The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhd Iezhar Atiq, 2021-11-05 05:36:49

Lee Chong Wei - Maklumat Penting

Lee Chong Wei - Maklumat Penting

Lee Chong Wei

pemain badminton Malaysia

Datuk Lee Chong Wei DB PJN AMN DCSM DSPN JP (Cina Ringkas: 李宗伟; Cina Tradisional: 李宗
偉; pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982) ialah seorang pemain badminton
profesional Malaysia.[1] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008 dan
2012 [2] dan 2016, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara
perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun
1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana
Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[3]

Lee Chong Wei

Negara Lee semasa Terbuka Indonesia 2016
Lahir Maklumat peribadi
Malaysia
Tinggi 21 Oktober 1982
Berat Bagan Serai, Perak,
Cakat tangan 1.74 m (5 ka 81⁄2 in)
Jurulatih 68 kg (130 lb/9.4 st)
Kanan
Ranking tertinggi Misbun Sidek
Ranking semasa Hendrawan
Perseorangan lelaki
1 (29 Jun 2006)
2 (21 Disember 2017)
Rekod pingat

Rekod pingat Olimpik

Mewakili  Malaysia

Badminton lelaki

Sukan Olimpik

2016 Rio de Perseorangan
Janeiro lelaki

2012 London Perseorangan
lelaki

2008 Beijing Perseorangan
lelaki

Kejohanan Dunia

2015 Jakarta Perseorangan
lelaki

2014 Perseorangan
Copenhagen lelaki

2013 Perseorangan
Guangzhou lelaki

2011 London Perseorangan
lelaki

2005 Perseorangan
Anaheim lelaki

Piala Sudirman

2009 Pasukan
Guangzhou

Piala Thomas

2014 New Pasukan
Delhi

2016 Pasukan
Kunshan

2010 Kuala Pasukan
Lumpur

2008 Jakarta Pasukan

2006 Pasukan
Sendai/Tokyo

Sukan Komanwel

2006 Perseorangan
Melbourne lelaki

2006 Pasukan
Melbourne campuran

2010 Delhi Perseorangan
lelaki

2010 Delhi Pasukan
campuran

2018 Gold Perseorangan
Coast lelaki

2018 Gold Pasukan
Coast campuran

Sukan Asia

2010 Perseorangan
Guangzhou lelaki

2006 Doha Perseorangan
lelaki

2006 Doha Pasukan

2014 Incheon Peseorangan
lelaki

2014 Incheon Pasukan

Kejohanan Badminton Asia

2006 Johor Perseorangan
Bahru lelaki

2016 Wuhan Perseorangan
lelaki

2017 Wuhan Perseorangan
lelaki

2018 Wuhan Perseorangan
lelaki

Kejohanan Pasukan Badminton Asia

2018 Alor Pasukan
Star lelaki

Sukan Asia Tenggara Pasukan
2005 Manila lelaki

2005 Manila Peseorangan
lelaki

2015 Pasukan
Singapura lelaki

Kejohanan Junior Dunia BWF

2000 Peseorangan
Guangzhou lelaki

Kejohanan Badminton Remaja Asia

2000 Kyoto Pasukan
lelaki

Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama
199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[4] Beliau ialah
pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan
Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya
jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua
minggu.[5] Beliau merupakan duta dan jurucakap bagi jenama cat Pentens sejak 2013.[6]

Pada September 2018, Lee disahkan menghidap kanser nasofaring pada Julai tahun yang
sama di Taiwan dan telah dirawat dengan segera sejak itu.[7][8][9]

Kehidupan awal

Lee dilahirkan pada 21 Oktober 1982 di Bagan Serai, Perak,[10] kepada pasangan Lee Ah Chai
dan Khor Kim Choi.[11][12] Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin
(B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya daripada menceburi

sukan itu gara-gara bahang yang melayur di luar gelanggang bola keranjang, sejak itu, beliau
mula mempelajari badminton ketika berusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain
sukan ini membawanya ke gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang
jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya.
Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu
sekolah.[13] Setelah bakatnya dikesan oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan
kebangsaan pada usia 17 tahun.[14]

Kerjaya

2002–2007 …

Chong Wei menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada
tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003,
sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.[15]

Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan
Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 di Athens.
Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan
pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua.[16] Apapun, Lee
masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan
Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia
pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian
menjuarai kejohanan tersebut.[17]

Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006.
Beliau menjuarai Terbuk Switzerland,[18] Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga)
Terbuka Malaysia[19], di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka

Makau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysia menggondol dua butir

pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya
Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac.[20] Lee mencapai kedudukan teratas
sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006,[21] lalu
menyertai Kejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama[22], tetapi dikejutkan oleh Bao

Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua
panggilan talian berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.[23]

Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit
Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah
kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical
Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.[24]

Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam
Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan
selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia,
iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk
bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek.[25] Prestasinya di separuh kedua tahun itu
cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan
Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong
Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya.[26] Lee memenangi semua perlawanan
yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukan Malaysia
hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.[27] Detik paling pahit yang
dialami oleh Lee adalah di Kejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi
yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada
Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia[28], sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock
sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan
dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.[29]

2008 …

Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing

Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari
Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun.[30] diikuti Terbuka Singapura,[31] Terbuka Korea

(perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik)[32] Terbuka All England,[33] Terbuka
Switzerland,[34] Kejohanan Badminton Asia,[35] dan juga Piala Thomas di Jakarta, Indonesia,
di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin
Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika melawan juara bertahan dari China.
Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam
perlawanan terakhir.[36]

Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang
mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kęstutis Navickas di pusingan
ketiga,[37] dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir,[38] sebelum bertungkus-lumus
mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan
akhir.[39] Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21.[40]
Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di
Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos
2008.[41] Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri
(DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul
Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[42]

Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong
dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc
Zwiebler dari Jerman.[43] Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya
sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah",[44] di samping juga berspekulasi bahawa
terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan
pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan
tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun
Sidek).[45]

Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan
ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12
Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan
oleh Misbun Sidek.[46] Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals,
itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara
dibelenggui kecederaan dan keletihan.[47]

2009 …

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima,[48]

tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara
ke pusingan akhir.[49][50] Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka

Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama

menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya.[51]
Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India.[52] Beliau mendakwa
kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar memperbaiki
keadaan menjelang Kejohanan Dunia.[53] Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai
pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod
tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan.[54] Apapun, beliau
merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,[55] dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold,[56]
biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen
Tien Minh di pusingan kedua.[57]

Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal
Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik
2008.[58] Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannya Wong
Mew Choo, [59] sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada
bulan September.[60]

Pada Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di Hyderabad, India dengan cita-cita
merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir.[61] Setelah
berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin
Dan di suku akhir[62]; diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan
Simon Santoso[63]. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee
kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka
Denmark[64] dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong
Kong pada 15 November[65], tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka
China tiga hari kemudian[66]. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor
Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan
mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai
perseorangan wanita.[67] Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang
beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih
demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya itu.[68][69]

2010 …

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan
Terbuka Korea[70] dan Terbuka Malaysia[71] (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali
pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada
percubaan ketujuh[72] menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya
berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di
Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir
dengan markah 21–19, 21–19.[73]

Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago
untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun.[74] Di
suku akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat
tempat dalam separuh akhir.[75] Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin
Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.[76]

Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku
akhir.[77] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia,[78] Terbuka
Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai,[79] dan Terbuka Makau pada bulan Ogos.[80]
Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas
mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.[81] Misbun Sidek mengaku bahawa
kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan
ketiga.[82] Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka
Jepun.[83]

Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk
mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010,
kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara
perseorangan.[84] Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun
dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai
kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir.[85] Pada akhir tahun, Lee
menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut[86], dan gelaran Super
Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.[87]

2011 …

Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh,[88] tetapi gagal

mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung
dalam sukan badminton, setelah kecundang di tangan Lin Dan lagi.[89] Pada Mac, Lee mudah

melangkah ke peringat akhir Terbuka All England buat kali ketiga berturut-turut lantas

mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight set ke atas Lin Dan, lalu
mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.[90]Lee Chong Wei

kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah

menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi

gagal ke separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.

Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India,[91] diikuti oleh kejuaraan
Grand Prix Emas Terbuka Malaysia seminggu kemudian.[92] Walaupun Lee memenangi

semua perlawanannya dalam Piala Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku
akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 2–3.[93][94][95] Pada lewat bulan Jun, beliau

menjuarai Terbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan Indonesia pertama yang
membuat hatrik dalam kejohanan itu.[96]

Harapan Lee untuk menjadi jaguh Malaysia pertama yang meraih pingat emas di Kejohanan
Dunia ranap setelah ditewaskan oleh Lin Dan di pusingan akhir. Walaupun menguasai
permainan, namun beliau terlepas dua mata penamat di set penentu.[97] Pada bulan
September, Lee juga gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun setelah ditewaskan
oleh bintang baru China, Chen Long.[98] Pada bulan Oktober, beliau tewas kepada Chen Long
sekali lagi dalam cubaan memenangi kejuaraan Terbuka Denmark yang kedua.[99] Seminggu
kemudian, beliau memenangi Terbuka Perancis.[100] Ini disusuli dengan tiga kali berturut-turut
tersingkirnya di peringkat separuh akhir di Terbuka Hong Kong,[101]Terbuka China,[102] dan
Kejohanan Akhir Masters.[103]

2012 …

Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus
kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set.[104]
Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraan
Terbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari
Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.[105]

Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik

diri dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk

menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka
Seluruh England tiga kali berturut-turut.[106] Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh
peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India,[107] tetapi berjaya

mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-
turut pada bulan Mei.[108] Lee terpaksa berehat selama tiga empat minggu setelah cedera di
buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark.[109] Pada
bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008,[4] Lee

akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik
BWF.[110]

Lee kembali beraksi di gelanggang buat julung kali semenjak kecederaan itu pada Sukan
Olimpik London. Beliau menang tipis ke atas Ville Lång dari Finland setelah bermain tiga set
dalam pusingan pertama,[111] dan menyatakan tekanan sebagai punca nyaris kalah.[112] Di
pusingan kedua, beliau menang muda ke atas Simon Santoso dari Indonesia,[113] kemudian
menewaskan Kashyap Parupalli dari India di suku akhir.[114] Di separuh akhir, Lee
mengalahkan Chen Long dari China dalam dua set walaupun dikhuatiri bahawa lawannya itu
sukar untuk diatasi, dan bertemu lagi dengan Lin Dan di pusingan akhir buat kali kedua dalam

Sukan Olimpik.[115] Ini juga pertembungan kedua mereka di Arena Wembley selepas
Kejohanan Dunia 2011. Lee mendahului setelah memenangi set pertama, tetapi Lin
melanjutkan perlawanan kepada set ketiga. Walaupun banyak mengungguli sepanjang set
ketiga itu, namun Lin sempat memintas beliau dan menang 21–19, sekaligus memaksa Lee
sekali lagi berpuas hati dengan pingat perak.[2]

2013 …

Bermain di perempatfinal Siri Super Perancis 2013

Lee mengambil gelaran Terbuka Korea buat kali ketiga.[116] Seminggu kemudian, beliau
merangkul gelaran Terbuka Malaysia kesembilannya, yang memecahkan rekod lapan gelaran
yang sebelum ini diadakan oleh Wong Peng Soon.[117] Lee kemudian kalah dalam perlawanan
akhir Terbuka All England kepada Chen Long. Lee berkata beliau kecewa dengan
persembahannya semasa kejohanan, walaupun beraksi dalam perlawanan akhir.[118][119]

Pada April, beliau kalah dalam separuh akhir Terbuka Australia kepada pemain muda China,
Tian Houwei.[120] Beliau kemudian memenangi gelaran Terbuka India kedua dan Terbuka
Indonesia kelima.[121] Pada Ogos, Lee melangkah ke final Kejohanan Dunia, tetapi
harapannya sekali lagi putus-putus dalam mengulangi kekalahan akhir 2011 dan Sukan Asia
2010 ke atas Lin Dan. Dia mengalami kekejangan kaki lewat permainan ketiga. Selepas cuba
meneruskan, dia terpaksa bersara dan kemudiannya dikejarkan ke hospital.[122]

Selepas Kejohanan Dunia Lee menyertai empat kejohanan Super Series. Pertama, beliau
meraih gelaran Terbuka Jepun buat kali keempat.[123] Kemudian dia kalah dalam perlawanan
final Terbuka Denmark dan semifinal Terbuka Perancis,[124][125] dan menang sekali lagi di
Terbuka Hong Kong.[126] Lee memenangi kejuaraan kejuaraan Masters keempat, musim yang
berakhir dengan kejohanan Super Series.[127]

2014 …

Pada Januari, Lee kalah di final Korea Terbuka kepada Chen Long, kekalahan keempat
berturut-turut oleh orang Cina.[128] Beliau mencatatkan gelaran Terbuka Malaysia
kesepuluhnya seminggu kemudian. Tidak lama selepas kejayaan itu, beliau mengumumkan
ia akan menjadi persinggahan Terbuka Malaysia yang terakhir, kerana dia akan menilai
keadaannya selepas Sukan Asia dan mungkin bersara jika keputusannya tidak baik.[129]

Walau bagaimanapun, bentuknya bertambah baik dan dia memenangi gelaran All England
Open dan Terbuka India,[130][131] walaupun beliau dikalahkan oleh Simon Santoso di final
Terbuka Singapura.[132] Dalam Piala Thomas, Lee memenangi setiap perlawanan yang

dimainkannya. Malaysia mencapai peringkat akhir tetapi kalah kepada Jepun dengan skor 3-
2.[133]

Pada Jun, beliau memenangi Terbuka Jepun untuk tahun ketiga berturut-turut dan
keseluruhan kelima keseluruhan.[134] Dia kemudian kalah dalam separuh akhir Terbuka
Indonesia, dan akhirnya menamatkan harapannya dalam sembilan lapan final Super Series.
Kerana kecederaan hamstring yang serius, Lee menarik diri dari Sukan Komanwel 2014 pada
bulan Julai, juga mengakhiri harapannya menjadi pemain perseorangan lelaki pertama untuk
memenangi 3 pingat emas pada perlawanan.[135]

Lee kembali bermain pada Ogos di tempat kedua untuk kali ketiga di Kejohanan Dunia, kalah
kepada Chen Long dari China dalam set lurus.[136] Dia sekali lagi kalah kepada Chen dalam
pertandingan separuh akhir Sukan Asia,[137] dan kepada Lin Dan dalam acara separuh akhir
acara perseorangan beberapa hari kemudian.[138]

Ujian Doping …

Pada Oktober 2014, media tempatan melaporkan bahawa Persatuan Badminton Malaysia
mengesahkan bahawa salah satu daripada pemain utama negara itu positif untuk
dexamethasone selepas sampel air kencing diambil semasa Kejohanan Dunia pada akhir
Ogos.[139] Identiti pengatup itu tidak didedahkan tetapi dipercayai secara meluas sebagai Lee
Chong Wei. Dexamathasone bukan dadah peningkatan prestasi tetapi kortikosteroid anti-
radang yang ditadbir secara umum yang tidak menyalahi undang-undang apabila digunakan

di luar musim untuk pemulihan kecederaan, tetapi dianggap menyalahi undang-undang jika
ditemui di badan atlet semasa persaingan.[140]

Pada 5 November 2014, Lee terbang ke Norway untuk menyaksikan ujian sampel "B" di
Hospital Universiti Oslo selepas sampel "A" telah diuji positif pada bulan Oktober.[141]
Hasilnya diumumkan pada 8 November 2014 oleh seorang pegawai sukan Malaysia yang
mengesahkan bahawa sampel "B" telah diuji positif juga. Beliau menolak untuk mengenal
pasti pemain tetapi disahkan kepada Associated Press bahawa ia adalah Lee.[142]

Pada 11 November 2014, Persekutuan Badminton Dunia mengesahkan bahawa Lee telah
digantung sementara daripada bersaing kerana pelanggaran peraturan anti-doping yang
jelas.[143] Perbicaraan telah diadakan pada 11 April 2015 di Amsterdam.[144]

Pada 27 April 2015, ia diumumkan bahawa Lee telah diserahkan kepada larangan lapan
bulan yang dibatalkan kerana melanggar peraturan anti-dopingnya. Panel itu yakin bahawa
Lee tidak mempunyai niat untuk menipu dan membenarkan beliau meneruskan kerjayanya
pada 1 Mei 2015. Lee dilepaskan dari pingat peraknya dari Kejuaraan Dunia 2014 tetapi
dibenarkan mengekalkan dua pingat gangsa dari Sukan Asia 2014.[145]

2015 …

Piala Sudirman adalah kejohanan pertama Lee selepas menjalani penggantungan selama

lapan bulan untuk pelanggaran doping. Dia terus memenangi semua tiga perlawanan yang
dimainkannya dalam kejohanan itu.[146] Dia kemudian kembali ke gelanggang dengan
memenangi Terbuka AS dan Terbuka Kanada.[147] Lee kembali terpaksa menempuh tempat
kedua di Kejohanan Dunia apabila dia kalah kepada Chen Long di final.[148]

Selepas Kejohanan Dunia, Lee menanggung tiga pusingan awal. Pertama, dalam pusingan
kedua Terbuka Jepun,[149] diikuti dengan pusingan kelayakan Terbuka Korea,[150] dan
kemudian di pusingan kedua Terbuka Denmark.[151]

Selepas tiga kehilangan pusingan awal, Lee bangkit kembali memenangi Terbuka
Perancis,[152] diikuti dengan gelaran Terbuka China yang pertama, menjadikannya pelari
tunggal lelaki pertama memenangi semua gelaran Super Series.[153] Minggu berikutnya, Lee
memenangi Terbuka Hong Kong.[154] Bagaimanapun, Lee tidak layak ke Final Super Series,

yang berakhir dengan tiga gelaran berturut-turut.

2016 …

Pada Januari, Lee memenangi gelaran Malaysia Masters kelima.[155] Pada Mac, Lee kalah
dalam pusingan pertama Terbuka Seluruh England,[156] dan juga dalam pusingan kedua

Terbuka India.[157] Pada April, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ke-11,[158]
kemudian diikuti dengan gelaran Kejohanan Badminton Asia kedua.[159] Di Piala Thomas
pada Mei, Malaysia tewas kepada pemenang Denmark pada separuh akhir walaupun Lee
memenangi semua perlawanan yang dipertandingkan dalam kejohanan itu.[160] Pada Jun,
Lee memenangi kejuaraan Terbuka Indonesia ke-6 dan meraih rekod, menjadi pemain ketiga
dan pemain bukan Indonesia pertama untuk memenangi gelaran enam kali.[161] Dia bersedia
bermain di Terbuka Australia, tetapi menarik diri akibat kecederaan otot.[162]

Pada 5 Ogos 2016, Lee memimpin kontinjen Malaysia semasa majlis perasmian Sukan
Olimpik.[163] Dalam pertandingan perseorangan lelaki itu dia berjaya ke perlawanan akhir,
mengalahkan saingannya, Lin Dan dalam separuh akhir dalam prestasi yang
mendominasi.[164] Bagaimanapun, beliau dikalahkan oleh Chen Long di perlawanan akhir,
kekalahan berturut-turut ketiganya dalam perlawanan akhir Sukan Olimpik.[165]

Pada September, Lee memenangi gelaran keenam Terbuka Jepun.[166] Sejak itu, Lee gagal
memenangi sebarang kejohanan yang disertai olehnya: dia kalah dalam pusingan ketiga
Terbuka Denmark,[167] ditarik keluar dari Terbuka Perancis akibat kecederaan hamstring,[168]
dan berakhir tahun dengan keluar peringkat kumpulan dalam Final Super Series.[169]

2017 …

Dia memulakan musim 2017 dengan kemenangan keempatnya di Kejohanan Terbuka
Seluruh England.[170] Dia hampir terlepas kejohanan itu selepas merobek ligamen cengkaman

medial semasa sesi latihan di Badminton Akademi Malaysia baru (ABM), ini menyebabkan

perselisihannya dengan pengarah teknikal Morten Frost, kerana Frost tidak menerima
aduannya, meminta licin tikar akan diganti.[171] Lee kalah kepada Lin Dan untuk dua
kejohanan berturut-turut, yang pertama di final Terbuka Malaysia,[172] dan yang kedua dalam
separuh akhir Kejohanan Badminton Asia.[173]

Pada Mei, Lee memenangi semua perlawanan yang dipertandingkan semasa Piala
Sudirman.[174] Sebulan selepas itu, dia kalah dalam pusingan kedua Terbuka Indonesia.[175]
Pada Ogos, Lee kecewa dengan Brice Leverdez dalam pusingan pertama Kejohanan Dunia,
Tidak lama kemudian, dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia atas kekalahannya dalam
akaun Twitternya tetapi menerima beberapa jawapan yang menyentuh daripada peminat.[176]

Pada bulan September, dia kalah dalam kerjaya ke-100nya, Terbuka Jepun.[177] Dia tersingkir
di pusingan awal tiga kejohanan Super Series, pusingan kedua Terbuka Denmark,[178]
pusingan pertama terbuka Perancis,[179] dan suku akhir Terbuka China.[180] Dia memenangi
gelaran Terbuka Hong Kong, hanya gelaran kedua pada tahun ini.[181] Dia mengakhiri tahun
dengan kalah dalam final Super Series Final.[182]

Lee memenangi pingat emas Sukan Komanwel pada April,[183] sambil memenangi pingat
perak dari acara pasukan campuran.[184]

Walau bagaimanapun, dia gagal memenangi sebarang gelaran setakat ini dalam Jelajah
Dunia. Dia tunduk pada pusingan pertama Malaysia Masters, sebuah kejohanan yang dia
mendakwa dia tidak berniat untuk mengambil bahagian,[185] pusingan ketiga Terbuka Seluruh
England,[186] dan separuh akhir Kejohanan Badminton Asia.[187]

Dalam acara pasukan, Lee berjaya memenangi semua perlawanan semasa seri, kedua-
duanya dalam Kejohanan Badminton Asia Asia dan Piala Thomas. Malaysia mencapai
separuh akhir dan suku akhir dalam kedua-dua acara tersebut.[188][189]

2018 …

Lee memenangi pingat emas Sukan Komanwel pada April,[190] sambil memenangi pingat
perak dari acara pasukan campuran.[191]

Lee gagal meraih gelaran World Tour pada separuh pertama tahun ini. Beliau tunduk pada

pusingan pertama Kejohanan Terbuka Malaysia, sebuah kejohanan yang beliau mendakwa
tidak berminat untuk mengambil bahagian,[192] pusingan ketiga All England Open,[193] dan
separuh akhir Kejohanan Badminton Asia.[194]

Dalam acara pasukan, Lee berjaya memenangi semua perlawanan semasa seri, kedua-
duanya dalam Kejohanan Badminton Asia Asia dan Piala Thomas. Malaysia mencapai
separuh akhir dan suku akhir dalam kedua-dua acara tersebut.[195][196]

Pada Julai 2018, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ke-12,[197] dan mencapai
separuh akhir Terbuka Indonesia.[198] Seminggu sebelum Kejuaraan Dunia, Persatuan
Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa Lee tidak akan mengambil bahagian
untuk kejohanan dan Sukan Asia kerana menjalani rawatan untuk gangguan berkaitan
pernafasan. Penyertaannya untuk kedua-dua kejohanan ini ragu-ragu sebelum pengumuman
itu selepas beliau tidak hadir dalam latihan itu.[199]

Persaraan

Pada 13 Jun 2019, Lee mengumumkan persaraannya daripada badminton profesional
selepas 19 tahun berkhidmat dalam pasukan badminton kebangsaan Malaysia dalam sidang
akhbar curang di kompleks Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya. Beliau diiringi oleh
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang mewakili Lee
sebagai wira negara, timbalannya, Steven Sim, dan presiden BAM Mohamad Norza Zakaria.

Beliau menambah bahawa pelan awalnya adalah untuk bersara selepas Sukan Olimpik
Musim Panas 2020 tetapi doktornya menasihatkannya meletakkan badannya di bawah
tekanan atau tekanan yang amat sukar untuk meneruskan latihan.[200][201][202][203] Syed
Saddiq juga diumumkan sebagai ketua chef-de-mission Malaysia untuk Sukan Olimpik
2020.[204][205]

Kehidupan peribadi

Lee menerima wang sebanyak RM300,000 pada 21 Ogos 2008 sebagai hadiah untuk usaha
pingat peraknya pada Sukan Olimpik 2008. Selain itu, beliau menerima RM3,000 sebulan
sebagai pencen seumur hidup bermula pada Ogos 2008.[206] Untuk pencapaian yang sama,
beliau dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk
oleh Gabenor Pulau Pinang, Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[207] Beliau dilantik
sebagai Duta Besar Negara UNICEF Malaysia pada Februari 2009.[208][209][210]

Pada 6 Jun 2009, Lee menerima anugerah Darjah Bakti (DB), dari Tuanku Mizan Zainal
Abidin, sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kerana
pencapaiannya pada Sukan Olimpik 2008.[211] Beliau menjalin hubungan dengan Wong Mew
Choo, rakan sepasukannya. Pada tahun 2009, Lee dan Wong mengumumkan bahawa mereka
tidak lagi bersama semasa Kejohanan Dunia 2009 di Hyderabad, India. Bagaimanapun, Lee
mengumumkan perdamaiannya dengan Mew Choo selepas memenangi pingat perak pada
Sukan Olimpik Musim Panas 2012.[212] Beliau dan Mew Choo berkahwin pada 9 November
2012.[213] Majlis perkahwinan mereka diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 9
dan 10 November.[214] Pasangan ini mempunyai dua anak lelaki, iaitu anak sulung, Kingston
Lee yang Lahir pada 12 April 2013 dan anak kedua Terrance Lee yang lahir pada 9 Julai
2015.[215][216]

Pada 16 Mac 2011, Lee menerima saham Permodalan Nasional Berhad bernilai RM100,000
daripada Najib Tun Razak sejurus selepas kejayaannya dalam Terbuka All England.[217] Beliau
telah dilantik sebagai duta besar Kolej Universiti KDU pada 31 Julai 2011.[218] Autobiografi
Lee Berani Menjadi Juara diterbitkan secara rasmi pada 18 Januari 2012.[219] Pada 5 Julai
2012, Lee telah diberikan pangkat Leftenan Komander (Kehormat) Unit Rizab Sukarelawan
Tentera Laut Diraja Malaysia.[220] Pada 7 Oktober 2016, Lee dinaikkan pangkat sebagai
Komander (Kehormat) Unit Simpanan Sukarelawan Tentera Laut Diraja Malaysia sebagai
pengiktirafan kejayaannya di Sukan Olimpik Rio de Janeiro.[221] Pada 15 Oktober 2016, Lee
dijadikan penerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk
Wira dari Gabenor Melaka Mohd Khalil Yaakob.[222] Pada September 2017, beliau telah
dianugerahkan Panglima Jasa Negara (PJN), yang membawa gelaran Datuk, oleh Yang di-
Pertuan Agong Muhammad V.[223][224]

Anugerah dan penghargaan

Berikut ialah senarai anugerah yang dimenangi oleh Lee Chong Wei.

Tarikh Anugerah Catatan
Olahragawan Negara 2005[225] Cekal dan fokus kepada permainan
5 April Prestasi di Kejohanan Dunia IBF 2005 dan
2006 Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh
England 2005.
29 April Olahragawan Pulau Pinang
2006 2005[226] Satu-satunya pemain Malaysia yang meraih
pingat perak pada Sukan Olimpik Beijing
18 Olahragawan Pulau Pinang 2008.
November 2007[227]
2008

12 Olympian Lelaki Malaysia
Disember
2008 2008[228]

2008 Pemain Terbaik 2008[229]

23 Mac Olahragawan Negara 2008[230]
2009

12 Jun Pemenang anugerah Persatuan
2009 Penulis-penulis Sukan Malaysia
(SAM)[231]

9 Ogos Olahragawan Pulau Pinang
2009 2008[232]

12
Disember Pemain Terbaik BWF[233]
2011

19 Anugerah Ikon Paling Popular di
Januari TV oleh RTM[234]
2013

Anugerah

Anugerah Malaysia …

 Malaysia :

Darjah Bakti (DB)[235] …
Panglima Jasa Negara (PJN) - Datuk[236]
Ahli Mangku Negara (AMN)[237]
 Melaka :
Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) - Datuk Wira[238]
 Pulau Pinang :
Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) - Datuk[239]
 Sabah
Jaksa Pendamai[240]

Statistik kerjaya

Akhir kerjaya

Juara/Naib Tahun Kejohanan Lawan di akhir Markah
juara

2 2012 Sukan Olimpik Lin Dan 21–15, 10–21,
19–21

1 2012 Grand Prix Emas Terbuka Sony Dwi Kuncoro 17–21, 21–8,
Malaysia (4) 21–10

2 2012 Terbuka India Shon Wan-ho 18–21, 21–14,
19–21

2 2012 Terbuka Seluruh England Lin Dan 19–21, 2–6
1 2012 Terbuka Malaysia (2) (bersara)
1 2012 Terbuka Korea (2)
1 2011 Terbuka Perancis (2) Kenichi Tago 21-6, 21-13
2 2011 Terbuka Denmark
2 2011 Terbuka Jepun Lin Dan 12–21, 21–18,
21–14

Kenichi Tago 21–16, 21–11

Chen Long 15–21, 18–21

Chen Long 8–21, 21–10,
19–21

2 2011 Kejohanan Dunia Lin Dan 22–20, 14–21,
21–23

1 2011 Terbuka Indonesia (4) Peter Gade 21–11, 21–7

1 2011 Grand Prix Emas Terbuka Bao Chunlai 21–9, 21–19
Malaysia (3)

1 2011 Terbuka India Peter Gade 21–12, 12–21,
Lin Dan 21–15
1 2011 Terbuka Seluruh England (2) Lin Dan
Taufik Hidayat 21–17, 21–17
2 2011 Terbuka Korea
19–21, 21–14,
1 2011 Terbuka Malaysia (7) 16–21

21–8, 21–17

1 2010 Perlawanan Akhir Masters Peter Gade 21–9, 21–14
Siri Super (3)

1 2010 Terbuka Hong Kong (2) Taufik Hidayat 21–19, 21–9
Lin Dan
2 2010 Sukan Asia 13–21, 21–15,
10–21

1 2010 Sukan Komanwel (2) Rajiv Ouseph 21–10, 21–8

1 2010 Terbuka Jepun (2) Lin Dan 22–20, 16–21,
21–17

1 2010 Terbuka Makau (2) Lee Hyun-il Tiada saingan

1 2010 Grand Prix Emas Terbuka Wong Choong 21–8, 14–21,
Malaysia (2) Hann 21–15

1 2010 Terbuka Indonesia (3) Taufik Hidayat 21–19, 21–8

1 2010 Terbuka Seluruh England (1) Kenichi Tago 21–19, 21–19

1 2010 Terbuka Malaysia (6) Boonsak Ponsana 21–13, 21–7

1 2010 Korea Open Peter Gade 21–12, 21–11

1 2009 Perlawanan Akhir Masters Park Sung-hwan 21–17, 21–17
Siri Super (2)

1 2009 Terbuka Hong Kong (1) Peter Gade 21–13, 13–21,
21-16

1 2009 Terbuka Makau (1) Wong Choong 21–15, 21–19
Hann

1 2009 Grand Prix Emas Terbuka Chen Long 21–16, 21–9
Malaysia (1)

1 2009 Terbuka Indonesia (2) Taufik Hidayat 21–9, 21–14

1 2009 Terbuka Switzerland (2) Lin Dan 21–16, 21–16

2 2009 Terbuka Seluruh England Lin Dan 19–21, 12–21

2 2009 Terbuka Korea Peter Gade 18–21, 21–10,
17–21

1 2009 Terbuka Malaysia (5) Park Sung-hwan 21–14, 21–13

1 2008 Perlawanan Akhir Masters Peter Gade 21–8, 21–16
Siri Super (1)

2 2008 Terbuka China Lin Dan 18–21, 9–21

2 2008 Terbuka Makau Taufik Hidayat 19–21, 15–21

2 2008 Terbuka Jepun Sony Dwi Kuncoro 17–21, 11–21

2 2008 Sukan Olimpik Lin Dan 12–21, 8–21

1 2008 Terbuka Singapura Simon Santoso 21–13, 21–5

2 2008 Terbuka Switzerland Lin Dan 13–21, 18–21

1 2008 Terbuka Malaysia (4) Lee Hyun-il 21–15, 11–21,
21–17

2 2007 Terbuka Hong Kong Lin Dan 21–9, 15–21,
15–21

2 2007 Terbuka China Bao Chunlai 12–21, 13–21

1 2007 Terbuka Perancis Bao Chunlai 21–11, 21–14

1 2007 Terbuka Jepun (1) Taufik Hidayat 22–20, 19–21,
21–19

1 2007 Terbuka Filipina Chen Hong 21–9, 21–15

1 2007 Terbuka Indonesia (1) Bao Chunlai 21–15, 21–16

2 2006 Terbuka Hong Kong Lin Dan 19–21, 21–8,
16–21

2 2006 Terbuka Makau Lin Dan 18–21, 21–18,
18–21

2 2006 Terbuka Taipei China Lin Dan 18–21, 21–12,
11–21

1 2006 Terbuka Malaysia (3) Lin Dan 21–18, 18–21,
23–21

1 2006 Kejohanan Badminton Asia Boonsak Ponsana 21–12, 21–16

1 2006 Sukan Komanwel (1) Wong Choong 21–13, 21–12
Hann

1 2006 Terbuka Switzerland (1) Xia Xuanze 15–8, 15–0

1 2005 Terbuka Denmark Muhammad Hafiz 17–14, 15–8
Hashim

1 2005 Terbuka Malaysia (2) Lin Dan 17–15, 9–15,
15–9

1 2004 Terbuka Taipei China

2 2004 Terbuka Singapura Kenneth 15–17, 4–15
Jonassen

1 2004 Terbuka Malaysia (1) Park Sung-hwan 15–13, 15–12

1 2003 Satelit Malaysia Kuan Beng Hong 15–7, 15–9

2 2003 Satelit Asia Yeoh Kay Bin 5–15, 13–15

2 2003 Terbuka Malaysia Chen Hong 9–15, 5–15


Click to View FlipBook Version