MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 1 MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 Tarikh : 27 Jun 2022 (Rabu) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 7, Unit Khidmat Korporat Pengerusi : YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi Kehadiran : Seperti di LAMPIRAN A 1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1. YBrs. Tuan Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua yang hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Projek Kecil Komuniti Fasa 2 Tahun 2023. 1.2. YBrs. Tuan Pengerusi mengingatkan supaya tidak perlu mencetak salinan dokumen mesyuarat seperti amalan-amalan sebelum ni. Perkara ini adalah sebagai langkah penjimatan untuk mengurangkan perbelanjaan bagi mesin fotokopi dan penggunaan kertas. 1.3. YBrs. Tuan Pengerusi meminta Unit Khidmat Korporat (UKK) untuk menyediakan satu garis panduan bagi permohonan projek kecil LADA. Garis panduan ini adalah bertujuan sebagai panduan kepada pemohon dan juga UKK bagi mengenalpasti kriteria-kriteria bagi sesuatu permohonan sebelum diklasifikasikan sebagai projek kecil LADA. 1.4. YBrs. Tuan Pengerusi juga meminta supaya UKK meneliti terlebih dahulu permohonan dari segi keutamaan permohonan. UKK perlu mengenalpasti sama ada permohonan tersebut merupakan keperluan ataupun sebagai tambahan untuk penambaikan sahaja. UKK perlu menimbang terlebih dahulu sekiranya permohonan ini memberi kesan negatif atau positif sekiranya permohonan ditolak. 1.5. YBrs. Tuan Pengerusi menyeru kepada semua ahli mesyuarat dan urusetia supaya dapat mengenalpasti dan meneliti setiap permohonan yang memerlukan bantuan/dana untuk diangkat kepada pertimbangan Jawatankuasa memandangkan LADA telah menerima permohonan projek kecil komuniti melebihi nilai peruntukan tahun 2023. Makluman
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 2 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 1 TAHUN 2023 2.1. Minit Mesyuarat Jawatankuasa Projek Kecil Komuniti Fasa 1 Tahun 2023 yang bersidang pada 28 Mac 2023 disahkan tanpa sebarang pindaan. 3. MAKLUM BALAS MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 1 TAHUN 2022 3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan bagi Projek Kecil Fasa 1 Tahun 2023 melibatkan 6 projek kecil komuniti dengan peruntukan berjumlah RM39,200.00. Walaubagaimanapun, 2 Projek Kecil Komuniti Fasa 1 ditangguhkan keputusannya dan diangkat semula ke Mesyuarat Jawatankuasa Projek Kecil Komuniti Fasa 2 pada 27 Jun 2023. 3.1.1 Pembelian Dua Set Khemah/Kanopi Bersaiz 20 X 20 Termasuk Kerusi Dan Meja Kampung Ranggut Besar Mesyuarat dimaklumkan bahawa tempoh pelaksanaan projek ini bermula pada 15 Mei 2023 hingga 15 Ogos 2023 melibatkan skop pembelian 2 unit khemah/kanopi bersaiz 20 x 20 kaki. Projek ini telah siap dilaksanakan pada 15 Jun 2023. Makluman 3.1.2 Menaik Taraf Bilik Kaunseling Dan Pembinaan Laman Minda Sihat Di SK Selat Bagan Nyior Mesyuarat mengambil maklum bahawa tempoh pelaksanaan projek ini bermula pada 15 Mei 2023 hingga 15 Ogos 2023 melibatkan skop pembelian 12 jenis barangan keperluan bagi menaik taraf bilik kaunseling dan pembinaan laman minda SK Selat Bagan Nyior. Pemantauan berkala telah mula dilaksanakan oleh pihak UKK sehingga minggu kelima kerja-kerja pelaksanaan projek mencapai 20% siap. Makluman 3.1.3 Projek Penyelenggaraan Dan Menaik Taraf Bilik Seni Visual SK Ewa, Mukim Ayer Hangat, Langkawi Mesyuarat mengambil maklum bahawa tempoh pelaksanaan projek ini bermula pada 18 Mei 2023 hingga 18 Ogos 2023 melibatkan skop pemasangan tingkap kasmen dan cermin gelap, kerja-kerja menukar siling asbestos 4x4 dan lain-lain kerja berkaitan. Pemantauan berkala telah mula dilaksanakan oleh
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 3 pihak UKK sehingga minggu kelima kerja-kerja pelaksanaan projek mencapai 80% siap melibatkan plaster siling. Makluman 3.1.4 Projek Pembinaan Ruang Laluan Binatang Qurban Di Masjid Aishah, Sungai Menghulu Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan projek pembinaan ruang laluan binatang qurban di Masjid Aishah, Sungai Menghulu akan dibentangkan semula dalam mesyuarat ini. Makluman 3.1.5 Projek Membekal Kelengkapan Barang-Barang Kenduri Dan Komuniti Kampung Datok Bakar Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan projek pembinaan ruang laluan binatang qurban di Masjid Aishah, Sungai Menghulu akan dibentangkan semula dalam mesyuarat ini. Makluman 3.1.6 Projek Pemasangan Karpet Dewan Solat Utama Dan Mengecat Semula Surau Al Hidayah Kampung Sungai Tepa, Mukim Ulu Melaka, Langkawi Mesyuarat mengambil maklum bahawa kelulusan projek melibatkan skop mengecat semula bangunan surau. Walau bagaimanapun, LADA kini dalam proses penyaluran peruntukan kepada Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, Sungai Tepa memandangkan pihak pemohon baru mengemukakan maklumat akaun bank. Tindakan : Unit Khidmat Korporat 4. PERMOHONAN PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 4.1 Mesyuarat mengambil maklum akan pembentangan oleh P(UKK) berkenaan permohonan Projek Kecil Komuniti Fasa 2 Tahun 2023 seperti berikut : 4.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa jumlah peruntukan yang diluluskan untuk pelaksanaan projek kecil komuniti bagi tahun 2023 adalah berjumlah RM400,000.00.
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 4 4.1.2 Sehingga Jun 2023, LADA telah menerima 30 permohonan Projek Kecil Komuniti setempat di Langkawi. Mesyuarat ini akan membincangkan 24 permohonan projek dengan baki peruntukan sebanyak RM360,800.00 untuk pertimbangan Jawatankuasa. Berikut adalah kategori pemohon melibatkan skop seperti berikut: SKOP JUMLAH Keagamaan 17 Kemudahan Awam 2 Pendidikan 5 JUMLAH 24 Makluman 4.2 Mesyuarat mengambil maklum pembentangan 24 Permohonan Projek Kecil Komuniti Fasa 2 Tahun 2023 dengan seperti berikut : 4.2.1 Permohonan Projek Pembinaan Stor Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pelajar Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Dan Tapak Tanaman Hidroponik (NFT) PPKI 4.2.1.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kedawang dengan anggaran kos sebanyak RM59,192.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop-skop seperti berikut: i. Pembinaan stor bersaiz 12 kaki x 12 kaki;dan ii. Penanaman hidroponik jenis HYGROWPOT LINKTECH TYPE-R 40UV. 4.2.1.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa pembinaan stor dan penanaman hidroponik merupakan keperluan untuk pelajar khas PPKI iaitu seramai 40 orang. SMK Kedawang juga adalah satu-satunya sekolah yang mempunyai pelajar khas PPKI paling ramai di Langkawi dan mempunyai tauliah Sijil Kemahiran Malaysia Modular (SKM Asas Tanaman).
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 5 4.2.1.3 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal berjumlah RM170,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kerja permulaan dan syarat-syarat am (RM8,000.00); ii. Membina dan menyiapkan tiga (3) buah stor setingkat termasuk ruang penanaman hidroponik termasuk kerja tetulang, acuan dan lain-lain (RM142,859.81); iii. Pendawaian baharu elektrikal dan lain-lain berkaitan (RM11,428.78); dan iv. Wang peruntukan sementara (RM5,000.00). 4.2.1.4 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Saiz stor sedia ada yang kecil dan tidak mengikut spesifikasi keselamatan bagi menyimpan barangbarang, racun berjadual dan baja; ii. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan keselesaan murid pendidikan khas; iii. Set hidroponik sedia ada tidak dapat menampung keperluan pelajar; dan iv. Hasil jualan dapat membantu menjana pendapatan bagi pembangunan pelajar PPKI secara berterusan. 4.2.1.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan bagi skop pembelian set tanaman hidroponik jenis HYGROWPOT LINKTECH TYPE-R dengan siling peruntukan sebanyak RM7,192.00 melalui kaedah gotong-royong oleh PIBG SMK Kedawang. Namun kelulusan ini adalah bersekali dengan sumbangan 2 set tanaman hidroponik LADA sedia ada. Pihak PIBG perlu menerima set ini terlebih dahulu sebelum penyaluran dibuat. Tindakan : Unit Khidmat Korporat 4.2.2 Permohonan Projek Menaik Taraf Menara Pembesar Suara Surau Jannatul Firdaus
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 6 4.2.2.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Surau Jannatul Firdaus dengan anggaran kos sebanyak RM42,500.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop Menaik Taraf Menara Pembesar Suara. 4.2.2.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surau dibina pada tahun 1987 di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah surau adalah seramai 500 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 20 hingga 30 orang pada satu waktu. 4.2.2.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa surau adalah berjumlah RM2,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM160.00 sebulan melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM160.00 (utiliti). Surau aktif dengan aktiviti keagamaan seperti 3 kali kuliah mingguan, kelas Al-Quran dan perhimpunan sambutan bulan-bulan islam. 4.2.2.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM65,000.00 (perolehan kerja) bagi skop-skop berikut: i. Kehendak Permulaan Dan Syarat - Syarat Am (RM5,000.00); ii. Membina baharu 18.7m tinggi sebuah menara pembesar suara termasuk tiang jenis aluminium cat ladder, kemasan akhir dan - lain berkaitan; (RM49,000.00); dan iii. Membekal dan memasang sistem pembesar suara termasuk pendawaian dan lain - lain berkaitan. (RM7,350.00). 4.2.2.5 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Menara pembesar suara yang sedia ada merupakan tiang elektrik TNB lama hasil sumbangan yang diletakkan pembesar suara di atasnya;
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 7 ii. Pembesar suara tidak dapat berfungsi pada tahap optimum kerana berada di tempat yang rendah; iii. Sukar membuat penyelenggaraan sekiranya pembesar suara mengalami kerosakan; dan iv. Memerlukan Menara pembesar suara yang lebih praktikal dan berkesan untuk jangka masa panjang dan mudah dari segi penyelenggaraan. Makluman 4.2.2.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini memandangkan pembesar suara sedia ada masih beroperasi dengan baik dan tidak menjejaskan aktiviti surau tersebut. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.3 Permohonan Projek Pembinaan Signboard Utama Kampung Dan Penyelenggaraan Tandas Awam Jeti Selat Bagan Nyior 4.2.3.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh JPKK Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi bagi skop-skop seperti berikut: i. Naik taraf signboard utama kampung; dan ii. Penyelenggaraan tandas awam jeti. 4.2.3.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa tanda nama kampung sedia ada telah rosak teruk dan memerlukan pembaikan. Selain itu, hasil lawatan tapak mendapati penyelenggaraan jeti tersebut adalah dibawah seliaan dan tanggungjawab Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan permohonan ini juga tidak melalui pihak LKIM bagi pemakluman/mendapatkan kebenaran dari Jabatan. 4.2.3.3 YBrs. Tuan Pengerusi meminta supaya signboard ‘Selamat Datang’ sedia ada di jeti tersebut dibaik pulih kerana telah uzur. Beliau meminta supaya memperbaharui cetakan signboard tersebut bagi memberi imej yang baik kepada LADA memandangkan signboard tersebut tertera loga LADA. 4.2.3.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 8 berjumlah RM50,000.00 (perolehan kerja) bagi skop-skop berikut: i. Kehendak Permulaan Dan Syarat - Syarat Am (RM5,900.00); ii. Cuci Kemasan Lantai Dan Dinding (RM1,400.00); iii. Baikpulih Kemasan Bumbung Dan Siling Yang Rosak (RM5,575.75); iv. Bekal dan pasang baru sanitary appliances (RM1,160.00); v. Bekal dan pasang baru pintu dan tingkap yang rosak (RM1,207.40); vi. Baikpulih susurtangan sedia ada yang rosak (RM1,800.00); vii. Mengecat siling, susurtangan dan dinding tandas (RM10,392.00); dan viii. Wang Peruntukan Sementara (RM15,000.00). 4.2.3.5 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Membaikpulih tanda nama sedia ada; dan ii. Hasil lawatan tapak, didapati tandas adalah dibawah seliaan LKIM dan memerlukan kos yang agak tinggi untuk baikpulih tandas tersebut. Makluman 4.2.3.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini sebanyak RM8,000.00 dengan siling tidak melebihi RM10,000.00 bagi skop baik pulih tanda nama kampung dan baik pulih signboard LADA melalui kaedah gotong-royong oleh JPKK Selat Bagan Nyior, Pulau Dayang Bunting, Langkawi.Turut dipersetujui supaya lakaran rekabentuk bagi tanda nama kampung dipersetujui oleh pihak LADA sebelum kerja-kerja dilaksanakan. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.4 Permohonan Projek Gelanggang Berbumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Temoyong
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 9 4.2.4.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Pengerusi PIBG SK Temonyong dengan anggaran kos sebanyak RM36,625.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop seperti berikut : i. Pembinaan penutup longkang gelanggang (RM2,285.00); dan ii. Pembinaan Dewan Gelanggang Berbumbung (RM25,510.00). 4.2.4.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa SK Temonyong ini telah dibina pada tahun 1952 dengan bilangan murid seramai 648 orang dan guru seramai 58 orang termasuk kakitangan. Sekolah telah mencapai beberapa pencapaian terbaik antaranya ialah Naib Johan Kejohanan Ragbi Wawasan peringkat Negeri. 4.2.4.3 Hasil tinjauan mendapati bahawa padang sekolah yang sedia ada agak sempit untuk melakukan aktiviti sukan terutamanya sukan yang melibatkan pelajar yang ramai. Padang ini juga merupakan tapak perumahan guru yang lama yang telah diruntuh untuk dijadikan padang sekolah. 4.2.4.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa pembinaan bumbung ini adalah bertujuan untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai padang alternatif untuk aktiviti sukan seperti bola tampar dan badminton. 4.2.4.5 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM50,000.00 (perolehan kerja) bagi skop-skop berikut: i. Kehendak Permulaan Dan Syarat - Syarat Am (RM15,000.00); ii. Membina bumbung lengkung dari jenis metal deck termasuk rangka kekuda bumbung, tiang dan lantai konkrit serta lain-lain berkaitan (RM340,500.00); iii. Membekal dan memasang penutup longkang jenis tetulang diameter 12mm dan lain-lain berkaitan (RM16,500.00); dan iv. Wang Peruntukan Sementara (RM5,000.00).
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 10 4.2.4.6 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Padang sedia ada terhad dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti sukan yang melibatkan murid yang ramai; ii. Hasil lawatan tapak, didapati keadaan padang sangat panas kerana berlantaikan simen dan sesuai bagi pembinaan bumbung; iii. Tiada gelanggang indoor yang sesuai;dan iv. Tiada penutup longkang dan membahayakan pelajar. Makluman 4.2.4.7 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM2,300.00 bagi skop penutup longkang melalui kaedah gotong-royong oleh PIBG SK Temonyong. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.5 Permohonan Projek Membaik Pulih Surau Kampung Kubang Badak 4.2.5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Surau Kubang Badak dengan anggaran kos sebanyak RM35,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop-skop seperti berikut : i. Bekalan pembinaan tempat meletak motosikal jemaah; ii. Penyediaan sistem pembesar suara; iii. Penukaran tingkap dan pintu; iv. Penukaran kain penghadang ruang solat lelaki dan wanita; v. Membaiki tandas lelaki dan sistem pembetungan; vi. Pembinaan tangki air dan papan tanda surau; dan vii. Penukaran panel utama elektrik. 4.2.5.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surau ini telah berusia hampir 30 tahun di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 500 hingga
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 11 800 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 10 hingga 20 orang pada satu waktu. 4.2.5.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa surau adalah berjumlah RM2,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM160.00 sebulan melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM160.00 (utiliti). Surau aktif dengan aktiviti keagamaan seperti 3 kali kuliah magrib seminggu, kelas Al-Quran dan sekali ceramah bulanan. 4.2.5.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM180,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan Dan Syarat - Syarat Am (RM10,000.00); ii. Membina ruang terbuka meletak motorsikal saiz 3m (l) x 15m (p) termasuk bumbung metal deck (lengkung) dan lantai konkrit serta lain - lain berkaitan (RM95,500.00); iii. Menanggal dan mengganti baharu pintu dan tingkap termasuk grille dan lain - lain kerja berkaitan (RM22,500.00); iv. Menaiktaraf sistem pembetungan sedia ada kepada 10PE (RM8,500.00); v. Menyelenggara sistem pembetungan sedia ada (RM2,000.00); vi. Baikpulih tandas dan bilik air sedia ada (RM5,000.00); vii. Menyedia dan membina baharu sistem bekalan air termasuk menara, tangki air jenis HDPE 200gal, sistem perpaipan dan lain - lain berkaitan (RM12,000.00); viii. Baikpulih bidai pemisah ruang solat (RM1,500.00); ix. Naiktaraf main switch board menggunakan jenis 14 hala, 32amp dan lain - lain berkaitan (RM2,500.00); x. Naiktaraf sistem audio sedia ada termasuk stand dan pendawaian (RM10,500.00); dan xi. Wang Peruntukan Sementara (RM10,000.00). 4.2.5.5 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 12 i. Surau kelihatan agak uzur kerana telah berusia hampir 30 tahun; ii. Sering dicerobohi penagih-penagih dadah kerana tingkap serta pintu rosak dan mudah dikopek; iii. Sering berlaku kecurian duit tabung dan barangbarang surau kerana dicerobohi oleh individu tidak bertanggungjawab; iv. Tidak mempunyai sistem pembesar suara; v. Hasil tinjauan juga mendapati sistem pembentungan perlu di ubah kerana tempat yang tidak sesuai (bau busuk); vi. Papan tanda surau yang telah rosak;dan vii. Tidak mempunyai tempat parkir yang berbumbung. Makluman 4.2.5.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM25,000.00 bagi skop penyediaan sistem pembesar suara, penukaran tingkap dan pintu, membaiki tandas lelaki dan sistem pembentungan, pembinaan tangki air dan papan tanda surau dan penukaran panel utama elektrik melalui kaedah gotong-royong oleh Surau Kubang Badak. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.6 Permohonan Projek Menaik Taraf Tapak Tempat Meletak Kenderaan Dan Pembinaan Bilik Mandi Jenazah 4.2.6.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Masjid Riyazussolihin dengan anggaran kos sebanyak RM29,250.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop-skop seperti berikut : i. Pembinaan tapak parkir kenderaan baharu berpagar di tanah wakaf hadapan masjid;dan ii. Membina bilik mandi jenazah. 4.2.6.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini telah didirikan di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 500 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 30 hingga 50 orang pada satu waktu.
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 13 4.2.6.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa surau adalah berjumlah RM30,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM1,300.00 sebulan melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM1,400.00 termasuk utiliti, elaun tambahan pegawai masjid, gaji kakitangan dan bayaran kuliah. Masjid aktif dengan kuliah setiap minggu dan aktiviti kemasyarakatan dengan kariah setempat. 4.2.6.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM390,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan Dan Syarat - Syarat Am (RM18,000.00); ii. Membina 1.8m tinggi pagar jenis security fence termasuk bebendul konkrit (RM15,900.00); iii. Membekal dan memasang pintu pagar baharu saiz 1.8m (t) x 4m (l) (RM5,000.00); iv. Menyedia dan menurap kawasan terbuka tempat meletak kenderaan termasuk mengecat garisan lot kenderaan (RM145,500.00); v. Membina sebuah bilik jenazah saiz 7m x 7m termasuk kerja pendawaian elektrikal, sistem perpaipan dan lain - lain kerja berkaitan (RM195,000.00); dan vi. Wang Peruntukan Sementara (RM10,000.00). 4.2.6.5 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Hasil tinjauan mendapati tapak parkir yang dicadangkan telah siap di tambun dgn tanah batu; ii. Pihak masjid memaklumkan bahawa tapak parkir ini menjadi keutamaan kerana kekurangan parkir terutamanya ketika solat jumaat; dan iii. Ruang mandi jenazah – pihak masjid mempunyai peralatan mandi jenazah cuma memerlukan bangunan untuk mandi jenazah. Makluman 4.2.6.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM30,000.00 bagi skop membina bilik mandi
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 14 jenazah melalui kaedah gotong-royong oleh Jawatankuasa Masjid Riyazussolihin. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.7 Permohonan Projek Membaiki Bumbung Masjid Bocor, Masjid Al-Falah 4.2.7.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Falah bagi skop Pembaikan bumbung masjid. 4.2.7.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini dibina pada tahun 2002 di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 400 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 20 orang pada satu waktu. Masjid aktif dengan kuliah keagamaan. 4.2.7.3 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM180,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan Dan Syarat - Syarat Am (RM6,500.00); ii. Pemeriksaan, Pengesahan Dan laporan Kebocoran Bumbung Sedia Ada Beserta Laporan (RM5,000.00); iii. Baikpulih Kemasan Bumbung Dan Siling Yang Rosak (RM154,149.30); dan iv. Wang Peruntukan Sementara (RM10,000.00). 4.2.7.4 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Hasil tinjauan mendapati terdapat beberapa tempat yang mengalami kebocoran bumbung. ii. Pihak masjid memohon supaya projek ini melalui perolehan kerja (lantikan kontraktor) kerana kawasan tersebut tidak mempunyai kepakaran dalam bidang ini. iii. Untuk keselesaan kariah bagi menunaikan ibadah solat dan sebagainya.
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 15 Makluman 4.2.7.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk mempertimbangkan permohonan ini namun, pihak Jawatankuasa Masjid perlu mengenalpasti punca berlakunya kebocoran bumbung dan mengemukakan kos pembaikan kepada pihak urusetia. 4.2.7.6 Kelulusan peruntukan bagi pelaksanaan projek ini perlu diangkat secara berasingan melalui Minit Berasingan dan tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Projek Kecil Komuniti dan Pengurusan Tertinggi LADA. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.8 Permohonan Projek Membekal Kelengkapan Barang-Barang Kenduri Dan Komuniti Kg Datok Bakar 4.2.8.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh JPKK Kampung Dato Bakar dengan anggaran kos sebanyak RM23,900.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop Bekalan peralatan kenduri. 4.2.8.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa anggaran keluasan adalah berkeluasan 20 x 20 kaki. Bilangan penduduk sekitar kampung ini adalah seramai 140 orang. 4.2.8.3 Hasil tinjauan mendapati keadaan surau agak uzur dan tidak dapat menampung jumlah kariah sekitar kampung tersebut. Selain itu, LADA juga mendapati surau tersebut tidak mempunyai tempat simpanan khas (stor) bagi penyimpanan barangan yang sesuai. Barang-barang keperluan kenduri sedia ada telah disimpan di rumah pemohon. 4.2.8.4 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Untuk kegunaan komuniti dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan;dan ii. Tidak mempunyai peralatan dan perkakasan kenduri. Makluman
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 16 4.2.8.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana pihak surau tidak mempunyai tempat penyimpanan peralatan yang sesuai. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.9 Permohonan Projek Menaik Taraf Surau Nurul Furqan Kampung Kilim 4.2.9.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Surau Nurul Furqan dengn anggaran kos sebanyak RM250,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop Pembinaan surau baharu. 4.2.9.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini telah berusia hampir 30 tahun dan dibina di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 200 orang. Surau ini hanya menjalankan aktiviti kelas mengaji bagi kanak-kanak 5 kali seminggu. Pendapatan surau hanya sumbangan daripada kutipan yuran kelas mengaji kanak-kanak tersebut. 4.2.9.3 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM132,673.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (RM6,250.00); ii. Memecah dinding-dinding lama, membuang sampahsampah keluar dari tapak serta menanggal bumbung dan roof trusses sedia ada (RM5,000.00); iii. Membina dinding baru dan tiang konkrit bertetulang (RM7,933.00); iv. Membekal dan memasang roof trusses dari jenis aluminium (RM15,090.00); v. Membekal dan memasang bumbung dek logam jenis PU foam dengan ketebalan 0.40mm (RM28,200.00); vi. Membekal dan memasang kepingan siling akustik gentian mineral (RM27,100.00); vii. Mengecat keseluruhan dinding surau dengan satu lapisan cat undercoat dan dua lapisan cat rintangan cuaca (weathershield) (RM23,100.00);
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 17 viii. Pendawaian semula elektrikal dan lain-lain berkaitan (RM10,000.00); dan ix. Wang Peruntukan Sementara (RM10,000.00). 4.2.9.4 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Hasil perbincangan semasa lawatan tapak, mudir surau ingin mengubah permohonan daripada membina baru surau kepada naik taraf surau sedia ada iaitu membaiki struktur bumbung dan dinding surau; ii. Tinjauan mendapati keadaan surau masih baik dan hanya memerlukan pembaikan bumbung sahaja kerana bumbung sedia ada sangat rendah dan di makan anai-anai; iii. Keadaan bumbung sedia ada tidak memberi keselesaan kepada pelajar yang hadir terutamanya di siang hari kerana atap bumbung daripada zink menyebabkan haba panas di dalam surau;dan iv. Surau tidak mempunyai penghawa dingin. Makluman 4.2.9.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana memerlukan kos yang tinggi. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.10 Permohonan Projek Membina Baru Pagar Di Tanah Perkuburan Masjid Al-Aman Yooi 4.2.10.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Masjid Nur Al-Aman Yooi bagi skop Memasang Pembinaan pagar baharu. 4.2.10.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini telah dibina pada tahun 1972 di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 1,200 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 50 hingga 60 orang pada satu waktu.
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 18 4.2.10.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa surau adalah berjumlah RM54,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM12,000.00 sebulan melalui hasil kutipan tabung mingguan dan solat jumaat dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM10,000.00 termasuk utiliti, elaun pegawai masjid dan bayaran kuliah. Masjid aktif dengan 7 kali kuliah mingguan, 4 kali kuliah subuh sebulan, dan 4 kali kuliah dhuha sebulan serta kelas mengaji dan sambutan perayaan bulan-bulan islam. 4.2.10.4Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM227,819.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (RM6,250.00); ii. Menanggal pagar chainlink sedia ada dan lain-lain kerja berkaitan (RM1,000.00); iii. Membina pagar chainlink 1.2m tinggi termasuk asas jalur konkrit dan lain-lain kerja berkaitan (RM215,569.00); dan iv. Wang Peruntukan Sementara (RM5,000.00). 4.2.10.5Asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Pagar sedia ada hanya rosak 1/2 kawasan tanah kubur. Makluman 4.2.10.6Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana memerlukan kos yang tinggi dan terdapat isu pengurusan tanah dengan penduduk kampung. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.11 Permohonan Projek Pembinaan Ruang Laluan Binatang Qurban Masjid Aisyah 4.2.11.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh JPKK Sungai Menghulu dengan anggaran kos sebanyak RM22,090.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop Pembinaan ruang untuk
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 19 membawa binatang sembelihan ke tempat penyembelihan. 4.2.11.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid dibina pada tahun 1993 di atas tanah hak milik Majlis Agama Islam Kedah dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Masjid aktif dengan program-program keagamaan seperti Kuliah Mingguan, Kuliah Bulanan, Majlis Bacaan Al-Quran selain turut dijadikan Pusat Pemberian Makanan Asnaf. 4.2.11.3Hasil tinjauan mendapati bahawa tempat penyembelihan telah dibina oleh pihak masjid. YBrs. Tuan Pengerusi berpandangan bahawa tiada keperluan mendesak bagi permohonan ini dalam tempoh segera selain simpanan pihak masjid yang dilihat memberansangkan. 4.2.11.4Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM50,000.00 (perolehan kerja) bagi skop-skop berikut: i. Kerja permulaan. (RM5,000.00); dan ii. Kerja membina laluan binatang qurban lengkap dengan susurtangan jenis galvanised saiz 1.8m (t) x 1.5m (l) termasuk bebendul konkrit (RM36,930.00). 4.2.11.5Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Tempat penyembelihan sedia adalah terbuka; ii. Mengancam keselamatan orang ramai sewaktu proses penyembelihan; dan iii. Memudahkan proses penyembelihan . Makluman 4.2.11.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.12 Permohonan Projek Naik Taraf Asrama Maahad Tahfiz AlQuran Dakwatul Hidayah
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 20 4.2.12.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Mudir, Maahad Tahfiz Al-quran Dakwatul Hidayah dengan anggaran kos sebanyak RM104,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop menaik taraf maahad tahfiz (penambahan asrama). 4.2.12.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa maahad tahfiz ini dibina pada tahun 2002 di atas tanah wakaf dengan jumlah pelajar adalah seramai 20 orang dan 2 orang guru tahfiz. Maahad mempunyai simpanan sebanyak RM5,000.00 hingga RM10,000.00 hasil sumbangan orang ramai dan yuran pelajar. Anggaran perbelanjaan sebanyak RM 6,000.000 termasuk bayaran utiliti, bayaran gaji dan bayaran pengurusan sekolah termasuk makan minum pelajar. 4.2.12.3Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM200,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Bekalan barang - barang keperluan Maahad Tahfiz (RM134,352.90); ii. Upah melengkapkan Maahad Tahfiz. Anggaran tempoh pembinaan selama 118hari (RM19,000.00); dan iii. Lain - lain kos berkaitan seperti pengangkutan dan keuntungan (RM45,967.00). 4.2.12.4Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Memberi keselesaan kepada pelajar-pelajar maahad;dan ii. Asrama sedia ada tidak mencukupi untuk menampung pertambahan pelajar. Makluman 4.2.12.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.13 Permohonan Projek Naik Taraf Bilik Air Dan Pagar Surau Hidayatul Ummah
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 21 4.2.13.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Surau Hidayatul Ummah dengan anggaran kos sebanyak RM32,660.00.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop-skop seperti berikut : i. Bekalan Pembinaan Baru Pagar Surau (280 kaki); dan ii. Menaik Taraf Bilik Air. 4.2.13.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surau ini telah dibina pada tahun 2000 di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 664 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 15 hingga 20 orang pada satu waktu. 4.2.13.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa surau adalah berjumlah RM300.00 hasil kutipan orang ramai dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM150.00 (Utiliti). Surau aktif dengan kuliah-kuliah agama setiap minggu serta kelas fardhu ain dewasa setiap isnin dan khamis. 4.2.13.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM153,327.11 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (RM7,500.00); ii. Membina 1.2m tinggi pagar jenis security fence dan lain-lain kerja berkaitan (RM84,809.70); iii. Membina tempat wuduk wanita saiz 2m x 2m termasuk struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (RM21,261.41); iv. Membaikpulih tandas sedia ada dan lain-lain kerja berkaitan (RM20,756.00); v. Pendawaian elektrikal dan lain-lain berkaitan (RM9,000.00); dan vi. Wang Peruntukan Sementara (RM10,000.00).
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 22 4.2.13.5Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Memberi keselesaan kepada jemaah menunaikan ibadat; ii. Keadaan bilik air agak uzur dan tidak selesa;dan iii. Untuk menghindari binatang liar (anjing) masuk ke kawasan surau. Makluman 4.2.13.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM25,000.00 melalui kaedah gotong-royong oleh Surau Hidayatul Ummah. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.14 Permohonan Projek Baik Pulih Pintu Pagar Masjid Al-Hijrah 4.2.14.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Pengerusi Masjid Al-Hijrah, Kampung Selat Lubuk Chempedak dengan anggaran kos sebanyak RM25,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop membaik pulih pintu pagar. 4.2.14.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini telah dibina pada tahun 1986 di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 440 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 15 hingga 30 orang pada satu waktu. 4.2.14.3 Mesyuarat turut mengambil maklum anggaran pendapatan masjid adalah diantara RM150.00 hingga RM250.00 hasil penanaman dan jualan getah dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM800.00 (Utiliti). Masjid aktif dengan kuliah-kuliah agama dan kelas fardhu ain setiap Ahad. 4.2.14.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM45,140.50 (perolehan kerja) bagi skop-skop berikut:
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 23 i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (RM5,300.00); ii. Menanggal pintu pagar utama sedia ada, membekal dan memasang pintu pagar baru (RM27,590.00); iii. Menanggal pintu pagar belakang, membekal dan memasang pintu pagar baru (RM5,250.50); dan iv. Wang Peruntukan Sementara (RM7,000.00). 4.2.14.5Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Pembaikan pintu pagar masjid di bahagian hadapan dan belakang menghadap ke jalan tanah perkuburan untuk keselesaan penduduk kampung; ii. Pagar sedia ada sukar digunakan kerana terlalu berat; dan iii. Pernah terjatuh beberapa kali, boleh mengakibatkan kecederaan kepada pengguna. Makluman 4.2.14.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.15 Permohonan Projek Membina Dewan Serbaguna Kampung Baru 4.2.15.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Pengerusi Surau Al-Ikhlas, Kampung Baru dengan anggaran kos sebanyak RM15,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop pembinaan sebuah dewan terbuka serbaguna berukuran 26 x 16 kaki. 4.2.15.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surau ini telah dibina pada tahun 1972 di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah adalah seramai 400 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang pada satu waktu. 4.2.15.3 Mesyuarat turut mengambil maklum anggaran pendapatan bulanan surau adalah berjumlah RM200.00
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 24 hasil kutipan orang ramai dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM150.00 (Utiliti). Surau aktif dengan kuliah mingguan, kuliah bulanan acara korban dan sambutan perayaan bulan-bulan islam. 4.2.15.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM216,886.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (RM6,500.00); ii. Membina dewan serbaguna saiz 8m x 5m termasuk struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (RM152,696.40); iii. Membina stor dan bilik persalinan 2m x 2.5m termasuk struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (RM32,689.60); iv. Pendawaian elektrikal dan lain-lain berkaitan (RM15,000.00); dan v. Wang Peruntukan Sementara (RM10,000.00). 4.2.15.5Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Tiada kawasan untuk dijadikan sebagai ruang aktiviti sosial seperti kenduri; dan ii. Menggunakan kawasan sedia ada sebagai tempat penyembelihan binatang korban. Makluman 4.2.15.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM15,000.00 melalui kaedah gotong-royong oleh Surau AlIkhlas, Kampung Baru. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.16 Permohonan Projek Menaik Taraf/ Pembesaran Surau Dan Tempat Mengambil Wudhuk Muslimah Tertutup Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Teriang 4.2.16.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Guru Besar SK Teriang dengan anggaran kos sebanyak RM50,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop seperti berikut :
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 25 i. Menaik taraf pembesaran surau dan tempat;dan ii. Mengambil wudhuk muslimah tertutup. 4.2.16.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa SK Kuala Teriang ini telah dibina pada tahun 1953 dengan bilangan murid seramai 638 orang dan guru seramai 51 orang termasuk kakitangan. 4.2.16.3Hasil tinjauan mendapati bahawa surau sedia ada tidak dapat menampung kapasiti pelajar bagi kegunaan setiap sesi 1 aliran (185 orang). Manakala didapati ruang wudhuk sedia ada tidak selesa dan tidak sesuai bagi pelajar perempuan kerana terbuka. 4.2.16.4Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM137,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (RM6,500.00); ii. Menaiktaraf surau termasuk membina struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (RM80,000.00); iii. Membina laluan pejalan kaki berbumbung bersaiz 15m2 dan lain-lain kerja berkaitan (RM22,000.00); iv. Pendawaian elektrikal dan lain-lain berkaitan (RM11,000.00); dan v. Wang Peruntukan Sementara (RM17,000.00). 4.2.16.5 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Memberi keselesaan kepada guru dan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran; ii. Aktiviti keagamaan dapat dijalan dengan selesa dengan melibatkan semua murid sekolah dalam satu masa; iii. Surau sedia ada sempit; dan iv. Ruang wudhuk bagi murid perempuan tidak selesa dan terbuka. Makluman
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 26 4.2.16.6Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana memerlukan kos yang tinggi. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.17 Permohonan Projek Menaik Taraf Surau Ar-Rahman Taman Delima 4.2.17.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Surau Ar-Rahman, Taman Delima, Padang Lunas bagi skop-skop seperti berikut : i. Bekalan Menukar Karpet; ii. Menukar bumbung yang bocor; iii. Menukar dan merendahkan syiling; iv. Mengubahsuai (menambah keluasan) stor, bilik air dan tandas; v. Memasang "pintu sliding";dan vi. Memasang tambahan bumbung (porch). 4.2.17.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa surau ini telah dibina pada tahun 1953 di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah adalah seramai 500 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 10 hingga 15 orang pada satu waktu. 4.2.17.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa surau adalah berjumlah RM40,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM700.00 sebulan melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM150.00 (Utiliti). Surau tidak aktif selepas PKP. Sebelum PKP aktif dengan aktiviti keagamaan seperti kuliah maghrib, sambutan bulan islam dan kelas mengaji dewasa. 4.2.17.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM240,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (6,500.00);
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 27 ii. Menanggal karpet sedia ada, menyedia dan memasang 8mm tebal ‘underlay cushion’; iii. Menyedia dan memasang permaidani jenis ‘cut pile’ dan tebal pile 4mm (27,100.00); iv. Pemeriksaan, pengesahan dan laporan kebocoran bumbung sedia ada, menukar bahagian bumbung yang rosak dan lain-lain kerja berkaitan (5,000.00); v. Menanggal siling sedia ada, membekal dan memasang kepingan siling akustik gentian mineral ke ketinggian yang lebih rendah dari asal dan lainlain kerja berkaitan (30,000.00); vi. Menaiktaraf stor bersaiz 3m x 6m termasuk struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (43,000.00); vii. Membaikpulih tandas termasuk membekal dan memasang pintu dan tingkap, mengecat dinding dan lain-lain kerja berkaitan (11,000.00); viii. Menanggal pintu sedia ada, membekal dan memasang ‘sliding door’ dan lain-lain kerja berkaitan (37,000.00); ix. Membina ‘porch’ termasuk tiang hollow GI, kerangka bumbung dan bumbung jenis metal deck serta lain-lain kerja berkaitan (30,000.00); x. Pendawaian elektrikal dan lain-lain berkaitan (20,000.00); dan xi. Wang Peruntukan Sementara (30,000.00). 4.2.17.5Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Keadaan surau ini agak uzur kerana merupakan bangunan asal sejak penubuhan; ii. Hasil lawatan didapati terdapat banyak kerosakan yang perlu dibaiki;dan iii. Merupakan satu-satunya tempat beribadat dan tempat berkumpul penduduk kampung bagi menjalankan aktiviti kemasyarakatan. Makluman 4.2.17.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM20,000.00 bagi kerja-kerja berkaitan melalui kaedah gotong-royong oleh Surau Ar-Rahman Taman Delima. Tindakan: Unit Khidmat Korporat
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 28 4.2.18 Permohonan Projek Menaiktaraf Penghawa Dingin Jenis Syiling Masjid As-Sofiah 4.2.18.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Imam Masjid As-Sofiah, KEDA Wang Tok Rendong dengan anggaran kos sebanyak RM40,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop pembelian 6 biji penghawa dingin jenis syiling. 4.2.18.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini dibina di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah adalah seramai 1,000 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 20 orang pada satu waktu. 4.2.18.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa masjid adalah berjumlah RM30,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM2,000.00 sebulan melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai termasuk solat jumaat dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2,000.00 bagi utiliti dan bayaran penceramah. Masjid aktif dengan aktiviti keagamaan seperti 4 kali kuliah mingguan dan 3 kali kuliah/ceramah bulanan serta kelaskelas mengaji dan fardhu ain. 4.2.18.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM40,000.00 (perolehan kerja) bagi skop-skop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (6,250.00); ii. Membekal dan memasang penghawa dingin dan lain-lain kerja berkaitan (28,000.00); dan iii. Wang Peruntukan Sementara (5,000.00). 4.2.18.5Asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Memberi keselesaan kepada jemaah masjid untuk solat kerana penghawa dingin sedia ada tidak dapat menampung kapasiti ruang masjid. Makluman
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 29 4.2.18.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana telah mendapat bantuan projek kecil LADA pada tahun 2022. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.19 Permohonan Projek Menaiktaraf Gelanggang Serbaguna Terbuka Ibnu Sina Dan 11 Buah Bilik Darjah Maktab Mahmud 4.2.19.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Yang Dipertua, Maktab Mahmud Langkawi dengan anggaran kos sebanyak RM30,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop seperti berikut : i. Menaik taraf Gelanggang Serbaguna Terbuka Ibnu Sina (berukuran 102 kaki x 132 kaki); dan ii. Menaik Taraf 11 buah bilik darjah (kerja-kerja mengecat). 4.2.19.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa sekolah ini telah dibina pada tahun 70-an bilangan murid seramai 330 orang dan guru seramai 31 orang termasuk kakitangan. 4.2.19.3Hasil tinjauan mendapati bahawa sekolah telah membuat permohonan membina bumbung gelanggang kepada Lembaga Maktab Mahmud (LMM) namun belum mendapat keputusan berkaitan permohonan tersebut. Manakala pemakluman kepada Lembaga Pengurusan Sekolah (LPS) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) belum dibuat kerana melibatkan kerja-kerja kecil sahaja. 4.2.19.4Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM143,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (6,500.00); ii. Membaiki permukaan gelanggang berkeluasan 1496m2 dengan meletakkan patcher di kawasan yang retak, mengecat permukaan gelanggang dengan satu (1) lapisan asas dan dua (2) lapisan kemasan, menanda dan mengecat garisan
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 30 gelanggang serta lain-lain kerja berkaitan (101,000.00); iii. Mengecat keseluruhan dinding bahagian dalam 11 buah bilik darjah dengan satu (1) lapisan cat undercoat dan dua (2) lapisan cat rintangan cuaca (weathershield) (17,500.00); dan iv. Wang Peruntukan Sementara (18,000.00). 4.2.19.5 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Hasil tinjauan, didapati keadaan gelanggang dan bilik darjah dalam keadaan yang agak uzur; ii. Memberi keselesaan kepada pelajar untuk menjalani pembelajaran di dalam bilik darjah; iii. Gelanggang bukan sahaja digunakan untuk aktiviti bersukan malah ia adalah sebagai tempat untuk pelajar-pelajar berkumpul untuk majlis-majlis rasmi sekolah seperti sambutan hari guru dan perhimpunan sekolah; dan iv. Dewan sedia ada telah dijadikan bilik darjah kerana pertambahan pelajar sekolah. Makluman 4.2.19.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM20,000.00 bagi kerja-kerja berkaitan melalui kaedah gotong-royong oleh Maktab Mahmud Langkawi. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.20 Permohonan Projek Pemasangan Pagar Jenis 'Anti Climb Fencing' Sepanjang 160 Meter Masjid Al-Ittihad 4.2.20.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Jawatankuasa Masjid Al-Ittihad, Kampung Kumpulan bagi skop seperti Memasang Pagar Jenis 'Anti Climb Fencing' sepanjang 160 meter. 4.2.20.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini dibina di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 31 Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 800 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 30 hingga 40 orang pada satu waktu. 4.2.20.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa masjid adalah berjumlah RM80,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM2,500.00 sebulan melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai termasuk solat jumaat dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2,000.00 bagi utiliti dan bayaran penceramah. Masjid aktif dengan aktiviti keagamaan seperti 4 kali kuliah mingguan dan kelas-kelas mengaji dan fardhu ain. 4.2.20.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM151,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (6,500.00); ii. Menanggal pagar sedia ada, membina pagar jenis ‘anti climb’ 1.5m tinggi termasuk acuan dan asas serta lain-lain kerja berkaitan (125,000.00); dan iii. Wang Peruntukan Sementara (19,000.00). 4.2.20.5Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Hasil tinjauan didapati pagar telah rosak;dan ii. Binatang liar sering memasuki kawasan masjid (anjing liar). Makluman 4.2.20.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk meluluskan permohonan ini dengan siling peruntukan sebanyak RM10,000.00 bagi kerja-kerja pembaikan pagar yang rosak dan menjadi laluan binatang liar sahaja. Tindakan: Unit Khidmat Korporat
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 32 4.2.21 Permohonan Projek Pembinaan Dewan Serbaguna Masjid AtTaqwa 4.2.21.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Pengerusi Masjid At-Taqwa, Kisap bagi skop membina sebuah dewan terbuka serbaguna. 4.2.21.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa masjid ini dibina di atas tanah wakaf dan berdaftar dengan Pejabat Agama Daerah Langkawi. Anggaran jumlah anak kariah masjid adalah seramai 1,500 orang di mana jemaah yang hadir solat maghrib dan isyak dianggarkan seramai 20 hingga 25 orang pada satu waktu. 4.2.21.3 Mesyuarat turut mengambil maklum simpanan semasa masjid adalah berjumlah RM120,000.00 di mana anggaran pendapatan bulanan sekitar RM4,000.00 sebulan melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai termasuk solat jumaat dan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2,500.00 bagi utiliti dan bayaran penceramah. Masjid aktif dengan aktiviti keagamaan seperti 7 kali kuliah mingguan (4 kali kuliah maghrib, 3 kali kuliah muslimat), aktiviti sambutan bulan kebesaran islam dan acara tetap dwi tahunan iaitu hari keluarga dan pesta air. 4.2.21.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM899,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (6,500.00); ii. Membina dewan serbaguna bersaiz 33m x 13m termasuk struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (569,000.00); iii. Membina stor, bilik vip dan tandas bersaiz keseluruhan 7m x 13m termasuk struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (170,100.00); iv. Membina pentas dan tangga serta lain-lain kerja berkaitan (13,100.00); v. Pendawaian elektrikal dan lain-lain berkaitan (22,500.00); dan vi. Wang Peruntukan Sementara (117,000.00).
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 33 4.2.21.5Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti berikut: i. Masjid tidak mempunyai dewan serbaguna untuk aktiviti kemasyarakatan anak kariah;dan ii. Mempunyai tanah untuk membangunkan dewan serbaguna ini. Makluman 4.2.21.6 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana melibatkan kos yang terlalu tinggi. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.22 Permohonan Projek Baik Pulih Gelanggang Seni Silat Kubang Badak 4.2.22.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Duta Langkawi UNESCO Global Geopark dengan anggaran kos sebanyak RM7,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop Membaik Pulih Gelanggang Silat. 4.2.22.2 Mesyuarat dimaklumkan bahawa gelanggang silat seni ini adalah diatas tanah persendirian iaitu milik tanah pemohon. Projek ini bermula pada tahun 2011 atas usaha pemohon sendiri dimana bangunan asal adalah daripada kayu. Tujuan pembinaan adalah menjadikan gelanggang silat ini sebagai 'one-stop-center' bagi perkongsian berkaitan geologi, ekologi dan budaya masyarakat setempat. 4.2.22.3 Antara program yang telah diadakan adalah Lawatan Sekolah Luar Negara, program MUROTO (Sistership dengan Muroto geopark), Mesyuarat Perancangan Kursus Malim Gunung, Program Tadabur Quran Tafakur Alam (TQTA) dengan kerjasama Universiti Sains Islam (USIN), lawatan sempena Majlis Professor Negara, Program Bersama Pengamal Perubatan Tradisional (Penggunaan herba untuk patukan ular berbisa) dan latihan silat seni bersama pelancong dalam dan luar negara.
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 34 4.2.22.4 Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah berjumlah RM110,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (6,250.00); ii. Menanggal tiang dan kerangka bumbung sedia ada, membina tiang dan lantai konkrit, membekal dan memasang kerangka bumbung dan bumbung metal dek logam jenis PU foam, membina dinding bata ketinggian 1.2m, mengecat dinding serta lainlain kerja berkaitan (94,000.00); dan iii. Wang Peruntukan Sementara (10,000.00). Makluman 4.2.22.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana tapak gelanggang silat seni tersebut adalah milik persendirian. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.23 Permohonan Projek Baik Pulih Rumah Guru Madrasah Tarbiyatul Uladiyah Darul Ulum 4.2.23.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Mudir Madrasah Tarbiyatul Auladiyah Darul Ulum dengan anggaran kos sebanyak RM20,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop membaik pulih rumah guru. 4.2.23.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa maahad tahfiz ini ditubuhkan pada tahun 2001 di atas tanah kerajaan dengan jumlah pelajar adalah seramai 120 orang dan 5 orang guru tahfiz termasuk 2 orang kakitangan. Maahad tidak mempunyai simpanan dan anggaran pendapatan maahad adalah sebanyak RM7,000.000 di mana hasil pendapatan adalah daripada sewa bilik dan yuran makan pelajar tahfiz. Pelajar terdiri daripada ibu dan bapa tunggal, warga kelamin, warga emas dan belia berumur 13 tahun hingga 25 tahun. 4.2.23.3Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa anggaran kos yang disediakan oleh Bahagian Kejuruteraan Teknikal adalah
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 35 berjumlah RM246,000.00 (perolehan kerja) bagi skopskop berikut: i. Kehendak Permulaan dan Syarat - Syarat Am (6,250.00); ii. Menaiktaraf rumah guru bersaiz 8m x 5.3m termasuk membina struktur bangunan dan lain-lain kerja berkaitan (212,500.00); iii. Pendawaian elektrikal dan lain-lain berkaitan (17,000.00); dan iv. Wang Peruntukan Sementara (10,000.00). 4.2.23.4Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Memberi keselesaan kepada guru;dan ii. Hasil tinjauan mendapati keadaan rumah guru dalam keadaan uzur. Makluman 4.2.23.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana permohonan ini lebih kepada keperluan peribadi. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 4.2.24 Permohonan Projek Menaik Taraf Pentas Dewan SMK Langkawi, Pulau Tuba 4.2.24.1Mesyuarat mengambil maklum bahawa permohonan oleh Yang Dipertua PIBG SMK Langkawi dengan anggaran kos sebanyak RM10,000.00 melalui kaedah pelaksanaan secara gotong-royong bagi skop menaik pembinaan pentas dewan. 4.2.24.2Mesyuarat dimaklumkan bahawa sekolah ini telah dibina pada tahun 2001 dengan bilangan murid seramai 210 orang dan guru seramai 28 orang termasuk 9 orang kakitangan. Pihak sekolah baru menerima bantuan dewan terbuka daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan telah siap dibina pada tahun 2022. Namun demikian, dewan terbuka ini tidak mempunyai pentas. Pentas sedia ada kecil dan tidak berada dalam keadaan yang baik.
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 36 4.2.24.3Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa lawatan tapak tidak dapat dijalankan kerana permohonan diterima lewat dan hampir dengan tarikh Mesyuarat Projek Kecil Komuniti LADA Fasa 2 2023 yang lalu. Maklumat diperoleh hanya melalui perbualan telefon dengan pemohon. 4.2.24.4 Asas-asas pertimbangan bagi permohonan ini adalah seperti di bawah: i. Hasil maklumat, sekolah tidak mempunyai pentas; ii. Memerlukan pentas untuk menjalankan aktiviti atau acara rasmi sekolah;dan iii. Dewan baru dibina adalah peruntukan daripada KPM namun tidak beserta pentas. Makluman 4.2.24.5 Mesyuarat setelah berbincang bersetuju untuk tidak mempertimbangkan permohonan ini kerana didapati permohonan tidak lengkap dan pihak sekolah baru sahaja menerima bantuan dewan daripada KPM. Tindakan: Unit Khidmat Korporat 5. HAL-HAL LAIN 5.1 Permohonan Pembaikan Jeti Nelayan Sungai Kuah 5.1.1 P(UKK) memaklumkan bahawa UKK telah menerima permohonan baru bagi projek pembaikan jeti nelayan di Sungai Kuah. P(UKK) juga memaklumkan bahawa Persatuan Nelayan Sungai Kuah pernah mendapat bantuan bagi pembinaan pontoon sebanyak RM30,000.00. YBrs. Tuan Pengerusi meminta UKK untuk mengadakan lawatan tapak bersama Bahagian Kejuruteraan Teknikal bagi meneliti terlebih dahulu projek tersebut. Tindakan : Unit Khidmat Korporat 5.2 Projek Sumbangan Kipas Angin Kepada Sekolah-Sekolah di Sekitar Langkawi 5.2.1 Projek ini adalah projek penggantian kipas sekolah yang rosak/tidak berfungsi di dalam bilik darjah di sekolah-sekolah
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 37 sekitar Langkawi. YBrs. Tuan Pengerusi meminta supaya UKK mengkaji keperluan dan kapasiti tersebut mengikut sekolahsekolah. Projek ini perlu dibincangkan terlebih dahulu dengan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi kaedah pelaksanaan projek tersebut. Bekalan kipas akan disediakan oleh pihak LADA dan kos pemasangan adalah ditanggung oleh pihak sekolah. Tindakan : Unit Khidmat Korporat 6. PENANGGUHAN MESYUARAT 6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 1.00 petang dengan ucapan terima kasih daripada YBrs. Tuan Pengerusi. Disediakan oleh: -------------------- Nama: Fatimah binti Ahmad Sukri Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir 2 Unit Khidmat Korporat Tarikh: Disemak oleh: -------------------- Nama: Nor Amira Binti Man Jawatan: Penolong Pengurus 2 Unit Khidmat Korporat Tarikh: Disahkan oleh: -------------------- Nama: Nordiana binti Nordin Jawatan: Pengurus Unit Khidmat Korporat Tarikh: Dipersetujui oleh: -------------------- Nama: Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin Jawatan: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan dan Perancangan) Tarikh:
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 38 LAMPIRAN A MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 Tarikh : 27 Jun 2022 (Rabu) Masa : 9.30 Pagi Tempat : Bilik Mesyuarat, Aras 7, Unit Khidmat Korporat Pengerusi : YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perancangan dan Pembangunan) Lembaga Pembangunan Langkawi SENARAI KEHADIRAN: 1. YBrs. Tuan Wan Kamarul Faisal Bin Wan Kamardin - Pengerusi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan dan Perancangan) 2. Puan Nordiana Binti Nordin Pengurus Unit Khidmat Korporat 3. Encik Adill Bin Bahatim Pengurus Bahagian Kewangan 4. Encik Ibrahim Bin Jacob Penolong Pengurus Kanan 1 Bahagian Perancangan 5. Puan Marzaliana Binti Ghazali Penolong Pengurus Bahagian Pelancongan 6. Cik Izzati Binti Naserun Penolong Pengurus 2 Bahagian Kejuruteraan Teknikal 7. Puan Siti Zumayah Binti Saad Penolong Jurutera Bahagian Kejuruteraan Teknikal 8. Cik Nor Amira Binti Man - Urus setia Penolong Pengurus 2 Unit Khidmat Korporat 9. Puan Fatimah Binti Ahmad Sukri - Urus setia Penolong Pegawai Tadbir Unit Khidmat Korporat
MESYUARAT JAWATANKUASA PROJEK KECIL KOMUNITI FASA 2 TAHUN 2023 39 10. Puan Khalimatun Binti Adzimi - Urus setia Personel MyStep Unit Khidmat Korporat AHLI TURUT HADIR 11. Encik Mohd Syafiq bin Md Lani Penolong Pengurus Kanan 3 Unit Perolehan