INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
(PPISMP AMBILAN JUN 2020 SEMESTER 1)
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB1053)
NAMA NUR MURSYIDAH BINTI RAMLI
ANGKA GILIRAN 2020192310157
NO. KAD PENGENALAN 020317-11-0506
G8
KUMPULAN
GKB1053
KOD/NAMA KEMAHIRAN BELAJAR
KURSUS
PENULISAN ESEI 1
TAJUK TUGASAN NOORIZAN BINTI BABA
NAMA PENSYARAH 2 NOVEMBER 2020
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS
DARIPADA PENSYARAH
1
Isi kandungan Halaman
Bil Perkara
1 Penghargaan 3
4
2 Bahagian-bahagian coRT 4
5-7
3 Konsep kemahiran berfikir coRT 1
7
4 Alat-alat befikir yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran 8
belajar coRT 1 9-12
5 Rumusan
6 Rujukan
7 Lampiran
2
Penghargaan
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya
dapat saya menyiapkan kerja kursus Kemahiran Belajar ini. Jutaan terima kasih saya
dahulukan kepada Puan Noorizan binti Baba, pensyarah matapelajaran ini atas tunjuk ajar
dan bimbingan beliau sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Tanpa dorongan beliau
pasti saya tidak mampu menyiapkan tugasan ini pada masanya.
Seterusnya, ribuan terima kasih saya rakamkan buat ahli keluarga yang sentiasa
menyokong saya dalam menyiapkan kerja kursus ini. Keluarga merupakan tulang
belakang saya yang paling kuat dalam melakukan semua perkara.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu
membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka sentiasa bersedia untuk membantu
dan memberikan sokongan pada bila-bila masa sahaja.
Akhir sekali, ribuan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan kerja kursus GKB1053 ini samada secara langsung atau tidak
langsung. Saya berharap melalui secebis hasil kerja saya ini mampu memberikan
kebaikan kepada semua pihak.
3
1.0 Pendahuluan
Kemahiran berfikir dapat membina pemahaman dan pemikiran yang terarah. Alat-alat
berfikir telah diperkenalkan untuk menjadikan kemahiran berfikir lebih berkesan. Contoh alat
berfikir ialah pengurusan grafik, peta minda, pemetaan i-THINK, teknik menyoal aras tinggi
dan alat-alat coRT. Alat-alat coRT merupakan program yang sering digunakan oleh pendidik.
Alat CoRT ialah instrumen dalam bentuk garis panduan yang digunakan untuk meningkatkan
kualiti pemikiran seseorang bagi membuat keputusan atau menyelesaikan masalah yang
dihadapi (Som dan Mohd Dahalan, 1998). CoRT merupakan singkatan bagi Cognitive
Research Trust (coRT), yang diperkenalkan oleh Edward De Borno pada tahun 1969. Beliau
telah menggunakan program coRT di sekolah-sekolah Barat bagi meningkatkan kognitif
pelajar. CoRT mempunyai enam bahagian yang mempunyai tujuan dan kepentingan-
kepentingan tertentu.
2.0 Bahagian-bahagian coRT
Terdapat enam bahagian coRT yang telah diperkenalkan. CoRT 1 digunakan untuk
meluaskan persepsi seseorang, manakala coRT 2 pula sebagai organisasi proses berfikir.
Interaksi, argumen dan pemikiran kritis berada didalam coRT 3. Manakala coRT 4 membantu
kita berfikiran secara kreatif. CoRT 5 boleh digunakan apabila melibatkan maklumat dan
perasaan. Seseorang boleh menggunakan coRT 6 apabila berhadapan dengan tindakan yang
perlu diambil. Walau bagaimanapun, di Malaysia pelajar hanya diperkenalkan dengan coRT1
(keluasan persepsi) dan coRT 4 (pemikiran kreatif) sebagai alat berfikir untuk merangsang
keaslian idea dan inovasi.
3.0 Konsep kemahiran berfikir coRT 1
CoRT 1 bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang sesuatu idea dan dapat
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih berkesan (Widad dan
Kandar, 2006). CoRT 1 dapat diaplikasikan dengan melontarkan pelbagai soalan untuk
memberikan seseorang kebebasan berfikir dan melontarkan idea. Terdapat tujuh teknik
asas bagi penggunaan coRT 1 iaitu:
I. PMI - Plus, Minus Interesting (Baik Buruk Menarik).
II. CAF - Consider All Factors (Ambil Kira Semua Faktor).
III. C&S - Consequence and Sequal (Kesan dan Akibat) .
IV. AGO - Aims, Goal Objective (Tujuan, Matlamat, Objektif)
V. FIP - First Important Priority (keutamaan)
VI. APV - Alternatives Possibilities, Choices (Alternatif, Kemungkinan, Pilihan) dan
4
VII. OPV - Other People’s View (Pandangan Orang Lain).
Komponen-komponen coRT 1 ini dapat diaplikasikan dengan pelbagai cara untuk
meluaskan pandangan dan pemikiran terhadap penghasilan idea yang lebih
kreatif, konstruktif dan kritis.
4.0 Alat-alat berfikir yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran belajar coRT 1
4.1 PMI – Plus, Minus Interesting (Baik, Buruk Menarik)
PMI digunakan untuk melatih pelajar berfikir dengan luas tentang sesuatu situasi.
Dengan menggunakan cara ini, pelajar dapat melihat perkara baik, buruk dan
menarik dalam sesuatu idea. Keputusan sama ada menerima atau menolak sesuatu
idea dapat dibuat setelah mengambil kira ketiga-tiga perkara ini. Antara contoh
penggunaan PMI ini ialah, guru memberikan satu tajuk perbincangan seperti,
“Penggunaan internet adalah lebih baik berbanding dengan buku teks semasa di
dalam bilik darjah”, dan meminta para pelajar menyenaraikan semua yang baik
(Plus), semua yang buruk (Minus) dan menarik (Interesting) sebelum membuat
jawapan berkaitan tajuk perbincangan. Dengan menggunakan cara ini, pelajar dapat
membuat keputusan berhubung dengan isu atau tajuk yang dibincangkan.
4.2 CAF – Considers All Factors (Ambil kira Semua Faktor)
Tujuan penggunaan CAF adalah untuk berfikir dan meninjau semua aspek bagi
sesuatu situasi dengan lengkap dan menyeluruh. Perkara ini penting bagi memastikan
semua faktor diambil kira tanpa terlepas pandang serta dapat membuat keputusan
yang sesuai mengikut keadaan. Guru dapat menggunakan komponen ini dengan
memberikan soalan seperti, “wajarkah kita menggunakan baju yang berjenama dan
mahal?”. Lalu meminta murid supaya menyenaraikan semua faktor seperti kos,
ekonomi, praktikal, kesesuaian, sosial dan sebagainya sebelum memberikan jawapan.
4.3 C&S – Consequence and Sequel (Kesan dan akibat daripada kesan)
Melalui penggunaan C&S, pelajar dapat memikirkan dan menjangkakan kesan
yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan dilakukan. Kesan yang perlu diambil
kira termasuklah kesan serta merta, kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang.
Guru dapat mengaplikasikan komponen ini dengan memberikan satu tajuk
perbincangan seperti, “belajar Al-Quran menggunakan tulisan rumi”, dan meminta
pelajar memberikan pendapat seperti:
I. Adakah cadangan berkenaan berjaya?
II. Apakah risiko yang mungkin dihadapi?
III. Apakah kesan serta merta, jangka panjang dan jangka pendek?
5
IV. Adakah cadangan berkenaan baik?
Dengan menggunakan komponen ini, pelajar dilatih untuk melihat sebab dan akibat
selepas sesuatu tindakan itu diambil.
4.4 AGO – Aims, Goals, Objective (Tujuan, Matlamat, Objektif)
AGO dapat melatih pelajar agar sentiasa menumpukan perhatian terhadap tujuan
asal supaya matlamat tercapai. Lazimnya, tujuan, objektif dan matlamat dianggap
sama tetapi terdapat perbezaannya seperti matlamat merupakan suatu perkara yang
ingin dicapai dalam satu tempoh masa yang lebih panjang berbanding tujuan.
Manakala objektif mempunyai masa yang lebih pendek dalam ketiga-tiga perkara ini.
AGO dapat diaplikasikan dalam soalan seperti, “Apakah AGO dalam dalam
pertandingan hafazan ini?”. Guru juga boleh meminta pelajar memberikan pendapat
yang berkaitan seperti, “Bagaimanakah untuk memastikan AGO ini dapat dicapai?”.
Dengan secara tidak langsung, kaedah ini membantu pelajar supaya tidak memikirkan
perkara yang tidak berkaitan.
4.5 FIP – First, Important, Priority (Keutamaan)
Tujuan komponen ini adalah untuk memastikan pelajar memikirkan perkara yang
penting terlebih dahulu berbanding perkara-perkara lain yang kurang penting. Perkara
yang penting ini harus diberi keutamaan sebelum membuat apa-apa tindakan. Contoh
penggunaan komponen ini adalah seperti ketika merancang satu program
keusahawanan. Pelajar seharusnya menggunakan kaedah ini dengan memikirkan
beberapa perkara seperti, apakah yang perkara-perkara yang penting dalam program
ini? Selain itu, antara perkara-perkara ini yang mana paling penting dan harus
diberikan prioriti? Dengan mengetahui perkara-perkara seperti ini, pelajar dapat
mengetahui tindakan yang harus diambil dan diberikan penekanan terebih dahulu.
4.6 APC – Alternatives, Possibilities, Choices (Alternatif, Kemungkinan, Pilihan)
Pelajar dapat melatih pemikiran untuk berfikir secara serentak mengenai beberapa
perkara dengan menggunakan kaedah ini dan menentukan pilihan yang terbaik. Selain
itu, kaedah ini membantu pelajar memikirkan sebab-sebab berlakunya sesuatu
perkara. Antara contoh tajuk perbincangan ialah, “Perpustakaan di sekolah akan
dihapuskan.” Guru boleh meminta pelajar memberikan pendapat mengenai:
I. Cara-cara lain untuk menyelesaikan masalah ini
II. Apakah kebaikan dan keburukan cara ini?
III. Cadangan yang manakah lebih baik?
6
4.7 OPV – Other’s People View (Pandangan Orang Lain)
Tujuan penggunaan OPV adalah untuk melatih pelajar untuk tidak hanya
mementingkan diri ketika membuat keputusan dan melatih agar perasaan tidak
mempengaruhi pelajar semasa membuat sesuatu idea, tetapi memikirkan semua
pendapat di sekeliling. Kaedah ini juga membantu pelajar keluar dari melakukan
perkara kebiasaan dan mengambil pandangan orang lain untuk mendapatkan idea
yang lebih baik. Contoh penggunaan OPV adalah seperti membuat pemilihan
destinasi untuk menyambungkan pelajaran. Pelajar boleh mengambil kira pendapat
orang lain sebelum membuat keputusan. Orang lain akan memberikan pandangan
berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka. Pelajar juga boleh mengemukakan
pendapat kepada orang lain sekiranya idea itu dirasakan bernas. Dengan cara ini,
pelajar dapat membuat keputusan dengan mudah dan teratur.
5.0 Rumusan
Alat kemahiran berfikir memberikan banyak faedah bukan sahaja kepada pelajar, tetapi
kepada semua lapisan masyarakat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Belajar
berfikir tidaklah sukar dengan adanya kemahiran berfikir seperti alat-alat coRT. Sesetengah
pelajar mungkin mampu cemerlang dengan kaedah menghafal. Tetapi, bukan semua
dianugerahkan dengan kemahiran tersebut. Maka, alat-alat seperti inilah yang dapat
membantu mereka memperolehi kejayaan. Penggunaan komponen coRT 1 juga mampu
menjadi salah satu alternatif untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
7
Rujukan
Dr Syed Ismail, Ahmad Subki Miskon & Aliza Adnan . (2015). Sasbadi Sdn Bhd: Kemahiran
Belajar
Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee & Ridza Ahmad Nizam. (2019). Oxford Fajar
Sdn Bhd: Kemahiran Belajar
Zulquarnain bin Ali. 2012. https://guabama.files.wordpress.com/2012/02/2-panduan-alat-
berfikir-cort1.pdf
https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/53944930/173729573-Edward-de-Bono-
Menggunakan-Pendekatan-CORT-Thinking-Program.pdf?1500731481=&response-
content-
disposition=inline%3B+filename%3DTAJUK_EDWARD_DE_BONO_1993_MENGGU
NAKAN_PE.pdf&Expires=1604254776&Signature=Z44rgNqb8pbVdWf-
QrzlddrtTFKh83y3ZmLl5sqtakjjx~S21pNixus7-FC-pl76r0zNLlHTVWuyine-
gBY~hvQ5mMN-
oVj0fTAFR~N~CAGPYIe1RWi2mNq3EjvI7Vie2nYPk65CFcK7FwOc7oDjE6S~vg5vjlf
22KN7Ej3n9qPmhhuBOxSVvEuiq8BfikM1LnraLSkZx0Rrg33iMH9DRhTZiKIceV6S69
k4yTx0xyKP6XxQwK5tFB9sqbQu8ZoKcv27cvIKjSNToskNHyztRXMS85AmJ3tVSZJ
9ipZhNVqO9CHeUe0xNSn0xlCoxw3MqR9yMqNMteBT~UBA9KEG~Q__&Key-Pair-
Id=APKAJLOHF5GGSLRBV4ZA
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
http://ipgkpm.edu.my/download/kemahiran_berfikir.pdf
8
Lampiran
9
10
11
12