MOHAMMAD IRRFAN BIN JANIUS@SYAFIQ PPISMP BM SK 3 KETERAMPILAN BERBAHASA (BMMB1134) CIKGU MOHD FARIDZUL BIN MUTASIL
ISI KANDUNGAN ISU BAHASA ISU BUDAYA ISU MEDIA SOSIAL ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA 01 02 DEFINISI KETERAMPILAN BERBAHASA 03 MAKLUM BALAS PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA KOMUNIKASI SEHALA GANGGUAN EMOSI GANGGUAN SARAF PENERIMA GANGGUAN LUARAN HALAGAN KOMUNIKASI 04 05 06 RUMUSAN RUJUKAN PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana telah mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada cikgu mohd faridzul bin mutasil yang telah banyak memberikan bimbingan dan nasihat sepanjang tugasan ini berlangsung. Penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan bagi melengkapkan tugasan kerja kursus ini. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada para senior IPG Kampus Kent yang turut membantu memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalaman mereka dengan ikhlas. Akhir kata, ucapan syukur dan doa dipanjatkan kepada Allah SWT kepada semua pihak yang telah membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang tugasan ini diberikan. PERHARGAAN
HALANGAN KOMUNIKASI DAN ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA SOALAN
APAKAH ITU KETERAMPILAN BERBAHASA ?
DEFINISI Keterampilan ketika berkomunikasi dengan orang lain merupakan salah satu aspek yang penting untuk dikuasai oleh setiap orang semasa berbicara. Dalam suatu masyarakat, setiap orang saling berhubungan dengan orang lain dengan cara berkomunikasi. Tidak dapat dinafikan lagi, keterampilan berbahasa ialah salah satu unsur penting yang menentukan keberkesanan dalam berkomunikasi. Menurut Hoetomo (2005), terampil adalah cekap dalam menyelesaikan tugas. Dalam kata yang lebih luas, setiap cara yang digunakan untuk mengembangkan kemampuan manusia yang bermutu dan memiliki pengetahuan. Menurut Kamus Dewan (2018) mentakrifkan keterampilan bermaksud kecekapan dan kemampuan tinggi. Definisi bahasa pula ialah mempunyai bahasa, memakai menggunakan bahasa, bercakap dalam sesuatu bahasa. Apabila cekap berbahasa maksudnya seseorang itu mempunyai kemahiran berbahasa yang tinggi. Kemahiran berbahasa meliputi aspek mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Semakin tinggi kemahiran bahasa seseorang, semakin tinggilah kecekapan berbahasanya. Aspek kemahiran merupakan aspek penting dalam menilai kecekapan berbahasa seseorang. Keterampilan berbahasa bermaksud kecekapan dan kebolehan yang tinggi ketika berbahasa melalui kemahiran mendengar , bertutur, membaca dan menulis bagi menyampaikan sesuatu mesej sama ada secara lisan mahupun bertulis dalam urusan pekerjaan atau seharian seseorang.
GORDON (1994) DUNETTE (1976) Keterampilan merupakan sebuah kemampuan dalam mengoprasikan pekerjaan secara lebih mudah dan tepat. Definisi ini mengarah pada aktiviti psikomotor Keterampilan berarti mengembangkan pengetahuan yang didapatkan melalui latihan dan pengalaman dengan melaksanakan beberapa tugas KETERAMPILAN BERBAHASA MENGIKUT TOKOH
HALANGAN KOMUNIKASI MAKLUM BALAS KOMUNIKASI SEHALA GANGGUAN SARAF PENERIMA PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA GANGGUAN EMOSI GANGGUAN LUARAN
MAKLUM BALAS Maklum balas bermaksud reaksi atau respon yang diberi penerima terhadap mesej yang disampaikan daripada sumber. Apabila maklum balas itu positiif, mungkin sumber akan meneruskan komunikasinya. Namun, jika maklum balas negatif, mungkin ia akan berhenti di situ. Dalam konteks maklum balas, jika penerima tidak memberi maklum balas terhadap mesej yang disampaikan oleh penghantar, penghantar tidak akan mengetahui sama ada penerima telah menerima mesej tersebut ataupun tidak. Penerima mungkin menghadapi masalah dalam memahami mesej penghantar. Oleh itu, jika penerima tidak memberi maklum balas, penghantar tidak akan mengetahui masalah yang dihadapi oleh penerima itu. Hal ini akan menyebabkan berlakunya komunikasi satu hala.
PENYAMPAIAN MENERUSI SALURAN KEDUA Saluran adalah merujuk kepada alat atau perantara yang berupaya untuk menyalurkan mesej daripada sumber kepada pengguna Komunikasi itu terhalang apabila pemilihan saluran yang tidak tepat menyebabkan mesej yang ingin disampaikan kurang jelas dan maklumat yang disampaikan kurang tepat Saluran kedua ini boleh dibahagikan kepada tiga saluran iaitu saluran bersemuka, saluran perantara dan saluran melalui mesej tanpa lisan
GANGGUAN EMOSI Gangguan adalah segala sesuatu yang mengganggu komunikasi, termasuk sikap dan emosi penerima dan pemberi pesan. Stres, cemas, sikap-sikap negatif dan motivasi rendah merupakan faktor yang mempengaruhi gangguan Gangguan emosi pula dikatakan sebagai gangguan dalaman yang disebabkan oleh keadaan psikologi penerima yang tidak stabil dan terganggu Sekiranya emosi salah seorang daripada elemen komunikasi ini terganggu, proses komunikasi juga tidak berkesan Gangguan emosi pada penghantar ialah penghantar mempunyai emosi yang tidak stabil kerana masalah peribadi seperti masalah keluarga Manakala, proses komunikasi juga tidak akan berjaya apabila emosi penerima terganggu seperti penerima sedang berada dalam keadaan marah atau terlalu sedih Kesukaran mengawal emosi dengan baik seringkali menjadi punca berlakunya perselisihan faham antara satu sama lain
Komunikasi sehala merupakan komunikasi yang tidak memerlukan maklum balas balas daripada penerima. Komunikasi itu terhalang apabila penyampaian komunikasi sehala yang disampaikan diganggu dengan maklum balas yang tidak diperlukan daripada penerima. KOMUNIKASI SEHALA Hal ini menjadikan penyampai mengalami gangguan dalam meneruskan maklumat yang ingin disampaikan seperti lupa, fikiran terganggu serta tidak dapat fokus semula terhadap perkara yang ingin disampaikan.
GANGGUAN SARAF PENERIMA Gangguan saraf penerima disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf pusat atau periferi seperti strok, demensia, penyakit parkinson, tumor dan kecederaan otak traumatik. Komunikasi itu terhalang kerana gangguan saraf memberi kesan ketara kepada kebolehan bertutur dan berkomunikasi yang mana gangguan pertuturan ini merupakan penyakit yang berkait dengan neuromuskular, pernafasan dan resonans Seseorang itu akan mengalami kesukaran menyampaikan maksud atau mesej mereka kepada orang lain serta memahami mesej yang disampaikan daripada orang lain
G A N G G U A N L U A R A N 7 G a n g g u a n lu a r a n d ala m k o m u n i k a s i s elalu n y a d i k a i t k a n d e n g a n b u n y i b i s i n g , p e r s e k i t a r a n y a n g t i d a k s ele s a s e r t a g a n g g u a n d a r i p a d a o r a n g la i n K o m u n i k a s i i t u t e r h ala n g a p a b ila p e n y a m p a i a n i t u d i g a n g g u d e n g a n s u a s a n a y a n g b i s i n g y a n g m a n a m e n y e b a b k a n p e n e r i m a t i d a k d a p a t m e n d e n g a r d e n g a n j ela s d a n m e n a fs i r k a n m a klu m a t d e n g a n t e p a t. Sebagai contoh, mesej yang disampaikan tidak diterima dengan baik oleh pelajar apabila suara pensyarah tidak didengari dalam suasana kelas yang bising.
ISU DALAM KETERAMPILAN BERBAHASA
ISU-ISUNYA ISU BAHASA ISU BUDAYA ISU MEDIA SOSIAL
ISU BAHASA Bahasa merupakan lambang diri setiap bangsa Isu bahasa mula diketengahkan apabila siaransiaran radio dan televisyen menggunakan bahasa rojak Isu bahasa menyebabkan segelintir bangsa Melayu memandang enteng bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
ISU BAHASA YANG HANGAT : PENGGUNAAN BAHASA KASAR Penggunaan bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi. Penggunaan bahasa yang salah atau kasar akan menyinggung perasaan orang lain BILA sebut bahasa kurang sopan, tergambar perkataan kotor, mencarut dan ayat-ayat maki hamun yang keluar daripada percakapan seseorang atau tulisan mereka di media sosial. Bagi mereka yang diajar sejak kecil mengamalkan bahasa yang baik dan beradab, mungkin kurang senang jika ada yang berkomunikasi dengan bahasa yang kurang sopan dan tidak beradab. Namun sejak akhir-akhir ini ramai yang seakan selesa berkomunikasi menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak berhemah di tempat awam, dan di media sosial. Ia seolah-olah trend komunikasi masa kini. Penggunaan ayat-ayat dan perkataan yang kurang sopan dan tidak berhemah ini semakin berleluasa menjadi perbualan santai dalam kalangan masyarakat khususnya remaja. Ia seakan diterima pakai dalam masyarakat bila perkataan yang kurang sopan itu menjadi biasa dalam perbualan harian atau ketika bergurau. Umpamanya di kedai kedai makan dan di tempat awam kita biasa mendengar mereka bergurau sesama rakan sebaya dengan mengucapkan perkataan, seperti bodoh, sial, babi, mampus, anjing, sundal dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain yang mendengarnya. Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasakurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
2 Kepelbagaian budaya menyebabkan berlakunya ketidakfahaman dalam komunikasi ISU BUDAYA 1 Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan budaya 3 Budaya meliputi aspek sosiologi seseorang individu seperti latar belakang dan asal usul
Isu Budaya Pengaruh Budaya Barat Budaya Barat dikenal sebagai alam semesta nilai, adat istiadat, amalan, tradisi, kepercayaan agama, sistem ekonomi dan organisasi politik-sosial yang mewakili Eropah Barat dan Eropah barat, baik kerana mereka berasal dari sana, atau kerana mereka dianggap sebagai milik mereka. Pengaruh budaya Barat menjadi salah satu isu dalam keterampilan berbahasa kerana individu masa kini banyak menggunakan bahasa-bahasa yang dicampurkan dengan Bahasa Inggeris. Hal ini menyebabkan keberkesanan komunikasi tidak dapat dijamin kerana mengalami kebingungan dalam komunikasi
ISU MEDIA SOSIAL Media sosial merupakan sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi dan mencipta isi meliputi blog, rangkaian sosial, wiki, forum dan dunia virtual.
Bahasa Sistem Pesanan Ringkas Bahasa Lucah Bahasa ini kerap digunakan oleh semua lapisan umur masyarakat baik yang muda ataupun tua Hal ini demikian kerana lebih cepat dan lebih bersifat mesra pengguna ISU MEDIA SOSIAL Bahasa Slanga Jenis-jenis penyalahgunaan bahasa Melayu di media sosial : Bahasa lucah ini menjadi salah satu bahasa yang menyumbang kepada pencemaran terhadap bahasa Melayu. Bahkan penggunaannya mampu membuat seseorang berasa malu untuk membaca setiap penulisan yang disiarkan sama ada di Facebook, blog dan sebagainya Pemerhatian yang dibuat menunjukkan bahawa penggunaan bahasa lucah ini selalu digunakan di media sosial Perkembangan bahasa ini dikatakan mencemarkan kebakuan bahasa Melayu standard Kebanyakkan remaja menggunakan medium media sosial untuk berhubung antara satu sama lain sehingga secara tidak langsung telah mengembangkan bahasa slanga dengan lebih mudah
C o n t o h p e n g g u n a a n b a h a s a r oj a k d ala m a plik a si W h a t s A p p C o n t o h p e n g g u n a a n b a h a s a sla n g a d ala m a plik a si F a c e b o o k
ISU MEDIA SOSIAL Remaja sudah tidak mengambil berat kepentingan untuk berbahasa secara sopan dan santun, malah beranggapan bahawa asal sahaja ia dapat difahami sesama mereka, itu sudah memadai. Akibat mengambil mudah akan hal ini sensitiviti orang lain tidak dijaga Secara ringkas, jelaslah bahawa kesantunan bahasa dan penggunaan bahasa kasar memang amat banyak meninggalkan kesan terhadap masyarakat. Penggunaan bahasa kasar akan merosakkan keindahan bahasa kita dab menjatuhkan martabat bahasa itu sendiri.
Intihanya, terdapat banyak isu keterampilan berbahasa yang menyebabkan halangan komunikasi dalam keterampilan berbahasa ini berlaku. Dengan itu, semua pihak harus berganding bahu meningkatkan keterampilan berbahasa masyarakat di Malaysia supaya rakyat dapat berkomunikasi dengan lancar. Bukan itu sahaja, semua rakyat haruslah sedar betapa pentingnya keterampilan berbahasa dalam bidang pendidikan supaya para murid dapat menguasai kandungan mata pelajaran yang diajar oleh gurunya serta negara dapat melahirkan insan cemerlang. Maka, jelaslah bahawa komunikasi yang baik dapat diperolehi sekiranya segala halangan dan isu dapat diatasi dengan baik. RUMUSAN
RUJUKAN Asas Keterampilan Berbahasa. (2023, January 8). Muhaimisuhaili.com. http://muhaimisuhaili.com/index.php/ms/portfolio/70-keterampilan-berbahasa-2 Hastioa, Halim. (2018). Komunikasi/ dalam konteks budaya Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Karthik, C. (2015, March 5). Crikgu Karthik' s Blog: halangan komunkasi. Cikgu Karthiks Blog http://cikgukarthik.blogspot.com/2015/03/halangan-komunikasi.html Lailetaty. A. Rahman. (2019), Bahasa rojak hilangkan jiwa bangsa. Berita Harian. https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/04/556670/bahasa-rojak-hilangkanjiwa-bangsa Noresah Baharom. (2014) Kamus dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Tugasan 3 BMMB1134 by intannurdaliela - Issuu. (2022, May 9). Issuu.com. https://issuu.com/intannurdaliela/docs/tugasan_3_keterampilan_berbahasa
SEKIAN TERIMA KASIH