23 OKTOBER 2021
8.30 PAGI - 11.30 PAGI
GOOGLE MEET
1 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
Sekapur Sirih
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama
melapangkan diri untuk hadir dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 tahun 2021. Terima kasih sekali lagi
kerana kehadiran ibu bapa sebagai tanda sokongan dan komitmen bagi merealisasikan visi dan misi
sekolah ini.
Hadirin sekalian, kejayaan murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata-mata kerana ibu bapa
perlu bertindak sebagai pendorong utama kepada anak-anak. Galakkan mereka untuk hadir ke sekolah
setiap hari, mengulangkaji mata pelajaran di rumah serta menyiapkan kerja rumah sekiranya ada. Sa-
rana ibu bapa adalah satu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan anak
dalam pembelajaran di rumah dan sekolah. Sarana ibu bapa merangkumi empat elemen meliputi
penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak
dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan Ahli Jawa-
tankuasa PIBG 2020/2021 kerana telah menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi. Akhir
kata setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-33 SK Damansara Jaya 1.
Sekian, terima kasih.
Yang Benar,
…………………………….
(En. Mohd Johari bin Mohamed Sahar)
Guru Besar ,
SK Damansara Jaya (1)
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 2
Serangkai Madah
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, dan Salam Sejahtera
Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Damansara Jaya 1 En Mohd Johari Bin Mohamed Sahar,
Barisan Pentadbir,
Guru-guru serta ibu bapa yang dikasihi sekalian.
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana kita dapat berkumpul sekali lagi bagi menjayakan mesyuarat
Agung PIBG kali ke-33 pada tahun ini. Saya mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang te-
lah dapat meluangkan masa untuk hadir secara atas talian pada hari ini.
Pertama sekali, saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah
dan syabas kepada semua AJK PIBG telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun
ini walaupun dalam keadaan yang amat sibuk dengan pelbagai tugas yang lain dan juga dalam situasi
pandemik Covid-19. Sesungguhnya Mesyuarat Agung ini merupakan platform terbaik untuk semua ibu
bapa bertemu walaupan hanya secara maya bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk
melonjakkan lagi kecemerlangan sekolah sama ada dalam akademik mahupun kokurikulum.
Tuan-tuan dan Puan-puan Sekalian,
Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya dan barisan AJK telah berusaha untuk menjalankan tugas yang
telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala tindakan yang dilakukan, kami sentiasa
memikirkan kebajikan anak-anak kita di sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walau-
pun kadang kala berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan. Sumbangan PIBG
yang telah diberikan oleh tuan puan telah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membantu mem-
biayai program-program sekolah untuk meningkatkan pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak
kita di sekolah ini. Oleh itu saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah
memberi sumbangan PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi
pembelajaran anak-anak.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan mem-
berikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan SKDJ1 terus
Sekian, selamat bersidang.
“MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”
…………………………………
(En. Mohd Aidi Alfian bin Mohd Amin)
Yang DiPertua PIBG SK Damansara Jaya 1
3 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
SURAT PANGGILAN
M E S Y U A R AT
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33 TAHUN 2021 4
TENTATIF MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33
8.30 : Pendaftaran Ibu Bapa / Penjaga
8.40 : Bacaan Doa
8.45 : Nyanyian lagu Negaraku
8.50 : Ucapan Guru Besar SKDJ 1 selaku Penasihat PIBG
9.00 : Ucapan YDP PIBG Sesi 2020/2021
9:10: Mesyuarat Agung dimulakan:
i) YDP mempengerusikan dan memulakan Mesyuarat Agung PIBG ke-33
ii) Membentang dan menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32
iii) Perkara berbangkit
iv) Membentang dan menerima Laporan Tahunan PIBG sesi 2020/2021
v) Membentang dan menerima Laporan Penyata Kewangan PIBG sesi
2020/2021
vi) Perbincangan usul-usul dan cadangan-cadangan yang dikemukakan
vii)Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021
viii)Pemilihan dan pengundian Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022
ix) Ucapan YDP PIBG sesi 2021/2022
x) Hal-hal lain
11:30 : Majlis Bersurai
Selamat Bersidang
5 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33 TAHUN 2021
AJK PELAKSANA
Penasihat : En. Mohd Johari bin Mohamed Sahar
YDP : En. Mohd Aidi Alfian bin Mohd Amin
Naib YDP : En. Muhammad Tariq bin Mohd Fakri
Setiausaha : Pn. Siti Hajar Nabila bt Shukri
Bendahari : En. Muhamad Ziad bin Md Isa
Jawatankuasa Kerja Nama Guru
Pendaftaran Pn. Nur Liyana Bt Md Saad (k)
En. Mohd Juhari bin yusoff
Doa En. Mohamad Ikhwan bin Izam
Pencatat Minit Ust. Mohd Farhan Bin Rosli
Pencatat undi Cik Azma Bt Abdul Aziz (k)
Pengacara Majlis Cik Nur Afiqah Faheem binti Mohd sohib
Pn. Nor Aidilla Bt Hassan (k)
Pn. Nurul Sakinah Bt Sahid
Pn. Afiqah Bt Nooh
Backdrop En. Bak Zhi Yang
Buku Program Pn. Tn Nor Hafizah Bt Tn Mahmood (k)
Pn. Suriya Bt Ahmad
Jamuan Cik Kamarul Amira binti Muhammad Ariffin
Pn. Siti Norazlina Binti Makhtar (k)
Sijil Penghargaan/ Had- Pn Radiah Bt Zakaria
iah Pn Norhasliza Bt Zainul Abidin
Pn. Siti Hajar Nabila Bt Shukri (k)
Pn.Siti Hawadalila Bt Haneefa
En. Muhammad Asyraf bin Tajuddin
Muhammad Faiz Bin Baharin @ Mujirin (k)
ICT En. Mohd Hazmie Bin Zakariyah
En.Mohd Razif Bin Amir Abzol
Usul & Cadangan 2021 En. Mohd Farhan Bin Rosli
Pengerusi Sementara En.Muhammad Nasri Safwan Bin Mohd Hazani
Pn.Siti Hawadalila Bt Haneefa (k)
Pn. Siti Hajar Nabila Bt Shukri
En. Mohd Farhan bin Rosli
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33TAHUN 2021 6
AJK INDUK PIBG
PENASIHAT
EN. MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR
YANG DIPERTUA PIBG
EN. MOHD AIDI ALFIAN BIN MOHD AMIN
NAIB YANG DIPERTUA PIBG
EN. MUHAMMAD TARIQ BIN MOHD FAKRI
SETIAUSAHA KEHORMAT
PN. SITI HAJAR NABILA BT SHUKRI
BENDAHARI KEHORMAT
EN. MUHAMAD ZIAD BIN MD ISA
AHLI JAWATANKUASA
AJK GURU AJK IBU BAPA
PN. SITI HAWADALILA BT PN. VENESSA RAJAGOPAL
HANEEFA PN. KOAY LI BEE
PN. SHARIFAH SOFIA BT SYED HUSSEIN
PN. HARYATI BT HASSAN EN. MOHD FAKRI BIN HAJI AZMI
CIK AZMA BT ABDUL AZIZ AHMAD AZLAM BIN JIKAN
EN. MUHAMAD ASYRAF BIN MOHD AZLAN SHAH BIN ABDULLAH
KENNETH RAJ
TAJUDDIN
JURUAUDIT ( IBU BAPA )
PN. MARDIANA BT MAT DIN
JURUAUDIT ( GURU )
EN. MUHAMMAD RAZIF BIN AMIR AB-
ZOL
7 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33TAHUN 2021
SENARAI KEHADIRAN AJK
M E S Y U A R AT
BIL NAMA JAWATAN JUMLAH KEHADIRAN
1 EN. MOHD JOHARI BIN MOHAMED SAHAR PENASIHAT 3/3
2 EN. MOHD SABRI BIN HASHIM PK PENTADBIRAN 4/4
3 PN. NUR MAZLINA BT MAJNUN 4/4
4 PN. SURIANI BT HUSIN PK HEM 4/4
5 PN. SITI NORMAHANI BINTI OTHMAN PK KOKURIKULUM 4/4
6 EN. MOHD AIDI ALFIAN BIN MOHD AMIN 4/4
PK PPKI
YDP PIBG
7 EN. MUHAMMAD TARIQ BIN MOHD FAKRI NYDP PIBG 3/4
8 PN. SITI HAJAR NABILA BT SHUKRI SETIAUSAHA PIBG 4/4
9 EN. MUHAMAD ZIAD BIN MD ISA BENDAHARI PIBG 3/4
10 PN. SITI HAWADALILA BT HANEEFA 3/4
11 PN. HARYATI BT HASAN AJK (GURU) 2/4
12 EN. MUHAMAD ASYRAF BIN TAJUDDIN AJK (GURU) 3/4
13 CIK. AZMA BT ABDUL AZIZ AJK (GURU) 3/4
14 EN. MOHD FAKRI BIN HAJI AZMI AJK(GURU) 3/4
15 EN. AHMAD AZLAM BIN JIKAN AJK (GURU) 3/4
16 EN. KENNETH RAJ AJK(IBUBAPA) 2/4
AJK(IBUBAPA)
17 PN. VENESSA RAJAGOPAL AJK(IBUBAPA) 4/4
18 PN. SHARIFAH SOFIA BT SYED HUSSIN AJK(IBUBAPA) 3/4
19 PN. KOAY LI BEE AJK(IBUBAPA) 3/4
20 EN. MOHD AZLAN SHAH BIN ABDULLAH AJK (IBUBAPA) 3/4
21 PN. MARDIANA BT MAT DIN JURUAUDIT DALAMAN 4/4
22 EN. MUHAMMAD RAZIF BIN AMIR ABZOL JURUAUDIT DALAMAN 1/4
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 8
MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 2020
Tarikh : 22 Februari 2020
Masa : 830 pagi
Tempat : Dewan Sk Damansara Jaya 1
Kehadiran : Guru : 27 Orang
Ibu bapa: 69 Orang
Agenda mesyuarat
1.0 BACAAN DOA
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 32 telah dimulakan pada 9.00 pagi dengan ucapan alu-aluan
oleh pengerusi majlis dan bacaan doa oleh En. Mohd Farhan Bin Rosli.
2.0 BICARA ILMU
2.1 Mesyuarat Agung diteruskan dengan ucapan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS
PDRM) iaitu Koperal Juferi. Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak PDRM atas ker-
jasama yang diberikan kepada pihak polis dan beliau berharap hubungan yang baik ini
dapat diteruskan lagi. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak PDRM bersedia untuk
bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menangani masalah disiplin murid .
3.0 UCAPAN GURU BESAR SELAKU PENASIHAT PIBG
3.1 Guru Besar mengucapkan selamat datang kepada Pengerusi, Ahli-ahli jawatankuasa
PIBG, Barisan Penolong Kanan, guru-guru dan ibu bapa ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke
-32. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang hadir dimana kehadiran
pada mesyuarat kali ini lebih ramai dari sebelum ini. Beliau juga mengucapkan terima
kasih kepada AJK 2018/2019 atas segala aktiviti dan sumbangan yang telah dilakukan
sepanjang tahun.
3.2 Guru Besar memaklumkan bahawa seramai 15 orang Ahli Jawatankuasa PIBG dan dua
orang juruaudit baru akan dilantik pada hari ini dimana melibatkan 9 orang ahli dalam ka-
langan ibu bapa dan 6 orang ahli dikalangan guru. Beliau juga berharap ahli yang dilantik
tidak mempunyai sebarang kepentingan kepada diri sendiri dan mempunyai matlamat ter-
tentu. Ahli yang dilantik juga haruslah mempunyai hubungan yang baik dengan pihak
sekolah dan sanggup meluangkan masa dan berkhidmat dengan sepenuh hati untuk ke-
menjadian murid. Selain itu, guru besar juga memaklumkan bahawa individu luar yang tid-
ak mempunyai anak disekolah juga boleh menjadi ahli PIBG tetapi perlu memohon dan
merujuk kepada PPD dan JPN terlebih dahulu.
3.3 Guru besar juga memberitahu tujuan PIBG ialah untuk membantu murid dari segi pen-
capaian dalam akademik dan juga sahsiah serta memberikan perkhidmatan untuk memaju
dan menaikkan imej sekolah. Seterusnya, Guru Besar juga berharap agar ahli jawa-
tankuasa yang bakal dilantik akan dapat saling bertukar idea dan fikiran untuk perbaiki
taraf pendidikan murid. Selain itu, Guru Besar juga memaklumkan tentang larangan dalam
PIBG dimana ahli jawatankuasa tidak boleh campur tangan dalam pentadbiran sekolah,
tidak menjalankan aktiviti politik dan bergabung dengan pihak luar seperti PIBG sekolah
lain serta mewujudkan perjanjian kewangan dari pihak luar.
9 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
3.4 En. Zubir bin Yaacob turut memaklumkan tentang bidang kuasa selaku penasihat
dalam PIBG dimana guru besar memainakan peranan dalam mengawal dan
menasihat tentang hal-hal dalam PIBG. Guru Besar sebagai penasihat perlu
menasihati persatuan supaya PIBG tidak melanggar dasar-dasar kerajaan dan
penasihat berhak untuk menolak hal-hal yang tidak berkaitan dengan PIBG.
3.5 En. Zubir bin Yaacob memaklumkan tentang bidang kuasa ahli jawatankuasa PIBG
dimana ahli-ahli yang dilantik perlu hadir mesyuarat AJK PIBG 3-4 kali dalam se-
tahun. Ahli juga perlu merancang program-program yang berkaitan kemenjadian
murid. Ketua setiap biro akan dilantik dimana melibatkan tujuh biro seperti biro
akademik, biro kokurikulum, biro kewangan, biro kebajikan, biro pembangunan
insan, biro komunikasi dan biro keceriaan.
4.0 UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG SESI 2019/2020
4.1 Tuan Haji Mokhti mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru ke
Mesyuarat Agung Pibg kali ke 32. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada
semua AJK PIBG sesi 2019/2020 yang telah memberi khidmat cemerlang bagi
semua aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2019. Beliau juga men-
gucapkan terima kasih kepada Cik Qurratulain Atiqah sebagai wakil daripada
Pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya atas sumbangan dana yang disalurkan ke
dalam dana PIBG bagi memastikan segala program sekolah dapat dijalankan.
5.0 UCAPAN PERASMIAN – CIK QURATULAIN ATIQAH (MAJLIS BANDARAYA PETALING
JAYA)
5.1 Cik Quratulain Atiqah mengucapkan terima kasih atas jemputan dari pihak
sekolah dan mengucapkan tahniah atas kehadiran semua pada mesyuarat pada
kali ini. Cik quratulain menyampaikan salam daripada Yang berhormat Puan Ja-
milah yang tidak dapat hadir atas sebab urusan kerja. Cik Quratulain juga men-
gucapkan selamat bersidang kepada semua hadirin dan semoga mesyuarat PIBG
pada kali ini akan berjalan dengan lancar.
5.2 Cik Quratulain Atiqah juga memaklumkan kepada ibu bapa bahawa kehadiran ibu
bapa merupakan satu sokongan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan pro-
gram-program kemenjadian murid. Sokongan masa, moral, kepakaran dan
kewangan adalah sangat penting untuk melahirkan anak-anak murid yang cemer-
lang. Beliau turut meminta agar ibu bapa dan guru-guru peka terhadap anak
murid dimana pada masa kini terdapat banyak kes murid-murid mengalami ma-
salah kemurungan. Cik Quratulain juga memaklumkan kepada pihak sekolah ba-
hawa pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya bersedia untuk membantu sekolah
dalam menyalurkan dana agar program kemenjadian murid dapat dilaksanakan.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 10
6.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG YANG LALU.
6.1 YDP PIBG sesi 2019/2020 membentangkan minit Mesyuarat Agong PIBG kali ke
31.
6.2 YDP PIBG mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan meminta ibu
bapa merujuk buku program untuk menyemak minit mesyuarat agung kali ke 31.
6.3 Perkara berbangkit (m/s 10-6.4). Puan Patricia telah memaklumkan bahawa
sambutan Tahun Baru Cina dan persembahan ‘Lion Dance’ disumbangkan oleh
beliau.
6.4 Ahmad Azlam mencadangkan pengesahan minit mesyuarat agung yang lepas
diterima dan disokong oleh Puan Punitha.
7.0 PEMBENTANGAN LAPORAN TAHUNAN PIBG 2019
7.1 Setiausaha kehormat membentangkan laporan tahunan PIBG bagi sesi 2019.
7.2 Beliau memaklumkan bahawa terdapat beberapa aktiviti yang dijalankan oleh
pihak sekolah dengan kerjasama PIBG. Aktiviti-aktiviti yang diadakan adalah sep-
erti Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31, Majlis Anugerah Kecemerlangan, Majlis
Graduasi Tahun 6, Majlis Sambutan Hari kanak-kanak, Temasya Sukan Tahunan,
Sambutan Hari Guru, Majlis Solat Hajat Perdana dan Gotong-royong perdana
2019.
8.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 2019
8.1 Bendahari Kehormat membentang dan melaporkan laporan kewangan PIBG yang
berakhir pada 31 Disember 2019.
8.2 Laporan penyata kewangan tahunan PIBG 2019 telah diaudit oleh En. Muham-
mad Razif bin Amir Abzol dan Pn. Elyana Jessica. Semua hadirin merujuk kepada
buku program mesyuarat agung PIBG untuk melihat butiran laporan kewangan.
Rujuk lampiran.
8.3 Sepanjang tahun 2018, perbelanjaan sebanyak rm 46,897.01 telah diluluskan dan
disahkan oleh pihak PIBG.
8.4 Puan Elyana Jessica selaku juruaudit dalaman memberitahu bahawa audit yang
dilakukan tidak jelas dimana terdapat beberapa resit pembelian barang-barang
telah hilang.
8.6 Puan Suriya memaklumkan kepada hadirin bahawa resit yang telah hilang telah
dibuat details yang di tandatangani akuan daripada guru-guru yang terlibat se-
masa pembelian.
8.7 Puan Venessa menanyakan tentang tujuan penubuhan akaun baru untuk pro-
gram ‘Fun Run’ yang telah dijalankan pada tahun 2019.
11 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
8.8 Puan Mardiyana menanyakan tentang baki kewangan daripada program ‘Fun
Run’ dan dimana baki duit tersebut disalurkan.
8.9 Bendahari kehormat memaklumkan bahawa semua baki duit daripada program
‘Fun Run’ telah dimasukkan ke dalam akaun PIBG.
8.10 En. Mohd Fakri memberi cadangan supaya pada masa akan datang program lain
diadakan yang menggunakan bajet yang lebih rendah tetapi dapat memberi
keuntungan seperti hari jualan.
8.11 Pn.Mardiyana menanyakan tentang penyata kewangan Program Fun Run. Beliau
mencadangkan akaun PIBG diaudit 3 bulan sekali.
9.0 USUL DAN CADANGAN
9.1 En. Zubir bin Yaacob membentangkan usul dan cadangan yang telah dibuat oleh
ibu bapa. Rujuk Lampiran.
9.2 Puan Suzan memberi cadangan usul baru dimana beliau meminta supaya pihak
sekolah menetapkan masa yang betul untuk loceng sekolah dibunyikan. Puan
Mazlina binti Majnun menyatakan bahawa loceng sekolah telah ditetapkan dan
akan dibunyikan pada jam 730 pagi. Manakala murid yang lewat akan diambil
nama oleh pengawas pada jam 735 pagi.
9.3 Puan Mardiana memberi cadangan usul baru dimana audit kewangan PIBG
dilakukan 3bulan sekali dan memohon dua wakil ibubapa dan seorang wakil guru
untuk memegang jawatan juruaudit PIBG dan menambah seorang bendahari
dalam kalangan ibu bapa. En. Zubir menjelaskan bahawa hanya dua orang
juruaudit dalaman sahaja yang boleh dilantik dimana melibatkan seorang guru
dan seorang wakil ibu bapa. Sekiranya ingin melantik juruaudit bertauliah, pihak
PIBG perlu menggaji juruaudit tersebut. Beliau juga memaklumkan hanya guru
sahaja yang boleh dilantik sebagai bendahari pibg merujuk kepada buku panduan
pengurusan PIBG.
9.4 En. Nicholas menyuarakan usul tentang denda bagi murid yang lambat. Beliau
tidak bersetuju dengan denda khidmat masyarakat yang dikenakan kepada murid
yang datang lambat ke sekolah. Beliau menyatakan kebimbingan murid akan
terganggu emosi akibat denda tersebut. En. Nicholas juga memohon supaya
pengawal keselamatan menjaga trafik dihadapan sekolah pada waktu pagi.
9.5 Guru Besar memberi maklum balas terhadap usul dan memberitahu denda yang
dilakukan oleh pihak sekolah telah terlalu ringan dan tidak membebankan murid.
Denda semasa waktu rehat dilihat akan menggangu waktu makan murid. Denda
khidmat masyarakat yang dijalankan bertujuan untuk mendidik murid sahaja. En.
Zubir juga memberitahu bahawa tugas pengawal hanya menjaga keselamatan di
dalam kawasan sekolah dan tiada dalam skop kerja mereka untuk mengawal lalu
lintas di hadapan sekolah. Pihak sekolah mengalukan sekiranya ibubapa sukarela
membantu mengawal lalu lintas dihadapan sekolah. Puan Koay Li Bee memberi
cadangan tentang usul trafik dimana beliau mencadangkan supaya aliran trafik
dirombak dengan meminta bantuan daripada majlis bandaraya.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 12
9.6 Puan Meiling mencadangkan usul supaya ibubapa dibenarkan masuk ke dalam
kawasan sekolah pada waktu pagi, rehat dan waktu balik. Beliau juga mencadangkan
supaya mengadakan kelas renang untuk murid yang berminat. Guru Besar memberi
maklum balas dengan memaklumkan bahawa pihak sekolah menitikberatkan aspek
keselamatan dalam melaksanakan peraturan. Ibubapa hanya dibenarkan menghantar
beg dan makanan sahaja kepada murid dan tidak dibenarkan menunggu dalam
kawasan sekolah. Guru Besar memberitahu bahawa ibubapa perlu mengikut peraturan
yang telah ditetapkan. Puan Suriani memaklumkan cadangan kelas renang untuk murid
akan dipertimbangkan
9.7 Puan Azrina memberi cadangan tentang masalah kehilangan resit. Beliau
mencadangkan supaya resit diambil gambar dan dimasukkan ke dalam group whatsapp
PIBG dan hardcopy dihantar kepada bendahari. Selain itu, beliau juga mencadangkan
supaya ibubapa dilantik sebagai naib bendahari dan berkongsi buku teks sebagai
langkah mengurangkan beban beg sekolah berat.
9.8 Puan Helen dan Puan Ilyani mencadangkan supaya ibu bapa memberi didikan
kepada anak-anak tentang cara penggunaan tandas. Beliau juga mencadangkan supaya
soap dispenser dan sabun disediakan dengan cepat. Selain itu, Puan Helen
mencadangkan supaya bumbung kantin yang rosak dibaiki dengan segera.Puan Ilyani
memohon kepada ibubapa agar segera menurunkan anak semasa waktu pagi dan
jangan terlalu lama untuk mengelakkan kesesakan trafik. Guru Besar memaklumkan
bumbung tersebut akan segera dibaiki.
9.9 Puan Venessa mencadangkan supaya sekolah mengadakan kelas Bahasa Tamil dan
Bahasa Cina serta mewujudkan penapis air di sekolah. Guru Besar memaklumkan kelas
tersebut boleh diadakan dengan bantuan guru dari luar. Beliau juga memaklumkan
bahawa pihak PIBG perlu menyediakan penapis air tersebut untuk kemudahan murid-
murid.
9.10 En.Mohd Aidi Alfian mencadangkan supaya kedua buah sekolah iaitu SK
Damansara Jaya 1 & 2 digabungkan menjadi sebuah sekolah. Guru Besar memaklumkan
untuk mengabungkan dua buah sekolah pihak PIBG perlu membuat kertas kerja dan
mendapatkan persetujuan daripada ibubapa. Sokongan tersebut perlu dikemukakan
kepada pihak PPD.
13 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
Perancangan aktiviti yang melibatkan kewangan 2020:-
Bi Perkara Catatan
l
1. Kurikulum Apresiasi Dibentangkan oleh:
Majlis En.Zubir
Kecemerlangan 2020 Disahkan oleh: En. Tariq
Program tahun 6 Disokong oleh: Pn.
Program lawatan panitia Sharifah Sofia
sejarah ke Kompleks
Sejarah Pasir Salak
Program Lawatan Pani- Sepanjang tahun
tia Sains, RBT 2020
dengan kerjasama
Kelab Pencinta Alam
ke Hutan Simpan
Bukit Nanas dan Zoo
Negara
Lawatan Unit Bimbingan
dan Kaunseling
Lawatan PSS ke Per-
pustakaan Raja Tun
Uda Shah Alam.
2. Kokurikulum
Hari Sukan
Hari Sukan Negara Sepanjang tahun Dibentangkan oleh:
Anugerah Cemerlang 2020 En.Zubir
Disahkan oleh: En. Aidi
Kokurikulum Disokong oleh: Pn.
Perkhemahan Perdana Yuszaida
Unit Uniform
Aktiviti mingguan koku-
rikulum
Pasukan keyboard
3. Hem Sepanjang tahun Dibentangkan oleh: En.
Jamuan akhir tahun 2020 Zubir
Kem kepimpinan Disahkan oleh: Tn. Haji
Mokhti
Disokong oleh: En. Mani
4. Ppki
Sukan PPKI daerah
Majlis Tilawah Al-quran Sepanjang tahun Dibentangkan oleh: En.
Program Keceriaan 2020 Zubir
Disahkan oleh: Pn. Azrina
PPKI Disokong oleh: Pn.
Membina Taman Herba Alyeesa
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 14
Semua ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju kutipan sumbangan PIBG dikekalkan
rm80.00 bagi satu keluarga.
Kutipan yuran tambahan telah dipersetujui oleh semua ahli mesyurat seperti berikut:-
Bil Perkara Catatan
RM10/murid
1. Yuran pasukan keyboard
RM10/murid
2. Yuran kokurikulum RM10/murid
Unit beruniform RM10/murid
Kelab / persatuan RM5/bulan
Sukan RM5/bulan
3. Yuran HEM
Pengawas
Pengawas Pusat Sumber
10. PEMBUBARAN AJK 2019/2020
10.1 Tuan Haji Mokhti bin Dato’ Seri Haji Noor memohon maaf atas segala kesilapan dan
kekurangan sepanjang kepimpinan beliau seterusnya mengumumkan pembubaran jawa-
tankuasa PIBG sesi 2019/2020.
11. PELANTIKAN AJK PIBG SESI 2020/2021
11.1 En. Mohd Sabri bin Hashim telah dilantik sebagai pengerusi sementara bagi sesi mem-
ilih dan mengundi jawatankuasa PIBG yang baru.
11.2 Berikut ialah senarai nama AJK PIBG SK Damansara Jaya 1 yang telah dilantik bagi
sesi 2020/2021.
Penasihat : En. Zubir bin Yaacob
Yang Dipertua: En. Mohd Aidi Alfian bin Mohd Amin
Naib Yang Dipertua: En. Muhammad Tariq bin Mohd Fakri
Setiausaha Kehormat : Pn. Siti Hajar Nabila bt Shukri
Bendahari: En. Muhamad Ziad bin Md Isa
Ahli Jawatankuasa Wakil Ibu Bapa:
En. Mohd Azlan Shah Bin Abdullah
Pn. Koay Li Bee
Pn. Venessa Rajagopal
Pn. Sharifah Sofia Syed Hussein
En. Ahmad Azlam Bin Jikan
En. Kenneith Raj
En. Mohd Fakri Bin Azmi
Ahli Jawatankuasa Wakil Guru:
Pn. Haryati bt Hasan
Pn. Siti Hawadalila bt Haneefa
Cik Azma Bt Abd Aziz
En. Mohd Asyraf Bin Tajuddin
Juruaudit :
En. Muhammad Razif Bin Amir Abzol
Pn Mardiana bt Mat Din
15 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
12. UCAPAN YDP PIBG SESI 2020/2021
12.1 En. Mohd Aidi Alfian bin Mohd Amin selaku YDP PIBG sesi 2020 memulakan ucapan
beliau dengan mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk
menerajui jawatankuasa PIBG.
12.2 Beliau berharap agar ahli jawatankuasa akan memberi sokongan dan komitmen dalam
memastikan semua program PIBG berjalan dengan lancar.
13. HAL-HAL LAIN
13.1 En. Zubir bin Yaacob menyatakan harapan beliau agar barisan ahli jawatankuasa PIBG
yang baru dapat menjadi dinamik dan proaktif seterusnya dapat membantu sekolah dalam
membina kemenjadian murid.
14. PENANGGUHAN MESYUARAT
14.1 Pengerusi Sementara mengucapkan terima kasih dan menangguhkan mesyuarat pada
pukul 12:30 tengahari.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
----------------------------------------- --------------------------------------
PN. SITI HAJAR NABILA BT SHUKRI) (EN.ZUBIR BIN YAACOB)
Setiausaha Kehormat PIBG, Guru Besar,
Sk Damansara Jaya (1) Sk Damansara Jaya (1)
Disahkan oleh,
-------------------------------------------
(EN. MOHD AIDI ALFIAN BIN MOHD AMIN)
Yang Dipertua PIBG,
SK Damansara Jaya (1)
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 16
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-32/2020
BIL NAMA BIL NAMA
1 MUHAMMAD ARIF MIR 31 ROZINISEY BT DOLUOI
2 SITI NORAZLINA BINTI MAKHTAR 32 MOHD HANIFF @SNDUL RASHID
3 YUSMANIAR BT KINUT 33 ALISA ALIAS
4 HAJI MOKHTI HAJI NOOR 34 NORISMA AFFZAN BT ISMAIL
5 YUSZAIDA MAT ZAIN 35 DIAN MEALDAWATI BT JOHARI
6 MERINIF SENIN 36 HOTIJEH BINTI RUKMIN
7 RADIAH BINTI ZAKRIA 37 PUTEH MANYAH BT ISAMIL
8 NOOR HASLIZA BINTI ZAINUL ABIDIN 38 JEAMY HERDAWATY
9 HUSNOL HOTIMAH BT HOSEN 39 JUSTINUS LUKAS
10 SUYINAH BT BADWI 40 MISURAYA YAHYA
11 CHAN SAU PENG 41 MOHD AIDI ALFIAN
12 HILYATUNNISA 42 AH CHAN FATT
13 ZARINA ISMAIL 43 RUHANI
14 NUR AZIYAH 44 VENESSA RAJAGOPAL
15 AZLINA ABDUL HAFIDZ 45 LILY YOW
16 SITI SURIANI JIKAN 46 WONG TSVI YUN
17 PUNITHA 47 NURMALA BT HJ MAS’ODI
18 SHEELA 48 MANIMARAN
19 NURL ASHIKIN BINTI AHMAD 49 SAHIDIN BAHAROM
20 ZULKARNAIN ABU BAKAR 50 EDWARD WONG
21 MOHD FAKHRI BIN AZMI 51 JULIANNA TEOH
22 FAREZUAN BIN MAT ZAIN 52 YANG KOK CHOONG
23 WONG MEI LENG 53 LOW SZA ZAN
24 EDWARD ONG 54 AHMAD AZLAN JIKAN
25 FOONG KAH MUN 55 SYAHRUL IMRAN SHAHRUDDIN
26 RONALD SHAU 56 CHOW PENG PENG
27 KENNETH RAJ 57 INDRA
28 JESSICA RAJ 58 NORAINI AZIZ
29 RAF AH 58 ROHIMI SOBREY
30 MARIAM 60 EMIRIDA BT DARWIN
17 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
SENARAI KEHADIRAN MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-32/2020
BIL NAMA BIL NAMA
61 MOHD AZLAN SHAH ABDULLAH 83 EMIERA
62 MARDIANA MAT DIA 84 SHARIFAH SOFIA
63 AZEAN 85 ERMIE ROZIANA MOHD RAZALI
64 CHANDRAN A/L MUTHUSAMY 86 TAN YEE VON
65 SA,WANAH BT MD ISA 87 MOHD SABRI HASHIM
66 NICHOLAS THOMAS 88 SITI NOR MAHANI BT OTHMAN
67 NOR ELIANY ABDULLAH 89 NUR MAZLINA MAJNUN
68 LIBBY KOAY 90 NURUL SAKINAH BINTI SAHID
69 NURZIHAN HASSIM 91 MOHD ZIAD BIN MD ISA
70 SHAMSADDAN GOH 92 TUAN NOR HAFIZAH BT TUAN MAHMOOD
71 LYDIANNA BINTI TABARI 93 AZMA BINTI ABDUL AZIZ
72 SARINAH LAANAYKO 94 MOHD HAZMIE B ZAKARIYAH
73 SATISH SATIO BANO 95 MOHAMMAD ASYARAF B TAJUDDIN
74 SITI HAJAR NABILA BINTI SHUKRI 96 MUHAMMAD FAIZ BIN BAHARIN
75 SITI HAWADALILA BT HANEEFA 97 NURLIYANA BT MD SAAD
76 SURIANI BT HUSIN 98 BAK ZI YANG
77 MUHAMMAD RAZIF AMIR ABZOL 99 MOHD JUHARI YUSSOF
78 HARYATI HASAN 100 SOLEHAH BT IBRAHIM
79 MUHAMMAD FARHAN BIN ROSLI 101 NUR AIDILLA HASSAN
80 SURIYA AHMAD 102 NOR SYAMIMI HANAFI
81 ZALINA JENNAL 102 ZUBIR BIN YAACOB
82 AFIQAH BINTI NOOH
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 18
LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG
BIL AKTIVITI
1. Projek pembinaan susur gajah
2. Projek pemasangan lampu di laluan susur gajah
3. Pemasangan pemegang tangga
4. Pembinaan rumah sampah
5. Pendawaian elektrik di tandas murid
6. Persediaan/perpindahan kelas tahun 6
21 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
USUL DAN CADANGAN
Bil. Usul dan Cadangan Pencadang Maklum Balas
1. Dicadangkan agar pihak sekolah Unit Kurikulum Akan diadakan sekiranya pe-
mewujudkan Subjek Bahasa Mandrin Amanda Lee runtukan guru diluluskan oleh
Ketika subjek Bahasa Arab dijalankan. Neeta Jayabalan JPN.
Lim Siew Lee
Marrianne Aw
Wong Tsui Yun
Tan Yee Von
Albert Tan
Jacqueline Khor
Foo Miew Yian
Edward Wong
Unit Hal Ehwal Murid
1. Pihak sekolah diminta untuk menye- Tay Whay Hun Kawalan keselamatan atau ken-
deraan di luar Kawasan sekolah
diakan perkhidmatan penjaga lalu lintas adalah di luar bidang tugas
Pihak Sekolah.
semasa murid hadir dan pulang dari
sekolah.
Pengawal keselamatan luar per-
lu diupah dan dibiayai oleh
PIBG.
2. Mohon agar pihak sekolah menambah Mohd Aidi Alfian. Makluman, tandas dan juga
baik infrastruktur seperti tandas dan Edward Wong lampu telah dibaik pulih telah
mengadakan Projek Amalan Terbaik dibaik pulih dengan Kerjasama
PIBG (Kebun Komuniti Sekolah). PIBG. Sekiranya dana
Memasang dan memperbaiki kemu- mencukupi, akan ditambahbaik
dahan sekolah seperti lampu, pintu, lagi demi keselesaan murid.
pam tandas dan lain-lain.
3. Mohon penjelasan tentang tahap Jeson Moo Sanitasi kelas dilakukan setiap
kebersihan kelas dari segi amalan pem- hari selepas murid pulang.
atuhan SOP. Jadual guru terlibat sanitasi dan
jadual kawalan murid datang
dan pulang telah dibuat dan
dilaksanakan.
4. Mencadangkan supaya pagar Norashikin binti Dzulkarnain Pihak sekolah tiada hak untuk
belakang hanya digunakan untuk murid membuat tetapan disebabkan
PPKI. oleh perkongsian sekolah.
Penggunaan kedua pagar ada-
lah bagi mengelakkan kesesa-
kan dan mengamalkan pen-
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 22
USUL DAN CADANGAN
Bil. Usul dan Cadangan Pencadang Maklum Balas
Unit Pendidikan Khas Ketetapan telah dibuat.
Pelaporan murid dilakukan
1. Memohon agar pihak sekolah me- Norsabarina Binti Alis dua kali setahun. Sekiranya
nyediakan laporan perkembangan Iqbal bin Mohd Sarim ibubapa ingin mengetahui
anak setiap bulan. perkembangan anak-anak
boleh menghubungi guru ke-
2. Mohon agar Rancangan Pendidi- Flora Tiong las.
kan Individu diberikan mengikut
ketetapan masa. Kebiasaannya RPI murid dised-
ikan awal tahun, namun
3. Peruntukan untuk murid Pendidikan Flora Tiong. disebabkan oleh pendemik,
Khas dari segi kemudahan dan ak- penyediaan RPI terpaksa di-
tiviti (selepas Pendemik) tunda kerana penyediaan RPI
memerlukan perjumpaan
4. Pihak Sekolah diminta untuk me- Jenny Saw bersemuka dengan murid.
Pelaoran RPI telah pun guru-
nyediakan kerja rumah dan aktiviti guru sediakan.
murid kepada murid. Kemudahan PPKI sudah
mencukupi akan dimaklumkan
dari semasa ke semasa.
Telah dilaksanakan dan dijal-
ankan megikut kesesuaian
dan tahap penguasan murid.
21 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
PENGLIBATAN DAN KE JAYAAN MURID
BAGI TAHUN 2021
BIL PENGLIBATAN KEJAYAAN MURID
1. Murid Pantun Pertandingan Pantun Peringkat Negeri Selangor
2. Tilawah Al-Quran (PPKI) Johan Hafazan Peringkat Daerah
Saguhati Peringkat Negeri Selangor
Tempat ke 3 Solo Nasyid Peringkat Daerah
3 MSSD PPDPU Saguhati Merentas Desa
4 Nur Reesha Amny Binti Mohd Calon Tokoh Nilam SK Damansara Jaya 1 Peringkat
Fakri Daerah
Penyertaan Peringkat Negeri
5 MYWALK/MYRIDE 1M1S
Poetry
6 English Carnival PPD Public Speaking
7 Pertandingan E-Nyanyian Kero- Saguhati
hanian Peringkat PPD
8 Mukhayyam Arabi Peringkat Penyertaan
PPD Petaling Utama
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 22
ENROLMEN MURID
SK DAMANSARA JAYA 1 TAHUN 2021
Kelas Murid lelaki Perempuan Jumlah
1 Kreatif 22 13 35
2 Kreatif 21 14 35
3 Kreatif 23 12 35
4 Kreatif 19 19 38
5 Kreatif 21 16 37
6 Kreatif 23 12 35
Pend Khas 52 9 61
JUMLAH 181 95 276
21 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33 TAHUN 2021
LAPORAN KEW
(BERAKHIR 31
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 33 TAHUN 2021 22
WANGAN PIBG 2020
1 DISEMBER 2020)
23 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
CATATAN
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 24
CATATAN
25 MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021
SARANA IBU BAPA
Sokongan ibu bapa terhadap
pembelajaran anak-anak mereka
PENGLIBATAN IBU BAPA
INISIATIF #62
PELUASAN PELAKSANAAN PELIBATAN IBU BAPA DAN
KOMUNITI DALAM EKOSISTEM SEKOLAH SUATU INISIATIF UTAMA
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2013-2025.
Sokongan ibu bapa terhadap sekolah dan pelibatan mereka dalam pembelajaran
sangat penting untuk memastikan anak-anak mereka berjaya dalam kehidupan.
Penglibatan ibu bapa dapat diperlihatkan melalui pelbagai cara termasuklah dari
segi sumbangan idea dan sokongan terhadap pendidikan. Walau bagaimanapun,
pelibatan ibu bapa bukanlah bermakna mereka perlu terlibat secara langsung da-
lam sesi pembelajaran anak-anak. Mereka boleh menyumbang bantuan dari aspek
sokongan dan kepakaran bagi keberkesanan proses pembelajaran di dalam dan di
luar kelas.
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 26
SARANA IBU BAPA
Sokongan ibu bapa terhadap
pembelajaran anak-anak mereka
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 TAHUN 2021 27
Jutaan Terima Kasih Dan Setinggi-Tinggi Penghargaan
Diucapkan kepada:
En. Mohd Aidi Alfian Bin Mohd Amin
( YDP PIBG SK Damansara Jaya 1 )
En. Muhammad Tariq Bin Mohd Fakri
( NYDP PIBG SK Damansara Jaya 1 )
Encik Mohd Johari Bin Mohamed Sahar
( Guru Besar SK Damansara Jaya 1 )
Barisan Pentadbir, Jawatankuasa Induk Dan
Jawatankuasa Pelaksana
“Majlis Mesyuarat Agung PIBG
SK Damansara Jaya 1 Kali Ke-33/2021”
Serta
Semua Pihak Yang Terlibat Sama Ada Secara
Langsung Atau Tidak Langsung Dalam
Menjayakan Majlis Ini.