Internet of Things (IoT)
M IN G G U S I L ATU RRA HI M
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA PETALING JAYA
Sesi Akademik
Ogos 2022 - Disember 2022
01 Pendahuluan 04
02 Objektif MSR 05
ISI 03 Ucapan Pengarah KKTMPJ 06
04 Ucapan Pengerusi MSR KKTMPJ 10
KANDUNGAN 05 Latar Belakang, Visi dan Misi KKTMPJ 11
06 Piagam Pelanggan 13
07 Sistem Pengurusan Kualiti 14
08 Nombor Telefon 15
09 Peraturan MSR 16
10 Aturcara MSR 19
11 Jadual MSR 20
12 Senarai Kakitangan Pentadbiran KKTMPJ 21
13 Senarai Kakitangan Akademik KKTMPJ 22
14 Senarai Ahli MPP KKTMPJ 23
15 Ikrar Pelajar 24
16 Lagu Negaraku 25
17 Lagu MARA 26
18 Pendaftaran Sistem Penilaian Prestasi Pelajar 27
19 Penghargaan 28
Pendahuluan
Selamat Datang ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya, kepada semua pelajar baru yang mendaftar untuk pengambilan sesi
akademik Ogos 2022 – Disember 2022.Tahniah kerana telah berjaya ditempatkan di sini.
Di sini segalanya akan bermula. Manfaatkan segala kemudahan yang disediakan untuk menimba ilmu demi kehidupan yang gemilang.
Minggu Silaturrahim (MSR) mengajar anda untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan dalam komuniti. Berlatih untuk menjadi
warga masyarakat yang aktif dalam mengeluarkan pendapat dan idea.
Jadi MSR Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya sebagai suatu wadah permulaan yang harmoni dalam mengejar cita-cita.Pelbagai aktiviti
yang menarik dan berfaedah telah diatur di sepanjang MSR ini. Oleh itu, komitmen semua adalah sangat diharapkan. Harapan kami adalah
apabila anda selesai menjalani MSR, anda dapat menentukan hala tuju yang baik dalam proses pembelajaran di KKTMPJ.
Semoga Berjaya.
KKTM Objektif
Petaling Jaya Minggu Silaturrahim
IOT Minggu Silaturrahim dijalankan pada setiap pengambilan pelajar baharu.
Objektif program ini adalah untuk:
1 Memperkenalkan Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Petaling Jaya (KKTMPJ)
2 Membentuk sahsiah diri dan disiplin pelajar
3 Mewujudkan semangat kerjasama dan persefahaman
antara pelajar dengan warga KKTMPJ
4 Menyesuaikan pelajar dengan suasana kehidupan
dan pembelajaran di KKTMPJ
IOT 5 Mengukuhkan pengetahuan asas Elektronik dan Bahasa
Inggeris bagi menghadapi minggu pembelajaran
Ucapan Pengarah
KKTMPJ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kdengan izinnya pelajar-pelajar telah terpilih untuk meneruskan pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Petaling Jaya (KKTMPJ) bagi sesi Ogos 2022 – Disember 2022. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar.
Keperluan menuntut ilmu dan meningkatkan kelayakan akademik amat penting dalam era globalisasi ini. Penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi
membolehkan seseorang itu lebih berupaya untuk bersaing dan menempuh kehidupan dengan lebih berkeyakinan. Bagi merealisasikan impian itu, di
KKTMP para pelajar akan dibantu dan dibimbing oleh para pensyarah dan mentor yang berpengalaman dan berdedikasi. Para pelajar perlu menyesuaikan
diri dengan gaya kehidupan sebagai seorang pelajar supaya mampu bergerak seiring dengan teknologi dan ilmu yang akan diperolehi di sini.
KKTMPJ berkolaborasi bersama pihak luar antaranya Akademi CompTIA dan Syarikat Huawei Technologies Co. Ltd. Akademi CompTIA merupakan
usahasama KKTMPJ dalam menyediakan keperluan “Certified Cert” kepada Pelajar di KKTMPJ. “Certified Cert” ini memberi impak yang besar kepada pelajar
dan industri kerana tahap penilaian yang diberikan adalah mengikut standard global dan terkini. Akademi ini meliputi kursus jangka pendek seperti
CompTIA ITF+, A+, Network+ dan sebagainya bagi memenuhi keperluan industri berdasarkan keperluan asas ICT, infrastruktur ICT dan Cybersecurity ICT.
Pelajar yang memenuhi kriteria “Certified Cert” akan mendapat lebih peluang dalam pekerjaan dan nilaian gaji yang tinggi dalam sektor yang diceburi.
KKTMPJ sebagai hub akademi CompTIA ini membuka peluang kepada pelajar untuk mengambil bahagian bagi menambah ilmu pengetahuan ICT dan IoT dan
mampu meningkatkan skill dan kebolehan pelajar.
Manakala Syarikat Huawei Technologies Co. Ltd. telah memberi pengiktirafan kepada TVET MARA melalui KKTMPJ sebagai Huawei ICT Academy. Program
usahasama ini adalah sebahagian daripada inisiatif global Huawei untuk memperkasa dan menyokong pembangunan kemahiran ICT dan Internet of Things.
Kerjasama ini mampu melonjakkan kebolehpasaran pelajar KKTMPJ selaras dengan Industry Revolution 4.0.
MARA sangat berbangga pihak Huawei mengiktiraf kemampuan KKTMPJ sebagai TVET MARA yang mengaplikasikan teknologi “Internet of Things” berteraskan
industri di samping memberi pelbagai manfaat kepada semua graduan MARA untuk mendapatkan pensijilan HCIA-Routing & Switching. Seterusnya,
membolehkan pelajar memperoleh persijilan yang diiktiraf secara global seperti HCIA IoT, HCIA Cloud Computing dan HCIA Big Data,”.
Program HCIA ditawarkan di sini menyediakan kemudahan dan kelengkapan berasaskan produk Huawei manakala pihak kolej menyediakan kemudahan fizikal
seperti bilik kuliah, makmal/bengkel dan keperluan latihan yang berkaitan untuk memastikan pelajar menjalankan latihan praktikal di kampus ini. Saya
mengharapkan kepada semua pihak yang terlibat agar memanfaatkan dan memastikan objektif program ini dapat dicapai dengan penuh jaya serta mampu
melahirkan graduan yang berkemahiran tinggi untuk memenuhi keperluan industri negara ini.
Masalah covid 19 masih belum berakhir. Berhadapan dengan situasi ini, saya menasihatkan kepada semua pelajar agar mengambil langkah-langkah yang boleh
menghindarkan diri sendiri serta keluarga daripada dijangkiti wabak ini. Saya berdoa kita semua dapat menjalani kehidupan yang baik bersama keluarga.
Semoga Allah S.W.T. sentiasa melindungi kita, keluarga dan negara.
Akhir kata Minggu Silaturahim ini merupakan platform untuk memberi pendedahan dan penerangan mengenai pelbagai aspek terutama cara menyesuaikan
diri dan menjalani kehidupan di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya. Peluang kerjaya selepas pelajar tamat mengikuti pengajian di kolej ini terbentang
luas. Ia bergantung kepada individu sama ada untuk menjadi ‘global competent workforce’ atau semi-professional dalam bidang yang diikuti, menyambung pelajaran
ke tahap yang lebih tinggi atau pun melibatkan diri dalam dunia keusahawanan. Pilihan ada di tangan para pelajar, bergantung kepada bagaimana anda ingin
mencapainya. Oleh itu, aturlah strategi dan selamat mengikuti pengajian di kolej ini.
Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.
Sekian,
“SELAMAT MAJU JAYA”
Ts. MOHD NAZIF BIN MOHD BAHARUDDIN
Pengarah
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Ucapan Pengerusi
Minggu Silaturrahim KKTMPJ
Bismillahirrahmanirrahim. Segala pujian bagi Allah S.W.T.Tuhan sekalian alam, selawat serta salam ke atas junjungan Rasulullah S.A.W.
Sukacita saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada saudara/saudari yang telah berjaya melanjutkan pelajaran Kursus Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Objek Rangkaian Internet/IoT) di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya (KKTMPJ). Semoga saudara/saudari dapat
merebut peluang yang diberikan ini untuk belajar menimba ilmu dengan sebaiknya.
Terlebih dahulu, saya juga ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada pihak Pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya yang
telah memberi peluang kepada saya untuk menerajui Jawatankuasa Minggu Silaturrahim untuk sesi Ogos 2022 – Disember 2022. Saya juga
mengharapkan saudara/saudari dapat mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Saya seterusnya merakamkan ucapan terima kasih dan
penghargaan kepada Jawatankuasa MSR dan MPP bagi sesi Ogos 2022 – Disember 2022 yang telah bersama-sama berganding bahu dan berkongsi buah
fikiran demi menjayakan program yang telah dirancang ini.
Akhir kata, sekali lagi saya mengalu-alukan kehadiran saudara/saudari sebagai warga KKTMPJ. Semoga tahun ini dan pada tahun-tahun yang akan datang
saudara/saudari terus menjadi aset dan pemangkin kecemerlangan di bidang kemahiran dengan berteraskan akhlak, jiwa dan rohani yang positif demi
mencipta kejayaan bersama.
Sekian, terima kasih.
En Kamarul Nazim bin Abu Bakar
Pengerusi MSR / Timbalan Pengarah (KPHP)
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Latar Belakang
KKTMPJ
• Ditubuhkan pada tahun 1972 dan dikenali sebagai Institut
Kemahiran MARA Petaling Jaya.
• Kursus awalan yang di tawarkan adalah Rekaan Fesyen dan
Solekan / Hiasan Rambut
1982 – Lukisan Mekanikal dan Lukisan Senibina
1986 – Elektronik Industri & Elektronik Instrumentasi
1991 – Elektronik Radio/TV
1995 – HND in Electronic Engineering (Swansea)
2001 – HND in Electronic Engineering (EDEXCEL)
2011 – Pearson BTEC Level 5 HND Diploma in
Electronic Engineering (PEARSON)
2019 – Diploma in Electronic Engineering (Internet of
Things)
Menjadi organisasi KKTMPJ
pendidikan amanah
Membentuk modal insan TVET yang
yang unggul dan holistic dan berteraskan nilai-nilai
diberkati untuk
mengangkat martabat keusahawanan
bangsa MISI
VISI
Piagam Pelanggan
KKTMPJ berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan tumpuan terhadap perkara-
perkara berikut:
i. Menguruskan pendaftaran setiap pelajar baharu dalam tempoh masa dua (2) jam.
ii. Memastikan pembayaran elaun pelajar disempurnakan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas dokumen
pendaftaran lengkap diterima.
iii. Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa dua (2) minggu selepas
Mesyuarat Senat BKT yang terakhir.
iv. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa lima belas (15)
minit.
v. Menjawab setiap panggilan telefon dalam tempoh masa tiga (3) deringan.
vi. Membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh masa empat belas (14) hari bermula dari tarikh
penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
vii. Membuat pembayaran tuntutan perjalanan kepada warga kerja dalam tempoh masa empat belas (14) hari
bermula dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
viii. Memberi maklum balas kepada pertanyaan bertulis pelanggan dalam masa lima (5) hari bekerja dari tarikh
penerimaan pertanyaan.
ix. Memberi maklum balas aduan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh penerimaan surat atau
aduan pelanggan.
Sistem Pengurusan Kualiti
Pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya mengamalkan sistem pengurusan berkualiti dalam mengurus dan mentadbir kolej ini.
KKTMPJ juga dianugerahkan dengan persijilan MS ISO 9001:2015
DASAR KUALITI
Kami beriltizam untuk menjadi peneraju Pendidikan Teknikal dan Vokasional dalam melahirkan modal insan global yang berintegriti, kompeten dan
berinovasi serta berpotensi menjadi teknousahawan dengan mematuhi dan berterusan meningkatkan keberkesanan sistem pengurusan kualiti.
OBJEKTIF KUALITI
Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif-objektif kualiti ditetapkan bagi setiap peringkat yang terlibat dalam Sistem Pengurusan Kualiti
iaitu:
i. Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan pelajar semester akhir lulus dan dianugerahkan dengan Diploma.
j. Memastikan sekurang-kurangnya 98% daripada pelajar mencapai Purata Mata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke atas bagi setiap
semester.
iii. Memastikan sekurang-kurangnya 98% daripada pelajar mencapai Purata Mata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 2.0 dan ke atas bagi setiap
semester.
iv. Memastikan warga kerja menghadiri sekurang-kurangnya tujuh (7) hari Kursus Peningkatan Profesionalisma dalam masa satu (1) tahun.
v. Memastikan sekurang-kurangnya 95% pensyarah mendapat markah 80% dan ke atas dalam penilaian pengajaran oleh pelajar di akhir setiap
semester.
vi. Melaksanakan program keusahawanan pelajar sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
vii. Menyertai pertandingan/program inovasi dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.
Nombor Telefon
PENGARAH TIMBALAN PENGARAH KETUA WARDEN WARDEN DALAM (L)
Ts. Mohd Nazif Bin Baharudin KHIDMAT PENGURUSAN &
Encik Mohd Zaini Bin Abdul Majid Encik Firdaus Bin Yahya
019 270 4403 HAL EHWAL PELAJAR 016 213 2172 017 3574857
En Kamarul Nazim Abu Bakar
PENTADBIRAN WARDEN
013 3405484
AKADEMIK
PENTADBIRAN AKADEMIK WARDEN WARDEN DALAM (P)
TIMBALAN KETUA JABATAN KETUA JABATAN Cik Nur Aishah Binti Zainuddin
PENGARAH HAL ELEKTRONIK PENGAJIAN AM 013 9323678
EHWAL AKADEMIK Puan Norashikin Binti Mhd Yatim
En Zaudin Bin Saad Puan Rosani Binti Jusoh
012 3771579 012 2104423
019 7785567
Peraturan MSR
KKTMPJ
1. PENDAHULUAN
1.1 Matlamat diadakan Minggu Silaturrahim bertujuan untuk memupuk sifat
persaudaraan diantara pelajar baru dan seluruh warga Kolej Kemahiran Tinggi
MARA Petaling Jaya
1.2 Untuk menjaga keharmonian di antara pihak Urusetia dengan pelajar, maka dengan
itu perkara-perkara yang akan diterangkan di bawah mestilah difahami dan dipatuhi
oleh semua pelajar.
2. URUSETIA
2.1 Urusetia adalah terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Minggu Silaturrahim (MSR) dan
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya.
Urusetia akan membantu perjalanan Minggu Silaturrahim. Semua pelajar yang
menyertai Minggu Silaturrahim diwajibkan memakai tanda nama yang diberikan dan
dipakai pada setiap masa.
2.2 Urusetia juga ada menyediakan bantuan asas kecemasan. Sila laporkan kepada pihak
urusetia jika berlaku sesuatu kemalangan.
3. LARANGAN
3.1 Pelajar tidak dibenarkan melanggar mana-mana arahan keselamatan yang
dikeluarkan dari semasa ke semasa.
3.2 Penjaga/pelawat tidak dibenarkan memasuki kawasan atau tempat di mana
program sedang dijalankan.
3.3 Pelajar dilarang sama sekali menghisap rokok/vape atau mengambil benda-
benda yang mengkhayalkan.
3.4 Semua jenis senjata seperti pisau, parang, senjata api adalah dilarang untuk
dibawa atau disimpan oleh pelajar.
3.5 Dadah dan minuman keras adalah ditegah daripada disimpan atau digunakan
oleh pelajar. Tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas mana-mana pelajar
yang melanggar peraturan tersebut
3.6 Semua jenis perjudian atau pertaruhan adalah ditegah ke atas semua pihak
yang terlibat.
4. ARAHAN TETAP
4.1 Semua pelajar yang mengikuti Minggu Silaturrahim adalah tertakluk kepada semua
arahan yang telah ditetapkan dan juga arahan yang akan dikeluarkan dari masa ke
semasa.
4.2 Demi menjaga dan mengawal disiplin serta perhubungan di antara semua pelajar
program Minggu Silaturrahim dengan pihak Urusetia, perkara-perkara yang akan
diterangkan di bawah hendaklah difahami dan dipatuhi.
4.2.1 Ketetapan Masa
Semua pelajar hendaklah bersiap sedia 10 minit lebih awal daripada masa yang telah
ditetapkan di dalam program Minggu Silaturrahim.
a. Ceramah/Taklimat/LDK/Lawatan
b. Waktu Solat
4.2.2 Peraturan Perbarisan
Semua pelajar dikehendaki berbaris mengikut kumpulan yang telah ditetapkan oleh
Urusetia. Perbarisan akan dikelolakan oleh Penghulu yang telah dilantik dan program ini
akan diikuti dengan: b. Lagu Negaraku
e. Lagu Warisan
a. Doa Selamat
c. Lagu MARA
Aturcara Majlis Perasmian Penutupan MSR Sesi Ogos 2022 – Disember 2022
Tarikh :27 Julai 2022 | Masa : 2.30-4.30 Petang
MASA ATURCARA
2.00 - 2.30 petang
2.30-2.45 petang Pelajar dan staf mengambil tempat
- Nyanyian lagu Negaraku
2.45 petang - Nyanyian lagu MARA
- Nyanyian lagu KKTM
- Bacaan Doa
- Sesi memperkenalkan barisan Pengurusan KKTMPJ
- Ucapan Aluan dan Perasmian Oleh:
En Kamarul Nazim bin Abu Bakar
Pengerusi Minggu Silaturrahim (MSR)/ Timb Pengarah KPHP
- Ucapan Perasmian Penutupan Oleh:
Ts Mohd Nazif bin Mohd Baharuddin
Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
4.30 petang Majlis bersurai
PENTADBIRAN JAWATAN SENARAI
K A K I TA N G A N
BIL NAMA PENGARAH ( P E N TA D B I R A N )
TIMB. PENGARAH (KPHP)
1 MOHD NAZIF BIN MOHD BAHARUDDIN TIMB. PENGARAH (HEA)
2 KAMARUL NAZIM BIN ABU BAKAR
3 ZAUDIN BIN SAAD KA UNSELOR
4 WAN YUSLAINI BT WAN ABDULLAH PEN. PEG. LAT. VOKASI ONAL (KANAN)
5 NORDIANA BINTI MOHAMED ALIAS
6 SITI FARIDAH BINTI AHAMAD DAMURI U PP
7 EZUARDI BIN RASHID PEN.PEG.TADBIR (KANAN)
8 WAN FAIZAH BT WAN ABDULLAH PEN.PEG.SISTEM MAKLUMAT
9 NURHAYATI BINTI SAFEAIN PEN. PEG. LAT. VOKASI NAL (MEDI A)
10 SITI NORAINI BINTI ABDUL AZIZ
11 MOHAMAD SHAHIRUN NASHIR BIN ABD RAAPAR @ ABD GHAFAR PT(K) PENTADBIRAN
12 SUWAYDAH BT MASUNGUT PT KEWANGAN
13 SY AHRUL AZHAN BIN SAIDIN PT KEWANGAN
14 ROZANA BT AZEMAN PT (PEROLEHAN)
15 NURHAFIZAH BINTI ABDUL LATEF PT (ASRAMA)
16 AIN MUZAIMA BINTI ABD GANI
17 FIRDAUS BIN YAHYA PT (PERPUSTAKAAN)
18 SITI NORBAIZURA BT SHAHRIMAN PT (P/O KESETIAUSAHAAN)
19 CHE AB MANAF BIN CHE MAT
20 AHMADKHAIRI BIN ISHAK PT (UPP)
21 OMAR BIN HARUN PT (REKOD CUTI)
22 ABDUL JALIL BIN TAHIR @ JAMHARI
23 MOHD HAMDI BIN SY AFAWI PT (HEP)
24 MOHD TAUFIK BIN SAIDIN PEMBANTU OPERASI
25 MOHD KASWADI BIN SHAMSUDDIN PENJAGA JENTERA ELEKTRIK
26 FATHIAHNOOR BT HASSAN
27 MEGAT MOHD MUEIZ BIN MEGAT MOHD NAZRI PEMANDU (K)
28 MOHD ARIF BIN AHMAD PEMA NDU
29 MUHAMMAD AZIM BIN MOHD RADZI
30 NUR FAZSHA BINTI RAZALI PEM.PEG.LATIHAN VOK. (K)
PEM.PEG.LATIHAN VOK.
PEM.PEG LATIHAN VOK.
PEM.PEG LATIHAN VOK.
PEMA NDU
PENOLONG JURUTERA
PEM. OPERASI
JURUTEKNIK KOMPUTER
AKADEMIK JAWATAN SENARAI
K A K I TA N G A N
BIL NAMA KETUA PROGRAM (AKADEMIK)
PEG. LATIHAN VOKASIONAL
1 ROSANI BINTI JUSOH PEG. LATIHAN VOKASIONAL
2 ABD MUTALIB BIN MOHAMED YUSOF PEG. LATIHAN VOKASIONAL
3 ANWAR BIN MOHD ABD MAHI PEG. LATIHAN VOKASIONAL
4 HASRULNIZAM BIN HASHIM PEG. LATIHAN VOKASIONAL
5 KHAIRUL MUSLIM BIN NORDIN PEG. LATIHAN VOKASIONAL
6 MOHAMAD FAUZI BIN MOHD LAZIM PEG. LATIHAN VOKASIONAL
7 MOHD ZAINI BIN ABDUL MAJID PEG. LATIHAN VOKASIONAL
8 MUHAMMAD HAFIF BIN ABDUL HAMID PEG. LATIHAN VOKASIONAL
9 NUR AISHAH BINTI ZAINUDDIN PEG. LATIHAN VOKASIONAL
10 NORAN ZAHRINE BIN ZAINAL PEG. LATIHAN VOKASIONAL
11 NORAZUIN BT MD AYOB PEG. LATIHAN VOKASIONAL
12 NUR AKMAL BT SAARY PEG.LATIHAN VOKASIONAL
13 SUHAIMI BIN ZAKARIA PEG. LATIHAN VOKASIONAL
14 HABLILLAH BIN MOHD HAZIM PEN. PEG LATIHAN VOKASIONAL
15 MOHD ESTA-HUSNA BIN ZAINAL PEN. PEG LATIHAN VOKASIONAL
16 ROHANA BINTI MOKHTAR PEG. LATIHAN VOKASIONAL
17 NUR ANA BINTI YUSOFF
18 ZAFRINA BT ABDULLAH KETUA JABATAN
1 NORASHIKIN BINTI MHD YATIM PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
2 NOORHISYAM BIN RAZALI PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
3 MOHD HANIEZ BIN MD AKHAIR PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
4 MOHD TAUFEK BIN MOHD NOH PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
5 FAIRUZ SAFIRAH BINTI MOHAMAD PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
6 MOHD FAIZAL BIN RAJAB PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
7 NORMA BINTI MAHMOOD PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
8 NORHAYATI BINTI ABDUL RAHMAN PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
9 EMYLIA BINTI ABDUL LATIB PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
10 HASMAH BINTI SETIA PEG. PERKHIDMATAN SISWAZAH
11 ZAMZIDA BINTI ZAINOL ABIDIN
NO NAMA SENARAI MPP DAN
1 HILMI HAIKAL BIN HASAN FASILITATOR MSR SESI
2 SHERRY ZURIANA BINTI ZUBAIR AFANDI OGOS 2022 – DISEMBER
3 AWATIF BINTI ANUAR
4 FARIS AQLAN BIN MOHAMAD NASIR 2022
5 AHMAD AZFAR BIN AZMI
6 YUSUF IZZUDDIN BIN JOHARI
7 MUHAMMAD FIRAS AZFAR BIN FAIZL
8 MOHAMAD ASYRAF BIN MOHAMAD ZAN
9 AHMAD MUAZ BIN AZMI
10 MUHAMAD AMIR FIQRI BIN MOHD ASMAR
11 MUHAMMAD AMIR BIN MOHAMED SUKHAIRUL
12 ASMA' AS SAEDAH BINTI MD ZAN
13 ILYAS HAZIQ BIN MOHD ILHAM
Ikrar Pelajar
Kami pelajar-pelajar
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Dengan ini berikrar
Akan melaksanakan tanggungjawab
Yang diamanahkan kepada kami
Demi pencapaian
Dalam latihan kemahiran MARA
Tanggungjawab kami adalah:
Mengikuti pengajian dengan penuh minat
Mematuhi segala undang-undang tatatertib Kolej
Mematuhi segala prinsip-prinsip Rukun Negara
Menghormati di antara satu sama lain
Lagu Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
Selamat bertakhta
Lagu MARA
“Amanah Rakyat”
Demi satu keunggulan
Bangsa yang berdaulat
Sebuah lambang menawan puncak jaya
Perkasa di persada dunia
Obor para cendekia
Merentas masa hadapan
Usahawan jaya tercipta bahagia
Maju MARA maju jaya
MARA perkasa,
Menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Bersemangat perintis penuh yakin
Demi satu amanah mulia
MARA perkasa,
Menjunjung amanah rakyat
Memayungi bangsa dan negara
Penuh keyakinan demi satu
Amanah mulia.
Penghargaan
Pengerusi
Dan Ahli-ahli Jawatankuasa
Minggu Silaturrahim Sesi Akademik Ogos 2022 – Disember 2022
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Dengan sukacitanya merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada:
Pengarah
Timbalan Pengarah (KPHP)
Timbalan Pengarah (HEA)
Penolong Pegawai Tadbir Kanan
Ketua Program, Ketua Jabatan
Pensyarah dan semua staf
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Penceramah - penceramah Jemputan
Kolej Kemahiran Tinggi MARA Petaling Jaya
Yang telah memberi sokongan dan kerjasama secara langsung atau tidak langsung
bagi menjayakan Program Minggu Silaturrahim Sesi Akademik Ogos 2022 –
Disember 2022
IoT
Kolej Kemahiran Tinggi MARA
Petaling Jaya
NO. 12, JALAN TEMPLER,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR
TEL: 03-77828971
FAX: 03-77835379