01 02

Guru memilih seorang Murid akan membaca
murid dan memintanya perkataan yang terdapat
untuk mengambil satu pada kepingan puzzle A
kepingan puzzle iaitu tersebut.
bertulis huruf ‘A’.

03 04

Setelah membaca hint Ulang langkah 1 hingga
3 dengan menukarkan
pada puzzle, murid akan huruf A kepada huruf B,
C, D, E, F, G, H dan I
menerbalikkan sebelum sehingga membentuk
sebuah payung.
meletakkan kepingan

tersebut di tapak yang

telah disediakan

mengikut huruf tersebut.

Elemen seni dalam kit
Siapa Saya?

Visual:
Pengunaan pelbagai warna
pada 9 kepingan puzzle.

Pergerakan:
Pergerakan murid-murid ketika
menyelesaikan kepingan puzzle
dan meneka Siapa Saya?

Justifikasi permainan
Uji Minda:
Siapa Saya?

• Kemahiran membaca
Kanak-kanak membaca hint yang tertulis
pada kepingan puzzle tersebut.

Justifikasi permainan
Uji Minda:
Siapa Saya?

• Kemahiran mendengar
Kanak-kanak mendengar penerangan cara
untuk bermain dan mendengar nama mereka
dipanggil untuk menyelesaikan puzzle.

Penutup

Produk kit yang dihasilkan diharapkan dapat
membantu guru untuk kemahiran bahasa dan

literasi awal kanak-kanak sekaligus dapat
memupuk minat seni warisan dalam diri kanak-

kanak.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih
diucapkan kepada semua yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan produk kit ini.

Idea asal:

1. Nur Amilia binti Razman
2. Nursabrina binti Fauzi
3. Syifa’ Auni binti Abdul Hadi


Click to View FlipBook Version