SPSK PK 07/3 MINIT MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024-2025 Tarikh / Hari : 6 Mac 2024 (Rabu) Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Makan Asrama SKBJ K9. Pengerusi : En. Zul Hisham bin Razali Kehadiran : 46 / 51 Nama Yang Hadir : Seperti dalam lampiran AGENDA MESYUARAT 1. PERUTUSAN PENGERUSI – En. Zul Hisham bin Razali 1.1 Mengucapkan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru dalam mesyuarat. Makluman: Semua guru 1.2 Mengalu-alukan kehadiran guru baharu dalam mesyuarat dan ucapan tahniah kerana dapat menjalankan mesyuarat pada tarikh yang telah ditetapkan. Makluman: Semua guru 1.3 Mengucapkan tahniah buat semua kerana telah menjayakan aktiviti sepanjang 2023/ 2024. Makluman: Semua guru 1.4 Ucapan tahniah juga buat setiausaha dan guru penolong kanan yang telah menyiapkan Buku Pengurusan Unit Kurikulum sesi ini. Makluman: Semua guru 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 2.1 Minit mesyuarat kurikulum (Bil. 2/ 2023-2024) yang lalu telah dibentangkan oleh setiausaha tanpa pindaan dengan sebulat suara. 2.2 Disahkan oleh Pn. Nor Azlina binti Simon seterusnya disokong oleh Pn. Rofina binti Hassan. Makluman: Semua guru سكوله كبغسأن بينجاي جاي SEKOLAH KEBANGSAAN BINJAI JAYA PARIT 16, SUNGAI PANJANG, 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR DARUL EHSAN.
3. PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada Perkara berbangkit. 4. PERBINCANGAN 4.1 Guru Besar. 4.1.1 Melantik semua guru untuk jawatan dalam unit kurikulum 2024/ 2025. Surat lantikan akan diedarkan. Makluman: Semua guru 4.1.2 Peringatan kepada semua guru supaya menyiapkan e-RPH setiap hari mengikut Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan menulis refleksi selepas tamat proses PdPc. Makluman: Semua guru 4.1.3 Menyiapkan semua bahan PdPc seperti Folder individu, RPT dan e-RPH sebelum sesi persekolahan bermula serta hantar sebelum atau pada 29 Mac 2024 ke pejabat untuk disemak. Makluman: Semua guru 4.1.4 Format e-RPH akan diselaraskan untuk semua guru. Makluman: Semua guru 4.1.5 Semua ketua panitia perlu mengemas kini fail panitia masing-masing. Pastikan semua panitia membuat mesyuarat kali pertama dan melengkapkan Jadual 1 dan Jadual 5 pada Pelan Strategik Organisasi (PSO) untuk 2023 kerana bakal dihantar ke PPD Sabak Bernam untuk disemak sebelum 15 Mac 2024. KP juga diminta untuk bina Jadual 2 untuk program 2024/ 2025. Makluman: Semua guru 4.1.6 Ucapan tahniah atas kerjasama semua ketua panitia kerana telah menjalankan tugas dengan baik pada sesi lalu. Makluman: Semua guru 4.1.7 Kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam bidang akademik bergantung kepada pengurusan panitia mata pelajaran yang cemerlang. Makluman: Semua guru
4.2 Penolong Kanan Pentadbiran 4.2.1 Perancangan Kurikulum Sesi 2024/ 2025: 4.2.1.1 Mengucapkan tahniah yang dapat hadir ke Mesyuarat Kurikulum Bil. 1 sesi 2024/ 2025. Makluman: Semua guru 4.2.1.2 Mengucapkan terima kasih atas kerja sama semua guru dalam melaksanakan program-program kurikulum dengan cemerlang sepanjang sesi 2023/ 2024. Makluman: Semua guru 4.2.1.3 Memaklumkan Minggu Persekolahan Sesi 2024/ 2025 adalah sebanyak 42 minggu manakala Minggu Akademik sebanyak 38 minggu. Makluman: Semua guru 4.2.1.4 Surat Perlantikan AJK Kurikulum Tahun 2023/ 2024 akan diedarkan. Masukkan surat perlantikan dalam fail individu dan satu salinan ke dalam folder panitia mata pelajaran. Berharap agar semua dapat menjalankan tugas dengan baik. Makluman: Semua guru 4.2.1.5 Takwim unit kurikulum boleh dirujuk dalam Buku Pengurusan Unit. Makluman: Semua guru 4.2.2 Panitia Mata Pelajaran 4.2.2.1 Menegaskan bahawa kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam bidang akademik bergantung kepada pengurusan Panitia Mata Pelajaran yang cemerlang. Makluman: Semua guru 4.2.2.2 Mengingatkan setiap panitia perlu merujuk SKPM Kualiti @ Sekolah, Standard 3.1.2 (Pengurusan Mata Pelajaran) dalam tindakan yang hendak dilakukan. Makluman: Semua guru 4.2.2.3 Perkara-perkara yang perlu dibincangkan di dalam Mesyuarat Panitia Bil. 1 2024/ 2025: BIL PERKARA 1 Agihan tugas ahli panitia – setiausaha, penyelaras mata pelajaran, aktiviti, ko akademik. 2 Agihan belanja mengurus / belanjawan – barang yang perlu dibeli, tempat menyimpan. 3 Latihan/ Ujian
4 Perancangan strategik organisasi (PSO) – Lengkapkan jadual 3, 4 dan 5 (penyelarasan, fokus sasaran, latihan, program) 5 Pengubalan RPT – ikut takwim akademik 6 Buku Rekod Pengajaran – lengkap 7 Penulisan RPH – bincang format penulisan 8 Penetapan jumlah buku latihan 9 Agihan latihan – ikut kebolehan murid. 10 Semakan buku latihan 11 Penggubalan soalan latihan / ujian 12 Pencerapan – bulan pencerapan, nama pencerap. 13 Pentaksiran bilik darjah – borang transit 14 PLC, Peningkatan profesional guru, LADAP Tindakan: Ketua Panitia 4.2.2.4 Pengisian Folder Panitia BIL PERKARA 1 Surat panggilan mesyuarat 2 Minit Mesyuarat 3 Borang kehadiran mesyuarat 4 Carta Organisasi Induk dan Panitia yang terkini 5 Takwim / Aktiviti Tahunan 6 Perancangan Kewangan 7 Surat Lantikan 8 PSO – masukkan dalam fail induk PSO Kurikulum 9 DSKP dan RPT – dalam GC sekolah Tindakan: Ketua Panitia 4.2.3 Perancangan Tahunan/ Takwim/ Kalender Akademik 4.2.3.1 Semua guru boleh merujuk Buku Pengurusan Kurikulum. Makluman: Semua guru 4.2.3.2 Berharap agar semua perancangan tersebut dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Makluman: Semua guru 4.2.4 Persediaan PdPc 4.2.4.1 Semua guru mata pelajaran mesti menyediakan DSKP, RPT dan RPH mengikut mata pelajaran yang diajar pada sesi ini. Tindakan: Semua guru
4.2.4.2 Penyediaan RPT mesti mengikut Takwim Akademik iaitu sebanyak 38 minggu PdPc. Makluman: Semua guru 4.2.4.3 Susun atur bilik darjah hendaklah mengikut PAK-21. Makluman: Semua guru 4.2.4.4 Pastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut bilangan murid bagi setiap kelas. Makluman: Semua guru 4.2.4.5 Pastikan kelas dalam keadaan kondusif sebelum sesi persekolahan bermula. (bersih, kemas dan ceria). Makluman: Semua guru 4.2.4.6 Bilangan enrolmen murid Mac 2024: BIL KELAS BILANGAN MURID 1 Prasekolah 70 2 Tahun 1 70 3 Tahun 2 67 4 Tahun 3 56 5 Tahun 4 59 6 Tahun 5 56 7 Tahun 6 72 8 Tingkatan 1 45 9 Tingkatan 2 47 10 Tingkatan 3 48 Makluman: Semua guru 4.2.5 Pengurusan Bilik-bilik Khas 4.2.5.1 Guru Penyelaras Bilik Khas – PSS, Bilik Akses, Bilik RBT, Bilik J-Qaf, Bilik Muzik perlu memastikan semua bilik dalam keadaan kondusif sebelum sesi persekolahan bermula (kemas, bersih, ceria). Makluman: Semua guru 4.2.5.2 Sediakan Jadual Penggunaan bilik-bilik khas tersebut. Serahkan 1 salinan jadual kepada PK Pentadbiran. Tindakan: Guru Penyelaras Bilik
4.2.6 Jadual Waktu / Jadual Guru Ganti 4.2.6.1 Jadual waktu bagi sesi 2024/ 2025 boleh rujuk dalam Winjaws. Makluman: Semua guru 4.2.6.2 Masih kekurangan 3 orang guru perdana dan seorang guru PPKI rendah namun sekolah menggunakan tenaga yang ada dengan sebaik mungkin. Makluman: Semua guru 4.2.6.3 Berharap guru-guru yang tidak dapat hadir ke sekolah, dapat maklumkan kepada PK Pentadbiran sebelum pukul 7.00 pagi bagi memudahkan urusan membuat Jadual Guru Ganti. Makluman: Semua guru 4.2.7 Perancangan Kewangan 4.2.7.1 Perlu dibincangkan dalam Mesyuarat Panitia Bil. 1. Makluman: Semua guru 4.2.7.2 Setiap pembelian barangan perlu ada nota minta yang diluluskan oleh Guru Besar. Makluman: Semua guru 4.2.7.3 Perbelanjaan untuk program peningkatan pencapaian murid perlu disertakan Kertas Kerja Program. Makluman: Semua guru 4.2.8 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) 4.2.8.1 Pentaksiran bilik dajah dilaksanakan setiap kali sesi PdPc. Makluman: Semua guru 4.2.8.2 Bagi sesi 2024 / 2025 – Ujian Latihan yang akan dilaksanakan sebanyak 2 kali iaitu Julai & Disember. Makluman: Semua guru 4.2.8.3 Menyasarkan KPI setiap guru mata pelajaran dapat menghasilkan 5% murid mendapat TP6, 10% mendapat T5 dan 30% mendapat TP4 dan 55% mendapat TP3. Makluman: Semua guru
4.2.8.4 Penentuan Tahap Pencapaian TP setiap murid ditentukan dalam satu mesyuarat yang diadakan 2 kali setahun – untuk pelaporan setengah tahun dan pelaporan akhir tahun. Makluman: Semua guru 4.2.9 Program Transisi dilaksanakan selama 4 minggu 4.2.9.1 Fasa 1 (Fasa Penyesuaian) – dilaksanakan pada minggu pertama dan minggu kedua persekolahan. Penekanan dari aspek sosioemosi, kognatif dan jasmani – meningkatkan keyakinan diri dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosial. Makluman: Semua guru 4.2.9.2 Fasa 2 (Fasa Kesediaan) – dilaksanakan pada minggu ketiga dan minggu keempat sesi persekolah. Memastikan murid menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk pembelajaran seterusnya. Makluman: Semua guru 4.2.9.3 Setiausaha Program Transisi 2.0 perlu sediakan laporan ringkas pada setiap minggu – aktiviti, jadual, gambar – eviden jika ada pemantauan daripada pihak PPD atan JPN. Makluman: Semua guru 4.2.10 Pencerapan PdPc SKPM Kualiti @ Sekolah 4.2.10.1 Dilaksanakan sebanyak 3 kali bagi tahun 2024/ 2025. 4.2.10.1.1 Mac hingga Mei – Pencerapan Kendiri 4.2.10.1.2 April hingga Julai– Pencerapan oleh Pentadbir 4.2.10.1.3 Ogos hingga Disember – Pencerapan oleh Pentadbir Makluman: Semua guru 4.2.10.2 Senarai guru dan pegawai pencerap boleh dirujuk dalam buku pengurusan kurikulum. Makluman: Semua guru 4.2.11 Semakan Buku Latihan Murid 4.2.11.1 Setiap guru mata pelajaran hanya perlu menghantar 10 buah buku untuk disemak oleh pentadbir – 4 buku kumpulan pandai, 3 buku kumpulan sederhana dan 3 buku kumpulan lemah. Makluman: Semua guru 4.2.11.2 Jadual semakan boleh dirujuk dalam buku pengurusan kurikulum. Makluman: Semua guru
4.2.12 e-Operasi 4.2.12.1 Setiap guru bertanggungjawab terhadap maklumat diri sendiri dalam eOperasi. Justeru, setiap guru perlu sentiasa menyemak dan mengemas kini maklumat dalam e-Operasi. Makluman: Semua guru 4.2.12.2 Jika ada maklumat yang salah, sila maklumkan kepada PK Pentadbiran untuk dibetulkan dengan menunjukkan bukti maklumat yang betul. Makluman: Semua guru 4.2.12.3 Setiap guru perlu peka terhadap tahun kenaikan pangkat diri sendiri: BIL KENAIKAN GRED TEMPOH 1 Gred DG41 / Gred DG42 ke Gred DG44 8 tahun 2 Gred DG44 ke Gred DG48 8 tahun 3 Gred DG48 ke Gred DG52 6 tahun 4 Gred DG52 ke Gred DG54 3 tahun Makluman: Semua guru 4.2.12.4 Ucapan terima kasih bagi guru yang telah siap mengemas kini data masing-masing. Makluman: Semua guru 4.2.13 Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) 4.2.13.1 Pegawai yang dinilai perlu menyediakan keberhasilan pada tahun 2024/ 2025. Hantar sebelum 15 Mac 2024. Makluman: Semua guru 4.2.13.2 Contoh cara menulis keberhasilan: BIL BIDANG HURAIAN/ KETERANGAN 1 Kurikulum 20 daripada 30 murid Tahun 6 Mutiara mendapat Gred A dalam Peperiksaan / Ujian 2 Hal Ehwal Murid Mengurangkan kes salah laku murid daripada 30 kes kepada 20 kes. 3 Kokurikulum 20 daripada 30 orang ahli pengakap berjaya mendapat 3 lencana kepandaian pengakap pada tahun 2023. Makluman: Semua guru
4.2.13.3 Melebihi sasaran bermaksud: BIL KETERANGAN 1 Melebihi kualiti sasaran. 2 Melebihi kuantiti sasaran. 3 Mengurangkan masa sasaran. 4 Mengurangkan kos sasaran. 5 Mendapatkan penghargaan daripada pelbagai pihak. 6 Mendapat pengiktirafan daripada pelbagai pihak. 7 Mendapat ganjaran daripada pelbagai pihak. Makluman: Semua guru 4.2.13.4 Markah bagi Keberhasilan 10% sahaja. Makluman: Semua guru 4.2.14 Waktu persekolahan 4.2.14.1 Memaklumkan waktu persekolahan iaitu waktu hadir dan pulang mengikut hari. Boleh rujuk buku pengurusan pentadbiran sekolah. Makluman: Semua guru 4.2.14.2 Murid perlu hadir sebelum jam 7.40 pagi setiap hari. Makluman: Semua guru 5. PEMBENTANGAN 5.1 PROGRAM Minggu Pertama: 5.1.1 Dilaksanakan pada minggu pertama persekolahan. Makluman: Semua guru 5.1.2 Bertujuan untuk menyuntik semangat murid untuk hadir ke sekolah serta memupuk semangat kerjasama dan persefahaman yang erat dalam kalangan warga sekolah dan ibu bapa. Makluman: Semua guru 5.1.3 Jadual pelaksanaan telah diberikan dan guru diminta untuk menjalankannya dengan sebaik mungkin. Makluman: Semua guru 6. HAL-HAL LAIN 6.1 Zul Hisham bin Razali 6.1.1 Pastikan semua kelas dan bilik-bilik khas sentiasa dibersihkan dan kemas. Makluman: Semua guru
6.1.2 Etika kerja dan pakaian dipatuhi. Pastikan guru mengetik kad kehadiran waktu datang dan balik di pejabat sekolah. Jika tidak hadir ke sekolah tulis sebab ketidakhadiran di kad masing-masing. Makluman: Semua guru 6.1.3 Laporan Guru Bertugas Mingguan hendaklah diisi setiap hari dan dihantar ke pejabat (Bilik Guru Besar) setiap hari Jumaat atau hari terakhir persekolahan minggu tersebut. Makluman: Semua guru 6.1.4 Perhimpunan rasmi sekolah: 6.1.4.1 Setiap guru dan AKP menanda tangani kehadiran di dalam fail yang disediakan oleh pihak sekolah semasa waktu perhimpunan. Makluman: Semua guru 6.1.4.2 Guru bertugas mencatat laporan mingguan (SPI 84/ 1984). Makluman: Semua guru 6.1.4.3 Guru lelaki memakai tali leher. Makluman: Semua guru 6.1.5 Semua guru dan AKP perlu mengisytiharkan harta yang dibeli dan dijual (rumah dan kenderaan) di dalam HRMIS. Makluman: Semua guru 6.1.6 Setiap guru perlu mengisi minit curai jika menghadiri kursus/ bengkel/ taklimat dan diserahkan kepada Guru Besar dan disimpan di dalam fail PBPPP. Makluman: Semua guru 7. PENUTUP 7.1 Berharap agar semua guru dapat menjalankan amanah dan tangungjawab guru dengan sebaik mungkin. 7.2 Pengerusi memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan sekiranya ada. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir dan berharap agar semua perkara yang telah dibincangkan dalam mesyuarat dapat diambil perhatian dan diambil tindakan sewajarnya. 7.3 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 tengah hari dan diakhiri dengan bacaan Tasbih Kifarah dan surah Al-Asyr’. Disediakan oleh, Disemak oleh, ………………………………………… ………………………………………… (NORASHIKIN HANIM BINTI YAHYA) (MOHAMAD NASIMUSSOBAH B A. BENI) Setiausaha Kurikulum PK Pentadbiran SK Binjai Jaya SK Binjai Jaya
14
15
16