The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

RPH MODUL PDPR SN T4 - edit - Copy

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-00098249, 2021-05-04 03:00:47

MODUL PDPR TAHUN 4

RPH MODUL PDPR SN T4 - edit - Copy

MODUL PDPR

SAINS

TAHUN 4

2021

Cikgu Sahaida Muhammad

(Umi Da)

KANDUNGAN

UNIT TAJUK MINGGU DAN
4 TARIKH
Tumbuhan – Gerakbalas M17
4 tumbuhan terhadap
rangsangan 16-20 Mei

Tumbuhan – Fotosintesis M18
23 – 27 Mei

RANCANGAN PENGAJARAN M/PELAJARAN SAINS KELAS 4 Alamanda MINGGU 17 (PKPR)
HARIAN TARIKH/HARI SELASA
TEMA SAINS HAYAT 16-20 MEI HARI AHAD DAN
STANDARD KANDUNGAN 2021 Tuesday
STANDARD PEMBELAJARAN
TAJUK TUMBUHAN
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
(KRITERIA KEJAYAAN) 4.1 TUMBUHAN BERGERAK BALAS TERHADAP RANGSANGAN

AKTIVITI 4.1.1 Menyatakan tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan melalui pemerhatian melalui pelbagai
media

4.1.2 Menghubungkaitkan bahagian tumbuhan yang bergerak balas dengan jenis rangsangan

4.1.3 Membuat kesimpulan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan dengan
menjalankan penyiasatan

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menyatakan bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan
2. Menjelaskan dengan contoh gerak balas bahagian tumbuhan terhadap rangsangan
3. Membuat kesimpulan tentang gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan (TP5)

1.Murid menonton video pembelajaran - Gerak balas tumbuhan terhadap rangsangan yang disediakan oleh
guru

2.Murid mendapatkan maklumat berkaitan tajuk pada buku teks m/s 70-71

3.Murid memahami nota yang dilampirkan oleh guru dan menyalin ke dalam buku nota.

4.Murid diminta keluar mencari satu spesimen tumbuhan kecil. (Aktiviti1)

a. Murid memerhati spesimen dan melakarkan spesimen tumbuhan tersebut.
b. Murid seterusnya melabekan bahagian tumbuhan yang dikenal pasti. Murid didedahkan

bahawa setiap bahagian tumbuhan akan bergerak balas terhadap rangsangan tertentu.
c. Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.

d. Murid mengimbas kembali dan berfikir tumbuhan akan bergerak balas terhadap rangsangan
apa.

e. Murid mempelajari dan mengetahui terdapat 4 jenis rangsangan dan mempelajari bahagian-
bahagian tumbuhan yang bergerak balas terhadap rangsangan yang berlainan.
I. Akar bergerak balas terhadap air.
II. II. Akar bergerak balas terhadap graviti.
III. III. Pucuk, daun dan bunga bergerak balas terhadap cahaya
IV. IV. Daun bergerak balas terhadap sentuhan.

5. Murid memerhati gambar rangsangan tumbuhan dan mengimbas kembali jenis-jenis rangsangan dan

bahagian tumbuhan yang terlibat. (Aktiviti 2)

Murid mengetahui tajuk dan objektif P&P.
a) Pokok Semalu dan Pokok Periuk Kera – Sentuhan
b) Gambar akar pokok mencari sumber air – Air
c) Gambar akar pokok menuju ke arah tanah – Graviti
d) Gambar Bunga Matahari tumbuh ke arah Matahari – Cahaya

6.Murid belajar bagaimana membuat kesimpulan tentang gerak balas tumbuhan terhadap tumbuhan
berdasarkan pernyataan umum:

( _____________ tumbuhan bergerak balas terhadap _____________. )

Klik link umtuk menonton video rangsangan tumbuhan
https://www.youtube.com/watch?v=CT--XWSPs98

4.1.1 Gerak Balas Tumbuh-Tumbuhan
1. Seperti manusia dan haiwan, tumbuh-tumbuhan juga bergerak balas terhadap rangsangan, iaitu air, gravitI,
cahaya dan sentuhan.
1. Akar: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas dan tumbuh ke arah air dan tarikan graviti.
2. Daun: Bahagian pada sesetengah tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas terhadap sentuhan.
3. Pucuk: Bahagian tumbuh-tumbuhan yang bergerak balas dan tumbuh ke arah cahaya.
4. Daun sesetengah tumbuh-tumbuhan seperti pokok semalu dan pokok perangkap lalat Venus akan
tertutup atau menguncup apabila disentuh.

5.

Aktiviti 1 Lukis dan labelkan bahagian tumbuhan

Aktiviti 3
Berdasarkan rajah, nyatakan bahgian tumbuhan yang terlibat serta rangsangannya

________________ tumbuhan bergerak balas terhadap ________________

________________ tumbuhan bergerak balas terhadap ________________

________________ tumbuhan bergerak balas terhadap ________________
______________tumbuhan bergerak balas terhadap ________________

________________ tumbuhan bergerak balas terhadap ________________



M/PELAJARAN SAINS KELAS 4 Alamanda MINGGU 18 (PKPR)

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN TARIKH/HARI 23-27 MEI HARI AHAD DAN SELASA
TEMA 2021 Tuesday
STANDARD KANDUNGAN
SAINS HAYAT TAJUK TUMBUHAN
STANDARD PEMBELAJARAN
4.2 FOTOSINTESIS
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
(KRITERIA KEJAYAAN) 4.2.1 Menyatakan maksud fotosintesis
4.2.2 Menyenaraikan keperluan tumbuhan semasa fotosintesis
4.2.3 Menyatakan hasil fotosintesis melalui pemerhatian pelbagai media
4.2.4 Menaakul kepentingan fotosintesis terhadap hidupan

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

1. Menerangkan maksud fotosintesis
2. Menyenaraikan keperluan tumbuhan untuk fotosintesis
3. Menyatakan hasil fotosintesis serta kepentingannya kepada hidupan

AKTIVITI 1.Murid menyanyikan lagu Tumbuhan berdasarkan iringan muzik Cam Mali Cam.
Murid berfikir apa yang diperlukan oleh tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis.
Murid juga berfikir apakah yang akan dihasilkan oleh tumbuhan selepas fotosintesis. Murid
mengetahui tajuk dan objektif P&P.

2.Murid mempelajari dan mengetahui proses dan hasil fotosintesis berdasarkan
Video pembelajaran dari guru dan rujukan buku teks ms 76-78.

3.Murid membuat catatan mengenai keperluan dan hasil fotosintesis pada buku nota dalam
bentuk peta pemikiran pelbagai alir.

4.Murid seterusnya mempelajari bagaimana menulis persamaan fotosintesis:

karbon dioksida + cahaya + air + klorofil  kanji + oksigen

5. Murid menjalankan aktivti menyusun semula peta pemikiran yang telah dipelajari.

6. Murid mempelajari dan mengetahui kepentingan fotosintesis terhadap hidupan lain
melalui video pembelajaran yang disediakan oleh guru.Murid membuat catatan pada buku
nota dalam bentuk peta pemikiran buih.

7. Murid mengeluarkan lampiran lembaran kerja dan menyiapkan latihan yang berkaitan
dengan fotosintesis.

8. Murid menyanyikan lagu “Tumbuhan” berdasarkan irama lagu “Cam Mali Cam”: Proses
fotosintesis perlu air; karbon dioksida, klorofil dan cahaya

Jom menyanyi – Fotosintesis
https://www.youtube.com/watch?v=wA3Lndl78f8

Apa itu fotosintesi. Jom kita belajar
Klik link di bawah untuk menonton video pembelajaran
https://www.youtube.com/watch?v=x7wzw-h7KRU

(B) Fotosintesis

4.2.1 Fotosintesis
1. Tumbuh-tumbuhan, manusia dan haiwan memerlukan makanan untuk terus hidup dan membesar.
2. Manusia dan haiwan boleh bergerak untuk mendapatkan makanan tetapi tidak bagi tumbuh-tumbuhan.
3. Tumbuhan boleh membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
4. Fotosintesis ialah proses tumbuh-tumbuhan membuat makanan dengan sendiri.
5. Tumbuh-tumbuhan yang bukan berwarna hijau juga boleh melakukan fotosintesis sekiranya mempunyai
klorofil.

4.2.2 Keperluan Proses Fotosintesis
1. Tumbuh-tumbuhan memerlukan cahaya matahari, klorofil, karbon dioksida, dan air untuk melakukan proses
fotosintesis.
1. Cahaya Matahari: Sumber utama tenaga.
2. Karbon dioksida: Gas dalam udara yang masuk melalui daun.
3. Klorofil: Bahan berwarna hijau pada tumbuh-tumbuhan.
4. Air: Diserap masuk melalui akar.

4.2.3 Hasil Proses Fotosintesi

1. Semasa proses fotosintesis, kloforil menyerap cahaya matahari dan menukarkan air serta karbon dioksida
kepada glukosa dan oksigen.
1. Glukosa yang tersimpan dalam bentuk kanji: Bahan yang terhasil sebagai makanan. Glukosa yang
terhasil, kemudiannya saling bergabung untuk membentuk kanji yang tersimpan pada bahagian
tumbuh-tumbuhan seperti daun, batang, akar, biji benih, bunga dan buah.
2. Oksigen: Gas yang dibebaskan melalui daun ke udara.

2. Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan mendapatkan keperluan untuk menjalankan
proses fotosintesis.

3. Proses fotosintesis melibatkan:

Karbon dioksida + air -(cahaya matahari, klorofil)-> glukosa + oksigen

Apakah kepentingan fotosintesis kepada hidupan
Klik link dibawah untuk mengetahui kepentingannya

https://www.youtube.com/watch?v=hH63jA4sTvs

4.2.4 Kepentingan Fotosintesis kepada Hidupan

1. Tumbuh-tumbuhan sentiasa melakukan proses fotosintesis untuk membolehkannya menghasilkan makanan
sendiri.

2. Hasil fotosintesis juga dapat memberikan manfaat kepada hidupan lain dan alam sekitar.
3. Kepentingan fotosintesis:

1. membekalkan sumber makanan
2. memberikan sumber oksigen kepada pernafasan
3. mengekalkan keseimbangan udara di alam ini







Sekian
Selamat Balajar
Jaga diri – Jaga SOP


Click to View FlipBook Version