The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

minit mesy BIDANG 1 2021 - EDIT-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rosnainiabdulrahim, 2021-03-14 22:49:04

minit mesy BIDANG 1 2021 - EDIT-converted

minit mesy BIDANG 1 2021 - EDIT-converted

MINIT MESYUARAT BIDANG SAINS & MATEMATIK KALI PERTAMA 2021

TARIKH : 7 Mac 2021
MASA : 8.30 Malam (Gogglemeet)
TEMPAT : Kediaman Masing-masing

KEHADIRAN : GPK Hal Ehwal Murid
GKMP Sains dan Matematik
1 Pn.Suhaila bt Salim Setiausaha Bidang Sains dan Matematik
2 Pn Normah bt Mohd Nor S/U SPM
3 Rosnaini binti Abdul Rahim KP Kimia
4 Pn Alenawati bt Hj Perwira KP Biologi
5 Pn Durizah Nur bt Suhaimin KP Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
6 Pn Haryati bt Kosnan Penyelaras Prinsip Perakaunan
7 En Mohd Hisyam b Mustapha Guru Cemerlang Matematik
8 En Mohd Rashidi b Mohd Zain Penyelaras Fizik
9 En Mustapha Kamil b Ismail KP Matematik
10 Pn Norafidah bt Hanapi KP Matematik Tambahan
11 Pn Normahizan bt Mohd Shafian KP Sains
12 Pn Normali bt Abdul Ghani KP Perniagaan
13 Pn Nur Eryanty bt Nordin Guru
14 Pn Nur Hana bt Mohd Noor Guru
15 Pn Nur Syamimi Izzati bt Tahar Guru
16 Pn Nurul Hafiza bt Muda
17 Pn Hjh Fara Ilina binti Ramli

1.0 Agenda 1: Ucapan Pengerusi
1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru.
1.2 Pengerusi juga mengalukan kedatangan Pn Normali ke Smk Panchor, semoga dengan
kedatangan Pn Normali dapat membantu meningkatkan lagi pencapaian mata pelajaran
matematik dan matematik tambhan Smk Panchor.
1.3 Pengerusi juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas komitmen
semua guru sepanjang sesi persekolahan 2020.

2.0 Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat Kurikulum Bil.4/2020
Dicadang oleh : Pn Hjh Fara Ilina binti Ramli
Disokong oleh : En Mustapha Kamil b Ismail

3.0 Agenda 3: Perkara Berbangkit
Tiada

4.0 Agenda 4: Sesi Persekolahan 2021 dan Jadual Waktu
4.1 Sekolah telah dibuka semula pada hari Rabu 20.1.2021. Murid yang terlibat ialah murid tingkatan
lima tahun 2020 (sebanyak enam buah kelas). Murid tingkatan satu, dua , tiga , empat dan
lima (tahun 2021) akan menjalani PdPR dari 20.1.21 - 8.4.2021.
4.2 Mulai 22.2.2021, guru-guru tingkatan 4 boleh mengambil semula kelas msing-masing dari guru-
guru menengah rendah. Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru-guru menengah
rendah yang membantu guru-guru tingkatan 4 yang terpaksa fokus kepada murid SPM 2020.
4.3 Guru diminta berlapang dada sekiranya terpaksa mengajar subjek bukan opsyen. Ini kerana pihak
pengurusan telah berusaha sehabis baik untuk melancarkan perjalanan kurikulum sekolah. Jadual
waktu tersebut dirangka bagi mengutamakan keperluan calon SPM 2020. Semua Ketua Panitia
diharap dapat menerima guru bukan opsyen dalam panitia.
4.4 Guru-guru hendaklah selalu memberikan motivasi kepada murid semasa pandemik covid-19
dimana kesukaran untuk bersemuka dengan pelajar. Pengerusi mengharapkan semua guru
memberikan peneguhan positif dan berbincang mengenai prestasi mereka bagi membantu
pencapaian akademik yang lebih baik.
4.5 Pengerusi meminta semua guru menyediakan senarai semak penghantaran tugasan supaya guru
dapat mengenalpasti murid yang bermasalah. Pastikan latihan murid disemak dan ditanda dengan
teliti dan minta murid membuat pembetulan pada setiap kesalahan.
4.6 Teknik Guru Muda amat sesuai bagi membantu murid-murid memahami konsep. Selain itu klinik,
coaching/mentoring juga berkesan untuk peningkatan akademik murid.
4.7 Latihan yang sama boleh diberi mengikut aras kebolehan murid. Soalan aras rendah mengukur
pengetahuan dan kefahaman. Soalan aras sederhana menguji kemahiran murid membuat aplikasi
dan analisis manakala soalan aras tinggi memerlukan murid membuat sintesis dan penilaian. Guru
boleh kelaskan murid dan kenalpasti murid yang sesuai untuk diberi latihan
pengayaan/peneguhan/pemulihan.
Tindakan: makluman

5.0 Agenda 5: Sijil Kerja Kursus SPM Tahun 2020 (PEKA)
5.1 Pengerusi berharap semua guru telah menyiapkan sijil kursus bagi setiap subjek yang diajar dan
telah pun ditanda tangani oleh tuan pengetua kerana tuan pengetua akan mula bercuti pada
9.3.2021.
Tindakan: Guru mata pelajaran SPM

6.0 Agenda 6 : Analisis Percubaan SPM 2020
6.1 Peperiksaan Percubaan SPM 2020 telah diadakan pada 1 Oktober hingga 30 Oktober 2020.
Analisis pencapaian Percubaan SPM 2020 dibuat perbandingan dengan pencapaian Percubaan
SPM 2019 adalah seperti berikut:

6.2 Beberapa sesi Dialog Prestasi telah diadakan bersama-sama guru mata pelajaran, Ketua Bidang
dan pihak pentadbir untuk membincangkan prestasi pencapaian dan program intervensi calon-
calon SPM 2020.

6.3 Setiap kumpulan cemerlang, sederhana dan lemah telah dikenalpasti dan beberapa program
intervensi telah dirancang sama ada secara bersemuka (mengikut SOP ketika waktu PKP
Pemulihan), secara online dan cetakan modul serta latih tubi.
Tindakan: makluman

7.0 Agenda 7: Peperiksaan SPM 2020
7.1 Peperiksaan SPM bagi calon SPM 2020 telah pun bermula pada hari Isnin 22.2.2021 bertempat
di Dewan D’Persada Gemilang. Peperiksaan SPM akan tamat pada 25.3.2021.
7.2 Murid tingkatan lima 2020 telah masuk semula ke sekolah pada 20.1.2021 hingga 9.2.2021
Terdapat perubahan dalam jadual guru tingkatan lima. Ini bertujuan memberi lebih fokus kepada
persediaan murid menghadapi SPM.
7.3 Taklimat pengurusan, pengendalian dan keselamatan peperiksaan SPM secara talian telah
dilaksanakan pada 15.2.2021
Tindakan: makluman

8.0 Agenda 8 : Laporan Program Akademik Tahun 2020
8.1 Kesemua program telah berjaya dilaksanakan untuk mencapai objektif berdasarkan kumpulan
sasaran masing-masing.
8.2 Pengerusi mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kerjasama
semua pihak dalam menjayakan program-program akademik sepanjang tahun 2020.
8.3 Laporan lengkap program akademik tahun 2020 ada di lampiran 1 dalam minit mesyuarat ini.
Tindakan: makluman

9.0 Agenda 9 : Manual Pengurusan 2021: Kurikulum

9.1 Tahniah dan selamat bertugas kepada semua AJK yang telah dilantik.
9.2 Pemberatan tugas telah dibuat berdasarkan gred. Gred 48 ke atas terlibat sebagai

pentadbir/pengurus/pemikir.
9.3 Urusan kurikulum hendaklah mengikut hierarki sebagaimana digariskan dalam Manual

Pengurusan. Laporkan masalah kepada Ketua Panitia terlebih dahulu. Kemudian Ketua Panitia
akan menyampaikan permasalah tersebut kepada Ketua Bidang. Ketua Bidang pula akan
memberitahu pengetua dan berbincang cara menyelesaikan masalah tersebut.

Tindakan: makluman

10.0 Agenda 10 : Pencerapan PdPc

10.1 Pencerapan PdPc akan dilaksanakan sebanyak tiga kali setahun. Pencerapan pertama merupakan
pencerapan kendiri manakala pencerapan kali ke-2 dan ke-3 adalah secara bersemuka.

10.2 Laporan Pencerapan PdPc 2020. Laporan ini dikeluarkan setelah selesai tiga kali pencerapan.
Pencerapan pertama bertaraf baik (skor 82.02), pencerapan kedua bertaraf baik (84.34) dan
pencerapan terakhir bertaraf cemerlang (skor 90.27).

10.3 Markah pencerapan PdPc mencerminkan kecemerlangan akademik murid. Hasil dapatan
pencerapan kali pertama menunjukkan guru-guru cemerlang dalam aspek 4.1 iaitu Guru Sebagai
Perancang. Namun guru didapati kekurangan inovasi dalam PdPc kerana hanya 50% guru
membuat inovasi PdPc.

10.4 Penambahbaikan hasil daripada pencerapan dapat dilihat apabila kawalan kelas bertambah baik
dan murid bertambah motivasi untuk belajar.

10.5 Guru disaran meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pembelajaran online kerana situasi Covid
menghalang pembelajaran bersemuka dilakukan seperti dahulu. Perkasakan kumpulan PLC yang
telah dilaksanakan pada tahun lepas dengan mengadakan perkongsian berkenaan teknologi ICT,
membangunkan site, menghasilkan video youtube PdPc dan sebagainya.

10.6 Semua guru sekiranya berlaku Perintah kawalan Pergerakan, guru harus melaksanakan
pembelajaran online. Aktifkan Google Classroom dan mahirkan diri dengan aplikasi tersebut.

10.7 SISC+ di PPD boleh dijemput datang ke sekolah untuk membantu guru dalam perincian SKPMg2
Standard 4. Aktiviti ini boleh dicadangkan sebagai pengisian dalam Latihan Dalam Perkhidmatan.

10.8 Laporan Pencerapan 2020 dilampirkan seperti Lampiran 2.
Tindakan: makluman

11.0 Agenda 11: Penilaian Peperiksaan dan Pentaksiran Bilik Darjah

11.1 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah keutamaan kerana ia merupakan kayu ukur prestasi
akademik murid. Laporan PBD digunakan untuk kemasukan murid ke sekolah khusus.

11.2 Guru-guru diminta untuk melaksanakan PBD dengan lebih berkesan dan menyimpan semua data-
data PBD untuk rujukan unit peperiksaan.

11.3 Pn Norismaliza bt Ishak selaku setiausaha PBD telah mempermudahkan urusan guru-guru untuk
memasukkan markah PBD dengan mengadakan borang Transit PBD.

Tindakan: makluman

12.0 Agenda 12 : e-SPLG/Latihan Dalam Perkhidmatan Tahun 2021

12.1 Setiap guru perlu mencapai 42 mata kredit LDP. Guru disaran membuat PLC dan menghadiri
Kursus Luar KPM.

12.2 Latihan Dalam Perkhidmatan dirancang diadakan lima kali setahun. Berikut merupakan tarikh-

tarikh LDP:

Bil 1/2021 : 04.03.2021 (Khamis)
Bil 2/2021 : 08.04.2021 (Khamis)
Bil 3/2021 : 24.06.2021 (Khamis)
Bil 4/2021 : 13.07.2021 (Khamis)
Bil 5/2021 : 05.08.2021 (Khamis)

Tindakan: makluman

13.0 Agenda 13: Hal-hal Lain

13.1 . Guru dibenarkan menyediakan RPH secara softcopy. RPH tersebut boleh dicetak dan ditampal
dalam BRM apabila bekalan diterima.

13.2 Pihak pengurusan tertinggi akan bersama-sama semua guru dalam menjalankan tugas dan
tanggungjawab meningkatkan prestasi pencapaian akademik sepanjang tahun 2021. Kita
akan bersama-sama menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran dalam norma baharu
ini.
Tindakan: makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9.30 malam

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(ROSNAINI BINTI ABDUL RAHIM) (NORMAH BINTI MOHD NOR)

Setiausaha GKMP Sains & Mateamatik
SMK Panchor Seremban SMK Panchor Seremban

Disahkan oleh,

(ROSNI BIN HJ.PILUS)
PK Akademik
SMK Panchor Seremban


Click to View FlipBook Version