NAMA: NURNAJIHA NABIELA BINTI MOHD A’ZLAN
KELAS: 4 AL-BATTANI
NO. MAKTAB: PT180019
Tajuk Anekdot 1 : Cinta Monyet
Wahhh… Diriku sudah menginjak ke umur 16 tahun. Seketika aku teringat akan
masa laluku sewaktu mula-mula memasuki sekolah menengah. Waktu itu aku hanya
memikirkan untuk mencari pasangan. Lawak sungguh bila difikirkan kembali, apabila fikiran
aku asyik menerawang memikirkan ciri-ciri lelaki yang aku idamkan. Semua ciri-ciri yang
tersenarai diinspirasikan daripada drama korea yang aku tonton. Pada tahun 2018, aku
bertemu dengan seorang lelaki yang bagiku sangat menepati ciri-ciri yang aku idamkan.
Hahahaha aku meminatinya selama hampir 5 bulan. Setelah itu, dia pun menyatakan
perasaannya kepadaku. Pada waktu itu aku masih meminatinya jadi aku pun menerima
perasaannya tanpa memikirkan apapun. Bagiku, keputusan itu merupakan perkara yang
paling tak masuk akal yang pernah aku lakukan. Percintaan yang kami jalani taklah seindah
yang aku bayangkan. Baru aku tahu, masih banyak lagi perkara mengenai percintaan yang
masih belum kupelajari, ya lah ketika itu aku masih berumur 14 tahun. Tak lama selepas itu,
aku sendiri yang memutuskan hubungan tersebut setelah 3 bulan bercinta. Pengalaman
percintaan yang aku lalui memberikan banyak pengajaran. Tahun 2019 kuhabiskan dengan
sedaya upaya mencari diriku yang dulu dan dengan berkat-Nya keputusan peperiksaanku
meningkat secara mendadak. Aku sangat bersyukur kerana kenangan buruk itu tidak
menjejaskan diriku. Kini sudah masuk ke tahun 2021, kenangan yang terjadi dua tahun
lepas masih lagi memberikan pengajaran buat diriku. Diriku yang sekarang lebih
memikirkan kepentingan belajar dan mengisi masa lapang dengan keluarga serta rakan-
rakan. Keutamaanku sekarang adalah untuk membanggakan keluarga dengan keputusan
yang cemerlang. Semoga perasaan ini kekal sehingga aku betul-betul berjaya di masa
hadapan.
Tajuk Anekdot 2 : Sesaat Yang Mengubah Segalanya
Penat ya penat hmm... Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia memberi
kesan kepada semua orang tak kira pelajar sekolah, pelajar universiti, pekerja sektor
kerajaan mahupun Perdana Menteri sendiri. Meskipun begitu, aku percaya disebalik semua
yang terjadi pasti ada hikmahnya. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
dijalankan, banyak perkara yang kulakukan untuk mengisi masa lapang di rumah. Untuk
suatu ketika, pemikiranku diterjah dengan beberapa persoalan. Macam mana dengan
sekolah? Pelajar asrama akan sambung PKP di asramakah? Macam mana dengan PT3?
Dan lebih banyak lagi persoalan yang bermain di fikiranku. Setelah hampir 2 minggu
akhirnya persoalanku terjawab satu persatu. Pelajar sekolah akan menjalani kelas secara
atas talian untuk menghabiskan silibus buku teks dan pengumuman yang bagiku paling
mengecewakan ialah pembatalan PT3 untuk pelajar tingkatan 3. Pembatalan peperiksaan
besar tersebut memberikan impak yang besar terhadap diriku sendiri kerana aku telah
mempersiapkan diri sejak awal tahun lagi. Hari demi hari aku jalani dengan menghadirkan
diri ke kelas secara atas talian. Pada mulanya aku agak tidak bersemangat kerana
pembelajaran secara atas talian tidak berkesan sama sekali. Apa yang diajar oleh cikgu
hanya masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Akan tetapi tiba suatu saat bila mana aku
terfikir masa hadapan yang masih tiada kepastian. Aku mula membuat carian internet
mengenai bidang aku minati iaitu bidang Perakaunan. Banyak laman sesawang yang
membantuku mendapatkan maklumat mengenai bidang tersebut. Aku juga mencari senarai
universiti yang menawarkan bidang Perakaunan. Sejak dari itu, aku kembali bersemangat
menimba ilmu secara atas talian. Aku juga mempelajari sedikit mengenai tajuk-tajuk yang
akan dipelajari di tingkatan 4 melalui aplikasi Youtube. Aku sangat bersemangat untuk
menimba ilmu yang baru. Aku sedar ilmu itu sangat mudah untuk difahami sekiranya kita
berusaha sedaya upaya tanpa mengira lelah.
TEKS PENGACARA MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 5
Mengumumkan perarakan masuk para graduan. Hadirin diminta
berdiri. (Graduan mengambil tempat)
Hadirin dipersilakan duduk.
Mengumumkan, perarakan masuk tetamu kehormat dengan didahului Pembawa
Keris Istiadat serta diiringi oleh Ahli-ahli Senat Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu Seratus. Hadirin dan graduan diminta berdiri.
(Setelah semua Ahli Senat berada di atas pentas)
Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan lagu
Negaraku. (Nyanyian lagu Negaraku)
Hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera.
Yang Berbahagia, Encik Mohd. A’zlan Bin Ismail, Pengerusi Persatuan
Ibu Bapa dan Guru,
Yang Berusaha, Tuan Haji Kamaruzzaman Bin Haji Kassim, Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Seratus,
Timbalan-timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar &
Kokurikulum SMK Batu Seratus, Ketua-ketua Jabatan, Ketua Unit Peperiksaan
dan Penilaian Sekolah serta Kaunselor SMK Batu Seratus, Ahli-ahli
Jawatankuasa PIBG SMK Batu Seratus, Guru-guru dan kakitangan, anggota-
anggota Unit Penyelaras SMK Batu Seratus,
Dan seterusnya para graduan yang diraikan, tuan-tuan dan puan-puan, para
ibu bapa yang dihormati.
Sungguh manis si buah
lokan, Dibeli dari Pulau
Mutiara, Selamat datang
kami ucapkan, Awal
Bismillah pembuka bicara.
Hadirin yang dihormati, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan rahmat-Nya dapat kita sama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis
ceria dan penuh bermakna pada hari ini.
Bagi pihak SMK Batu Seratus, kami mengalu-alukan kedatangan tetamu
kehormat, dif-dif jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Majlis
Graduasi SMK Batu Seratus bagi tahun 2020 pada hari ini.
Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini merupakan upacara kemuncak
yang pasti akan menjadi detik bersejarah dan sering dinanti-nantikan oleh setiap
pelajar SMK Batu Seratus. Inilah saat yang paling gemilang untuk kita
memberikan apresiasi atas kejayaan hasil usaha dan pengorbanan yang telah
dilakukan sepanjang pengajian mereka selama
5 tahun di SMK Batu Seratus.
Sebelum majlis diteruskan, marilah kita bersama-sama memohon keberkatan
daripada Ilahi. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Amirul Hafiq Bin Amar
untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
Aamiin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.
Hadirin sekalian, sebagai pembuka tirai majlis pada pagi yang berbahagia ini,
pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Haji
Kamaruzzaman Bin Haji Kassim, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan
Batu Seratus, untuk menyampaikan ucapan.
Majlis
mempersilakan.
(Ucapan pengetua)
Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan Pengetua sebentar
tadi.
Hadirin sekalian, dengan penuh takzim dan sukacitanya pihak majlis
mempersilakan Yang Berbahagia Encik Mohd. A’zlan Bin Ismail, Pengerusi
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Seratus bagi
tahun 2020. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
(Ucapan perasmi)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik Mohd.
A’zlan Bin Ismail atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Seterusnya bagi melangsungkan majlis, dengan segala hormatnya dijemput
Tuan Haji Kamaruzzaman Bin Haji Kassim, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Batu Seratus untuk menyempurnakan pengisytiharan graduasi.
Para graduan diminta berdiri.
(Pengisytiharan graduasi oleh
pengetua) Majlis merakamkan jutaan
terima kasih.
Dengan pengisytiharan itu tadi, majlis diteruskan dengan upacara Penyampaian
Sijil-sijil Graduasi pelajar tingkatan 5.
Untuk menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya
mempersilakan Yang Dihormati Encik Mohd. A’zlan Bin Ismail, diiringi
Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Puan Nurhidayah Binti Mohd Gazali
bagi menyampaikan sijil-sijil berkenaan. Dipersilakan.
(Setelah selesai)
Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Dihormati
Encik Mohd. A’zlan bin Ismail.
Hadirin sekalian,
Sebagai tandamata atas kesudian Yang Berbahagia Encik Mohd. A’zlan bin
Ismail menghadiri majlis graduasi pada hari ini. Pihak majlis sekali lagi
menjemput Tuan Haji Kamaruzzaman Bin Haji Kassim, Pengetua Sekolah
Menangah Kebangsaan Batu Seratus untuk menyampaikan cenderahati sebagai
tanda kenang-kenangan.
Dipersilakan Encik.
Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Encik
dan Tuan Pengetua.
Hadiri sekalian, dengan penyampaian cenderahati itu tadi maka berakhirlah
sudah Majlis Graduasi SMK Batu Seratus pada kali ini. Kami seluruh warga SMK
Batu Seratus ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat,
dif-dif jemputan, guru-guru, staf-staf sokongan, anggota-anggota Unit
Penyelaras, pihak pengurusan PIBG SMK Batu Seratus, Koperasi SMK Batu
Seratus, ibu bapa dan semua yang terlibat bagi menjayakan dan memberi
sumbangan dalam majlis yang bersejarah ini. Kepada ibu bapa yang akan
pulang, kami doakan agar selamat kembali ke destinasi masing-masing.
Bagi pihak majlis, kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada
tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini.
Seterusnya adalah upacara perarakan keluar tetamu kehormat dengan
didahului oleh pembawa Keris Istiadat, ahli-ahli Senat, guru-guru dan para
graduan.
Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalammualaikum W.B.T
MAKTAB RENDAH SAINS MARA TRANSKRIAN
KERTAS CADANGAN PERMOHONAN MENGADAKAN STUDY WEEK
1. TUJUAN
Kertas kerja ini bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Timbalan
Pengetua Kecemerlangan Akademik Maktab Rendah Sains Mara Transkrian.
Program Study Week tersebut akan diadakan setiap kali seminggu sebelum
peperiksaan iaitu selepas menerima kelulusan daripada Penasihat Lembaga
Pengurusan Kelas MRSM Transkrian dan bertempat di Blok Akedemik
Menengah Rendah dan Menengah Atas, MRSM Transkrian, Nibong Tebal,
Pulau Pinang.
2. LATAR BELAKANG
Program Study Week ini akan dijayakan oleh semua murid. Program ini ialah
sama seperti Hectic Week yang dilalui oleh pelajar universiti. Sepanjang
program Study Week berjalan iaitu selama seminggu, pelajar akan menjalani
hari seperti biasa dan guru juga akan memasuki kelas untuk mengajar tetapi
pelajar tidak akan mendapat sebarang kerja latihan tambahan. Maksudnya
disini pelajar akan menjalani seminggu sebelum peperiksaan dengan
meletakkan fokus sepenuhnya terhadap pelajaran tanpa memikirkan kerja
sekoah tambahan yang diberikan oleh guru. Pelaksanaan program ini dapat
menambahkan lagi masa pelajar untuk belajar sebelum menduduki
peperiksaan.
3. OBJEKTIF PROGRAM
a. Menambahkan lagi fokus pelajar untuk belajar sebelum peperiksaan.
b. Mengurangkan beban pelajar.
c. Menambahkan lagi bilangan pelajar yang mendapat purata nilai gred (PNG)
3.5 ke atas.
4. JUSTIFIKASI PROGRAM
a. Mewujudkan persekitaran kelas yang bersemangat untuk belajar.
b. Meningkatkan lagi kecemerlangan akademik di MRSM Transkrian.
5. PELAKSANAAN PROGRAM
5.1 Tarikh : Seminggu sebelum mana-mana peperiksaan
5.2 Kawasan/tempat : Blok Akedemik Menengah Rendah dan
Menengah Atas
5.3 Kaedah / Modus Operandi :
- Program akan melibatkan semua pelajar dan guru
5.4 Kumpulan Sasaran / Peserta:
- Semua pelajar MRSM Transkrian
5.5 Strategi Program : rujuk Lampiran 1
5.6 Tema : “”
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
- Tiada
Disediakan oleh :
……………………………………………….
(NURNAJIHA NABIELA)
NAIB PRESIDEN II BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2021/2022
MRSM Transkrian
Tarikh:
Disemak oleh :
……………………………………………….
(MUHAMMAD HAZIM AZHAD BIN IBRAHIM)
NAIB PRESIDEN I BADAN WAKIL PELAJAR SESI 2020/2021
MRSM Transkrian
Tarikh:
7. SOKONGAN / TIDAK DISOKONG
Kertas cadangan bagi pelaksanaan Study Week. Program tersebut akan
diadakan seminggu sebelum mana-mana peperiksaan di Blok Akademik
Menengah Rendah dan Menengah Atas MRSM Transkrian telah disemak dan
boleh dilaksanakan.
DISOKONG / TIDAK DISOKONG
……………………………………………….
(ROSIDI BIN ABU)
Penasihat,
Badan Wakil Pelajar
MRSM Transkrian
Tarikh:
8. KELULUSAN
DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Ulasan:
……………………………………………………………………………………………………
…………………………………………
……………………………………………………………………………………………………
…………………………………………
……………………………………………………………………
……………………………………………….
(EN. MUHAMMAD MAZLAN BIN HASSAN)
TIMBALAN PENGETUA KECEMERLANGAN AKADEMIK
MRSM TRANSKRIAN
Tarikh:
KERTAS KERJA
KERTAS CADANGAN MENGADAKAN
PROGRAM STUDY WEEK
DISEDIAKAN OLEH:
NAIB PRESIDEN II BADAN WAKIL PELAJAR (2021 / 2022)
MRSM TRANSKRIAN
LAMPIRAN 1
URUS SETIA
• Badan Wakil Pelajar
TENTATIF PROGRAM
1. Pelajar dan guru akan menjalani hari seperti biasa.
2. Semua pelajar diberi kelonggaran untuk belajar sendiri dan tidak mendapat
apa-apa kerja latihan tambahan.
TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM STUDY WEEK
1. SAMA SEPERTI DI ATAS
CONTOH RESUME