WARISAN ORANG MELAYU MPU1042 — KUMPULAN 6
TAUFIQAH PAVITHARAN RAO AZYAN NURIN JAZLINA ALYSYA NURAINA SYAHIRAH IZAATI IRDINA NURIN BATRISYIAAHLI KUMPULAN
2.0 ISI KANDUNGAN 1.0 4.0 PENGENALAN LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA WARISAN KAUM MELAYU TRADISI MELAYU 3.0 ISU : PENGARUH BUDAYA BARAT MENYEBABKAN WARISAN MELAYU DILUPAKAN PAKAIAN TRADISIONAL MAKANAN TRADISIONAL ADAT RESAM 2.1 2.2 2.3 6.0 PUISI 5.0 7.0 RUMUSAN NILAI MURNI
PENGENALAN Warisan Orang Melayu meliputi pelbagai aspek budaya, tradisi, dan nilai yang telah diwarisi dari generasi ke generasi. Ini termasuklah seni, muzik, tarian, pakaian tradisional, serta adat istiadat dan nilai-nilai seperti kesopanan, kekeluargaan, dan keagamaan. Warisan ini memainkan peranan penting dalam membentuk identiti dan kestabilan sosial masyarakat Melayu, dan sering kali dikekalkan melalui upacara, perayaan, dan aktiviti komuniti. Melalui penghayatan dan pengekalan terhadap budaya, adat resam, bahasa, makanan, seni, dan kepercayaan, kita dapat mengekalkan identiti dan keunikan masyarakat Melayu. Dengan melestarikan warisan ini, kita dapat menyumbang kepada keharmonian dan kepelbagaian budaya negara serta memastikan warisan yang kaya dan berharga ini dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Objektif warisan orang Melayu adalah untuk menyelamatkan, memelihara, dan menghargai nilai-nilai tradisional Melayu yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.
TRADISI MELAYU 2.0 Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan dari segi pelbagai keturunan. Kebudayaan tersebut disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik kerana hampir setiap keturunan mempunyai adat sehingga membentuk kebudayaan Melayu.
PAKAIAN TRADISIONALPAKAIAN TRADISIONALBaju Melayu dan baju kueung merupakan pakaian tradisional Melayu yang mempunyai nilai-nilai warisan budaya yang tinggi. Pakaian tradisional Melayu ini tidak hanya mempunyai nilai estetika yang tinggi tetapi juga mengandungi makna simbolik yang mendalam, merangkumi aspek keagamaan, sosial dan budaya dalam masyarakat Melayu 2.1
Sejarah baju melayu cekak musang boleh ditelusuri kembali ke zaman pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar di Johor. Pada masa itu, baju Melayu cekak musang menjadi pilihan yang popular dalam busana tradisional di kalangan masyarakat lelaki. Penggunaan corak cekak musang ini turut menunjukkan identiti budaya yang kaya dan warisan pakaian tradisional Melayu yang mempunyai corak dan reka bentuk yang istimewa. Ciri-ciri baju Melayu cekak musang yang klasik tetapi dengan gaya yang moden telah menjadikannya pilihan yang digemari dalam pelbagai acara formal dan tradisional seperti perkahwinan, majlis rasmi, dan acara kebudayaan. Malah, baju Melayu ini sering menjadi pilihan para lelaki pada hari perayaan. Keunikan baju Melayu ini turut menonjolkan kehalusan dan keanggunan dalam setiap pemakaian serta mencerminkan keindahan seni pakaian tradisional Melayu. BAJU TRADISIONAL LELAKI salah satu jenis baju tradisional yang popular di Malaysia. Ciri utama baju melayu ini ialah pada lehernya yang unik dengan cekak tinggi berdiri yang memberikan penampilan yang unik. Baju Melayu cekak musang merupakan Baju Melayu Teluk Belanga juga adalah salah satu jenis baju tradisional yang turut popular. Ciri utama baju Melayu ini ialah pada leher yang berbentuk bulat dan rendah yang memberikan penampilan yang lebih kasual berbanding dengan baju Melayu cekak musang. Sejarah baju Melayu Teluk Belanga boleh dikaitkan dengan zaman pemerintahan di Tanah Melayu. Sebelum tersebar luas di Johor, ia telah diperkenalkan di Teluk Belanga, Singapura buat pertama kali. Ia juga dikatakan sejenis pakaian yang direka oleh Sultan Abu Bakar sebagai tanda penghormatan terhadap pemindahan ibu negeri Johor dari Teluk Belanga ke Johor Bahru. Oleh itu, istilah “Baju Melayu” ini kemudiannya menjadi simbol yang dikenali dalam masyarakat Melayu. Dengan ciri yang unik dengan corak leher bulat dan rendah yang memberikan penampilan santai namun ia tetap mengekalkan keanggunan dalam reka bentuknya. Pemakaian baju ini mengandungi nilai-nilai tradisi yang kaya dan mempunyai sejarah yang panjang dan dapat menambahkan keistimewaan kepada pakaian tradisional Melayu.
BAJU TRADISIONAL PEREMPUAN Baju Kurung merupakan antara salah Baju kurung ini biasanya terdiri daripada rok panjang yang dikenali sebagai kain dan atasan yang longgar yang dikenali sebagai baju. Baju kurung pada mulanya dipakai oleh wanita Melayu, tetapi kini dipakai oleh wanita dari pelbagai latar belakang budaya. Sejarah baju kurung bermula dari tradisi pakaian Melayu yang telah ada sejak berabad-abad yang lalu. Pada mulanya, pakaian Melayu dipengaruhi oleh budaya dan kepercayaan masyarakat tempatan. Namun, seiring dengan kemasukan dan perkembangan Islam di Malaysia, pakaian tradisional Melayu mengalami perubahan termasuklah reka bentuk dan bahan yang digunakan. Pada tahun 1800-an dan awal 1900-an, baju kurung biasanya mempunyai potongan yang sederhana dan warna yang lebih terhad. Namun, reka bentuk baju kurung menjadi semakin bervariasi dan pelbagai seiring waktu. Hingga kini baju kurung masih menjadi salah satu pakaian tradisional Malaysia yang paling popular dan dianggap sebagai pilihan yang sopan dan elegan untuk pelbagai acara formal, seperti perayaan agama, acara keluarga, dan bahkan acara rasmi. Baju Kebaya merupakan pakaian tradisional yang popular di beberapa negara Asia Tenggara, seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, dan Brunei. Baju kebaya selalunya terdiri daripada atas dan dipadankan bersama kain panjang yang dikenali sebagai sarung. Baju Kebaya tradisional dihasilkan daripada kain nipis seperti brokat atau batik dan sering dihiasi dengan renda atau sulaman yang cantik. Atasan kebaya biasanya mempunyai potongan badan yang ketat dan butang di depan atau samping. Untuk memberikan sentuhan yang lebih menarik dan moden, kebaya juga sering dihiasi dengan hiasan seperti manik-manik atau batu permata. Baju Kebaya masih popular hingga hari ini dan terus berkembang dalam reka bentuk dan gaya. Baju kebaya mempunyai nilai budaya dan simbolik yang kuat. Ia sering dianggap sebagai simbol kebanggaan budaya dan negara di Malaysia. Malah, sering dikaitkan dengan kecantikan dan keanggunan wanita.
MAKANAN TRADISIONALMAKANAN TRADISIONALMakanan tradisional Melayu sangat kaya dengan pelbagai rasa dan rempah. Makanan tradisional ini tidak hanya sedap tetapi juga mencerminkan keanekaragaman budaya dan warisan Melayu. 2.2
Makanan tradisional Melayu merupakan warisan yang kaya dan menggambarkan budaya serta warisan orang Melayu. Hidangan-hidangan ini sering kali menggunakan bahan-bahan tradisional seperti rempah-rempah, santan, herba-herba dan sebagainya. Makanan tradisional Melayu juga sering kali memiliki cita rasa yang kaya dan unik yag dimana ia mencerminkan kepelbagaian budaya dan tradisi di kalangan masyarakat Melayu. Kelazatan rasa dan aromanya yang menggugah selera menjadikan makanan tradisional Melayu menjadi makanan kegemaran di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong asing. Antara makanan yang terkenal sehingga kini adalah nasi lemak. Hidangan ini terdiri dari nasi yang dimasak dengan santan, daun pandan dan garam yag dimana ia memberikan aroma yang khas dan lezat. Biasanya disajikan dengan pelbagai hidangan pendamping seperti sambal, ikan bilis, kacang dan telur rebus. Nasi lemak juga biasanya disajikan dalam daun pisang yang memberikan sentuhan tradisional pada hidangan ini. Bukan itu sahaja, lemang dan ketupat juga adalah makanan tradisional orang melayu. Kedua hidangan ini memiliki makna simbolis dalam budaya Melayu dan menjadi bahagian yang tidak terpisah dari perayaan Hari Raya. Lemang dan ketupat adalah terbuat daripada beras tetapi proses pembuatannya yang membezakan kedua - dua makanan ini menjadi makanan yang mempunyai rasa yang tersendiri.
ADAT RESAM ADAT RESAM 2.3
Adat Kelahiran dalam masyarakat Melayu merupakan suatu adat dan kepercayaan yang dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi dan memberikan keberkatan dan perlindungan kepada kedua-dua ibu dan bayi. Tradisi ini berbeza-beza di setiap komuniti Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang sama yang dilihat dalam adat kelahiran orang Melayu secara keseluruhan. Antara adat yang dilakukan ialah berpantang. Setelah melahirkan, ibu dan bayi perlu menjalani tempoh berpantang, iaitu masa pemulihan selepas melahirkan. Selain itu, majlis cukur jambul. Upacara ini Adat perkahwinan Melayu termasuk perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Antaranya, meminang dan proses melamar. Keluarga lelaki pada mulanya menghantar wakil untuk meminang calon pengantin perempuan. Proses seterusnya ialah merisik apabila permintaan diterima. Keluarga lelaki mengunjungi rumah calon pengantin perempuan selepas menerima permintaan untuk berbincang tentang syarat perkahwinan. Kemudian, upacara akad nikah. Ijab kabul dilakukan di hadapan saksisaksi dan wali pengantin perempuan. Kemudian, pasangan Istilah adat resam merujuk kepada amalan, tradisi, atau cara hidup yang dilakukan dan diikuti oleh suatu masyarakat atau kelompok tertentu. Dalam budaya atau komuniti, istilah ini sering digunakan untuk menggambarkan norma kehidupan, protokol atau ritual, yang diwariskan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Adat resam melengkapi dari pelbagai aspek kehidupan, seperti upacara pernikahan, pertanian, interaksi dan upacara keagamaan dan sebagainya. Tradisi ini boleh dianggap sebagai ciri masyarakat atau kelompok etnik tertentu. selalunya dilakukan pada hari ketujuh setelah kelahiran dengan mencukur rambut bayi yang baru tumbuh sebagai tanda syukur kepada Tuhan di atas kelahiran. rasmi dianggap suami isteri mengikut hukum Islam. Seterusnya, ia akan diikuti dengan majlis bersanding. Akhir sekali, majlis resepsi. Untuk merayakan perkahwinan dengan lebih meluas, majlis resepsi diadakan selepas majlis bersanding dan akad nikah.
Masyarakat zaman sekarang lebih gemar kepada gaya hidup moden dan barat yang dianggap lebih bergaya. Pakaian tradisional seperti baju kurung tidak lagi digunkan sebagai pakaian harian kerana ianya hanya Kedudukan makanan tradisional melayu semakin terancam. Makanan tradisional melayu semakin terancam disebabkan sebahagian warisan melayu dilupakan. Masyarakat sekarang lebih memilih makanan segera dan makanan yang disediakan. Makanan tradisional seperti kuih melayu yang renyah untuk disediakan kerana memerlukan masa dan usaha yang lama untuk menyiapkan kuih tersebut. Contonhya kuih lopis , seri muka dan sebagainya. Tambahan pula , citarasa generasi kini ISU ISU WARISAN MELAYU DILUPAKAN Budaya pemakaian tradisional yang kian dilupakan. dipakai ketika musim menyambut perayaan atau menghadiri majlis rasmi yang tertentu seperti majlis perkahwinan. Hal ini disebabkan ada yang berpendapat aneh dan tidak sesuai. Malah mereka yang berpakaian tradisional luar dari acar rasmi sering mendapat kritikan yang menyebabkan individu kurang keyakinan mengenakan pakaian tradisional secara bebas. Ini menyebabkan kurang minat dalam diri individu untuk memakai pakaian tradisional. berubah kerana mereka tidak menggemari kuih yang berasaskan kelapa, kerana lebih tertarik dengan pembuatan kuih moden yang berasaskan keju atau bahan bahan yang dihasilkan dari negara Barat misalnya Burnt Cheese cake. Makanan tradisional sering dikaitkan dengan nilai-nilai dan tradisi tertentu. Kehilangannya ini menyebabkan penyebaran nilai-nilai ini terhenti. 3.0
Seni muzik tradisional tergugat disebabkan budaya barat Hal ini terjadi disebabkan populariti muzik barat. Generasi muda sangat menyukai muzik Barat, seperti pop, rock, dan hip-hop. Muzik tradisional Melayu kurang mendapat perhatian kerana lagulagu Barat sering mendominasi carta muzik dan stesen radio. Jangan dikatakan orang barat malah generasi melayu juga turut menyanjung dan mengeluarkan lagu-lagu yang berunsurkan barat. Kekurangan minat terhadap adat resam kaum sendiri Masyarakat pada masa kini terumatanya generasi muda pada zaman ini kurang menunjukkan minat mereka dalam adat resam kaum sendiri. Perkara ini adalah disebabkan globalisasi dan pengaruh asing. Globalisasi membawa masuk pelbagai budaya asing, yang mungkin lebih menarik perhatian orang ramai, terutamanya kanak-kanak. Mereka lebih cenderung untuk mengikuti trend dan gaya hidup moden yang dipengaruhi oleh hiburan dan media sosial di seluruh dunia. Sebagai contoh, kita dapat lihat dari cara pada masa ini sudah ramai yang melupakan adat merisik dan selalu terikut-ikut dengan perkahwinan budaya barat. Selain itu, dorongan daripada keluarga. Keluarga memainkan peranan penting dalam memberikan nilai budaya dan adat resam kepada generasi berikutnya. Tetapi kekurangan penekanan atau pengajaran daripada ibu bapa dan ahli keluarga lain boleh menyebabkan anak-anak tidak berminat dengan amalan tradisi mereka. Kebanyakkan ibu bapa pada masa kini kurang menyalurkan pengetahuan adat dan pantang larang nenek moyang. Selain itu, sistem pendidikan yang tidak memberikan perhatian yang mencukupi kepada seni muzik tradisional menyebabkan generasi muda tidak mempunyai minat atau pemahaman yang mendalam tentang warisan muzik mereka. Pelajar kurang terdedah kepada muzik tradisional kerana kurikulum tidak menekankan kepentingan seni tradisional.
LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MENGEKALKAN WARISAN KAUM MELAYU LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MENGEKALKAN WARISAN KAUM MELAYU Arus perkembangan teknologi dan sains telah menyebabkan warisan budaya dan bangsa semakin dilupakan. Golongan muda lebih cenderung untuk meluangkan masa bermain permainan video atau menonton hiburan di Internet. Ini memang perlu diberi perhatian kerana jika warisan budaya bangsa nenek moyang kita dilupakan oleh zaman, tiada apa yang akan tinggal. Oleh itu, untuk mengekalkan warisan negara kita, berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil. 4.0
Kita boleh memberi tumpuan kepada mengekalkan warisan budaya dengan menggalakkan penyertaan komuniti dalam aktiviti kebudayaan. Komuniti memainkan peranan penting sebagai pemegang warisan budaya. Oleh itu, mereka perlu diberi peluang untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti kebudayaan. Pertubuhan komuniti, kelab budaya, dan pusat seni boleh menganjurkan program seperti pertunjukan seni, bengkel tradisi, dan pertunjukan fesyen yang menampilkan pakaian tradisional. Pada masa yang sama, kerajaan juga perlu memberi sokongan dan bantuan dalam pembangunan infrastruktur dan kemudahan untuk aktiviti kebudayaan, seperti dewan budaya dan pusat kebudayaan. MENGGALAKKAN KESEDARAN DAN PEMAHAMAN TENTANG WARISAN BUDAYA MELALUI MEDIA MASSA DAN TEKNOLOGI Dengan itu, media massa seperti televisyen, radio, dan media sosial juga boleh difungsikan sebagai platform untuk menyebarkan maklumat dan cerita mengenai warisan budaya kita. Program-program televisyen dan radio yang berkaitan dengan budaya tempatan perlu diberi penekanan dan perhatian yang mencukupi. Dengan penyertaan aktif masyarakat, warisan budaya kita dapat terus hidup dan berkembang di kalangan generasi muda.
Dalam era globalisasi ini, terdapat pelbagai makanan dan hidangan yang lazat dapat ditemui di Malaysia. Antara juadah yang menjadi kebangaan Malaysia ialah makanan tradisional. Makanan tradisional di Malaysia mempunyai keistimewaan dan keunikan tersendiri yang tidak dapat disangkal lagi. Warisan makanan tradisional ini perlu dikekalkan supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang. Dengan perasaan sayang terhadap makanan tradisional, generasi muda boleh menjadi usahawan yang terkenal di mata dunia sambil mempromosikan makanan tradisional. Kita boleh membuka kedai atau restoran makanan tradisional yang menampilkan pelbagai hidangan warisan Malaysia dari berbagai kaum. Makanan tradisional seperti roti canai, yang menjadi kegemaran kaum Cina dan India, turut mendapat tempat di hati masyarakat global. Dengan hiasan kafe yang berkonsepkan tradisional, kita boleh menarik pelanggan dari pelbagai peringkat umur untuk menikmati keunikan makanan tradisional Malaysia. Jika semua berganding bahu, usaha mempromosikan makanan tradisional Malaysia ke seluruh dunia pasti akan berjaya. MEMBANGUNKAN KEDAI MAKAN ATAUPUN KAFE YANG MENGETENGAHKAN MAKANAN TRADISIONAL
Program-program tradisional sedikit banyak membantu anakanak kita untuk mendalami dan mengenali lebih dalam tentang peninggalan warisan seperti penubuhan kelab budaya, pertunjukkan fesyen tradisional, pertandingan tarian tradisional dan kelas mempelajari alat musik tradisional. MENGANJURKAN PROGRAM WARISAN DI PERINGKAT SEKOLAH DAN UNIVERSITI. Warisan perlulah dititikberatkan dan diterapkan kepada anak-anak dari usia mereka yang setahun jagung. Seperti peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya, anak bangsa kita hendaklah mendalami dan mempelajari bagaimana memartabatkan warisan yang ditinggalkan di negara kita. Namun, bukan sahaja kanak-kanak perlu mengambil berat tentang perkara ini tapi remaja malah para dewasa juga perlu mengambil tindakan bagi menunjukkan dan membawa identiti warisan nenek moyang kita seperti adat-adat resam. Baru-baru ini, Universiti Utara Malaysia menganjurkan pembukaan “booth” kelab kokurikulum “HOPE DAY” di mana terdapat banyak kelab-kelab berkaitan budaya dibuka kepada para siswa. Terdapat satu sesi yang unik di mana mereka melakukan tarian keretapi sarong iaitu para siswa dan siswi memakai pakaian tradisional kaum masing-masing dan menari tradisional dalam bentuk keretapi. Ini menunjukkan semangat warisan di dalam kalangan anak muda masih dijunjung tinggi dan mekar di jiwa mereka.
MENGGUNAKAN PENDIDIKAN DAN PROGRAM KEMASYARKATAN SEBAGAI KESEDRAN KOMUNITI Secara umumnya, pendidikan adalah langkah yang mudah dan digunakan sehingga kini dalam memperkenalkan warisan negara kita. Warisan ketara atau tidak, sudah dijadikan sebagai silibus di dalam pendidikan anak-anak dan semestinya perlu diteruskan tanpa mengira peringkat pendidikan kerana melalui langkah ini ianya lebih mudah untuk memastikan para penerus negara kita dapat mengekalkan dan memartabatkan warisan agar ia tidak ditelan zaman yang dipenuhi dengan banyaknya pengaruh budaya luar. Namun program kesedaran juga dapat dianjurkan untuk ditujukan kepada masyarakat umum di luar seperti kempen, seminar dan peraraka tradisional. Pihak yang bertanggungjawab boleh menganjurkan seminar berkaitan bangunan warisan dan cara untuk menjaganya agar bangunan ini tidak rosak dan terbengkalai. Masyarakat juga boleh menjalankan perarakan yang membawa watak dan identiti kaum seperti pakaian dan alat musik. Rumah terbuka juga budaya yang sesuai kepada masyarakat untuk berkongsi adat terutamanya makanan tradisional kaum masingmasing bersama dan secara tidak langsung mereka dapat mengeratkan hubungan kaum kita. Melalui aktiviti-aktiviti ini masyarakat lebih berminat untuk mengambil berat dan memberikan perhatian lebih kepada cara dan bagaimana untuk memartabatkan warisan-warisan unik di negara kita.
Warisan budaya bangsa Melayu penuh dengan nilai-nilai murni yang menjadi asas kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan bertamadun. Nilainilai ini tercermin dalam pelbagai aspek kehidupan seharian, termasuk adat resam, bahasa, seni dan cara hidup. Antaranya ialah nilai-nilai kesopanan, hormat-menghormati dan saling bekerjasama, yang memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan kekeluargaan dan masyarakat. Nilainilai murni ini bukan sahaja mengukuhkan jati diri bangsa Melayu, malah turut menyumbang kepada kestabilan dan kemajuan negara. Dalam era globalisasi yang semakin mencabar ini, pengekalan dan pemahaman nilainilai warisan ini amat penting bagi memastikan kesinambungan tradisi berharga ini untuk generasi akan datang. NNiillaaii MMuurrnnii
Kejujuran adalah nilai murni ya berdasarkan dengan setiap aspek dalam masyarakat Melayu, merujuk kepada sikap jujur dan ikhlas dalam percakapan dan perbuatan. Dalam perhubungan peribadi dan profesional, masyarakat Melayu menekankan kepentingan bercakap benar dan berpegang pada janji. Sikap jujur ini membantu membina kepercayaan antara individu dan memastikan hubungan yang harmoni dan kukuh. Kejujuran juga sangat penting dalam urusan perniagaan dan perdagangan. Peniaga Melayu tradisional terkenal dengan sikap jujur dan amanah dalam menjalankan perniagaan, memastikan berat dan saiz barang yang dijual adalah betul tanpa menipu pelanggan, membina reputasi baik dan hubungan jangka panjang. Pendidikan mengenai nilai kejujuran ditekankan dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal. Di sekolah, pelajar diajar kepentingan bersikap jujur melalui mata pelajaran seperti Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam. Keluarga juga memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai ini sejak kecil, mengajar anak-anak bercakap benar walaupun dalam keadaan sukar, dan mengelakkan penipuan dan kepalsuan. Nilai ini membantu membentuk individu yang berintegriti dan dipercayai dalam masyarakat, memastikan kehidupan yang harmoni, bertanggungjawab dan beretika. Nilai kesopanan merupakan salah satu ciri utama warisan budaya Melayu yang amat menitikberatkan. Kesopanan merujuk kepada tingkah laku beradab dan menghormati orang lain dalam setiap tindakan dan percakapan. Dalam masyarakat Melayu, kesopanan diamalkan melalui penggunaan bahasa yang halus dan adab yang tinggi terutamanya ketika berkomunikasi dengan orang yang lebih tua atau yang lebih berpengalaman. Ini termasuklah penggunaan kata ganti nama yang sopan seperti “tuan”, “puan”, dan “pak cik”, yang menunjukkan rasa hormat terhadap individu tersebut. Kesopanan juga dapat dilihat pada adat menyambut tetamu di rumah, di mana tuan rumah akan memastikan tetamu dilayan dengan baik dan diberikan segala kemudahan yang diperlukan. Kesopanan bukan sahaja mengeratkan hubungan sosial tetapi juga mencerminkan nilai peribadi dan etika yang tinggi dalam masyarakat Melayu. Kejujuran Kesopanan
Membeli labu jauh di pekan, Tatkala siang panas bergurun Warisan Melayu jangan ditinggalkan, Menjadi kebanggaan turun-temurun. Pergi ke Kedah dengan kereta, Berehat sebentar di tepi gua, Berbudi bahasa amalan kita, Walau berada di mana jua. Perkara teladan banyak cerita, Banyak pengalaman boleh dirasa, Bahasa Melayu bahasa kita, Gunakan ia sepanjang masa. Membawa pulang pisang sepiring, Untuk diberi kepada Pak Dama, Adat dan budaya jalan seiring, Bertambah maju negara dan agama. Hidup dalam satu negara, Tanpa ada sebarang sengketa, Melayu terkenal di nusantara, Kaya dengan warisan budaya. PANTUN WARISAN BUDAYA
Seperti mana yang kita ketahui, masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis warisan yang menjadi kebanggaan orang Melayu dan secara tidak langsung turut menyumbang sebagai salah satu aset terbesar negara kita. Antara contoh budaya tradisi orang Melayu yang boleh kita lihat ialah daripada aspek pakaian tradisional , makanan dan adat resam yang terdapat di negara kita. Walaubagaimanapun, dek kerana perubahan era yang kita lalui, warisan tradisi orang Melayu kian dilupakan di kalangan generasi sekarang. Hal ini kerana, pengaruh budaya barat yang semakin meluas di negara menyumbang kepada faktor utama mengapa warisan tradisi orang Melayu kian menghilang dan dilupakan. Namun , warisan budaya tradisi orang Melayu ini masih boleh dipertahankan dan diperluaskan lagi penggunaan mahupun pengetahuan mengenai perkara ini di dalam kalangan generasi muda pada masa ini. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah dengan penglibatan semua pihak tanpa mengambil kira peringkat umur dan status dalam memainkan peranan masing-masing untuk memartabatkan semula penggunaan warisan tradisi orang Melayu. RUMUSAN
SUMBER RUJUKAN Melayu. (n.d.). Pakaian Tradisional Kaum-Kaum Di Malaysia. https://pakaiantradisionaldimalaysia.weebly.com/melayu.ht ml Zainudin,Z.(n.d.).Nasilemakmasakantradisional masyarakatMelayu. https://zahirzainudin.blogspot.com/2016/02/nasi-lemakmasakan-tradisional.html Adat resam.(2022, December 28).WikipediaBahasaMelayu, ensiklopediabebas.https://ms.wikipedia.org/wiki/Adat_resam Zara,M.(n.d.).PerananAlatMuzikTradisionalMelayu Dalam. Scribd.https://www.scribd.com/doc/35701542/Peranan-AlatMuzik-Tradisional-Melayu-Dalam Lucky,H. G.(n.d.).Ertikesopanandankesusilaan.Scribd. https://www.scribd.com/doc/131638463/Erti-Kesopanan-DanKesusilaan Buhari,N.,Hassn,N.A.,&AbdAziz,N.N.(2022).Warisanbudaya Melayudalamnovel'KasyafAin'.MalaysianJournalofSocial SciencesandHumanities (MJSSH), 7(1), 145-160. https://doi.org/10.47405/mjssh.v7i1.1221 Alanasir.(2023, July 30).Langkah–LangkahMengekalkan WarisanBudayaBangsa.Semakan.my. https://www.semakan.my/warisan-budayabangsa/#google_vignette