The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulimanmohdropi28, 2020-11-02 01:27:31

KK GKB PENULISAN ESSEI 1

KK GKB PENULISAN ESSEI 1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA MELAYU
59990 LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR
KEMAHIRAN BELAJAR
(GKB 1053)

NAMA NURUL IMAN BINTI MOHD ROPI

ANGKA GILIRAN 2020192310161

NO. KAD PENGENALAN 021128-03-0202

KUMPULAN PPISMP G8

KOD KURSUS GKB 1053
KEMAHIRAN BELAJAR
NAMA KURSUS PUAN NOORIZAN BINTI BABA
NAMA PENSYARAH
02 NOVEMBER 2020
TARIKH HANTAR
TARIKH MENERIMA MAKLUM BALAS

DARIPADA PENSYARAH

1

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T.
kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya telah diberi kesempatan untuk menyiapkan
tugasan ini. Dengan melaksanakan tugasan ini, banyak perkara baharu yang dapat saya
pelajari dan banyak maklumat tambahan yang saya peroleh.
Selain itu, disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi subjek
Kemahiran Belajar iaitu Puan Noorizan kerana banyak membantu saya dalam proses
pelaksanaan tugasan ini. Bimbingan dan tunjuk ajar beliau amat saya hargai kerana tanpa
bantuan beliau pastinya saya tidak akan mampu melaksanakan tugasan ini.
Selain itu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu-bapa saya dan para guru
kerana mereka juga banyak membantu saya iaitu dengan mendoakan kejayaan untuk saya
disini sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga untuk saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
saya yang banyak membantu dan saya sepanjang menyiapkan tugasan ini. Maklumat-
maklumat yang mereka kongsikan dan segala penerangan yang mereka berikan dalam
menyiapkan tugasan ini amatlah saya hargai.
Sekian, terima kasih.

2

ISI KANDUNGAN Muka Surat
3
ISI KANDUNGAN 4
1.0 PENGENALAN 4
2.0 KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR CORT 1 5
3.0 KOMPONEN CORT 1
10
➢ PMI 11
➢ CAF 12
➢ C&S
➢ AGO
➢ FIP
➢ APC
➢ OPV
4.0 RUMUSAN
5.0 RUJUKAN
6.0 LAMPIRAN

3

1.0 PENGENALAN
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) merupakan sebuah institut pendidikan yang

melatih bakal-bakal guru sekolah rendah. Kini, IPGM mengendalikan 27 buah kampus atau
lebih dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru (IPG). Berdasarkan program tersebut, guru
pelatih di IPG akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara sejurus tamat
IPG. Misi IPG adalah untuk melahirkan guru yang berjiwa pendidik melalui program
pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia. Menurut Robert
M Gagne, pembelajaran bermaksud perubahan tingkah laku dalam diri individu. Menurut Anita
E. Woolfolk pula pembelajaran merupakan proses di mana pengalaman yang pernah dialami
menyebabkan perubahan dalam pengetahuan dan tingkah laku seseorang.

Kemahiran belajar ditakrifkan sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai
oleh setiap pelajar untuk membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat
secara kendiri seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Cara belajar yang
berkesan sebenarnya merupakan satu kombinasi berbagai strategi dan kemahiran belajar.
Setiap murid mempunyai cara yang tersendiri dalam memahami setiap pelajaran. Namun,
teknik membuat nota tidak terlepas dari digunakan oleh setiap pelajar kerana ia merupakan
teknik yang paling berkesan. Oleh itu, untuk menghasilkan nota yang kreatif dan efektif,
kemahiran berfikir amat diperlukan semasa mencatat nota. Hal ini kerana maklumat yang
disusun oleh seseorang pelajar dalam satu corak yang sistematik dapat membantu pelajar
mengingati dan memahami dengan lebih mudah.

2.0 KONSEP KEMAHIRAN BELAJAR CORT 1
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan banyak pendekatan untuk

melahirkan generasi yang cemerlang. Antaranya, pendekatan CoRT yang dipelopori oleh
Edward De Bono. Istilah CoRT sebenarnya berasal daripada perkataan “Cognitif Research
Trust”. Hasil kajian beliau terhadap kaedah ini menunjukkan keberkesanannya dalam
membantu meningkatkan kognitif pelajar. Justeru, beliau meminta guru-guru di sekolah-
sekolah Barat untuk melaksanakan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini kerana alat CoRT 1 dicipta bertujuan untuk meluaskan persepsi seseorang tentang
sesuatu idea dan dapat membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan lebih
berkesan. Antara alat-alat CoRT 1 ialah PMI (Plus,Minus,Interesting), CAF (Consider All
Factors), AGO (Aims,Goals,Objective), FIP (First Important Priorities), APC (Alternative,
Posibilities, Choices), OPV (Other People’s Views) dan C&S (Consequence and Sequel).

4

3.0 KOMPONEN CORT 1
➢ PMI (PLUS, MINUS, INTERESTING)

Komponen CoRT 1 yang pertama ialah PMI iaitu Plus, Minus and Interesting yang
bermaksud Baik, Buruk dan Menarik. Komponen PMI bertujuan untuk meluaskan fikiran
tentang sesuatu situasi. (Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon, Aliza
Adnan, 2014). Ia dapat membantu pelajar berfikir lebih mendalam tentang sesuatu perkara
untuk menjana pelbagai idea serta mengelakkan daripada beremosi. Hal ini kerana
pemikiran seseorang akan terganggu jika berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil.
PMI selalunya digunakan dalam perbincangan supaya dapat menganalisis mengenai Plus
(baik), Minus (buruk) dan Interesting (menarik). Di sini saya akan menunjukkan contoh bagi
komponen PMI iaitu mengenai tajuk “Kebenaran untuk pelajar membawa telefon pintar ke
sekolah”.

Plus Minus Interesting

- Dapat mencari maklumat - Tidak memberi fokus -Dapat menghubungi guru

dengan pantas. ketika guru mengajar. yang mengajar pada waktu

tersebut untuk ke kelas.

Selepas menyenaraikan perkara tersebut, para pelajar lebih mudah untuk membuat
keputusan sama ada ingin membawa telefon mahupun tidak.

5

➢ CAF (Consider All Factors)

Komponen yang seterusnya ialah CAF iaitu Consider All Factors. Komponen ini
berfungsi untuk melatih pelajar untuk berfikir dan meneliti semua aspek secara menyeluruh
bagi mengelakkan pelajar terlupa akan faktor penting bagi tajuk perbincangan. Contoh bagi
penggunaan CAF ialah mengenai tajuk “Penipisan lapisan ozon”. Jadi, guru hendaklah
mengarahkan pelajar untuk:

a) Menyenaraikan semua faktor yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
b) Mempertimbangkan setiap faktor yang dinyatakan.
c) Membuat keputusan atau cadangan.
Jadi, pelajar dapat mengetahui sesuatu faktor yang berkaitan agar perbincangan menjadi
lebih mudah.
➢ C & S (Consequence and Sequel)

Seterusnya ialah C & S yang bermaksud kesan dan akibat daripada kesan. Komponen
ini bertujuan untuk mendidik pelajar untuk berfikir dengan lebih kreatif bagi membolehkan
mereka meramal perkara dan akibat yang akan berlaku selepas sesuatu cadangan
dijalankan. Mereka dapat membuat keputusan yang boleh memberikan penyelesaian yang
terbaik setelah melihat akibat daripada kesan terhadap cadangan tersebut. Contoh bagi
penggunaan C & S ialah seperti berikut:
Tajuk perbincangan: Pekerja hendaklah menaiki kenderaan awam untuk ke pejabat.

6

Para pelajar hendaklah menyenaraikan pendapat tentang kesan dan akibat daripada kesan
kepada pekerja tersebut jika mereka menaiki kenderaan awam untuk ke pejabat. Contohnya:

i. Adakah cadangan tersebut akan berjaya?
ii. Apakah risiko yang bakal dihadapi?
iii. Apakah cadangan berkenaan merupakan cadangan baik?
Kesannya, pelajar dapat menjangkakan perkara yang akan berlaku dan menyelesaikan
masalah tersebut.
➢ AGO (Aims, Goals, Objectives)

AGO bermaksud Aims, Goals and Objectives iaitu tujuan, matlamat dan objektif.
Komponen ini bertujuan untuk melatih pelajar berfikir supaya sentiasa menumpukan perhatian
terhadap tujuan asal supaya matlamat tercapai dan tidak tersasar daripada topik perbicangan
yang asal. Sebagai contoh, tajuk perbincangannya ialah tentang AGO kehidupan anda?
Seterusnya guru hendaklah mengarahkan pelajar untuk memberikan pendapat mereka
seperti berikut:

i. Apakah AGO rancangan?
ii. Adakah tindakan tersebut terkeluar daripada AGO?
iii. Bagaimanakah untuk memastikan AGO dapat dicapai?
Justeru, para pelajar dapat fokus terhadap satu matlamat sahaja iaitu dengan memikirkan
tujuan yang sebenar bagi sesuatu perkara yang dibincangkan.

7

➢ FIP (First Importance Priority)

FIP bertujuan untuk melatih pelajar agar dapat berfikir dengan mendahulukan sesuatu
perkara mengikut kepentingan dan keutamaan dan mengelakkan perkara yang tidak
berkenaan dengannya. Hal ini akan menyebabkan mereka mendapat idea yang selaras
dengan tajuk yang dibincangkan. Perkara-perkara yang lebih penting hendaklah diutamakan
supaya dapat fokus terhadap suatu perkara sahaja. Contoh tajuk perbincangan yang boleh
digunakan ialah menggunakan komponen FIP ketika ingin memilih pasangan hidup. Ia dapat
membantu seseorang itu untuk memilih pasangan sama ada melihat dari segi rupa paras,
hati ataupun harta berdasarkan keutamaan yang lebih penting. Kesimpulannya, ia
membolehkan pelajar berfikir akan sesuatu yang lebih diutamakan daripada sesuatu yang
tidak penting.

➢ APC (Alternative, Possibilities, Choices)

Seterusnya, APC yang bermaksud Alternatif, Kemungkinan dan Pilihan. Komponen ini
pula adalah bertujuan untuk melatih pelajar berfikir berkenaan beberapa perkara secara
serentak kemudian menentukan pilihan yang terbaik. Hal ini supaya pelajar dapat melatih
minda menjadi lebih cekap dan juga dapat melatih pelajar untuk berfikir dalam banyak
cabang dan bukannya hanya satu cabang sahaja. Sebagai contoh, perbincangan tentang
isu semasa iaitu tentang pelajar yang belajar secara online berpunca daripada pandemik

8

Covid-19 yang semakin merebak. Guru boleh meminta pelajar untuk memberikan pendapat
berdasarkan:

i. Apakah cara lain yang dapat menyelesaikan masalah ini?
ii. Apakah kebaikan dan keburukan daripada perbincangan tersebut?
iii. Manakah cadangan yang lebih baik iaitu belajar secara online atau secara

bersemuka.
Melalui komponen ini, pelajar dapat membuahkan banyak idea kerana perlu berfikir lebih
dari satu perkara dalam masa yang sama.

➢ OPV (Other People’s Views)

OPV membawa maksud Other People’s Views iaitu berdasarkan pandangan orang
lain. OPV bertujuan untuk melatih pelajar untuk berfikir dengan mengambil kira pandangan
orang lain sebelum membuat keputusan sendiri. Hal ini bertujuan bagi mengelakkan
seseorang pelajar itu terlalu yakin dalam membuat keputusan. Ia secara tidak langsung
dapat mendidik pelajar supaya menerima pendapat orang lain kerana sudah semestinya
setiap orang mempunyai idea dan pemikiran yang berlainan berkenaan sesuatu perkara.
Contoh tajuk yang boleh dibincangkan oleh para pelajar ialah tentang “Mengapakah ibu bapa
perlu menghalang anak remajanya daripada keluar sehingga lewat malam?”
Jadi, guru boleh meminta pelajar memberikan pendapat masing-masing dan
mempertimbangkan tentangnya, iaitu:

i. Apakah idea diri sendiri akan mempengaruhi masyarakat?
ii. Bagaimanakah orang lain memandang idea anda?
iii. Adakah idea pelajar bernas dan harus dijadikan tindakan?
Kesimpulannya, para pelajar boleh berkongsi idea dengan orang lain dan menghasilkan idea
yang lebih bernas berdasarkan perkara yang dibincangkan.

9

4.0 PENUTUP
Konklusinya, kemahiran mengambil dan membuat nota merupakan kemahiran yang penting
untuk pembelajaran sepanjang hayat. Melalui catatan nota yang baik, ia dapat membantu
merangsang pemikiran dan membuat perkaitan antara pengetahuan sedia ada dengan
perkara yang baharu dipelajari supaya kekal lebih lama dalam ingatan jangka panjang. Melalui
kaedah CoRT 1, para pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam pelbagai aspek
pembelajaran. Para pelajar hendaklah memahami konsep berkaitan dengan fakta serta
perhubungannya dalam konteks yang lebih luas. Oleh itu, alat-alat berfikir dapat membantu
pelajar menguasai kemahiran berfikir selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
mempunyai matlamat untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelekj,
rohani, emosi dan jasmani.

10

5.0 RUJUKAN
Dr. Syed Ismail Syed Mustapa, Ahmad Subki Miskon dan Aliza Adnan. (2015). Kemahiran
Belajar. Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn. Bhd.
Hong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tun Ai Lee. (2019). Kemahiran Belajar. Selangor: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Haikal & Syahir (2019). Retrieved from: https://studysmartedu.wordpress.com/
Kiong, Tee Tze dan Md Yunos. (2010). Retrieved from:
http://eprints.uthm.edu.my/id/eprint/609/
https://kbelajarblog.wordpress.com/alat-alat-cort-1/
https://guabama.wordpress.com/2009/05/29/alat-kemahiran-berfikir-cort-1/

11

6.0 LAMPIRAN
(PMI: PLUS, MINUS, INTERESTING)
(CAF: CONSIDER ALL FACTORS)

(C&S: CONSEQUENCE & SEQUEL)
12

(AGO: AIMS, GOALS, OBJECTIVES)
(FIP: FIRST IMPORTANT PRIORITY)
(APC: ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES)

13

(OPV: OTHER PEOPLE’S VIEWS)
14


Click to View FlipBook Version